Ummatan Wasatan » Tinta DMI

Memburu Makna Ramadan Dari Peristiwa Sejarah
rusuhan London memberikan makna baru kepada masyarakat antarabangsa mengenai nilai-nilai Islam

Sudah lebih dua pertiga bulan Ramadan berlalu, masih tersisa hanya lima hari . Dalam waktu yang tersisa itulah kita disunatkan supaya mempertingkatkan amal ibadat: berjaga di waktu malam, berikhtikaf dan mengejutkan anggota keluarga melaksanakan ibadah sunat, di samping memperbanyakkan sedekah.

Bulan Ramadan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan setiap muslim. Selain diperintahkan agar berpuasa dari fajar hingga ke senja setiap hari selama sebulan, bulan Ramadan turut diperintahkan supaya memperbanyakkan amalan sunat, bersedekah, membayar fitrah, bermaaf-maafan,beriktikaf, mengekang nafsu dan pandangan mata yang boleh menimbulkan kemudaratan.

Sekurang-kurang terdapat sepuluh peristiwa besar yang telah memberikan kesan kepada umat Islam yang berlaku dalam bulan Ramadan.  Peristiwa-peristiwa tersebut ialah:

Peperangan Badar yang berlangsung pada tarikh 17 Ramadan tahun 2 Hijrah. Peperangan ini turut dikenali sebagai Yaumul Furqan, iaitu hari “pemisah antara yang hak dan batil.”

Pembebasan Kota Mekah atau Fathu Makkah yang berlaku pada tarikh 10 Ramadan tahun 8H. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Setelah kemunculan Islam, kota Mekah bukanlah merupakan kota utama umat Islam kerana masyarakat Quraisy menentang keras kemunculan agama baru yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sehinggalah memaksa perhijrahan ke Madinah. Sejarah pembebasan kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Muhajirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy. Di bulan Ramadan juga Khalid al Walid, seorang panglima Islam telah menghancurkan patung al-Uzzah di kota Mekah.

Pada tahu ke-9H, kaum Tsaqif telah menyatakan pendirian secara jelas menerima Islam sebagai agama mereka di hadapan Rasullullah SAW, dan memusnahkan sendiri berhala yang pernah mereka sembah sejak berzaman, iaitu al-Lata.

Pada tarik 8 Ramadan tahun 9H, telah berlaku peperangan Tabuk di mana ia merupakan peperangan terakhir yang diikuti langsung oleh Nabi Muhammad SAW. Peperangan berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.

Pada 28 Ramadan tahun 92H, tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad telah berjaya menyeberangi Selat Gibraltar atau Jabal Tariq untuk memasuki Andalusia (Sepanyol). Peristiwa tersebut telah menjadikan ia sesuatu yang amat besar dalam wilayah penguasaan Islam sehinggalah Islam berkembang pesat di Andalusia, dan kini walaupun sudah berjaya dirampas kembali oleh tentera Kristian, kesannya masih besar sama ada dalam konteks sejarah mahupun peradaban.

Pada 15 Ramadan 658H, serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan, iaitu cucu Genghis Khan telah berjaya dipatahkan oleh tentera Islam. Peperangan itu berlaku di Ain Jalut, sebuah kawasan yang berada di utara Palestin .

10 Ramadan 1393 Hijrah atau 6 Oktober 1973, kekuatan pertahanan Israel di Barley, Mesir dapat dihancurkan oleh tentera Islam, dan ini menjadi titik tolak perjuangan yang amat besar dalam pertembungan dan penyakatan pengaruh Yahudi dalam kancah memecahbelahkan kesatuan negara-negara Islam di Arab dan Afrika Utara.

Pada tanggal 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, peristiwa bersejarah yang paling diingatkan oleh umat Islam ialah turunnya ayat al-Qur’an yang pertama, iaitu suah al-Iqra. Surah ini menjadi tonggak utama hakikat kehidupan manusia, iaitu sentiasa mencari ilmu pengetahuan menerusi kebenaran, mengajarkan manusia dari kedudukan yang tidak mengetahui kepada lebih mengetahui.

Meskipun terdapat banyak perbezaan pendapat mengenai tarikh sebenar malam lailatuqadr, iaitu suatu malam yang dijanjikan oleh Allah SWT kenikmatannya melebihi seribu bulan, seluruh umat Islam percaya ia akan berlaku pada malam-malam selepas 20 hari Ramadan bermula. Pada malam tersebut, ada ulama berpendapat ia akan menjelma pada malam yang ganjil, iaitu 21,23,25,27 atau 29 dan ada sesetengah ulama mengatakan ia akan diselangselikan setiap tahun antara malam yang genap dan ganjil. Meskipun terdapat perbezaan pendapat, ia tidak mengurangkan keyakinan dan pencarian setiap umat Islam untuk mendapatkannya dengan meningkatkan amalan beribadat, berzuhud dan bersedekah.

Bulan Ramadan telah menjadi bulan yang penuh keberkatan, bulan kebajikan dan yang teristimewa sekali dalam bulan ini ialah adanya sholat Tarawih. Solat tarawih tidak boleh dilakukan pada bulan lain, maka kerana itulah bagi seorang muslim yang beriman, tetap akan merasakan suatu kerugian yang besar jika sepanjang Ramadan tidak dapat mengerjakan solat tarawih atas pelbagai sebab.Kehadiran Ramadan amat dirindukan, manakala berkahirnya Ramadan menjadi sesuatu yang amat sayu. Kesayuannya kerana merasakan untuk menunggu Ramadan pada tahun akan datang terasa belum tentu, kerana bila sampai ketikanya kita akan dijemput oleh Allah SWT, dan kita tidak tahu bilakah masanya. Maka, kita hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk menerima jemputan itu, dan kita mungkin tidak dapat menyambut ketibaan Ramadan pada tahun-tahun selanjutnya.

Dalam tempoh 10 malam terakhir Ramadan, kita dijanjikan akan adanya malam lailatulqadar, sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (surah al-Qadr: 1-5)

Allah SWT sengaja merahsiakan kemunculan sebenar malam lailatulqadar. Kerahsian itu mempunyai kaitannya dengan kesengajaan Allah ST untuk menguji setiap umat Islam agar lebih serius dan dedikasi dalam mencari jalan bagi mendapatkan rahmat dan kasih saying-Nya. Maka di situlah terletaknya tahap keimanan setiap orang Islam dan akan membezakan ketaqwaannya, kerana kemuliaan seseorang Islam di sisi Allah SWT adalah darjah ketaqwaan dan keimanannya.

Usaha mencari malam lailatulqadar, turut dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya: “Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir” (hadis riwayat al-Bukhari).  Dalam satu riwayat lain Rasulullah SAW dilaporkan telah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Pada malam-malam terakhir Ramadan, solat berjemaah amat diutamakan .Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu” (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadan tekah menjadi contoh yang terbaik bagi setiap umat Islam untuk mendapat kerahmatan Allah SWT. Maka, teladan iulah juga mungkin memberikan ilham kepada seorang pelajar Malaysia yang dirompak dan tercedera dalam rusuhan di London pada awal Ramadan lalu berupaya membaiki imej buruk Islam dalam pandangan masyarakat Barat.

Asyraf yang dibelasah dan dirompak tidak sedikit pun menyimpan dendam kepada remaja yang mencerobohnya. Asyraf bukan sahaja menjadi ikon terbaru remaja Islam malah membantu menghapuskan imej buruk terhadap Islam. Asyraf akan menderma wang yang bakal diterimanya setelah pelbagai pihak mengumpul dana bagi membantunya, malah Perdana Menteri Britain, David Cameron terasa dimalukan oleh rakyatnya sendiri.

Pengajaran ini jelas membuktikan semangat melakukan kebajikan dan keberkatan Ramadan telah berupaya menghakis pandangan buruk barat terhadap Islam. Ia juga mungkin dibantu oleh amukan seorang pemuda di Norway beberapa hari sebelum menjelangnya Ramadan, bahawa tindakan melampau itu bukanlah hak mutlak umat Islam. Setiap manusia, setiap penganut agama tetap ada semangat yang berbelah bahagi sama ada melakukan kebaikan atau bertindak ganas. Ia adalah sifat semulajadi semua manusia, dan agama sebenarnya tidak pernah mengajar penganutnya melakukan keganasan.

Inilah kekuatan terbesar yang telah berlaku sepanjang bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun lalu, bulan Ramadan penuh kontroversi apabila seorang paderi sebuah gereja kecil di Florida membuat kecoh untuk membakar al-Qur’an sebagai memperingati ulangtahun ke-9 runtuhnya Pusat Dagangan Dunia di New York. Tarikh ulangtahun itu pada tahu lalu merupakan bulan Syawal, iaitu bulan di mana umat Islam merayakan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadan, iatu minggu kedua Ogos hingga minggu pertama September.

Tahun ini, kerana Ramadan bermula sama dengan hari pertama bulan Ogos, maka itulah mungkin sesuatu yang tidak kita fahami secara lahiriah, ia adalah petunjuk bahawa Allah SWT sedang menunjuk arah bahawa imej buruk yang selama ini ditakuti oleh orang barat terhadap Islam semakin terhapus dan tenggelam. Insiden yang menimpa Asyraf adalah salah satu, manakala tembakan seorang pemuda di Otoeya, Norway menjadi bukti bahawa keganasan buka hak mutlak Islam. Ia dipunyai oleh semua manusia, kerana itulah agama lahir untuk membaiki moral dan akhlak manusia supaya menghormati setiap manusia, hidup dalam kasih sayang dan bersikap sederhana.

Ramadan tahun ini turut membongkarkan banyak rahsia, antaranya percubaan untuk memurtadkan orang Islam melalui malam rakaman kasih, thanksgiving di Damansara Utama Methodist Church dan kegiatan sebuah pusat tuisyen di Jalan Kelang Lama, cubamengindoktrinasikan pemikiran kanak-kanah dengan ajaran Kristian terdedah dengan jelas. Maka, itu memberikan satu tamparan hebat kepada parti pembangkang terutamanya PAS untuk membersihkan dirinya kerana kurang percaya dengan apa yang berlaku, malah terus mempolitikkan pemeriksaan JAIS sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Ramadan tahun ini banyak memberikan kesedaran kepada umat Islam, bahawa sebenarnya orang yang setiap hari bercakap dan mendakwa dirinya Islam, sebenarnya tidaklah bertindak secara Islamik. Mereka bertindak berasaskan kepentingan politik sempit, iaitu cuba mendapatkan keuntungan dalam jangkapendek, jangkapanjangnya akan terlepas ayam direban, tangan tetap berbau…..Semoga semangat Ramadan, roh Ramadan akan terus menyemarakkan rasa syukur dan keimanan kita untuk mendapatkan keridhaan Allah SWT.

Di sebalik memburu lailatulqadar, Ramadan telah mengingatkan kita sebagai umat Islam, banyak peristiwa yang perlu kita jadikan teladan pada bulan ini. Maka, secara tidak langsungnya Allah SWT telah memberikan kita kekuatan, atas kesabaran dan niat yang ikhlas kita mampu mengerjakan perintah-Nya, walhal dalam hari-hari bukan dalam bulan Ramadan, kita sentiasa merasakan diri kehausan, lapar dan lesu tidak bermaya apabila terpaksa berjaga di waktu malam untuk bertahajud, berikhtikaf dan agak kedekut untuk bersedekah. Ramadan telah membuka pintu hati kita untuk menjadi lebih beriman dan bertakwa, maka sesungguhnya adalah satu permulaan yang baik untuk meneruskan usaha menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan sempurna di sisi-Nya.

Datuk Dr Masitah Ibrahim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tergesa-gesa Rempit Politik
Mat Rempit?

Oleh DATO’ DR MASHITAH IBRAHIM

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

“Tergesa-gesa adalah termasuk perbuatan syaitan,” begitu kata Rasulullah SAW (HR Tirmidzi)

Bukanlah akhlak seorang mukmin berkomunikasi dengan lidah yang tidak sesuai dengan kandungan hatinya. Ketenangan (sabar dan berhati-hati) adalah daripada Allah SWT dan tergesa-gesa (terburu-buru) adalah dari syaitan. (HR. Asysyihaab)

Setelah meneliti ulasan dan kritikan pelbagai pihak mengenai Perhimpunan Bersih 2 sejak awal Jun lalu, terdapat beberapa rumusan menarik yang boleh dijadikan iktibar. Pihak yang menganjurkan perhimpunan itu sebenarnya telah menunjukkan sikap tergesa-gesa sehingga melupakan realiti sebenar kedudukan undang-undang negara.

