Ummatan Wasatan » Wacana

Selintas Perkembangan Mazhab
Agama Islam diutus oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sumber atau pokok ajarannya ialah al-Quran al-Karim, iaitu sebuah kitab yang tidak ada sedikit pun kebatilan dan kepalsuan di dalamnya, yang diturunkan oleh Allah s.w.t menerusi wahyu kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang (hendak) bertakwa.” (al-Baqarah : 2)

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi aqidah (kepercayaan) dan syariah (undang-undang). Ia membicarakan tentang amal ibadah dan juga membicarakan tentang perlembagaan atau sistem hidup duniawi, seperti undang-undang keluarga, hukum jual-beli, peraturan perbicaraan harian, hukum-hukum yang berhubung dengan jenayah dan balasannya, dan juga sistem perhubungan antara satu sama lain serta perhubungan antarabangsa.

Al-Hadis

Di samping al-Quran sebagai sumber pertama bagi segala hukum-hakam, terdapat pula hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang merupakan sebagai penghurai dan penafsir dari Al-Quran. Tiap-tiap bab atau fasal hukum fiqh, yang di dapati hadis-hadis yang menerangkan apa-apa yang perlu diterangkan dan dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.” (an-Nahl: 44)

Rasulullah s.a.w menerangkan ajaran-ajaran Islam kepada manusia dengan perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan dan perakuan-perakuan.

Di zaman Rasulullah s.a.w, apabila orang-orang Islam menghadapi sesuatu masalah tentang hukum-hukum, mereka terus menemui Rasulullah dan bertanya kepada junjungan apa yang dimusykilkan.

Rasulullah menjawab pertanyaan mereka dengan wahyu yang diturunkan kepada Junjungan s.a.w.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahi yang diwahyukan kepadanya.” (an-Najm: 2-3)

Al-Ijtihad

Rasulullah s.a.w mengajar para sahabat perkara-perkara yang berhubung dengan agama. Mereka adalah orang yang baik penerimaan, halus fahaman, benar, jujur dan ikhlas. Dari itu, maka segala percakapan dan perbuatan mereka boleh diterima dan dibuat pedoman. Rasulullah membenarkan mereka berijtihad, jika tidak ada nas atau hukum daripada al-Quran dan hadis-hadis. Dengan syarat tidak terkeluar dari prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan agama yang telah ditetapkan.

Kebenaran dan Permulaan Ijtihad

Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi.

Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?” Jawab Muaz, “Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran.” Tanya Rasulullah lagi; “Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?” Kata Muaz; “Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah (al-Hadis). “Rasulullah bersabda lagi: “Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?”, Jawabnya; “Aku akan berijtihad.” Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah (Muaz) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya.” (Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi)

Inilah pengakuan Rasulullah mengenai ijtihad.

Mengenai penerimaan Allah s.w.t dengan hasil ijtihad, jelas dalam sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :

“Barangsiapa berijtihad dan betul ijtihad maka ia memperolehi dua pahala. Dan barangsiapa berijtihad dan salah ijtihadnya, maka ia dapat satu pahalanya sahaja.”

Perlunya Kepada Ijtihad

Manakala kehidupan manusia semakin hari semakin luas dan bercabang-cabang, dan manusia sendiri bertambah-tambah ramai dari semasa ke semasa, maka bidang ilmu fiqh dengan sendirinya menjadi luas, kehidupan orang-orang Islam semakin maju. Ajaran-ajaran Islam telah tersebar luas ke seluruh dunia.

Maka banyaklah peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang berlaku, sedangkan nas-nas hukum daripada al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w ada masa dan batas-batasnya. Tetapi peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian tetap berkembang dengan luasnya tanpa berhenti-henti. Justeru itu, maka tidak dapat tidak, perlu adanya perbincangan hukum dan ijtihad.

Di Zaman Khulafa Ar-Rasyiddin

Di zaman Khulafa Ar-Rasyidin telah zahir perkara-perkara perumpamaan ijtihad. Di antara mereka yang telah tampil kemuka dalam konteks ini, ialah Saidina Umar al-Khattab, dan masa inilah bidang ilmu fiqh telah menonjol beberapa langkah maju ke hadapan.

Tiap-tiap sahabat Nabi s.a.w mengambil kesimpulan daripada al-Quran dan hadis sekadar yang mereka dapat, dan memberitahu kepada orang lain pendapat-pendapat mereka. Dari itu perjalanan ilmu fiqh terus maju ke hadapan lagi.

Di antara sahabat-sahabat nabi yang berijtihad di Madinah: Saidina Umar al-Khattab, Saidina Ali, Abdullah bin Umar, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Kaab, Abu Musa as-Asyari dan lain-lain. Sementara di Mekah pula: Abdullah bin Abbas. Di Kufah: Abdullah Bin Utbah. Di Mesir: Abdullah bin Umar al-Aash dan lain-lain.

Pepecahan mereka di beberapa negeri adalah diibaratkan bintang-bintang yang bertaburan di langit, dan mereka adalah menjadi ikutan umat Islam kerana sifat-sifat mulia dan peribadi yang tinggi yang dimiliki oleh mereka. Pengiktirafan Rasulullah s.a.w terhadap mereka adalah jelas dan tegas.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.”

Ilmu fiqh di kalangan sahabat dan tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab-sebab (alat) masa hendak menghukum atau memberi fatwa.

Perundangan Terus Berkembang

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai ramai murid-murid yang belajar daripada mereka. Murid-murid itu digelar tabiin kerana mereka tidak sempat bertemu dengan Rasulullah, tetapi cuma berjumpa dengan sahabat-sahabat nabi sahaja, mereka mengikut ajaran-ajaran Rasulullah dan jalan-jalan sahabat Nabi s.a.w.

Apa yang jelas bahawasanya perpindahan tabiin ke seluruh negeri dan bandar-bandar pada masa itu menyebabkan ramai menghadapi bermacam-macam peristiwa dan kejadian yang belum dilalui oleh sahabat-sahabat sebelumnya. Maka sudah menjadi kewajipan kepada mereka mencari, membahas dan mengkaji hukum-hukum untuk menghadapi peristiwa itu.

Maka dengan itu bertambah luaslah lagi bidang ilmu fiqh.

Patut disebut bahawa ilmu fiqh sahabat-sahabat para tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi ia mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang akan sebab-sebab (ilah) masa hendak menghukum itu atau untuk memberi fatwa.

Sebagaimana yang jelas diketahui, bahawa pendapat mereka bermacam-macam dan berlainan. Ini disebabkan berlainan tempat dan kedudukan negeri masing-masing. Di samping berlebih kurang tentang memahami maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Oleh demikian terhasilah berlainan pendapat di antara satu dengan yang lain maka inilah yang dinamakan mazhab.

Di antara tabiin yang berijtihad diwaktu itu ialah : Said Al-Musayyab dan Abdullah bin Umar di Madinah. Yahya bin Said, Rabiah bin Abdul Rahman, Atha bin Rabah di Mekah. Hassan Al-Basri di Basrah, Thowas bin Kasan di Yaman, Makhul di Syam.

Di Zaman Umar bin Abdul Aziz

Pada tahun 100 Hijrah di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau telah menghantar ulama dan fuqaha ke seluruh negera.

Selanjutnya kerajaan Bani Umayyah telah hilang, timbul pula kerajaan bani Abbasiyah, disamping itu timbul pula pertelingkahan di antara orang-orang Alawiyyin dengan orang-orang Abasiyyin. Dan pertelingkahan di antara Syiah dengan Khawarij.

Turut berlaku pada masa itu penyambungan di antara pemikiran orang Arab dan Yunani (Greek Tua), iaitu sebagai natijah daripada terjemahan dan pemindahan ilmu pengetahuan. Di masa itu juga mula disusun sunnah-sunnah Nabi s.a.w, fatwa-fatwa dan pendapat ulama. Dan ilmu fiqh pada waktu itu telah masyhur ke seluruh pelusuk negeri dan ramailah orang yang mengikutnya dan beramal dengannya, sebagai natijahnya terdirilah beberapa golongan atau pengikut fuqaha.

Padazaman inilah nama imam-imam empat serangkai telah muncul dan temasyhur. Mereka adalah diumpamakan bulan purnama yang dikelilingi oleh bintang-bintang yang berselerak di sekelilingnya.

Al-Ijma dan Al-Qiyas

Al-Quran dan al-Hadis adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada permulaannya ialah di zaman Rasulullah s.a.w, sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.

Selain daripada al-Quran dan al-Hadis ialah pendapat Rasulullah s.a.w yang sama, dinamakan ijmak. Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan al-Hadis pada satu-satu masa.

Di sana terdapat juga “Al-Qiyas” kerana bahawasanya hukum syarak pada gholibnya mempunyai beberapa ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika terdapat sama ilahnya. Seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum, kerana terdapat sama pada ilatnya, iaitu mengeyangkan dan tahan disimpan.

Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya al-Quran, al-Hadis, al-Ijmak dan al-Qiyas merupakan sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang besar yang membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan, kekuatan dalam hukum-hukum Islam.

