Ummatan Wasatan

Rusuhan Bolasepak di Port Said, Tragedi Yang Dirancang?
Politik di Mesir telah mengakibatkan lebih banyak malapetaka dan kini telah merebak kepada rusuhan di padang bola apabila para penyokong memperlihatkan rasa tidak senang mereka hasil perlawanan antara pasukan al-Masry dari Port Said dan al-Ahly dari Kaherah dengan kesudahan 3-1.

Mungkinkah Tragedi Itu Telah Dirancang Lebih Awal oleh Puak Pelampau?

Tragedi berdarah itu dikatakan bermula apabila penyokong pasukan tuan rumah menyerbu ke arah  penyokong dan pemain dari pasukan pelawat sebaik sahaja tamat perlawanan dengan membawa pisau, kayu dan batu.

Akibat panik dengan serangan tersebut, beberapa orang pemain mula berlari untuk menyelamatkan diri manakala para penyokong  terus merempuh sesama sendiri dalam keadaan kelam kabut dalam kejadian itu berlaku pada hari Rabu lalu (1/2/2012).

Menurut laporan pihak berkuasa, dalam insiden tersebut seramai 74 orang dikhuatiri terbunuh manakala lebih 1,000 cedera dan ia merupakan sejarah terburuk dalam sukan bolasepak antarabangsa.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohab Magdy, penyunting kanan meja sukan Yahoo! Maktoob Arabic (http://sports.maktoob.com/) mengaitkannya dengan suasana politik Mesir yang boleh dikaitkan dengan banyak perkara di negara itu setelah rusuhan menjadi budaya popular untuk menyatakan kemarahan.

Setelah lebih setahun bergelut dengan rusuhan politik, budaya ganas itu tidak dapat dipertimbangkan sebagai sesuatu yang salah, bahkan terus dilihat sebagai suatu keadaan biasa dalam masyarakat Mesir pasca revolusi.

Menurut Mohab, bagi sebahagian kita ia adalah satu kemalangan tragic menyamai apa yang berlaku di Eropah sebelum Heysel, Hillsborough, Bastia dan sebagainya, tetapi apabila kita memahaminya bahawa majority mereka yang meninggal dan cedera kerana ditikam, cedera di kepala kesan hentakan objek tumpul, dengan jelas menimbulkan banyak soalan yang perlu dijawab secara serius.

Dalam analisis Mohab, penyokong fanatik di Mesir boleh dikesan bermula pada tahun 2007 dan walaupun “saya menentang tindak agresif dan fanatik dalam menunjukkan sokongan kepada pasukan, sejak dari awal lagi mereka sebenarnya mempunyai masalah dengan pihak keselamatan. Apabila mereka diminta untuk beredar, ia telah menimbulkan revolusi sosial, di mana merekalah yang memulakannya.”

Apabila berjaya menjatuhkan presiden Hosni Mubarak, kata Mohab, “ mereka meneruskan protes melawan polis dan akhirnya mereka melakukan tekanak kepada Majlis Penasihat Kuasa Tentera untuk melepaskan kuasa kepada pihak awam.

Adalah berfaedah untuk menyatakan bahawa sikap fanatik itulah yang memainkan peranan utama dalam mempertahankan perusuh sepanjang “Rusuhan Unta” yang berlaku di Dataran Tahrir tahun lalu, di mana 11 orang perusuh terkorban dan ratusan lagi parah apabila bertembung dengan penyokong Mubarak yang melakukan serangan menunggang unta dan kuda.

Tanya Mohab dalam tulisannya:Bolehkan tindakan di Port Said itu dilihat sebagai satu mesej ulangtahun pertama protes?

Sesetengan pula menganggap kebangkitan bersejarah antara penyokong al Ahly dan peminat pasukan tuan rumah di Port Said  adalah sebab utama yang mencetuskan pergaduhan, dan “saya perlu menyatakan bahawa sejak selepas revolusi, tahap pertentangan antara puak pelampau menurun dengan besarnya setelah mereka mengambil bahagian dan kemudiannya bersatu semula dalam satu semangat untuk menjatuhkan rejim lama.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada minggu ini dipengaruhi oleh unsur fanataik, adakah ia merupakan sesuatu yang lojik di mana pasukan yang menang menjadi begitu gila dan membunuh 74 orang? Mereka sebenarnya lebih memahami tindakan tersebut.

Menambah kepada itu, tulis Mohab, apakah itu merupakan kejadian pertama campur tangan para penyokong Mesir selepas revolusi; itu berlaku lima atau enam kali sebelumnya, meskipun tidak mengakibatkan kematian.

Sebagaimana kita mengharapkan peranan pihak keselamatan dan tanggungjawab mereka untuk memastikan perlawanan bolasepak berjalan dengan teratur dan selamat, ia menimbulkan lebih banyak soalan yang sukar duntuk dijawab.

Jelas Mohab, jika kita boleh menerima dakwaan bahawa pihak polis tidak menghalang penyokong sebelum dan selepas perlawanan, ia adalah sesuatu yang tidak sepatunya kerana para penyokong boleh membawa pisau, senapang dan benda-bendan tajam ke dalam stadium. Ini sebenarnya merupakan sesuatu yang dirancang lebih awal,

Berdasarkan maklumat saksu yang berada dalam stadium Port Said, pintu stadium terbuka di mana para penyokong tidak perlu memanjat kerana ia begitu mudah dilakukan bagi menimbulkan kekecuhan.

Dengan kata lain, pintu yang menghala ke arah terowong itu telah ditutup dan keadaan itulah yang menyebabkan kekecuhan. Keadaan itu menyebabkan lebih ramai penonton terperangkap, menyebabkan sebahagiannya terbunuh dan cedera. Bukankah ini merupakan perangkap polis?

Bagaimanapun, menurut Mohabitu hanyalah andaian dan soalan itu sebenarnya “saya tidak mempunyai sebarang jawapan, jika sesiapa yang mampu menjawabnya atau mempunyai pandangan, ia adalah sesuatu amat dialu-alukan.

Disusun semula oleh Mahanor Saleha

PM Bakal Kunjungi Batu Caves, PKR Hilang Pertimbangan
Amalan Agama, bukan amalan politik kecoh PKR

Bantahan lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam yang akan berlangsung pada 7 Feberuari oleh Ketua Penerangan PKR Kepong menggambarkan sikap melampau walaupun diketahui bahawa lawatan tersebut merupakan acara tahunan yang telah lama dipraktikkan oleh pemimpin negara.

Kemarahan MS Arjunan dan ketua pemuda PKR Kepong itu ada kaitan dengan reaksi balas jawatankuasa kuil Sri Subramanian Swami Devastaham Sungai Petani yang enggan membenarkan Anwar Ibrahim mengunjungi kuil tersebut kerana bimbangkan berlakunya pelbagai insiden dan tersectusnya perbalahan politik.

Laporan polis yang dibuat oleh kedua orang pemimpin PKR itu menggambarkan bahawa “keraguan melampau” bahawa lawatan Perdana Menteri bermotifkan politik sebenarnya satu bayangan ketakutan meskipun masyarakat India lebih menghormati kehadiran pemimpun utama dalam perayaan keagamaan memandangkan bahawa tradisi kunjung mengunjung di hari perayaan merupakan amalan yang digalakkan dalam masyarakat berbilang kaum.

Kehadiran Perdana Menteri ke kuil itu benar-benar meresahkan PKR Kepong sehingga sanggup berusaha mengadakan bantahan dengan mengumpulkan hampir 100 orang penyokong mereka. Ugutan itu seharusnya tidak berlaku dalam parti PKR yang menghormati kebebasan dan hak orang lain, kerana undang tersebut dilakukan oleh Jawatankuasa Perayaan Thaipusam manakala bantahak kehadiran Anwar adalah oleh pihak yang menguruskan kuil Sri Subramanian Sungai Petani.

Mereka yang lebih berhak untuk menentukan siapakah yang boleh hadir ialah mereka yang bertanggungjawab menjaga kuil tersebut, maka kalau Anwar tidak diundang, seharusnya pihak Jawatankuasa Perayaan itulah yang patut dipersoalkan dan bukannya menghalang kehadiran tetamu kehormat yang diundang.

Tindakan untuk melakukan bantahan menggambarkan prejudis melampau penyokong PKR yang teramat taksub dengan Anwar Ibrahim walaupun mereka sedar bahawa Anwar hanyalah pemimpin de facto PKR dan tidak ada kena mengena dengan majlis sambutan perayaan Thaipusam. Kehadiran Anwar bukan untuk meraikan perayaan tersebut, tetapi untuk mempromosikan dirinya yang tidak lagi diterima oleh kaum India sebagai seorang pemimpin yang hebat dan berpengaruh.

Masyarakat India sedar bahawa kekuatan bangsa mereka hanya boleh dilaksanakan menerusi pemuafakatan dengan kaum-kaum lain kerana dari segi politiknya, setakat ini tidak ada satu pun kawasan pilihan raya yang merupakan majoriti pengundi India. Maka, mengharapkan Anwar melakukan sesuatu demi kepentingan masyarakat India ternyata amat payah kerana pemimpin itu sendiri sedang berusaha membersihkan dirinya dari sebarang “kekotoran moral”, yang hingga sekarang tidak boleh diterima dengan baik oleh masyarakat India.

Orang India sudah mengenali secara fitrahnya siapakah Anwar sebenarnya, kerana pemimpin itu hanyalah mementingkan kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan rakyat. Persoalannya ialah apakah sikap Anwar yang memimpin PKR sehingga menyebabkan semakin ramai masyarakat India meninggalkan parti itu? Bukankah telah berlaku “exodus” atau penghijrahan kaum India sama ada kembali ke pangkuan MIC ataupun bersama Datuk Nallakarupan yang pernah menjadi sahabat baik Anwar, tetapi akhirnya “menyerang kelibat buruk” ketua pembangkang itu.

