Nama penuhnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali dan dilahirkan di sebuah kampong yang bernama Thus, dalam daerah Khurasan, Iran pada tahun 450H/1058M. Beliau terkenal dengan pelbagai gelaran, termasuk “pembela Islam—hujjatul Islam”, Hiasan Zaman—Zainuddin, Samudra yang menghanyutkan—Bahrun Maughriq, dan sebagainya. Sumbangan besarnya meliputi pelbagai bidang ilmu antaranya pendidikan, tasawuf, falsafah dan pemikiran politik. Berdasarkan kedalaman ilmu yang ada padanya, al-Ghazali sering diberikan kepercayaan oleh kerajaan pada ketika itu untuk menyampaikan ilmu agama kepada para pembesar dan berdasarkan [...]





