Ummatan Wasatan » Perspektif

Kita di Mana Sebenarnya?
Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difahami sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam.

Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ‘ulama’ dengan kata‑kata, “Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari’at.”

Imam al‑Raghib al‑Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak‑tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah, sebagaimana Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan (ingatlah. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.” (az-Dzariyat: 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t tentang fungsi manusia di bumi dalam firman‑Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.“ (al-Baqarah: 30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah s.w.t agar manusia menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al‑ardhi), seperti terkandung di dalam firman‑Nya yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.” (Hud: 61)

Ayat ini mengandungi perintah agar kita mengurus seluruh sumber atau hasil alam yang ada di muka bumi. Oleh yang demikian, zuhud bukan bererti harus meninggalkan usaha atau mengabaikan tugas sebagai pengurus sumber alam.

Ia adalah suatu komitmen untuk hidup secukupnya, tetapi tidak menjadikan diri terbelenggu dengan kepentingan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat.

Pendek kata, ibarat kita berjalan di atas muka bumi tetapi kepala kita menengadah ke atas. Kita hidup di dunia dengan hati sebagai penghuni akhirat.

Kita bekerja untuk dunia seolah‑olah hidup selamanya dan bekerja untuk akhirat seolah‑olah akan mati esok. Inilah prinsip yang dipegang teguh oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati.

Maka tidak hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu Bakar al-Siddiq, Uthman binAffan dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. Padahal mereka tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

Abdul Rahman bin ‘Auf misalnya, telah mengikut Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Dia rela meninggalkan rumah, kebun dan segala hartanya di Mekah. Di Madinah dia mulakan hidup dari kosong.

Namun, semangat berusaha Abdul Rahman bin ‘Auf tidak pernah surut.

Ketika dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Sa’ad bin Rabi’ al‑Ansari, Sa’ad menawarkannya untuk memilih salah satu rumahnya sebagai tempat tinggal dan menawarkan hartanya untuk dibahagi dua.

Abdul Rahman bin ‘Auf membalas pemberian yang sangat berharga ini dengan penuh kewibawaan, seraya berkata, “Semoga Allah memberkati keluarga, rumah dan harta anda, tetapi aku adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah kepadaku di mana ada pasar di sini.”

Ketika itu pasar di bawah monopoli Bani Qainuqa’ dari golongan Yahudi. Namun Abdul Rahman bin ‘Auf yakin dan sedia bersaing dengan Bani Qainuqa’ yang menguasai ekonomi. Dalam waktu yang singkat dia mampu bersaing dengan orang Yahudi.

Sehinggalah pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan bau yang sangat harum. Maka apabila Rasulullah s.a.w. bertanya, dia menjawab, “Saya sudah bernikah, wahai Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Apakah sudah mengadakan walimah?” Dia menjawab, “Belum!” Maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Laksanakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” Walaupun Abdul Rahman bin ‘Auf memulakan usahanya dari kosong di Madinah, namun ketika dia meninggal dunia, dia meninggalkan emas yang cukup banyak.

Seperti dikatakan Ibnu Sa’ad, bahawa emas peninggalannya dibahagikan kepada empat isterinya dengan bahagian masing-masing lapan puluh ribu dinar. Jumlah ini hanyalah satu pertiga puluh dari semua jumlah hartanya.

Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan harta ‘Abdul Rahman bin ‘Auf yang pada saat itu nilai dinar dan dirham sangat tinggi.

Namun, dia tidak teragak‑agak menginfaqkan berjuta-juta hartanya untuk membantu semua keperluan pasukan jihad dan membantu fakir miskin. Demikian juga kekayaan Uthman bin ‘Affan.

Dunia dalam genggaman mereka, tetapi mereka tidak sampai gila kepada dunia. Mereka memperbudakkan dunia tetapi mereka tidak diperbudakkan oleh dunia.

Jelaslah, betapa dalam mencari harta dunia, yang penting, dunia tidak dijadikan satu‑satunya primadona supaya dunia tidak memperbudakkan kita. Inilah zuhud yang sesungguhnya.

Bagaimanpun, ada juga umat Islam yang memburukkan imej ajaran Islam, seperti yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang gaya hidup melambangkan kemiskinan.

Mereka memutuskan sama sekali dengan keduniaan. Mereka hidup tanpa bekal, tanpa bekerja, padahal mereka mampu bekerja. Jelas amalan ini bertentangan dengan syari’at Islam dan tidak sesuai.

Ketika Umar al-Khattab melihat beberapa orang berdiam diri di masjid setelah solat Jumaat, dia bertanya kepada mereka, “Siapakah kamu?” Mereka menjawab, “Kami adalah orang yang bertawakal kepada Allah.” Lalu Umar berkata, “Sesungguhnya kamu adalah orang pasrah yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa: “Ya Allah berilah kami rezeki.”

“Padahal mereka tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak, tetapi Allah s.w.t yang memberikan rezeki kepada manusia. Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah: Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi?”

Setelah berkata demikian, Umar segera mengusir mereka dari masjid.

Jadi, kita di mana sebenarnya?

IZHAR SYAFAWI

Gembira Lihat Orang Lain Gembira
Ajaran Islam menganjurkan hidup berkasih sayang dalam iman dan takwa.

Ajaran Islam menganjurkan hidup berkasih sayang dalam iman dan takwa. Kita perlu menyedari bahawa kehidupan dunia hanya sementara. Oleh itu, kita mempersiap bekalan untuk perjalanan hidup yang lebih panjang dan abadi iaitu kehidupan akhirat.

Hendaklah kita selalu berbuat baik, memainkan berperanan sebagai hamba Allah s.w.t dengan mempraktikkan nilai-nilai rohaniah dan lahiriah.

Orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t tidak mengharapkan balasan ataupun upah melainkan daripada Allah sahaja.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah. Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruan-Ku kecuali kasih sayang dalam Kekeluargaan. Dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan bagi kebaikan pada kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (asy-Syuura: 23)

Ayat di atas penegasan bahawa orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah senantiasa berusaha mencipta suatu suasana sihat dalam kehidupan masyarakatnya berdasarkan kasih sayang dalam persaudaraan.

Tidak keterlaluan untuj mengatakan bahawa apabila seluruh masyarakat telah dihiasi jiwa persaudaraan yang penuh kasih saying, akan wujudlah suatu keadaan masyarakat yang aman, damai dan bahagia lahir dan batin.

Itu semua dapat diusahakan dengan terlebih dahulu memelihara iman serta meningkatkan takwa kepada Allah s.w.t.

Umpamanya, apabila kita merasakan sakit yang diderita orang lain, itulah akan mendorong kita untuk turut serta menghilangkan penderitaannya, bak kata pepatah Melayu, cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.

Dalam keadaan demikian, hati kita tidak merasa tenang sebelum penderitaannya hilang sembuh. Hati kita berasa tenang dan tenteram setelah kita berhasil menghilang penderitaannya dan melihat dia dalam keadaan sihat sejahtera kembali.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Seseorang Muslim itu menjadi saudara Muslim lainnya. Kerana itu, tidak diperbolehkan seorang Muslim menganiayai saudaranya, juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslimnya. Dan sesiapa memberikan pertolongan (memenuhi hajat keperluan saudaranya), maka Allah s.w.t pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya. Dan sesiapa yang memberikan kemudahan, memberikan kelapangan bagi kesusahan seseorang Muslim, nescaya Allah s.w.t melapang kesusahannya di akhirat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini dinyatakan orang Islam dipandang sebagai saudara dan persaudaraan itu menghendaki setiap orang Islam tidak boleh bersikap membiarkan saudaranya dalam kebinasaan.

Contoh lainnya, apabila seseorang menderita kelaparan wajiblah kita menolongnya melepaskan dirinya daripada penderitaan itu.

Antara tanda hubungan ukhwah Islamiah ialah perasaan senang memberi manfaat kepada saudara kita dan berasa senang serta gembira melihat mereka mendapat nikmat dan kebaikan, bagai kita sendiri yang memperolehnya.

Apabila perasaan ini telah tertanam dalam hati kita dengan suburnya, bererti kita telah berhasil mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan ibadah yang besar pahalanya.

ABUL HANZALA

Berani Kerana Salah, Malu Kerana Benar Dalam Sindrom Hapuskan Undang-undang Lapuk
Perkahwinan Sejenis Kemuncak Perjuangan Faham Kebebasan ...maka undang-undang yang menghalangnya adalah lapuk, dan perlu dipinda,,,,,,,

Ketika kita melangkah ke alam remaja, sebagai anak desa yang mula diberikan harapan oleh ibu bapa dan setiap kali bersalaman untuk pulang ke asrama atau rumah sewa, kita diberikan nasihat tanpa jemu. Nasihat itu ialah agar menjaga tingkah laku, percakapan dan boleh sesuaikan diri dengan dengan rakan-rakan baru atau masyarakat sekeliling, yakni menghormati peraturan dan menerima nilai-nilai moral yang baik bagi mengelakkan diri dimalukan dan menanggung malu.

Ketinggian nilai nasihat itu juga menyempadankan kita dari melakukan sesuatu yang boleh dilihat salah dan kerana itulah kita juga diberikan bimbingan agar pandai memilih kawan. Jika tersalah pilih, maka kawan itu boleh menyusahkan kehidupan kita dan sesekali melakukan kesilapan, bahananya terus kekal dalam memori apatah lagi jika kesilapan itu dinilai tidak beradab dan melanggar peraturan sosio-budaya.

Dalam masyarakat yang amat mementingkan ikatan saliturrahim, apabila dikesan ada anak-anak menunjukkan sikap nakal dan menghampiri budaya songsang, maka sebahagian besar ahli masyarakat tidak segan memberikan teguran secara berhemah. Apabila ada anak-anak remaja cenderung “menyeberang sifat kelainan jantina”, para ahli masyarakat cuba membimbingnya dengan harapan anak remaja itu tidak akan kekal dengan kekeliruan identitinya.

Suatu ketika semasa Akta Penyiaran masih mengawal setiap siaran media elektronik, stesen-stesen tv akan diberikan teguran agar menghentikan sebarang program yang menggambarkan watak yang mengalami krisis peribadi. Program-program tempatan yang cuba mempamerkan lelaki berpakaian wanita, bersolek dan lagak lembut melampau sehingga mengalahkan wanita tidak akan diluluskan tayangannya.

Jika stesen tv tidak mematuhi garis panduan tersebut, maka pihak pengurusannya akan diberikan surat tunjuk sebab atau dipanggil memberikan penjelasan.

Apabila berlakunya perpindahan peraturan penyiaran, kaedah penapisan dalaman diperkenalkan manakala kejelikan akan hanya diberikan perhatian apabila ada aduan bahawa penyiaran tersebut melanggar etika sosial masyarakat.

Etika masyarakat turut diperdebatkan sehingga semakin lama menjadi semakin liberal dan akhirnya semakin meluas babak lelaki lembut menghiasi pelbagai rancangan tempatan termasuk siri yang dikendalikan oleh Salleh Yaacob (I Folllow), Maharaja Lawak, drama-drama (misalnya Sutun), dan filem-filem sama ada dikeluarkan dalam negara ataupun import.

Secara halusnya budaya yang diistilahkan sebagai kecelaruan identiti terus berkembang dalam pemikiran masyarakat sehinggalah beberapa bulan lalu tersiar sebuah laporan dianggarkan sejumlah 12,000 orang lelaki gay di Malaysia. Itu hanyalah anggaran konservatif dan jumlah sebenar diperkirakan semakin besar apabila kita melihat di jalanan kelompok sedemikian tidak lagi segan silu berbanding sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Setelah memasuki abad ke-21, kelompok tersebut menjadi semakin lantang mempersoalkan pertimbangan agar mereka diberikan pengiktirafan malah ikut mendesak segala peraturan yang menghalang perilaku sedemikian mestilah dipinda, kerana ia bertentangan dengan prinsip kebebasan.

