Ummatan Wasatan » Komentar

Mereka Membenarkan… Kita Pula?
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa api neraka.”

Alam semesta merupakan ciptaan Allah yang sungguh hebat. Allah menjelaskan tentang alam ini di banyak tempat dalam al-Quran. Apabila memikirkan tentang kehebatan alam ini, maka akan tampak jelaslah kepada kita akan kehebatan penciptanya, iaitu Allah s.w.t.

Ketika al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu, orang-orang Arab ketika itu berada dalam zaman jahiliah. Kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang menjadi petunjuk dalam kehidupan mereka. Akhlak mereka sangat rendah. Mereka bersikap kejam, angkuh dan degil.

Apabila al-Quran diturunkan, mereka beriman kepada Allah sehingga terbentuklah akhlak mulia dalam diri mereka dan tersingkaplah kepada mereka kebenaran tentang hakikat kejadian alam ini. Allah menjelaskan tentang pelbagai fenomena alam yang tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka pada ketika itu. Mereka beriman sepenuhnya kepada al-Quran meskipun sebahagian ayat tersebut tidak dapat dijelaskan pengertiannya yang sebenar pada ketika itu.

Namun dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, keterangan-keterangan tentang ayat-ayat al-Quran semakin jelas. Di ketika umat Islam yang lemah dan longgar keimanan mereka kepada Allah meninggalkan agama Islam, berbondong-bondong pula para pengkaji dan orang-orang dari agama lain masuk ke dalam agama Islam setelah menemui bukti-bukti mengenai kebenaran al-Quran.

Misalnya tentang planet Bumi yang berbentuk bulat telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam…”

Pada ketika al-Quran diturunkan, ilmu astronomi sudahpun berkembang di luar dunia Arab. Orang-orang Yunani sejak dahulu lagi sudah mengkaji tentang fenomena-fenomena di langit dan kemudian mengemukakan pelbagai pandangan terutama tentang asal-usul Bumi, Matahari dan bintang-bintang. Ada yang berpandangan bahawa Bumi berbentuk silinder dan angkasa berputar mengelilinginya. Sebahagian masyarakat kuno turut percaya kepada perkara-perkara pelik seperti dunia ini berbentuk piring dan terletak di atas seekor kura-kura yang besar.

Walaupun Aristotles pada tahun 340 sama mencadangkan bahawa bumi berbentuk bulat, namun tidak ada bukti-bukti saintifik yang dapat menyokong pernyataan tersebut pada zaman itu.

Perkataan Arab yang diterjemahkan sebagai ‘menutupkan’ dalam ayat di atas digunakan untuk menggambarkan pekerjaan membungkus atau menutup sesuatu di atas yang lain secara melingkar, sebagaimana serban dipakaikan pada kepala. Keterangan yang disebut dalam ayat tersebut tentang siang dan malam yang saling menutup satu sama lain berisi keterangan mengenai bentuk Bumi yang bulat.

Bentuk Bumi yang bulat hanya benar-benar jelas apabila pada 12 April 1961, Yuri Gagarin menerobos ke angkasa lepas bersama kapal angkasa Vostok dan berjaya menawan permukaan bulan. Beliau menjadi manusia pertama yang menyaksikan bentuk bumi yang bulat dari angkasa. Hari ini gambar Bumi yang diambil dari angkasa lepas bukan lagi menjadi perkara asing kepada kita.

Hasil kajian yang sangat menakjubkan mutakhir ini ialah tentang fenomena Big Bang. Sehingga abad ke-19, fahaman yang diterima secara meluas oleh ahli-ahli sains ialah alam semesta merupakan kumpulan materi berukuran tak terhingga yang telah ada sejak dahulu kala dan akan terus ada untuk selama-lamanya. Fahaman ini dinamakan sebagai fahaman materialisme.

Tetapi sains dan teknologi yang berkembang pada abad 20 telah meruntuhkan fahaman ini. Edwin Hubble (1889-1953) seorang ahli astronomi Amerika mengumumkan pada tahun 1929 bahawa alam semesta mengembang dan galaksi saling bergerak menjauhi satu sama lain dengan kecepatan yang semakin tinggi (disebut sebagai Hukum Hubble).

Para pengkaji kini berjaya menghasilkan peta tiga dimensi merangkumi 266 000 galaksi. Mereka kemudian membandingkan data tentang penyebaran galaksi dan Radiasi Alam Latar Semesta (radiasi yang dipancarkan ke segenap penjuru alam semesta) yang membawa kepada kesimpulan bahawa galaksi-galaksi terbentuk pada materi yang terbentuk 350 000 tahun setelah peristiwa Big Bang, di mana materi ini saling bertemu dan berkumpul, dan kemudian mendapatkan bentuknya akibat pengaruh daya graviti.

Kenyataan ini bererti suatu masa dahulu alam ini adalah satu titik tunggal dengan volum kosong (tiada), yang berisi semua materi alam semesta dan kemudiannya meledak. Teori ledakan yang dinamakan sebagai Big Bang ini menjelaskan bahawa alam semesta dimulai dengan suatu ledakan besar berjuta-juta tahun dahulu dan sejak itu kepingan-kepingannya masih terus berterbangan hingga kini. Hari ini makin banyak bukti ditemui menyokong teori ini.

Model Big Bang adalah titik terakhir yang dicapai ilmu pengetahuan tentang asal usul alam semesta. Begitulah, alam semesta ini telah diciptakan oleh Allah Yang Maha Perkasa dengan sempurna tanpa cacat. Penemuan yang menakjubkan ini sekaligus meruntuhkan fahaman materialisme yang tidak percaya kepada kewujudan Allah yang menciptakan alam ini (atheis) seperti kata George Politzer dalam bukunya Principes Fondamentaux ada Philosophie, “Alam semesta bukanlah sesuatu yang diciptakan. Jika ia diciptakan, ia sudah pasti diciptakan oleh Tuhan dengan seketika dan dari ketiadaan.”

Kenyataan tentang penciptaan langit dan bumi ini baru ditemui pada abad ke-20, sedangkan al-Quran telah menyebut mengenainya 14 abad yang lalu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dia pencipta langit dan bumi.”

“Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”

“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapa mereka tiada juga beriman?”

Ilmu yang diperoleh hasil kajian para saintis Barat ini mampu melahirkan pengagungan terhadap Allah, sekali gus meningkatkan pengabdian kepada-Nya. Tetapi mengapakah kita masih lalai dan leka? “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

MUHAMMAD HAKIMIN HAKIM

Homoseksual Tetap Malapetaka, Anwar Bakal Tenggelam Dalam Bayangan Ajalnya Sendiri.
Kerana Takut, Anwar Pernah Mohon Perlindungan Kedutaan Turki pada 28 Jun 2008 Apabila Saiful Bakhari Azlan Membuat Laporan Polis

Sejak menang kes pencabulan seks sesama lelaki pada 9 Januari 2012, Anwar dan konco-konconya terus memperlihatkan angkara sosial yang lebih terus dengan menyebarkan dakwaan bahawa dirinya sudah bersih atau menjadi putih daripada segala kekotoran yang selama ini menyelubungi dirinya. Maka itulah tidak segan silu seorang penyokong kuatnya pernah membayangkan bahawa Anwar sebagai penyelamat, sebagaimana turunnya Imam Mahadi untuk menyelamatkan seluruh masyarakat Arab yang digegoroti oleh Yahudi laknat.

Tidak cukup dengan itu, Anwar dan konco-konconya mula menjelajah ke seluruh negara untuk memberikan penerangan bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik UMNO kerana takutkan bahawa parti yang memerintah lebih 50 tahun akan kecundang dalam misi perdana menakluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Paling mengelirukan ialah apabila Anwar membuat kupasan bahawa peraturan yang menghalang aktiviti homoseksual yang digariskan dan dikuatkuasakan di Malaysia sebagai tidak lagi relevan. Apa kaitannya dengan Anwar?

Kaitannya adalah jelas, jika terus mengalunkan gelombang ketidakadilan undang-undang bermakna Anwar sedang mencari peluang seterusnya. Peluangnya ialah untuk membawa pemikiran awam kepada sasaran yang boleh mendesak pihak-pihak agar tidak menyokong tuntutan Saiful Bakhari Azlan memohon agar pihak pendakwaraya tidak mengemukakan rayuan. Inilah helah sebenar Anwar yang melihat pembebasannya pada 9 Januari lalu masih belum selamat, kerana apa pun keputusannya bergantung kepada proses rayuan yang bakal dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.

Sikap Anwar yang konsisten dalam memperjuangkan kelonggaran peraturan homoseksual itu menampakkan dirinya sendiri kepada sebuah dosa sosial yang keterlaluan dan bercanggah dengan apa yang dipercayainya semasa berada dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sewaktu itu, Anwar yang begitu lantang mengkritik permasalahan sosial yang tidak dihubungkaitkan dengan jelas kehendak Islam, tapi kali ini beliau mula mendesaknya sebagai sesuatu yang perlu atas nama kepentingan semasa. Dan, kerana itulah melihat sekatan yang ada sebagai sudah tidak relevan lagi.

Sebenarnya, dalam senario politik semasa, Anwar juga sudah merupakan liabiliti kepada seluruh rakyat Malaysia kerana beliau hanya tahu berjanji dan menganjurkan demonstrasi. Bagi setiap rakyat yang cintakan keamanan, tentunya tidak boleh menerima bahawa mereka yang menjadi dalang kepada beberapa protes yang menyebabkan rakyat menjadi resah. Anwar menjadi faktor kenapa berlakunya protes yang pernah dijelmakan sebagai “rusuhan angin perubahan” yang tidak menguntungkan rakyat, tetapi lebih mengutamakan suku-sakat beliau sendiri. Contoh yang jelas ialah bagaimana PKR bertindak menyingkirkan ramai pemimpinnya kerana mahukan kedudukan bateri 3A terus kukuh—Azmin, Azizah dan Anwar—sehingga parti itu penuh dengan parasit yang menyakitkan.