Mereka sengaja mencari jalan singkat untuk membersihkan kepudaran imejnya setelah melihat peluang untuk melakukan pembersihan dari dalam semakin sukar, semakin kurang diyakini apabila banyak perkara yang tercetus oleh tindakan mereka sendiri tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Hubungan antara pendokong jadi semakin bermasalah, malah ada segelintir penyokong  mengambil keputusan untuk keluar dan menjadi pengkritik tajam. Keadaan ini dilihat memberikan banyak kelebihan kepada pihak yang pernah dibenci dan dikritiknya pada peringkat awal. Pihak yang dikritik, mengambil iktibar dari kesilapannya dan terus memperbaiki kedudukan. Banyak perubahan dilaksanakan di samping memperkuatkan kedudukan sokongan dari dalam dan kini semakin diterima oleh masyarakat secara meluas.

Bila memikirkan proses memperbetulkan kepudaran imej dari dalam mengambil masa yang lama, maka diusahakan secara tergesa-gesa untuk memindahkan masalah tersebut dengan pendekatan yang lebih besar dan mampu mengembalikan keyakinan orang ramai. Itulah hakikat sebenar kenapa Perhimpunan Bersih 2 ingin dilakukan juga meskipun telah banyak bantahan, amaran dan cabar mencabar berlaku.

Rasulullah SAW dalam satu hadisnya menjelaskan: “Barangsiapa melihat sesuatu yang tidak menyenangkan dari pemimpinnya, maka bersabarlah. Orang yang memisahkan diri dari jemaah sejengkal sahaja, jika dia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam satu hadis yang lain, dari Ubadah bin ash-Shamat r.a. berkata: “Nabi Muhamad SAW memanggil kami, kemudian kami membaiat beliau. Baginda bertanyakan baiat kami dan kami menjawab: “Kami berbaiat untuk patuh dan setia, baik kami dalam keadaan susah mahupun senang, disukai ataupun dibenci, dan sekalipun merugikan kepentingan kami. Dan kami tidak akan menentang pemimpin kamu.” Lalu Nabi Muhamad SAW bersabda: “kecuali jika kamu melihat kekufuran yang nyata (pada pemimpin itu), yang tentang itu kamu mempunyai bukti yang jelas di hadapan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kenyataannya, meskipun terdapat kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin, melakukan gerakan memberontak secara besar-besaran adalah dilarang oleh Islam. Islam telah menetapkan kaedah bagaimana untuk menegur pemimpin dan perlu menggunakan saluran yang betul. Rasa tidak puas hati tidak layak untuk ditempiaskan mereka perhimpunan awam, kerana ia boleh menimbulkan kesan yang kurang baik, termasuk kekacauan dan huru-hara.

Imam Nawawi turut menjelaskan insiden sedemikian melalui kitabnya, al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj, Jilid XII. Maksud hadis tersebut adalah, janganlah kamu menentang pemimpinmu di wilayah kekuasaannya, dan janganlah kamu melawannya, kecuali jika kamu melihat kemungkaran yang nyata, yang benar-benar keluar dari hukum Islam pada pemimpin itu. Jika kamu melihat hal seperti itu, kamu boleh menentangnya. Dan, katakanlah yang benar di mana kamu berada. Ada pun memberontak terhadapnya dan memeranginya, maka itu haram menurut kesepakatan kaum Muslim, meskipun pemimpin itu fasik dan zalim.” (hal. 229).

Dari penjelasan tersebut, tuntutan yang mengatakan berlakunya masalah daftar pengundi yang tidak bersih dan menjadi salah satu tuntutan, sebenarnya menggambarkan sikap talam dua muka mereka sendiri. Setiap kali berhadapan dengan pilihan raya kecil, sebelum hari penamaan calon mereka sering menggunakan masalah pengundi hantu, tetapi apabila mencapai kemenangan, isu itu tidak lagi timbul. Kes seperti ini boleh menjadi bukti betapa bayangan takut kepada kekalahanlah sebenarnya membawa kepada tuduhan melulu .

Misalnya, dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, ada tuduhan “pengundi hantu” dan dua agensi kerajaan yang membuka pejabat hingga lewat malam dituduh bersengkongkol bagi membantu kemenangan parti tertentu. Setelah tanggungjawab tersebut terlaksana dan keputusan menyebelahi mereka, dua tuduhan tersebut tidak lagi kedengaran. Ini membayangkan isu itu hanyalah dakwaan bayangan takut kepada  kekalahan.

Hal yang sama turut berlaku sebelum kontroversi Perhimpunan Bersih 2 di mana sekumpulan pihak yang tidak pun mempunyai autoriti dari aspek undang-undang menyelar sistem pilihan raya yang dilaksanakan dengan pelbagai tuduhan. Perhimpunan kali ini menjadi semakin membuak-buakkan kemarahan orang ramai, malah penjelasan pihak berkuasa seolah-olah tidak diterima malah turut diadudombakan dengan pelbagai tafsiran.

Ingatan para mualim dan penggiat sosial mengenai kemungkinan berlakunya kejadian yang lebih buruk mendapat kupasan yang jelek oleh kelompok yang pro kepada mereka. Mereka menggunakan kata-kata kesat sehingga sanggup melupakan bahawa langit yang dijunjung tetap bertuan, dan bukannya langit terbuka yang boleh mereka lakukan sesuka hati.

Titah Sultan Pahang telah mereka adudombakan sehingga menjadi sesuatu yang terlalu kurang beradab, bahkan mencanangkan tindakan yang boleh dilihat berani mati yang tidak bertempat. Jika keadaan ini berterusan, maka tepatlah seperti yang dikatakan oleh ramai ulamak, perjuangan itu adalah rahsia bagi menyembunyikan rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang merancangnya.

Ibnu at-Tin dalam Fathul Bari Jilid XIII  telah mengutip pendapat dari ad-Dawudi bahawa mengenai pemimpin yang melakukan penaniayaan,  para ulamak perlu menegurnya tanpa menimbulkan kekacauan dan kemusnahan. Jika belum mampu, mereka harus bersabar.” Dan, ini selaras dengan apa yang dicabar oleh Perdana Menteri, jika benar-benar jantan, tunjukkan kejantanan itu dengan memasuki pertandingan dalam gelanggang pilihan raya, dan bukannya kembali “mendapatkan kuasa di atas jalan raya.”

Usaha mencari kuasa di atas jalan raya boleh diibaratkan sebagai tindakan rempit politik oleh mereka yang tergesa-gesa dan tidak mempunyai perancangan yang jelas. Mengenai sikap tergesa-gesa kelompok tersebut, ia menjadi punca kepada satu sikap yang boleh mendatangkan mudarat. Menurut Dr Syed Muhammad Nuh, Menggapai Ridha Allah, disebabkan tidak ada program dan kaedah yang sesuai dengan kemampuan dan kekuatan, maka jiwa manusia sentiasa disibukkan dengan dua sisi, kebenaran dan kebatilan. (hal. 47).

Perbuatan seperti ini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah mencemarkan imej negara. Natijah yang sengaja ditimbulkan hanyalah sebagai alasan untuk menutupi sikap tergesa-gesa yang boleh mengundang pelbagai keburukan. Bahkan, boleh diibaratkan sebagai seorang penunggang motosikal yang tergesa-gesa, tanpa memakai topi keledar, dan akhirnya, jika tidak dilanggar oleh kenderaan lain pun ia akan tetap berada dalam keadaan kurang selamat.Masih ada kemungkinan lain termasuk terbabas selain masalah teknikal yang mungkin terselubung selama ini atas sikap alpanya sendiri, kenderaan tidak selancar yang diharapkan.

Meskipun dalam ibadat kita diperintahkan untuk melaksanakan sesegera mungkin, tapi masih ada period waktu yang tetapkan. Ini bermakna, sikap tergesa-gesa yang diambil oleh penganjur Perhimpunan Bersih 2 membawa maksud telah hilang kesabaran dan dalam peribahasa Melayu, orang yang tidak sabar sebenarnya sentiasa berada dalam kerugian.

Gesaan dalam beribadat, tidak bermakna kita boleh melakukan secara tergesa-gesa. Melaksanakan ibadat secara tergesa-gesa menyebabkan kita hilang khusyuk, dan adakalanya terlupa untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi asas (wajib). Dalam beribadat, kita diminta secara bertertib dan penuh istiqomah, dalam tempoh yang ditetapkan. Maka, dalam kehidupan kita juga kita harus mempraktikkan amalan sedemikian, kerana kitaran perilaku dalam beribadah itu adalah disiplin diri yang bakal menyatukan kita dalam ukhwah Islam yang sebenar-benarnya diredhai oleh Allah SWT.

Bahkan, Abu Hurairah mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, “Apabila kamu mendengar iqamah, maka pergilah shalat (berjemaah). Hendaklah kamu bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Apa yang kamu dapati, shalatlah kamu bersama mereka; dan apa yang terlewatkan (ketinggalan), maka sempurnakanlah.” [HR Bukhari]

Shalat hendaklah dilakukan dengan tenang agar khusyuk. Ada tuma’ninah atau berhenti sebentar di setiap gerakan. Tidak tergesa-gesa. Abu Qatadah berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Apabila shalat didirikan, maka janganlah kamu berdiri sehingga kamu melihatku (dan hendaklah kamu bersikap tenang).’” [HR Bukhari]

Bahkan ketika makan pun kita dinasihatkan supaya tidak melakukan secara tergesa-gesa. Anas bin Malik mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulailah sebelum kamu shalat Maghrib. Janganlah kamu tergesa-gesa terhadap makan malammu.” [HR Bukhari]

Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Apabila makan malam telah dihidangkan dan iqamah untuk shalat telah diucapkan, maka dahulukanlah makan malam dan jangan terburu-buru hingga kamu selesai makan.” (Dan dalam satu riwayat: hingga ia menyelesaikan keperluannya). [HR Bukhari]

Jika terburu-buru, selain boleh menyebabkan terbelahak, makanan juga tidak akan dapat dihadamkan dengan sempurna. Ketidaksempurnaan tersebut akan mengakibatkan timbul pula pelbagai penyakit, termasuk yang paling segera ialah mual dan muntah-muntah. Makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik, akan menyebabkan timbul pula penyakit yang akhirnya menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk mengubatinya. Ketika itulah kita mungkin mula menyesal, sikap tergesa-gesa sebenarnya lebih banyak membawa bencana berbanding kebaikan.

Bahkan Allah SWT tidak pernah menyuruh kita melakukan apa sahaja tindakan dalam hidup kita secara tergesa-gesa, hatta membaca Al Qur’an:

“Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur’an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” [Thaahaa 114]

Manusia yang tergesa-gesa ialah :“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” [Al Anbiyaa' 37]

Sikap tergesa-gesa sebenarnya menjelmakan tindakan zalim terhadap hakikat hidup dan fitrah diri sendiri. Bagaimana kalau di kedudukan lampu merah, kita terus menekan pedal minyak dan ketika itu juga ada kenderaan di haluan yang bertentangan juga sedang menekan pedal minyak? Tidakkah ini menggambarkan orang yang selalu melakukan tindakan secara tergesa-gesa sebenarnya sedang menempah maut alias cuba membunuh diri sendiri? Bukankah ini menandakan adanya bisikan halus dari makhluk yang menggoda keinginan kita?

Tunjuk perasaan cetus permusuhan haram
Perhimpunan Bersih yang pernah berlangsung di Kuala Lumpur

Demonstrasi Jalanan telah dijadikan tindakan bagi menggambarkan kekuatan pengaruh dan kumpulan pendesak  menentang sesuatu isu, sama ada isu itu benar-benar timbul ataupun sengaja diadakan. Ia adalah satu tindakan yang amat bertentangan dengan Islam. Kalau pun ingin mencontohi kebangkitan rakyat di negara-negara Arab dan Afrika Utara, kita sebagai rakyat yang terkenal dengan budi bahasa harus memikirkan kembali tujuan kenapa demontrasi jalanan itu patut diadakan.

Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai sopan, berbudi bahasa dan berbudaya tidak seharusnya terikut-ikut dengan perjuangan kumpulan-kumpulan luar negara yang mendesak kerajaan supaya melaksanakan perubahan dan berundur. Kita mungkin sedar dengan apa yang berlaku di negara jiran di mana atas manifestasi tidak puas hati, telah mengorbankan banyak nyawa dan harta, malah luka di atas kegelabahan itu  amat payah untuk dipulihkan.

Luahan perasaan marah kepada kerajaan sepatutnya tidak berlaku di Malaysia. Sejak 54 tahun merdeka, telah banyak usaha dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan rakyat. Malaysia telah muncul dari sebuah negara yang “tidak boleh membuat jarum” kepada sebuah negara yang menjadi contoh banyak negara-negara membangun yang lain kerana keupayaan pucuk pimpinan kerajaan melaksanakan program melengkapkan kemudahan infrastruktur, kebajikan rakyat dan peluang-peluang pekerjaan. Bahkan indeks terbaru memberikan keputusan bahawa Malaysia menduduki tangga ke-19 mengenai keamanan dalam senarai lebih 150 buah negara di dunia.