Beberapa bulan lalu masyarakat di negara ini menjadi sedikit gelisah apabila sekumpulan mereka yang hidup dalam budaya kecelaruan identiti itu berhasrat menganjurkan sebuah perhimpunan antara mereka dengan nama Seksualiti Merdeka.

Akibat menerima tekanan dan desakan pelbagai pihak, hasrat tersebut akhirnya dibatalkan setelah pihak polis menerima banyak laporan bahawa penganjuran perhimpunan itu bakal mencelarukan suasana dan menggalakkan pelanggaran peraturan, tatasusila beragama dan budaya masyarakat.

Kehancuran budaya akibat amalan budaya songsang tidak sedikit pun menakutkan para pengamalnya meskipun dari sudut sejarah terakam kemas betapa sesebuah budaya tinggi lenyap akibat manusia tidak lagi menghormati pola hidup berkeluarga berdasarkan ikatan perkahwinan kelainan jantina.

Perkembangan kehidupan berdasarkan kaedah hidup bersama walaupun kelainan jantina sama ada dengan ikatan perkahwinan atau dengan persefahaman pada mulanya tidak diterima secara sah berdasarkan peraturan yang dibina untuk mendisiplinkan manusia daripada pelbagai penyimpangan.

Perkembangan budaya sekular yang dibawa oleh sekumpulan mereka yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup semakin sehari semakin membesar apabila kebebasan berfikir dan bertingkahlaku dilahirkan menerusi pendidikan yang berasaskan rasionaliti.

Konsep  pendidikan yang dikembangkan menerusi pendekatan sekular ialah dengan mengasingkan nilai-nilai agama dan moral sebagai persoalan peribadi, manakala pencapaian akademik bakal melonjakkan kemenangan material, persaingan menjadi sesuatu yang lebih besar dan hebat.

Konsep pendidikan telah berubah dari memikirkan persoalan menyelesaikan masalah masyarakat menjadi kaedah pelaburan peribadi yang menguntungkan. Galakan mencapai kecemerlangan akademik diberikan secara meluas, di mana mereka yang dikategorikan sebagai cemerlang atau genius disediakan pelbagai bantuan dan galakan, manakala mereka yang cenderung mempertahankan nilai budaya unggul dalam kehidupan akan berhadapan dengan pelbagai tentangan, cabaran dan kesukaran untuk bergerak kerana golongan itu diberikan gelaran sinis misalnya, “wali suci”, “malaikat”, “otordoks”, “fundamentalis”, “kolot”, “tradisionalis”, atau “kekampungan.”

Perubahan pemikiran masyarakat turut berlaku dalam suasana perlumbaan memenuhi tuntutan ekonomi lebih diberikan perhatian berbanding tuntutan sosial dan agama. Mereka yang terdidik dalam bidang-bidang pengajian yang bersifat teknikal dan professional diberikan perhatian serius kerana negara memerlukan tenaga mahir dan kepakaran untuk meneruskan visinya menjadi sebuah negara maju.

Bagi menggalakkan perkembangan tersebut, beberapa insentif dan galakan diberikan secara serius  oleh kerajaan manakala pihak industry ikut menyediakan peluang pekerjaan yang menghasilkan pendapatan lumayan sehingga pekerjanya seolah-olah kehilangan masa berkualiti untuk melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan corak kehidupan semakin bersifat individualistik.

Sudah Muncul Perkhidmatan Perundingan Perkahwinan Sejenis

Masing-masing dengan tanggungjawab sendiri dan antaranya tidak berlaku interaksi untuk saling  berhubung secara berkesan, dan jika berlaku hanyalah sekadar menunjukkan isyarat “kami bertemu dan berjiran”, tidak dalam interaksi yang boleh mengikat nilai-nilai kemasyarakatan.

Sikap tidak ambil peduli dalam perkara-perkara yang bersifat sosial itulah akhirnya menjelmakan persekitaran kehidupan yang tempang. Kalau dahulu, seseorang akan malu jika mempunyai anak remaja lembut, tetapi kini, anak remaja lembut boleh menjanakan pendapatan bulanan yang besar kerana sentuhan bakat dan ketekunan berkerjaya.

Lelaki menjadi pendandan majlis-majlis perkahwinan, menghiasi khidmat layanan, mengurus majlis-majlis keraian, dan lain-lain kerjaya menjadikan mereka semakin besar kepala. Golongan ini kemudiannya secara bersembunyi bergabung dalam keadaan tidak rasmi dan apabila merasakan kedudukannya semakin diterima, mereka akhirnya menjadi semakin berani.

Suatu ketika apabila M Nasir menulis lirik lagu mengenai kehidupan malam kumpulan mak nyah dengan mengibaratkannya sebagai “sekuntum bunga plastik di atas jambangan usang ”, kumpulan lelaki   yang celaru identiti itu mengecamnya atas alasan tidak semua mak nyah melakukan kerja-kerja maksiat dan berdosa. Kehidupan pengamal budaya songsang sudah berlaku sejarah sekian lama, dan paling ketara ialah masyarakat pada zaman Nabi Luth a.s.

Waktu itu masih ada lagi masyarakat celaru identiti menghormati berusaha menjauhkan diri daripada melakukan dosa sedangkan seorang lelaki yang menyerupai perempuan sudah pun dikategorikan berdosa, meskipun tidak melibatkan dalam kegiatan malam di belakang Colesium atau di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur, berhampiran Muzium di Kuching, Sarawak, atau di Jalan Sinsuran di Kota Kinabalu.

Fenomena pondan menghiasai lorong-lorong menjelang tengah malam bukanlah sesuatu yang baru, dan semacam satu aktiviti sejagat yang semakin diterima di bandar-bandar besar, termasuk di Kota Baharu yang mendapat jolokan Bandar Raya Islam oleh pentadbiran PAS.

Secara peraturan, kegiatan menjadi lelaki penghibur waktu malam adalah suatu kesalahan yang boleh didenda berdasarkan undang-undang kecil Majlis Perbandaran dalam kategori melakukan aktiviti yang menjolok mata atau tidak senonoh atau jelik. Peraturan itu sebenarnya masih belum berjaya mengekang perilaku aktiviti malam oleh lelaki lembut walaupun pihak berkuasa tempatan sering melakukan serbuan dan tangkapan.

Peraturan itu tidak menakutkan mereka sebaliknya kemunculan lebih ramai lelaki lembut dengan gaya yang lebih mempesonakan, kesan kemajuan dalam  teknologi pembedahan plastic dan implant, suntikan hormon akhirnya menggalakkan mereka untuk melakukan proses penukaran jantina.

Setakat ini, kebanyakan mereka yang menjalani perubahan alat kelamin itu menumpukan rawatan di Thailand atas pertimbangan kosnya lebih murah manakala yang sedikit berduit melakukannya di Singapura atau di Eropah.

Kemelut pertukaran jantina dengan peraturan yang ada di Malaysia hampir setahun lalu mengundang simpati yang besar apabila seorang lelaki asal meninggal dunia akibat tekanan setelah keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

Pada tahun lalu juga berlaku kegemparan apabila seorang paderi keturunan Cina yang bermastautin di luar negara berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, juga seorang lelaki pada hari ulang tahun kemerdekaan negara. Hujung tahun lalu, seorang pelajar perubatan tajaan Petronas dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan pihak penaja menghentikan tajaan pengajiannya di sebuah universiti di Dublin. Gaya hidup pelajar yang pernah cemerlang ketika berada dalam negara itu akhirnya merosot setelah bergelumang dengan kehidupan bebas di sebuah negara yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Selepas Anwar Ibrahim diberikan kebebasan oleh mahkamah untuk kali kedua dalam kontroversi sodominya, beberapa hari lalu mencadangkan agar dilakukan pindaan ke atas beberapa undang-undang yang boleh menimbulkan keaiban kepada seseorang, kerana undang-undang itu sudah lapuk dan zalim. Beliau memulakan cadangan tersebut pertama kali ialah ketika di wawancara oleh sebuah stesen tv di Mumbai selepas beberapa hari “dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.”

Dua hari lalu, Anwar mengulangi gesaannya dengan lebih jelas, undang-undang yang lapuk itu adalah Seksyen 377, Kanun Kesiksaan di mana proses perbicaraan beliau sepanjang lebih tiga tahun sejak didakwa oleh pada bulan Ogos 2008, adalah berdasarkan peraturan itu. Proses perbicaraan itu dikatakan telah banyak menimbulkan aib kepadanya sehingga menjejaskan reputasinya sebagai bakal Perdana Menteri dan terpaksa melakukan proses pemutihan akibat penentuan bukti dan penghujahan di mahkamah.

Dalam majlis kesyukuran itu, Anwar dengan penuh ghairah meletakkan harapan agar peraturan tersebut segera dimansuhkan, ia boleh menyebabkan seseorang yang tertuduh diaibkan manakala masyarakat umum menjadi pemerhati yang tajam setiap perbicaraan yang melibatkan seseorang ternama atau personality.

Sebagai seorang yang sentiasa menyebarkan fahaman keadilan, seharusnya Anwar boleh menerima proses tersebut kerana itulah keadah yang ada dalam menentukan sesuatu perkara. Proses sedemikian telah diamalkan di semua negara, termasuk negara yang menyanjungi kebebasan sebagaimana sering dirujuk oleh Anwar, mendapat sokongan rakan-rakan, tetapi secara legalnya, Amerika Syarikat masih belum meluluskan undang-undang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Kita mungkin ingat bagaimana Presiden Bill Clinton akhirnya mengakui telah bertindak dengan curangnya apabila sebuah badan penyiasatan yang diketuai oleh Kenneth Starr berjaya mendapat bukti adanya hubungan terlarang dengan Monica Lewinsky, seorang pekerja Rumah Putih. Dakwaan itu memang menggemparkan kerana pada mulanya Bill Clinton enggan mengakui keterlibatan.

Aib yang diterima oleh Bill Clinton terus menerkam kesetiaan isterinya, Hillary Clinton. Pengakuan bersalah itu hampir boleh menyebabkan mereka bercerai, tetapi atas inisiatif memberikan peluang kedua, mereka tidak bercerai. Hillary Clinton terus mendaki sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat setelah perlumbaannya dengan Barrack Obama sebagai calon presiden pada tahun 2008 tidak menyebelahinya.

Pandangan Anwar untuk menghapus atau memansuh “peraturan lapuk dan zalim” itu sebenarnya menggambarkan bahawa pemimpin pembangkang itu sedar, provokasinya akan mengundang banyak masalah apabila ketengahkan. Jika tidak ada peraturan yang membolehkan seseorang yang didakwa melakukan kesalahan berpeluang membuktikan atau menafikan penglibatannya, maka proses keadilan berdasarkan undang-undang tidak dapat dilakukan.

Ini bermakna, Anwar cuba berusaha menegakkan peraturan lama yang memberikan kuasa kepada orang tertentu menjatuhkan hukuman walaupun dakwaan itu berupa fitnah. Anwar sebenarnya lebih maklum bagaimana dalam konteks zaman feudal sesuatu hukuman dilaksanakan. Anwar tentunya mengingati bagaimana Hang Tuah dituduh bermukah dengan dayang, dan kemudiannya diperintah bunuh.

Hang Tuah tidak dibunuh tetapi disembunyikan di suatu tempat daripada pengetahuan raja. Hang Jebat menuntut bela di atas kematian sahabat karibnya, maka berlakulah keadaan yang tidak tenteram akibat menjatuhkan hukuman tanpa diberikan peluang “membela diri.” Begitu juga dalam beberapa cerita legenda Melayu, Mahsuri bersumpah Langkawi tidak akan membangun selama tujuh keturunan kerana kesilapan penguasa menjatuhkan hukuman.

