Sudah beribu tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan umat baginda, namun hari kelahiran Nabi Besar Junjungan ini masih diperingati saban tahun. Inilah di antara beberapa rahmat peninggalan Rasulullah s.a.w. Bagi manusia biasa, hari kelahiran hanya disambut semasa hayat masih ada, setelah mati tiada lagi siapa yang akan memperingatinya, bahkan kadang-kadang tarikh kematian pun diterlupakan pewaris mereka. Pemergian Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan harta atau wang ringgit untuk diwarisi. Cuma yang menjadi pewaris Nabi ialah para ulama yang diharapkan dapat menyambung perjuangan Islam. Mereka [...]





