Melihat gelagat politik Menteri Besar Kelantan ternyata semakin mamai dan lupa dengan apa yang pertahankan suatu ketika dahulu. Dalam ulasan terbaharunya, Nik Aziz menggesa agar Mufti Perak, Tan Sri Harussani tidak mencampuri urusan politik jika mempunyai pandangan berbeza dengan apa yang dipertahankan oleh beliau meskipun fatwanya bukanlah berasaskan keputusan yang kukuh. Tan Sri Harussani yang mengkritik bagaimana Mursyidul Am PAS itu mengeluarkan fatwa bahawa menyertai Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai “wajib” dengan mengambil contoh bagaimana Prof Yusof Qardhawi [...]