Jika peluang membela diri ditiadakan, maknanya usaha menegakkan semula hukum rimba sedang berlaku dan ini bermakna proses melaksanakan keadilan  menjadi semakin kacau dan menakutkan. Anwar sebenarnya sedang berselimut dengan keinginan peribadinya kerana sebanyak lebih 60 kali proses penangguhan berlaku atas alasan tidak mempunyai saksi yang berwibawa, pendakwaan yang cacat, halangan pemberian sampel DNA dan paling memualkan ialah menyingkirkan hakim yang bertindak sebagai pendakwa kerana alasan-alasan tertentu.

Atas halangan-halangan itulah mungkin menjadi penyebab kenapa Anwar inginkan sebarang peraturan yang boleh menimbulkan aib dipinda atau dimansuhkan.

Jika menggunakan lojik yang diinginkan oleh Anwar, setiap dakwaan yang dikenakan ke atasnya, pihak mahkamah secara otomatisnya menolak atas alasan proses membela diri akan menyebabkan kredibilitnya merudum dan imejnya tercalar, manakala seluruh anggota keluarganya mendapat malu.

Jika lojik itu ingin dilaksanakan oleh Anwar, beliau sebenarnya perlu kembali kepada lojik peribahasa Melayu, berani kerana benar dan takut kerana salah. Ini bermakna keberanian seseorang menyatakan kebenaran adalah suatu peribadi mulia tetapi jika dalam proses mencari kebenaran itu sentiasa diselubungi helah, maka ia sudah merubah kenyataan, berani kerana salah dan takut kerana benar.

Ketakutan itulah akhirnya akan menyebabkan seluruh perilaku salah terbongkar, maka sebagai helahnya, ia perlukan sokongan ramai dengan mengheret rakyat ke kancah kempen pembebasan, walaupun keadaannya, Anwar belum pun dipenjarakan, masih bebas bergerak, bercakap, dan melontarkan pandangan menuju ke Putrajaya tetap berjalan meskipun “kemungkinan meringkok dalam penjara sekali lagi.”

Dalam proses itulah sebenarnya Anwar terperangkap. Beliau terperangkap dengan mainan psikologi ketakutan setelah semakin ramai rakan-rakan karibnya melakukan serangan, kredibilitinya merudum ke tahap paling rendah berbanding ketika kebangkitan semangat yang dipahatkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu pertengahan April 2008 dan kemenangan besarnya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008.

Bermula dengan kegagalannya “menukar kerajaan pada 16 September 2008”, imejnya sebagai seorang pemimpin berkaliber dan bakal Perdana Menteri beransur-ansur pudar, manakala dokongan perjuangan dari rakan-rakan semakin tumpul.

Dengan melakukan cadangan terbaru itulah mungkin Anwar akan menjangkakan imejnya dapat dipulihkan kerana beliau faham bahawa faham kebebasan semakin membentuk agama baru dalam masyarakat tersedak dengan gelegak pluralisme agama dan kebangkitan perubahan undang-undang kahwin sejenis, penukaran jantina dan homoseksual yang telah pun dilaksanakan di 125 buah negara.

Malaysia masih mampu bertahan dalam kelompok 70 negara yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis, meskipun sudah kedengaran dengan lantang sekatan itu sebagai satu bentuk diskriminasi.

Amerika Syarikat masih belum memberikan kebenaran secara menyeluruh meskipun beberapa buah negeri telah mengorak langkah membenarkan perkahwinan sejenis. Beberapa hari lalu salah seorang calon dari parti Republikan dikecam kerana menentang perkahwinan sejenis, dan yang amat menarik perhatian ialah bagaimana Anwar sedang cuba melakukan keselarasan pendapatnya berhubung dokongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke atas  sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpengkalan di Amerika Syarikat, International Gay and Lesbian Human Rights Commission (IGLHRC).

Sejak itulah IGLHRC merasakan dirinya besar, kuat dan mampu mempengaruhi perjuangan kesetaraan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di seluruh dunia, kerana ia adalah kemuncak globalisasi budaya hidup yang bakal disejagatkan pada suatu ketika nanti.

Ketika itu, adakah Malaysia mampu bertahan untuk tidak membenarkan sebarang bentuk budaya songsang yang sedang diperjuangkan oleh kumpulan LBGT. Bolehkah para ahli masyarakat menyekat faham kebebasan yang sedang mereka kembangkan itu dari terus menerjah sempadan budaya, agama dan nilai sosial yang masih kita pertahankan pada masa ini.

Kini kita masih berjaya lakukan, mungkin sepuluh atau dua puluh tahun nanti, kelompok LBGT menjadi lebih radikal dalam membuat tuntutan atas nama kebebasan dan kesetaraan seksual, asas yang sentiasa mereka jadikan faktor pendesak dan menuntut perubahan nilai, perspektif budaya dan ketangguhan moral.

LBGT sekarang sedang membudayakan berani kerana salah, takut kerana benar. Mereka tidak akan berputus asa memperjuangkan kejelikan sosial dan budaya, kerana mereka memahami ia akan berubah setelah lebih ramai manusia menerimanya, semakin luas diterima, maka semakin bersusilah perilaku itu.

Agama hanyalah sekadar pengalaman peribadi dan penting ketika hendak dikebumikan. Selebihnya, ia bukan menjadi pegangan dan sempadan tingkahlaku, kebebasan, hak asasi dan kesepakatan adalah pengikat dalam sebuah bentuk kehidupan yang sedang diperjuangkan.

Kamarun KH

Politik Sesumpah Akhirnya Terjun Bangunan Tinggi Cuba Bunuh Diri
Kembali kepada "ketuanan Melayu", Akhirnya PKR Terpaksa Rujuk Semula Tapi Sayangnya "cina buta" tetap sayangkan isteri dan isteri bahagia dengan kehidupan baru. Kecewakah nanti, terbunuh, dibunuh atau membunuh diri?

Pada mulanya PKR mengadakan Kongress Kebangsaan di Pulai, Johor membawa harapan untuk mengambil semangat yang bermula dengan kebangkitan orang Melayu menubuhkan UMNO, dengan andaian akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti (PRU13).

Ia bakal memberikan sinar gelora emosi yang bakal membangkitkan kemenangan dalam andaian bahawa 40 peratus pengundi akan menyokong PKR, walhal andaian itu belum boleh membawa runtuhnya kubu kuat UMNO yang makin kental di Johor bahkan seluruh Malaysia.

Orang Melayu lebih ramai tidak menyokong PKR kerana mereka sudah meluat dengan cara parti itu menilai kekuatan Melayu, tapi dalam Kongress tersebut ada mentera kembali dibaca untuk memukau emosi Melayu dengan mencabar UMNO agar meminda perlembagaan, memasukkan frasa bahawa jawatan Perdana Menteri adalah milik mutlak orang Melayu dan beragama Islam.

Paradok itu membayangkan genetic bawaan PKR sudah kian terencat apabila adrenalin yang merembes slogan “keadilan untuk semua” terserpih punah demi sebuah hajat yang belum kesampaian, mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas Perdana Menteri sekarang cuba di santau tetapi daya ketahanan politiknya semakin kental dan kuat.

Atas keresahan semangat zaman, sewaktu berucap merasmikan kongress sayap pemuda, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmin Ali, timbalan presiden yang tersangat kental dan jumud dengan “pemujaan peribadi” dengan melanjutkan watikah presidennya “anugerah tuhan” memberikan petunjuk bahawa parti itu walau apapun kosnya, Anwar tetap menjadi Perdana Menteri kerana beliau sebenarnya takutkan cita-cita balas dendam taikonya terkandas dalam penjara, bimbangkan keputusan Mahkamah, pada 8 Disember 2011, Anwar bakal diberikan keputusan sama ada bersalah atau tidak meliwat Saiful Bakhari Azlan.

Ugutan AMK juga mula kedengaran, jika Anwar kembali meringkuk dalam penjara, satu lagi demontrasi jalanan akan dilaksanakan pada bulan Februari 2012 atas nama Perhimpunan Bersih 3.0, dan tentunya mauduk protes berubah kepada pengembalian matlamat membebaskan Anwar, sebagaimana gerakan reformasi yang akhirnya bertukar haluan kepada pertubuhan politik dalam tempelan istilah “keadilan rakyat”, sebenarnya mencari keadilan hanya untuk Anwar seorang.

Kali ini terdengar bagaikan terjadi sebuah hikayat meroyan, seseorang yang bencikan suami atau isteri, sepanjang edah perpisahan itu mencaci dan memaki,  tiba-tiba kerana tidak mampu menguruskan diri dengan berkesan kembali mencari semula suami atau isteri yang terpisah untuk membina semula kehidupan baru kerana hentakan tsunami telah membadai diri, perjalanannya semakin longlai meskipun masih mampu berdiri. Hoyong hayang yang berlaku itu telah dinilai oleh rakan-rakan dan taulan sebagai kecanduan hilang ke tulang sum-sum, penyakit yang bakal membawa maut, kanser darah.

Bagi mengubati kesakitan itu, pastinya memerlukan pemindahan tulang sum-sum. Pemindahan tentunya memerlukan genetik yang sama dan sepadan, maka kerana sedar bahawa genetic sawo matang Melayulah yang boleh memberikan “nyawa”, AMK sedang mencari jalan pulang dengan menggertak UMNO dalam nada terharu dan penuh sindiran. Untuk kembali merujuk, ia adalah sesuatu yang sukar kerana isteri atau suami yang berpisah itu sudah berkahwin lain, hidup dalam keadaan rukun dan semakin stabil emosi, semangat dan psikologi membangunkan kehidupan yang lebih baik.

Suami atau isteri yang telah berkahwin lain itu tidak sanggup untuk berpisah sekali lagi dan kembali kepada pasangan asalnya, kerana pasangan terdahulu sering mengalami affluenza dan selsema babi kronik dengan tidak mengakui bahawa “ketuanan Melayu” telah berjaya memugarkan keindahan budaya, kekentalan diri dan toleransi tinggi. Katanya, dalam kekalutan memperjuangkan “ketuanan Melayu” itu tidak jujur, ikhlas untuk kemenangan bangsa, ia hanya sekadar memenuhi segelintir elit kuasa dalam badan perjuangan bangsa, kini kenapa AMK mahukan jaminan “Perdana Menteri untuk Melayu?”

Lontaran cabaran untuk berlaku adil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang pernah menebarkan dakwaan menerima rasukan wang oleh pengusaha kuari Bukit Mertajam bagi membiayai kursus luar negara bekas ADUN Penanti, memaksa perletakan jawatan dan “penyerahan kerusi” kepada “penebat Anwar”, Dr Mansor Othman sehingga mengheret pilihan raya kecil yang buat pertama kali tidak disertai oleh BN. Bukan atas alasan “takut kalah” sebagaimana didendangkan, tapi BN sebenarnya tidak mahu mengikut rentak penyakit “anjing gila” yang dipersenjatakan oleh anak Ceruk Tok Kun dengan keris dendam itu.

Nampaknya perjuangan “keadilan untuk semua” sudah bersalin kulit menjadi “keadilan untuk Melayu” setelah PKR tersedar dari cengkaman “pain killer” universal, “semua” sebenarnya tidak terjamin kesejagatan perjuangan. Dalam perhitungan kuasa, PKR amat mengharapkan sokongan Melayu kerana mengharapkan sokongan pengundi Cina tidak juga dapat membantu Anwar jadi Perdana Menteri. Dalam apa pun pertimbangan, kerana pencirian dominasi kerusi Melayu/Bumiputera adalah dalam ukuran 79.3 peratus berbanding dominasi Cina sekitar 20.7 peratus, tidak untuk mengangkat kemenangan untuk Anwar. Kembali ke akar “ketuanan Melayu” terpaksa dirujuk walaupun terpaksa melalui “cina buta”, sayangnya tidak ada lagi Melayu yang sanggup “berkahwin sementara”.

