Belia adalah aset yang amat berharga. Merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara. Justeru hari ini saya ingin mengajak para belia supaya bangkit menjadi penyeru kepada kebaikan iaitu menjadikan gaya hidup sehat yang berteraskan Islam sebagai satu cara hidup. Mereka juga perlu mencegah, menghalang dan menghindarkan diri daripada melakukan kemungkaran yang bertentangan dengan syariat Islam. Belia sebagai cermin masa hadapan negara, perlu meletakkan diri mereka sebagai pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam yang unggul, dihormati dan disegani [...]