Masyarakat India sudah menyaksikan bagaimana Gobalakrishnan telah membuat beberapa pengakuan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin yang boleh menentukan masa depan masyarakat India, kerana Ketua Pembangkang itu hanya pandai bercakap, apabila ditegur ia dianggap sebagai suatu malapetaka kepada PKR.

Sebagaimana yang berlaku kepada lebih ramai pemimpin-pemimpin awal yang turut menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1998, akhirnya sudah mengetahui dengan jelas niat sebenar Anwar setelah beliau dibebaskan, untuk membalas dendam dan membina empayar politik kaum keluarganya.

Kepimpinan PKR diterajui oleh isterinya sendiri, Wan Azizah manakala Naib Presidennya ialah anak perempuan sulongnya, Nurul Izzah dan seorang lagi anak perempuan akan dibawa masuk ke gelanggang politik bagi memperkemaskan penguasaan keluarga, dan kerana itulah pentadbiran PKR diuruskan berdasarkan ketentuan kepada keluarga, iaitu Anwar Ibrahim. Akibat Azmin Ali merupakan “hulubalang” terkuat PKR, maka apa yang hendak dilaksanakan mestilah sebulu dengan kemahuan Azmin, dan Azmin akan terus berusaha untuk memanjangkan keinginan pemimpin de facto itu.

Itulah sebenarnya berlaku dalam PKR, politik penguasaan dalaman dengan mengamalkan kaedah dinasti yang diberikan wajah baru bagi menggambarkan “setiap ahli mewakili satu undi” tetapi semakin ramai yang tersekat termasuk orang-orang yang pernah menaikkan Anwar sewaktu masih dalam kabinet sejak tahun 1982 hingga 1998, ketika disingkirkan oleh orang yang pernah memberikan beliau harapan dan membentuknya sebagai seorang pemimpin berkaliber serta mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Bantahan lawatan PM ke kompleks Batu Caves sempena perayaan Thaipusam itu adalah satu tindakan sia—sia dan boleh dilihat sebagai percubaan untuk menimbulkan kekacauan yang sememangnya strategi PKR sejak parti itu ditubuhkan. PKR tidak pernah melihat “ketenangan” itu sebagai suatu nikmat, kerana “kekacauan” itulah peluang untuk parti itu mempamerkan kehebatannya. PKR seakan-akan sasau apabila suasana tenang, kerana parti itu sebenarnya hidup dan subur dengan menimbulkan pelbagai bentuk kegelisahan, kerana semakin ramai rakyat berjaya digelisahkan, maka semakin kuatlah PKR merasakan kedudukannya.

Anwar sebenarnya seorang ahli strategis yang sentiasa menimbulkan kekacauan kerana terlalu yakin dengan teori kelam-kabut. Teori itulah dilihat oleh Muthurasan ketika membuat penilaian faktor-faktor kemenangan Anwar Ibrahim sepanjang penglibatan menentang BN, kerana beliau sebenarnya memahami apa yang pernah dirungkaikan oleh Sun Tzu, ketika aman rancanglah kekecohan, dan ketika kekecohan berlangsung, rancanglah situasi damai kerana kemenangan sebenar dalam peperangan ialah mengenali dan dapat mengesani musuh.

Falsafah itulah yang sentiasa ditekankan oleh Anwar apabila memperlihatkan keadaan politik negara stabil dan kepimpinan Perdana Menteri semakin diterima oleh rakyat, maka dicubanya menyesakkan nafas rakyat dengan mempertikaian kehadiran ke Kompleks Batu Caves walaupun semua rakyat Malaysia sedar, kehadiran pemimpin utama kerajaan sudah berlangsung sejak sekian lama, dan bukannya pada perayaan kali ini sahaja.

Ia sudah menjadi acara tahunan, maka ugutan oleh PKR Kepong itu adalah suatu tindakan melampau dan menyimpang daripada amalan berbaik sangka dan menyuburkan persefahaman antara agama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, keturunan, budaya dan agama. Strategi terdesak untuk menggilapkan semula pengaruh yang semakin merudum dan kusam.

Monosin Sobri

Memahami Sirah Muhammad SAW Dari Perspektif Klasik dan Kontemporari
Ketibaan sambutan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari 2012 ini menandakan bahawa kalau baginda masih hidup, umur baginda sekarang ialah 1,443 tahun dan kalau diukur pada tarikh kemangkatannya, baginda sudah meninggalkan umat manusia sekitar 1,380 tahun. Nabi Muhammad SAW menurut perekodan awal dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Berdasarkan pentarikhan itu ada yang membuat kesimpulan, berdasarkan calendar Masihi, tarikh kelahiran baginda ialah bersamaan 17 Jun 569 (Isnin) atau ada catatan lain menyatakan ialah 20 April 571.

Perbezaan ini berlaku kerana dalam kalendar Hijrah, iaitu kalendar yang digunakan oleh umat Islam, dalam setahun mempunyai sejumlah 354 hari atau 355 hari pada tahun lompat manakala dalam kalendar Masihi, jumlah hari ialah 364 pada tahun biasa dan tahun lompat ialah 365 hari. Tahun 2012 ialah tahun lompat ke 503.

Kehadiran Nabi Muhammad SAW memimpin manusia telah meninggalkan kesan yang begitu besar dan mendalam sehingga Michael Hart (1978), seorang pakar sejarah dari Amerika Syarikat meletakkan sumbangan baginda adalah terlalu besar dan tidak boleh ditandingi oleh manusia sehingga zaman moden ini. Baginda merupakan manusia hidup yang paling banyak mempengaruhi kehidupan manusia dalam banyak perkara, sehingga contoh teladan yang ditinggalkan terus menjadi ikutan dan teladan. Nabi Muhammad SAW diletakkan di kategori pertama daripada 100 orang yang paling berpengaruh, dan kerana itulah juga penulisan mengenai baginda merupakan yang terbanyak dilakukan oleh orang hingga kini.

Berdasarkan enjin carian google, dengan mencari kata nama Muhammad terdapat 244 juta data, Muhammad s.a.w ada 18.4 juta, Muhammad prophet 52.7 juta, ini termasuk salah eja, misalnya Mohammad prophet 26.5 juta, dan Mohamet prophet 572, 000. Pencarian dalam bahasa Melayu pula menemukan kata kunci Nabi Muhammad 12.4 juta, Nabi Muhammad s.a.w. 7.9 juta, Rasullullah 26.7 juta dan Rasullullah s.a.w 13.9 juta. Bahkan dengan menaip kata kunci, books on Muhammad s.a.w, sejumlah 128 juta rekod terdaftar dalam talian pada 2 Februari 2012.

Nabi Muhammad s.aw. merupakan nama yang paling banyak sekali di sebut oleh manusia, kerana setiap hari umat Islam akan berselawat ke atas junjungan besar dan setiap hari juga umat Islam akan mengucapkan kalimah syahadah. Ini bermakna, berdasarkan perangkaan jumlah penduduk Islam sebagaimana dianggarkan oleh CIA Factbook, jumlah umat Islam seluruh dunia ialah 1.6 hingga 1.8 bilion pada akhir tahun 2009. JIka setiap orang Islam melakukan selawat sebanyak sepuluh kali sehari, maka ia sudah menjangkau ke 18 bilion dan jika mengucapkan dua kalimah syahadah setiap kali selesai sembahyang lima waktu, bermakna 9 bilion kali. Ini bermakna secara lazimnya, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w disebut oleh seluruh umat Islam antara 27 hingga 30 bilion kali sehari semalam.

Bagaimanapun, tidak semua orang Islam memahami sirah Nabi Muhammad s.a.w. atas beberapa sebab, tetapi setiap orang Islam mengetahui bahawa baginda adalah seorang nabi yang sengaja diutuskan oleh Allah SWT untuk memperelokkan akidah umat manusia, mengajar manusia supaya mencintai ilmu, menunjuk teladan kepada setiap manusia bahawa hidup atas ehsan Allah SWT kerana Dialah yang menentukan segala-galanya. Mahu hanya mampu merancang, tetapi perancangan itu hendaklah dilakukan berdasarkan peraturan yang ditetapkan, tidak boleh dilakukan sebebas-bebasnya, kerana kebebasan melampaui etika dan moral akan menghancurkan pola kehidupan itu sendiri. Kerana itulah sifat-sifat peribadi Nabi Muhammad s.a.w tidak berhenti dikaji oleh manusia, kerana semakin mendalam kajian itu dilakukan, semakin besarlah rasa sayang dan cinta kepada nabi yang terakhir itu dan melalui bagindalah, Allah SWT dengan tegasnya menjelaskan, Telah Kusempurnakan kepada kamu, Wahai Muhammad, agama Islam.

Kelahiran buku Profesor M Quraish Shihab (lahir 1944) yang juga pernah dilantik sebagai Menteri Agama semasa rombakan terakhir kabinet Soeharto sebelum beliau digulingkan, merupakan ilmuan Indonesia yang hebat pada abad ke-21 ini. Sebagai sebuah buku asli, iaitu bukan buku terjemahan, ia adalah satu tulisan yang luar biasa dan amat baik sekali berbanding lain-lain perspektif yang dilakukan oleh pengarang-pengarang sebelumnya. Quraish Shihab menganalisis secara mendalam periwayatan Nabi Muhammad s.a.w yang turut ditulis orang lain, tetapi yang lebih istimewa karya intelektual Islam kelahiran Sulawesi, Indonesia ini ialah menelusuri sumber-sumber sejarah yang tidak mudah dicabar kesahihannya.

