SOALAN Adakah Khidir masih hidup hingga akhir zaman? JAWAPAN Ulama besar hadis, iaitu Imam al-Nawawi menyebut bahawa dia sendiri berselisih pendapat tentang hidupnya Khidir. Sebahagian besar ulama beranggapan bahawa Khidir masih hidup di tengah-tengah kita. Imam al-Nawawi berkata: Pendapat ini tidak ditentang sedikitpun oleh ulama-ulama sufi dan ahli-ahli ma’rifah. Mereka pernah menceritakan pengalamannya pada waktu berjumpa, berkumpul dan berbincang dengan Khidir. Dia (Khidir)terlalu mulia untuk dicaci aibnya, dan dia akan tetap dikenali walaupun kita berusaha menutup berita tentang dirinya. Dalam [...]





