Ummatan Wasatan » Global

Rusuhan Bolasepak di Port Said, Tragedi Yang Dirancang?
Politik di Mesir telah mengakibatkan lebih banyak malapetaka dan kini telah merebak kepada rusuhan di padang bola apabila para penyokong memperlihatkan rasa tidak senang mereka hasil perlawanan antara pasukan al-Masry dari Port Said dan al-Ahly dari Kaherah dengan kesudahan 3-1.

Mungkinkah Tragedi Itu Telah Dirancang Lebih Awal oleh Puak Pelampau?

Tragedi berdarah itu dikatakan bermula apabila penyokong pasukan tuan rumah menyerbu ke arah  penyokong dan pemain dari pasukan pelawat sebaik sahaja tamat perlawanan dengan membawa pisau, kayu dan batu.

Akibat panik dengan serangan tersebut, beberapa orang pemain mula berlari untuk menyelamatkan diri manakala para penyokong  terus merempuh sesama sendiri dalam keadaan kelam kabut dalam kejadian itu berlaku pada hari Rabu lalu (1/2/2012).

Menurut laporan pihak berkuasa, dalam insiden tersebut seramai 74 orang dikhuatiri terbunuh manakala lebih 1,000 cedera dan ia merupakan sejarah terburuk dalam sukan bolasepak antarabangsa.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohab Magdy, penyunting kanan meja sukan Yahoo! Maktoob Arabic (http://sports.maktoob.com/) mengaitkannya dengan suasana politik Mesir yang boleh dikaitkan dengan banyak perkara di negara itu setelah rusuhan menjadi budaya popular untuk menyatakan kemarahan.

Setelah lebih setahun bergelut dengan rusuhan politik, budaya ganas itu tidak dapat dipertimbangkan sebagai sesuatu yang salah, bahkan terus dilihat sebagai suatu keadaan biasa dalam masyarakat Mesir pasca revolusi.

Menurut Mohab, bagi sebahagian kita ia adalah satu kemalangan tragic menyamai apa yang berlaku di Eropah sebelum Heysel, Hillsborough, Bastia dan sebagainya, tetapi apabila kita memahaminya bahawa majority mereka yang meninggal dan cedera kerana ditikam, cedera di kepala kesan hentakan objek tumpul, dengan jelas menimbulkan banyak soalan yang perlu dijawab secara serius.

Dalam analisis Mohab, penyokong fanatik di Mesir boleh dikesan bermula pada tahun 2007 dan walaupun “saya menentang tindak agresif dan fanatik dalam menunjukkan sokongan kepada pasukan, sejak dari awal lagi mereka sebenarnya mempunyai masalah dengan pihak keselamatan. Apabila mereka diminta untuk beredar, ia telah menimbulkan revolusi sosial, di mana merekalah yang memulakannya.”

Apabila berjaya menjatuhkan presiden Hosni Mubarak, kata Mohab, “ mereka meneruskan protes melawan polis dan akhirnya mereka melakukan tekanak kepada Majlis Penasihat Kuasa Tentera untuk melepaskan kuasa kepada pihak awam.

Adalah berfaedah untuk menyatakan bahawa sikap fanatik itulah yang memainkan peranan utama dalam mempertahankan perusuh sepanjang “Rusuhan Unta” yang berlaku di Dataran Tahrir tahun lalu, di mana 11 orang perusuh terkorban dan ratusan lagi parah apabila bertembung dengan penyokong Mubarak yang melakukan serangan menunggang unta dan kuda.

Tanya Mohab dalam tulisannya:Bolehkan tindakan di Port Said itu dilihat sebagai satu mesej ulangtahun pertama protes?

Sesetengan pula menganggap kebangkitan bersejarah antara penyokong al Ahly dan peminat pasukan tuan rumah di Port Said  adalah sebab utama yang mencetuskan pergaduhan, dan “saya perlu menyatakan bahawa sejak selepas revolusi, tahap pertentangan antara puak pelampau menurun dengan besarnya setelah mereka mengambil bahagian dan kemudiannya bersatu semula dalam satu semangat untuk menjatuhkan rejim lama.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada minggu ini dipengaruhi oleh unsur fanataik, adakah ia merupakan sesuatu yang lojik di mana pasukan yang menang menjadi begitu gila dan membunuh 74 orang? Mereka sebenarnya lebih memahami tindakan tersebut.