Mazhab-Mazhab Yang Muktabar Dalam Islam

Sebenarnya mazhab-mazhab dalam Islam adalah banyak, kerana ulama-ulama yang bekemampuan terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w, para tabiin dan tabii al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat-syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai, tetapi mengikut pendapat ulama, bahawasanya mazhab yang muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab sahaja, mengikut qaul yang rajih. Iaitu: Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali kerana keempat-empat mazhab ini ada mempunyai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab mereka. Yang mana menjadi bahan-bahan yang tak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Adapun mazhab-mazhab yang lain, maka tidak ada mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi.

Ada juga mazhab-mazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang empat, tetapi tidaklah begitu terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah usul-usul yang dibukukan.

Mazhab Hanafi

Diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit (dikenali sebagai Abu Hanifah). Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai “akal dalam ilmu pengetahuan”.

Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi dan ism-ism yang bermacam-macam. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata “Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama”.

Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat: “Sesiapa yang mengkafirkan seseorang, maka ia terlebih dahulu kafir daripada orang itu.”

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan : Umaiyah dan Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di waktu itu.

Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s,a,w. Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadith-hadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.

Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.

Iman Malik adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah baliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.

Imam Malik tetap berpegang teguh kepada sabda Rasulullah s.a.w dalam menganggap hadis-hadis itu petunjuk, penyuluh kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar.

Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata : “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku”. Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya: “Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir”. Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata: “Aku bimbang kerana aku akan disoal suatu hari nanti dalam (hari kiamat).”

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 Hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.

Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 Hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: diceritakan kepada Nabi Muhamad s.a.w bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua.

Nama asalnya ialah Muhamad bin Idris, lahir di bandar Ghizah di Palestin pada tahun 105 Hijrah, inilah tarikh paling masyhur di kalangan ahli sejarah. Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah s.a.w pada datuk Rasulullah, iaitu Abdul Manaf.

Semasa muda, Imam Syafie hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak (kabilah) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah daripada puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fekah.

Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadis. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan al-Hadis. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Hanbali

Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di Baghdad pada tahun 164 Hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadis sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur.”

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang daripada guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

MUHAMMAD NUR FARHAN

Suri Yang Bagaimana?
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud: “Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah Wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri.

Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana Allah berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi Tuhannya.

Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Menuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yang sedang menyerang muda-mudi masa kini.

Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.

Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada Allah jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredai Allah. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh Allah membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.

Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Di dalam al-Quran, surah al-Nur, Allah memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.

Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah Allah agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaian dengan perintah Allah yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-Mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” ( al-Israa’: 23 24)

Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh Allah buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” (Riwayat Muslim)

Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” (al-Nur: 26)

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar – disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban)

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman Allah yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” (al-Baqarah: 221)

Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju Allah. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.

Mungkin ada di kalangan Muslimin yang mengatakan bahawa dia berupaya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada bakal isterinya kelak setelah berumah tangga. Lalu memandang remeh usaha mencari wanita yang beragama sebagai calon isteri. Tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa bukan mudah mendidik isteri tentang agama dari mula sehingga dia benar-benar faham agama keseluruhannya. Usaha mendidik anak mungkin terbantut kerana isteri itu sendiri masih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagi tugas suami kerana terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak dalam mencari nafkah, mendidik isteri dan memastikan anak-anak membesar dengan agama yang sempurna.

Sebaliknya, isteri yang telah pun faham dan mengamalkan tuntutan agama dengan baik akan memudahkan tugas suami. Bukan sahaja meringankan beban suami dengan memberikan pelbagai pandangan yang bernas untuk kebaikan rumah tangga, malah anak-anak juga membesar dengan didikan agama yang sempurna. Dan suami tadi tidak perlu lagi memikirkan cara mendidik isteri kerana dia sendiri telah pun faham segala tuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah tangga.

Kecantikan paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan. Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga.

Antara kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati suami, redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama suami sama ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama menuntut dia melakukan demikian.

Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:

“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” (Riwayat Ahmad dan al-Bazzar)

Sebuah riwayat menceritakan:

“Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w kerana hajat tertentu. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami? Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah kamu dengan dia? Dia menjawab. Aku tidak melalaikan haknya melainkan jika melibatkan apa yang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda: Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya. Sesungguhnya dia adalah syurga dan neraka kamu.” – Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengan sanad yang baik.

Wanita solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua hak itu semata-mata kerana mengharapkan redha Allah. Apa sahaja masalah rumah tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan terbuka. Dia juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami. Serta memohon petunjuk Allah agar dipermudahkan segala masalah yang dihadapinya ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan sekali-kali membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang melibatkan rahsia di tempat tidur mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteri yang mendatanginya, lalu salah seorang mereka mendedahkan rahsia pasangannya.” (Riwayat Muslim)

Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri semata-mata kerana Allah dan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a.w bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan al-Tabrani)

Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakan sepenuh hati semata-mata kerana Allah. Muslimah yang baik sentiasa memahami bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah sebagai melaksanakan perintah Allah. Setelah itu dia akan diberikan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Keengganannya berbuat demikian mengundang laknat dan kemurkaan Allah.

Wanita solehah tidak akan sekali-kali mengabaikan permintaan suaminya di tempat tidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Demi yang jiwaku di tangan-Nya, mana-mana suami yang memanggil isteri di tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya, maka segala yang ada di langit dan bumi akan murka terhadapnya sehinggalah suaminya reda kepadanya.” (Riwayat Muslim)

Dia juga memahami bahawa permintaan suaminya itu wajib dipenuhi segera dan tidak boleh ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk di dapur atau berada di atas kenderaan.

Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga dan membantu suaminya menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat yang melanda fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” (Riwayat Muslim)

Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yang tidak memahami tuntutan agama. Mereka sewenang-wenangnya menolak permintaan suami dan menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atau sebagainya. Amaran dan ancaman laknat Allah dan malaikat terhadap perbuatan itu langsung tidak berbekas dalam hatinya.

Wanita solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan berusaha menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, reda Allah kepadanya terletak pada redha suami terhadap dirinya.

Setinggi manapun kerjaya yang disandangnya, ia tidak sama sekali menyebabkan tugasnya di rumah diabaikan. Dia sentiasa sedar bahawa ketika berhadapan dengan Allah di akhirat kelak, dia akan ditanya sejauh mana dia melaksanakan amanahnya sebagai isteri. Bukan sebanyak mana harta yang berjaya dikumpul sepanjang berkerjaya.

Kalaulah mereka sedar kelebihan yang akan mereka perolehi di akhirat kelak kerana mentaati suami sudah tentu mereka sanggup bersusah payah menunaikan hak suami.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Wahai para wanita, kalaulah kalian mengetahui hak suami ke atas kalian, nescaya salah seorang kalian akan sanggup menyapu debu yang ada pada kedua-dua telapak kaki suami menggunakan kemuliaan kulit mukanya.” (Riwayat Ibn Hibban dan al-Bazzar dengan sanad yang baik dan rijal yang tsiqaat)

Alangkah malangnya wanita yang tidak sedar akan hal ini. Terutamanya setelah berkerjaya. Ramai wanita gagal melakukan tugasnya sebagai ibu dan isteri yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama

Wanita solehah sentiasa sedar akan tanggungjawabya terhadap rumah tangga. Apa sahaja kerjaya yang disandang bukanlah penghalang untuk dia melakukan yang terbaik untuk rumah tangganya. Dia sentiasa sedar bahawa tugasnya terhadap rumah tangga mengatasi kerjayanya. Dan jika berlaku pertembungan antara kedua-dua tugas di atas, dia tidak teragak-agak untuk mendahulukan rumah tangganya berbanding yang lain.

Isteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan lelaki yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi agar tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan perkara yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Larangan mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalam hatinya.

Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah.

Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada Allah s.w.t. Sehinggakan Allah dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan Allah terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.

Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hira:

“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam Tuhannya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan keletihan di dalamnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” (Riwayat Ahmad)

Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:

Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: “Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” (Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani)

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini. Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang-camping dan sebagainya. Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias secantik mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim.

Sebagai kesimpulan, dalam memilih calon isteri, faktor agama perlulah dijadikan matlamat utama. Jika itu yang dicari, sudah pasti suami akan mendapat segala kebahagiaan dan ketengan di dunia ini sebelum menuju kepada kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak.

Seorang suami memerlukan pembantu yang solehah lagi bijaksana dalam melayari kehidupan berumah tangga. Dengan ini tugas suami dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya menjadi lebih mudah. Dan bahtera rumah tangganya dapat belayar dan berlabuh dengan aturan yang betul dan diredai Allah s.w.t.

Susunan NUR HIDAYAH ABDULLAH

Ummah Yang Tiada Duanya
Agama, dalam pandangan Islam, adalah peraturan-peraturan yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk mengatur kehidupan manusia agar mereka mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Agama memberikan panduan yang jelas kepada manusia, mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang harus dikerjakan dan mana pula yang harus ditinggalkan.