Orang Melayu sudah mula berkerat rotan dengan PKR kerana panglima perangnya sudah banyak meninggalkan “gerombolan bohong” dan tidak lagi percayakan Anwar kerana “lagak pandai” selama ini sebenarnya sebagai topeng politik yang menakutkan orang Melayu-Islam, setiap kali berada di luar negara memburuk-burukkan apa yang ada, setiap kali berkawan dan berteman membawa ikatan kerjasama dengan musuh-musuh Islam, tatkala mendampingi tokoh-tokoh agama terkemuka membawa natijah fitnah yang disebarkan ke atas dirinya bagi mendapatkan fatwa selaras dengan keinginan politik, semuanya terbongkar dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Kecanduan berbohong tidak boleh diterima oleh orang Melayu meskipun Azmin Ali cuba mempersoalkan hikayat UMNO dengan membawa natijah ungkapan Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang dalam ucapannya semalam (24/11/2011). Ungkapan tersebut pernah dijadikan muasal kemelayuan oleh Presiden UMNO, Azmin melontarkan kembali dalam konteks menyindir UMNO kerana dilihat tidak jujur, sedangkan PKR merupakan sebuah parti yang berhasrat meminggirkan Melayu apabila penasihatnya berkata, “hapuskan Dasar Ekonomi Baru”, mulakan dengan “sama rasa, sama rata” dengan menyuguhkan konsep meritokrasi yang pernah diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew menerusi gagasan Malaysian Malaysia.

Cabaran untuk UMNO pindakan perlembagaan “menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang oleh orang Melayu” itu sebenarnya boleh mengundang kematian bagi PKR, bukan dibunuh tetapi terpaksa bunuh diri. Cabaran itu akan memaksa bukan Melayu yang berada dalam PKR dan rakan-rakan parti politik dari DAP akan terasa mereka sekarang sedang diperkosakan oleh karibnya sendiri. Bukan Melayu mungkin akan melarikan diri kerana ugutan “meliwat” sedang digerakkan menerusi pekikan nada cemburu Ketua AMK itu.

Lim Hong Siang, editor MerdekaReview (25/11/2011 dengan tajuk PM Melayu:Percaturan Shamsul Akhirnya Memerangkap Diri)  dalam tulisannya mengupas persoalan itu dengan memberikan perumpamaan “langkah undur ke belakang”, “langkah percaturan politik”, yang bakal “mematikan PKR untuk kali kedua di depan Melayu”. Elok juga kita petik kesilapan Shamsul yang mungkin mendedahkan jiwa sebenarnya adalah Melayu, tetapi telah menemui lorong yang salah, yakni bergabung dalam PKR.

“Ia mungkin boleh disifatkan sebagai “bodoh”, dari segi strateginya.  Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian.  AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan “Kongres Anak Melayu” untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010.  Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah “pengolahan” pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini.”

Lim Hong Siang turut memberikan teguran kepada Shamsul yang menghadapi masalah kepimpinan kerana

“pernah mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tanda tangan dari seluruh Malaysia bagi memprotes pembinaan Menara Warisan” akhirnya tidak menjadi kenyataan. Lalu disifatkan sebagai “budaya bercakap besar (atau kosong) dan “hangat-hangat tahi ayam” ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini.  Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan.  Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan.  Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan “jalan raya”. Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai?”

Angkatan Muda dalam PKR sudah kenal siapakah sebenarnya Shamsul, bukan sahaja kerap tersasul bahkan tidak mempunyai konsisten dengan matlamat penubuhan parti. Bagi ramai pemerhati politik, gaya berpolitik Shamsul adalah celupan daripada apa yang dijelmakan oleh Anwar, berubah-ubah seperti seekor sesumpah.Begitu juga dengan Azmin Ali, penyakit sesumpah makin lama makin sukar untuk dipinggirkan dan seluruhnya PKR dibaluti dengan budaya sesumpah.

Bagaimanapun, politik sesumpah itulah akan menyebabkan PKR berhadapan dengan tragedy, sama ada dibunuh, terbunuh dengan sendirinya ataupun bunuh diri akibat yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran. Anwar bakal “mati beragan”, kempunan dengan jawatan Perdana Menteri, kerana populariti Dato’ Sri Najib kian besar dan Anwar semakin dibenci oleh wanita dan anak-anak muda, kerana terlalu kuat berbohong, mengaku pandai tapi banyak silap, bijak bercakap tetapi natijahnya tidak pernah lengkap, ibarat “getah sekerat” hanya dua tiga ketul tapi baunya terlalu kuat hingga memaksa kita menutup hidung tidak tahan.

PKR kini bukan sahaja dilanda penyakit sesumpah bahkan bergelut dengan sindrom “getah sekerat” dan paradok sehingga mampu melantun jadi wabak kanser darah, leukemia dalam politik Malaysia. Harapannya memenangi PRU 13 hanyalah “mimpi yang tidak sudah”, jadi Perdana Menteri ke-7 jauh dari realiti kerana PKR telah berubah menjadi Pertubuhan Kosong Ramuan atau Parti Kurang Rohani meskipun Konggres diadakan menjelang ulangtahun sambutan Hijrah, semangat perubahan yang diketengahkan sudah mengundang marah, gelisah bukan Melayu, mual dan jelek dalam kalangan orang Melayu setelah kehilangan arah kembali merujuk “ketuanan Melayu.”

Isteri yang diceraikan talak tiga, ingin dirujuk semula tapi suami baru tidak sanggup jadi “cina buta”, maka Anwar dan suku sakatnya dalam PKR terus bercakap sesama sendiri bagaimana kalau sama-sama terjun bangunan “bunuh diri” atau mungkin suatu saat akan “dibunuh” oleh rakan-rakannya sendiri? Kemungkinan tetap ada, sudah banyak kali termasuk dalam perangkap sendiri, malu dan aib tidak lagi dipeduli kerana yang penting suatu hari “boleh jadi Perdana Menteri.”

Monosin Sobri

Mungkinkah PAS “Bermusuh” Dengan Rakan-rakan kerana Nak Kembali Kepada Islam?
Tok Guru dah luput tarikh? Tok Guru orang tua, nasihatlah cara baik-baik jangan dok maki hamun dan salahkan orang lain kerana Tok Guru juga banyak salah.

Sewaktu masih bersekolah, kedua-dua orang tua saya sentiasa mengingatkan agar berhati-hati memilih kawan, katanya, kawan ketawa memang ramai, tapi kawan menangis memang tidak ada. Ketika senang banyak kawan-kawan datang, setelah dilanda susah, adalah seorang dua yang menjengok, itulah kawan sejati.

Ketika PAS berdepan dengan pelbagai isu yang sedang menguji sejauhmanakah kekuatan iman dan keikhlasan perjuangan agamanya, tidak seorang pun rakan-rakan yang berjanji akan bersama menumbangkan kerajaan datang memberikan sokongan moral.

Kawan-kawannya memang sedar, jika menunjukkan simpati maka akan menyebabkan kekukuhan sokongannya bakal merosot. Mereka sedang berada dalam persimpangan, nak sokong membawa padah, nak tentang bakal mengundang celaka.

Bilan seksualiti merdeka kedengaran dentum guruh di langit, Mursyidul Am PAS terus memberikan komentar dan bukannya mengecam perbuatan tersebut, tetapi mengeluarkan kenyataan faktor yang mengarahkan kepada suasana itu tentunya salah UMNO, kerana UMNO membuang perkataan “Islam” sedangkan parti itu sampai mati pun akan menggunakannya.

Itu sahaja perbezaan yang ada, maka perbezaan itulah juga bertalu-talu ditembakkan kepada UMNO sebagai parti sekular dan “membawa ke neraka.” PAS adalah sebuah parti yang bagus, walaupun kadangkala pendapat pemimpinnya boleh dinilai sebagai tidak siuman, seperi orang tua nyanyok.

Ketika salah seorang kawannya mengepalai tunjuk perasaan haram atas dasar politik ramailah suku-sakat PAS ikut keluar, sehinggakan ada yang sengaja membuat lakonan kononnya dibelasah oleh polis dan sesak nafas terkena bedilan bom asap. Dia sumpah berbakul-bakul sehingga terlupa sebelumnya memohon doa agar memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Orang PAS berdemo hingga lupa diri bahawa anak isteri siapa yang mahu jaga nanti. Sanggup berhabis demi politik, dan untuk tujuan agama amat sukar untuk kembali menunjukkan sokongan apabila ada gerakan untuk menyekat langkah memurtadkan orang Islam, kerana katanya, itu bukan cara terbaik, tidak dituntut oleh Islam. Tetapi berdemo kerana nak serahkan memorandum sanggup bersengkongkol dengan bukan Islam.

Bukan sahaja berdemo, sebelumnya buat pendirian terbaru untuk menggugurkan “negara Islam” demi sebuah tujuan yang jelas, untuk dilihat ada semangat setiakawan yang besar kerana kawan-kawan memang tidak mahukannya. Ada kawan-kawan sejak sekian lama bertekad untuk lakukan halangan dengan apa secara sekalipun agar Malaysia terus kekal menjadi sekular.

Itu pemimpin PAS tidak faham atau kerana memangnya kurang ketahanan semangat keislamannya. Tetapi, apabila sudah terjerat, pemimpin PAS sebenar terasa begitu malu kerana kawan-kawan yang disokong memberikan lampu hijau kepada sebuah perjuangan untuk mendapatkan kebebasan buat golongan kecil yang mendakwa kehidupannya tersisih, tertekan dan dinafikan atas alasan mempunyai naluri bertentangan dengan sifat semulajadinya.

Kalau dalam Bersih 2.0, Datuk S Ambiga jadi presiden, tetapi untuk program seksualiti merdeka beliau sudahpun memberikan komitmen untuk merasmikan dengan harapan para ahli kumpulan songsang seks boleh memberikan sokongan apabila nanti terpilih jadi calon wakil rakyat atas parti-parti tertentu.

PAS jadi bingung kerana memang parti itu sangat tidak sukakan golongan lelaki setengah dan perempuan setengah, kerana Islam amat keras dengan sifat mereka yang tidak boleh hidup secara fitrah. Setakat yang diketahui, pada permulaan sejarah lagi belum ada manusia yang dilahirkan dengan dua alat kelamin yang berbeza dalam satu tubuh.

Tapi pada masa sekarang, manusia lebih pandai dan cerdik. Mereka mencipta alat kelamian tiruan sebagai kaedah untuk memuaskan nafsu tatkala naluri seksnya memuncak. Bayangkan bagaimana boleh seorang wanita melakukan senggama dengan wanita, maka ia memerlukan alat kelamin tiruan yang tidak ada apa-apa sentuhan sedangkan keajaiban sentuhan itulah yang memberikan nikmat kepada makhluk hidup.

PAS marahkan mereka yang hilang arah kerana kehilangan arah itu seolah-olah hukum rimba yang pernah suatu ketika dinilai kejam dan tidak bertamadun akhirnya dijelmakan kembali atas prinsip kebebasan. Manusia sengaja mencipta kelainan sedangkan kelainan itu adalah sesuatu yang salah dan berdosa.

Kali ini PAS terhegeh-hegeh kerana tiada lagi kawan yang dapat membantu. PKR masih membisu dan DAP terus diam kerana tidak mahu dituduh anti atau bencikan kumpulan kecil manusia yang tidak tahu malu. Kali ini, PAS mula bersendirian dan tidak tahu apa lagi nak kata, nak harapkan kawan-kawan, mereka semuanya tidak berani nak beikan komitmen. Itulah konsep setiakawan yang telah mereka bina sejak cuba serumah walaupun dalam bilik yang berlainan.

Mereka hanya bermimpi, tapi mimpi hanyalah sekadar kejutan dalam tidur kerana setiakawan yang terbina bukan atas keikhlasan dan kejujuran, ia adalah atas kepentingan politik.