Menambah kepada itu, tulis Mohab, apakah itu merupakan kejadian pertama campur tangan para penyokong Mesir selepas revolusi; itu berlaku lima atau enam kali sebelumnya, meskipun tidak mengakibatkan kematian.

Sebagaimana kita mengharapkan peranan pihak keselamatan dan tanggungjawab mereka untuk memastikan perlawanan bolasepak berjalan dengan teratur dan selamat, ia menimbulkan lebih banyak soalan yang sukar duntuk dijawab.

Jelas Mohab, jika kita boleh menerima dakwaan bahawa pihak polis tidak menghalang penyokong sebelum dan selepas perlawanan, ia adalah sesuatu yang tidak sepatunya kerana para penyokong boleh membawa pisau, senapang dan benda-bendan tajam ke dalam stadium. Ini sebenarnya merupakan sesuatu yang dirancang lebih awal,

Berdasarkan maklumat saksu yang berada dalam stadium Port Said, pintu stadium terbuka di mana para penyokong tidak perlu memanjat kerana ia begitu mudah dilakukan bagi menimbulkan kekecuhan.

Dengan kata lain, pintu yang menghala ke arah terowong itu telah ditutup dan keadaan itulah yang menyebabkan kekecuhan. Keadaan itu menyebabkan lebih ramai penonton terperangkap, menyebabkan sebahagiannya terbunuh dan cedera. Bukankah ini merupakan perangkap polis?

Bagaimanapun, menurut Mohabitu hanyalah andaian dan soalan itu sebenarnya “saya tidak mempunyai sebarang jawapan, jika sesiapa yang mampu menjawabnya atau mempunyai pandangan, ia adalah sesuatu amat dialu-alukan.

Disusun semula oleh Mahanor Saleha

Tanda ‘Kehancuran’ Negara Islam
Di dalam kehebatan dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor yang merungkaikannya mulai meresap ke dalam kehidupan umat al-Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islamiah, dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar.

Sekali lagi ia berlaku pada kurun 14 Hijrah dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam kini bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil.

Di antara faktor-faktor yang menjadikan demikian adalah:

i) Perpecahan politik, asabiyyah, berebut pangkat dan kepemimpinan

Sedangkan Islam telah memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri daripada kepimpinan. Islam berulang kali menarik perhatian penganutnya bahawa inilah faktor yang merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara. Allah berfirman yang bermaksud:

“… Dan janganlah kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu, dan bersabarla. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Anfaal: 46)

Di samping itu Islam juga sangat berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata baik dalam percakapan dan perbuatan serta menghindarkan diri dari sukakan kemasyhuran dan pujian.

ii) Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab

Menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan amalan, tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah s.a.w, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam. Rasulullah bersabda yang maksudnya yang bermaksud:

“Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayah, kecuali kerana mereka suka bertengkar.”

iii) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, sukakan hiburan dan keseronokan

Ia berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam, lebih daripada yang berlaku kepada pemerintah bukan Islam. Padahal mereka telah membaca firman Allah yang yang bermaksud:

“Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami, dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (al-Isra’: 16)

iv) Peralihan kuasa dan pimpinan kepada yang bukan Arab, sama ada kepada Parsi, Dailam, Mamalik, Turki dan lain-lain

Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al-Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah yang yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu, (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya.” (Ali Imran: 11)

v) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains. sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul

Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi.” (Yunus: 101)

vi) Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain

Sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah dicakup sekali gus.

Al-Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia menyifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti haiwan, bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raaf: 179)

vii) Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir

Mereka berasa kagum dengan cara kerja dan kemewahan hidup kuffar. Mereka terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk, sedangkan al-Quran sangat menegah Muslimin dari meniru atau menyerupai kuffar.