Kekuatan pada periwayatan yang dihasilkan ini memang tidak boleh dicabar kerana pengarang mengambil penekanan bersumberkan al-Qur’an. Hadits-hadits sahih yang ditinggalkan oleh baginda turut dijadikan rujukan secara meluas, kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan Rasullullah s.a.w sendiri. Pemilihan hadits-hadits sahih itu sebenarnya bukan sekadar menyokong perhujahan, ia juga menjadi penangkisan fakta dan tafsiran yang telah banyak dikupas oleh para orientalis. Misalnya, Ignas Goldziher (1850-1921), Introduction to Islamic Theology and Law, 1985;  Joseph Schacht (1902-1969), Origins of Muhammadan Jurisprudence, 1950; dan yang terbaru apabila Deepak Chopra membuat kupasan yang kurang menyenangkan mengenai kehidupan alami Nabi Muhammad menerusi bukunya, Muhammad: A Story of the Last Prophet (2010).

Ditulis berdasarkan gaya penulisan novel, Deepak Chopra meskipun boleh menyelami kehidupan spiritual yang dirintis oleh Nabi Muhamamad s.a.w. misalnya dengan menjelaskan : Muhammad didn’t see himself like Jesus, called the son of God, or like Buddha, a prince who achieved sublime, cosmic enlightenment.”Novel ini meskipun boleh dikatakan seimbang, ia tidak dapat menarik kesan spiritual yang mendalam kerana wilayah yang difahami oleh Deepak Chopra itu masih bersifat superficial, tidak berupaya menghubungkan jiwa yang luhur dalam pertautan makna apabila Muhammad s.a.w itu disebut dan diulang-ulang beratus kali dalam diri orang Islam.

Kelainan itu jelas kerana Deepak Chopra hanya memahami keteladanan Nabi Muhamad menerusi solekan peristiwa sejarah, tetapi tidak memahami secara lebih dengan pensejarahan itu sebagai sebahagian daripada kehidupan beragama. Hal inilah yang membezakan karya Profesor Dr Qauraish Shihab, kerana kita memperoleh kedekatan jiwa dan hubungkaitnya diri kita dengan kesan kejiwaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w., ia bukan sebuah figur penuh kekeramatan dan disembah sebagaimana Deepak Chopra cuba membawa pemikiran pembacanya menerusi novel spiritualnya yang lain, iaitu Buddha: The Story of Enlightenment (2008); Jesus: The Story of Enlightenment (2009) dan The Third Jesus: The Christ We Cannot Ignore (2009).

Dalam pemahaman seorang cendekiawan Islam yang dikhuatiri terpengaruh dengan aliran pemikiran liberal, Fazlur Rahman (1911-1988), Islamic Methodology in History (1965) dan MM Azami, Studies in Hadtih Methodology and Literature (1978), berjaya membuktikan bahawa sebenarnya Ignaz Goldziher telah banyak terkeliru. Orientalis tetap menganggap bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah tokoh yang bersejarah, tetapi tidak melihat sumbangan yang lebih besar dalam memperbaiki kelemahan manusia, mengatur sebuah kehidupan yang beradab dan menyusun pola akhlak yang lebih besar bukan sekadar falsafah, ia melangkaui kepada perbuatan dan peribadi seharian dalam seluruh aspek kehidupan manusia, dari sejak kelahirannya hinggalah di jemput menemui Sang Khalik.

Persoalan yang menyangkut mengenai kedudukan hadits, Dr Quraish Shihab nampaknya begitu hati-hati dalam memilihnya kerana beliau sebenarnya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai tanggungjawab itu. Pada beliau, polemic yang berlaku atas kesahihan hadits sejak awal pengumpulannya lagi, cuba disaring agar apa yang dipilih sebagai menyoroti sosok peribadi Nabi Muhammad menjadi sesuatu yang tidak lemah dan dipertikaikan. Atas dasar itulah buku setebal hampir 1,200 halaman ini terasa begitu meyakinkan, walaupun sebelumnya sebuah buku mengenai riwayat Nabi Muhammad s.a.w tulisan Dr Muhammad Husayn Heikal, Riwayat Muhammad pernah mendapat sambutan besar sejak mula diterbitkan dalam bahasa Arab dengan judul Hayat Muhammad (1933) telah diterima sebagai sebuah buku sejarah Rasullullah yang terbaik.

Dalam sebuah kajian kritis yang dilakukan oleh Dr Antonie Wessels, Biografi Muhammad Dalam Penulisan Bahasa Arab Masa Kini: Sebuah Studi Kritis Atas Karya Muhammad Husayn Haekal, Hayat Muhammad (1972 dan terjemahan bahasa Indonesia, 2006), Heykal sebenarnya tidak berupaya menolak sepenuhnya faham pemikiran orientalis apabila membuat banyak kutipan daripada pendapat Washington Irving, The Life of Muhammad (1850) dan diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1960 oleh Ali Husna al-Kharbutli. Haykal pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri sewaktu pentadbiran Ali Pasha dan pernah berkontroversi dengan Hassan al-Banna mengenai penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam politik, yang dilihat sebagai ugutan dan muslihat pihak British ketika itu (1933-1935).

Proses pengumpulan hadits ikut melalui proses yang panjang dan teliti kerana selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w gerakan untuk mencipta pendapat sebagai hadits dilakukan oleh sekumpulan orang Islam. Para muhadditsun (ahli hadits)—sejak period awal lagi telah meneliti, menguji dan menapis hadits—dan dari prose itulah mereka menemui hadits-hadits yang dha’if (lemah) dan juga hadits palsu. Hadits-hadits yang palsu ini bukan sahaja berkaitan agama, bahkan mengenai persoalan politik. Hadits-hadits itu sebenarnya mengarahkan kepada kepentingan sectarian dan menimbulkan pertikaian agar kedudukan khalifah dapat diperlemahkan. Bahkan, ketika peristiwa  “al-fitnah al-kubra” antara penyokongk Ali ibn Abi Talib dengan Mu’awiyah ibn Abi Sufyan.

Berhubung dengan sirah Nabi Muhammad s.a.w , turut ditemukan hadits-hadits” Israiliyat, yang bersifat Biblikal yang dipinjam daripada tradisi kesusasteraan Semitik—lingkungan sosio-budaya di mana Islam mula dikembangkan pada period permulaan dakwah Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kerana itulah mitologi Israiliyyat ikut dimasukkan ke dalam pensejarahan peribadi baginda, terutama dalam kalangan yang terpengaruh dengan tradisi ilmiah Barat. Kemasukannya tidak dinilai secara kritis, maka ada periwayatan Nabi Muhammad s.a.w yang banyak itu tidak dapat diterima dengan sempurna oleh mereka yang memahami Islam dengan mendalam.

Husayn Haykal turut menolak penggunaan sumber-sumber hadits kerana dilihat mempunyai hubungan dengan mitologi, termasuk yang berkaitan dengan mukjizat Rasullullah. Kerana itulah hayat Muhammad garapan Husayn Haykal lebih bersifat “manusia biasa” dan tidak tampil sebagai sebuah periwayatan yang lebih mendekati hubungan psikologi. Inilah kelebihan sosok peribadi yang cuba diketengahkan oleh Quraish Shihab, walaupun ada semacam “jalan damai” yang cuba dilakukannya. Quraish Shihab mengambil “jalan tengah” iaitu cuba memadankan pendekatan “mitologi” dan “reduksionis” dalam karya yang terasa tebal dan secara fizikalnya memang tebal. Proses menelaahnya memaksa saya mengambil masa yang panjang, hampir seminggu kerana saya sebenarnya cuba mencari apakah perbezaan-perbezaan yang mungkin diperoleh kerana setakat ini sudah lebih 40 koleksi periwayatan Nabi Muhammad s.a.w dari pelbagai latar belakang penulisan saya simpan dengan baik.

Kegemaran mengumpul sebanyak mungkin biografi Nabi Muhammad s.a.w. itu sebenarnya memberikan saya banyak kepuasan. Saya dapat memahami sudut pandangan yang berbeza seseorang pengarang dengan pelbagai tujuan dan ekspaktasi, maka dari situ juga memberikan saya pengetahuan bagaimana sejarah itu ditafsirkan, sejarah itu diberikan nafas yang lebih segar agar ianya benar-benar boleh kita teladankan. Bukankah sejarah itu untuk kita jadikan panduan, panduan untuk menyusun semula jalan kehidupan yang semakin bersimpang-siur antara kebenaran dan kehendak pihak tertentu.

Maka, pada tahun ini walaupun rakyat Malaysia mula dikejutkan dengan sebuah forum untuk melihat fenomena Nabi Muhammad s.a.w sebagai Tokoh Seks Suci Islam kerana beristerikan seramai 11 orang wanita selepas kematian Khadijah, Kelab Taat Suami sebenarnya sudah ketandusan orientasi dan tersasar jauh. Selepas al-Arqam diharamkan, nasib isteri-isteri para pendokong perjuangan al-Arqam sebenarnya sedang berhadapan dengan kemurungan, kerana suami-suami mereka sudah terdorong ke arah kehidupan yang lain, setelah memahami bahawa selama berada dalam al-Arqam mereka memperoleh kehidupan berpoligami, tetapi sampai bilakah kehidupan sedemikian dapat mereka teruskan.

Bukankah mereka juga memerlukan suasana kehidupan yang lebih luas, bukannya terkurung dalam penjara ketaksuban. Itulah yang cuba dikembalikan oleh Kelab Taat Suami dengan mengambil sedikit kehidupan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tempelan, kerana mereka tahu, iltizam sentiasa dibangunkan oleh semua umat Islam untuk memperbaiki peribadinya berdasarkan teladan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, maka dalam suasana itulah mereka lakukan.

