Oleh DR NOR RAUDAH HJ SIREN Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 6. HUBUNGAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM MENURUT PANDANGAN ISLAM Masyarakat Islam adalah sebuah masyarakat yang tinggi darjatnya serta mulia kedudukannya berbanding dengan masyarakat yang lain, selaras dengan status agama Islam yang mulia dan tinggi kedudukannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Islam itu agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.” (Sunan al-Baihaqi al-Kubra: 12399). Ketinggian agama Islam ini dijelaskan kerana agama tersebut [...]