Al-Quran terus terang memerintahkan supaya tidak menyerupai kuffar dan perlunya memelihara ciri-ciri identiti Islam. Firman Allah yang maksudnya;

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberikan al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu kekafiran sesudah kamu beriman.” (Ali Imran: 100)

Dalam ayat yang lain, maksudnya;

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu taati orang-orang itu nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi.” (Ali Imran: 149)

Susunan IZHAR SYAFAWI

AS dan Israel Makin Hebat Bersandiwara
Selepas Meringkuk Dalam Penjara 10 Tahun, Susan Berusaha Dedahkan Lebih Banyak Bukti Sandiwara Amerika Syarikat

Kempen untuk menentukan siapakah calon presiden yang akan mewakili Parti Republik untuk mencabar Barrack Obama bagi penggal kedua pada bulan November 2012 nampaknya banyak tertumpu kepada isu dasar luar negara yang akan dikenakan ke atas negara-negara Islam.

Obama telah lama bersandiwara kononnya akan membaiki hubungan dengan negara Islan yang dikeruhkan oleh dasar presiden sebelumnya nampaknya masih tidak dapat dilakukan secara berkesan malah terus membangkitkan kemarahan sesetengah ektremis Kristian dan Yahudi.

Atas dasar mengadakan hubungan baik dengan negara-negara Islam, Obama sekali dituduh hanya berpura-pura dalam keyakinan agamanya kerana mempunyai kaitan yang jelas dengan Islam atas keturunannya, termasuk neneknya yang masih hidup di Afrika.

Janji Obama semasa memulakan kempen pada tahun 2008 ialah akan segera menarik penglibatan askar Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq di samping menutup penjaran Guantanamo dalam tempoh setahun setelah dilantik sebagai Presiden pada suku pertama tahun 2009. Kedudukan sekarang ialah, pada akhir tahun 2011 Amerika Syarikat hanya menarik askarnya dari bumi Iraq tetapi ia bukan bermakna negara mullah itu diberikan kebebasan memerintah.

Askar-askar Amerika Syarikat akan terus memerhati dan menasihati kepimpinan politik Iraq agar dasar serta hala tujunya tidak bertentangan dengan kepentingan geopolitik Israel. Amerika Syarikat akan terus memberikan kawalan yang ketat dan sebarang perubahan hala tuju pentadbiran mestilah mendapat kelulusan Washington.

Prasyarat itu termasuk tidak membenarkan syarikat-syarikat minyak asing menguasai telaga minyak di Iraq dan dasar pengluasan kekuasaan ekonomi itu sedang diperhitungkan dengan teliti ke atas Iran. Bagi menghalalkan matlamatnya, Amerika Syarikat sedang mencari peluang untuk menyerang Iran menerusi alasan kedegilan untuk membangunkan proses pengayaan uranium bagi membolehkan negara itu mengeluarkan senjata nuklear.

Meskipun sudah sekian lama kepimpinan Iran menegaskan bahawa proses pengayaan uranium yang dilaksanakan itu bukan bertujuan membina senjata nuklaer, hanya sekadar menanpung keperluan tenaga yang semakin bertambah dan bagi menjamin negara itu tidak berhadapan dengan kemungkinan bergelap akibat kehabisan simpanan minyak pada masa depan.

Ekoran kedegilan Iran yang terus membangunkan pengembangan teknologi nuklear, pakar-pakar tempatan yang dilatih dalam bidang kimia, fizik dan nuklear sedang diintip dengan rapi oleh agen-agen perisikan Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Israel. Kejadian terbaru ialah pembunuhan seorang pakar nuklear Iran, dan sebagaimana didakwa oleh pemerintah Iran, pembunuhan tersebut sebenarnya dirancang dengan teliti oleh agen-agen perisikan Mossad.

Sudah lebih sepuluh orang saintis nuklear Iran dibunuh sama ada secara langsung oleh agen-agen perisikan Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Israel, bahkan tidak kurang juga menggunakan kaedah seolah-olah kematian tersebut adalah secara kemalangan akibat kegagalan kenderaan yang dinaiki dan sebagainya. Kejadian terbaru yang melibatkan saintis yang masih muda itu dikaitkan dengan penggunaan racun arsenik sebagaimana dilakukan oleh agen perisikan KGB ke atas salah seorang bekas perisiknya yang berpaling tadah ke Britain beberapa tahun lalu.