Disebalik sikap mengambil “jalan tengah” buku  karya Quraish Shihab ini memiliki keunggulan yang jarang ditemui mana-mana biografi Nabi Muhammad SAW pernah kita temui. Inilah keistimewaan, kerana dari garapan bekas Menteri Agama Indonesia itu membangkitkan smeual proses berfikir, keran periwayatannya disusuli dengan hujah, hadits dan fakta mutakhir yang digali dari pelbagai sumber dan bacaan. Quraish turut berhujah pelbagai pendapat para penganalisis barat atau orientalis, misalnya  James Houston Baxter, Boswors Smith dan tidak ketinggalan pendapat aktivis muslim moden, seperti Abu al-Hasan al-Nadwi, Sayyid Quthb, dan Mutawalli al-Sya’rawi.

Gabungan antara sumber pendapat “klasik” dan “kontemporari” inilah benar-benar membuatkan buku ini tidak jemu dibaca walaupun dari ketebalannya ia memang tebal. Bahkan dalam semangat dan rasa ingin memahami lebih banyak sosok peribadi insan yang telah mempengaruhi seluruh kehidupan kita, maka menghayati hari kelahiran baginda adalah “turning point” yang besar ertinya kepada orang Islam. Bukan bermakna jika memuja seluruh kehidupannya, tetapi kita mengingatinya kerana dialah yang telah membebaskan kehidupan dalam kegelapan, penuh prasangka dan kekabilahan.

Tajuk Buku : Membaca Sirah Nabi Muhammad SAW Dalam Sorotan al-Qur’an dan Hadits-  Hadits Shahih

Nama Penulis: M. Quraish Shihab

Nama Penerbit: Lentera Hati, Jakarta, Jun 2011.

Jumlah Halaman: xiii + 1166 halaman

Nama Pengulas: Kamarun KH

Lelaki Ateis Mahu Bertaubat (dan 3 berita lainnya)
Lelaki Ateis Mahu Bertaubat

Seorang pengguna laman Facebook yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam Indonesia atas pendirian yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan berhasrat untuk bertaubat meskipun mungkin berhadapan dengan dakwaan memalsukan dokumen.

Facebook Ateis Minang

Alexander Aan, 31 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar dalam talian, Padang Ekspress yang memiliki akaun Ateis Minang dikatakan memalsukan dokumen mengakui beragama Islam semasa memohon jawatan sebagai penjawat awam.

Menurut Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz, dakwaan baru dilakukan setelah memperoleh maklumat mengenai penipuan walaupun dia menegaskan mahu “memeluk Islam dan bertaubat.”

Walaupun menurut Chairul, Alexander sudha insaf dan bakal bertaubat, dakwaan tetap akan dilaksanakan atas percubaan menghina agama dan jika didapati bersalah dia akan berhadapan dengan hukuman penjara selama lima tahun.

Atas kesalahan yang dilakukan oleh Alexander iaitu menggunakan ayat al-Qur’an untuk menafikan kewujudan Tuhan menerusi facebooknya, Majlis Ulama Indonesia melabelkan ia sebagai percubaan mencemari kesucian agama Islam.

Sudan Larang 17 Buah Parti Politik

Pihak bekuasa Sudan telah melarang 17 buah parti politik daripada melaksanakan pelbagai aktiviti berkuat kuasa serta merta kerana didapati melanggar peraturan.

Menurut Setiuasa Agung Majlis Duta Besar Parti Politik Sudan, Muhammad Adam Ismail parti-parti politik terbabit dilarang kerana tidak mengendahkan peraturan.

“Sebagian besar parti politik yang dilarang itu berpengkalan di Sudan Selatan dan sebahagiannya telah diperintahkan agar segera selesaikan mengenai nama, keahlian, peraturan dan prosedur undang-undang berpolitik,” kata Duta Besar Ismail pada akhir Januari lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, Ismail memberitahu bahawa secara rasmi jumlah parti politik yang berdaftar di Sudan adalah 80 dan dijangka akan meningkat lebih banyak lagi kerana proses pendaftaran masih berjalan.

Ismail turut mengingatkan bahawa pertubuhan-pertubuhan politik bersenjata seharusnya mengambil peluang untuk mendaftar parti politik itu bagi membolehkan penyertaan lebih ramai penyokong dan tidak dinilai sebagai pengamal kekerasan.

Obama Akui Pesawat Kawalan Jauh Ceroboh Pakistan

Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengesahkan bahawa pesawat kawalam jauh milik negara itu telah melakukan serangan ke atas pengkalan Taliban dan al-Qaeda dalam operasi haram yang dijalankan oleh Washington.

Ditanya mengenai penggunaan pesawat kawalan jauh oleh pentadbirannya dalam perbualan dengan pengguna enjin carian Google dan Youtube, Obama berkata, banyak serangan dilancarkan di Kawasan Puak Ditadbir Kerajaan Persekutuan (FATA).

Dalam banyak kes, ia serangan tepat terhadap al-Qaeda dan sekutunya, dan kami amat berhati-hati mengenai cara ia dilaksanakan.

Bagi Obama, “Ini adalah usaha yang difokuskan kepada mereka yang berada dalam senarai pengganas aktif, yang cuba memasuki dan membahayakan Amerika, menyerang kemudahan dan pangkalan Amerika dan sebagainya.”.

Menurut perkiraan AFP, sebanyak 64 serangan peluru berpandu Amerika telah dilaporkan berlaku di kawasan separuh autonomi di Pakistan tahun lalu, iaitu menurun daripada 101 pada tahun 2010.

Menurut sebuah badan pemikir yang berpengkalan di Washington, Yayasan New America, menjelaskan , serangan pesawat kawalan jauh di Pakistan sejak lapan tahun lalu telah membunuh antara 1,715 hingga 2,680 orang.

Obama turut mengesahkan bahawa serangan tersebut adalah di zon FATA, iaitu kawasan yang gagal dimasuki oleh pihak tentera.

Jelas Obama,  “Memang benar, banyak serangan berlaku di FATA, dan disasarkan kepada suspek al-Qaeda yang berkubu di sepanjang sempadan antara Afghanistan dan Pakistan. Bagi mendapatkan mereka, kita mungkin terbabit dalam banyak tindakan ketenteraan lebih agresif berbanding yang sedang kita lalui.”

Menurut laporan daripada Pegawai Amerika, kawasan itu merupakan zon perlindungan anggota Taliban dan al_Qaeda yang dikhusukan oleh Pakistan sejak sepuluh tahun lalu, iaitu sejak Amerika melibatkan diri dalam ketumbukan tentera di Afghanistan.

Kumpulan al-Qaeda mengkhususkan diri untuk menyerang Barat manakala Taliban melakukan serangan ke arah Pakistan.

Sehingga kini, Amerika Syarikat enggan untuk berbincang secara terbuka mengenai serangan tersebut, tetapi program tersebut dikatakan meningkat secara mendadak ketika Obama berusaha mengundurkan semua tentera asing pada tahun 2014.

Oktober lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta mengesahkan program pesawat kawalan jauh Agensi Perisikan Pusat (CIA) tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia digunakan di Pakistan.

Pesawat kawalan jauh itu dilaporkan membunuh berpuluh-puluh pejuang al-Qaeda dan Taliban serta beratus-ratus anggota bawahan pertubuhan itu sejak serangan besar-besaran dilakukan pada tahun 2004.

November lalu, serangan peluru berpandu telah meningkatkan kemarahan rakyat terhadap Amerika di Pakistan yang mengakibatkan seramai 24 orang tentara terbunuh.

AS Perluaskan Pelan Menghukum Iran

Keenganan Iran untuk menghentikan program nuklearnya menyebabkan Amerika Syarikat menggariskan pelan sekatan ekonomi dan politik tambahan baru ke atas Iran.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat Demokrat, Tim Johnson, dan pemimpin panel tersebut dari Republikan, Richard Shelby, mereka akan mengundi untuk “Akta Sekatan, Akauntabiliti dan Hak Asasi Manusia Iran” pada Jumaat ini.

Menurut Johnson, Iran masih terus berdegil terhadap tanggungjawab perundangan antarabangsa dan tetap enggan mendedahkan bahawa program nuklearnya sehingga mendorong kepada pemulauan oleh pelbagai pihak.

Shelby pula berkata, akta berkenaan akan memberi isyarat jelas kepada Iran supaya meninggalkan program senjata nuklearnya.

“Iran juga mesti menghentikan rancangannya menyebarkan keganasan antarabangsa,” katanya.

Melalui akta itu, sekatan ekonomi dan politik sedia ada akan diperluas ke atas individu dan firma yang menjalankan perniagaan dengan Iran atau dilihat membantu republik berkenaan memajukan program nuklearnya.

Langkah itu telah mewajibkan larangan perjalanan ke Amerika Syarikay dan pembekuan aset individu serta firma yang menyediakan teknologi untuk Teheran – daripada peluru getah hingga kepada peralatan perisikan – yang digunakan untuk menekan penentang kerajaan.

Ia juga akan mengetatkan sekatan ke atas Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), termasuk larangan perjalanan ke Amerika Syarikat, pembekuan aset dan menyasarkan “sesiapa saha yang membantu secara material pasukan tentera elit itu.”

Ia memerlukan firma yang bersaing untuk memperoleh kontrak kerajaan AS mendapat pengesahan bahawa mereka dan anak syarikat tidak menjalankan sebarang transaksi signifikan dengan IRGC atau sebarang entiti yang berkaitan dengannya.

Akta terkini itu juga membolehkan Presiden Barack Obama mengenakan sekatan baru ke atas mana-mana eksekutif kanan sesebuah firma yang berdepan dengan sekatan atas tindakan mereka berurusan dengan Iran.

Sekatan juga boleh dikenakan ke atas pemegang saham utama firma itu.