Sebagai wanita yang tidak pernah mahu menerima kebaikan orang lain, sama dengan sikap pemimpin PAS, Datuk S Ambiga tidak lagi mendapat kedudukan yang terbaik, langkah awal sebagai ketua Bersih 2.0 pembuka langkah yang bakal menjadikanya kekejangan otot.

Masyarakat yang waras sudah meluat, kerana bagaimana beliau diberikan peranan untuk mencampakkan semua yang dilaksanakan oleh kerajaan, sedang kalau bukan kemudahan itu, beliau tidak mungkin lahir sebagai seorang wanita yang terkenal sebagai peguam. Itulah lagak seorang yang lupa diri, dan orang yang lupa diri sebenarnya mengalami jiwa yang kacau.

Ambiga sudah lupa diri sehingga sanggup menjadikan PAS terkial-kial untuk membasuh najis kerana memberikan restu untuk merasmikan seksualiti merdeka meskipun dinafikan sebagai penganjur. Bah kata peribahasa Melayu, kalau tidak kerana asap, maka tidak diketahui ada apinya.

PAS terpaksa menanggung malu yang besar, tapi mujurlah tidak ramai pemimpin yang melalut seperti Mursyidul Am PAS. Pemimpin-pemimpin lain sudah tahu perangai orang tua yang hampir luput tarikh itu, pantang dicabar sedikit mulalah membuat ulasan yang bukan-bukan kerana mahu cipta sejarah menutup kelemahannya.

Bila orang mengkisahkan sejarah kebodohannya memberikan pandangan, dengan cepat dib alas, itu sudah menjadi sejarah. Kalau dah menjadi sejarah, ia tidak perlu diperkatakan lagi tetapi dalam masa yang sama, untuk mewajarkan tindakan dia terus menggunakan kisah-kisah sejarah.

Buat dia, sejarah hanya untuk kepentingan menegakkan egonya sendiri manakala fakta yang boleh menyebabkan  idealismenya tersungkur mahu disimpan kemas, tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. Biarlah ia terus menjadi rahsia, kerana apabila terbongkar harapan nak jadi wakil rayat sampai mati tidak kesampaian, menteri besar seumur hidup kecundang.

Hingga kini, PAS sebenarnya belum sedar. Pemikirannya masih dalam keadaan terganggu kerana cabaran terbesar ialah bagaimana nak jawab, rakyat Kelantan pun ramai tidak mahukan hukum hudud dilaksanakan, kawan-kawan juga tidak setuju.

Maka, ramai-ramailah pengundi Kelantan akan menghududkan Murysidul Am PAS sendiri kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, hanya tahu bercakap dan mengutuk orang lain sehingga sanggup kerahkan rakyat agar mengangkat tangan doa laknat.

Dalam pilihan raya ke-13 nanti, siapa akan dimakan sumpah sendiri. Apakah Mursyidul Am PAS akan sedar, semakin lama seseorang itu berkuasa maka semakin besarlah kecenderungan melakukan salah dan bertindak umpama kuku besi. Beliau sepatutnya sedar, tidak boleh lagi berbohong kerana ramai sudah pandai dan bijak menilai.

Tidak semua orang muda percaya “undi PAS membawa ke syurga” kerana syurga dunia (yakni peluang pekerjaan) tidak ada dibuka, kerana mungkin suatu ada hari aka nada yang mendapat motivasi dari Muhammad Bouazizi, seorang yang berpendidikan tinggi mempersoalkan kerajaan negeri, di manakah janjinya untuk “membangun bersama Islam”, di mana projek kambing (Husam Musa), siapa sebenar yang kaya menerusi ladang rakyat, siapa yang kenyang dalam projek bazaar Tok Guru, siapa sebenarnya yang membangunkan hotel di Pantai Bisikan Bayu, kerana wakil rakyat terhegeh-hegeh, jaja ke serata alam itu projek kerajaan negeri, masuk kampong sikit terus tunjuk gambar dalam facebook, walhal itu hanyalah sandiwara yang tidak pernah berakhir sejak tertubuhnya PAS pada tahun 1951.

Mungkinkah, suatu hari PAS terpaksa bermusuh dengan kawan-kawannya kerana pengundi terus mengharapkan parti itu benar-benar berwajahkan Islam sebagaimana namanya? Ketika itu, cukupkah keris untuk dihunus oleh PAS berhadapan dengan rakan-rakannya yang berjiwa macam-macam, ada ikut tabie Robin Hood, ada ikut Bonnie & Clyde, ada ikut cara comboy dan tidak kurang seperti cara orang Belanda dapat tanah.

Eloklah, sebelum terlambat semuanya sedar, PAS kembali ke pangkal jalan kerana jalan sebelumnya lebih bermaruah berbanding jalan berkawan dengan mereka yang tidak tentu hala, yang hanya ingin kuasa walaupun dengan menipu dan berbohong.

Oleh MUHAMAD IRFAN ISKANDAR

Masih Mahu Dibela Seksualiti Merdeka?
Pihak polis telah mengambil tindakan mengharamkan Seksualiti Merdeka. Semua pengikut agama Islam menentang aktiviti ini tanpa mengira fahaman politik kepartian, kerana aktiviti ini jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni serta budaya kita.

Namun, dalam kesepakatan umat Islam ini, terbit pula suara-suara sumbang dari para pejuang hak asasi manusia yang mengutuk pengharaman ini dan menganggap bahawa tindakan polis itu adalah menandakan satu hari yang tragik kepada kebebasan manusia di negara kita.

Pembelaan ini memanglah telah dapat diduga dan ditelah kerana para penganjurnya bukanlah terdiri dari NGO atau orang perseorangan yang kecil dan tidak berpengaruh. NGO dan orang inilah juga yang menganjurkan protes jalanan yang besar dan disokong oleh banyak NGO serta parti politik, termasuk parti Islam dan Melayu sendiri.

Bagaimanapun, saya menganggap bahawa bantahan dan gerakan menentang aktiviti songsang dan keji ini telah mendapat kemenangan dengan campur tangan pengawal undang-undang Negara, iaitu polis.

Kepada yang menentang pengharaman ini, maka mereka pun seharusnya menyedari, ketika mereka menganjur Bersih 2.0 dulu polis juga menentangnya atas alasan yang sama, iaitu menganggu ketenteraman awam tetapi mereka meneruskan juga aktiviti itu dan mengkritik pihak polis yang mengharamkannya.

Akviti luar tabie yang digambarkan dalam Seksualiti Merdeka ini akan diadakan dalam masa tiga empat hari selepas umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, iaitu hari raya korban, menandakan kejayaan musim yang penting dan asasi bagi umat Islam, iaitu musim menunaikan rukun Islam yang kelima – ibadat Haji.

Mungkin penentuan waktu yang dilakukan ini mempunyai hubungan dengan niat yang tidak baik terhadap perasaan dan suasana keheningan umat Islam ketika menyambut hari perayaan suci itu. Tetapi saya tidak menuduh begitu, kerana hati manusia hanya Allah saja yang tahu.

Cuma dalam menganjurkan aktiviti ganjil ini, kenapakah Majlis Peguam seharusnya mengambil bahagian, dan kenapa pula bekas presiden Majlis tersebut Ambiga seharusnya bermati-matian membela penganjurannya itu?

Kelakuan ganjil manusia dalam aktiviti seks yang bercanggah dengan fitrah manusia, memang berlaku di sana sini, di dalam tempat persendirian dan tidak dianjurkan kelakuannya di hadapan umum, atau dirayakan dengan rasmi seolah-olah merayakan perkahwinan yang sah.

Tindakan menarik perhatian umum kepada kelakuan terkutuk ini, tidak kira latar belakang pengikut agama apa sekalipun, dan tidak hirau lagi berapa umur pesertanya, adalah satu pencabulan maruah dan kehormatan diri manusia, rakyat negara kita, yang selama ini amat berhati-hati dalam membicarakan perbuatan sumbang ini.

Kalau terdapat orang atau NGO yang masih membela aktiviti ganjil ini, maka rakyat umum seharusnya dapat memahami siapakah mereka, dan apakah tujuannya, dan mereka seharusnya di tolak dalam sebarang pembangunan bangsa dan negara kita mulai sekarang. Jangan hiraukan mereka. Anggaplah mereka bukan sebahagian dari kita dan mereka adalah agen-agen perosak yang ingin melihat kehancuran bangsa dan negara.

Memahami Politik Islam Atas Kemenangan Harakah An-Nadhah Tunisia
21 tahun dalam buangan, kepulangannya membawa kemenangan an-Nadhah dalam pilihan raya 22 Oktober 2011

Pilihan Raya pertama selepas revolusi Tunisia telah diadakan pada 22 Oktober 2011, iaitu sembilan bulan selepas tumbangnya Presiden Zine El-Abidin Ben Ali dalam satu kebangkitan rakyat kesan kematian seorang pemuda yang membakar diri (Muhamad Bouazizi) kerana marahkan pihak berkuasa yang mengejek orang tuanya setelah beliau didenda atas alasan berniaga tanpa kebenaran dan tidak mampu membayar denda, dengan rasminya parti Harakah An-Nadhah (Pergerakan Kebangkitan) pimpinan Syeikh Rashid al-Ghannoushi, 70 menang dengan undi popular sebanyak 42 peratus.

Kemenangan itu bakal menjadikan Tunisia sebuah negara yang mengamalkan pendekatan politik Islam secara demokratik kerana sejak sekian lama Syeikh Rashid al-Ghannoushi mengharapkan sedemikian sejak beliau pernah melibatkan diri dalam politik dan pada tahun 1989 terpaksa meninggalkan tanah leluhurnya atas dasar autokratik Zine el-Abidin Ben Ali yang tidak mahu mengiktiraf kemenangannya ketika itu. Sebelum itu, antara tahun 1981 hingga 1984, Syeikh Rashid terpaksa merengkok dalam penjara dan pada tahun 1987 dipenjarakan sekali lagi sehingga Mei 1989. Walau bagaimanapun, Syeikh Rashid meninggalkan Tunisia pada bulan April 1989.

Antara tahun 1980-an hingga awal 1990-an, Tunisia berhadapan dengan masalah ekonomi di mana kada inflasinya meningkat kepada 10 peratus, hutang luar negara berada pada tahap 46 peratus daripada KDNK dan menjadikan nisbah hutangnya pada kadar 21 peratus KDNK. Semasa kebangkitan rakyat, menurut laporan al-Jazeera, pengangguran berada pada tahap 13 peratus, manakala IMF mengandaikan ia telah meningkat kepada 44 peratus untuk siswazah wanita dan 25 peratus dalam kalangan siswazah lelaki.

Pada tahun 1991, Parti An-Nadhah diharamkan dan pada 12 Julai 1992, seramai 280 orang ahli parti itu dituduh terlibat dalam perancangan menjatuhkan kerajaan. Dalam tuduhan tersebut, seramai 50 orang anggota An-Nadhah dijatuhkan hukuman bunuh. Kes ini menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan meningkatkan tekanan ke atas Tunisia, dan akhirnya dua puluh orang dibebaskan manakala tiga puluh lagi dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.  Pada tahun 1994, Moncef Marzuki, Ketua Kumpulan Hak Asasi Manusia Tunisia dijatuhkan hukuman penjara. Dalam pilihan raya 25 Oktober 2009, Zine El-Abidin dipilih semula sebagai presiden.

Sejak tahun 1989, Syeikh Rashid tinggal dalam buangan di Britain menyusun strategi politiknya dan pada awal tahun ini beliau kembali ke Tunisia buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun kerana pemimpin kuku besi yang menjadi musuhnya sudah melarikan diri ke Arab Saudi kerana tidak tahan lagi dengan desakan dan kebangkitan rakyatnya yang mahukan beliau berundur.