Justeru, dalam konteks perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita yang beragama ini, maka seharusnya tidak akan menggunakan agama sebagai wahana untuk perpecahan umat Islam. Kita tidak mahu dunia ini hancur di tangan ‘orang-orang jahat’ yang mengunakan agama yang kemudiannya merasai ia telah berbuat kebaikan.

Sebaliknya, agama perlu dijadikan sebagai asas yang kukuh dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan umat termasuk perpecahan yang kita hadapi sekarang. Oleh hall demikian itu, kita perlu bersandarkan kepada satu falsafah hidup bersama, iaitu “kita berada di dalam lingkungan hidup beragama yang satu: Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya.” Maka, apa halangannya untuk meneruskan muzakarah tersebut? Bukankah dengan ‘sengaja’ mencipta halangan, kita akan menjadi golongan atau umat yang rugi? Dan bukankah agama menganjurkan permuafakatan bagi mencari jalan huraian terhadap permasalahan ummah?

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (al-Kahf: 103-104)

Orang yang bertakwa percaya bahawa agama juga adalah wahana untuk menyatukan umat manusia. Agama adalah segala-galanya mengatur tata kehidupan manusia untuk mencapai ketenteraman. keselamatan dan kebahagiaan.

Kalau ada orang yang suka mempertentangkan ajaran-ajaran agama, apatah lagi sesama saudara seagama, orang itu pasti belum sampai pada darjat orang yang bertakwa, sama halnya jika ada orang yang cuba mencari perbezaan dan sangat sensitif untuk melihat perbezaan, lalu menggunakan perbezaan itu untuk memecah belahkan umat.

Justeru, orang yang bertakwa sebenarnya sangat bertoleransi terhadap bangsa seagama dan juga penganut agama lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan manusia untuk bertakwa di mana saja ia berada. Apabila seseorang terlanjur melakukan kejahatan atau perbuatan berupa dosa, maka segeralah ia bertaubat.

Orang-orang yang memiliki ketulusan hati yang tinggi dalam pekerjaan akan selalu menyedari bahawa dirinya selalu dikawal oleh Allah s.w.t di mana sahaja ia berada. Ini sesuai dengan petunjuk Nabi s.a.w ketika baginda mengambarkan sikap ihsan. ‘Ihsan’ menurut Rasulullah s.a.w adalah agar “kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihatnya, maka yakinlah bahawa Allah melihat kamu.” Teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu perlu dijadikan pegangan dalam rangka melahirkan ketulusan dalam diri setiap individu.

Banyak ulama yang berpandangan bahawa takwa sesungguhnya adalah gabungan antara rasa takut dan harapan. Alasan mereka adalah ketika melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya, seseorang itu sedang memupuk harapan akan memperoleh kebaikan dalam kehidupan akhirat nanti, yakni syurga. Pada saat yang sama ia juga dihantui oleh rasa takut akan terjerumus ke dalam api neraka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu apa yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga, iaitu bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sikap keagamaan yang didasarkan pada ketakwaan diumpamakan seperti orang yang mendirikan bangunan kukuh. Sebaliknya, hidup yang tidak berdasarkan takwa diumpamakan seperti orang yang mendirikan bangunan di tepi jurang, lalu bangunan itu mudah runtuh.

Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (at-Taubah: 109)

Sekarang, apa yang dimaksudkan dengan mendirikan bangunan atas perasaan takwa kepada Allah dan reda-Nya itu? Ini bukan bererti bangunan fizikal semata-mata, tetapi juga bangunan bukan fizikal, iaitu kehidupan itu sendiri. Kehidupan kita harus didirikan di atas dasar takwa kepada Allah dan keinginan untuk mencapai keredaan-Nya. Ertinya, seluruh kehidupan kita harus dijalani berdasarkan kesedaran mendalam bahawa Allah berserta dengan kita.

“Dia itu berserta kamu di mana pun kamu berada dan Allah mengetahui segala yang kamu kerjakan.” (al-Hadiid: 4)

Allah tidak pernah luput daripada seluruh kegiatan kehidupan kita. Seluruh kegiatan kita dicatat oleh Allah. Dan suatu hari nanti kita akan dipertanggungjawabkan kepada-Nya. Jika kita menyedari ini semua, tentu kita akan dibimbing oleh Allah untuk menempuh hidup yang penuh hid ayah, iaitu hidup yang mendapatkan keredaan Allah dengan wujud nyata berupa pola kehidupan yang berakhlak mulia.

Orang yang bertakwa memiliki darjat yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Kerana itu, orang yang bertakwa memperoleh berbagai-bagai keistimewaan. Di akhirat nanti, ia dijanjikan tempat kembali yang terbaik iaitu syurga.

Sikap takwa juga mempunyai kaitan dengan kerendahan hati. Rendah hati mencegah kita daripada menyatakan bahawa kitalah yang paling benar dan enggan mengakui diri sebagai makhluk yang lemah. Kita dituntut agar mempunyai semacam sikap mengalah dalam batin misalnya mungkin orang itu yang benar.

Dari mana kita tahu bahawa orang itu jelas beriman? Tentunya dilihat dari segi lahiriah kerana persoalan batin bukan urusan kita.

Kita tidak dapat membaca isi hati manusia kerana lahirnya ia beriman, maka kita harus terima sebagai orang beriman. Justeru, gelaran-gelaran yang stigmatik yang kurang baik terhadap orang yang kita tidak setujui, tidak wajar diluahkan.

Dalam agama, asas hidup itu hanya dua. Satu, yang benar dan yang lainnya salah. Adapun yang benar ialah yang bertakwa kepada Allah dan berusaha mencapai keredaan-Nya. Asas kedua yang salah iaitu semua hidup yang tidak bertujuan menanamkan sikap takwa kepada-Nya. Menempuh hidup berasaskan takwa kepada Allah dan keredaan-Nya ialah bagaimana kita menjalani hidup ini dengan terus menerus berwaspada, supaya semua tingkah laku kita dalam pemerhatian serta pengawasan Allah s.w.t.

Banyak hadis yang mengambarkan bahawa jika kita ingin tahu mana yang baik dan benar, maka kita harus bertanya kepada hati nurani.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Mintalah fatwa pada dirimu, mintalah fatwa pada hatimu wahai Wabishah (bin Ma’bad al-Aswadi). (Nabi mengulanginya tiga kali). Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwa tenang dan membuat hati tenang. Dosa adalah sesuatu yang (terasa) tidak keruan dalam jiwa dan (terasa) bimbang dalam dada.” (Riwayat Ahmad)

Jalan yang menuju ke arah kebaikan memang banyak likunya, namun apabila sampai ke arah yang dituju itu, maka akan terasa adanya hikmah yang melimpah ruah. Meskipun muzakarah antara kedua-dua parti yang mewakili umat Islam di negara ini jarang ‘bertemu persefahaman’ dalam banyak perkara, namun demi umat yang satu dan mulia di sisi Allah s.w.t, lakulah dengan penuh rasa keinsafan bahawa apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang adalah sesuatu yang bermakna dan bukannya sesuatu yang ‘menyesalkan’. Apa yang akan kita tinggalkan untuk mereka? Perselisihan demi perselisihan, perpecahan demi perpecahan, atau saling berkasih sayang?

Dalam keadaan sekarang, kita tidak perlu tepuk dada tanya selera kerana selama ini selera kita tidak pernah sama. Cuma agama yang bakal menyatukan ‘selera’ kita. Dan kita akan menjadi ummah yang tiada duanya, dan tiada tolok bandingnya di dunia ini. Insya-Allah.

Pelayaran Dalam Bahtera Rumah Tangga
Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang berbahaya dan ganas ini.

Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang.

Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia daripada pancaran Nur Allah yang terang dan nyata.

Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia.

Tiada keindahan hidup ini jika amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya. Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan, tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.

Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian.

Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba-hamba yang bertakwa. Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut.

Bertegaslah kamu dalam urusan akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah anak-anakmu.

Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur.

Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah melambangkan kelemahan peribadimu.

Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu. Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling dipercayai.

Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang. Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi s.a.w bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita.

Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka. Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya.

Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru, iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya.

Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita teladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah di mana apabila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah.

NUR SYAMSINAR

Kebebasan ke Arah Kebinasaan
Masalah sosial memang hebat diperbincangkan di mana-mana sahaja di Malaysia dan kini lebih hebat dibincangkan daripada masa-masa lepas. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi turut berlaku di negara-negara maju dan Dunia Ketiga.

Masalah sosial ini boleh dikatakan sudah bersemadi dalam masyarakat khususnya golongan remaja. Boleh dikatakan setiap di muka-muka akhbar terpampang berita mengenai salah laku remaja yang menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Daripada sekecil-kecil masalah seperti mencuri sehinggalah sebesar-besarnya seperti merogol dan membunuh, semuanya melibatkan remaja.

Masalah gejala sosial ini serupa di mana-mana negara di seantero dunia yang mengamalkan konsep kebebasan. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Britain: seorang budak berumur 12 tahun menjadi bapa yang termuda apabila teman wanitanya berumur 16 tahun melahirkan anak.

