Agama Islam diutus oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sumber atau pokok ajarannya ialah al-Quran al-Karim, iaitu sebuah kitab yang tidak ada sedikit pun kebatilan dan kepalsuan di dalamnya, yang diturunkan oleh Allah s.w.t menerusi wahyu kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang (hendak) bertakwa.” (al-Baqarah : 2) Al-Quran adalah sebuah [...]





