Francis Fukuyama pada tahun 1992 memberikan kredit yang besar kepada kapitalisme-liberal setelah berakhirnya Perang Dingin, iaitu dengan menandakan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 sebagai petunjuk penamat sejarah. Bagi pemikir masa depan yang dilahirkan di Chicago itu, untuk tempoh selanjutnya hanya kapitalisme-liberal akan menguasai seluruh sistem dari pemikiran hinggalah kepada ruang ekonomi pasar yang lebih besar tanpa melihat kemungkinan-kemungkinan lain. Keruntuhan Tembok Berlin itu juga dilihat petanda matinya sosialisme apatah lagi dengan dasar tertutup China bertukar menggalakkan lebih banyak pelaburan [...]