Mossad yang dinilai sebagai salah sebuah agensi perisikan terbaik, akan melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan Israel meskipun dalam situasi tertentu amat bertentangan dengan peraturan dan undang-undang antarabangsa. Contoh yang paling jelas ialah kes pembunuhan seorang pemimpin Hamas di sebuah hotel di Dubai setahun lalu di mana para perisik mereka sanggup memalsukan passport pelbagai negara termasuk Britain, Australia demi menjejaki ke mana ornag yang dikehendakinya itu.

Dalam kes terbaru mengenai Iran, Amerika Syarikat yang terkedu dengan keras kepala Presiden Iran yang akan menyekat atau menutup Selat Hormuz daripada sebarang lalulintas perkapalan jika keadaannya menjadi semakin terdesak. Amerika Syarikat sebelumnya telah memaksa negara-negara yang mempunyai hubungan ekonomi dengan Iran supaya mengurangkan aktiviti tersebut termasuk mengimport bekalan minyak.

Amerika Syarikat ikut memaksa Rusia dan China supaya meminimumkan hubungan dagang dengan Iran. Atas alasan itulah Amerika Syarikat sentiasa menghantar para diplomatnya untuk bertemu dengan para pemimpin tertinggi China, Rusia kerana dua buah negara itu merupakan dagangan terbesar Iran ketika ini. Bagaimanapun, sebagai langkah tertentu, Rusia bersedia mengurangkan import minyak tetapi tidak akan menggunakan pengaruhnya membenarkan Amerika Syarikat menyerang Iran dengan apapun alasan yang dibangkitkan.

China juga masih membuat keputusan yang jelas walaupun beberapa ugutan telah dikeluarkan oleh Washington. China tidak akan memutuskan hubungan dagang dengan Iran kerana bekalan minyak itulah yang mampu merancakkan pertumbuhan ekonominya sehingga berjaya merampas kedudukan sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar daripada Jepun.

Sikap China itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan keengganan Amerika Syarikat untuk menyerahkan kedudukan sebagai kuasa ekonomi utama walaupun sedang berhadapan dengan kemelut kewangan dan hutang yang besar. Setelah bermasalah dengan institusi kewangan, Amerika Syarikat masih belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas, sedangkan pertumbuhan ekonomi China mencapai tahap dua angka.

Dalam usaha berhempas pulas itulah Amerika Syarikat sebenarnya  memperoleh formula bagi menggalakkan perumbuhan dan memulihkan ekonominya. Kaedahnya ialah dengan menguasai sebanyak mungkin telaga minyak, kerana keperluan terhadap penggunaan minyaklah yang mencergaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dengan berusaha menyerang Iran dan menguasai telaga minyaknya, China dan Rusia bakal bergantung harap kepada Amerika Syarikat dan ketika itulah Washington akan mengadakan perjanjian yang menguntungkan.

Kalaupun tidak sebagaimana dilaksanakan dengan Jepun dan Korea Selatan, sekurang-kurangnya Amerika Syarikat akan bertindak sebagai polis dunia yang tunggal. Jika setiap negara yang menandatangi berlindung di dalamnya mengingkari, Washington akan menggunakan kekuatan tenteranya untuk memaksa pemimpin-pemimpin tersebut atau menyekatnya.

Bagaimanapun ancaman itu tidak begitu ditakuti oleh China kerana pada asasnya, negara itu masih mampu mengalami pertumbuhan yang besar berdasarkan sumber dalaman, disebabkan rakyatnya begitu ramai. Pertumbuhan domestiknya akan bergerak dalam jajaran yang tinggi dan jika semua firma-firma Amerika Syarikat menarik diri dari melabur di China, rakyat China sendiri sudah mempunyai keupayaan untuk melakukannya.

Situasi itulah sebenarnya yang membimbangkan Washington kerana sebelum ini, Obama sudah melakukan banyak rayuan ke atas usahawannya untuk terus melabur dalam negara bagi mencergaskan pertumbuhan domestik. Tetapi, disebabkan faktor kos yang tinggi akan menyebabkan barangan yang dikeluarkan dalam negara tidak mampu bersaing dengan barangan yang sama, para usahawan merasakan tidak ekonomik.

