Di Malaysia, Mahkamah Syariah bukan sahaja memainkan peranan simbolik sebagai satu tradisi keagamaan tetapi juga berfungsi sebagai agensi pengurusan masalah kekeluargaan. Bagi kebanyakan wanita Islam, mahkamah adalah tempat terakhir untuk menyelesaikan pelbagai masalah perundangan berhubung soal perkahwinan dan kekeluargaan. Dalam soal perceraian misalnya, adalah menjadi kewajipan isteri untuk membawa ketidakpuasan hati mereka terhadap suami kepada pengetahuan hakim syarie atau Mahkamah Syariah. Cabaran utama bagi Mahkamah Syariah ialah meninggikan syiar Islam dengan pelaksanaan undang-undang Islam yang dapat menegakkan keadilan dan kesaksamaan [...]