Parasit yang ada dalam PKR terus dikembangbiakkan ke dalam PAS.  PAS yang sudah kehilangan sokongan moral menjadi terpukau dengan amanat Anwar bahawa Putrajaya akan dimiliki pembangkang walaupun kerajaan baru 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan. Dalam percaturan tersebut, Anwar terpaksa mempekuatkan pengaruhnya dalam PAS yang disifatkan oleh Datuk Zulkifli Noordin sebagai Anwarinas manakala Datuk Dr Hasan Ali sebagai parasit. Parasit itulah sebenarnya yang menggigit enzim dalam tubuh PAS sehingga menyebabkan sesiapa sahaja yang melihat Islam sebagai suatu dasar perjuangan yang jelas perlu disingkirkan. Hassan Ali sudah tersingkir, namun ikrarnya tetap jelas “jika PAS berjaya hapuskan parasit itu dan kembali ke perjuangan asal, Hasan Ali akan mengisi semula borang sebagai ahli PAS.”

Kekentalan semangat perjuangan dan keislaman Datuk Dr Hasan Ali tidak mudah goyah bahkan Presiden PAS sendiri semakin terumbang-ambing dengan biduk politik yang diterajuinya. Haji Anwar menjadi begitu penikus bila berhadapan dengan kehendak Anwar dan DAP, kerana terlalu mengharapkan dokongan kedua parti tersebut sedangkan kalau diukur dari segi pengaruh sebenar, kedua parti itu tidaklah sehebat mana. DAP hanya hebat dalam kalangan pengundi Cina dan yakin akan menang di kesemua 46 kawasan parlimen sedangkan jumlah kawasan majority Melayu adalah lebih besar. Kerana mahukan kuasa yang lebih, DAP sedang membuat pertimbangan yang mendalam untuk menarik seramai mungkin pemimpin-pemimpin Melayu, termasuk veteran UMNO yang sudah kehilangan tapak kuasa politiknya.

DAP sebenarnya lebih ghairah untuk berkuasa dan kerana itulah menyusun dengan rapi kerangka politiknya agar dapat menguasai beberapa buah negeri lagi setelah merasakan kedudukannya di Pulau Pinang agak kuat. Pengundi Cina Pulau Pinang telah dikenalpasti tidak akan berubah sokongan meskipun secara luarannya memberikan riak sokongan kepada BN. Pengundi Cina Pulau Pinang dijangka tidak banyak berbeza dengan pola pengundian mereka pada tahun 2008, tetapi pengundi Melayu sudah menunjukkan reaksi kurang senang dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pakatan DAP dan PKR di Pulau Pinang. Pengundi Melayu Pulau Pinang sudah terasa banyak tersiksa dengan langkah DAP manakala PKR hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah melihat kesukaran hidup orang Melayu sebagai tanggungjawab sosial yang besar untuk diatasi. PKR membiarkannya sehingga berjaya disingkirkan secara halus oleh DAP atas nama “keadilan dan bukannya diskriminasi atau perkauman.” Keadilan dalam konteks yang salah, yakni tidak melihat kepada perspektif sejarah dan keperluan sebenar.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh firma swasta yang mengaudit asset milik wakil rakyat Pakatan Rakyat Pulau Pinang, ramai yang bertanya bagaimana seorang Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman boleh memiliki sebuah rumah murah yang berharga RM 25,000 sedangkan sebelum memasuki arena politik beliau adalah seorang kakitangan USM yang boleh disamakan dengan penjawat awam dalam kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan A.

Sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim, Dr Mansor adalah seorang pensyarah sains politik di Pusat Pengajian Dasar. Jawatan terakhir beliau ialah Profesor Madya, maknanya dari segi peraturan yang digunapakai ketika itu, seseorang dalam kumpulan A tidak dibenarkan membeli rumah murah. Rumah Murah adalah milik rakyat yang miskin dan bukannya milik seorang pensyarah yang pernah bercakap mengenai kemiskinan ketika mengutip data di lapangan, yakni mengkaji rangka pembangunan orang Melayu yang ditaja oleh Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Jadi, di manakah sebenarnya keadilan yang diperjuangkan oleh Dr Mansor kerana beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan rumah harga murah yang bukan dikhususkan kepada kakitangan awam dalam kumpulan A.

Pendedahan itu bakal memberikan cabaran yang besar kepada kedudukan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya umum ke-13 kerana PKR sebenarnya sedang berusaha membina kekayaan dirinya, dan sanggup memperhambakan “ketuanan rakyat”, termasuk mengheret rakyat ke kancah permusuhan sebagaimana dianjurkan dalam kempen 901, kempen pembebasan Anwar yang tidak pun dipenjarakan ketika itu. Kempen pembebasan yang tidak tepat dan dilihat paling melucukan dalam sejarah. Belum pun dijatuhkan hukuman, sudah didesak pembebasan. Belum pun masuk penjara, Azmin sudah berikrar akan runtuhkan tembok penjara. Belum pun jadi Perdana Menteri sudah meletakkan program dan dasar membangunkan negara menerusi Projek Jingga yang bertukar menjadi merah menyala, dan seterusnya malap dan kusam.

Anwar perlu menggerakkan lebih banyak gerakan untuk membersihkan dirinya sendiri, tetapi hakikatnya proses pembersihan itu tidak juga akan memutihkan dirinya. Anwar terus dianggap lebih banyak melakukan pembohongan dan keputusan terdesak demi mengekalkan bahawa dirinya tetap relevan sedangkan golongan muda yang bakal menjadi pengundi terbesar sudah sedar dan kenal siapakah Anwar sebenarnya. Anwar tidak lagi boleh diharapkan kerana menghina orang muda, manakala Saiful Bakhari Azlan bakal menjadi ikon baru dalam perjuangan menegakkan keadilan, walaupun terpaksa berhadapan pelbagai tekanan, jiwanya tetap kental dan reda dengan apa keputusannya, tetapi ada sesuatu yang tidak dapat dilepaskan oleh Anwar, iaitu hukuman Allah SWT tatkala diadili dengan penuh keadilan. Tidak ada anggota yang boleh menafikannya, kerana bagi Allah SWT suluhan perilaku manusia tidak dapat disembunyikan dengan apa cara sekalipun, walaupun manusia cuba berusaha menghapuskan bukti. Itulah hakikatnya, yang benar akan menemui kebenarannya pada suatu ketika meskipun kilauan mutiara bersalutkan lumpur. Anwar perlu sedar, beliau sebenarnya sudah bertukar menjadi liability dan bukan lagi asset politik yang berharga, kedudukannya semakin sehari semakin goyah walaupun dilihat mencari sokongan baru daripada pengagum aktiviti homoseksual.

Dalam Islam, homoseksual tetap malapetaka. Bahkan, sokongan Anwar kepada perlakuan dan peruntukan undang-undang yang lebih liberal ke atas kelompok tersebut bakal menenggelamkan kedudukan dan peribadinya, sebagaimana pernah digambarkan oleh kemusnahan pengikut-pengikut Nabi Luth a.s. yang tidak mengendahkan perilaku homoseksual. Pengamaln homoseksual terus memusnahkan dirinya secara beransur-ansur sebagaimana berlaku ke atas penduduk Pompeii, yang kini masih tersisa bukti, menjadi batu dan berdebu dengan lahar gunung berapi. Tidaklah keterlaluan, semua masyarakat bersatu tekad untuk mendesak agar Anwar kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan berhenti daripada melakukan provokasi yang bakal memusnahkan dirinya sendiri. Anwar sebenarnya semakin beransur-ansur berada dalam proses kemusnahan dirinya, kerana keegoaan dan libidonya terlalu melampaui batas seorang manusia beradab dan bersusila.

Monosin Sobri

Konflik dan Fenomena Adaptasi Novel Ombak Rindu ke Layar Perak
Ombak Rindu Dalam Konflik dan Kontroversi Pengarangnya Fauziah Anshaari.

Ombak Rindu sebuah filem Melayu dalam genre drama kembali mendapat sambutan hangat sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak awal Disember dianggarkan mampu meraih kutipan pecah paggung lebih RM 6 juta. Sejak mula ditayangkan sehingga Ahad lalu dikatakan sudah mencecah kutipan tiket lebih RM 4 juta.

Kejayaan itu turut membabitkan kontorversi dengan penulis novel, Fauziah Anshaari atas dua sebab utama yakni “tidak dilibatkan dalam penghasilan skrip” dan “dakwaan tidak menerima apa-apa bayaran”.

Kontroversi tidak dilibatkan sama dalam penulisan skrip harus dinilai sebagai sesuatu yang kurang diterima. Fauziah harus melihat bahawa antara medium novel dan filem adalah dua perkara yang berbeza, tidak semua yang terkandung di dalam novel perlu digarap seratus peratus.

Medium novel akan membiarkan pembaca mengumpul kekuatan untuk mentafsirkan kata-kata manakala menerusi filem keadaan ini tidak berlaku. Penonton dihidangkan dengan imej visual, maka ia amat bergantung kepada kreativiti sutradaranya untuk menjadikan filem tersebut menarik dan mencengkam dudukan penonton hingga ke akhir cerita.

Berdasarakan cengkaman itu pengarahnya berjaya lakukan kerana setiap mereka yang menontonnya tidak tertidur ataupun resah dengan masa tayangan selama dua jam lima minit. Bukan mudah untuk membolehkan penonton tidak berganjak hingga ke adegan terakhir.

Kontroversi bayaran nampaknya sudah terjawab apabila syarikat yang menerbitkan novel itu sejak sembilan tahun lalu memberikan jawapan bahawa sebelum filem tersebut meletup, sudah 150,000 naskhah novel terjual dengan ulang cetak sebanyak 9 kali. Dari segi itu, Fauziah tidak perlu mendakwa yang beliau tidak menerima apa-apa bayaran, sudah RM 219,000 masuk ke dompetnya dan dikira amat lumayan.

Bahkan apabila novel itu dipindahkan ke layar putih, penerbit novel telah menjualnya kepada Astro Shaw dan Tarantella Pictures dengan harga RM 4,000 manakala Fauziah telah menerima royalti sebanyak RM 1,600. Hasil daripada adaptasi novel ke filem, novel tersebut turut diulangcetak sejumlah 40,000 naskhah dan ini akan memberikan royalti sejumlah RM 50,000 lagi. Apakah ini suatu jumlah yang kecil sedangkan harga pasarannya adalah RM 18.00?

Kalau dikira kesemuanya, Fauziah memperoleh royalti sejumlah RM 270,600, yakni lebih RM 30,000 setahun. Ia boleh dianggap lumayan bagi penulis novel Malaysia kerana ia bukanlah benar-benar menjadi fenomena sebagaimana di Indonesia apabila novel Ketika Cinta Bertasbih dan  Ayat-ayat Cinta dipindahkan ke layar perak dan drama televisyen.

