SOALAN Apakah maksud tama’ninah? JAWAPAN Tama’ninah pada bahasa dengan makna ketenangan. Al-Tusi menjelaskan kepaad kita dalam bukunya al-Luma dalam satu bab khusus membicarakan tentang tama’ninah, menurut beliau tama’ninah terbahagi kepada tiga bahagian: 1. Bagi orang awam, iaitu apabila mereka mengingati Allah mereka tenang dan tenteram menerusi zikir mereka kepada Allah dan Allah akan memperkenankan doa mereka dan menghindarkan mereka daripada malapetaka, iaitu apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t: Bermaksud, jiwa yang tenang ertinya yang tenang dan yakin serta beriman bahawa [...]