Kedudukan golongan muda yang mencetuskan “kebangkitan rakyat” di negara-negara Arab dan Afrika Utara adalah berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia, peluang-peluang pekerjaan terbuka luas, tetapi sikap generasi muda memilih pekerjaan berbanding dengan generasi muda di negara-negara Islam yang bergolak, mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan. Kedudukan itu dilihat sebagai “lubuk emas” kepada buruh asing, maka mereka sanggup menghadapi pelbagai kesukaran perjalanan untuk datang bekerja di Malaysia. Ada di antara mereka, membuat keputusan untuk terus bermastautin di negara ini dan ini menunjukkan dasar kerajaan tidak menekan, menganiayai dan menzalimi sesiapa, termasuk pendatang tanpa izin.

Perbezaan itu juga memberikan makna bahawa ajakan pihak-pihak tertentu untuk melakukan demontrasi jalanan pada 9 Julai 2011 nanti harus ditolak dengan keputusan tegas. Tuduhan yang sengaja dilakukan oleh pihak penganjur hanyalah menggambarkan betapa terselindungnya niat sebenar mereka yang ingin melihat suasana keamanan masyarakat tergugat demi mencapai hasrat yang tersirat. Mereka merasakan dirinya sahaja yang betul, maka mereka sedang berusaha memperbetulkan orang lain walhal secara jelasnya sikap itu adalah seperti ketam, mengajar anak berjalan dengan betul tetapi dirinya masih mengiring dan menonong.

Hakikat itu jelas diharamkan oleh Islam kerana kemurnian Islam turut diseret ke kancah demontrasi jalanan oleh kelompok tertentu. Mereka seolah-olah lupa bahawa demontrasi bukanlah dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk berkonflik dan seterusnya melancarkan tunjuk perasaan membantah pemerintah, kecualilah pemerintah melakukan kezaliman kepada rakyatnya.

Sikap sesetengah pihak, bagaikan mencurah minyak membakar semangat patut diperiksa semula meskipun ditawarkan bantuan guaman secara percuma, ia tidak dapat menjamin ahli keluarga kita mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jika kita yang dihadapkan ke mahkamah nanti, siapakah yang akan menentukan keluarga kita berada dalam keadaan terbaik, tidak terputus bekalan makanan, anak-anak dapat ke sekolah dengan selesa dan lain-lain ansuran pinjaman dapat dilunaskan dengan teratur. Apakah mereka turut memberikan jaminan akan menanggung liabiliti itu? Jika ya, mintalah dengan pihak penganjur jaminan bertulis.

Peristiwa yang berlaku di Tunisia bermula dengan layanan buruk pihak berkuasa ke atas seorang anak muda yang terpaksa menjual buah-buah setelah tidak mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja tamat pendidikan tertiary. Beliau telah dianggap sebagai wira kepada kejatuhan Perdana Menteri Zine Al-Abidin Ali begitu juga dengan kebangkitan semangat perjuangan yang dicetuskan daripada peristiwa kematian seorang anak muda di Mesir. Keduanya memberikan manifestasi kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan himpitan peluang meneruskan hidup.

Di Malaysia, perkara tersebut tidak berlaku. Golongan muda mempunyai banyak pilihan dan peluang, cuma mereka memerlukan perubahan sikap dalam menentukan masa depan mereka sendiri. Mereka perlu berfikir bahawa peluang untuk memasuki sektor awam semakin sengit disebabkan jumlah calon yang ramai manakala di sektor swasta memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang sesuai.

Sebenarnya, melihat kepada sikap mereka yang bertindak sebagai penganjur kepada perhimpunan haram tersebut terbukti ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan awam. Dengan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, mereka terus menggunakan titik agama sebagai faktor yang boleh mendorong orang ramai berkumpul dan seterusnya mengambil bahagian dalam demontrasi tersebut. Meskipun sudah mendapat amaran pihak berkuasa, mereka terus berkuasa dan bercadang menghantar puluhan ribu penyokong masing-masing sehingga menampakkan itulah niat yang ingin disampaikan kepada masyarakat antarabangsa, mereka memerlukan pembelaan.

Cara mereka mengalihkan pandangan itu sebenarnya mempunyai motif politik dan digambarkan oleh Rasullullah SAW sebagai “Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam Islam ada dua bentuk perhimpunan haram, iaitu demontrasi liar (muzhaharah) dan demonstrasi aman (masiirah).

Pihak penganjur menyifatkan demontrasi yang bekal mereka lakukan adalah demonstrasi aman, tetapi sejauh mana keamanan itu dapat mereka tentukan, masih belum jelas. Berdasarkan sejarah demonstrasi yang pada mulanya dikatakan sebagai aman, akhirnya bertukar menjadi ganas. Setelah kelompok tertentu merasakan lebih banyak sokongan, maka di situlah akhirnya menimbulkan cabar mencabar, kata kesat dan maki hamun. Ketika itulah menyebabkan terjadinya pertembungan sebagaimana berlaku dalam perarakan kemenangan pilihan raya umum 1969 yang mencetuskan tragedi berdarah.

Demontrasi jalanan yang berlangsung pada penghujung tahun 1998 tidak berakhir dengan keputusan aman kerana para perusuh turut membakar barangan, tong sampah milik Dewan Bandaraya, malah beberapa bahagian kedai sekitar Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman mengalami kerosakan. Pemiliknya terpaksa menanggung beban. Begitu juga beberapa demontrasi jalanan selepas itu, termasuk Gerakan Mansuhkan ISA. Para peniaga pasar malam di Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India terpaksa menutup kedai mereka lebih awal dan tidak kurang juga yang mengalami kerugian.

Pihak penganjur yang mendakwa dirinya tidak akan menimbulkan kekacauan tidak boleh menerima dakwaan, dan terus memutarbelitkan kenyataan, dengan menjelaskan semakin ramai orang maka semakin besarlah keuntungan para peniaga, Kerosakan bukan disebabkan oleh mereka yang menyertai demonstrasi jalanan. Ia disebabkan oleh banyak faktor lain, termasuk tindak pihak berkuasa mengejar perusuh. Itulah alasan yang diberikan bagi menghalalkan semua cara bertindak yang diambil oleh mereka yang kesempitan minda dalam menentukan kewajaran untuk berdemonstrasi.

Demontrasi liar diharamkan oleh Islam. Demonstrasi liar mempunyai niat yang tidak selaras dengan prinsip agama. Demonstrasi liar dipenuhi dengan ucapan bernadakan provokasi bagi menaikkan semangat penentangan. Mereka yang memimpin demontrasi liar akan terus menggunakan kata-kata kesat, dan kata-kata itu jelas bertujuan menghina orang lain bagi menarik perhatian orang ramai. Orang ramai mudah percaya, kerana mereka sebenarnya tidak diberikan masa yang cukup untuk berfikir. Mereka sentiasa dibakar semangat agar turut melatah dan mempercayai apa yang dilontarkan oleh kader-kader khusus yang memang terkenal dengan sikapnya yang hanya melihat kekuranga orang lain dan tidak mahu membaiki kesilapan diri sendiri.

Terdapat gambaran mengenai bagaimana berhadapan dengan pertelingkahan. Allah SWT pernah memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya melaksanakan perbincangan ketika berusaha menasihati Firaun. Nabi Musa a.s. tidak diperintahkan oleh Allah SWT melancarkan peperangan, kerana peperangan hanyalah merupakan kaedah terakhir setelah lain-lain cara sudah tidak boleh digunakan lagi.

Hakikat ini dapat diperhatikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad: Berkata ‘Iyadh bin Ghanm: “Wahai Hisyam bin Hakim, kami telah mendengar apa yang engkau dengar dan kami melihat apa yang engkau lihat, adakah engkau tidak (belum) mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mahu menasihati sultan (pemimpin) dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.”

Jelaslah bahawa pengharaman demontrasi jalanan dalam Islam kerana ia bertentangan dengan matlamat sebenar kenapa ia dilakukan. Dalam setiap perhimpunan haram akan berlakunya tindakan liar apatah lagi ada pihak yang ikut bersama melancarkan pertembungan. Pertembungan akan mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, bahkan bakal memungkinkan pembunuhan. Jika tidak dapat dikawal, maka lebih ramai mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa. Dari imej, ia menggambarkan suasana yang tidak tenteram dan akhirnya boleh menyebabkan kedudukan negara boleh diisytiharkan darurat.

Demontrasi secara aman dan beradab boleh dilakukan. Tetapi, ia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa dan sebelum dilaksanakan, pihak penganjur perlu memberikan jaminan boleh mengawal setiap orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Ia perlu dilaksanakan secara tertib. Tetapi, jika tujuannya untuk mengemukakan memorandum, maka demontrasi bukanlah merupakan kaedah terbaik. Masih banyak saluran yang terbuka untuk menyampaikannya. Ia perlu mematuhi peruntukan undang-undang, tidak akan berlakunya cabar mencabar dan percubaan merosakkan harta awam, menganggu urusniaga masyarakat awam dan menghalang lalu-lintas, iaitu sebagaimana dimaksudkan sebagai demonstrasi masiirah.

Islam memberikan panduan, jika demonstrasi aman sebagai salah satu cara untuk mengungkapkan aspirasi atau pendapat yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah, pendapat dan pandangan memperbaiki sesuatu keburukan yang benar-benar perlukan penambahbaikan dan pembelaan. Teladan yang ditinggalkan oleh Rasullullah SAW untuk kita contohi, sepanjang usaha baginda menyampaikan dakwah, baginda tidak pernah melancarkan demontrasi jalanan meskipun berhadapan dengan cubaan membunuh. Baginda terus menunjukkan sikap berlembut malah sentiasa bersabar meskipun diancam, difitnah dan dituduh sebagai membawa ajaran palsu.

Baginda tidak beranggapan bahawa apa pun bentuk demontrasi jalanan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi sesuatu isu. Baginda telah memperlihatkan bagaimana kemenangan akhirnya berpihak kepada Islam melalui pendekatan dakwah, malah sikap beralah dengan masyarakat Quraisy Mekah dengan melakukan hijrah ke Madinah telah memberikan kesan besar kepada Islam. Baginda akhirnya diterima dengan baik oleh masyarakat Mekah, tempat di mana baginda dilahirkan setelah berjaya membentuk masyarakat madani di Madinah.

Masyarakat madani tidak bermakna boleh menghalalkan demontrasi jalanan. Masyarakat madani ialah masyarakat yang menghormati undang-undang, etika dan susila hidup bermasyarakat. Antara manusia saling hormat menghormati dan di hati mereka sentiasa ada usaha membentuk perpaduan yang lebih erat. Sebarang bentuk perbezaan pendapat diselesaikan secara perundingan, perbincangan dan penuh semangat mesra atau persaudaraan. Itulah hakikat yang dihasilkan melalui kalimat, setiap daripada umat Islam adalah bersaudara. Persaudaraan bukan berasaskan keahlian sesuatu kelompok siasah. Ia meliputi semua mereka yang seagama dan menghormati mereka yang berlainan agama.

Peristiwa yang dialami oleh Imam Malik seharusnya boleh dijadikan teladan oleh orang Islam. Imam Malik telah dihukum oleh gabenor Madinah kerana mengeluarkan sebuah fatwa bahawa hukum jatuh talak terhadap isterinya jika seseorang itu enggan mentaati pemimpin mereka. Atas percanggahan fatwa itu, Imam Malik telah dijatuhkan hukuman. Beliau ditangkap dan dipukul hingga patah lengan. Imam Malik tidak pula menggunakan pengaruhnya untuk menganjurkan demontrasi jalanan sebagaimana yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia pada masa kini. Beliau tetap bertegas, tetapi tidak mempromosikan dirinya sebagai ketua pemberontak.

Semasa pemerintahan Abbasiyah, Iman Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara kerana kuat menentang kemunculan fahaman Muktazillah. Fahaman tersebut telah diterima sebagai asas dan nilai bentuk pentadbiran Dinasti Abbasiyah. Beliau tidak pernah menganjurkan tunjuk perasaan bagi membantah sebarang bentuk hukuman yang dilaksanakan ke atasnya. Beliau terus tabah dan bersabar kerana menyedari bahawa ketabahan dan kesabaran itulah yang menambahkan keimanannya kepada ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Iman Ahmad tekad dengan pendiriannya. Imam Ahmad tidak pernah mengambil sikap tergesa-gesa dan berusaha mencabar kerajaan kerana beliau sedar, mengisytiharkan perang dan melancarkan demontrasi untuk menggulingkan kerajaan adalah bertentangan dengan hakikat Islam. Islam tetap meletakkan nilai kesejahteraan dan kestabilan sebagai sebuah hakikat pembentukan sebuah masyarakat yang bertamadun, perbezaan pendapat hanyalah sesuatu yang lumrah terjadi asalkan masih kental dengan keyakinan bahawa Allah SWT yang akan menentukan segala-galanya. Maka, ketika itulah kita harus bangkit dari lamunan bahawa kita sendirilah sebenarnya yang telah menukarkan nilai-nilai kebaikan menjadi sesuatu yang buruk dan membusung dengan noda.