Di sebalik kontroversi itu, di layar putih Osman Ali telah berjaya memberikan elemen konflik sehingga ramai penonton bersedia untuk menangis dan teruntum emosi dek sikap Aoran Aziz (Haris) yang mulanya melanggani Izzah (Maya Karin) setelah dijual oleh bapa saudaranya sendiri (Pak Cik Taha) kepada sebuah rumah hiburan (kelab malam) dengan alasan membantu kos pembedahan penyakit kanser ibu saudaranya. Izzah merupakan anak gadis perkampungan nelayan yang kematian ibu bapa akibat kemalangan jalan raya.

Pertemuan pertama antara Hariz dan Izzah berlaku secara kebetulan. Izzah berlari dalam dalam hujan untuk mengejar Pak Cik Taha yang meninggalkannya di sebuah kelab malam jatuh manakala Haris yang sedang memandu membrekkan kereta. Mykad Izzah tercicir dan atas keciciran itulah dicarinya. Hariz sanggup membayar sehingga tiga kali ganda dari jumlah “harga jualan” demi untuk menjadikan Izzah miliknya seorang.

Atas dasar persahabatan dan budi Hariz, Izzah kemudiannya dipungut sebagai perempuan simpanan. Izzah kemudiannya ditempatkan di sebuah rumah milik Hariz, seorang usahawan ladang teh yang kaya raya. Kemudiannya konflik itu berkembang apabila Hariz meletakkan syarat perlu melayan kehendak seksnya setiap kali diinginkan.

Kekuatan iman membuatkan Hariz gagal untuk melakukan hubungan seks di atas sofa dan kemudiannya Izzah memberikan jaminan akan “memenuhi permintaan” jika mereka berkahwin. Izzah tidak akan menuntu apa pun daripada Hariz, tetapi pernikahan mereka perlu dirahsiakan. Mereka berkahwin di negara jiran, dan dari saat itu mereka tinggal sebagai suami isteri walaupun dalam keadaan kekeringan kasih sayang.

Konflik berikutnya berlaku apabila Izzah muntah-muntah yang disangka “mengandung” sedangkan itu adalah pengalaman biasa setiap kali datang bulan. Setelah mensyaki Izzah mengandung, mendapat berita dari Pak Dollah dan isteri (lakonan Zaidi Omar dan Normah Damanhuri), Hariz menyerbu rumah dengan bertindak ganas dan memaksa agar digugurkan kandungan tersebut. Akhirnya, dalam keadaan lemah akibat dihantuk ke mangkuk tandas, Hariz menjadi panik dan memohon maaf atas salah sangkanya itu.

Hariz mula menyayangi Izzah dan berjanji akan terus bersama walau apa pun berlaku. Izzah pula berazam akan terus menerima Hariz walau apa pun berlaku, termasuk disiksa.Mereka berdua akhirnya mula menyulam cinta, tetapi kesegaran itu tidak lama, kerana kepulangan Mila Amylia (Lisa Surhani) dari Amerika Syarikat, yang merupakan rakan sekolahnya dan amat mengharapkan kepulangannya itu disusuli dengan perkahwinan.

Hariz tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan Mila, tetapi atas desakan Mila dan ibunya terpaksa diterima. Dalam keterpaksaan itulah Mila mensyaki ada sesuatu yang membelenggu emosi Hariz dan cuba mencari siapakah sebenarnya wanita yang bertaut di hati suaminya. Suatu hari Izzah bertemu dengan Mila ketika berkunjung ke pejabat, di mana ketika itu Izzah bekerja sebagai pembantu peribadi Hariz.

Ibu Hariz mencari jalan untuk memisahkan Izzah dan akhirnya secara kebetulan, Izzah dan Mila ke pejabat dan melihat seorang wanita sedang menangis di pangkuan Hariz. Kedua orang wanita yang berkongsi suami mengambil keputusan meninggalkan Hariz, manakala wanita yang berada dalam bilik Hariz sebenarnya baru sahaja terputus cinta dengan suami orang, bernama Azman setelah enam tahun mereka berkenalan. Dicuba menerangkan situasi sebenar, Mila tidak dapat menerimanya dan memutuskan persahabatan yang sekian lama terjalin.

Dalam suasana kejar mengejar membawa hati yang remuk, Hariz yang memandu bertembung dengan sebuah lori di sebuah selekoh berbukit. Kemalangan itu menyebabkan Hariz dimasukkan ke hospital, dan semasa di hospital terjadi lagi konflik, di mana ibu Hariz tidak membenarkan Izzah menjengok Hariz.

Izzah tetap tabah dan tidak mempedulikan ancaman tersebut. Izzah menemani Hariz, dan sentiasa membawa ayat-ayat suci di sisi katil suaminya. Suatu hari, ibu Hariz terserempak dengan Izzah yang sedang membaca ayat-ayat suci di sisi suaminya dan diberikan amaran terakhir agar tidak lagi berada di hospital. Ketika itu Hariz masih dalam keadaan koma.

Setelah Izzah dihalau, Hariz mula membuka mata dan beberapa hari kemudian dibawa pulang ke rumah. Hariz disekat daripada menghubungi sesiapa, termasuk Izzah. Ibu Hariz terus melakukan tindakan drastik dengan “menghalau Izzah keluar pada malam itu juga di tempat penginapannya di samping mengarahkan meletakkan jawatan, menyerahkan telefon bimbit, kereta pemberian Hariz. Izzah hanya dibenarkan membawa bersama pakaian dan diberi peluang untuk memanjang tempoh kuat kuasa walaupun esok pagi.

Izzah kembali ke kampungnya dan bertemu semula dengan seorang pemuda yang amat mengharapkan cinta darinya. Izzah cuba kembali ke rumah Pak Ciknya, tetapi hampa. Emak saudaranya telah meninggal dunia selepas seminggu menjalani pembedahan manakala Pak Cik Taha menghilangkan diri kerana dibelenggu oleh hutang.

Kepulangan Izzah memberikan sedikit harapan, tetapi ternyata harapan itu hanyalah sebuah impian. Mail (Bronte Palare) akhirnya mendapat tahu dari mulut Izzah bahawa “calon isterinya” telah berkahwin, tetapi mereka terus berkawan. Mail yang baru mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur akhirnya ingin menumpang Izzah dan mereka keduanya bertolak ke Kuala Lumpur dengan menumpang di rumah Pak Dollah dan isteri yang baru balik dari menunaikan haji.

Konflik seterusnya terjadi apabila kehadiran Hariz untuk mengunjungi Pak Dollah terserempak dengan Mail dan Izzah. Kedua mereka sebenarnya telah dirakamkan gambar oleh seseorang yang diupah oleh ibu Hariz untuk dijadikan bukti tuduhan Izzah tidak jujur. Setibanya Hariz di rumah Pak Dollah, Izzah menerpa ke arah suaminya, dan Hariz menghumban Izzah ke tanah sambil menuduh kecurangan isterinya.

Akibat daripada tidak sanggup Hariz menerima isterinya kerana termakan fitnah, beliau meninggalkan rumah Pak Dollah sedangkan Izzah terus mengejar kenderaan yang meluru pergi sehingga terjatuh. Izzah mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital, dan ia bernasib baik kerana kandungannya tidak bermasalah.

Pak Dollah akhirnya menemui Hariz dan di situ terjadi lagi konflik. Pak Dollah sebenarnya merupakan ayah kandung Hariz, dan dari situlah terungkainya niat buruk seorang ibu yang amat takutkan warisan suaminya dan hubungan dengan keluarga rakan almarhum suaminya terputus. Hariz akhirnya membuat keputusan untuk mencari Izzah . Dengan bantuan Mail, akhirnya Hariz dan Izzah bersatu kembali.

Konflik seterusnya apabila Mila menemui Izzah dan akhirnya Mila membuat keputusan memohon cerai daripada suaminya serta berjanji akan mencari jalan kebahagiaanya sendiri.

Dalam kesyahduan emosi, penonton kadangkala tidak melihat ada kejanggalan yang berlaku ke atas Izzah yang dipanggil sebagai ustazah. Apabila Izzah membaca ayat-ayat suci, sebutannya terasa janggal kerana keselor lidahnya manakala semasa membawa Yaasin sewaktu menemami Hariz yang sedang koma, cara pembacaannya menghampiri ritma nyanyian. IIzzah tidak menuruti kaedah sebenar tanda bacaan yang terdapat pada setiap perkataan dalam ayat-ayat tersebut.

File mini juga mempunyai beberapa klise sehingga pemonton merasakan ada percubaan untuk mengulangi cara seorang emak mertua memfitnahkan menantunya, sebagaimana adegan dalam filem Ibu Mertuaku. Juga klise atas kapal layar yang cuba mengadaptasikan mood yang dilakukan oleh James Cameeron menerusi filem Titanic. Adegan di atas batu memadu cinta juga suatu perkara yang amat lumrah dalam filem-filem Hindi dan beberapa mood pencahayaan banyak diambil dari filem Titanic dan Kaho Na Pyar Hai, sebuah filem Hindi box-office .

Meskipun begitu, sebagai sebuah filem Osman Ali telah berjaya mengangkat kembali genre drama (pemandangan sekitar sawah, tepian laut amat menarik) sehingga mampu pecah panggung dalam masa kurang dua minggu ditayangkan. Bagaimanapun, kontroversi adaptasi novel bukan kali pertama berlaku, malah sebelum ini, A Samad Said turut tersinggung apabila novelnya, Langit Petang dipindahkan ke layar perak, manakala Ahdiat Akasah dengan Legenda Budak Setan (juga oleh Osman Ali), novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) kerana perbezaan medium dan nilai komersial yang digarap bagi mengembalikan semula jumlah kos penerbitannya.

Sebuah filem yang baik dan berbaloi untuk menontonnya. Syabas, kesemua pelakon mampu menghasilkan lakonan yang mantap dan berupaya menjiwa watak, meskipun ada kekurangan keselor lidah Mail dan Izzah dalam melakukan sebutan beberapa patah perkataan Melayu. Yang agak mengecewakan ialah apabila Mila cuba mendefinisikan makna perkataan “redha” dan “pasrah” atas nilai keikhlasan dan keterpaksaan. Pasrah dikatakan sebagai suatu penyerahan secara paksaan manakala redha adalah keikhlasan, walhal dalam nilai kepasrahan itu ikut mengandungi unsur-unsur keikhlasan.

Mahanor Saleha

Perangkap “Kekeliruan” dan “Kepalsuan”
Dunia kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah “kekeliruan dan “kepalsuan”.

