Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difahami sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam. Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ‘ulama’ dengan kata‑kata, “Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari’at.” Imam al‑Raghib al‑Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak‑tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang [...]