Oleh DATO’ DR MASHITAH IBRAHIM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Membentuk ‘generasi al-Quran’
Ungkapan “membumikan al-Quran” secara implisit membawa makna bahawa al-Quran kini masih “melangit” sehingga ia perlu dibumikan. Tentunya dalam pengertian hakikinya, al-Quran sebenarnya telah sepenuhnya “membumi” apabila Allah s.w.t menurunkan ayat al-Quran yang terakhir kepada Rasulullah s.a.w. Maka yang dimaksud dengan ungkapan “membumikan al-Quran” sebenarnya adalah maknanya secara metafora atau kiasannya.

Dalam makna metaforiknya, perkataan “membumikan al-Quran” mengisyaratkan “jauhnya’ al-Quran daripada kenyataan kehidupan yang kita hadapi atau jalani. Walhal secara idealnya al-Quran itu dekat dengan kita. Dekat dengan kehidupan kita di sini, dan ketika ini.

Jadi “membumikan al-Quran”‌ mengandungi pengertian adanya daya usaha untuk mewujudkan ‘yang jauh’‌ menjadi ‘yang dekat’‌, yakni mendekatkan dua keadaan yang berbeza, keadaan ideal al-Quran di satu sisi, dan keadaan nyata kehidupan umat di sisi lain.

Secara umum, pengertian “membumikan al-Quran”: sebagai umat Islam, kita perlu menelaah mengenai isi kandungan al-Quran, dapat membaca, memahami, dan menafsirkan, serta mengamalkannya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (al-Israa’: 88)

Walaupun al-Quran menjadi bukti kebenaran Nabi Muhammad s.a.w, tetapi fungsi utamanya adalah menjadi “petunjuk untuk seluruh umat manusia.”

Petunjuk yang dimaksud adalah petunjuk agama atau yang biasa juga disebut sebagai syariat. Syariat, dari segi pengertian kebahasaan, bererti “jalan menuju sumber air”. Jasmani manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, memerlukan air, demi kelangsungan hidupnya. Rohaninya pun memerlukan “air kehidupan”. Di sini, syariat mengantarkan seseorang menuju “air kehidupan” itu.

Kebenaran al-Quran – Agama Islam, agama yang kita anut dan dianut oleh ratusan juta umat manusia di seluruh dunia, merupakan way of life yang menjamin kebahagiaan hidup pemeluknya di dunia dan di akhirat kelak. Ia mempunyai satu sendi utama yang intupatinya: berfungsi memberi petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (al-Israa’: 9)

Al-Quran memberikan petunjuk dalam persoalan-persoalan akidah, syariah, dan akhlak, dengan jalan meletakkan dasar-dasar prinsip mengenai persoalan-persoalan tersebut; dan Allah s.w.t menugaskan Rasulullah s.a.w untuk memberikan keterangan yang lengkap mengenai dasar-dasar itu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan Kami turunkan pula kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.” (al-Nahl: 44)

-        Disamping keterangan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t memerintahkan pula kepada umat manusia seluruhnya agar memperhatikan dan mempelajari al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” (Surah Muhammad: 24)

Mempelajari a-Quran adalah wajib.

Berikut ini beberapa prinsip dasar untuk memahaminya, khusus dari segi hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan. Atau, dengan kata lain, mengenai “memahami al-Quran dalam Hubungannya dengan Ilmu Pengetahuan.” (Persoalan ini amat penting, terutama pada masa-masa sekarang ini, di mana perkembangan ilmu pengetahuan sedemikian pesat dan meliputi seluruh aspek kehidupan)

Kekaburan mengenai hal ini dapat menimbulkan ‘penemuan-penemuan’ yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kita dewasa ini dan generasi-generasi yang akan datang. Dalam bukunya, Science and the Modern World, A.N. Whitehead menulis: “Apabila kita menyedari betapa pentingnya agama bagi manusia dan betapa pentingnya ilmu pengetahuan, maka tidaklah berlebihan apabila dikatakan bahawa sejarah kita yang akan datang bergantung kepada keputusan generasi sekarang mengenai hubungan antara kedua-duanya.”

Tulisan Whithead ini berdasarkan apa yang terjadi di Eropah pada abad ke-18, yang ketika itu, gereja/pendeta di satu pihak dan para ilmuwan di pihak lain, tidak dapat mencapai kata sepakat tentang hubungan antara Kitab Suci dan ilmu pengetahuan; tetapi agama yang dimaksudkannya (yakni Islam) dapat mencakup segenap keyakinan yang dianut manusia.

Demikian juga halnya bagi umat Islam; pengertian kita terhadap hubungan antara al-Quran dengan ilmu pengetahuan akan memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan agama dan sejarah perkembangan manusia pada generasi-generasi yang akan datang.

Kebenaran al-Quran – Al-Quran adalah kitab petunjuk, demikian hasil yang kita peroleh daripada mempelajari sejarah turunnya al-Quran. Ini sesuai pula dengan penegasan Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud: … yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah… (al-Baqarah: 185)

Jika demikian, apakah hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan? Berkaitan dengan hal ini, perselisihan pendapat para ulama sudah lama berlangsung. Dalam kitabnya Jawahir al-Quran, Imam Al-Ghazali menerangkan pada bab khusus bahawa seluruh cabang ilmu pengetahuan yang terdahulu dan yang kemudian, sama ada yang telah diketahui mahupun yang belum, semua bersumber daripada al-Quran al-Karim. Al-Imam Al-Syathibi (m. 1388 M), tidak sependapat dengan Al-Ghazali. Dalam kitabnya, Al-Muwafaqat, beliau antara lain berpendapat bahawa para sahabat tentu lebih mengetahui al-Quran dan apa-apa yang terkandung di dalamnya, tetapi tidak seorang pun di antara mereka yang menyatakan bahawa al-Quran mencakupi seluruh cabang ilmu pengetahuan.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa membahas hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan bukan dinilai dengan banyaknya cabang-cabang ilmu pengetahuan yang terkandung di dalamnya, bukan pula dengan menunjukkan kebenaran teori-teori ilmiah. Tetapi pembahasan hendaknya diletakkan pada kedudukan atau sisi yang lebih tepat dan sesuai dengan kemurnian dan kesucian al-Quran dan sesuai pula dengan logik ilmu pengetahuan itu sendiri.

Membahas hubungan antara al-Quran dengan ilmu pengetahuan bukan dengan melihat, misalnya, adakah teori relativiti atau perbahasan tentang angkasa atau ilmu komputer terkandung di dalam al-Quran; tetapi yang lebih utama adalah melihat adakah jiwa ayat-ayatnya mendorong kemajuan ilmu pengetahuan atau sebaliknya, serta adakah satu ayat al-Quran yang bertentangan dengan hasil penemuan ilmiah yang telah mantap? Dengan kata lain, meletakkannya pada sisi social psychology (psikologi sosial), bukan pada sisi history of scientific progress (sejarah perkembangan ilmu pengetahuan). Anggaplah bahawa setiap ayat daripada keseluruhan 6,226 ayat yang terkandung dalam al-Quran (menurut perhitungan ulama Kufah) mengandungi suatu teori ilmiah, kemudian apa hasilnya? Apakah manfaat yang diperoleh dengan mengetahui teori-teori tersebut apabila masyarakat tidak diberi “hidayah” atau petunjuk bagi kemajuan ilmu pengetahuan atau menyingkirkan hal-hal yang menghalangnya?

Malik bin Nabi di dalam bukunya Intaj Al-Mustasyriqin wa Atsaruhu fi Al-Fikriy Al-Hadits, menulis: “Ilmu pengetahuan adalah sekumpulan masalah serta sekumpulan metode yang dipergunakan menuju tercapainya masalah tersebut.”

Selanjutnya beliau menerangkan: “Kemajuan ilmu pengetahuan bukan hanya terbatas dalam bidang-bidang tersebut, tetapi bergantung pula pada sekumpulan syarat-syarat psikologi dan sosial yang mempunyai pengaruh negatif dan positif sehingga dapat menghalang kemajuan ilmu pengetahuan atau mendorongnya lebih jauh.”

Ini menunjukkan bahawa kemajuan ilmu pengetahuan tidak hanya dinilai dengan apa yang dipersembahkannya kepada masyarakat, tetapi juga diukur dengan wujudnya suatu suasana yang dapat mendorong kemajuan ilmu pengetahuan itu.

Sejarah membuktikan bahawa Galileo, ketika mengungkapkan penemuannya bahawa bumi ini beredar, tidak dikawal daripada suatu lembaga ilmiah. Bagaimanapun, masyarakat di sekelilingnya ketika itu menentang penemuannya itu atas dasar-dasar kepercayaan dogma, sehingga Galileo akhirnya menjadi ‘korban penemuannya sendiri’. Hal ini adalah akibat belum terwujudnya syarat-syarat sosial dan psikologi yang disebutkan di atas. Dari segi inilah kita dapat menilai hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan.

Di dalam al-Quran terkandung ayat-ayat yang menganjurkan untuk mempergunakan akal fikiran dalam memahami dan melakukan sesuatu perkara. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).” (Surah Saba’: 36)

Dari sejarah diturunkannya al-Quran, dapat diambil kesimpulan bahawa al-Quran mempunyai tiga tujuan utama:

Petunjuk akidah dan kepercayaan yang harus dianut      oleh manusia yang tersimpul dalam keimanan akan keesaan Tuhan dan kepercayaan      akan kepastian adanya hari pembalasan.

Petunjuk mengenai akhlak yang murni dengan jalan      menerangkan norma-norma keagamaan dan susila yang harus diikuti oleh      manusia dalam kehidupannya secara individual atau kolektif.

Petunjuk mengenal syariat dan hukum dengan jalan      menerangkan dasar-dasar hukum yang harus diikuti oleh manusia dalam      hubungannya dengan Tuhan dan sesamanya. Atau dengan kata lain yang lebih      singkat, “Al-Quran adalah petunjuk bagi seluruh manusia ke jalan yang      harus ditempuh demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.”

-        Al-Quran dijadikan sebagai asas bagi membina pemikiran dan minda untuk menjayakan kehidupan dunia dan akhirat demi untuk membentuk masyarakat yang maju bagi membentuk generasi al-Quran. Generasi yang dibentuk dengan acuan al-Quran adalah generasi yang berjaya membentuk dan menanam unsur-unsur takut kepada Allah, membina jiwa berani, merdeka dan bebas. Matang di dalam memberikan buah fikiran dan membuat keputusan, sentiasa melahirkan idea-idea yang bernas dan membina.

Pemikiran yang bersifat menyeluruh akan membentuk minda yang sempurna dan bijaksana di samping memantapkan keimanan. Minda yang positif bersikap tidak putus asa terhadap rahmat Allah, tidak sombong dan lupa diri apabila diberi kejayaan, kerana itu semua adalah dari Allah. Inilah minda quranik. Minda yang mempengaruhi pembentukan akhlak yang tinggi, melahirkan semangat pengorbanan dan tidak pentingkan diri sendiri.

Kesimpulannya:

1.       Al-Quran adalah kitab hidayah yang memberikan petunjuk kepada manusia seluruhnya dalam persoalan-persoalan akidah, tasyrik, dan akhlak demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

2.       Tiada pertentangan antara al-Quran dengan ilmu pengetahuan.

3.       Memahami hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan bukan dengan melihat adakah teori-teori ilmiah atau penemuan-penemuan baru tersimpul di dalamnya, tetapi dengan melihat adakah al-Quran atau jiwa ayat-ayatnya mendorong kemajuan ilmu pengetahuan.

4.      Membenarkan atau menyalahkan teori-teori ilmiah berdasarkan al-Quran bertentangan dengan tujuan pokok atau sifat al-Quran dan bertentangan pula dengan ciri khas ilmu pengetahuan.

5.       Sebab-sebab meluasnya penafsiran ilmiah (pembenaran teori-teori ilmiah berdasarkan al-Quran) adalah akibat perasaan rendah diri di kalangan masyarakat Islam dan akibat pertentangan antara golongan gereja (agama) dengan ilmuwan yang diragukan akan terjadi pula dalam lingkungan masyarakat Islam, sehingga cendekiawan Islam berusaha dan berjaya memperlihatkan secara jelas akan hubungan antara al-Quran dengan ilmu pengetahuan.

6.       Memahami ayat-ayat al-Quran sesuai dengan penemuan-penemuan baru adalah ijtihad yang murni, selagi fahaman tersebut tidak ‘muncul’ sebagai akidah Quraniyyah dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsp atau ketentuan bahasa.

Seni dari kaca mata Islam
Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. kesenian islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syarak.

Dalam jiwa, perasaan, nurani, dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Sebenarnya,  kesedaran mengenai keindahan adalah satu faktor yang amat penting dalam Islam. Antara faktor yang penting dalam seni ialah hakikat, ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orang-orang Islam. Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungkan satu jiwa pencipta dengan satu jiwa lain, iaitu pengamat.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.

Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk ‘memeriahkan’ kebesaran Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak.

Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya.

Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.

Pandangan sesetengah orang bahawa kesenian tidak sesuai dengan tuntutan Islam dan syariat perlu ditinggalkan. Ini mencerminkan bahawa mereka tidak memahami hubungan kesenian dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah agama yang membicarakan soal agama sahaja, malahan turut membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan.”

Ini menjelaskan kepada kita bahawa keindahan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Keindahan adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t menyuruh hamba-Nya menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang diberi Allah s.w.t jika ia tidak mempunyai kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai kepekaan mengenai seni.

Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak, juga peraturan hidup manusia.

Sayyid Hossein Nasr dalam bukunya Spritual dan Seni Islam, berpendapat bahawa dalam apa juga bidang, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat membimbing manusia agar mengingati Allah s.w.t.

Beliau menegaskan: “Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam.”

Beliau juga menghuraikan bahawa Islam terdiri daripada beberapa aspek, antara lain ialah syariah, tarekat, dan hakikat. Hossein Nasr berpandangan syariat memainkan peranan penting dalam memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas tertentu atau garis untuk seni Islam itu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa syariat sememangnya tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Namun, segala apa yang dihasilkan itu mestilah bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan ini, barulah seni itu dapat memainkan fungsinya sebagai penyubur spiritual.

Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk. Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran kerohanian yang dipancarkan.

Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendirinya terdapat pada kesenian mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar daripada sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata, malah ia menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu, dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t.

Seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Oleh itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan, dan dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islamiah.

Apabila memperkatakan konsep seni pada perspektif Islam, kita tidak lari daripada membicarakan soal perkaitan di antara seni dengan akhlak. Seni dan akhlak adalah saling bersangkutan. Islam mahukan setiap seni yang dicipta itu mengandungi nilai-nilai mulia dan akhlak yang membentuk keperibadian positif manusia. Seni yang tidak bermoral harus ditegah kerana kesenian Islam hanya berpaksikan kepada nilai-nilai akidah, syariat, dan akhlak. Oleh itu, karya seni Islam haruslah memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral, bebas daripada nilai-nilai negatif.

Kesenian Islam juga haruslah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana setiap sesuatu yang bersumberkan kepada wahyu dan sunnah, maka ia akan bersesuaian dengan masa, tempat, dan zaman. Ini bermakna, meskipun seni itu turut berkembang mengikut perubahan zaman, namun asas utama penciptaannya mestilah berpandukan garis panduan yang telah disediakan.

Kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup ummah. Kesatuan ini terbentuk dalam pekerjaan sehari-harian, ketika berehat, dan ketika berhibur. Di dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang terpenting bagi mendukung susunan dan makna ayat. Keadaan ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi unit dalam kesatuan ummah.

Jelasnya, hubungan antara yang indah dengan yang baik bermakna hubungan antara agama, etika, dan seni. Fungsi perhiasan adalah untuk keindahan, manakala keindahan ialah akar kesenian Islam. Jadi, terdapat hubungan yang erat antara seni, etika, dan estetika. Dengan kata lain, agama melahirkan seni, manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikut garis panduan agama.

Ibadah haji, lambang cinta suci
Syeikhul Islam Ahmad bin Abdur Rahim Dahlawi mengatakan: Sering kali kerinduan manusia begitu memuncak, dia ingin melepaskan rindunya itu. Maka tiada jalan untuk memuaskan hati yang rindu kecuali dengan mengerjakan ibadah haji.

Dia mencuba menunjukkan rindunya kepada Tuhan di dalam sembahyang yang dilakukannya setiap hari, bahkan di tengah malam yang sunyi air mata kerinduannya menitis dengan khusyuknya dalam menyatukan jiwanya kepada Tuhan. Tetapi air mata yang kadang-kadang turun dengan deras itu, belumlah dapat melepaskan gelora rindu yang mendorong dan menyesak-nyesak dari dalam kalbunya. Bahkan banyak pula Muslim yang berhati rindu, tetapi tidak dapat melahirkannya di dalam amal sehari-hari, kerana kesibukan pekerjaan yang harus dihadapi, dan dia tidak dapat melepaskan diri daripada tugas-tugas hidup yang harus ditunaikannya, selama dia masih berada di negerinya.

Hanya ada satu jalan yang dibukakan Tuhan untuk mereka ini, iaitu tinggalkanlah kesibukan itu, lepaskanlah rindu terhadap Tuhan yang memenuhi jiwa itu, dengan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Maka terubatlah segala kerinduan, terlepaslah sementara cengkaman kesibukan yang dilalui selama ini. Dan yang ada sekarang, di tanah suci ini, hanyalah anda dengan Tuhan, yang terus berhadapan dengan hati suci yang ikhlas, murni dan di tempat-tempat suci inilah Nabi Ibrahim pada hampir 50 abad yang lampau telah menempahkan keikhlasan yang sepenuh-penuhnya kepada Tuhan. (Hijjatullahil Balighah, jilid I hal. 59).

Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana jemaah haji dari Malaysia meningkat dari setahun ke setahun. Apa yang kita harapkan pemergian mereka ini akan memperoleh haji mabrur. Lebih penting lagi kita berharap agar mereka dapat membawa cermin kemabruran itu ke dalam lingkungan masyarakat mereka: Di kalangan keluarga, jiran tetangga, sekampung, sekota, dan akhirnya seluruh tanah air.

Menurut ulama, haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri dengan dosa-dosa. Ini bermaksud bahawa kebajikan haji yang diperoleh mereka yang melakukannya telah membentengi diri mereka daripada maksiat dan dosa. Orang yang mendapat haji mabrur akan semakin kuat imannya serta makin meningkat amal ibadatnya. Haji mabrur merupakan haji yang sangat mulia dan berharga justeru ia menjadi harapan setiap orang yang beriman. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa di antara kedua-duanya. Dan haji mabrur ada balasannya iaitu syurga. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam ibadah haji yang menjadi ukuran mabrur atau tidak ialah dengan ukuran seberapa banyak amal ibadah haji yang telah dilakukan itu berupaya melahirkan suatu kesedaran moral dan spirituil yang dapat pula melahirkan semangat untuk melakukan perkara-perkara kebaikan sehingga berjaya mengubah diri daripada sikap negatif kepada sikap positif. Rasulullah bersabda yang bermaksud; Barangsiapa yang menunaikan haji di Baitullah kemudian tidak berkata keji dan tidak membuat kefasikan, maka dosa-dosanya dihapuskan sebagaimana hari yang dilahirkan oleh ibunya. Keampunan dosa hanya akan termakbul dengan memperoleh haji mabrur. Pendek kata, haji mabrur itu berkaitan dengan amal kebaikan yang dilakukan oleh para jemaah.

Disebutkan dalam sahih Muslim, bahawa Rasulullah ditanya tentang kebaikan. “Baginda menjawab, akhlak yang baik.” Ibnu Umar pula berkata, “Sesungguhnya kebaikan merupakan sesuatu yang mudah, iaitu wajah yang berseri dan perkataan yang lembut.” Perilaku seperti inilah yang seharusnya menjadi perhiasan seseorang ketika mengerjakan ibadah haji. Ia harus sentiasa menjalinkan hubungan sesama manusia dengan kata-kata dan perlakuan yang terpuji.

Rukun Islam kelima, mengerjakan haji di Baitullah   mempunyai hikmah tersendiri. Ibadah ini bukan sahaja menuntut kepada pengorbanan fizikal tetapi juga spiritual. Namun demikian, salah satu hikmahnya ibadah ini adalah ia sebenarnya mengajar manusia tentang cinta.

Pada ibadah haji terangkum pelbagai `kisah’ cinta. Ia mengajar manusia tentang  cinta kerana cinta dan kasih sayang itulah sebenarnya tonggak kejayaan, kekuatan dan kehebatan sesuatu umat itu.

Cinta pada allah- Kerana cinta kepada Allah juga seorang yg menjadi tetamu aallah perlu sanggup meninggalkan keluarganya, berbelanja harta benda dan bersiap siaga bagi membuat perjalanan ke Mekah. Ibadah haji juga sudah bertujuan semestinya menunjukkan rasa cinta kepada Allah. Ini kerana,  sejak dari mula hingga akhir ibadat haji dipenuhi dengan zikir dan ucapan tanda ingatan pada Allah. Aisyah r.a. meriwayatkan dalam sebuah hadis yang bermaksud, ``sesungguhnya dijadikan tawaf di Kaabah Saie antara Safa dan Marwah, melontar jamrah adalah untuk zikir dan mengingati Allah,’’

Cinta pada Raasuluah saw- Menerusi ibadah haji juga seseorang itu dapat menzahirkan rasa cinta pada Rasul sehingga sanggup mengikut sunnah Nabi. Hal ini diceritakan sahabat Umar al-Khattab. “Kalau tidak kerana Nabi s.a.w mencium hajaratul aswad tidaklah aku melakukannya’’.

Jadi tanpa perlu bertanya apakah hikmahnya, tetapi yakin bahawa setiap apa yang disunnahhkan oleh Nabi Muhammad  s.a.w. adalah wahyu dan perintah Allah. Maka kita mencium hajaratul aswad sebagai tanda cinta kepada junjungan besar kita.

Cinta sesama manusia-Ibadah ini mendidik manusia untuk merasa cinta sesama manusia. Dalam perjalanan atau bermusafir, setiap jemaah perlu sentiasa bertolak-ansur sesama sendiri. Bukan mudah untuk bermusafir kerana ketika itu segala urusan termasuk makan dan tidur tidak teratur. Namun dengan adanya tolak –ansur yang terbit daripada rasa kasih sayang di dalam sesebuah jemaah itu, segalanya jadi mudah.

cinta adam dan Hawa, Arafah dan Jebal Rahman merupakan lambang cinta Adam dan Hawa setelah terpisah lama. Ia dinamakan sebagai Arafah kerana Adam dan Hawa dipertemukan dan saling kenal mengenali antara satu sama lain semula di bumi ini.  Begitulah allah menjadikan fitrah lelaki mencintai wanita dan bukan cinta sesama sejenis.

cinta bapa pada keluarga-Melontar jamarat pula melambang perasaan cinta seorang bapa kepada keluarga. Peristiwa  melontar jamrat ini adalah contoh bagaimana seharusnya cinta keluarga kepada Allah itu harus dizahirkan iaitu dengan melindungi mereka dari hasutan iblis. Ibadah ini menganjurkan supaya kita mencontohi perbuatan Nabi Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail melontar iblis yang menghasut mereka agar tidak menyembelih Ismail seperti yang diperintah oleh Allah.

cinta ibu pada anak-Begitu juga saie, yang merupakan salah satu rukun haji yang diabadikan dari kisah cinta seorang ibu kepada anaknya. Hajar yang terpaksa berlari dari Safa ke Marwah sehingga tujuh kali demi mencari air buat anak kecil yang ditinggalkan. Sesungguhnya ia melambang betapa cinta dan kasihnya seorang ibu pada anaknya. Begitu juga telaga zam-zam iaitu air yang keluar dari tolakan kaki seorang bayi. Betapa kisah saie ini kini menjadi satu dari rukun umrah dan haji.

cinta anak pada bapa- Bangunan Kaabah juga merupakan binaan hasil kerjasama  ayah dan anak, iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail setelah mereka lama tidak berjumpa. Akhirnya mereka diketemukan di tapak Kaabah dan diperintah membina Kaabah dan bertawaf. Ibadah korban lembu pula memperlihatkan lambang cinta dan taat seorang anak pada ayahnya demi melaksanakan perintah Allah. Nabi Ismail sanggup menjadi korban demi memenuhi perintah Allah sebelum digantikan dengan seekor kibash. Peristiwa ini  merupakan manifestasi cinta insan kepada Allah yang lulus ujian dan taat kepada-Nya.

cinta alam sekitar, Allah menerapkan rasa cinta kepada alam. Para jemaah haji dilarang berburu, membunuh haiwan dan memotong pokok. Ini merupakan  satu penghormatan pada tanah haram dan merupakan satu latihan kepada manusia untuk menghargai alam semula jadi.

Keseluruhan ibadah haji terkandung pelbagai manifestasi cinta. Betapa cinta sesama manusia hanya akan terasa bila dirasakan semuanya sama di sisi Allah. Justeru, falsafah haji mewajibkan jemaah menggunakan fesyen yang sama, warna seragam, tempat, waktu dan yang sama. Mereka tinggalkan pangkat dan nama bagi menjadikan naluri mereka juga merasa sama. Hanya dengan menyamakan diri dengan orang lain terbit rasa cinta.

Justeru, perjalanan mengerjakan haji ini adalah satu ibadah yang penuh dengan hikmahnya dan manifestasi cinta. Perasaan kasih sayang yang merupakan inti pati kepada setiap ritual itu menunjukkan bahawa perasaan itu adalah naluri semulajadi manusia.