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda diperdengarkan dan dipertontonkan, khususnya peristiwa demi peristiwa di seluruh dunia mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah, akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal.

Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat daripada sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan Globalisasi.

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat daripada apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi daripada sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan penyamarataan “semua untuk satu dan satu untuk semua”. Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari “nilai-nilai global” yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah kepada sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di Barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya “rakyat global” adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara.

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa Barat.

Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut ‘globalisme’ ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil “dunia tanpa sempadan” adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa, iaitu blok Barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep “semua untuk satu” jualah yang kini menjadi agenda Barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi.

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang- bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

Pakaian jenama Barat.

Makanan segera keluaran Barat.

Minuman global yang ditaja oleh Barat.

Hiburan yang menonjolkan budaya Barat.

Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.

Rekreasi yang meniru ala Barat.

Dunia lakonan dan pembikinan filem cara Barat.

Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala Barat.

Produk rokok yang menajakan budaya hidup Barat.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup Timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal daripada implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

Oleh NURHIDAYAH ABDULLAH

Politik Melayu-Islam di Persimpangan Kemelut Kuasa
Siapa Khianati Siapa?

Wawancara pengarang Sinar Harian (11 November 2011) dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mengenai kedudukan orang Melayu yang semakin berpecah atas sebab politik perlu dirungkaikan dengan lebih bekesan jika setiap daripada orang Melayu masih merasakan negara ini ada harapan besar kepada “ketuanan Melayu.”

Tun Dr Mahathir melihat bahawa orang Melayu semakin berpecah dan perpecahan tersebut bakal menyebabkan kekuatan “ketuanan Melayu” akan hilang secara beransur-ansur, kalaupun tidak boleh hilang secara drastik berdasarkan perubahan politik semasa.

Berdasarkan faktor sejarah, “ketuanan Melayu” yang pernah muncul sebagai kekuatan besar telah begitu cepat terhakis apabila faktor-faktor dalaman yang menjadi agen penyatu telah hilang secara mudah kerana orang Melayu sebenarnya mudah lupa akan asal usul bangsanya sendiri.

Kelupaan orang Melayu tentang asal-usulnya telah menjadi bahan perbincangan menarik Khalid Salleh apabila menterbalikkan kata-kata hikmah yang ditinggalkan oleh Laksamana Hang Tuah. Pada zaman kegemilangan Melaka, Hang Tuah yakin bahawa Melayu Tidak Akan Hilang Di dunia, tetapi bagi Khalid Salleh atas sebab perjuangan politik sempit orang Melayu sendiri, suatu ketika Melayu akan hilang di dunia.

Dalam analisis Khalid Salleh (baca bukunya, Melayu Hilang Di Dunia,  terbitan 2011) secara jelas beliau memberikan kritikan tajam sikap pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang “melacurkan kepentingan politiknya” sehingga boleh memusnahkan nilai, sikap, kosmos dan budaya Melayu, dari bahasa Melayu sudah bertukar menjadi bahasa Malaysia, dari sebuah wilayah Melayu yang meliputi seluruh nusantara kepada pemencilan sempadan wilayah geografi dan politik, hinggalah kepada suaipadan tuntutan politik bukan Melayu yang berasal dari kelompok imigran.

Perkembangan politik sejak pemuafakatan politik pertama untuk membentuk gabungan bagi memberikan gambaran penyatuan antara kaum turut menyebabkan beransur-ansur kekuatan Melayu tercabar walaupun penerimaan awal terhadap “ideologi politik Melayu-Islam” telah diterima dengan tolak ansur pemberian kerakyatan yang longgar menerusi “jus soli.”

Rasional “kontrak sosial” yang berlaku ketika pembentukan Manifesto Perikatan pada tahun 1955 dan dijadikan asas pemuafakatan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 semakin terungkai dengan jelas apabila mereka yang menerima taraf kewarganegaraan mula melupakan pengorbanan orang Melayu terhadap mereka.

Kemuncak kepada tuntutan untuk mengubah perspektif “ketuanan Melayu” ialah peristiwa 13 Mei 1969 setelah bukan Melayu merasakan dirinya ada sedikit kekuatan politik akibat desakan dan pengaruh perjuangan politik yang dibawa oleh Lee Kuan Yew yang terasa pengaruh PAP tercabar apabila dalam dua pilihan raya kecil di Singapura pada tahun 1964 mengalami kekalahan teruk ke atas pergerakan buruh yang mula diresapi fahaman sosialisme demokratik.

Lee Kuan Yew sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecualilah membangunkan semula moral politik PAP dengan menggunakan slogan meritokrasi menerusi prinsip kekuatan yang ada pada seseorang. Orang yang mempunyai kekuatan akan menguasai semuanya, manakala mereka yang lemah akan terus ketinggalan, tidak perlu dibantu kerana konsep itu membawa kepada persekitaran politik perkauman dan diskriminasi.

Pola ini kemudiannya dapat diperlahankan sehinggalah Barisan Nasional berjaya dibentuk pada tahun 1973 menerusi gabungan politik yang kuat untuk mengekang perjuangan Malaysian Malaysia yang kemudiannya diambilalih oleh DAP dengan harapan akan menjadi parti alternative kepada masyarakat bukan Melayu. DAP walaupun pada prinsipnya memberikan ruang dan peluang kepada orang Melayu menyertainya, tetapi sejarah telah membentuk wajah sebenar parti itu apabila beberapa orang tokoh Melayu di dalamnya tidak memperoleh kedudukan yang besar sebagaimana berlaku ke atas Ahmad Noor (bekas Presiden Ceupacs), Ahmad Fadhlan dan sebagainya.

Hingga kini, DAP terus menjadi dominasi “ketuanan politik Cina” meskipun ada sebahagian kecil pemimpinnya adalah keturunan India dan Benggali. Lebih menampakkan kejayaan ialah keluarga Karpal Singh menerusi pewarisan anak-anaknya manakala keluarga Lim Kit Siang terus menerajui kepimpinan DAP. Ini membuktikan DAP semakin membentuk dinasti politik yang kuat.

Selepas pilihan raya umum ke-12, perjuangan untuk meruntuhkan “ketuanan Melayu” menjadi semakin rancak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebahagian besar pendokongnya adalah ahli UMNO yang memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim membuat percaturan politik untuk menukarkan “kerajaan.” Setelah Anwar Ibrahim dibebaskan daripada “tahanan politik” pada bulan April 2008, satu perhimpunan besar-besaran dilakukan di Kampung Baru dengan gegarnya meniupkan semangat perubahan kerajaan akan berlaku dalam tempoh yang tidak lama melalui percaturan pilihan raya kecil.

Bagi segelintir ahli akademik, perjumpaan di Kg Baru itu dilihat sebagai petunjuk bahawa kekuatan Anwar akan memberikan kesan perubahan politik yang besar dengan menamakannya sebagai “titik perubahan” dan “kekuatan baru gabungan pembangkang” dengan mengaitkannya keputusan menguasai empat buah negeri (Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak) dan kekal di Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dari pengaruh keputusan undi Dewan Rakyat), (Lihat Johan Saravanamuthu Abdullah dan Ooi Kee Beng, dan Lee Hock Guan, March 8: Eclipsing May 13, Singapore:ISEAS, 2008).

Setelah percaturan itu berlalu lebih tiga tahun, gabungan pembangkang mula merangka pelan strategik kuasa menerusi Buku Jingga yang dinilai suatu falsafah politik kepelbagaian kaum dengan menekan herotan kedudukan orang Melayu kerana mendefinisikan keistimewaan orang Melayu itu sebagai “mengkayakan elit politik” sedangkan masih ramai yang tidak mendapat pembelaan yang wajar.

Dalam perjuangan yang dimainkan oleh kelompok pembangkang jelas lebih banyak merugikan orang Melayu meskipun tuduhan bahawa UMNO tidak berlaku jujur kepada kebanyakan orang Melayu. Ini dapat dilihat apabila Anwar menegaskan bahawa kouta 30 peratus penguasaan ekonomi Melayu sebagai yang tidak sihat kerana ia membuka ruang penguasaan elit politik Melayu dalam kerajaan.

Jika pembangkan berkuasa, mereka berjanji akan membentuk sebuah struktur ekonomi yang bersaing secara sihat di mana kelompok yang kuat akan menguasainya dan ini tidak dapat membantu orang Melayu untuk berkembang. Sejarah telah membuktikan sikap “pecah dan perintah” colonial menjadikan ruang ekonomi untuk orang Melayu tidak terbuka luas, manakala kaum imigran yang tinggal di kawasan perlombongan, pelabuhan dan bandar mula terdedah dengan aktiviti perniagaan. Ruang yang cukup luas ini menjadikan mereka mengawal struktur ekonomi dengan lebih besar manakala percubaan kerajaan untuk membantu kalangan bumiputera telah dilihat sebagai diskriminasi.

Atas tindakan melembagakan hasrat pencapaian penambahbaikan ekonomi Bumiputera, bukan Melayu melihatnya sebagai sesuatu tindakan yang tidak menyebelahi mereka, dan kerana itu dinilai sebagai langkah perkauman. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelan strategic yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan bukan situasi merampas apa yang sedia ada dan dimiliki oleh bukan Melayu, tetapi sebuah perkongsian dalam bidang-bidang ekonomi yang baru berkembang.

Penetapan kouta pembelian rumah misalnya memaksa pihak pemaju perumahanan merasakan ia adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan kerana peruntukan tersebut tidak mampu dipenuhi oleh Bumiputera atas kekurangan sumber ekonomi. Ia menjadi kekangan yang kemudiannya boleh dilonggarkan, boleh dijual hak-hak tersebut kepada bukan Melayu.

Usaha yang dilaksanakan oleh elit politik Melayu juga turut menyumbang kepada kemerosotan bangsanya sendiri apabila semakin banyak tanah-tanah yang digazetkan sebagai Tanah Simpanan Melayu telah ditukar menjadi kawasan perindustrian dan perumahan terbuka. Rumah-rumah ini kemudiannya dijual dengan harga tinggi, kerana kos penukaran taraf tanah dan penyediaan pindah milik yang tinggi, ini memberikan ruang kepada bukan Melayu untuk menguasainya.

Keadaan yang sama turut berlaku di Pulau Pinang apabila pembinaan rumah-rumah mewah tidak lagi mampu dibayar oleh Bumiputera dan membenarkan rakyat asing memiliki hartanah menerusi konsep “rumah kedua”. Dari satu segi ia mampu melonjak nilai hartanah tetapi dari aspek yang lain meminggirkan Bumiputera.