Britain juga adalah negara Eropah yang mempunyai peratusan ibu tunggal remaja luar nikah yang tertinggi.

Dianggarkan oleh Kementerian Kesihatan, seramai 7,500 wanita berumur kurang dari 16 tahun mengandung luar nikah setiap tahun di sana.

Itu yang berlaku di negara Barat, apa pula fenomenanya di negara kita? Menurut perangkaan, dlam jangka masa empat tahun, seramai 70 430 anak luar nikah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perangkaan ini terdiri daripada 30 978 adalah Muslim, 18 085 adalah Hindu, 17 236 adalah Buddha, 3 395 adalah kristian dan 736 adalah lain-lain.

Sesuatu yang memalukan jika dilihat melalui perangkaan ini di mana kebanyakan anak luar nikah ini lahir daripada kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, sedangkan agama rasmi negara ini adalah agama Islam.

Sebenarnya, apakah yang menjadi penyebab kepada masalah tersebut? Dan apakah jalan penyelesaiannya? Kebanyakan anggota masyarakat akan menyalahkan ibu bapa kerana tidak memberikan perhatian atau pendidikan kepada golongan yang terbabit melakukan perbuatan salah laku dan membawa kepada jenayah.

Bagaimanapun, apa yang kita lihat jika ibu bapa terlalu memberi kebebasan, pastinya remaja akan menyalahgunakan kebebasan ini, dan terdapat juga remaja yang terlalu dikongkong memberontak untuk mencari kebebasan dan akhirnya mereka terjerumus ke dunia sosial. Itu belum lagi dengan pengaruh yang dimainkan oleh rakan sebaya dan keadaan sekeliling.

Pada amnya, remaja lebih mudah terpengaruh dengan pujukan dan kata-kata daripada rakan sebaya daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, jika remaja tersalah pilih kawan, maka hancurlah perilaku ´mulia´ remaja tersebut.

Kejutan budaya di kalangan remaja dari desa yang datang ke bandar-bandar besar juga menjadi punca kepada berlakunya gejala sosial ini. Peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dijadikan batu loncatan untuk mereka bebas melakukan apa sahaja. Ini kerana keadaan mereka yang jauh daripada ibu bapa dan pada fikiran mereka tiada siapa yang akan mengawal pergerakan mereka.

Jadi segala apa yang ingin mereka lakukan adalah atas tanggungjawab mereka sendiri. Jika baik cara mereka bergaul, maka baiklah perilaku mereka, dan jika buruk, maka buruklah pula perilaku mereka itu.

Kebebasan berakidah menyebabkan manusia boleh mempercayai apa sahaja yang mereka suka. Kebebasan inilah yang menyebabkan beberapa remaja di Mesir pada tahun 1996 telah mengambil bahagian dalam pemujaan syaitan (satanic worshipping), tetapi mereka kemudiannya ditangkap.

Begitu juga apa yang berlaku baru-baru ini di mana wujudnya golongan remaja yang memuja syaitan atau lebih dikenali dengan nama kumpulan Black Metal. Mereka ini terdiri daripada golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan dan mengamalkan pegangan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan remaja yang terlibat ini adalah mereka yang beragama Islam.

Itu belum lagi dengan pendedahan sebuah majalah yang memaparkan pelbagai kepincangan remaja Islam yang sudah melampau lagi terlampau. Sebahagian kaum Muslim tertipu oleh kaum kafir, menyangka kebebasan berakidah yang dipropagandakan oleh golongan kapitalis itu tidak bertentangan dengan Islam.

Dalam isu kebebasan memberikan pendapat dan bersuara, remaja kini beranggapan mereka sudah cukup dewasa untuk bersuara atau memberikan pendapat atas ketidakpuasan hati mereka.

Memang benar negara kita negara kita adalah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, namun terdapat juga beberapa sekatan yang diberikan supaya ia tidak melanggar sensitiviti rakyat Malaysia.

Terdapat juga golongan remaja yang menyalahgunakan kebebasan bersuara ini untuk terlibat dengan kegiatan yang dianggap mampu menggugat kestabilan negara.

Contohnya, reformasi yang pernah terjadi di negara kita suatu masa dahulu. Malahan ada juga remaja yang menggunakan kebebasan ini untuk menyatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Kebebasan bertingkah laku di negara-negara Barat telah banyak membawa akibat yang buruk dalam masyarakat. Inilah yang sedang dicontohi oleh sebahagian remaja di Malaysia.

Contohnya, orang ramai boleh mengadakan seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan di antara dua pihak dan oleh kerana itu telah mendedahkan masyarakat penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya. Perempuan yang memakai mini skirt, seluar pendek atau memakai bikini bertanding dalam peraduan ratu cantik di khalayak ramai tidak dianggap pesalah yang mesti dihukum tetapi yang dianggap pesalah adalah perogol yang mencabul kehormatan perempuan.

Namun, anehnya dalam kes dadah, kedua-dua pengedar dan penagih dianggap sebagai pesalah. Juga adalah menjadi suatu kesalahan jika merokok dalam stesen minyak kerana puntung rokok boleh menyebabkan kebakaran kerana segala langkah-langkah yang boleh membawa kepada kesalahan dan kebinasaan mestilah dihapuskan.

Kembalilah kepada cara hidup Islam, itulah yang sebaik-baiknya. Manusia yang sememangnya mengakui diri sendiri sebagai makhluk yang serba kekurangan, lemah dan memerlukan telah meletakkan dirinya sebagai pencipta sistem kehidupannya sendiri.

Ini jelas suatu kontradiksi yang dilakukan oleh manusia sendiri.

Naluri manusia memang tercetus dalam suatu sistem kehidupan kapitalisme yang terdapat kebebasan yang tidak mempunyai had tertentu, dan ini mempengaruhi tingkah laku manusia dan seterusnya mendatangkan kebinasaan ke atas diri manusia sendiri.

Dalam sistem kapitalisme yang terdapat kebebasan inilah yang bertanggungjawab menyebabkan provokasi ke atas naluri manusia yang menyebabkan manusia melakukan kebinasaan.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia…” (ar-Ruum: 41)

Islam tidak menafikan naluri manusia dan tidak mengekang naluri manusia, kerana naluri adalah suatu qadar yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Maka, penyelesaian bagi masalah ini tidak juga seperti penyelesaian sesetengah fikrah asing yang menjadikan manusia itu hidupnya bertapa sepanjang hayat di gua atau di tempat terpencil supaya boleh berubah menjadi manusia yang baik.

Islam mempunyai suatu sistem yang datangnya dari pencipta manusia sendiri, iaitu Allah s.w.t yang sendirinya tahu tentang baik atau buruk bagi manusia itu. Syariah adalah undang undang Allah s.w.t untuk mengatur naluri manusia dalam kehidupan manusia ke arah suatu landasan yang akan mendatangkan kebaikan di dunia ini.

Islam melarang manusia mengikuti naluri tanpa apa-apa batasan atau batasan yang lain daripada Islam.

Namun, orang-orang yang zalim (pelaku kesalahan) mengikut hawa nafsu mereka sendiri tanpa apa-apa pengetahuan. Maka siapakah yang akan memberikan petunjuk kepada mereka yang disesatkan oleh Allah? Kepada mereka tidak akan diperoleh apa- apa pertolongan. (maksud surah ar-Ruum: 29)

Jelas di sini, kebebasan yang manusia ciptakan untuk dirinya sendiri telah membawa kepada kebinasaan mestilah dihapuskan dan digantikan dengan Khilafah Islamiah yang melaksanakan syariah yang akan membawa rahmat sebagaimana firman Allah yang menerangkan bahawa syariat Islam pasti mengandungi maslahat:

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “(Dan) tidaklah Kami mengutuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya: 107)

Oleh PENOLONG EDITOR

Lihat Orang Muda Gunakan Kacamata Orang Tua?
Dalam sesebuah negara, belia merupakan generasi yang amat besar bilangannya dan mereka adalah aset yang amat penting kepada pembangunan negara. Di Malaysia misalnya, bilangan belia, sebagaimana diertikan  mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun adalah satu kumpulan yang begitu besar. Kumpulan belia telah membentuk hampir 44 peratus penduduk Malaysia, dan ini membuktikan bahawa tenaga mereka bila digembelengkan akan menjadi suatu kuasa yang boleh menentukan rupabentuk negara pada masa akan datang.

Sebagai generasi yang akan menggerak dan mencorakkan hala tuju negara, belia mestilah memperkukuhkan kemantapan budaya dan nilai-nilai kehidupan. Pengukuhan itu amat penting kerana tanpanya, seseorang belia akan mudah terbuai dengan pelbagai arus, yang sebahagian boleh menyebabkan adakalanya belia dilihat sebagai lailibiti dan bukan lagi asset. Dalam meniti perjalanan menuju masa depan, persoalan budaya memanglah sesuatu yang agak rumit untuk dirungkaikan. Ini kerana budaya bukanlah sesuatu yang bersifat statik, ia sentiasa berkembang dan menerima pelbagai masukan sehingga menjadikan ia begitu dinamik sekali.

