Setelah membaca dengan teliti tulisan Leiw Chin Tong yang disiarkan menerusi MerdekaReview pada 30 Januari 2012 dengan tajuk Membedah Grand Design Mahathir bahagian pertama jelaslah membuktikan bahawa pandangan ahli parlimen Bukit Bendera itu tidak dapat membezakan antara kebijaksanaan dan manipulasi politik. Kebijaksanaan Tun Dr Mahathir membungkuskan kembali semangat menyatukan rakyat Malaysia menerusi Wawasan 2020 menjadikan BN kembali mendapat semangat yang besar sehingga mampu menyekat kemaraan DAP dalam tiga siri projek tanjung dan selepas pilihan raya umum 1995, Lim Kit Siang [...]