Dari segi kekuatan pengundi ternyata bahawa parti-parti yang mewakili bukan Melayu amat mengharapkan sokongan pengundi Melayu kerana daripada jumlah 222 kawasan Dewan Rakyat hanya 46 kerusi adalah dominan pengundi Cina manakala tidak ada sebuah kerusi pun  yang merupakan majoriti pengundi India.

Persoalan ini menjadi sesuatu yang menarik menyebabkan DAP sedang berusaha mencari calon keturunan Melayu bagi membolehkan mereka menguasai kawasan-kawasan lain tanpa mengharapkan parti sekutunya, PKR dan PAS. Dalam pertarungan tersebut, PAS akan menjadi sebuah parti yang  hanya sebagai alat oleh DAP, dan ini tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin PAS. PAS lebih rela kedudukan orang Melayu merosot jatuh kerana lebih mengutamakan perjuangan politik Islamnya, sedangkan hubungkait Melayu dan Islam di Malaysia tidak dapat dipisahkan. PAS melihat mengutamakan Bumiputera sebagai sama dengan konsep apartheid, walhal mereka sedar tanpa kekuatan Melayu, Islam tidak dapat dipastikan kedudukannya pada masa depan.

Konsep politik Islam PAS sebenarnya telah banyak menghakis nilai-nilai Melayu dalam kalangan pemimpin Melayu sendiri sebagaimana digambarkan menerusi perwatakan Mursyidul Am yang tidak bangga dengan asal-usul Melayunya. Beliau tidak minta dilahirkan sebagai Melayu tetapi berbangga dilahirkan sebagai Islam, maka cabaran utama yang perlu dihunjamkan kepada beliau ialah memohon menggugurkan asal-usulnya, termasuk keturunannya sendiri.

Setakat ini belum ada kenyataan jelas daripada Mursyidul Am untuk mengisytiharkan pengguguran keturunannya. Beliau begitu licik bermain dengan situasi ini kerana menganggap faktor Melayu adalah faktor yang melemahkan kedudukan Islam sebagaimana dengan tegasnya menolak falsafah kebangsaan dalam  perjuangan UMNO, kerana UMNO “membuang Islam” dan sentiasa mencari jalan menegakkan “ketuanan Melayu”. Setiap kempen UMNO dinilai tidak mampu membawa kepada budaya hidup Islamik, walhal PAS sendiri telah gagal melahirkan suatu bentuk masyarakat Islam yang benar-benar berkesan dan boleh dijadikan model “membangun bersama Islam.”

PAS tidak mampu mengekang nilai-nilai moral sebagaimana dikehendaki oleh Islam kerana telah membawa kepada lebih banyak perbalahan dan perpecahan apabila malabelkan psikologi terbelah dan pembikaian aliran politik parokialisme, sekterian dan eksklusif. Bila berhadapan dengan bukan Islam, PAS dilihat amat liberal sehingga sanggup mengetepikan perjuangan asalnya. Ini merupakan gambaran baru dalam politik PAS kerana bukan Islam bukan lagi dilihat sebagai “orang kafir”, mereka adalah sahabat yang amat dipercayainya.

Orang kafir dalam definisi politik PAS ialah mereka yang tidak menyokong perjuangan politiknya, termasuk dalam kalangan orang Islam sendiri walaupun masing-masing tetap mengamalkan prinsip ketuhanan yang sama, kitab yang sama dan kiblat yang sama. Orang bukan Islam yang hanya berlakon sebagai penyokong PAS diberikan penghormatan yang tinggi atas dasar “tidak menolak PAS” sedangkan parti itu hanyalah sekadar kuda Trojan politik mereka.

PAS mudah teruja dengan nilai-nilai universal Islam yang cuba diterjemahkan oleh DAP sebagai lanskap pemerintahannya, kerana seorang pemimpin bertanggungjawab melakukan keadilan kepada semua rakyat. Ini merupakan satu kesilapan besar PAS sendiri, kesilapan yang boleh menyebabkan tuntutan keislaman menjadi semakin luntur tanpa menilainya sebagai satu penodaan terbesar dalam sejarah politik Islam.

Dengan tiga kali percubaan “menutup mulut dan kunci pintuk rundingan”, maka PAS sebenarnya lebih mengutamakan perpecahan Melayu daripada menganjurkan sikap bersatu. PAS lebih gemar melihat orang Melayu berpecah ke beberapa kelompok, kerana yakin kekuatan Islam mampu membujur lanskap politik Malaysia. Itu adalah pandangan silap yang dahsyat dalam perspektif politik mereka yang lupa asal-usul bangsanya sendiri.

Keluhana Tun Dr Mahathir tetap ada signifikannya dengan persekitaran politik yang sedang berlaku apabila melihat BN tidak mempunyai peluang menang besar jika pilihan raya dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Spekulasi pada tarikh 11 November 2011) akan dibubarkan Dewan Rakyat tidak menjadi kenyataan, maka lebih banyak lagi dakwaan lain akan dilontarkan oleh PAS bagi memperbaiki pencapaiannya. PAS, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk memadamkan keganjilan tindakannya sendiri, termasuk pendirian mengenai seksualiti merdeka, kerana pendapat-pendapat pendokong parti it uterus bersimpang-siur, yang banyak dipertikaikan ialah penganjurannya dan bukan mencari kaedah terbaik mendekati golongan tersebut agar kembali ke pangkal jalan.

Ada pemimpin PAS hanya tahu menyerang tindakan polis mengharam perjumpaan pengamal dan penyokong “budaya songsang”, tetapi setakat ini belum ada pemimpin mereka membuat laporan polis. Sikap PKR dan DAP masih belum jelas kerana setakat ini Anwar hanya mahukan layanan yang saksama kepada golongan ini, kerana mereka juga mempunyai hak untuk hidup. Setakat ini masih belum ada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan, yang ada hanyalah menerusi tindakan polis mengharamkannya, belum ada kelompok LBGT (lesbian, biseksual, gay dan trangender) dipenjarakan atas kesalahan terbabit.

Gema suara PAS amat gemalai sekali apabila Mursyidul Am PAS menyifatkan semuanya itu berlaku kerana UMNO. Inilah peribadi sebenar PAS, kerana tidak melihat LBGT sebagai ancaman budaya dan kehidupan beradab, ia hanya dilihat sebagai kegagalan menguatkuasakan Islam. Seharusnya, dalam soal ini PAS dituntut menjadi lebih berani kerana LBGT adalah budaya yang amat dilaknati oleh Islam, dan bukan hanya sekadar menegur kecelaruan pengamal budaya songsang. Bahkan, Kota Bahru sendiri masih belum bebas dengan budaya LBGT, masih ada aktiviti pondan berlaku. Dari situasi inilah nampaknya PAS bukanlah serius memperjuangkan Islam, PAS terlalu inginkan kuasa.

Monosin Sobri

Cermin Akhlak Daripada Berpakaian
´Pakaian Remaja´, jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar dalam fikiran kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh di sana sini, dan terdedah di sini sana.

Tidak dinafikan pakaian sedemikian juga dipakai oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara. Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak. Jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.” (al-Ahzab: 59)

Daripada ayat di atas, jelas kepada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Bagaimanapun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa ´kononnya´ dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian ´2H´, halal tetapi haram. Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat. Bagaimanapun, jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan ´three quarter´ (tiga perempat) paling ´glamour´ dan popular di kalangan remaja yang bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak ´bersangkutan´ dan ´berampaian´ di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Jika kita kupas ´2H´, memang banyak pengertiannya. Bagaimanapun, satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurung, misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai ketika melangkah.

Trend punk, funky, rappers, gengster dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki, malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa. Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka dapat mempengaruhi minda remaja kita.

Sebilangan daripada remaja kita juga, ´lupa´ atau ´tidak tahu´ akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah.

Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas kepada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.

Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Bagaimanapun, dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB).

Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian. Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju ´MIB´ dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi, kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut.

Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan ´blaus´ berlengan panjang. labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum Hawa.

Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam.

Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Bagaimanapun, paling penting, hukum Islam jangan dipermainkan.

Oleh UMMU ZAYDA

Perpecahan Bukan Anjuran al-Quran
Perpaduan, persamaan dan persaudaraan merupakan nilai-nilai fundamental yang menjadi pemangkin bagi perkembangan, kemajuan, dan kemakmuran sesebuah negara. Malahan semua aliran dalam Islam menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menuntut kita agar memelihara persaudaraan dan rasa saling hormat menghormati di antara sesama Muslim. Maknanya, persatuan atau perpaduan di antara sesama Muslim amat dititikberatkan oleh Nabi s.a.w.

Demikian juga semangat al-Quran secara keseluruhan sebenarnya adalah semangat perpaduan atau persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat perpaduan lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan. Antaranya ialah Surah al-Hujurat ayat 10, al-Syura ayat 13, al-Mukminun ayat 32 dan ayat yang paling popular ialah surah Ali-Imran ayat 103. Dalam ayat lain, al-Quran mencerakinkan tentang sebab perpecahan yang terjadi kerana kedengkian antara golongan sesama mereka (Surah al-Syura ayat 14, al-Baqarah ayat 213, Ali-Imran ayat 19, dan al-Jathiyah ayat 17) juga kerana kecintaan manusia kepada dunia (Surah Ali-Imran ayat 152), tidak menggunakan akal sihat (al-Quran surah al-Hasr ayat 14), dan tidak saling percaya antara mereka (Surah Hud ayat 116).

Pada ketika ini umat Islam di negara ini sedang mengalami suatu macam kekalutan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin politik, ulama-ulama, parti pemerintah dan pembangkang. Secara fitrah ummah sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan, bukan persengketaan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh semua maanusia. Justeru itulah manusia sangat inginkan kepada perpaduan. Lebih penting dari itu umat Islam inginkan amalan yang sebenar bukan berbaur dengan kepentingan politik, perbadi atau sebagainya.

Umat Islam perlukan kematangan untuk menghadapi situasi hari ini dengan tenang  supaya segala faktor negetif ini tidak memerangkapkan dan menjatuhkan kita sekali lagi dalam fitnah kekacauan seperti yang berlaku dizaman sahabat (Saidina Ali dan Uthman) dahulu. Sejarah mencatat seringkali kita dikalahkan kerana kita tidak bersatu. Demikian juga dalam keadaan berpecah belah itu pasti nanti akan saling menyerang dan saling berusaha menghancurkan satu sama lain.