Kedinamikan budaya adakalanya tidak kita sedari mengenai bentuknya, tetapi ia terus dijadikan bahan perbincangan dan polemik yang tidak pernah berhenti. Oleh kerana itu, kelompok yang lebih dewasa, yang telah mengalami proses yang sama pada suatu ketika dahulu, kini berusaha untuk merentas jalan baru hasil paduan tenaga, keseimbangan fikiran dan ketekalan peranan untuk menghiaskan wajah belia pada hari ini agar tidak dilihat sebagai laibiliti. Dalam merencanakan perubahan itu, seringkalinya para belia melihat ia sebagai sesuatu yang membosankan malah telah ketinggalan kerana masih mengekalkan tradisi.

Tetapi, percayalah bahawa tujuan utama kepimpinan generasi yang lebih dewasa ialah membuka jalan bagi membolehkan para belia dapat menjelmakan nilai-nilai baru yang dapat melakarkan wajah sebenar masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan itu bukan sahaja perkasa malah turut mempunyai nilai-nilai keluhuran budi, menyanjung hormat budaya dan susila, dan bukannya melahirkan golongan yang hanya tahu bercakap lantang tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk memberikan sumbangan kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Inilah yang sedang diteladankan oleh kumpulan yang sedang memimpin dan meletakkan dasar pembangunan dan pembinaan modal insan dalam negara kita.

Peranan kita sebagai ibu pada ketika itu rasa begitu mencabar sekali, kerana tidak banyak yang dapat kita ketahui tentang perkembangan psikososial anak kita sendiri dalam persekitaran luar rumah. Anak-anak kita akan membuat rujukan dengan rakan-rakan sebaya, malah ada ketikanya menjadi terlalu takut untuk menyatakan pendapat di hadapan kita.

Sebagai belia, selain memikirkan sebuah kehidupan yang sejahtera, turut memikirkan untuk hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia kerana pada hakikatnya, sebagai manusia kita memerlukan seseorang yang boleh dijadikan teman hidup. Dalam meniti arus kehidupan berkeluarga itulah sekali lagi peranan orang tuan menjadi penting, bukan hanya sekadar mengaturkan setiap majlis resepsi ataupun perkahwinan. Sebagai orang tua, kita secara tidak langsung akan dijadikan sebagai role-model dan secara langsung akan sentiasa diperlukan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar kerana proses perkongsian dua anak manusia yang berlainan jantina itu bukanlah semudah kita memahami perjalanan sebuah cerita cinta menerusi novel ataupun cerita filem. Perjalanannya penuh cabaran dan kadangkala amat berselekoh sekali. Ketika itu kita memerlukan kemantapan budaya dan ketekalan fikiran, kerana apa yang sepatutnnya kita lakukan ialah menyelamatkan suasana dan bukannya menambahkan masalah.

Sebagai seorang belia, kita harus memahami bahawa tidak semua yang datang dari luar itu baik dan yang dilihat sebagai tradisi itu buruk. Kita hatus dapat mengimbangkan pertembungan itu bagi membolehkan kita tidak mudah dibawa arus, kerana dalam keadaan hanyut itulah akhirnya akan menyebabkan kita akan terus ketinggalan dan ditindas secara budaya atau orientasi pemikiran. Kita mudah larut dengan pelbagai ancaman dan setiap darinya itu akan membawa kita kepada kehilangan akar budaya yang sekian lama dipertahankan oleh kedua orang tua kita, kita akan kehilangan nuansa diri dan budaya kita sendiri, kita akan bersama menghargai bahawa budaya luar itulah sesuatu yang terbaik, sedangkan ianya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap dapat memenuhi aspirasi diri, masyarakat dan negara.

Pada suatu ketika kita menjadi takjub dengan libasan kepala globalisasi, tetapi kini kita sedar bahawa globalisasi itu juga tidak dapat mewajahkan dirinya dengan baik. Globalisasi itu sedang menuju kehancuran kerana terlalu banyak aspek negative yang dibawa bersama. Globalisasi telah dilihat sebagai desakan baru yang telah merosakkan budaya setempat, malah negara-negara yang menawarkan nilai-nilai tersebut menjadi semakin kehilangan ruang kemanusiaannya. Kini kita mulai sedar, globalisasi sebenarnya adalah proses pensejagatan nilai-nilai Amerika Syarikat dan pada suatu ketika kita juga pernah menolak proses pensejagatan budaya barat atau westernization, kerana budaya itu telah menjadikan kita kurang memahami nilai dan falsafah masyarakat kita sendiri.

Pada hari ini, atas kelenturan semangat dan ketepuan makna hidup yang dialami oleh masyarakat barat, mereka mula mencari nilai-nilai masyarakat timur yang boleh dijadikan teladan. Semakin ramai golongan muda di Barat memilih cara hidup dan nilai kehidupan masyarakat timur setelah mereka merasai bahawa apa yang berlaku dalam budaya mereka semakin kehilangan ruang kemanusiaan. Inilah yang dapat kita fahami, maka adalah sesuatu yang wajar kalau belia yang hadir hari ini dapat memahami betapa maujudnya budaya timur, betapa tekalnya prinsip hidup kita dan betapa besarnya nilai budi yang terkandung di dalamnya. Inilah kelebihan kita yang sebenarnya tidak kita sedari, dan belia hari seharusnya dapat mencungkilkan potensi tersebut, kerana generasi yang lebih dewasa sentiasa menghulurkan tangan untuk membimbing.

Ada sedikit anggapan yang silap telah berlaku dalam  masyarakat kita. Kesilapan itu ialah kerana kita melihat perspektif orang muda dengan menggunakan kaca mata orang tua. Seharusnya, sebagai generasi yang pernah mengalami tempoh muda, kita mampu menarik masuk golongan belia menjadi anggota masyarakat yang bersifat konstruktif dan bukannya destruktif. Kita mencari jalan bagaimana untuk membantu para belia agar tidak mengalami trauma apabila berhadapan dengan golongan yang lebih dewasa, kita tidak boleh menyalahkan generasi muda semata-mata dengan masalah sosial yang berlaku. Kita, sebagai orang yang lebih tua yang sepatutnya mendidik dan membimbing generasi muda sebenarnya mempunyai saham yang besar dalam kehidupan para belia. Ini bermakna, jika ada belia yang bermasalah, maka kita seharusnya dapat berfikir bagaimana kita boleh mengatasinya bersama, dan bukannya menuding jari atas sifat dan sikap belia sebagai golongan yang sukakan hiburan, anti sosial dan sebagainya. Perilaku itu sebenarnya terjadi kerana kita gagal memainkan peranan sebagai orang yang membimbing mereka sejak anak-anak itu menginjak alam remaja.

Dari satu sisi, memang kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala bentuk wabak sosial yang berlaku kerana hampir kesemuanya melibatkan generasi muda. Walau bagaimanapun, meskipun dalam setengah keadaan, ada juga generasi dewasa yang sepatutnya memperlihatkan teladan turut melakukan kesalahan yang sama. Maka seharusnya, mereka yang lebih berumur ini dikenakan hukuman yang lebih berat, kerana merekalah yang telah mempengaruhi gejala terbabit. Mereka turut menyumbang kepada kegiatan anti sosial, sama ada sebagai penganjur mahupun penaja atas hasrat mendapatkan keuntungan besar dengan memperjudikan nilai moral dan budaya.

Ada keadaan yang lebih parah lagi berlaku dalam masyarakat kita apabila timbulnya perasaan rendah diri kepada kekuatan budaya sendiri. Kerana itu,saya amat bimbangka fenomena seperti ini, dan amat berharap bahawa generasi belia pada hari ini agar lebih cekal meneroka ke hadapan dengan mengambil nilai-nilai sendiri sebagai asas. Ini bukan bermakna kita tidak boleh mengambil apa pun dari luar. Kita masih boleh mengambil nilai-nilai budaya dan kehidupan positif daripada barat, asalkan nilai dan kaedah itu tidak bertembung dan berkonflik yang pengertian agama dan ajaran moral masyarakat kita. Kita perlu melakukan proses pengubahsuaian, kerana tanpa pengubahsuaian akan menjadikan kita akhir kehilangan akar budaya yang telah sekian lama menunjang diri, masyarakat dan negara kita.

Bagi memperkasakan budaya sendiri, pertama sekali kita haruslah memahami bahawa budaya bukan hanya sekadar stereotaipnya semata, iaitu muzik tradisional, tarian asli, pencak silat ataupun ukiran-ukiran tertentu, kerana budaya itu sebenarnya mencakupi ruang lingkup yang lebih luas dan besar. Budaya itu meliputi seluruh gaya hidup, pancaran peribadi dan perilaku kita sehari-hari.  Hanya apabila kita memahami erti, tujuan dan peranan budaya barulah kita mampu merangka langkah-langkah berkesan dalam menyuburkannya di tengah-tengah masyarakat.

