Gelombang sengketa politik dalam parti-parti yang mengatasnamakan Melayu dan Islam semakin gabra apabila masing-masing berusaha untuk mempamerkan wajah menawan agar para pengundi mudah tertarik. Terbaru bagaimana dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam akhirnya berderau buku roma bercakaran sesama sendiri kerana mempunyai niat tersembunyi untuk menyingkirkan seseorang atas alasan kurang popular sedangkan tokoh itu begitu komited memperjuangkan idealisme parti. Bagaikan lempar batu sembunyi tangan. Dengan “memasarkan cadangan” tokoh itu dan ini bakal disingkirkan, akhirnya terjelmalah hakikat sebenar kenapa ianya berlaku. Ia [...]