Peraturan pekerjaan yang dilaksanakan oleh negara-negara maju menyebabkan para usahawan merasakan ia adalah terlalu sukar untuk berkembang sedangkan di negara-negara membangun ia boleh dilenturkan dengan mudah. Ini akan menggalakkan usahawan itu mendapat keuntungan yang lebih besar dan persekitaran pekerjaan yang menarik berbanding dengan negara-negara membangun.

Usaha menjatuhkan sebuah lagi negara Islam itu sebenarnya turut dimainkan oleh media yang dikawal oleh para pelobi Yahudi setelah mendapat restu tersembunyi daripada Barrack Obama yang sedang berusaha memperkuatkan kedudukannya bagi memenangi pilihan raya presiden yang akan diadakan pada bulan November 2012.

Akhbar New York Times dan Fox TV semakin terasa dengan membangkitkan isu nuklear Iran sebagai fokus bagi mengalihkan persepsi rakyatnya yang tidak menyokong sebarang campur tangan ketenteraan atas alasan sudah terlalu banyak wang dilaburkan menampung perbelanjaan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq.

Menurut pendedahan bekas seornag perisik kanan CIA, Susan Lindauer yang terpaksa meringkok dalam penjara selama 10 tahun atas keengganannya bersubahat menipu masyarakat dalam kes serangan ke atas Iraq, menyebabkan negara-negara sekutu Amerika Syarikat berusaha untuk menghapuskan apa sahaja dokumen yang berkaitan manipulasi senjata pemusnah besar-besaran yang dijadikan alasan utama selepas tragedi 9 November 2001 yang lalu.

Landauer dalam pengakuannya yang disiarkan menerusi Youtube, berkata Sadam Hussein telah berusaha memenuhi banyak keinginan Amerika Syarikat kerana mahukan sekatan yang dikenakan ke atas negaranya dibatalkan. Tindakan sekatan itu dilihat sebagai suatu tindakan yang amat tidak bermoral kerana akan menyusahkan rakyat Iraq, termasuk kanak-kanak dan wanita. Mereka dibiarkan mati tanpa rawatan kerana kekurangan ubat-ubatan dan peralatan.

Usaha Saddam itu tidak dihargai oleh Amerika Syarikat. Amerika Syarikat terus melakukan penipuan sehingga membentuk keyakinan bahawa apa yang didakwa oleh George W Bush itu benar-benar ada, walaupun pasukan pemeriksa antarabangsa gagal menemui sebarang bukti. Dengan menggunakan media bagi mempengaruhi persepsi rakyatnya, akhirnya Bush memperolehi sokongan terhad untuk menyerang Iraq pada tahun 2003, dengan menamakan Saddam Hussein sebagai pengganas dan melabelkan corak kepimpinannya penuh kekejaman.

Tujuan sebenar Amerika Syarikat menyerang Iraq selain kepentingan ekonomi minyak ialah untuk menghapuskan bukti sejarah yang banyak tersimpan. Tamadun Parsi dikatakan berkembang dan tumbuh dengan cemerlangnya di Iraq sehingga persekitaran kota Baghdad pernah tumbuh sebagai pusat keilmuan dan tamadun yang besar. Disebabkan kedudukan itu, Amerika Syarikat mahu melakarkan semula sejarah dunia, peralihan kepada pusat pertumbuhan ilmu kepada Amerika Syarikat, maka lebih banyak buktinyang ada di sekitar Babyloon itu dihapuskan.

Ia telah menyebabkan banyak atritek sejarah musnah manakala dokumen-dokumen asal hilang akibat perang. Maka dengan pembinaan semula Iraq yang bergantung sepenuhnya teknologi Amrika Syarikat, maka pemusatan peradaban moden akan dinilai bermula dari Amerika Syarikat. Itulah sebenarnya matlamat tersembunyi kenapa Amerika Syarikat amat galak menyerang negara-negara Islam, kerana tidak mahukan Islam dijadikan sebagai salah satu penyumbang kepada tamadun manusia yang paling berkesan.