Budaya sebagai jelmaan nilai merupakan asas penting dalam konteks masyarakat Malaysia. Sebagai masyarakat Timur, kita sering menekankan  nilai-nilai budaya yang memancarkan kepatuhan terhadap agama dan adat resam. Kita seringkali diingatkan dengan pelbagai pesan moral, tatkala untuk keluar rumah kedua orang tua kita suatu ketika dahulu tidak lekang berpesan, jaga diri baik-baik bahkan ada peribahasa yang mengandungi nilai budi yang tinggi. Falsafah keintiman hidup dengan persekitaran begitu menjadi sehingga kita memahami bahawa apa pun yang kita akan lakukan mestilah dapat disesuaikan dengan keadaan persekitaran.

Kita tidak mengembek dalam persekitaran yang lain dan mengaum dalam persekitaran yang selain daripada kawanan harimau. Jika ngauman berlaku dalam persekitaran kehidupan kambing, maka bukan sahaja kambing-kambing itu mencari jalan untuk keluar, bahkan lain-lain binatang yang merasakan musuh sudah hampir dekat, akan turut mengambil langkah cemas dan berhati-hati. Situasi itu akan terus mencemaskan keadaan bahkan mampu menyebabkan keseluruhan margasatwa berada dalam ketakutan. Kita tidak mahu adanya pemikiran bahawa demi mengejar kemajuan , setiap yang didatangkan dari barat itulah yang terkini dan paling baik untuk semua. Kita mahukan, semuanya akan berlaku dalam suasana yang sejahtera, kerana kehidupan sebenarnya yang kita rintis ialah membina kesejahteraan.

Oleh MUHAMMAD HATIM

Agama Baru, Agama Hak Asasi
Ketika bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor mengutarakan kebimbangannya mengenai agama baru yang sedang berkembang atas asas hak kebebasan individu ramai pihak yang memandang sepi kecualilah seorang daripada penyokong pembangkang menulis dengan nada marah mengecamnya dengan sebuah hipotesis sebagai perangkap politik untuk menutupi perjuangan membangunkan demokrasi politik di Malaysia.

Belumpun sampai sebulan culaan itu dibuat, kini semakin terdedah bahawa apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Rahim mula membuktikan gema perjuangan untuk Malaysia menerima kedudukan sekumpulan pejuang kebebasan hak asasi yang mendesak agar “komuniti mereka” tidak dipandang serong sebagai “komuniti yang bermasalah” kerana mereka juga mempunyai hak sebagai warganegara.

Tuntutan mereka itu sebenarnya bukan sahaja boleh dilihat melampau kerana mahu mendapat pengiktirafan, ia adalah ssatu bentuk perjuangan yang boleh meruntuhkan nilai-nilai budaya, moral dan agama masyarakat Malaysia yang masih terus bergelut dengan percaturan dengan pelbagai fahaman yang tidak masuk akal.

Arus gerakan “komuniti songsang” yang dikenali sebagai,pengkid, lesbian, gay dan homoseksual itu sebenarnya mendapat nafas baru apabila pada 17 Jun 2011 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Hak Asasi telah meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan mereka dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.

PBB melihat “komuniti songsang” atau LBGT sebagai kelompok yang semakin berpengaruh kerana mereka sudah berjaya mendapat ruang kebebasan di banyak negara Eropah dan sebahagian besar negeri di Amerika Syarikat. Kelompok LBGT yang berusaha mempromosikan perjuangan mereka telah berjaya membentuk persepsi baru, bahawa apa yang berkaitan dengan kehidupan mereka bukan lagi sesuatu yang jijik dan tidak bermoral, ia adalah satu budaya yang perlu dihormati.

Asas perjuangan untuk mengiktiraf LBGT mendapat kekuatan moral apabila Belanda dan Perancis membawanya untuk dibahaskan dalam platform Majlis Hak Asasi PBB bagi menebus dosa silamnya yang pernah menghukum dengan kejam pengamal-pengamalnya sebelum meletusnya Revolusi Perancis. Ketika itu, agama dalam kehidupan masyarakat barat sebagai tatakehidupan yang menyebabkan mereka berada dalam kegelapan, dan mereka yang beragama terus dinilai sebagai penindas yang kejam, termasuk mengehadkan prinsip kebebasan berfikir dan menghalang kebebasan individu.

Golongan sekular terus mengekploitasikan sikap buruk elit agama. Pihak gereja menghukum bunuh seseorang yang bercanggah dengan kepercayaan agama sehingga dilihat tidak ada sebarang pembaharuan telah dilakukan, fikiran orang ramai sempit dan tindakan mereka hanya mengabdikan diri kepada tradisi kerahiban sehingga memberikan satu kesimpulan sosiologi yang parah. Beberapa rumusan berkaitan dengan agama dilakukan, malah ada hipotesis bahawa semakin beragama seseorang itu, maka semakin mundurlah kehidupan ekonominya sehingga menjadikan Karl Marx menuduh “agama sebagai candu masyarakat.”

Revolusi Perancis menjadi batu tanda yang amat parah kepada keyakinan agama masyarakat barat dan akhirnya agama telah terkeluar dari peranan asasnya sebagai perundangan moral. Ia turut mengubah cara berfikir dan bingkai peradaban baru sehingga setiap kali perjuangan dan protes yang berlaku, ianya tetap mengambil asas menuntut kebebasan hak asasi.

Dalam kes perjuangan “komuniti songsang” senarionya menjadi semakin jelas apabila  UNHCR menyifatkan undang-undang Tasmania (sebuah pulau di selatan Australia) menilai homoseksual sebagai kesalahan jenayah, misalnya dalam kes Toonen lawan Australia 1994. Jawatankuasa Hak Asasi menilai kes tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi dan bertentangan dengan International Covenant on Civil dan Political Rights (ICCPR) berdasarkan Perkara 2,17 dan 26. Akhirnya, Tasmania terpaksa memansuhkan undang-undang tersebut dan mematuhi ICCPR yang ditandatanganinya.

Pada tahun 2003, satu resolusi telah dikeluarkan bagi mengiktiraf perjuangan kelompok LBGT yang dikenali sebagai Brazilian Resolution 2003 dan kemudiannya diikuti oleh Yogjakarta Principles 2006. Kedua-dua keputusan inilah dianggap sebagai pencetus kepada meluasnya promosi terhadap LBGT sehingga Hollywood terus menjadikannya sebagai tema baru dalam filem-filem keluaran mereka termasuk sebuah filem yang mengisahkan kehidupan seorang penulis dan wartawan terkenal Amerika Syarikat, pengamal budaya gay, Truman Capote penulis buku In Cold Blood dan aktivis kewartawanan baru, yang bermula sebagai penulisan bawah tanah.

Di Malaysia, pada awalnya kegiatan sesetengah mak nyah atau pondan hanya berkisar kepada aktiviti malam di beberapa kawasan tertentu sebagai satu bentuk hiburan dan rekreasi. Aktiviti itu kemudiannya berkembang menjadi bahan persembahan dalam beberapa majlis tertentu secara tertutup yang dikenali sebagai paperdoll. Akhir-akhir ini corak kehidupan mereka sudah berubah sehingga menjadi satu tuntutan yang lebih bersifat mendesak, termasuk menganjurkan perhimpunan terbuka untuk menuntut perubahan undang-undang sebagaimana telah berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat.

Mereka mendakwa, disebabkan peruntukan undang-undang yang tidak mengiktiraf kesetaraan gender dan kesamarataan hak itu adalah satu bentuk diskriminasi dan bertentangan dengan kebebasan asasi, meskipun premis perjuangan itu sebenarnya tidak tepat. Mereka tetap mahukan kebenaran untuk membuat pilihan berasaskan prinsip kesukarelaan, kerana dengan hanya mengiktiraf jenis seks lelaki dan wanita, bermakna mereka telah diskriminasikan.

Sebagai warganegara, mereka mempunyai hak untuk hidup berasaskan pilihan mereka sendiri, dan undang-undang tidak sepatutnya menyekat kebebasan tersebut. Atas prinsip kebebasan, mereka juga berhak untuk hidup sebagai pasangan yang sah, kerana perkahwinan bagi mereka bukan lagi terhad antara lelaki dan wanita. Mereka menggunakan definisi perkahwinan sebagai perkongsian antara pasangan atas prinsip kerelaan dan pasangan itu pula boleh dalam bentuk sesama jantina. Matlamat perkahwinan sebagai mengembangkan institusi keluarga tidak lagi boleh terima, kerana mempunyai anak atau zuriat juga adalah pilihan.

Pandangan mereka amat mudah, memperoleh zuriat itu adalah pilihan, maka amat tertakluk kepada matlamat seseorang itu berkahwin. Bagi mereka, matlamat utama ialah memenuhi naluri seks, kerana seks dengan pasangan kelainan jantina adalah sesuatu yang menakutkan apabila trauma kehidupan silamnya tidak dapat dipadamkan. Mungkin mereka pernah didera secara seksual ataupun memperoleh gambaran buruk mengenai kehidupan pasangan berlainan jantina yang sering dilanda masalah.

