Tinta DMI


Tinta Dato’ Dr Mashitah Ibrahim (DMI) akan memaparkan tulisan-tulisan beliau berkenaan isu semasa dan hal ehwal umat Islam.

Islam teras perpaduan

Secara umumnya, mengikut perspektif Islam, perpaduan terjalin melalui dua ikatan, iaitu  perpaduan sesama anggota masyarakat, dan perpaduan antara kaum Muslimin. Perpaduan juga dapat dilihat daripada dua jurusan atau dimensi, iaitu, pertama: perpaduan luaran yang tergambar sebagai kerukunan muafakat, memperteguh suasana sosiopolitik negara demi kepentingan bersama. Kedua: perpaduan yang jauh lebih asasi, iaitu kesatuan dalaman yang [...]

Impian, harapan, dan realiti perjuangan wanita

Bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa, keturunan dan kebudayaan, kita memerlukan perpaduan yang kukuh. Sebenarnya jika dilihat secara positif pelbagaian bangsa, keturunan, kebudayaan dan agama yang terdapat di negara kita merupakan satu potensi yang tidak ternilai. Jika digunakan dengan bijak dan terkawal potensi perbezaan yang wujud di negara kita, akan mengukuhkan lagi kemampuan [...]

Benarkah pemikir Islam semakin lesu?

Sudah beribu tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan umat baginda, namun hari kelahiran Nabi Besar Junjungan ini masih diperingati saban tahun. Inilah di antara beberapa rahmat peninggalan Rasulullah s.a.w. Bagi manusia biasa, hari kelahiran hanya disambut semasa hayat masih ada, setelah mati tiada lagi siapa yang akan memperingatinya, bahkan kadang-kadang tarikh kematian pun diterlupakan pewaris mereka. Pemergian [...]

Kasih suci tidak bermusim

Tarikh 14 Februari diisytihar oleh orang Barat sebagai ‘Hari Mengingati Kekasih’. Di dalam kalendar Islam, tidak dikhaskan hari istimewa memperingati kekasih, tetapi ini tidak bererti Islam tidak menghargai budaya cinta dan kasih. Islam melihat cinta dan kasih sebagai fitrah dalam kejadian manusia. Ia adalah satu hubungan suci yang memaut antara hati. Ia adalah anugerah Allah, [...]

Usah salah guna nikmat sihat

Usah salah guna nikmat sihat

Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Barang siapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t, dia mestilah memelihara kesihatan tersebut. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis bahawa: Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Bahkan Baginda sendiri mengajarkan umatnya supaya [...]

Siti Khadijah r.a model unggul wanita dalam menghadapi isu dan cabaran

Siti Khadijah r.a model unggul wanita dalam menghadapi isu dan cabaran

“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.” Begitulah Rasulullah s.a.w menggambarkan keperibadian Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama baginda. Seorang isteri sejati, Muslimah yang segenap kemampuan [...]

Institusi keluarga membentuk peribadi

Institusi keluarga membentuk peribadi

Di kalangan institusi manusia, keluarga ialah kumpulan paling penting di mana seseorang memperoleh perasaan keahlian dan identiti. Ia merupakan suasana pertama yang dilihat oleh seseorang setelah dilahirkan. Sebahagian besar masa kita juga banyak dihabiskan di kalangan keluarga. Justeru, institusi keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi seseorang. Ada banyak juga faktor yang mempengaruhi sikap, tabiat [...]

Syarat menjadi umat gemilang

Allah s.w.t menjanjikan bahawa umat Islam akan menjadi umat terbaik dan terbilang yang pernah dilahirkan di muka bumi ini. Namun begitu, janji ini hanya akan terlaksana apabila umat Islam telah sanggup memenuhi beberapa prasyarat yang telah ditetapkan. Prasyarat ini Allah namakan sebagai tali Allah dan tali manusia. Ia tersimpul di sebalik ayat 112 dalam surah Ali-Imran [...]

Wanita dan cabaran dunia hari ini

Keadilan Allah s.w.t menetapkan bahawa setiap ciptaan-Nya adalah berpasang-pasang seperti mana firman-Nya dalam surah al-Dzaariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dari tiap satu itu Kami jadikan pasangannya supaya kamu ingat memperingati.” Apabila Allah menciptakan Adam, dia disempurnakan dengan kehadiran Hawa, dan begitulah dengan penciptaan lelaki dilengkapkan dengan wanita. Kedua-dua mereka bergerak bergandingan dan peranan mereka adalah saling [...]

Syawal bukan noktah bermujahadah

Syawal bukan noktah bermujahadah

Pengertian Syawal adalah sebagai tanda kemenangan, kejayaan, dan kecemerlangan. Namun sebenarnya kemenangan hanya diperolehi setelah wujudnya perlawanan atau pertarungan. Bagi mereka yang telah merasa perit bertarung dan berjuang di bulan Ramadan akan dapat menilai dan bermuhasabah diri sejauh mana kejayaan yang telah diperolehi. Kedatangan Syawal bukan bererti noktah dalam bermujahadah tetapi kekuatan mesti dikumpul semula. [...]