Disusun dan disunting oleh Mahanor Saleha

Kejayaan BN, Kebijaksanaan atau Manipulasi Politik?
Setelah membaca dengan teliti tulisan Leiw Chin Tong yang disiarkan menerusi MerdekaReview pada 30 Januari 2012 dengan tajuk Membedah Grand Design Mahathir bahagian pertama jelaslah membuktikan bahawa pandangan ahli parlimen Bukit Bendera itu tidak dapat membezakan antara kebijaksanaan dan manipulasi politik.

Apakah DAP Sudah Lengkap Model Kebijaksanaan Politik Dengan Hanya Hanya Berbekalkan Pengalaman Mentadbir Pulau Pinang Selepas Sejak Mac 2008?

Kebijaksanaan Tun Dr Mahathir membungkuskan kembali semangat menyatukan rakyat Malaysia menerusi Wawasan 2020 menjadikan BN kembali mendapat semangat yang besar sehingga mampu menyekat kemaraan DAP dalam tiga siri projek tanjung dan selepas pilihan raya umum 1995, Lim Kit Siang memberikan pengakuan tidak ada siri tanjungnya.

Kenapa pengakuan ini dilakukan oleh Lim Kit Siang yang bercadang untuk membunuh kerjaya politik Dr Koh Tsu Koon pada tahun 1995 setelah merasakan dirinya sudah cukup kuat kerana berjaya mengalahkan Tun Dr Lim Chong Eu di N 22 Padang Kota pada tahun 1990 dengan hanya majoriti 706 undi.

Pada tahun 1990, kemengan DAP di Pulau Pinang ada kaitan dengan perpecahan yang berlaku dalam UMNO apabila parti itu diharamkan pada bulan April 1988 kesan pemilihan pucuk pimpinan 1987. Sebahagian besar penyokong kuat Tengku Razaleigh adalah dari Pulau Pinang yang diketuai oleh Datuk Yusof Latif. Kedudukan BN selepas PRU 1990 dilihat tidak kuat kerana sengketa dalam parti-parti yang mewakili orang Cina tidak dapat disembuhkan. Gerakan dan MCA masih belum boleh bersatu secara berkesan manakala dalam Gerakan turut berlaku krisis kepimpinan apabila Tun Dr Lim Chong Eu gagal mempertahankan kerusi Padang Kota.

Kemenangan Lim Kit Siang di Padang Kota itu sebenarnya ada kaitan rapat dengan prestasi buruk DAP dalam pilihan raya 1986 apabila beberapa kawasan bandar yang dilihat boleh menang telah mengalami kekalahan kesan daripada manipulasi politik yang berlebihan, telah menakutkan pengundi-pengudi Cina mengenai kedudukan ekonomi.

Pada tahun 1985, ekonomi seluruh dunia dilihat sedang berada dalam keadaan yang sangat panas disebabkan beberapa faktor termasuk kesan kenaikan harga minyak dan sikap Rusia yang telah merasakan kesan dasar glassnot dan prestorika yang dimulakan oleh Mikhael Gorbachev.

Beberapa buah negara yang berada dalam Kesatuan Sosialis Soviet Republik (KSSR) mula menunjukkkan kebangkitan untuk merdeka dan bebas daripada pengaruh Moskow. Kesan ekonomi Amerika Syarikat juga sedang mengalami situasi yang memaksakannya menekan Jepun dan China supaya menaikkan nilai matawang masing-masing bagi mengimbangi nilai dolar yang kian merosot.

China tidak berganjak dengan keputusannya untuk tidak menaikkan nilai mata wang yuan kerana dengan pengapungan itu menjadikan produk yang dihasilkan menjadi lebih mahal manakala Jepun terpaka menaikkan mata wang yen kerana bimbangkan Amerika Syarikat terus mengenakan tekanan walaupun  ekonomi domestic negara itu sudah berantakan, sudah semakin ramai rakyatnya mengambil keputusan lebih baik bekerja dengan firma-firma Jepun berbanding syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat sendiri.

Itu tidak memberikan pengetahuan yang menarik buat Liew Chin Tong kerana beliau sebenarnya tidak dapat menyelami dengan berkesan arah pemikiran Tun Dr Mahathir sehingga melahirkan Konsep Wawasan 2020 pada tahun 1991. Liew Chin Tong tidak sedar bahawa pengalaman Malaysia untuk mengatasi kemelesetan ekonomi pada tahun 1986 dan 1987 sebagai suatu kebijaksanaan, sebaliknya menganggap Operasi Lalang yang berlaku pada tahun itu sebagai satu manipulasi politik BN untuk mengekalkan kuasa.

Sebenarnya Operasi Lalang berlaku kerana sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang amat keterlaluan membangkitkan persoalan kaum sehingga menjadikan suasana politik negara seolah-olah sedang parah walaupun kerajaan sedang berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah untuk menjual produk kelapa sawit dan getah yang tidak laku.

Pembangkang cuba memanipulasikan kedudukan tersebut bagi membolehkan mereka membina persepsi bahawa ekonomi Malaysia sedang menuju kemelut yang panjang, maka penggunaan ISA untuk menghentikan tingkah politik yang dilihat bersifat perkauman itu sesuatu yang zalim dan melanggar prinsip demokrasi.

Apakah benar dakwaan Tun Dr Mahathir telah melakukan kompromi dalam bentuk Wawasan 2020? Apakah Wawasan itu terlahir dari sebuah kompromi politik? Meskipun Liew Chin Tong tidak memberikan penjelasan berkesan mengenai “istilah itu”, sebenarnya menggambarkan keadaan sebenarnya DAP yang tidak pernah melihat sesuatu secara lebih rasional, dan sentiasa mahu menegakkan benang yang basah seolah-olah DAP sudah begitu banyak mensejahterakan kehidupan rakyat.

Sebenarnya Wawasan 2020 tidak mungkin akan lahir jika tidak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Wawasan 2020 merupakan satu pandangan bersifat mencabar pemikiran rakyat Malaysia untuk melihat bahawa perpaduan antara kaum sebenarnya sesuatu yang begitu mendesak kerana politik Malaysia teruji dengan pergolakan sentimen perkauman yang lebih mencenderungkan pemenuhan aspirasi bukan Melayu.

Meskipun Tun Razak telah berjaya membangunkan falsafah dan ideologi negara menerusi Rukun Negara pada tahun 1971, bukan Melayu tetap tidak menunjukkan sikap assimilasi yang berkesan, masih menuntut perjuangan pengekalan kepentingan mereka menerusi pertubuhan-pertubuhan sosial sehingga mencapai lebih 2,000 dengan pelbagai kehendak.

Huatuan telah menjadi “kuasa ketiga” dalam politik Malaysia sehingga memperlihatkan walaupun dari permukaannya orang Cina tidak bersatu, mereka sebenarnya amat bersatu secara senyap. Inilah hakikat yang berlaku dalam politik Malaysia yang hendak dikaburkan oleh Liew Chin Tong apabila menggambarkan bahawa Wawasan 2020 sebagai “kompromi Dr Mahathir”.

Apakah DAP yang menggunakan ideologi demokratik sosialisme telah melaksanakan prinsip demokrasi yang jelas dalam kepimpinan politiknya. Masyarakat sedar bahawa dalam banyak situasi DAP juga tidak pernah menunjukkan kejujuran dalam memperjuangkan sesuatu isu, kerana sejak kelahiran parti itu pada tahun 1965, ia lebih menjurus kepada persoalan masyarakat Cina bahkan kepimpinan politik kaum India tidak menjadi keutamaan.

Inilah sebenarnya dilemma politik DAP apabila cuba merekrutkan sebanyak mungkin orang Melayu untuk memperlihatkan parti itu bukanlah sebuah parti perkauman, parti yang berasaskan kepada kepelbagaian etnik.Memang benar ada pemimpin-pemimpin DAP dari kaum lain, Melayu, India dan Punjabi.

Apa yang menyebabkan parti itu dilihat lebih dominan ialah lebih tiga sukunya adalah didominasi oleh kaum Cina, manakala keluarga Karpal Singh yang mampu bertahan. Kaum-kaum lain sudah semakin pupus atas manipulasi politik yang berlebihan bagi memperkasakan agenda politik orang Cina. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam DAP dari dulu hingga sekarang.

Kenapa DAP sering membawa tema bahawa media dikuasai oleh pemerintah maka ruang yang lebih demokratik tidak diperoleh oleh pembangkang? Isu ini adalah sesuatu yang amat cliché bagi membuktikan bahawa itulah faktor yang membawa kegagalan DAP dalam misi propagandanya. Propaganda DAP adalah lebih mual dan jelik apabila seringkali mempertikaikan pembangunan infrastruktur sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan alasan ia sebagai sesuatu yang membazir dan negara tidak memerlukannya.

Ketika Tun Dr Mahathir berusaha membina Jambatan Pulau Pinang pada awal tahun 1980-an, DAPlah kumpulan yang terkuat membuat kempen menentang kerana perbelanjaan itu akan mengurangkan kepentingan rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan sebagainya. Tuduhan dan desakan itu tidak diendahkan oleh Tun Dr Mahathir kerana beliau memahami bahawa dalam masa yang lain, ia amat diperlukan kerana Pulau Pinang sedang memesatkan industri berteknologi tinggi. Mengharapkan perhubungan menggunakan satu sahaja kaedah, iaitu feri akan menyukarkan pengangkutan barangan dan mobiliti sosial.

Setelah jambatan tersebut digunakan, DAP akhirnya terpaksa menyimpan sifat malu dengan dakwaan sebagai suatu pembaziran malah apabila Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, desakan untuk mempercepatkan pembinaan jambatan kedua dilakukan, walaupun pada awalnya ad aura-ura ianya akan ditangguhkan. Inilah suatu bentuk sandiwara yang sedang dipentaskan oleh DAP apabila berkuasa.