Sebelum bertanding, yakni sebaiknya beliau dilihat sebagai tokoh politik yang paling berpengaruh di Tunisia, Syeikh Rashid membayangkan bahawa bentuk kerajaan yang bakal diterajuinya adalah berlandaskan Islam dan berusaha untuk menghapuskan sistem satu parti yang diamalkan oleh Zine El-Abidin Ben Ali selama 22 tahun. Dalam penjelasan yang diberikan bersama Setiausaha Agungnya, Hammadi al-Jibali, 62, Parti An-Nadhah akan menumpukan kepada tiga aspek penting, iaitu pelancongan, pengupayaan wanita dan sistem pengurusan negara.

Tunisia akan memberikan penekanan untuk meningkatkan tumpuan bidang pelancongan di mana ia merupakan sumber pendapatan yang besar. Setiap tahun dianggarkan sejumlah tujuh juta pelancong tiba di Tunisia dan ini dapat membantuk pertumbuhan ekonomi yang tidak banyak bergantung kepada sumber asli sebagaimana lain-lain negara Arab seperti Libya, Syria, Arab Saudi, Iran dan Kuwait. Syeikh Rashid akan mengekalkan Tunisia sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka di rantau negara-negara teluk.

Sebagai “pemain politik” baru dan utama di Tunisia,  setiap langkahnya akan menjadi perhatian masyarakat dunia, termasuk sikap terhadap negara Israel yang mahukan negara-negara teluk memberikan pertimbangan yang selari dengan kepentingannya mendapat pengiktirafan dan mengesahkan bahawa tindakan ke atas penduduk Palestin sejak rampasan tanah pada tahun 1948 tidak menampakkan ada pertentangan yang mendesak dan berpihak kepada Palestin kerana sebelumnya, Zine El-Abidin Ben Ali merupakan sekutu Amerika Syarikat yang kuat. Israel amat mengharapkan Syeikh Rashid al-Ghannousi melanjutkan tradisi yang telah diamalkan, dan bakal mendapat bantuan langsung dari Amerika Syarikat.

Kemenangan Syeikh Rashid terus menjadi kebimbangan Israel atas status parti itu yang beraliran Islam dan dianggotai oleh bangsa Arab, di mana sebahagian besar orang Arab lebih berpihak kepada Palestin, kerana Israel sebenarnya telah membina sebuah negara haram menerusi helah kekejaman Hitler membunuh jutaan penganut Yahudi dalam holocaust sehingga mendapat simpati Britain dan Perancis selepas Perang Dunia Kedua. Setelah Pakatan Bersekutu {Jerman dan Itali} berjaya dikalahkan oleh Tentera Berikat {Britain, Perancis dan  Amerika Syarikat}, kejatuhan Dinasti Uthmaniah di Turki oleh Young Turk pimpinan Mustafa Kamal Attartuk, Britain dan Perancis akhirnya mencari kawasan untuk membolehkan sebuah negara Yahudi ditubuhkan.

Setelah pencarian di beberapa buah negara, termasuk Mesir, akhirnya Palestin dipersetujui dengan alasan bahawa kawasan itulah sebenarnya “tanah yang dijanjikan” dalam doktrin atau protokol Yahudi Antabangsa yang dirangka oleh Theodor Herzl, dan alasan bahawa kawasan itu tidak berpenghuni. Keturunan asal yang masih menduduki Palestin terus dinafikan dan sebaik sahaja dipersetujui oleh Britain menerusi Perjanjian Balfour, Ben Gurion terus mengambil tindakan menguasai dan bertindak mengusir penduduk. Bermula dari saat itulah Israel dan Palestin terus bergolak dan kemuncaknya pada tahun 1967, Israel melanggar perjanjian pembahagian kawasan yang ditetapkan iaitu 60 peratus milik Israel manakala 40 peratus milik Palestin.

Perkembangan terbaru mengenai Palestin, kerana sudah diterima sebagai ahli baru UNESCO, Amerika Syarikat dan Kanada sudah memberikan reaksi balas dengan menghentikan sumbangan kewangan kepada pertubuhan itu manakala Israel terus mengancam membina sejumlah 2,000 unit rumah baru untuk pendatang Yahudi di atas tanah penduduk Palestin yang dirampas.

Setelah memenangi pilihan raya, Syeikh Rashid sedang berhadapan dengan janjinya sendiri yang mahu mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan telah menjadikan kerajaan pimpinan berusaha mengekalkan bentuk pemerintahan sekular, kerana tidak boleh meletakkan syarat yang keras terhadap sektor pelancongan. Ini bermakna Syeikh Rashid akan terus membenarkan rangkaian penjualan arak dan kelab-kelab hiburan bagi menarik kemasukan pelancong sebagaimana dilakukan oleh Zine El-Abidin Ben Ali sebelum beliau berundur. Ikrarnya, bila berkuasa nanti tidak akan mewajibkan masyarakat Tunisia dan jutaan pelancong dari Barat menghabiskan percutian mereka dengan etika dan akhlak tertentu, yakni bersesuaian dengan kehendak Islam. Arak, pemakaian bikini tidak akan diharamkan, kerana Tunisia tetap mengharapkan “pelancongan menghasilkan pendapatan yang besar dan kerana itu ia tidak akan diganggu.”

Agar tidak menimbulkan kontroversi dengan masyarakat yang menginginkan nilai-nilai Islam ditegakkan, Syeikh Rashid memberikan jaminan bahawa rakyat Tunisia akan diberikan pendidikan dan penerangan secara sukarela untuk mengetepikan arak. Ia akan dilaksanakan secara sukarela. Tempat-tempat penuualan arak akan dihadkan, iaitu di kawasan-kawasn tumpuan pelancong manakala bagi kepentingan penduduk tempatan yang menghormati Islam, akan dikhususkan kawasan-kawasan yang boleh dikunjungi dan penjualan arak akan diharamkan.

Perkara kedua yang menjadi tumpuan parti Nahdhah dalam melakar negara Tunisia di masa depan, ialah dasar parti Islam itu terhadap kaum wanita. Sebaik sahaja keputusan awal menunjukkan An-Nadhah menang, Setiausaha Agungnya telah berjanji akan memberikan separuh kerusi itu kepada aktivis wanita. Tanpa mengamalkan sebarang bentuk diskriminasi, wanita yang bertudung dan tidak bertudung akan diberikan kerusi secara adil dan pendekatan sederhana ini telah diterima dengan baik oleh wanita. Ketika pemerintahan Zine el-Abidin beliau mengharamkan pemakaian tudung oleh kaum wanita.

Jaminan itu terus dilaksanakan oleh An-Nadhah. Ketika meraikan kemenangan tidak rasmi, An-Nadhah telah melantik seorang wanita tidak bertudung sebagai salah seorang calon parti. Sebelum ucapan dimulakan, seorang wanita tidak bertudung lain yang turut disenaraikan sebagai calon parti, dibenarkan berada di pentas dan menyanyi beberapa buah lagu sebagai menandakan adanya kebebasan di Tunisia. Sebelumnya, mereka tidak pernah diberikan peluang dan setiap aktivis wanita dipandang serong oleh pendokong Zine El-Abidin.

Bagi menguruskan pentadbiran negara, An-Nadhah berjanji akan berusaha mewujudkan sebuah masyarakat sekular pelbagai parti dan amat menghormati kebebasan asasi manusia. Sejak mula kembali ke Tunisia, Syeikh Rashid telah berjanji tidak akan melaksanakan Syariat Islam kerana yang lebih diutamakan ketika ini ialah mengembalikan kebebasan kepada rakyat Tunisia dalam semua aspek. Melaksanakan syariat Islam bukanlah prioriti. Keutamaan yang terbesar ialah menghidupkan sistem politik pelbagai parti dan ini adalalah selaras dengan keperluan corak pemerintahan demokrasi yang dipilih Tunisia selepas kejatuhan Zine El-Abidin Ben Ali.

Sehingga an-Nadhah diisytiharkan menang, kritikan mengenai dasar perjuangan Syeikh Rashid belum kedengaran, bahkan dasar mengutamakan perkara utama dan menangguhkan perkara yang kurang utama mendapat sambutan meluas masyarakat. Hal ini tentunya tidak akan berlaku di Malaysia, kerana ada pendekatan yang berbeza di mana parti yang menolak bentuk pentadbiran sekular mahu mempertontonkan nilai-nilai Islamik yang diperjuang, tapi sayang dalam masa yang sama, mempersendakan “keutamaan” dan “menidakkan sumbangan orang lain.” Inilah yang patut dipelajari oleh parti PAS, walaupun an-Nadhah tidak mengekalkan istilah Islam sebagai jenama politiknya, Syeikh Rashid tidak “mengkafirkan” orang Islam yang tidak menyokongnya. Yang lebih diutamakan ialah untuk memberikan kebebasan kepada rakyat dan bukannya menanamkan doktrin “parti itu sahaja yang membawa ke syurga.”

Syeikh Rashid sebenarnya cuba belajar daripada pendekatan dakwah Rasullullah SAW di mana semasa berada di Mekah, Baginda memberikan fokus kepada dasar-dasar akidah, pengukuhan tauhid, mengkhususkan ibadat dengan membuang unsur-unsur syirik (keberhalaan), menjauhi taghut dan memagar diri dengan perhiasan akhlak. Ketika itu, Baginda menangguhkan sementara pelaksanaan hukum Islam, termasuk hukum hudud yang nampanya amat terdesak oleh PAS.

Dalam memahami kehendak tersebut, ada baiknya pemimpin PAS membaca sebuah buku yang ditulis oleh seorang pakar undang-undang syariah, iaitu Profesor Abdullahi Ahmad an-Na’im, dari Emory Law School, Amerika Syarikat. Buku tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan judul Islam dan Negara Sekular: Menegosiasikan Masa Depan Syariah (2007).

Menurut kajian perbandingan yang luas dari beberapa buah negara, an-Na’im merumuskan:

“Syariah memiliki masa depan yang cerah dalam kehidupan publik masyarakat Islam kerana dapat berperanan dalam menyiapkan anak-anak untuk hidup bermasyarakat, membina lembaga dan hubungan sosial….Namun, saya berpendapat bahawa prinsip-prinsip atau aturan-aturan syariah tidak dapat diberlakukan dan diterapkan secara formal oleh negara sebagai hukum dan kebijakan publik hanya kerana alasan bahawa prinsip-prinsip dan aturan-aturan itu merupakan bahagian daripada syariah.Apabila pemberlakuan syariah seperti itu diusahakan, hal itu merupakan kehendak politik negara dan bukan hukum Islam…negara tidak perlu berusaha menerapkan syariah secara formal agar umat Islam benar-benar dapat menjalankan keyakinan Islamnya secara bersungguh-sungguh, sebagai sebahagian dari kewajipan beragama bukan kerana paksaan negara.” (halaman 15-16)

Rumusan ini mungkin akan menyesakkan pemikiran Mursyidul Am PAS yang terlalu ingin memaksa masyarakat Islam menerima hukum hudud kerana ingin mengaburkan mata dan persepsi masyarakat di atas kegagalannya melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar. Hakikatnya, beliau sudah dilihat “tamat tempoh”, dan dengan cara menghidupkan kembali gagasan hukum hudud, semua kelemahan akan terperosok di bawah karpet kuasa, kerana boleh menjadikan UMNO sebagai kambing hitam. Kini, UMNO telahpun dikambinghitamkan atas meningkatkan gejala sosial, termasuk di Kelantan yang diterajuinya selama lebih 20 tahun.

Dari satu sudut kita melihat, sikap Mursyidul Am PAS sebenarnya tidak matang dan enggan belajar dari sejarah. Sesuatu yang bersifat sejarah, bagi beliau perlu dibenamkan atas sifat kesejarahan dan dalam masa yang sama, menggunakan cebisan sejarah untuk membongkar keburukan musuh. Inilah sikap seorang pendendam dan pengamal politik sempit yang kurang cerdik penaakulan mindanya. Mindanya bukan minda seorang ilmuan, tetapi minda orang yang sombong, ego dan melihat dirinya sahaja yang betul. Sebuah minda yang terperangkap dan terjajah dengan belenggu politik ingin terus kekal berkuasa dan menjadi Menteri Besar sampai mati.