Memang tidak dinafikan, untuk berpendapat dan berfikiran sama tidak mungkin tetapi untuk bersatu pasti tiada halangan asalkan semua pihak bersikap jujur pada diri sendiri dan menghormati orang lain. Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan hakikat tersebut di dalam setiap tingkah laku, khususnya dalam hubungan sesama manusia.

Sikap jujur, toleransi, dan menghormati orang lain merupakan sikap yang berupaya membawa kepada kejernihan hubungan, sekali gus memantapkan penyatuan ummah bagi menangani segala macam bentuk permasalahan yang datangnya sama ada daripada kalangan ummah itu sendiri mahupun dari dunia luar.

Peri pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-Imran: 103)

Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam – di mana yang menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahli tafsir atau ulama mana-mana pun, tetapi Allah s.w.t sendiri.

Tidak ada yang menyatukan perbezaan di antara selain Islam dan tidak ada yang menciptakan persaudaraan, juga selain Islam. Ingatlah, bahawa Islam bukan hanya milik umat tertentu sahaja.

Justeru, tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana al-Quran mengajar kita agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang mungkin kebetulan berbeza dari segi fahaman. Kita seharusnya membetulkan fahaman yang salah atau meragukan itu dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan. Itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran.

Sikap tidak mahu bertolak ansur dengan mengatakan diri sendiri yang benar belaka sedangkan orang lain tidak betul merupakan antara sifat yang akan melonggarkan ukhuwah sesama ummah. Inilah yang disebut di dalam al-Quran sebagai tanda-tanda musyrik kerana ‘memutlakkan’ pendapatnya sendiri dan tidak menghiraukan pendapat orang lain.

Justeru kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai pandua hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaiakan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Suhubungan ini Allah s.w.t menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)

Amat malang sekali apabila seseorang yang telah dianugerah Islam serta menjadi pengikut Nabi s.a.w yang pengasih dan penyayang sentiasa berada di jalan perpecahan.

* Artikel ihsan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Kembali kepada-Nya
Meninggalkan agama Islam (riddah) atau dikenali dengan murtad (orang yang meninggalkannya) adalah kemungkaran yang besar dalam Islam.

Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang mencela perbuatan sedemikian. Sikap sedemikian bukanlah sesuatu yang asing atau khas pada Islam saja. Banyak agama memandang negatif apabila penganutnya berpaling tadah kepada ajaran agama lain. Atas dasar itu, murtad adalah satu tindakan yang tidak dapat dipersetujui atau dibenarkan seorang Muslim, walaupun jika ia harus menghormati pilihan seorang individu.

Disebabkan seriusnya perbuatan murtad dari sudut pandangan agama dan kesan jangka panjangnya pada kewujudan sesuatu masyarakat Islam, masyarakat Islam umumnya mempunyai keprihatinan tinggi terhadap apa jua kes murtad yang berlaku dalam kalangan mereka. Sikap sedemikian sememangnya difahami.

Bagaimanapun, masyarakat Islam juga perlu berhati-hati agar tidak jatuh dalam emosi yang melulu apabila berhadapan dengan isu ini. Sebaik-baiknya sikap masyarakat hendaklah tetap rasional. Ini boleh dicapai dengan meletakkan isu murtad ini pada perspektif yang betul berdasarkan kefahaman nas syarak atau hukum dan juga pengajaran daripada sejarah dan fakta daripada data dan konteks semasa.

Untuk mengelakkan letusan emosi sedemikian daripada berlaku di negara ini, langkah untuk membina musyawarah (kesepakatan) bagi satu sikap yang betul di kalangan semua pihak berkepentingan (stakeholders) dalam masyarakat Islam, termasuk ulama, dan perlu dilakukan. Ini kerana keterbukaan dunia akan memaksa, suka atau tidak, masyarakat Islam berhadapan dengan isu ini dan membuat pendirian mengenainya.

Titik tolak bagi perspektif yang wajar mengenai murtad adalah menerima sebagai basahan hidup atau sunnatullah. Antara sunnatullah terhadap ciptaan-Nya ialah wujudnya pertembungan (dialektika) antara kebenaran dengan kebatilan sehingga berakhir dunia ini.Perihal manusia menerima Islam atau sebaliknya bergantung pada hidayah daripada Allah s.w.t. Al-Quran menjelaskan ada manusia diberi petunjuk oleh Allah s.w.t dan ada pula tersesat oleh perbuatannya. Hakikat ini berlaku pada peringkat awal-awal hidup seseorang atau di pertengahan.

Di atas dasar inilah, insiden murtad tetap wujud sejak hayat Rasulullah s.a.w sehinggalah kini. Seorang pengikut Nabi Muhammad s.a.w bernama Talhah bin Khuwailid pernah murtad dan mengaku sebagai nabi. Bagaimanapun, beliau bertaubat semasa zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Seorang pengikut Rasulullah pula pernah berpaling ke agama Kristian setelah berhijrah ke Habsyah, meninggalkan isteri yang kemudiannya dinikahi Rasulullah s.a.w.

Seorang Kristian pula pernah memeluk Islam dan menjadi penulis kepada Rasulullah tetapi kemudiannya dia kembali kepada ajaran Kristian dan mendakwa bahawa Rasulullah tidak tahu apa-apa kecuali apa yang dia tuliskan untuknya. Bahkan, dalam perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah bersetuju dengan klausa yang menyatakan mana-mana individu daripada pengikut beliau yang ingin berpaling ke pihak Mekah (murtad), tidak boleh dikembalikan kepadanya.

Sejurus wafatnya Rasulullah s.a.w, berlaku pemberontakan. Sejumlah besar kabilah Arab menjadi murtad, enggan membayar zakat dan ada pula mengaku nabi baru. Pemberontakan ini menimbulkan ancaman besar kepada negara baru Islam. Demi menyelamatkan negara baru Islam, Saidina Abu Bakar memerangi mereka (dipanggil Perang Riddah).

Maksudnya, Rasulullah sendiri, seorang yang amat gigih dan bijaksana dalam usaha dakwah, tidak dapat menahan insiden itu daripada berlaku. Bagaimanapun, yang jelas sikap baginda terhadap murtad adalah mena nganinya dengan penuh bijaksana dan bukan terus menghukum dengan keras.

Murtad memang satu kemungkaran yang serius. Tetapi ia tetap merupakan satu daripada pelbagai isu mungkar atau masalah yang senantiasa dihadapi oleh mana-mana masyarakat Islam. Oleh hal yang demikian itu, ia perlu dinilai mengikut pertimbangan awlawiyat (keutamaan) berdasarkan keseriusan gejala berkenaan dibandingkan dengan masalah lain.

Atas dasar itu juga, isu murtad perlu dikaitkan dengan pencapaian dan maslahat dakwah yang lain. Jika murtad adalah satu kerugian, maka ia perlu dinilai bersama dengan keuntungan yang diperolehi juga. Ini bermakna kerugian 100 individu yang berpaling daripada Islam belum tentu merugikan jika dinilai bersama dengan 1,000 individu yang memeluk Islam dalam setahun.

Cuba kita hayati pengajaran daripada sikap Rasulullah yang menerima Perjanjian Hudaibiyah. Padahal, perjanjian itu dibantah oleh hampir seluruh sahabatnya kerana berasa banyak fasal di dalamnya membenarkan individu atau kabilah yang bersama Rasulullah s.a.w berpaling tadah kepada golongan musyrikin Mekah.

Rasulullah s.a.w menerima perjanjian ini kerana baginda melihat penakatan (survival) umat Islam ketika itu secara menyeluruh dan jangka panjang. Baginda mengambil pertimbangan maslahat yang lebih berat daripada mudarat yang akan berlaku.

Oleh sebab itu, jika ada pihak berpendapat bahawa masyarakat Islam harus memastikan tiada yang murtad, ini hanyalah satu retorika tetapi tidak realistik. Ia tidak sejajar dengan sunnatullah sendiri. Walhal dalam zaman Rasulullah dan sahabat sendiri, ia sudah berlaku. Janganlah hendaknya sikap tegar ini akan hanya membawa kekecewaan atau lebih buruk lagi limpahan emosi yang merugikan umat Islam sendiri.

Bagaimanapun, isu murtad harus ditangani oleh semua pihak. Tidak perlu salah menyalahkan. Bukan semata-mata dibebankan kepada pemerintah. Para ilmuwan, ulama, profesional, badan bukan kerajaan, dan sesiapa sahaja yang merasakan dirinya ‘umat bertanggungjawab’, perlu menemukan jalan bagi membendung masalah tersebut.

Oleh HAKIMIN HAKIM

Mansuh PPSMI muktamad, rundingan sudah berakhir
Protes PPSMI yang berlangsung di Masjid Negara pada 7 Mac 2009. Mungkinkah PAGE lupa?,

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan tegas menyatakan keputusan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan diteruskan dan hanya dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan diteruskan.

Desakan pelbagai pihak yang bermula dengan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) sejak mendapat tahu bahawa MBMMBI akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun satu 2011 telah menyuarakan pandangan agar ibu bapa diberikan pilihan sama ada anak-anak mereka meneruskan PPSMI atau menerima MBMMBI.

Lebih sebulan lalu, PAGE mengemukakan keputusan bahawa kajian yang dijalankan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuktikan lebih separuh daripada lebih 50,000 responden tidak boleh menerima MBMMBI dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi menggantikan PPSMI.

Hasil kajian itu kemudiannya dicabar oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Jarkasi kerana ia tidak menggambarkan pola pemikiran dan pendapat umum yang boleh dipercayai. Turut dicurigai bahawa kajian JMM itu sebenarnya telah dikomisyenkan oleh PAGE dengan harapan dapat dijadikan bahan untuk mendesak kerajaan agar mempertibangkan semula keputusan ataupun memberikan kelonggaran ibu bapa untuk membuat pilihan.

Tanpa tunduk kepada desakan tersebut, akhirnya pada sesi persekolahan 2011, semua pelajar tahun 1 sudahpun memulakan pendidikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu dan “soft landing” telah dilaksanakan pada tahun lalu. Keputusan untuk melaksanakan MBMMBI sebenarnya sudah dibuat pada tahun 2009 menerusi perbincangan secara menyeluruh dan mendalam dalam Jemaah Menteri setelah perundingan dengan badan-badan yang mempunyai kaitan dengan pendidikan dibuat.