Perasaan kasih sayang tidak hanya kepada orang yang disayangi tetapi juga kepada Allah, Rasul, orang lain, alam semula jadi dan seterusnya setiap kejadian Allah. Sesungguhnya ibadah haji ini begitu banyak pengajarannya dan sejarahnya. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, moga-moga dengan itu kita akan memperolehi haji yang mabrur.

Kesederhanaan etos kehidupan harmoni
Sambutan pemimpin Eropah dan Asia ke atas gagasan yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam mengembalikan keamanan manusia sejagat membuktikan masih ramai lagi yang mahukan sebuah dunia yang aman damai. Atas keyakinan itu, para pemimpin Asia dan Eropah yang bersidang di Brussel memberikan sokongan dan berharap Malaysia akan dapat merintis Gerakan Kesederhanaan Sejagat.

Natijahnya bahawa kesederhanaan itu perlu dilihat sebagai etos kehidupan. Kesederhanaan bukan sahaja menjadi bahan intelektual, ia harus dikembangkan sebagai amalan budaya yang sentiasa hidup dan berkembang. Kedinamikan budaya perlu seiring dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sejati dan jika tanpanya maruah manusia sebagai makhluk beradab dan bersusila tidak dapat dikekalkan.

Kesederhanaan, menurut istilah Arab berasal dari perkataan wasat dan dalam bahasa Inggeris ialah simplicity. Wasat boleh diertikan sebagai “jalan tengah”, “sederhana” dan tidak melampau atau berlebih-lebihan. Perkataan “simplicity” pula membawa maksud “tidak rumit”, “biasa”, “pertengahan” dan “mudah.” Walau bagaimanapun, pengertian sebagai “mudah” perlu kita gugurkan kerana ia boleh membawa kepada sikap acuh tak acuh atau “ambil mudah” . Ia membawa konotasi sikap sambil lewa ataupun “tidak kisah” sedangkan maksud sebenar kesederhanaan ialah mengambil tanggungjawab secara berhemah untuk menyelesaikan sesuatu perkara, termasuk memperkatakan mengenai nilai-nilai kemanusiaan.

Sederhana ini tidak bermakna berada di antara dua kelompok yang nyata berbeza, antara lemah dan kuat misalnya. Konsep sederhana dalam konteks berada di tengah-tengah dua perbezaan yang jelas tersebut seringkali dianggap sebagai neutral, mengambil unsur-unsur yang disukai antara kedua kelompok dan tidak mustahil bakal berakhir dengan kejanggalan sikap, yakni dipersonifikasikan sebagai lalang.

Menurut Jack Trout dan Steve Rankin, kesederhanaan adalah kecanggihan yang terhebat. Kesederhanaan akan membuatkan manusia boleh berfikir dalam nalar yang sihat. Kedua-dua orang pakar pemasaran dari Amerika Syarikat itu mencemuh kecanggihan teknologi, manusia semakin cenderung melakukan kerumitan. Atas semangat ingin dilihat lebih hebat dan gagah, manusia sering terjerumus ke dalam kancah kemelut dan kerumitan. Buku mereka The Power of Simplicity menjadi daya tarikan yang terbaik dalam bidang pemasaran. Walaupun sesetengah pihak menganggap sudah boleh dikelasifikasikan sebagai klasik, pemikiran Jack Trout dan Steve Rankin tetap mampu menepati rangka kerja dunia perniagaan, apatah lagi setelah kapitalisme-liberal semakin berantakan.

Edward de Bono tidak mahu ketinggalan ikut membincangkan konsep kesederhanaan dalam menentukan garis sempadan psikologi yang sehat. Bukunya, Simplicity (2006) banyak membantu manusia berfikir dan bertindak menggunakan akal yang sehat. Sebelum itu beliau terkenal dengan konsep pemikiran lateral dan literal berjaya memecahkan banyak persoalan yang selama ini menjadi kekusutan.

Gagasan Keamanan Sejagat yang dicadangkan oleh Perdana Menteri semasa melafazkan ucapan sulongnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-65 baru-baru ini menggambarkan keazaman untuk melihat sengketa Palestin-Israel dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik setelah banyak kali dikecewakan. Rakyat Palestin kecewa dengan keputusan Perjanjian Sykes-Picot (1916), Perjanjian Balfour (1917), Kem David (1978),  Perjanjian Oslo I (1993), Perjanjian Oslo II (1995) dan Peta Jalan Damai Timur Tengah (2005). Kesemuanya itu tidak memberikan kelegaan kepada Palestin, tetapi menjadika Israel semakin rakus menjajah tanah-tanah dan penduduk tanpa mempedulikan kecaman masyarakat antarabangsa. Israel terus menggunakan kepintaran lobinya untuk memecahbelahkan masyarakat Arab sehingga berpihak kepada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat menjadi negara penaja dan mengikut telunjuk Israel.

Sikap Israel yang amat ketara pegangannya kepada 24 protokol Yahudi tidak akan terasa dirinya sebagai pelampau. Apa yang menjadi hasrat dan cita-citanya ialah membangunkan satu order baru antarabangsa yang dipimpin oleh Yahudi. Maka bagi mencapai hasrat tersebut, kelompok pelampau Yahudi menggunakan apa sahaja kaedah dan langkah termasuk melemahkan sikap beragama masyarakat dunia. Bagi yang tetap berpegang kepada kepercayaan agama, Yahudi telah mempeloporkan konsep-konsep pemikiran liberal, bebas dan persaudaran. Gagasan itu telah menyebabkan meletusnya Revolusi Perancis (1878), Revolusi Bolshevik , Revolusi Rusia (1917) dan mitos pembunuhan seramai 6 juta orang Yahudi oleh kelompok Nazi pimpinan Adolf Hitler. Hingga kini, bukti kukuh mengenai pembunuhan beramai-ramai atau genosid atau peristiwa holocaust tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pernah mempersoalkan kebenaran fakta sejarah itu dan meminta agar PBB, khususnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu membuka kertas siasatan.

Kesemuanya itu melambangkan sikap melampau kelompok Yahudi bagi mendapat simpati Britain agar merealisasikan cita-cita terbentuknya sebuah negara Israel. Selepas Perang Dunia I, Britain menjadi kuasa dominan dan diberikan mandate untuk menyusunatur negara-negara Arab selepas mencapai kemenangan ke atas Turki. Perang Dunia II, Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa dominan baru dan kedua buah negara menjadi pendokong kuat penubuhan Israel di bumi Palestin setelah cadangan awal di Uganda ditolak oleh pemimpin-pemimpin Yahudi selepas kematian Theodor Herzl pada tahun 1904.

Rundingan langsung antara Palestin-Israel yang mula dirintis dengan perbincangan di New York pada bulan Ogos dan disambung di sebuah kawasan peranginan terkenal di pinggir Laut Merah, Mesir akhir bulan Ogos lalu belum menunjukkan kemajuan. Israel terus mengambil langkah bertentangan, walaupun Benjamin Neetanyahu bersama Mahmud Abas, askar-askar Yahudi terus mengganas. Pembinaan petempatan haram Yahudi terus dilakukan walaupun negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Palestin turut mendesak untuk memanjangkan tempoh pembekuannya sebagai syarat rundingan langsung.

Beberapa hari lalu, sekumpulan pelampau Yahudi membakar masjid dan al-Qur’an di Ramallah dengan mengaitkannya gelora bencikan Islam. Tindakan tersebut menyebabkan masyarakat antarabangsa dan negara-negara Arab mengecam Israel. Israel akan terus berdegil dan mempertahankan tindakan rakyatnya dengan pelbagai alasan, tanpa sedikit pun menunjukkan sikap bersalah dan memohon maaf. Hal yang sama turut dilakukan apabila menyerang konvoi kemanusiaan Flotila Pembebasan Gaza pada 31 Mei lalu.

Punca kemarahan masyarakat Islam ialah penyelesaian Palestin-Israel menjadi semakin rumit apabila Israel terus mempersulitkan keadaan. Israel terus mempertahankan setiap tindakan yang diambil walaupun bertentangan dalam pelbagai aspek, sama ada kemanusiaan ataupun undang-undang antarabangsa. Israel tidak diheret ke tribunal jenayah antarabangsa, walhal pembunuhan dan serangan ganas telah menyebabkan ratusan ribu rakyat Palestin terkorban, cedera, hilang rumah dan harta benda sejak 63 tahun lalu. Bumi Palestin tidak pernah menikmati suasana aman. Kehidupan rakyat diselubungi pelbagai ancaman dan kemungkinan.

Perspektif kesederhanaan yang ingin dibudayakan melalui Gerakan Kesederhanaan Sejagat “akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua. Menerusi keazaman yang lebih kuat dan usaha kolektif, kita mampu mewujudkan dunia yang lebih aman, selamat dan kesamarataan.”

Memangnya, dari perspektif Islam kesederhanaan adalah satu ciri yang umum bagi dan menjadi salah satu ciri perwatakan yang membedakan dengan penganut agama lain. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: “Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.”

Bagi Dato’ Sri Najib, komuniti antarabangsa perlulah bertindak secara kolektif bagi memastikan keadilan, kesamarataan dan keamanan berkekalan. Bagi mencapai keamanan, ia haruslah ditunjangi oleh kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan   atau dipengaruhi oleh ketakutan. Semuanya ini dapat dicapai melalui dialog. Dialog akan dapat membantu mewujudkan kefahaman dan persefahaman, selain daripada penghargaan dan hormat menghormati ke arah membina masa depan lebih cemerlang untuk penduduk dunia.

Bagi mencari jalan perdamaian di Asia Barat, Malaysia mengalu-alukan peranan Amerika Syarikat (AS) menerusi pentadbiran Presiden Barack Obama dan sekutunya.

Bagi merealisasikannya, beberapa perkara perlu ditangani terlebih dahulu termasuk sikap hormat Israel kepada masyarakat antarabangsa yang amat mengharapkan keamanan dan konflik itu diselesaikan secepat mungkin. Israel perlu menghormati permintaan Amerika Syarikat agar menghentikan pembinaan penempatan baru di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Syarat lain ialah memastikan kesatuan politik di kalangan rakyat Palestin bagi mewujudkan keamanan dan pembangunan semula Semenanjung Gaza dan kedua-dua pihak bertelagah menghentikan keganasan serta memastikan keselamatan orang awam dan menghormati pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa. Propaganda yang berlebihan dan keterlaluan perlu dihentikan kerana sikap melampau bukanlah menjadi hak milik khusus Islam. Ia tiada kaitan dengan agama, sikap melampau adalah tindakan setiap manusia yang tidak membudayakan kesederhanaan dalam kehidupan mereka. Etos kehidupan mereka diselubungi perasan riak, sombong dan memandang rendah atau jijik kepada orang lain. Itulah sebenarnya yang patut kita pendamkan dalam setiap langkah menuju sebuah destinasi kehidupan yang aman, damai dan sejahtera.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,

yang bermaksud: “Sebaik-baik perkara ialah yang paling sederhana.” Kesederhanaan adalah budaya yang telah diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. Budaya sederhana dan sentiasa mendaulatkan prinsip keadilan serta kemanusiaan inilah yang membentuk generasi Islam yang begitu mantap dan berkualiti.

Generasi yang dididik oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan ciri kesederhanaan dan penghayatan memahami Islam yang sejati berlandaskan cahaya al-Quran itulah yang akhirnya berhasil mengangkat panji-panji Islam ke seluruh dunia. Dua hal di antara cara untuk menerapkan sifat kesederhanaan dalam diri kita. Yang pertama: adalah dengan mengawal serta menundukkan hawa nafsu yang bergejolak dalam diri kita. Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kita agar mengawal hawa nafsu dan tidak berlebihan di dalam melakukan sesuatu. Ini adalah kerana hawa nafsulah yang selalu menjerumuskan manusia ke kancah kebinasaan.

Firman Allah s.w.t di dalam ayat 71 surah al-Mukminun yang bermaksud: “Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi beserta isinya.”

Meredakan isu yang merimaskan
Keamanan, kedamaian, dan kesentosaan adalah pra-syarat paling utama  dalam keadaan negara kita sedang rancak membangun ke arah menjadi sebuah negara maju.. Tidak ada pembangunan atau kemajuan dalam sebuah negara yang tidak aman, sama ada kerana berperang, kacau bilau atau sabotaj. Negara yang aman bermakna rakyat boleh hidup dengan tenang, menjalani kehidupan seharian dan melangsungkan pelbagai aktiviti tanpa ragu atau takut.

Peranan golongan muda dalam pembangunan dan keamanan negara cukup besar. Belia dan remaja hari ini adalah aset negara dan pelapis kepimpinan negara. Sumber manusia dan modal insan yang berguna sangat diiktiraf dalam Islam. Justeru, kita mahu lihat generasi muda kita kuat iman, berdisiplin, mantap pekerti, berpengalaman, dan berwawasan.