Mahanor Saleha

Di Mana Nilai Yang Menjadi Benteng?
Banyak ibu bapa sudah pasti terkejut apabila membaca berita bahawa pihak sekolah telah mengenal pasti banyak pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan perbuatan jenayah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut dan sebagainya.

Orang ramai banyak menyalahkan ibu bapa dalam hal ini, Ada juga orang ramai yang menyalahkan keadaan sekeliling kerana ia mempengaruhi remaja untuk berani atau sanggup melakukan perbuatan menyalahi undang-undang. Bagaimanapun, etilogi atau sebab-sebab mengapa remaja jadi begitu adalah kompleks dan sememangnya kedua-dua faktor tersebut, iaitu ibu bapa dan keadaan sekeliling memainkan peranan.

Biasanya, apabila kita cuba memahami tingkahlaku remaja begini, ada beberapa  persoalan yang seharusnyanya dianalisis. Aspek yang pertama ialah mengapa individu muda ini sanggup atau berani melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Kita percaya ibu bapa mendidik dan mengambil berat tentang akhlak di rumah, begitu juga di sekolah. Tidak ada ibu bapa yang menggalak atau mendorong anak-anak untuk melakukan perbuatan seperti ini. Kadang-kadang ada sesetengah remaja yangmempunyai keluarga yang cukup berhati-hati dan tegas dari segi pengawasan tetapi remaja ini sanggup dan berani juga melakukan tindakan juvenil.

Banyak remaja kelihatan baik di rumah tetapi sungguh berani dan nekad apabila bersama-sama dengan rakan-rakan di luar rumah. Remaja yang datang dari keluarga yang bermasalah dan akibat daripada keibubapaan yang tidak berkesan, tidak takut untuk menunjukkan sikap berani mereka di mana-mana sahaja.

Apa yang dapat kita lihat ialah remaja ini tidak menerapkan nilai yang diamalkan oleh masyarakat. Semua remaja tahu yang perbuatan mereka salah dan mereka boleh dihukum tetapi mereka melakukannya juga. Kesanggupan dan keberanian untuk melanggar undang-undang ini mencerminkan bahawa individu itu tidak ada pertimbangan moral dan rasa bersalah.

Sebab-sebab lain yang membuatkan mereka tidak ada apa-apa pertimbangan ialah mereka mendapat ganjaran serta dapat melepaskan diri daripada tindakan. Misalnya, remaja yang mencuri dan tidak tertangkap, akan gembira menikmati hasil perbuatan mencuri itu. Oleh hal demikian, untuk memberi kesedaran, remaja yang melanggar undang-undang perlu bertanggungjawab terhadap apa yangmereka lakukan. Apabila menghukum, biasanya banyak pertimbangan yang kita ambil dan mereka boleh dikatakan terlepas juga. Kita perlu memikirkan cara yang berkesan supaya remaja yang terlibat dengan juvenil ini bertanggungjawab dan berubah.

Aspek kedua tentang remaja yang terlibat dengan juvenil ialah perhubungan antara mereka dengan orang dewasa. Remaja yang sedang berkembang amat perlu mempunyai kebolehan dan ketrampilan untuk berhubungan dan berurusan denganorang dewasa. Orang dewasa yang paling hampir dengan mereka  adalah ibu bapa, guru dan orang di sekeliling mereka. Dari segi perhubungan, mereka perlu memahami tentang adanya saat gembira dan kecewa. Mereka juga mesti berkebolehan untuk mengatasi keadaan yang menekan. Cara komunikasi dan hormat-menghormati merupakan aspek penting dalam perhubungan.

Remaja yang cenderung ke arah tingkah laku juvenil ini didapati sering pincang dari segi perhubungan dengan orang dewasa. Remaja mengatakan bahawa orang dewasa tidak memahami mereka. Orang dewasa pula mengatakan bahawa remaja degil dan tidak mahumendengar kata atau diajar. Jika situasi ini berterusan, orang dewasa tidak akan dapat mempengaruhi dan mendidik mereka dari segi akhlak dan nilai moral. Banyak orang percaya bahawa rakan sebaya dapat menolong untuk mempengaruhi remaja. Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah remaja seperti ini akan mencari remaja lain yang sama haluan.

Sewaktu sesi kaunseling, usaha untuk menjalin perhubungan antara remaja dengan orang dewasa terutama ibu bapa, bukanlah mudah. Reaksi orang dewasa terhadap perbuatan melanggar undang-undang itu biasanya memburukkan lagi perhubungan. Ada ibu bapa yang menjadi marah dan tidak mahu ambil tahu, dan ada ibu bapa yang mahu anak mereka diambil tindakan dan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak.

Membina akhlak adalah membina suatu sifat dalam diri remaja supaya mereka menjadi individu yang melakukan perbuatan yang berguna dan tidak menyalahi undang-undang serta menjauhi perbuatan yang melanggar undang-undang. Selain itu, mereka juga hendaaklah mengikut kehendak sosial sekeliling dan mematuhi ajaran agama. Oleh hal yang demikian, remaja akan dilihat sebagai individu yang baik, yang tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap masyarakat. Remaja juga dilihat sebagai individu yang tidak menyusahkan tetapi menunjukkan sifat yang mulia dan disenangi.

Banyak orang tertanya-tanya kenapa remaja kita tidak menerap nilai agama, padahal pendidikan agama diberi dan dititikberatkan di sekolah. Kita perlu ingat bahawa menerima pendidikan adalah suatu aspek yang lain. Seperti juga orang dewasa, kanak-kanak dan remaja tidak begitu serius dengan aspek pengalaman, malah orang dewasa pun banyaka yang tidak serius dari segi ini. Amalan yang baik termasuklah menurut apa yang disuruh oleh agama dan menjauh dan menolak apa yang dilarang.

Usaha untuk memutuskan supaya anak-anak kita ini serius dengan pendidikan dan amalan agama, harus bermula dari rumah dan jangan mengharapkan kepada institusi yang lain. Di samping itu, bimbingan mestilah dengan cara yang menarik dan menanamkan minat serta perhatian mereka. Kita bukan sahaja mahu mereka mempunyai pengetahuan agama tetapi mengamalkan apa yang telah mereka pelajari. Jika amalan agama dipandang ringan, bagaimanakah pula akan wujud nilai yang akan menjadi benteng dalam diri individu itu!

Oleh MUHAMMAD HAKIMIN HAKIM

Wanita Dalam ‘Bujukan’ Emansipasi
Sesungguhnya, topik tentang wanita dan hal-hal yang berkaitan dengannya merupakan topik yang hangat diperbincangkan dari semasa ke semasa. Wanita selalu tampil dalam pelbagai media dan sarana-sarana informasi untuk menggambarkan sosok tubuh yang begitu menarik sehingga tidak segan silu mereka muncul dengan dandanan yang ´kurang beretika´.

Mutakhir ini, ketika orang ramai membincangkan hal-hal yang ´mewah´, tidak dapat terlepas daripada menonjolkan gambar-gambar wanita cantik. Bahkan ada produk-produk ubat-ubatan dan elektronik yang tidak ada kaitannya dengan wanita juga tidak terlepas daripada peragaan yang mempertontonkan ‘perhiasan’ wanita.

Seorang penulis beragama Kristian bernama Zummer mengatakan bahawa orang-orang Kristian tidak perlu putus asa, sebab di dalam hati kaum Muslimin telah berkembang kecenderungan yang condong ke arah ilmu bangsa-bangsa Eropah dan kebebasan wanitanya.

Daripada pernyataan ini, secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa keinginan mereka dalam menghancurkan Islam dilakukan dengan cara yang bukan dengan senjata tetapi cara yang licik dan ´kurang disedari´, iaitu dengan menjauhkan wanita daripada agamanya, iaitu Islam.

Jelasnya, hal itu benar-benar menjadi kenyataan. Gerakan pembebasan wanita daripada belenggu penindasan dan gerakan kesamarataan gender yang dipelopori kaum feminis menjadi semakin hangat dari hari ke hari. Dan yang lebih buruk lagi, para pejuang ´kemerdekaan wanita´ itu menganggap bahawa Islamlah yang menjadi penghalang terhadap kebebasan dan ´kejayaan´ wanita dalam segala hal.

Banyak ayat al-Quran yang mereka jadikan ´kambing hitam´ untuk tujuan itu, Contohnya, dalam surah al- Ahzab: 33, perintah bahawa wanita lebih baik di rumah…; An-Nisaa: 34, lelaki itu lebih utama daripada perempuan…; dan banyak lagi yang lain. Padahal apa yang mereka fahami tidaklah demikian adanya. Poligami dibantah. Pembahagian harta pusaka yang lebih banyak untuk lelaki menjadi alasan betapa Islam tidak adil dalam memperlakukan manusia. Kewajiban mentaati suami dalam rumah tangga menurut mereka adalah perintah yang melanggar hak asasi manusia. Mereka menuntut persamaan hak antara lelaki dengan perempuan kerana mereka menganggap itulah keadilan yang sebenar-benarnya.

Jika kebebasan wanita di dunia Barat menjadi impian wanita di dunia (mungkin termasuk di tanah air kita), pertanyaannya: apakah di dunia Barat para wanitanya benar-benar bahagia dengan kebebasan itu, sedangkan tujuan hidup manusia sesungguhnya adalah bahagia dunia dan akhirat? Bukti apa yang dapat kita ajukan untuk membenarkan hal itu atau kayu ukur apa yang kita gunakan untuk menilai bahawa mereka benar-benar bahagia dalam kebebasan itu?

Pertama, ketika wanita di dunia Barat terkongkong oleh Gereja yang menindas semua hak mereka, mereka berusaha untuk melawan dan memperjuangkan kesamarataan gender. Mereka akhirnya menuai hasil. Wanita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki dalam segala bidang kehidupan. Bahkan dalam bidang ketenteraan sekalipun. Wanita turut diberi peranan dalam peperangan. Ketika meletus Perang Vietnam, lebih kurang 100,000 orang tentera wanita turut mengambil bahagian dalam perang tersebut. Hasilnya, daripada sekalian tentera wanita itu, 60,000 orang mengaku dirinya diperkosa oleh rakan tentera lelaki di berek-berek tentera di mana tidak ada pemisahan tempat tidur antara tentera lelaki dengan tentera wanita. Itu baru yang mengaku, belum lagi termasuk kes-kes lain yang terjadi dan lenyap daripada liputan media.

Jadi, di mana letaknya kebahagiaan itu? Ataukah kebebasan mereka untuk bekerja di pejabat sama halnya lelaki, membuat mereka bahagia? Mereka mengaku memperjuangkan kebebasan tetapi yang terjadi adalah mereka mengorbankan diri mereka sendiri. Penelitian dan kajian membuktikan bahawa wanita yang lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah lebih mudah ´terkena penyakit´ daripada mereka yang menjadikan rumah sebagai fokus kegiatannya. Kebebasan yang berhujungkan eksploitasi.

Islam tidak mengenal emansipasi atau kebebasan atau kesamarataan gender, kerana pada dasarnya Islam tidak pernah ´menghalalkan´ penindasan terhadap wanita. Semua aturan yang ´mengatur´ wanita dalam Islam hanyalah untuk menyelamatkan wanita itu daripada noda dan perkara-perkara buruk agar mereka tetap bersih. Aturan itu terutamanya ditujukan untuk melindungi wanita daripada musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam melalui wanita itu sendiri.Islam hadir dengan menempatkan wanita di tempat yang lebih mulia. Perintah menuntut ilmu adalah wajib hukumnya bagi lelaki dan perempuan. Seseorang wanita haruslah cerdas bukan untuk tujuan agar mampu bersaing dengan lelaki, tetapi untuk tujuan yang jauh lebih mulia, iaitu menjadi seorang pendidik. Mendidik generasi bukanlah hal yang mudah, tidak cukup dengan bekalan seadanya; bagaimana mungkin seorang wanita mampu mendidik anak-anak yang lahir daripada rahimnya jika dia sendiri tidak mampu mendidik dirinya sendiri, dan untuk itu mereka memerlukan ilmu.