Kadar penceraian yang tinggi turut mempengaruhi jiwa mereka, kerana setiap penceraian yang terjadi telah meninggalkan tabularasa baik antara pasangan ataupun anak-anak tanpa pembelaan sewajarnya. Paparan media yang meluas bagaimana anak-anak yang membesar dalam situasi keluarga yang bermasalah telah menyumbang kepada masalah sosial telah mempengaruhi persepsi sehingga membuat keputusan untuk hidup dalam dunia yang bertentangan, tradisi keluarga berubah dan mencari bentuk baru dalam perkahwinan berasaskan kesukarelaan dan kebebasan.

Sebenarnya, langkah memperjuangkan kebebasan individu itu adalah suatu prinsip penebusan dosa moral masyarakat barat yang ditindas oleh elit agama dan ini sebenarnya tidak berlaku dalam Islam. Masyarakat barat memberikan kelonggaran dan kebenaran “komuniti songsang” itu sebagai usaha untuk menebus dosa silam sebagaimana mereka melakukan tindakan yang sama kepada masyarakat Yahudi.

Sebelum memenuhi tuntutan menubuhkan negara Israel, keturunan Yahudi telah ditindas dengan kejamnya oleh Perancis, Belanda dan Jerman. Ketika Hitler berkuasa, disebabkan sikap keturunan Yahudi tidak akur dengan undang-undang negara itu, tidak setia dengan kerajaan, ia menjadi sasaran pembunuhan kejam. Begitu juga dengan Perancis di mana ketamakan Yahudi menyebabkan elit politik akhirnya bertindak keras dan menghalau mereka ke beberapa buah negara lain. Mereka hanya mendapat kedudukan yang lebih baik di Poland, Hungary dan Britain.

Atas kecenderungan baru di Eropah menghadapi penghijrahan masyarakat Islam setelah berpecahnya Kesatuan Republik Sosialis Russia, banyak negara  telah meletakkan syarat hanya boleh menerima mereka yang mengamalkan budaya LBGT dalam kalangan muslim, maka perkembangan itu mula dikaitkan dengan sikap sebenar negara-negara barat. Barat menganggap dengan membenarkan kemasukan pasangan Islam ke negara mereka, ia bukan sahaja akan menambahkan bilangan penganut Islam, bahkan akan mempengaruhi struktur demografi berasaskan agama.

Barat yang telah mempromosikan “pertembungan antara agama” terus melihat Islam sebagai ancaman terbesar mereka setelah sistem kekeluargaan sebenar hampir musnah dan masyarakatnya tempang. Dengan tidak membenarkan pasangan hetroseksual, kestabilan sistem sosial Islam dapat dirobohkan dan seterusnya mampu mengekang pertambahan jumlah penganut Islam dalam tempoh dua puluh tahun lagi.

Mempromosikan kebebasan asasi menerusi budaya LBGT itu sebenarnya satu strategi barat untuk melumpuhkan Islam dan seterusnya menebus dosa-dosa silam elit gereja. Strategi itu juga ada kaitannya untuk memperlihatkan bahawa LBGT adalah sesuatu yang universal, kerana sebelum ini masyarakat gereja telah dikesan melakukan jenayah homoseksual. Apabila LBGT turut dibudayakan oleh segelintir penganut Islam, maka ia tidak lagi dikaitkan hanya berlaku dalam kalangan paderi dan biarawati Kristian, ia adalah budaya universal.

Sebab itulah di barat, LBGT bukan lagi satu isu. Tetapi, dalam masa yang sama kepura-puraan barat terus berlaku, kerana masyarakat awam tetap tidak boleh menerima pemimpin politik mereka mengamalkan budaya tersebut. Bahkan, rakyat terus menilai pemimpin mereka mestilah bersih dari sebarang bentuk skandal seks dan jujur dengan pasangan masing-masing. Ironinya, masyarakat umum diberikan kebebasan untuk mengamalkan apa yang mereka suka dan  terus mempromosikan sebagai bentuk kebebasan asasi yang wajib dipaksakan sama kepada manusia tanpa batasan agama.

Malaysia terus akan mempertahankan, budaya LBGT adalah salah dalam apa aspek sekalipun. Undang-undang yang sedia ada akan menghukum pelakunya sebagaimana terkandung dalam seksyen 377A, 377C dan 377D, Kanun Kesiksaan; dan perkahwinan yang sah dalam Seksyen 69 Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Pembubaran Perkahwinan) 1976 adalah antara lelaki dan wanita, bukannya sesama jenis.

Islam tidak boleh menerima LBGT dan tidak akan bertoleransi dengan tuntutan “komuniti songsang” kerana budaya itu adalah satu bentuk kemungkaran. Kemungkaran bukan sahaja boleh merosakkan struktur masyarakat, ia adalah bertentangan dengan hakikat kejadian manusia itu sendiri.

Sehingga kini belum ada kelahiran seseorang dengan dua jenis alat kelamin yang  berlainan, meskipun ada keganjilan berlaku dalam organ-organ yang lain. Ini memberikan kesimpulan bahawa Allah SWT memang tidak mengizinkan budaya LBGT, dan dengan jelas mengharamkan lelaki menjadi wanita, wanita hidup sebagai lelaki.

Meskipun Malaysia merupakan anggota PBB, tidak bermakna Malaysia harus meminda undang-undang berkenaan hal itu bagi menyesuaikan keputusan tersebut. Malaysia mempunyai kebebasannya sendiri untuk menentukan rupa bentuk masyarakat sendiri tanpa perlu menodai sekatan-sekatan yang terdapat dalam agama, kerana hak asasi itu bukanlah tiket kebebasan tanpa batas.

Antara kebebasan asasi dan agama, ruang lingkupnya mempunyai perbezaan yang jelas. Agama berasaskan keyakinan dan keimanan, manakala hak asasi adalah suatu tindakan yang hanya berasaskan kemutlakan akal, akal juga tidak pernah bebas secara mutlak. Adakalanya, akal mengalami kebuntuan dan dalam kebuntuan itulah lahirnya keputusan yang terlalu dangkal,cetek dan  ada ketikanya memusnahkan manusia sendiri.

Menbiarkan masalah moral bermaharajalela secara tidak langsung mendekatkan kepada kehancuran umat.Ingatlah bahawa kehancuran satu masyarakat tidak hanya akan menimpa orang-orang yang zalim tetapi juga mencakupi keseluruhan mereka sebagai masyarakat (lihat Al-Quran Surah Al-Anfal ayat 25). Kepada golongan ini ruang untuk kembali ke pangkal jalan masih luas dan jangan tunggu sehingga Allah SWT membutakan hati kerana dalam firman-Nnya yang bermaksud: “Barang siapa di dunia ini buta (gelap) maka diakhirat kelak juga buta, dan akan lebih sesat jalan lagi.” (Surah al-Isra ayat 72).

*  Artikel ihsan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

21 Dalil PAS Bukan Parti Islam
1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”.

KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”.

KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara.

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20. PADA MULANYA… PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam.

KEMUDIANNYA… PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah).

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA…PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Mitos Yang Menyesatkan
Kembara ke alam mistik! Tubuh kecil itu memiliki sepasang bebola mata kemerahan, perutnya buncit gendut berwarna hijau gelap seakan-akan sedikit kehitaman. Sajian harian– sedikit darah dari ibu jari kaki anak dara dan setiap malam Jumaat Kliwon – ibu jari ´ibu tumpang´ menjadi sasaran sebagai syarat dan perjanjian bicara tertumpah pada lafaz taat setia.

Misteri dan mistiknya makhluk bertubuh kecil itu ialah kemampuan menghaibkan diri daripada pandangan manusia sekelip mata serta ´melarikan´ not-not bernilai tanpa mangsa sedar akan kehadirannya. Cerita tentang makhluk ini bukan perkara baru malah sudah tertanam dalam minda masyarakat Melayu sebagai ´penghuni´ alam misteri dan mistik – dimensi dunia ghaib. Kisah misteri dan mistik sebegini berlegar di sekitar kosmos Alam Melayu berabad lamanya – zaman berubah tetapi mitos dan kepercayaan terhadap wujudnya gangguan hantu dengan pelbagai gelaran tetap sama.

Persepsi masyarakat Melayu terhadap makhluk ini cukup jelas – gemar mencuri atas arahan ´tuan´ dan perbuatan insan yang menjadi ´ibu tumpangnya´ adalah syirik. Khabarnya, si botak yang digelar toyol dikatakan mengganas sambil mencuri duit membangkitkan kebimbangan masyarakat kampung terhadap perkara mistik dan misteri ini. Tambah membimbangkan, ramai anak dara kampung yang bangun awal pagi mendapati ibu jari kaki mereka terdapat kesan gigitan yang dipercayai perbuatan ´si botak kecil´ itu.