Kehebatan golongan muda dalam pelbagai bidang, baik pendidikan, inovasi dan penyelidikan, keusahawanan, sukan, politik atau pengurusan, pasti menyumbang kepada kemajuan, peningkatan produktiviti, imej dan prestasi negara. Sebaliknya, belia atau remaja yang tidak beriman, terlibat dalam kegiatan jenayah dan tidak bermoral, pasti mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri, malah keluarga dan masyarakat. Negara akan menghadapi musibah jika golongan muda memberontak, tidak menghormati norma masyarakat dan budaya atau ajaran agama.

Antara isu di kalangan remaja yang mendapat perhatian media dan masyarakat masa kini ialah pembuangan bayi. Kes-kes yang dipaparkan di akhbar dan liputan televisyen amat menyayat hati. Jiwa mana yang tidak terusik melihat bayi dan anak-anak baru lahir dibunuh, mayat dibuang ke serata tempat, badan mereka dipalah anjing atau biawak.

Keadaan hari ini mungkin lebih merunsingkan kita. Banyak kes yang kita dengar atau baca mengenai sikap remaja atau anak gadis yang bermasalah. Apabila berlaku konflik atau menghadapi masalah tersendiri, mereka tidak menjadikan ibu bapa atau keluarga sebagai tempat mengadu. Mungkin kerana perasaan aib, malu ataupun takut. Sebaliknya, mereka merujuk kepada kawan-kawan atau rakan sebaya sebagai tempat mencari perlindungan, mendapat nasihat atau mencari penyelesaian. Tapi, tidak semua rakan sebaya yang dirujuk mampu memberikan perlindungan atau penyelesaian.

Penubuhan Baitul Fiqh pada tahun 2005 sekurang-kurangnya mampu memberikan sedikit kelegaan kepada remaja yang menghadapi masalah akibat keterlanjuran mereka. Remaja yang menjadi residen Baitul Fiqh diberikan perlindungan, bimbingan agama dan motivasi serta latihan kemahiran bagi memudahkan mereka menempuh hidup dan masa depan dengan lebih matang dan yakin.

Menurut Islam, amal jariah merupakan keutamaan yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila meninggalnya anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak soleh yang berdoa untuknya.”

Ini bererti, walaupun kita banyak melakukan ibadat sepanjang kehidupan, tetapi tidak melakukan amal jariah untuk kepentingan masyarakat, ia merupakan sesuatu yang malang sekali bagi manusia.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.” (Riwayat Muslim)

Menjadi lebih malang lagi apabila seseorang itu tidak mempunyai ilmu yang boleh digunakan oleh masyarakat dan tidak mempunyai anak yang soleh.

Menurut sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah ia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang ia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang ia tinggalkan, mushaf al-Quran yang ia wariskan, masjid yang ia bangunkan, rumah tempat singgah musafir yang ia dirikan, sungai (saliran0 yang ia alirkan, dan sedekah yang ia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semuanya ini akan menyusul ketika ia meninggal dunia kelak.” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Sekiranya amal jariah itu memberikan kesan yang berpanjangan dan mendalam dalam sanubari seseorang, maka berlipat gandalah pahalanya. Apatah lagi jika melalui kepintaran ilmu yang ada, kita dapat merubah kehidupan sesorang daripada kurang baik kepada yang terbaik. Ini juga satu bentuk amal jariah yang berupaya membangunkan kecemerlangan ummah.

Amal jariah itu boleh dimasukkan dalam tiga komponen, iaitu pembangunan ilmu, pembangunan fizikal, dan pembangunan rohani. Penubuhan dan fungsi Baitul Fiqh memenuhi ketiga-tiga ciri ini. Rumah perlindungan seperti Baitul Fiq turut menerima kritikan daripada pihak yang tidak bersetuju kerana mahu tumpuan diberi kepada aspek pencegahan dan bukannya perlindungan. Menurut mereka, memberi perlindungan kepada ibu dan bayi luar nikah ibarat menggalakkan perzinaan dan seks bebas.

Hakikatnya bukan begitu. Dalam apa jua keadaan sekalipun, ibu bapa dan bayi perlu diberi perlindungan. Dalam Islam, setiap nyawa amat penting. Nyawa mesti diselamatkan. Hanya Allah s.w.t yang menentukan nyawa seseorang. Justeru, manusia tidak berhak mengambil nyawanya sendiri (yakni membunuh diri) mahupun nyawa orang lain (yakni membunuh) kecuali dalam kes-kes tertentu.

Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, “Jika orang Islam mahu memahami dan memiliki keimanan yang benar serta mengetahui makna keutamaan fiqh, maka dia akan merasakan kebahagiaan yang lebih besar dan suasana kerohanian yang lebih kuat setiap kali dia dapat mengalihkan dana ibadah haji (bagi orang yang pernah menunaikan haji yang wajib) itu untuk memelihara anak-anak yatim, mendidik orang-orang yang bodoh atau memberikan peluang pekerjaan kepada para penganggur.”

Ini bermakna, amal jariah memelihara anak yatim(termasuk memberikan perlindungan kepada mereka yang bermasalah) dan mewakafkan ilmu untuk kesejahteraan ummah adalah suatu tanggungjawab yang besar, bahkan dibenarkan mengalihkan peruntukan melaksanakan ibadat haji bagi mereka yang pernah melakukannya. Ini kerana ibadat haji hanya diwajibkans ekali seumur hidup bagi orang yang mampu. Jika mempunyai sumber kewangan, derma bagi menjamin kehidupan anak-anak yatim dan melindungi remaja yang bermasalah bersama program pemulihan (berdasarkan ilmu) adalah yang paling besar pahalanya berbanding melakukan ibadat sunat haji untuk kali kedua.

Demikianlah Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Tahukah engkau orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah orang yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin, (kalau yang demikian dikira daripada bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) orang yang berkeadaan lalai (dalam ibadat dan bawaannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).” (al-Maa’uun: 1-7)

Para ulama, sama ada ulama yang bertunjangkan pendidikan Islam secara tradisi ataupun zuhud, tetap memberikan keutamaan bahawa untuk mencari keredaan Allah s.w.t, seseorang itu mestilah mencari jalan untuk berbuat kebaikan untuk kepentingan sesama manusia. Ini dapat difahami melalui satu lagi sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Meskipun kiamat sedang terjadi, sedang di tangan salah seorang di antara kamu masih ada benih dan ia masih kuat untuk menanamnya, hendaklah ia tanam benih itu, kerana baginya ada ganjaran pahala.” (Riwayat Bukhari)

Mungkin kita boleh renungi dua baris puisi yang pernah ditulis oleh seorang ahli sufi terkemuka dari Turki. Yunus Emre (1238-1321) menulis puisi tersebut sebagai lambang kecintaannya kepada kehidupan berkasih sayang, iaitu:

“Hadirku di dunia bukan untuk sengketa

Hidupku demi kasih semata-mata.”

Islam teras perpaduan
Secara umumnya, mengikut perspektif Islam, perpaduan terjalin melalui dua ikatan, iaitu  perpaduan sesama anggota masyarakat, dan perpaduan antara kaum Muslimin.

Perpaduan juga dapat dilihat daripada dua jurusan atau dimensi, iaitu, pertama: perpaduan luaran yang tergambar sebagai kerukunan muafakat, memperteguh suasana sosiopolitik negara demi kepentingan bersama. Kedua: perpaduan yang jauh lebih asasi, iaitu kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian.

Pengertian perpaduan mengikut dimensi atau jurusan pertama adalah merujuk kepada kerukunan politik kerana mereka mempunyai kepentingan umum seperti menetap di negara yang sama. Oleh kerana mereka lahir di tanah tumpah darah yang sama, maka mereka pun menjadi warganegara yang sama. Jika dibandingkan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain, ia adalah perpaduan sosial sesebuah masyarakat yang serupa dari segi pembawaannya, warna kulitnya, budayanya dan bahasa pertuturannya.

Usaha untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam oleh ahli-ahli politik dalam negara ini merupakan satu kegiatan yang baik dan perlu dialu-alukan. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam dalam negara ini.

Kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin. Dan kerana itulah, Rasulullah s.a.w pun menegaskan, “bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”.

Peri pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka, menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-Imran: 103)

Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam – di mana yang menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahli tafsir atau ulama mana-mana pun, tetapi Allah s.w.t sendiri.

ANTARA CATATAN SEJARAH

Masyarakat Madinah – generasi pertama Islam telah diakui oleh dunia sebagai masyarakat yang bersatu padu, masyarakat par excellence. Ketika itu Islam mampu memupuk perpaduan dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara.

Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah s.a.w perlu dijadikan contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan minoriti berbanding dengan penganut Kristian dan Yahudi yang mendominasi Madinah ketika itu. Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan Islam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu, maka tertegak akhirnya sebuah negara yang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid Nabawi dan Masjid Quba’ adalah model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan. Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia.

Nabi Muhammad s.a.w  juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khazraj yang sedemikian lama bersengketa telah telah berjaya didamaikan.

Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama. Sama-sama berganding bahu mentaatainya sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah.

Rasulullah s.a.w memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah. Ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang bermaksud:

” …Ya!, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, amal yang akan memasukkan aku ke dalam syurga. Maka sabda Rasulullah s.a.w: ‘Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan.’”

Jika ditelusuri sejarah, kita akan dapati bahawa tindakan afirmatif yang menjamin kestabilan dan kerukunan masyarakat berbilang kaum bukanlah asing dalam Islam. Pendekatan afirmatif dalam pengagihan kekayaan turut dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara yang mentadbir pelbagai kelompok di Madinah yang berlainan agama, bangsa, puak dan keturunan.

Umpamanya, dalam peristiwa pembahagian harta Al-Fai’, iaitu hasil rampasan yang diterima tanpa berperang kepunyaan Bani Nadhir, Rasulullah turut menggunakan pendekatan afirmatif secara bijaksana. Dalam pembahagian tersebut, Rasulullah hanya memperuntukkan harta tersebut kepada puak Muhajirin (para penghijrah dari kota Mekah) tanpa diberikan kepada puak Ansar (penduduk asal Madinah) melainkan kepada dua orang Ansar yang memang miskin.

Selaku ketua negara, Rasulullah menggunakan kebijaksanaan politik dalam pembahagian ini dengan mengambil kira keadaan masyarakat Muhajirin yang meninggalkan segala kekayaan dan harta benda mereka di Mekah demi tuntutan hijrah. Sedangkan puak Ansar memiliki limpahan kekayaan di Madinah hingga wujud ketidakseimbangan ekonomi antara Ansar dan Muhajirin.

Pendekatan afirmatif ekonomi Rasulullah yang bertujuan mengurangkan jurang kekayaan antara Ansar dan Muhajirin ini turut mendapat restu Allah apabila ayat al-Quran (al-Hasyr: 7) khusus diturunkan memperakui tindakan Nabi s.a.w.

Ini adalah sebahagian daripada coretan sejarah yang membuktikan betapa pentingnya kebijaksanaan dalam merencana strategi dan pendekatan terbaik bagi memastikan keharmonian hidup masyarakat berbilang latar belakang dan keupayaan. Apa yang penting sebarang unsur yang boleh meruntuhkan perpaduan di kalangan masyarakat harus dihapuskan.

Di sinilah pentingnya sejarah yang harus difahami dan kembali ditelaah oleh generasi pewaris negara agar lebih menghayati dan menghargai suasana kehormonian kaum yang wujud, sekali gus memaksa semua pihak bertolak ansur dan bersifat berlapang dada antara satu sama lain.

Usahlah kerana ideologi politik yang sempit, kita sanggup membakar jambatan perpaduan yang telah lama terbina. Usahlah hanya kerana kepentingan jangka pendek untuk berkuasa, kita sanggup meleburkan semangat perpaduan yang menjadi teras perpaduan masyarakat dan keharmonian negara.

Masyarakat yang menjiwai makna kesatuan adalah masyarakat yang sentiasa bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain. Masyarakat yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang bukan-bukan atau mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, masyarakat yang cintakan perpaduan dan keamanan adalah masyarakat yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan kelompok dan kepartian.

Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman antara kaum terus segar. Hanya melalui semangat inilah masyarakat Malaysia mampu terus hidup dalam suasana negara yang aman dan harmonis.

Sejarah juga telah mencatatkan bahawa peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w hampir mencetuskan pergaduhan sesama muslim sehingga Umar mengambil inisiatif dengan tegas meminta semuanya bersetuju melantik Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah s.a.w.

Demikianlah seterusnya suasana tidak aman dan konflik timbul di kalangan umat Islam pada zaman pemerintahan Uthman dan Ali. Dan kalau kembali pada surah aI-Hujuraat ayat 9, ajaran tentang ukuran yang seharusnya dilakukan untuk menyelesaikan konflik, di mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan dengan adil (menurut hukum Allah), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a, “Kami telah dinasihati  Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarkannya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan para Khulafah Ar-Rasyidin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang amat berharga daripada Rasulullah s.a.w bagi umatnya, terutama apabila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan perselisihan. Oleh hal yang demikian itu, sesiapa yang mahu selamat, maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum Muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w dan contoh teladan daripada Khulafa Ar-Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Ketiga:  Berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w dan contoh teladan daripada Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bidaah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal / asas atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dholalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bidaah hasanah).