Selain itu, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “… bahawa jika wanita mampu taat kepada Allah dan Rasul-Nya dengan kata lain berbuat kebaikan, maka akan diberikan pahala dua kali ganda.” (al-Ahzab: 31). Dan banyak lagi bukti lain yang dapat kita kemukakan untuk membuktikan bahwa antara lelaki dengan wanita itu adalah sama; yang membezakannya hanyalah ketakwaannya terhadap Allah s.w.t (al-Hujuraat: 13).

Kedua, bukti bahawa kerana mereka mampu melepaskan diri daripada bergantung ekonomi (mereka bekerja sendiri) sehingga kelihatannya bahagia itu adalah perkara yang masih boleh diperdebatkan. Mengingatkan ukuran kebahagiaan tidaklah semudah itu, maka kebahagiaan yang sesungguhnya tidak hanya melibatkan faktor lahiriah, tetapi juga meliputi ketenangan batin. Dan, dapat dibuktikan dengan penelitian bahawa mereka yang paling banyak mengalami ´tekanan´ adalah mereka yang bekerja atau beraktiviti terlalu lama di luar rumah. Bukankah tekanan (stress) itu adalah bukti betapa kita gagal mengawal dan memelihara emosi kita? Dan itu adalah faktor bukan bersifat fizikal.

Seseorang yang hidup bergaul dengan kaum Muslimin dan mengenal Islam dengan sebenar-benarnya, maka dia akan melihat bahawa wanita Islam di tengah-tengah masyarakat Muslim memiliki kedudukan yang tinggi dan terhormat; satu kedudukan yang dapat menjaga martabat wanita dan kesuciannya. Perintah menutup aurat juga sebagai bukti perlindungan Islam terhadap pandangan lelaki yang tidak berhak memandangnya.Terakhir, Islam tidak pernah melarang wanita bergaul dan melakukan aktiviti di luar rumah selagi apa yang dilakukannya itu sesuai dengan kemampuannya sebagai wanita dan mampu pula membahagi masa antara pekerjaan (kerjaya) dengan rumah tangganya.

Meskipun begitu, tanggungjawab atau kewajiban wanita ialah di rumahnya. Seseorang wanita dalam memandang ´arah rumah tangganya´ harus jauh lebih dalam dan terarah berbanding dengan lelaki. Mungkin kerana dari rahimnyalah lahir makhluk hidup yang diharap menjadi generasi terpuji. Maka, apa jadinya jika semua wanita ´suka dan bahagia´ menjadikan rumah hanya sebagai tempat beristirahat dan setelah itu keluar rumah lagi.

Begitulah hari demi hari. Ketika itu nanti, kita tidak perlu lagi berharap generasi yang cerdas dan berwawasan akan muncul daripada rumah tangga kita sebagai Muslimah.

Mudah-mudahan ini dapat menjadi renungan kita bersama, khususnya bagi mereka yang mengaku Muslimah; sebuah nama yang sekali gus mencerminkan identiti kita.

Oleh IZHAR SYAFAWI

Halangan Generasi Baru
Abad ini juga turut dikatakan sebagai kemuncak kepada gelombang budaya popular yang dibawa menerusi proses globalisasi dan kemajuan teknologi komunikasi. Ramai para pengkaji turut menjadi risau dan resah kerana ia telah menggelorakan rupabentuk masyarakat muda kepada tiga perspektif dengan meletakkan teknologi sebagai pemisahnya.

Dengan mengambil rumusan seorang pengkaji masyarakat, Don Tapscott menerusi tulisannya, Grown Up Digital, demografi penduduk dunia dibahagikan kepada lima kumpulan. Mereka yang lahir sebelum pada tahun 1945, dikenali sebagai Pre Baby Boom. Mereka yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964, sebagai generasi The Baby Boom. Mereka yang lahir pada tahun 1965 hingga 1976 dikenali sebagai generasi X atau The Baby Bust. Mereka yang lahir antara tahun 1977 hingga 1997 adalah generasi Y atau The Echo of the Baby Boom. Generasi yang lahir selepas tahun 1998, dikenali sebagai Generasi Z atau The Generation Net.

Generasi Pre Baby Boom merupakan generasi yang mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran, dan kini mereka merupakan generasi lama. Kalau dilihat dari sudut perangkaan banci penduduk 2010, mereka ini adalah yang berumur 65 tahun ke atas, kini berjumlah 1.47 juta orang. Generasi The Baby Boom, iaitu mereka yang berumur antara 45 hingga 64 tahun adalah mereka yang lahir selepas Perang Dunia Kedua, Malaysia mempunyai sejumlah 4.87 juta.

Generasi the baby boom ini seringkali juga dianggap turut menjadi halangan kepada generasi muda, kerana generasi ini menjadi kelompok yang berpegang kuat kepada warisan budaya dan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sendiri menerusi proses sosialisasi. Sebahagian lagi ibu bapa yang ada pada hari ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai generasi X atau the baby bust.

Generasi ini dikatakan pernah mengalami keadaan yang terpinggir dalam masyarakat pada suatu waktu, tetapi kelompok ini mendapat tahap pendidikan yang lebih baik. Berdasarkan pemerengganan itu, generasi X sekarang sudah berumur antara 34 hingga 45 tahun, iaitu berjumlah 3.7 juta orang. Sebahagian besar generasi ini sudah pun berumahtangga dan mempunyai keluarga pada masa kini.

Generasi Y dilihat sebagai generasi yang telah melewatkan umur perkahwinan mereka dan jika memilih untuk hidup berkeluarga, mereka mempunyai keinginan untuk mempunyai anak dalam usia yang agak lewat. Kelompok ini, sekarang ini berumur antara 13 hingga 33 tahun, iaitu suatu kelompok yang amat besar dalam masyarakat, dianggarkan berjumlah hampir 13 juta orang.

Kebanyakan mereka masih berada dibangku sekolah, dan sebahagian besarnya adalah dalam kumpulan umur remaja. Generasi ini dikatakan lebih banyak membawa masalah dalam masyarakat disebabkan mereka seringkali mengalami pertembungan nilai dan budaya dengan generasi yang lebih awal.

Mereka ini mengasaskan idealism kebebasan dan menerima limpahan era maklumat yang kadangkala amat sukar untuk diasingkan antara benar, palsu ataupun separuh sahih. Mereka lebih mempercayai apa yang mereka peroleh daripada saluran media baru, mereka sudah tidak memberikan perhatian kepada bahan-bahan yang tersiar menerusi kaedah konvensional, yakni media cetak dan elektronik.

Generasi X masih memberikan perhatian yang besar kepada media konvensional sebagai sumber maklumat harian mereka.Generasi Net, atau generasi Z merupakan mereka yang lahir mulai tahun 1998 dan kini berumur di bawah 12 tahun. Mereka merupakan 38 peratus dari jumlah penduduk Malaysia dan kesemuanya boleh dikatakan berada di peringkat sekolah rendah ataupun tingkatan satu sekolah menengah.

Era sekarang turut dikenali sebagai era kebijaksanaan. Era ini bermakna kepintaran intelektual mestilah disepadankan dengan tindakan kita. Jika hanya mementingkan intelektual, kita akan membangun dalam persekitaran yang tidak seimbang, begitu juga jika kita membangun hanya berasaskan tindakan semata-mata tanpa kekuatan intelektual, hasil yang kita peroleh tidak akan menjadi sesuatu yang boleh dipertahankan dengan baik. Ini kerana, perkembangan intelektual manusia semakin cepat berkembang dan ia telah menghasilkan keadaan yang amat cepat berubah.

Maknanya, untuk lahir sebuah peradaban yang lebih besar dan boleh bertahan lama kita memerlukan keseimbangan antara intelek dan tindakan. Menerusi kekuatan intelek, kita akan melaksanakan sesuatu tindakan yang lebih cepat dan jelas, kerana kita mempunyai daya penggerak yang lebih terarah, fokus dan realistik.

Kita mungkin sedar bahawa dalam diri seseorang yang mempunyai fokus, pemikiran terarah dan melakukan tindakan secara realistic adalah manusia yang telah mempengaruhi ramai orang. Kita mungkin menjadi lebih dekat dengan seeorang yang telah membawa kepada perubahan gaya hidup kita pada masa kini, dan setiap orang daripada generasi Y, X dan Z bercakap mengenai kecanggihan produk yang diilhamkan oleh Steve Jobs dari Apple.

Dari perspektinya untuk mengubah cara manusia bertindak dan membudayakan pola perhubungan harian telah mempengaruhi pemikiran Steve Jobs, walaupun beberapa hari lalu, dalam usia 56 tahun beliau telah meninggal dunia, hasil dan idea besarnya masih menjadi perhatian masyarakat moden yang sudah memahami apa itu era digital. Inilah sebuah contoh bagaimana seseorang yang pernah mengalami kehidupan yang sukar telah berjaya mengatasi kesukaran itu dan bangkit dengan penuh gigih sehingga mampu meninggalkan impak yang besar dalam peradaban moden manusia.

Kita mungkin memerlukan lebih ramai manusia kreatif dan innovative kerana kemajuan masa depan negara amat bergantung kuat kepada manusia sedemikian. Maka dalam hal ini, peranan para belia sama ada Generasi Y, X dan Z yang ada dalam negara ini amatlah diperlukan, kerana antaranya saling berkait dan membantu bagi menentukan asas peradaban masa depan negara. Kita sedia maklum, dari perspektif kerajaan amat banyak peluang telah disediakan bagi mereka yang kreatif dan innovative mengengahkan idea mereka, kerajaan telah menyediakan dana yang besar untuk tujuan tersebut.

Cuma, hari ini kita amat mengharapkan generasi baru, terutamanya X dan Z akan tampil mempamerkan gagasan mereka, kerana tanpa mempamerkan apa yang hendak dilakukan, tidak akan ada mereka yang mengetahui dan boleh membantu. Adakalanya, idea yang baik dan bernas tidak boleh direalisasikan keseorangan, ia memerlukan kerjasama daripada orang lain yang mahir dalam bidang-bidang tertentu, maka di sinilah letaknya kerjasama yang erat antara generasi, dan bukannya memperluaskan jurang generasi yang akan membawa perseteruan, konflik dan ketegangan yang tidak akan menghasilkan apa-apa faedah kepada masyarakat, negara dan perubahan budaya manusia akan datang.

Dari sinilah kita sepatutnya bermula, kita mengasaskan setiap tindakan kita dengan cara menghormati idea generasi muda manakala generasi sebelum membantu dan mendorong perkembangan idea yang bernas itu.

Maka, dalam perspektif itulah saya melihat penganjuran majlis ini adalah begitu signifikan sekali dengan perkembangan semasa bagi mencetuskan satu peradaban baru yang bakal mempengaruhi cara hidup kita. Kita yang berada dalam Generasi Y dan sebelumnya hanyalah sekadar melindungi generasi X dan Z, dan mendorong mereka menjadi lebih kreatif dan innovative berdasarkan nilai dan budaya kita, berbudi luhur dan menyanjungi tinggi kesantunan tindakan.

Kita mahukan generasi yang kreatif dan inovatif itu lahir dengan pegangan budaya yang kuat dan mampu bertahan dalam pelbagai asakan budaya popular yang turut sama dibawa oleh perkembangan teknologi. Kita mahukan generasi masa depan yang mampu mengukir sebuah tamadun yang besar, maka pada hari ini kita telah menunjukkan iltizam kita yang kuat, mengumpulkan mereka, memberikan mereka dorongan dan semangat agar mereka tidak hanya melaksanakan sekerat jalan.

Oleh MUHAMMAD QASIM