´Perkara misteri dan mistik seperti ini perlu diselesaikan dengan cara yang mistik dan misteri juga´ – persepsi masyarakat Melayu yang memang percayakan kepada kebolehan sesetengah manusia bergelar pawang dan bomoh. Maka bersepakatlah penduduk Kampung Masjid memanggil seorang bijak pandai dalam hal-hal berkaitan perkara misteri ini. Belerang kuning dimasukkan ke dalam kain hitam yang kemudiannya disimpulkan menjadi bunjut-bunjut kecil. Bunjut berisi belerang itu ditanam di setiap penjuru kampung dengan alasan sebagai usaha memagar ´si botak´ dari terus masuk ke dalam kampung. ´Orang bijak pandai´ pun berkata: “ Seandainya ´si botak´ masih berada di dalam, pasti tidak dapat mencari jalan keluar dan mudah ditangkap. Sebaliknya, jika ´si botak´ cuba masuk ke kampung ini untuk berbuat onar, nescaya ia akan menjadi lemah dan terperangkap dengan pagar yang dipasang secara ghaib.”

Ungkapan ´perkara yang ghaib dan mistik perlu diselesaikan dengan cara misteri dan mistik´ perlu diberikan perhatian sewajarnya. Jika tersilap langkah, kejadian misteri dan mistik itu akan terus tinggal sebagai ´misteri´ kerana penyelesaian yang dicari bercanggah dengan syariat Allah. Demi menyelesaikan permasalahan sebegini, Islam tidak menggalakkan penyelsaian yang bercampur aduk dengan unsur-unsur syirik. Apatah lagi sebahagian amalan untuk mennyelesaikan permasalahan ´gangguan´ seperti itu bercampur dengan unsur ´tanasikhul arwah´.

Islam menggalakkan umatnya kembali kepada ajaran Allah dalam menangani hal-hal berkaitan perkara-perkara ghaib seperti ini. Apa yang dikesalkan, masih terdapat segelintir umat Islam yang menjalin ´hubungan´ dengan komuniti alam ghaib, khususnya khadam, jin, bunian dan mendakwa roh leluhur berupaya membantu dalam segala hal. Akibat ´keinginan´ membuta tuli untuk bersahabat dengan makhluk-makhluk dari alam mistik dan misteri itu, ramai yang tergelincir daripada syariat Allah dan syirik terhadap kebesaran-Nya.

Memetik kata-kata Syeikh Muhammad Rasyid Ridha dalam kitabnya Tafsir Al-Manar: “Telah berlaku sunatullah pada makhluk-Nya bahawa diajar segala hukum untuk dilaksanakan ke atas mereka melalui lidah-lidah Rasul-rasul yang dipilih di kalangan mereka sebagai khalifah. Oleh yang demikian, manusia menzahirkan segala hukum Allah dan sunnah-sunnahnya iaitu syarak. Allah memberi keistimewaan kepada manusia lain daripada makhluk-Nya berasaskan kenyataan wahyu, penglihatan zahir dan ujian bahawa Allah menciptakan alam dengan berbagai-bagai jenis tetapi dikhususkan setiap jenis selain manusia dengan sesuatu yang terhad dan terbatas yang tidak mampu melampauinya.”

Kenyataan Syeikh Muhammad Rasyid Ridha ini identik dalam menjelaskan tentang kekuasaan Allah yang menciptakan alam ini dengan pelbagai jenis. Akal mentafsir sejajar panduan al-Quran bahawa pembicaraan tentang makhluk yang dinamakan jin ini ada dinyatakan. Begitu juga dengan keterangan beberapa hadis tentang adanya gangguan daripada kelompok jin ke atas manusia. Perspektif Islam mengupas perbuatan dan amalan bersahabat dengan kelompok jin adalah bersalahan dengan syarak kerana keterbatasan manusia menilai alam jin yang penuh dengan tipu muslihat.

Alam Melayu memberikan pelbagai nama terhadap kelompok jin ini seperti pocong, hantu bungkus, langsuir, pontianak hinggalah kepada makhluk kecil yang digelar ´toyol´. Jin-jin ini dijadikan perewangan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan harta, untuk tujuan pengubatan secara tradisional juga medium perantara membalas dendam melalui perbuatan santau atau tuju. Jelas perbuatan dan amalan bersahabat dengan jin seperti ini bersalahan amalan Islam kerana ia bukan sahaja dikategorikan sebagai syirik, bahkan boleh menyebabkan umat Islam berpecah belah.

Perihal ‘gangguan makhluk halus’, perlu dilihat berdasarkan perspektif Islam. Pagar atau benteng menghalang gangguan yang berlaku bukanlah secara zahir tetapi lebih kepada konsep memperkukuh batin dengan amalan-amalan zikir, selawat, solat hajat dan bacaan al-Quran. Musibah yang berlaku adalah ujian Allah kepada hamba-Nya serta ironis mengembalikan ingatan masyarakat Islam di kampung supaya berpegang kepada ajaran Islam.

´Berpesan-pesanlah dengan kesabaran dan berpesan-pesanlah dengan kebaikan´ – Dosa berdamping dan memohon pertolongan selain daripada Allah merupakan dosa besar. Insafilah diri dan jauhilah daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kemantapan akidah dan syariat Islam. Mendapatkan ´maunah´ dengan cara yang salah – menggunakan khadam daripada alam jin untuk mencapai matlamat bukan jalan penyelesaian yang hakiki kepada semua permasalahan. Pencarian penyelesaian berlandaskan usaha terlebih dahulu amat digalakkan tetapi biarlah bertepatan dengan fitrah kemanusiaan serta selari dengan al-Quran.

Oleh ABUL HANZALA

Taat Yang Bagaimana?
Allah s.w.t berfirman yang bemaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia ciptakan kamu (wahai lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikanlah di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (ar-Rum: 21)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengwal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta. Maka perempuan yang solehah itu ialah yang taat kepada Allah dan suaminya, dan yang memelihara kehormatan dirinya daripada apa jua yang wajib dipelihara ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.” (an-Nisaa: 34)

Dua ayat di atas menunjukkan, Allah s.w.t menciptakan perempuan sesudah Dia menciptakan lelaki dan menjadikan mereka untuk hidup berpasang-pasangan supaya dapat hidup berbahagia dan saling tolong-menolong dalam rangka melaksanakan  tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi.

Tanggungjawab dalam rumah tangga dan sebagai pemimpin rumah tangga adalah di tangan suami semenjak semula jadinya. Isteri yang solehah akan membantu suaminya, sebagai pendamping setia, taat kepada Allah s.w.t dan taat kepada suami, mengurus rumah tangga, menjaga keharmoniannya, menyimpan rahsia-rahsia keluarga sehingga tetap terhormat.

Rasulullah s.a.w menegaskan, kewajipan isteri untuk taat kepada suaminya sehingga ketaatan kepada suami disamakan darjatnya dengan kewajipan melaksanakan sembahyang lima waktu dan jihad fisabilillah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada yang lebih bermanfaat bagi seorang mukmin setelah ketakwaan kepada Allah s.w.t daripada mengahwini seorang perempuan solehah yang apabila dia perintah isterinya dia mematuhinya dan apabila dia memandang kepadanya dia akan merasa senang, apabila dia memberi sesuatu, dia akan bersyukur dan apabila dia tidak ada di rumah, dia akan menjaga dirinya baik-baik dan menjaga harta suaminya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Bahkan Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda yang bermaksud:

“Apabila wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya reda dan merelakannya, ia akan masuk syurga.” (Riwayat Ibnu Majah)

Ketaatan isteri kepada suami diukur selama suaminya tidak mengajaknya untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t kerana kita tidak boleh taat kepada makhluk yang mengajak untuk berbuat maksiat kepada Allah s.w.t.

Apabila ajakan suami tidak bertentangan dengan perintah Allah s.w.t, isteri wajib mentaatinya, bahkan apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya harus mentaatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk ke tempat tidur, dan isterinya enggan, kemudian suaminya pun dalam keadaan marah, malaikat melaknatinya hingga esok hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahkan dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa isteri wajib patuh kepada suaminya dalam keadaan apa sekalipun. Seandainya dia mengajak isteri ke tempat tidur (bersetubuh) dengannya walhal isterinya sedang melakukan puasa sunat dan suaminya memerintahkannya untuk berbuka, ia wajib mentaatinya kecuali apabila memang ada sebab-sebab yang mustahak sehingga ia menolak melayani suaminya kerana Allah s.w.t tidak membebani hamba-Nya kecuali berdasarkan kemampuannya.

Di antara ketaatan yang harus dilakukan seorang isteri ialah untuk tetap duduk di rumah sahaj sebagai suri rumah, ia tidak boleh keluar kecuali apabila diizinkan. Apabila ia keluar dengan sengaja tanpa meminta izin daripada suaminya, ia dianggap telah melakukan nusyuz (menyeleweng dan menderhaka).

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka), dan (jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencar-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (an-Nisaa: 34)

Dua perkara penting yang harus dilaksanakan oleh seorang isteri ialah memenuhi keperluan batin suami dan duduk di rumah sahaja. Selain yang demikian termasuk ke dalam perkara yang sunat sahaja. Apabila isteri telah memenuhi dua perkasa asas tersebut, ia tidak dikenakan hukuman, baik di dunia mahupun akhirat.

Bagaimanapun, apabila isteri melaksanakan semua perkara yang dituntut oleh suaminya untuk kebahagiaan rumah tangga, ia akan diberikan pahala yang besar oleh Allah s.w.t.

Oleh NUR HIDAYAH ABDULLAH