Sewaktu masih bersekolah, kedua-dua orang tua saya sentiasa mengingatkan agar berhati-hati memilih kawan, katanya, kawan ketawa memang ramai, tapi kawan menangis memang tidak ada. Ketika senang banyak kawan-kawan datang, setelah dilanda susah, adalah seorang dua yang menjengok, itulah kawan sejati. Ketika PAS berdepan dengan pelbagai isu yang sedang menguji sejauhmanakah kekuatan iman dan keikhlasan perjuangan agamanya, tidak seorang pun rakan-rakan yang berjanji akan bersama menumbangkan kerajaan datang memberikan sokongan moral. Kawan-kawannya memang sedar, jika menunjukkan simpati maka akan menyebabkan kekukuhan [...]





