Ini bukan teka-teki. Teka silangkata pun bukan. Hadiah pun tidak disediakan. Anda cuma perlu jawab dua soalan sahaja. Soalan pertama: Apakah perasaan anda apabila bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memberitahu beliau membaca al-Quran setiap hari? Gembira? Terkejut? Ragu-ragu? Anda gembira? Hah, nanti dulu! Memang gembira kalau kita tahu seorang bukan Islam membaca Al-Quran setiap hari. Tambah-tambah pula kalau dia itu pemimpin kuasa besar dunia dan berkarisma. Tentu saja minatnya itu memberikan harapan yang indah kepada kita umat Islam. Soalan [...]