Nampaknya sejak dua bulan lalu PAGE terus memainkan isu ini sehingga menaikkan semangat beberapa kepimpinan politik bukan Melayu untuk menyokongnya. Pada bulan Oktober lalu, seorang pemimpin politik wanita Gerakan mengadakan ceramah terbuka di Padang Kota Pulau Pinang mendesak kerajaan agar memberikan mereka pilihan, kerana ibu bapa mengetahui apa yang terbaik untuk pendidikan anak-anak mereka.

Pemimpin wanita Gerakan itu turut menyelar bahawa para pelajar akan rugi jika MBMMBI dilaksanakan kepada semua pelajar, mereka akan ketinggalan dalam perkembangan ilmu yang cepat berkembang dan hampir kesemua perkembangan itu berlaku dalam bahasa Inggeris. Alasan lain yang dijadikan asas ialah nilai ekonomi yang lebih rendah dan kerana itulah para pelajar yang bakal keluar daripada sistem pendidikan tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa, dan ini menyebabkan modal insan yang bakal terhasil tidak akan mampu bersaing di peringkat global.

Jika alasan segala persiapan telah dibuat, termasuk penggunaan buku teks dan bahan pengajaran berdasarkan modul Kurikulum Standard Sekolah Rendah, maka pihak sekolah boleh menggunakan buku-buku yang sedia ada menerusi kurikulum Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baharu Sekolah Menengah (KBSM).

Pandangan ini sebenarnya tidak cuba melihat perkembangan yang berlaku. KSSR telah melakukan banyak pengubahsuaian dari segi kemasukan elemen baharu berbanding KBSR, manakala mulai sesi persekolahan 2012, KSSM akan diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu. Ini bermakna, KSSR dan KSSM dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, manakala KBSR dan KBSM dimansuhkan dengan cara yang sama.

MBMMBI juga dilaksanakan dengan kaedah demikian, maka tuduhan bahawa pelajar terpaksa mengalami tekanan kerana berlakunya perubahan dasar adalah tidak tepat, ianya suatu helah untuk tidak mahu melihat bahawa kedudukan bahasa Malaysia berdiri tegak semula sebagaimana membuktikan kejayaannya dalam tahun 1970-an hingga 1990-an apabila mulai tahun 1969, sistem pendidikan sepenuhnya dilaksanakan dalam bahasa Malaysia hinggalah  ke peringkat universiti awam.

PAGE sebenarnya telah lupa bahawa sebahagian besar mereka yang mendokong perjuangan mereka adalah ibu bapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi dan mampu menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah-sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris.

Dengan terlaksananya MBMMBI sebahagian besar pendokong PAGE bimbang, mereka terpaksa merombak kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah swasta, dan perubahan ini menjadikan guru-guru mereka terpaksa menjalani latihan semula. Itulah sebenarnya sebab yang membawa kepada cadangan untuk memberikan ibu bapa pilihan.

Desakan tiga buah parti komponen BN, iaitu MCA, Gerakan dan MIC dengan nada yang sama juga ikut menjadikan mereka bimbang kerana sebahagian besar guru-guru yang mengajar di sekolah vernacular tidak fasih berbahasa Malaysia. Sebahagian guru-guru di sekolah bantuan kerajaan atau sekolah persendirian dan mubaligh lebih mahir berbahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia, terutama guru-guru yang dilantik oleh pihak pengurusan sekolah terbabit.

Dalam isu yang lain, sekolah-sekolah vernacular turut tidak berlaku adil kepada Kementerian Pelajaran apabila pernah menolak guru-guru yang dihantar untuk mengajar di sana kerana tidak fasih berbahasa Mandarin dan Tamil walaupun untuk mengajar Bahasa Malaysia atau lain-lain mata pelajaran.

Mereka tetap mahukan guru yang mahir dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah vernacular sehingga mendesak agar mereka yang lulus UEC (Unified Education Certificate) yang dikelolakan oleh badan peperiksaan dan pendidikan Cina diterima sebagai guru. Desakan itu sebenarnya telah diterima oleh Kementerian Pelajaran dan mula pertengahan tahun ini sudah ada keputusan untuk mengambil pelajar yang lulus UEC memasuki institute latihan perguruan.

Perjuangan itu telah berjaya dan ianya pernah dijadikan isu politik semasa pilihan raya umum 1999 lalu dengan lantangnya Dong Ziang Dong dan Suqiu memainkan peranan. Manakala pada tahun ini nampaknya parti politik komponen BN sendiri yang menjadi pengkritik dan pendesak mahukan PPSMI walhal para pemimpin mereka yang menganggotai kabinet telah bersetuju dengan MBMMBI pada tahun 2009.

Hal yang sama juga telah berlaku kepada kewujudan Sekolah Wawasan, pada tahun 1998 anggota kabinet bersetuju dengan konsep tersebut bagi membolehkan sekolah-sekolah yang mengalami enrolmen murid disatukan dalam satu kawasan, mereka boleh berkongsi kemudahan meskipun masing-masing mempunyai pengurusan sendiri, ia boleh menjimatkan perbelanjaan akhirnya cadangan yang baik itu terpaksa digugurkan atas deraan dari dalam BN sendiri.

Ketegasan Tan Sri Muhyiddin telah mengakibatkan ada reaksi keras daripada orang perseorangan bahawa dengan memakukan PPSMI, maka kemungkinan BN akan berhadapan dengan perubahan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13. Jika itulah keputusan yang mungkin berlaku, bererti mereka yang menentang MBMMBI telah membunuh masa depan anak-anak mereka sendiri, kerana aka nada perubahan dalam dasar persekolahan berlaku.

Bayangkan jika pilihan raya diadakan pada tahun 2012, ketika itu dalam pendidikan arus perdana ada seramai hampir 800,000 pelajar sekolah rendah (Tahun 1 dan 2) dan lebih 400,000 pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1) meneruskan pengajian menerusi MBMMBI terpaksa bertukar dalam keadaan yang tergesa-gesa. Perubahan itulah sebenarnya akan menjadi sesuatu yang lebih kejam dalam sistem pendidikan yang terlalu terpengaruh dengan keinginan politik, segala-galanya memaksa lebih banyak peruntukan diperlukan untuk menyiapkan buku teks, bahan pengajaran dan pembelajaran, latihan semula guru dan perisian sokongan pendidikan.

Sedangkan kaedah yang dilaksanakan menerusi MBMMBI adalah secara berperingkat-peringkat kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu pelajar yang masih berada dalam sistem PPSMI terkejut dengan perubahan terpaksa itu. JIka perubahan tersebut dilaksanakan oleh pembangkang secara tergesa-gesa, maka benarlah dakwaan bahawa kanak-kanak telah dijadikan bahan ujian makmal.

Dakwaan bahawa sistem pendidikan sentiasa berubah dan perubahannya begitu cepat adalah tidak benar kerana PPSMI telah dilaksanakan pada tahun 2001 dan ianya akan berakhir pada tahun 2015, iaitu di mana pelajar yang berada di tahap 2 sekolah rendah akan menghabiskan pendidikan rendah (Tahun 6). Di peringkat sekolah rendah dan menengah ia akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016.

Itulah sebenarnya yang tidak dijelaskan oleh JMM semasa membuat kajian mengenai pandangan ibu bapa terhadap pelaksanaan dasar MBMMBI sehingga dengan jelas kesimpulan dapatan memihak kepada PAGE, badan yang menajanya. JMM sebenarnya berada dalam dilemma, kerana jika keputusan kajian bertentangan dengan kehendak PAGE, ia mungkin berhadapan masalah mendapatkan bayaran setelah kajian itu selesai. Maka, di situlah sebenarnya persoalan yang timbul sehingga JMM dan PAGE tidak menjawab secara terbuka cabaran yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran.

Jika ada segekintir ibu bapa Melayu yang tidak menyokong MBMMBI, mereka sebenarnya sudah terpengaruh dengan keinginan yang sama dengan bukan Melayu, maka untuk berundur balik dengan keputusan lama, ia adalah sesuatu yang benar-benar tidak berfaedah. Menteri Pelajaran tidak perlu lagi melayani desakan kumpulan tersebut, kerana keputusan tersebut sebenarnya sudah mengambilkira kesan PPSMI, di mana lebih ramai para pelajar tidak dapat menjawab dengan baik soalan peperiksaan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, kerana itulah soalan dibuat dalam dwibahasa.

Begitu juga dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut, mereka tidak boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris, masih mengajar dengan menggunakan bahasa Malaysia, cuma menggunakan istilah-istilah tertentu dalam bahasa Inggeris.

Sebahagian ibu bapa juga tidak dapat memahami bahasa Inggeris, maka untuk membimbing anak-anak menyiapkan kerja rumah, ibu bapa tidak banyak boleh membantu. Inilah dilemma yang terjadi apabila matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah, maka kajian juga telah menjelaskan bahawa penguasaan ilmu yang terbaik ialah apabila ia diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

Keputusan telah dibuat, maka ia tidak dapat diundurkan lagi sebagaimana Tun Dr Mahathir memaksa Kementerian Pendidikan melaksanakan PPSMI sedangakan secara tenikalnya, ia memerlukan kaedah peralihan secara berperingkat-peringkat.

Semua orang tahu, sebenarnya Dr Mahathir yang mengarahkan PPSMI dilaksanakan walaupun pakar pendidikan memberikan opsyen, tetapi opsyen itu mengambil masa yang panjang tetap tidak dipersetujui. Mahu tidak mahu, akhirnya PPSMI dilaksanakan secara tergesa-gesa pada peringkat awal sedangkan MBMMBI dilaksanakan secara lebih terancang dan dimulakan dengan “soft landing” pada akhir tahun lalu.

Langkah tidak melayan tuntutan adalah sesuatu yang boleh dipuji kerana adakalanya kita tidak memerlukan keputusan populis, kerana populariti itu sebenarnya bukanlah berdasarkan pendirian yang matang, ia hanya berdasarkan pandangan yang terlalu umum dan tidak disulami dengan penjelasan mendalam. Maka, menolak keputusan tinjauan pendapat awam terhadap MBMMBI yang dilaksanakan oleh JMM dengan pembiayaan PAGE sudah jelas mempunyai peranan utama sebagai bahan untuk melobi demi menjaga kepentingan sekolah-sekolah swasta yang amat selesa dengan PPSMI.