Perpaduan dan penyatuan umat Islam merupakan asas kekuatan umat Islam dan ini telah dibuktikan dalam peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan di mana umat Islam telah diberikan kemenangan dan dibantu oleh Allah walaupun bilangan pihak musuh, Quraisy, lebih ramai daripada umat Islam ketika itu.

ANTARA HALANGAN

Dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, manusia tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada yang berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri. Sifat sombong dan bangga diri sendiri sering menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan dalam masyarakat. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan kepada orang lain.

Berlaku tidak jujur atau bersifat keras terhadap orang lain sering menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah. Perbuatan keras akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)…”

Perbuatan suka mengintip dan menyebarkan keburukan orang lain juga merupakan punca yang menghalang perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang suka dirinya diintip dan juga tidak rela apa jua keburukannya didedah dan dihebahkan yang boleh menjatuhkan maruah dan air mukanya. Islam memberi perhatian tentang perbuatan keji seumpama ini. Dalam hubungan ini, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan intip mengintip dan mengumpat keji sesama sendiri. Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain…”  (al-Hujurat : 12)

Perbuatan suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain dengan memberi gelaran-gelaran yang hina juga adalah faktor penghalang perpaduan yang utama dalam masyarakat umat Islam hari ini termasuklah di kalangan umat Islam di Malaysia. Nama-nama serta gelaran yang buruk ini lebih ketara dalam ucapan ahli-ahli politik ketika memburuk-burukkan lawannya (contohnya: musim kempen pilihan raya) termasuklah ucapan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam tulen. Gelaran-gelaran sebagai ‘thghut’, ‘firaun’ dan sebagainya sering diberikan kepada individu atau pihak-pihak tertentu. Berkenaan hal ini, antara lain Allah berfirman yang bermaksud:

“…Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk..” (al-Hujurat: 11)

PEDOMAN UNTUK MELAYU-ISLAM

Justeru, pedoman daripada Islam, khususnya al-Quran dan al-Sunnah perlu difahami dan dipraktikkan seberapa yang boleh. Contohnya:

Umat Melayu-Islam perlu bermuzakarah apabila berselisih, dan kembali kepada al-Quran, jika mereka beriman. (Perhatian: kembali kepada al-Quran bermaksud sama-sama bersetuju dengan sebarang resolusi yang bakal diputuskan hasil daripada muzakarah bersama, yakni bukan di peringkat pemimpin, tetapi seluruh wakil ummah);

Umat Melayu-Islam perlu percaya dan yakin, bahawa bangsa Melayu adalah ciptaan Allah s.w.t dan bukannya seperti yang didongengkan dalam mitos bangsa, atau penemuan saintifik yang belum kesudahan;

Umat Melayu-Islam perlu percaya dan yakin bahawa mereka telah dianugerahkan (diamanahkan) sebuah wilayah eksklusif, yakni Tanah Melayu, sama seperti Cina dengan benua Chinanya, atau India dengan sub-continentnya India, dan sebagainya;

Umat Melayu-Islam perlu jelas bahawa sungguhpun ada dari kalangan mereka berdarah campuran dari Arab, Cina, atau India, dan sebagainya, namun ini tidak bermakna mereka dari Arab, Cina atau India. Adat resam merekalah yang menentukan percampuran ini diizinkan dan tetap dikira sebagai Melayu. Tatacara Melayu menentukan segalanya;

Umat Melayu-Islam perlu yakin bahawa Islam tidak menyanggahi pertubuhan yang berasaskan kaum atau bangsa, dan tidak semestinya bersifat perkauman seperti golongan Nazi, Ku Klux Klan dan sebagainya, termasuklah yang terkini, kaum Serbia;

Umat Melayu-Islam perlu memahami panduan asasi Islam tentang saling berkenalan dan menghormati antara kaum yang berbeza-beza, supaya tidak melampaui garisan ini sehingga menyerahkan tanah air, kuasa, ketua kepada kaum asing tanpa pengawasan yang sewajarnya;

Umat Melayu-Islam perlu mencontohi kaum Ansar yang mengenali dan menghormati golongan pendatang – Muhajirin, yang terdiri dari pelbagai kaum etnik Arab - yang seagama, dan sama-sama bersatu bila berhubungan atau berkomunikasi dengan kaum lain, yang juga penduduk setempat tetapi tidak seagama.

Impian, harapan, dan realiti perjuangan wanita
Bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa, keturunan dan kebudayaan, kita memerlukan perpaduan yang kukuh. Sebenarnya jika dilihat secara positif pelbagaian bangsa, keturunan, kebudayaan dan agama yang terdapat di negara kita merupakan satu potensi yang tidak ternilai. Jika digunakan dengan bijak dan terkawal potensi perbezaan yang wujud di negara kita, akan mengukuhkan lagi kemampuan dan ketahanan negara kita. Kita tidak boleh menafikan bahawa kejayaan yang dicapai oleh negara kita setakat ini ialah, antara lainnya, kerana wujudnya asas-asas perpaduan.

Bagaimanapun, perpaduan yang lebih kukuh adalah perlu bagi menentukan masa depan negara yang lebih cerah dan terjamin. Masa depan negara – buruk baiknya – terletak di tangan rakyat sendiri. Oleh hal yang demikian itu, negara memerlukan penglibatan dan kerjasama positif dan bertanggungjawab daripada semua pihak, termasuk kaum wanita, di dalam semua usaha dan kegiatan pembangunan negara.

Setiap orang, sama ada sebagai individu atau dalam konteks pertubuhan, mempunyai peranan yang penting dalam usaha untuk memupuk perpaduan dan meningkatkan pembangunan negara. Pembangunan adalah perubahan ke arah pembaikan rohani dan jasmani yang menyeluruh di mana peranan utamanya dipegang oleh manusia. Proses pembangunan akan menjadi lebih sempurna lagi dengan bertambahnya penglibatan kaum wanita dalam projek-projek pembangunan kerana kaum wanita adalah merupakan sebahagian insan yang penting daripada masyarakat dan rakyat.

Perpaduan dan pembangunan wanita adalah aspek yang amat penting dalam pembangunan. Peranan wanita, terutamanya di dalam negara yang sedang pesat membangun, adalah besar. Peranan wanita bukan hanya setakat menjadi suri rumah tangga, mendidik anak-anak, atau menjaga makan dan pakaian suami tetapi juga dari segi sumbangan mental dan fizikal di dalam perkembangan ekonomi, pelajaran, dan lain-lain. Kaum wanita perlu berusaha memajukan diri mereka kerana kemajuan kaum wanita itu sendiri adalah sebahagian daripada pembangunan negara.

Untuk meningkatkan lagi kemajuan, kaum wanita hendaklah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya. Kaum wanita hendaklah saling bantu-membantu dan jangan cuba jatuh-menjatuhkan sesama sendiri. Perbuatan hasut-menghasut, dengki-mendengki dan sikap mementingkan diri sendiri tidak harus mendapat tempat demi kepentingan dan kemajuan kaum wanita.

Jika kita teliti, kemajuan yang dicapai oleh kaum wanita hari ini adalah merupakan hasil daripada perjuangan kaum wanita sendiri. Pencapaian wanita adalah hasil perjuangan wanita dan kemajuan seterusnya adalah di tangan wanita sendiri. Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin wanita bukan sahaja mesti memupuk kesedaran ke arah penyatuan tenaga di kalangan wanita, tetapi juga berusaha memupuk untuk mewujudkan barisan kepimpinan wanita yang jaguh dengan perjuangan yang tulen. Pemimpin-pemimpin wanita harus menjadi agen perubahan kepada masyarakat kaum wanita keseluruhannya bagi melahirkan individu wanita yang gigih, kreatif, berdisiplin, ingin maju, berdaya saing dan memiliki keperibadian serta nilai moral yang tinggi. Sifat-sifat ini adalah asas masyarakat yang dinamis.

Pencapaian wanita boleh dipertingkatkan lagi sekiranya tanggapan dan matlamat perjuangan kita itu jelas. Jika tidak, perjuangan ke arah perpaduan dan pembangunan wanita mungkin akan terjejas. Landasan perjuangan kita mestilah jelas dan menunjukkan penekanan kepada aspek-aspek tertentu, misalnya, pekerjaan, pelajaran dan lain-lain. Oleh sebab pemerintahan negara pada lazimnya adalah di tangan lelaki dan mereka Mungkin tidak begitu mendalam tentang tanggapan dan matlamat perjuangan wanita, usaha yang lebih mestilah dibuat oleh kaum wanita untuk meningkatkan pemahaman kaum lelaki mengenai peranan dan perjuangan kita ke arah pencapaian matlamat negara.

Peranan wanita adalah jelas sekali jika ditinjau dari sudut dan pandangan Islam. Islam menentukan peranan dan kedudukan kaum wanita di dalam masyarakat. Kita bersyukur bahawa kegiatan dan penglibatan kaum wanita di negara ini adalah bersesuaian dengan suasana serta taraf pembangunan yang terdapat di negara kita ini. Keperibadian dan nilai hidup wanita sebagaimana wujud di negara kita, tanpa sikap kebarat-baratan yang melulu dan terpedaya oleh budaya bebas atau “liberal”, adalah sesuai dengan aspirasi dan kehendak negara.

Memperjuangkan agama, bangsa, dan negara bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan. Firman Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya).”

Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekalipun.

Insan-insan daripada jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang agama, bangsa, dan negara kini, termasuk wanita. Peranan wanita amat penting dan besar sekali dalam perjuangan kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela agama, bagaimana yang amat diperlukan.

Dalam suasana yang kadangkala membimbangkan kita dengan segala macam karenah manusia dan peristiwa tidak terduga, apa salahnya kita surut ke belakang barang sejenak, membuka semula lembaran sejarah perjuangan para ibu kita yang sama-sama berganding bahu seiring kaum bapa, yang mengimpikan kukuh berdirinya suatu bangsa, tegak berdaulatnya suatu  negara, dan murni terpeliharanya suatu agama di bumi tercinta ini.

Perjuangan wanita atau kaum ibu dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran. Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.

Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO, iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu. Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.

Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu. Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya. semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka. Beliau telah menjelajah ke seluruh pelOsOk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.

Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan. Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja.

Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan. Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972. Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.

Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.

Tragedi 13 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO. Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.

Sengaja saya mencerakinkan kembali sejarah perjuangan para ibu di tanah air tercinta ini secara sepintas lalu untuk sama-sama kita menginsafi betapa besarnya jasa serikandi watan. Mereka telah merintis jalan yang penuh onak duri, dan kita adalah tugas dan tanggungjawab kita untuk melangsungkan perjuangan mereka dalam era dan suasana persekitaran yang jauh berbeza. Bagaimanapun, perbezaan-perbezaan itu hanyalah ibarat cerita yang berlainan, namun pada hakikatnya tetap dipancarkan pada layar dan panggung yang serupa. Layar dan panggung itu adalah hasil daripada apa yang kita lakukan sertakan usahakan untuk agama, bangsa, dan negara.

Dalam suasana masa kini, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang besar, yang menuntut kerjasama semua pihak, terutama di kalangan wanita bagi menanganinya. Contohnya, kemunculan gerakan Islam liberal yang diterajui kononnya para bijak pandai di kalangan wanita Islam sendiri. Bukan kita menolak seratus peratus idea dan penemuan yang dicetuskan oleh golongan ini, namun secara dasarnya terdapat beberapa perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama dan aturan budaya bangsa, lebih-lebih lagi yang menyangkut hal-hal atau kemaslahatan kaum wanita.

Oleh hal yang demikian itu, perjuangan wanita tidak hanya berkisar kepada perjuangan politik, malahan merentasi bidang-bidang yang lebih luas mencakupi permasalahan agama dan bangsa. Ini kerana agama dan bangsa adalah teras kekuatan kita semenjak zaman berzaman. Asas yang kukuh itu tidak harus diabaikan. Malahan kekuatan itu perlu dipertahankan sampai bila-bila.

Kita juga tidak harus menyisihkan diri daripada berhadapan isu-isu yang besar dan menyerahkannya kepada pucuk kepimpinan tertinggi. Kita juga harus berperanan mengetengahkan dan kemudian mencari jalan penyelesaian secara permuafakatan untuk membantu mencari jalan keluar atau penyelesaian terhadap sesuatu isu.

Orang tua-tua dahulu pernah berkata: “Tegaknya panji-panji kebesaran kerana tiang-tiangnya daripada kayu yang terpilih.” Maknanya, kita adalah sebahagian daripada wanita terpilih untuk turut mempunyai peranan penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara, Di atas kesedaran itu, insya-Allah perjuangan wanita dalam memperkasakan agama, bangsa, dan negara akan sentiasa relevan sepanjang zaman.