Karpal Singh yang tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan apa cara sekalipun akan menentang matlamat tersebut kerana tetap berpegang kepada jaminan perlembagaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Karpal pernah memberikan amaran keras kepada PAS, jika mahu laksanakan hukum hudud, ia perlu langkahkan mayatnya terdahulu, tetapi apabila parti itu telah menukarkan matlamat kepada “negara berkebajikan” pada pertengahan tahun lalu, Tun Dr Mahathir dengan sinis mengulas bahawa Pengerusi DAP itu tidak lagi perlu mematikan dirinya sebelum [...]