Ini mempunyai kaitan dengan cara Yahudi menggunakan fakta sejarah. Setiap fakta sejarah akan disaring dan dipinda demi kepentingan kedudukannya. Ia akan tetap mewajarkan apa sahaja tindakannya, termasuk menggunakan isu holocaust sebagai senjata meraih simpati masyarakat antarabangsa bagi menjatuhkan penguasaan Jerman. Tetapi hari ini, Jerman masih merupakan negara Eropah yang tidak terbelenggu dengan beban dan masih memainkan penting untuk memulihkan ekonomi Eropah Barat.

Kamarun KH

Parti-parti Islam Menang Pusingan Pertama Pilihan Raya Mesir
simbol protes rakyat Mesir, Parti-parti sekular semakin tidak mendapat sambutan dan al-Baradei dijangka tersungkur

Keputusan awal pusingan pertama pilihan raya dewan rendah Mesir selepas revolusi yang membangkitkan kemarahan rakyat kepada pemerintahan Hosni Mubarak yang berlangsung pada 28 hingga 29 November lalu membuktikan bahawa parti-parti berhaluan agama hampir mengesahkan kemenangannya.

Kebangkitan parti-parti Islam, antaranya cabang politik Ikhwanul Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan terus bersaing hebat dengan sebuah lagi parti Islam, Salafi manakala parti-parti sekular yang dipimpin oleh bekas diplomat, Mohamed al-Baradei dan penyokong kuat rejim Hosni Mubarak kurang mendapat sokongan lebih 13.7 juta pengundi Mesir.

Perangkaan awal di kawasan yang mengundi di negara itu pada Isnin dan Selasa lalu, mengesahkan ramalan awal parti Islam akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada undian.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, di Port Said, gabungan parti Islam diketuai oleh sayap politik, Ikhwanul Muslimin, sebuah pergerakan agama dan sosial yang pernah diharamkan sejak tahun 1948 apabila memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin memperoleh 32.5 peratus undi manakala parti Al-Nur mendapat 20.7 peratus. Parti yang berfahaman liberal, Wafd mendapat 14 peratus manakala satu lagi parti Islam, Al-Wassat, mencatatkan 12.9 peratus, menurut akhbar itu.

Di selatan daerah Laut Merah, parti Ikhwanul Muslimin memenangi 30 peratus undian manakala gabungan sekular Blok Mesir memperoleh 15 peratus.

Keputusan penuh yang sepatutnya diumumkan pada Rabu lalu (30/11/2011) terpaksa ditangguhkan beberapa kali ekoran berlakunya rusuhan rakyat Mesir yang tidak berpuas hati dengan layanan pihak tentera yang memerintah dalam tempoh peralihan sejak beberapa hari lau menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya berjanji membuat keputusan untuk menyiarkan keputusan tersebut menerusi laman web mereka.

Tunjuk perasaan menumbangkan rejim Hosni Mubarak selama 178 hari turut disertai oleh pergerakan sekular, walau bagaimanapun rakyat Mesir berikrar tidak lagi boleh memberikan sokongan kepada parti-parti yang pro-barat dan tidak menunjukkan sokongan mengenakan tindakan ke atas Israel yang menjajah Palestin.

Sebagaimana dugaan awal, Ikhwanul Muslimin mampu menjadih pertubuhan politik yang berpengaruh disebabkan organisasinya yang lebih teratur, amat dikenali penduduk Mesir setelah bedekad lamanya bergiat cergas dalam memperjuangknan Islam sejak diasaskan oleh Syeikh Hassan al-Banna dan pembatalan keputusan pilihan raya parlimen oleh rejim Hosni Mubarak beberapa kali. Ketika itu, sayap politik Ikhwanul Muslimin bertanding atas tiket parti bebas.

Seorang calon liberal, Mohammed Abdel Ghani, memberitahu akhbar Al-Shorouq pergerakannya perlu berdepan dengan propaganda parti Islam yang menyatakan calon bukan parti Islam adalah kafir.

Di Kaherah, tokoh utama pergerakan itu, Amr Hemzawi, memenangi kerusi di daerah Heliopolis tetapi di tempat lain, tokoh revolusi terpaksa bergelut untuk menang.

Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan kembali merusuh pada minggu lepas untuk membantah pemerintahan tentera yang mengambil alih pemerintahan selepas Mubarak meletak jawatan tetapi bilangan berkurang kepada beberapa ratus saja pada petang Sabtu lalu (3/12/2011).