Sandiwara itulah manipulasi politik dengan meletakkan bahawa kesibukan lalu-lintas dan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang boleh melambatkan proses pembangunan negeri yang sedang menuju ke arah lanai pelancongan antarabangsa yang dirancang akan dibangunkan di Pulau Betong dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Sikap dualism DAP sudah banyak terserlah apabila pernah juga membalutkan kesempitan pemikirannya dengan menyalahkan BN dalam proses pembangunan semula tanah di Kampong Buah Pala, Pulau Pinang walaupun setelah isu itu reda, Lim Guan Eng dan Karpal Singh mengambil peluang menyampaikan kunci seolah-olah isu itu dapat diselesaikan oleh mereka.

Apakah benar isu itu telah selesai? Penyerahan kunci oleh pihak pemaju kepada penduduk yang terbabit itu sebenarnya merupakan kumpulan yang tidak menentang pembangunan semula Kampong Buah Pahala. Kumpulan itu merupakan mereka yang bersetuju dengan pihak pemaju sebelum Pakatan Rakyat berjanji akan selesaikan masalah mereka dalam kempen pilihan raya umum ke-12.

Pakatan Rakyat hanya memberikan “sokongan palsu” kepada sekumpulan penduduk yang tidak menerima cadangan pemaju kerana mahukan pampasan yang lebih besar. Kumpulan itu seboleh-bolehnya mahukan setiap orang anak-anak mereka memperolehi rumah, walaupun sebahagian besar generasi itu bukan lagi menjadi penduduk Kampong Buah Pahala.

Ada juga sekumpulan yang menentang itu bukanlah penduduk asal, tetapi mereka merupakan kumpulan yang merasakan tidak dapat pembelaan setelah kawasan pemukiman mereka dibangunkan RECSAM. Sejarah itu tidak boleh DAP jurkirbalikkan, kerana sejarah itu tersimpan kemas dalam sanubari penduduk asal Kg Buah Pala.

Bagaimana DAP tidak menunjukkan kebijaksanaan politiknya pada tahun 1995 sehingga mengecewakan pemimpin besarnya, Lim Kit Siang. Kerana tidak memikirkan bahawa manusia mempunyai perasaan, DAP mempamerkan sikap sebenarnya untuk mendaulatkan undang-undang berdasarkan kepentingan sendiri. Dengan menggunakan populariti watak sains fiksyen, Robocorp DAP mempamerkannya dengan begitu sombong.

Masyarakat Pulau Pinang, kalaulah diperintah berdasarkan peraturan yang diprogramkan sebagaimana perilaku robot, maka rakyat tidak dapat memahami apakah budibicara masih lagi menjadi tunjang kemanusiaan yang hakiki. Inilah kemelut DAP yang menyebabkan parti itu tumbang di Pulau Pinang pada tahun 1995, dan hanya mampu menang satu kerusi DUN di N 27- Batu Lancang dengan majoriti 62 undi.

Lim Kit Siang sendiri tewas di N 19- Tanjung Bunga kepada Koh Tsu Koon dengan majoriti 7,703 undi manakala empat  calon DAP daripada orang Melayu turut tewas, iaitu Ahmad Noor di N 26 Sungai Pinang (dengan majoriti 5,558 undi), Rosli Hanafi di N 30 Batu Uban (dengan majoriti 8,876), Zulkifli Mohd Noor di N 31 Bayan Lepas (dengan majoriti 6,775) dan Mohd Noor Marzuki di N 32 Telok Kumbar (dengan majoriti 7,813). Ini membuktikan bahawa pada tahun 1995, DAP hampir-hampir tidak relevan kerana orang Melayu tidak boleh menerima kehadirannya manakala orang Cina tetap menolak politik “robot tidak berperasaan.”

DAP yang bertanding di 26 DUN menang hanya satu;  PAS bertanding di tujuh DUN, tewas kesemuanya bahkan hilang deposit di Sg Pinang dan Telok Bahang; Semangat 46 kalah di kesemua empat DUN yang dipertandingkan manakala PBS semua calonnya hilang deposit di enam DUN yang ditandinginya. Apakah kemenangan besar BN itu ada kaitan dengan kebijaksanaan kepimpinan Dr Mahathir merungkaikan pembentukan bangsa Malaysia menerusi cabaran strategic Wawasan 2020 itu sebagai “kompromi”?

Berdasarkan tulisan itu jelaslah bahawa percubaan Ahli Parlimen itu untuk menolak sejarah bahawa Malaysia sebenarnya negara yang dipunyai oleh orang Melayu dengan membenci hegemoni Melayu. Kebencian itu bukanlah sesuatu yang baru kerana DAP sebenarnya begitu tegar dengan prinsip Malaysian Malaysia yang dengan jelas berusaha meminggirkan kedudukan orang Melayu berasaskan persaingan secara terbuka sedangkan dari struktur ekonominya orang Melayu masih lagi baru melepasi tahan merangkak sedangkan bukan Melayu sudah pun boleh berlari.

Apakah situasi ini merupakan kelemahan orang Melayu atau warisan sejarah yang cuba nak ditempelakkan oleh DAP, kerana British telah meminggirkan orang Melayu dan membina peluang yang lebih besar kepada bukan Melayu di bandar-banda dan kawasan pelabuhan. Perspektif inilah yang seharusnya diperbetulkan dalam pemikiran pemimpin DAP jika mahu melihat bahawa setiap rakyatnya perlu dibiarkan berlumba secara terbuka.

Tetapi juga harus dilihat bahawa perlumbaan secara lebih terbuka juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang ketara, kerana cara melobi juga akan menjadi lebih sengit. Bagaimanapun, kerana ia adalah atas nama kebebasan, maka kebebasan itu juga akan menghancurkan sesuatu sistem jika tanpa ada peraturan dan prosedur yang jelas. Manusia menjadi semakin kreatif untuk memenuhi keperluannya, maka manusia akan mencipta pula pelbagai kaedah untuk berjaya walaupun dengan cara berbahaya dan keras.

Kalaulah dengan mengkonsepsikan Wawasan 2020 dilihat sebagai kompromi, maka seharusnya ahli parlimen Bukit Bendera itu bolehkah mengkelasifikasikan bahawa revolusi kebudayaan yang diasaskan oleh Mao Tze Tung untuk “mensetiakan sokongan orang Cina” itu sebagai manipulasi politik? Hari ini dasar yang dibina oleh pemimpin China itu dilihat sebagai satu kebijaksaan politik kerana dalam situasi kehidupan terhimpit telah lahir Maonomic yang akhirnya melonjak kedudukan ekonomi menjadi kuasa ekonomi terbesar, kerana menjadi lebih kapitalistik berbanding dengan negara-negara kapitalis yang asal.(Baca Loretta Napoleoni, Maonomics: Why Chinese Communists Make Better Capitalists than We Do, 2011).

Sebelum  Leiw Chin Tong membuat sambungan penulisannya, eloklah sekiranya beliau cuba      memahami secara rasional analisis In-Hwang Hong yang meneliti dasar yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir mengenai penegasan Konsep Wawasan 2020 dalam Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir (2003) yang mampu membawa ketahanan kuasa politik BN walaupun DAP tidak mahu mengakuinya sebagai satu kebijaksanaan membuat keputusan dan mentadbir negara.

Usaha Pakatan Pembangkang menyemarakkan politik kebencian itulah akhirnya bakal menjerat dan memerangkap strategi memanupulasikan apa sahaja yang dianggap boleh mendatangkan “political mileage” dan menjayakan hasrat menumbangkan BN walaupun kedudukan BN semakin kuat dan diterima oleh rakyat. Pakatan Pembangkang sudah semakin terdesak kerana PAS dilanda masalah dalaman manakala PKR diselubungi krisis keyakinan, hanyalah dengan memperkuatkan kedudukan sendiri sahaja yang bakal mempertahankan kuasa yang sudah pun dilihat kian tergugat.

Monosin Sobri

Kita di Mana Sebenarnya?
Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difahami sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam.

Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ‘ulama’ dengan kata‑kata, “Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari’at.”

Imam al‑Raghib al‑Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak‑tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah, sebagaimana Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan (ingatlah. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.” (az-Dzariyat: 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t tentang fungsi manusia di bumi dalam firman‑Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.“ (al-Baqarah: 30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah s.w.t agar manusia menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al‑ardhi), seperti terkandung di dalam firman‑Nya yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.” (Hud: 61)

Ayat ini mengandungi perintah agar kita mengurus seluruh sumber atau hasil alam yang ada di muka bumi. Oleh yang demikian, zuhud bukan bererti harus meninggalkan usaha atau mengabaikan tugas sebagai pengurus sumber alam.

Ia adalah suatu komitmen untuk hidup secukupnya, tetapi tidak menjadikan diri terbelenggu dengan kepentingan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat.

Pendek kata, ibarat kita berjalan di atas muka bumi tetapi kepala kita menengadah ke atas. Kita hidup di dunia dengan hati sebagai penghuni akhirat.

Kita bekerja untuk dunia seolah‑olah hidup selamanya dan bekerja untuk akhirat seolah‑olah akan mati esok. Inilah prinsip yang dipegang teguh oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati.

Maka tidak hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu Bakar al-Siddiq, Uthman binAffan dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. Padahal mereka tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

Abdul Rahman bin ‘Auf misalnya, telah mengikut Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Dia rela meninggalkan rumah, kebun dan segala hartanya di Mekah. Di Madinah dia mulakan hidup dari kosong.

Namun, semangat berusaha Abdul Rahman bin ‘Auf tidak pernah surut.

Ketika dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Sa’ad bin Rabi’ al‑Ansari, Sa’ad menawarkannya untuk memilih salah satu rumahnya sebagai tempat tinggal dan menawarkan hartanya untuk dibahagi dua.

