Nama lengkapnya ialah Kiyai Haji Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 1323 H/1905 M. dan meninggal dunia di Jakarta pada hari Ahad, 5 Muharam 1397 H/26 Disember 1976 M. Jenazahnya diterbangkan ke Jambi dan dikebumikan di Jambi. Tengku Muhammad al-Fathani al-Jambi mendapat pendidikan Islam tiga sistem, iaitu pendidikan Islam tradisional Patani, pendidikan Islam tradisional mengikut tatacara orang Arab Mekah, [...]





