Rasuah menjadi penyakit dan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas daripada rasuah, cuma yang boleh dibezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi tahap keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram berdasarkan dalil yang qat’ie iaitu al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 188 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara [...]





