Umat Islam merupakan umat yang ‘satu’ tanpa mengira batas, negara. bangsa atau warna kulit. Apabila seseorang itu telah membuat pengakuan dan bersyahadah serta menyakini dan menerima ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, maka dia dianggap sebagai orang Islam yang beriman. Ia juga dikenali sebagai ahli al-Qiblah, iaitu mereka yang bersyahadah,bersembahyang menghadapi kiblat yang satu dan membaca al-Quran yang satu. Kalau para Rasul terdahulu mengumpul peribadi-peribadi ummah agar menjadi satu bangsa, kehadiran Muhammad s.a.w adalah mengumpulkan bangsa-bangsa tersebut menjadi satu [...]





