Melimpahnya laman sembang mempromosikan aktiviti songsang terutama menerusi Facebook (FB) menggambarkan bahawa persoalan adab kehidupan manusia semakin terancam, yakni sedang dicabar agar pengamal budaya keliru itu diberikan pengiktirafan dan hak secara bebas memilih kerana ia adalah prinsip yang dijamin menerusi tafsiran kebebasan asasi. Perjuangan pengamal seks songsang yang bermula di Barat itu sebenarnya dikritik oleh ramai pihak sebagai suatu bentuk kehidupan yang melanggar prinsip semula jadi. Suatu ketika, pemimpin-pemimpin agama mengenakan hukuman bunuh kepada mereka yang mengamalkan budaya songsang itu. [...]