Tetapi, yang jelas ialah ugutan politik itu sebenarnya lahir daripada mereka yang kurang matang dalam membuat keputusan. Ugutan itu sebenar terbuai-buai dengan emosi tidak mahukan Bahasa Malaysia terus dilonjak kemuncak keilmuan sebagaimana dicapai oleh Korea Selatan menerusi bahasanya, Jepun dengan bahasanya, China dengan bahasa Mandarin, Perancis dengan bahasanya, Jerman dengan bahasanya, bahkan Rusia tetap berbangga dengan bahasanya.

Di sinilah letaknya persoalan, untuk membolehkan semua pelajar yang keluar daripada sistem dapat berbahasa Inggeris dengan berkesan, maka MBMMBI diperkasakan. Mereka yang menolaknya perlu memahami dengan jelas, bahasa Inggeris tetap diperkukuhkan dari peringkat sekolah rendah lagi menerusi usaha membawa penutur jati dan latihan guru yang berterusan.

Tentunya, Malaysia amat berbangga jika semua pelajar yang keluar dari sistem pendidikan arus perdana nanti boleh menguasai bahasa Melayu dengan berkesan dan bahasa Inggeris dengan cemerlang. Itulah sebenarnya harapan yang terkandung menerusi MBMMBI, kerana setelah dilaksanakan PPSMI, para pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tidak fasih dan boleh berkomunikasi dengan berkesan menerusi bahasa Inggeris secara umumnya.

Inilah yang hendak diperbetulkan menerusi MBMMBI, ia sebuah transformasi secara menyeluruh dari cara belajar, kurikulum, persekitaran, kemudahan alat sokongan, kaedah latihan guru dan sistem penilaian pencapaian yang semakin beralih kepada kaedah Penilaian Berasaskan Sekolah dan bukan sepenuhnya berasaskan kaedah peperiksaan berpusat.

Kenapakah PAGE yang mendakwa sebagai persatuan yang memperjuangkan pendidikan tidak mahu faham pelan transformasi yang sedang berjalan, tetapi terus mahu mempertahankan kepentingan segelintir kumpulan ibu bapa yang sudah berjauhan dengan akar budaya bangsanya sendiri. Inilah yang sepatutnya dikembangkan oleh PAGE kalau benar melihat sistem pendidikan Malaysia mempunyai wajah Malaysia dan mampu diantarabangsakan sebagaimana lain-lain negara maju.

Lihatlah secara menyeluruh, Jerman, Itali, Perancis, Jepun, Korea Selatan, negara-negara Skandinavia, Belanda, mereka tidak menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris, kemajuan teknologinya tinggi manakala pekerja mahirnya boleh berbahasa Inggeris dengan berkesan.

Mereka tetap berbangga dengan sistem pendidikan mereka, malah agak sukar untuk mendengar rakyatnya berbahasa Inggeris apabila berada dalam negara, bukannya seperti Malaysia, kalau boleh mahu “dibunuh” bahasa Malaysia, kononnya tidak mempunyai nilai ekonomi dan tidak boleh diantarabangsakan.

Helah demi helah mereka berikan, kerana mereka itulah sebenarnya yang telah menodai bahasa asli mereka sendiri.Itulah sikap orang kita yang sudah lupa diri dan kemaruk benda asing.

Mahanor Saleha

Sikap Muslim Berhadapan Simbolisme dan Substansialisme
Pada dasarnya Islam tidak menganjurkan umatnya tertidur seperti tertidurnya Ashabul Kahfi. Tertidur dalam waktu yang lama tanpa adanya perubahan. Ini kerana Islam adalah agama dinamik yang menuntut adanya pembaharuan-pembaharuan. Pembaharuan dalam erti kata meluruskan sesuatu yang salah. Untuk itu, Allah mengutus mujadid-mujadid pada setiap zaman untuk memperbaiki kehidupan beragama.

Ketika ini, dapat kita lihat banyak diskusi, kajian atau seminar berkaitan tentang keislaman. Hal ini menunjukkan bahawa terjadi kebangkitan Islam dalam sisi pemikiran. Kemudian, dahulu kita lihat masjid dipenuhi orang-orang tua, namun sekarang para pemuda aktif mengimarahkan masjid. Jika dahulu Muslimah merasa rimas dan risau dengan jilbabnya kerana dirasakan lain daripada yang lain, namun sekarang jilbab menjadi ‘pakaian’ tersendiri dalam pergaulan masyarakat. Semua ini merupakan fenomena kebangkitan Islam dalam hal perbuatan.

Namun, di sebalik fenomena kebangkitan tersebut, sebenarnya muncul kecenderungan baru yang berpeluang menjadi ancaman bagi Islam itu sendiri. Kecenderungan simbolisme dan substansialisme.

Sebagai seorang Muslim, seharusnya dapat memahami sejauh mana diperlukan penonjolan simbol Muslim daripada simbol lainnya. Berkaitan dengan identiti, hendaknya jangan ragu-ragu menampakkan bahawa dia adalah Muslim dengan penuh kebanggaan. Identiti tidak sama dengan simbolisme. Identiti muncul kerana dilandasi oleh pemahaman sehingga menumbuhkan satu kesedaran untuk menunjukkan apa yang difahaminya. Sedangkan simbolisme lebih menggambarkan suatu sikap pemujaan pada lambang yang sifatnya  permukaan, sementara isi yang berupa pemahaman tidak dimiliki.

Sepanjang melaksanakan dakwah, Rasulullah s.a.w tidak ada upaya untuk menyembunyikan identiti baginda kepada kaum jahiliah. Penonjolan identiti merupakan jalan pemisah antara yang mengikuti Allah dan mana yang tidak mengikuti jalan Allah. Seorang Muslim akan selalu mempamerkan identiti dirinya sebagai pembeza dengan yang lain. “Qul innama ana minal Muslimin”, (katakanlah bahawa aku adalah seorang Muslim).

Permasalahan sekarang ialah sebahagian umat Islam masih menekankan pada berlakunya prinsip Islami yang berkaitan dengan masalah ritual simbolik. Ukuran sokongan terhadap Islam sering dihubungkan dengan banyaknya masjid yang dibina atau banyaknya jemaah haji yang pergi ke Tanah Suci. Mereka puas apabila masjid bertambah banyak padahal kenyataannya sering tidak ‘berorang’. Makna masjid hampir mendekati makna monumen yang mati dan tidak berfungsi sebagai penggerak manusia untuk mengabdi kepada Allah. Islam tidak akan berkembang apabila hanya masjidnya saja yang bertambah, namun pada masa yang sama masyarakat Islam menunjukkan pergaulan yang non-Islami. Islam tidak akan berkembang apabila jemaah haji semakin bertambah setiap tahun, namun pada ketika yang sama amalan gejala-gejala buruk tetap membudaya di dalam masyarakat.

Masyarakat ternyata lebih peka apabila simbol-simbol ritualnya dilanggar atau dicemuh, namun kurang peka jika kaedah sosial Islami diambil ringan. Kita tidak gembira jika jemaah haji menyusut atau berasa sedih jika banyak orang yang tidak berpuasa, namun kita tidak peka apabila masyarakat bergelumang dengan kehidupan non-Islami. Inilah kecenderungan yang menggambarkan bahawa simbolisme melanda umat Islam.

Belum lagi diperkirakan dengan munculnya organisasi kemasyarakatan atau parti politik yang ‘mempergunakan’ simbol-simbol Islami, namun memiliki misi yang tidak jelas bahkan tidak memberikan pulangan yang bermakna kepada umat Islam, bahkan pengendali di dalamnya tidak menunjukkan akhlak Islami. Beberapa kes terlihat kepada kita akan adanya ‘kelesuan’ kebangkitan Islam di institusi pengajian tinggi yang berlabelkan Islam. Namun selalu pula kita jumpai maraknya kegiatan Islam di kampus-kampus biasa (umum).

Jika kecenderungan ini dibiarkan, akan muncul pula kekecewaan umat Islam terhadap sesuatu yang berbau simbol. Maka akan lahir kecenderungan baru yang disebut substansialisme.

Substansialisme bererti lebih mementingkan ‘intipati’ daripada simbol-simbol semata. “Apa yang penting saya solat, puasa, haji atau ibadah lainnya,” kata sebilanganmereka – tanpa  menunjukkan bahawa dirinya seorang Muslim. Padahal ada sesuatu yang terlupa – bahawa simbol berupaya menjadi identiti yang membezakan Muslim dengan non-Muslim. Apa jadinya jika seorang Muslimah yang mementingkan kebaikan akhlak peribadinya, juga ibadahnya, namun lupa (tidak mahu) menutup auratnya kerana beranggapan bahawa jilbab hanya merupakan simbol saja. Akibat yang muncul kemudian adalah hilangnya identiti seorang Muslim. Betapa banyak Muslim ketika ini yang mengalami krisis identiti. Ia tidak mewarnai kehidupannya dengan nilai-nilai Islam, namun terwarnai oleh nilai-nilai jahiliah yang jauh daripada Islam. Selanjutnya, akibat yang lebih parah lagi adalah hilangnya sifat peka terhadap sesuatu yang menyinggung agamanya.Ambil mudah dan pandang ringan terhadap budaya-budaya asing yang berpotensi merosakkan akhlak beragama.

Islam sebagai ad-Din tidak cukup difahami dengan pengertian agama sahaja. Agama atau religion adalah sesuatu yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya. Ertinya, hanya bersangkutan dengan urusan batiniah atau rohani saja. Perlu difahami bahawa Islam sebagai ad-Din, meliputi semua aspek kehidupan manusia, tidak cukup hubungannya dengan Tuhan sahaja. Islam adalah sistem, Islam adalah ideologi, Islam juga agama. Islam tidak hanya sekadar solat, zakat, puasa atau haji. Islam bersangkutan dengan hubungan kita terhadap makhluk, bagaimana mentadbir negara, mengurus ekonomi dan semua aspek kehidupan agar tercapai kemaslahatan. Di samping itu, Islam mementingkan prinsip tawazun atau keseimbangan. Setiap aspek mempunyai kepentingan dan peranan tersendiri, namun tetap dalam lingkungan Islam.

Oleh sebab itu, penting untuk kita memahami bagaimana dan bila simbolisme dan substansialisme ditonjolkan agar kemudiannya nanti akan lahirnya keseimbangan kedua-duanya tanpa ada yang berat sebelah. Semoga kita digolongkan sebagai manusia-manusia yang ‘berislam’ secara kaffah.

Oleh MUHAMMAD NUR FARHAN