Penganjuran dialog antara agama sememangnya menjadi salah satu program yang memenuhi kalendar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sejajar dengan matlamat penubuhannya, adalah menjadi tugas institut itu memberi kefahaman kepada pelbagai pihak tentang Islam dan membetulkan fahaman sempit yang masih membelenggu umat Islam itu sendiri. Ketua Pengarah IKIM, DATUK NIK MUSTAPHA NIK HASSAN (foto) menarik perhatian tentang dialog antara agama yang pernah dianjurkan institut itu yang menurut beliau sememangnya mendapat sambutan di kalangan orang Islam dan bukan Islam. Beliau percaya untuk [...]