Abdul Rahman bin ‘Auf membalas pemberian yang sangat berharga ini dengan penuh kewibawaan, seraya berkata, “Semoga Allah memberkati keluarga, rumah dan harta anda, tetapi aku adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah kepadaku di mana ada pasar di sini.”

Ketika itu pasar di bawah monopoli Bani Qainuqa’ dari golongan Yahudi. Namun Abdul Rahman bin ‘Auf yakin dan sedia bersaing dengan Bani Qainuqa’ yang menguasai ekonomi. Dalam waktu yang singkat dia mampu bersaing dengan orang Yahudi.

Sehinggalah pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan bau yang sangat harum. Maka apabila Rasulullah s.a.w. bertanya, dia menjawab, “Saya sudah bernikah, wahai Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Apakah sudah mengadakan walimah?” Dia menjawab, “Belum!” Maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Laksanakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” Walaupun Abdul Rahman bin ‘Auf memulakan usahanya dari kosong di Madinah, namun ketika dia meninggal dunia, dia meninggalkan emas yang cukup banyak.

Seperti dikatakan Ibnu Sa’ad, bahawa emas peninggalannya dibahagikan kepada empat isterinya dengan bahagian masing-masing lapan puluh ribu dinar. Jumlah ini hanyalah satu pertiga puluh dari semua jumlah hartanya.

Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan harta ‘Abdul Rahman bin ‘Auf yang pada saat itu nilai dinar dan dirham sangat tinggi.

Namun, dia tidak teragak‑agak menginfaqkan berjuta-juta hartanya untuk membantu semua keperluan pasukan jihad dan membantu fakir miskin. Demikian juga kekayaan Uthman bin ‘Affan.

Dunia dalam genggaman mereka, tetapi mereka tidak sampai gila kepada dunia. Mereka memperbudakkan dunia tetapi mereka tidak diperbudakkan oleh dunia.

Jelaslah, betapa dalam mencari harta dunia, yang penting, dunia tidak dijadikan satu‑satunya primadona supaya dunia tidak memperbudakkan kita. Inilah zuhud yang sesungguhnya.

Bagaimanpun, ada juga umat Islam yang memburukkan imej ajaran Islam, seperti yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang gaya hidup melambangkan kemiskinan.

Mereka memutuskan sama sekali dengan keduniaan. Mereka hidup tanpa bekal, tanpa bekerja, padahal mereka mampu bekerja. Jelas amalan ini bertentangan dengan syari’at Islam dan tidak sesuai.

Ketika Umar al-Khattab melihat beberapa orang berdiam diri di masjid setelah solat Jumaat, dia bertanya kepada mereka, “Siapakah kamu?” Mereka menjawab, “Kami adalah orang yang bertawakal kepada Allah.” Lalu Umar berkata, “Sesungguhnya kamu adalah orang pasrah yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa: “Ya Allah berilah kami rezeki.”

“Padahal mereka tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak, tetapi Allah s.w.t yang memberikan rezeki kepada manusia. Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah: Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi?”

Setelah berkata demikian, Umar segera mengusir mereka dari masjid.

Jadi, kita di mana sebenarnya?

IZHAR SYAFAWI

Mengembara Menggeledah Ilmu
Nama asal Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghizah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 Hijrah atau 767 Masihi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Mekah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal al-Quran 30 hanya. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadis-hadis Rasulullah s.a.w, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadis serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Mekah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekali gus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah, iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua-dua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah s.w.t. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah s.w.t. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”

Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh,” jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati tuan sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah an-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janji-Nya, kerana sekarang tuan telah menjadi khalifah, jawapan salam tuan tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baik dengan baik apabila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna.” Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada tuan itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan tuanlah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana tuan adalah putera bapa saudara Rasulullah s.a.w, iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menunduk, kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati ilmu pengetahuanmu, wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah s.w.t yang harus kita hadapi.

ABUL HANZALAH

Ditolaknya Taubat Firaun
“Mengapa baru sekarang (kamu beriman), padahal sesungguhnya engkau telah derhaka sejak dahulu, dan engkau termasuk orang yang berbuat kerosakan.” (Yunus: 91)

Ada pelajaran penting yang dapat diambil dalam kisah tentang penyesalan Firaun di penghujung hidupnya yang ditolak oleh Allah s.w.t.

Allah memberikan banyak waktu kepada manusia untuk merenungkan keberadaan mereka di dunia ini dan untuk memahami bahawa mereka adalah hamba Allah.

Para utusan Allah, dengan firman-firman Allah dan para pengikut setianya menyampaikan ajaran Allah kepada manusia.

Manusia memiliki banyak waktu dan kesempatan untuk menyedari pesan-pesan itu dan akhirnya memohon pengampunan Allah.

Ketika ajal telah mendekat, seseorang dapat melihat dengan jelas kenyataan dan kemungkinan yang akan terjadi di alam baqa dan dapat menyaksikan kebenaran saat berhadapan dengan malaikat pencabut nyawa.

Saat itu, seseorang tidak mungkin lagi menolak kebenaran. Namun, yang penting adalah melatih kesedaran seseorang dan berupaya untuk selalu ikhlas selama hidup di dunia, yakni ketika ia tengah diuji.

Melalui masa ujiannya, Firaun telah bersikap tidak hormat dan melawan Allah. Kerana itu, taubatnya yang didorong oleh ketakutan menjelang ajal tidak tidak berupaya menyelamatkannya.

Peristiwa ini harus menjadi peringatan penting bagi mereka yang percaya pada nilai ‘menikmati hidup sepuasnya’ dan menunda taubat pada usia tua nanti.

Bagaimanapun, memenuhi kewajipan keagamaan tidak boleh ditunda-tunda kecuali bagi mereka yang diizinkan Allah.

Manusia yang menunda kewajipan keagamaannya ketika masih muda akan mencapai tahap akhir kehidupannya yang saat itu iman dan taubatnya menjadi tidak berharga lagi.

Firaun beriman pada penghujung hidupnya. Ia pun meminta pengampunan yang ditolak Allah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya! Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini? Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: “Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman-Nya di antara sekalian hamba-Nya.” (Ghaffir: 46-48)

Di alam baqa, melalui kehendak Allah, kita akan melihat penyeksaan yang menimpa Firaun dan kaumnya yang telah menyeksa Musa a.s dan para pengikut baginda.

Sementara itu, saat ini, kita seharusnya berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita sebagai orang yang akan menyaksikan seksaan terhadap Firaun, bukan menjadi bahagian orang yang berada bersama Firaun di neraka, melainkan menjadi bahagian daripada para hamba-Nya yang bijak di dalam syurga.

Susunan MUHAMMAD IQBAL

Selintas Perkembangan Mazhab
Agama Islam diutus oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sumber atau pokok ajarannya ialah al-Quran al-Karim, iaitu sebuah kitab yang tidak ada sedikit pun kebatilan dan kepalsuan di dalamnya, yang diturunkan oleh Allah s.w.t menerusi wahyu kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang (hendak) bertakwa.” (al-Baqarah : 2)

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi aqidah (kepercayaan) dan syariah (undang-undang). Ia membicarakan tentang amal ibadah dan juga membicarakan tentang perlembagaan atau sistem hidup duniawi, seperti undang-undang keluarga, hukum jual-beli, peraturan perbicaraan harian, hukum-hukum yang berhubung dengan jenayah dan balasannya, dan juga sistem perhubungan antara satu sama lain serta perhubungan antarabangsa.

Al-Hadis

Di samping al-Quran sebagai sumber pertama bagi segala hukum-hakam, terdapat pula hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang merupakan sebagai penghurai dan penafsir dari Al-Quran. Tiap-tiap bab atau fasal hukum fiqh, yang di dapati hadis-hadis yang menerangkan apa-apa yang perlu diterangkan dan dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.” (an-Nahl: 44)

Rasulullah s.a.w menerangkan ajaran-ajaran Islam kepada manusia dengan perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan dan perakuan-perakuan.

Di zaman Rasulullah s.a.w, apabila orang-orang Islam menghadapi sesuatu masalah tentang hukum-hukum, mereka terus menemui Rasulullah dan bertanya kepada junjungan apa yang dimusykilkan.

Rasulullah menjawab pertanyaan mereka dengan wahyu yang diturunkan kepada Junjungan s.a.w.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahi yang diwahyukan kepadanya.” (an-Najm: 2-3)

Al-Ijtihad

Rasulullah s.a.w mengajar para sahabat perkara-perkara yang berhubung dengan agama. Mereka adalah orang yang baik penerimaan, halus fahaman, benar, jujur dan ikhlas. Dari itu, maka segala percakapan dan perbuatan mereka boleh diterima dan dibuat pedoman. Rasulullah membenarkan mereka berijtihad, jika tidak ada nas atau hukum daripada al-Quran dan hadis-hadis. Dengan syarat tidak terkeluar dari prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan agama yang telah ditetapkan.

Kebenaran dan Permulaan Ijtihad

Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi.

Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?” Jawab Muaz, “Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran.” Tanya Rasulullah lagi; “Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?” Kata Muaz; “Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah (al-Hadis). “Rasulullah bersabda lagi: “Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?”, Jawabnya; “Aku akan berijtihad.” Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah (Muaz) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya.” (Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi)

Inilah pengakuan Rasulullah mengenai ijtihad.

Mengenai penerimaan Allah s.w.t dengan hasil ijtihad, jelas dalam sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :

“Barangsiapa berijtihad dan betul ijtihad maka ia memperolehi dua pahala. Dan barangsiapa berijtihad dan salah ijtihadnya, maka ia dapat satu pahalanya sahaja.”

Perlunya Kepada Ijtihad

Manakala kehidupan manusia semakin hari semakin luas dan bercabang-cabang, dan manusia sendiri bertambah-tambah ramai dari semasa ke semasa, maka bidang ilmu fiqh dengan sendirinya menjadi luas, kehidupan orang-orang Islam semakin maju. Ajaran-ajaran Islam telah tersebar luas ke seluruh dunia.

Maka banyaklah peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang berlaku, sedangkan nas-nas hukum daripada al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w ada masa dan batas-batasnya. Tetapi peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian tetap berkembang dengan luasnya tanpa berhenti-henti. Justeru itu, maka tidak dapat tidak, perlu adanya perbincangan hukum dan ijtihad.

Di Zaman Khulafa Ar-Rasyiddin

Di zaman Khulafa Ar-Rasyidin telah zahir perkara-perkara perumpamaan ijtihad. Di antara mereka yang telah tampil kemuka dalam konteks ini, ialah Saidina Umar al-Khattab, dan masa inilah bidang ilmu fiqh telah menonjol beberapa langkah maju ke hadapan.

Tiap-tiap sahabat Nabi s.a.w mengambil kesimpulan daripada al-Quran dan hadis sekadar yang mereka dapat, dan memberitahu kepada orang lain pendapat-pendapat mereka. Dari itu perjalanan ilmu fiqh terus maju ke hadapan lagi.

Di antara sahabat-sahabat nabi yang berijtihad di Madinah: Saidina Umar al-Khattab, Saidina Ali, Abdullah bin Umar, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Kaab, Abu Musa as-Asyari dan lain-lain. Sementara di Mekah pula: Abdullah bin Abbas. Di Kufah: Abdullah Bin Utbah. Di Mesir: Abdullah bin Umar al-Aash dan lain-lain.

Pepecahan mereka di beberapa negeri adalah diibaratkan bintang-bintang yang bertaburan di langit, dan mereka adalah menjadi ikutan umat Islam kerana sifat-sifat mulia dan peribadi yang tinggi yang dimiliki oleh mereka. Pengiktirafan Rasulullah s.a.w terhadap mereka adalah jelas dan tegas.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.”

Ilmu fiqh di kalangan sahabat dan tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab-sebab (alat) masa hendak menghukum atau memberi fatwa.

Perundangan Terus Berkembang

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai ramai murid-murid yang belajar daripada mereka. Murid-murid itu digelar tabiin kerana mereka tidak sempat bertemu dengan Rasulullah, tetapi cuma berjumpa dengan sahabat-sahabat nabi sahaja, mereka mengikut ajaran-ajaran Rasulullah dan jalan-jalan sahabat Nabi s.a.w.

Apa yang jelas bahawasanya perpindahan tabiin ke seluruh negeri dan bandar-bandar pada masa itu menyebabkan ramai menghadapi bermacam-macam peristiwa dan kejadian yang belum dilalui oleh sahabat-sahabat sebelumnya. Maka sudah menjadi kewajipan kepada mereka mencari, membahas dan mengkaji hukum-hukum untuk menghadapi peristiwa itu.

Maka dengan itu bertambah luaslah lagi bidang ilmu fiqh.

Patut disebut bahawa ilmu fiqh sahabat-sahabat para tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi ia mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang akan sebab-sebab (ilah) masa hendak menghukum itu atau untuk memberi fatwa.

Sebagaimana yang jelas diketahui, bahawa pendapat mereka bermacam-macam dan berlainan. Ini disebabkan berlainan tempat dan kedudukan negeri masing-masing. Di samping berlebih kurang tentang memahami maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Oleh demikian terhasilah berlainan pendapat di antara satu dengan yang lain maka inilah yang dinamakan mazhab.

Di antara tabiin yang berijtihad diwaktu itu ialah : Said Al-Musayyab dan Abdullah bin Umar di Madinah. Yahya bin Said, Rabiah bin Abdul Rahman, Atha bin Rabah di Mekah. Hassan Al-Basri di Basrah, Thowas bin Kasan di Yaman, Makhul di Syam.

Di Zaman Umar bin Abdul Aziz

Pada tahun 100 Hijrah di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau telah menghantar ulama dan fuqaha ke seluruh negera.

Selanjutnya kerajaan Bani Umayyah telah hilang, timbul pula kerajaan bani Abbasiyah, disamping itu timbul pula pertelingkahan di antara orang-orang Alawiyyin dengan orang-orang Abasiyyin. Dan pertelingkahan di antara Syiah dengan Khawarij.

Turut berlaku pada masa itu penyambungan di antara pemikiran orang Arab dan Yunani (Greek Tua), iaitu sebagai natijah daripada terjemahan dan pemindahan ilmu pengetahuan. Di masa itu juga mula disusun sunnah-sunnah Nabi s.a.w, fatwa-fatwa dan pendapat ulama. Dan ilmu fiqh pada waktu itu telah masyhur ke seluruh pelusuk negeri dan ramailah orang yang mengikutnya dan beramal dengannya, sebagai natijahnya terdirilah beberapa golongan atau pengikut fuqaha.

Padazaman inilah nama imam-imam empat serangkai telah muncul dan temasyhur. Mereka adalah diumpamakan bulan purnama yang dikelilingi oleh bintang-bintang yang berselerak di sekelilingnya.

Al-Ijma dan Al-Qiyas

Al-Quran dan al-Hadis adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada permulaannya ialah di zaman Rasulullah s.a.w, sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.

Selain daripada al-Quran dan al-Hadis ialah pendapat Rasulullah s.a.w yang sama, dinamakan ijmak. Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan al-Hadis pada satu-satu masa.

Di sana terdapat juga “Al-Qiyas” kerana bahawasanya hukum syarak pada gholibnya mempunyai beberapa ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika terdapat sama ilahnya. Seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum, kerana terdapat sama pada ilatnya, iaitu mengeyangkan dan tahan disimpan.

Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya al-Quran, al-Hadis, al-Ijmak dan al-Qiyas merupakan sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang besar yang membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan, kekuatan dalam hukum-hukum Islam.

Mazhab-Mazhab Yang Muktabar Dalam Islam

Sebenarnya mazhab-mazhab dalam Islam adalah banyak, kerana ulama-ulama yang bekemampuan terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w, para tabiin dan tabii al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat-syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai, tetapi mengikut pendapat ulama, bahawasanya mazhab yang muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab sahaja, mengikut qaul yang rajih. Iaitu: Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali kerana keempat-empat mazhab ini ada mempunyai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab mereka. Yang mana menjadi bahan-bahan yang tak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Adapun mazhab-mazhab yang lain, maka tidak ada mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi.

Ada juga mazhab-mazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang empat, tetapi tidaklah begitu terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah usul-usul yang dibukukan.

Mazhab Hanafi

Diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit (dikenali sebagai Abu Hanifah). Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai “akal dalam ilmu pengetahuan”.

Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi dan ism-ism yang bermacam-macam. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata “Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama”.

Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat: “Sesiapa yang mengkafirkan seseorang, maka ia terlebih dahulu kafir daripada orang itu.”

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan : Umaiyah dan Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di waktu itu.

Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s,a,w. Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadith-hadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.

Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.

Iman Malik adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah baliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.

Imam Malik tetap berpegang teguh kepada sabda Rasulullah s.a.w dalam menganggap hadis-hadis itu petunjuk, penyuluh kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar.

Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata : “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku”. Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya: “Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir”. Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata: “Aku bimbang kerana aku akan disoal suatu hari nanti dalam (hari kiamat).”

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 Hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.

Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 Hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: diceritakan kepada Nabi Muhamad s.a.w bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua.

Nama asalnya ialah Muhamad bin Idris, lahir di bandar Ghizah di Palestin pada tahun 105 Hijrah, inilah tarikh paling masyhur di kalangan ahli sejarah. Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah s.a.w pada datuk Rasulullah, iaitu Abdul Manaf.

Semasa muda, Imam Syafie hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak (kabilah) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah daripada puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fekah.

Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadis. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan al-Hadis. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Hanbali

Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di Baghdad pada tahun 164 Hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadis sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur.”

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang daripada guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

MUHAMMAD NUR FARHAN

Syaitan Musuh Yang Lemah
“… Kecuali (syaitan) yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (daripada malaikat) lalu dikejar oleh semburan api yang terang.” (al-Hijr: 18)

Musuh manusia terbesar semenjak Nabi Adam a.s adalah syaitan / iblis. Syaitan bersumpah kepada dirinya sendiri untuk menyesatkan manusia pada saat Nabi Adam a.s diciptakan dan syaitan melaksanakan sumpahnya itu dengan menyusun tipu daya agar dunia ini tampak memikat dan mempesona di mata manusia.

Al-Quran juga memberitahu kita bahawa tipu daya syaitan itu; ia lemah dan tidak memiliki kekuasaan ke atas manusia.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan sungguh, iblis telah dapat meyakinkan terhadap mereka kebenaran sangkaan mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian daripada orang-orang mukmin. Dan tidak ada kekuasaaan (iblis) terhadap mereka, melainkan hanya agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya akhirat daripada siapa yang masih ragu-ragu tentang (akhirat) itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.” (Saba’: 20-21)

Sesungguhnya, bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan bahawa ia tidak memiliki kekuasaan ke atas manusia adalah agar Allah menjadikan segala sesuatu itu mudah bagi manusia.

Syaitan hanyalah kekuatan negatif bagi agama. Kelemahan syaitan ini bermakna bahawa orang-orang yang beriman tidak akan mengalami kesulitan apa pun dalam hidupnya jika mereka mengamalkan agama.

Namun, hal ini terjadi jika manusia memilik iiman yang ikhlas. Di dalam al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa orang-orang yang memiliki iman yang ikhlas tidak akan terpengaruh oleh tipu daya syaitan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Ia (iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka.” (al-Hijr: 39-40)

Sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang menyekutukannya dengan Allah.

Susunan MUHAMMAD HATIM