Menurut laporan akhbar Al-Masri Al-Yum, tiada calon wanita terpilih dalam pusingan pertama, di mana seorang selebriti televisyen, Gamila Ismail, aktres Tayssir Fahmi dan calon Wafd, Nihal Aahdi  mengalami kekalahan.

Aahdi memberitahu akhbar itu kegagalan calon wanita kerana parti berasaskan agama menguasai masyarakat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dan Salafi menguasai keputusan undian.

Ia cuma fasa pembukaan pilihan raya Parlimen yang dijalankan dalam tiga tahap tetapi keputusan menunjukkan aliran politik yang akan membentuk peralihan negara itu kepada demokrasi.

Bagi Dewan Parlimen, seluruh negara akan mengundi dalam dua tahap lagi lewat bulan ini dan Januari. Dewan Negara kemudian akan dipilih menerusi tiga tahap.

Dalam satu kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir pada hari Jumaat lalu mengesahkan bahawa sejumlah 62 peratus rakyat negara itu keluar mengundi dan ini dlihat sebagai suatu perkembangan terbesar sejak pilihan raya diadakan.

Pada zaman pemerintahan Hosni Mubarak, parti-parti yang berhaluan agama dan penyokong mereka sentiasa dihalang daripada menyertai pilihan raya dengan pelbagai ugutan dan ada keadaan di mana penipuan keputusan pengundian berlaku terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai pengaruh kuat Ikhwanul Muslimin.

Jumaat lalu, para perusuh sekali lagi mendesak Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) supaya menyerahkan kuasa kepada rakyat dan menuduh anggota tentera telah menggunakan kekearan ketika berhadapan dengan mereka.

Disusun semula oleh Mahanor Saleha

Meningkatkan Kefahaman Terhadap Islam
Isu ‘keganasan’ Muslim, selain menimbulkan pelbagai masalah keselamatan, turut membangkitkan minat global dalam usaha cuba lebih memahami ajaran Islam dan kehidupan para penganutnya.

Buku-buku bertemakan Islam, baik yang dihasilkan oleh para sarjana Islam sendiri mahupun sarjana bidang keislaman yang bukan Muslim, terbit dengan banyaknya. Ada berupa tulisan-tulisan baru ataupun terbitan semula naskhah-naskhah lama. Malah terjemahan al-Quran pernah muncul dalam senarai antara buku-buku paling laris di Amerika Syarikat sejurus selepas peristiwa 11 September.

Turut juga bertambah program-program ´memahami Islam dan kehidupan Muslim´, baik yang bersifat kesarjanaan bagi golongan elit dan penggubal dasar, mahupun yang bersifat umum bagi pendidikan masyarakat awam. Dialog silang agama (dan budaya) juga banyak dianjurkan.

Bagaimanapun, sejauh manakah langkah meningkatkan kefahaman terhadap Islam yang sedemikian dapat menghasilkan jalinan lebih baik dan mesra di kalangan masyarakat dunia, istimewa antara masyarakat Muslim dengan bukan Muslim?

Liputan media menunjukkan di sana sini masih berlaku insiden-insiden yang memaparkan ketegangan yang terus wujud antara Muslim dengan bukan Muslim.

Contohnya, dua tahun lalu berlaku beberapa kegemparan akibat ‘perselisihan’ yang timbul daripada penyiaran gambar-gambar kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan ucapan Pope Benedict XI yang memetik kata-kata daripada sejarah usang yang mendakwa agama Islam tidak toleran kepada pihak bukan Islam.

Sebelum itu pun, pendedahan beberapa kajian yang dijalankan di Eropah dan Amerika mendapati ombak benci Islam (Islamofobia) masih berleluasa yang melibatkan diskriminasi sosial, politik, dan ekonomi terhadap masyarakat Islam.

Islamofobia itu demikian serius sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membahaskannya dalam satu persidangan khas dan menggesa masyarakat antarabangsa agar mengatasi masalah itu.

Masyarakat Islam sendiri pun tidak terlepas daripada menimbulkan beberapa pertikaian akibat pendirian yang dikatakan tidak peka terhadap kehidupan majmuk masa kini.Contoh-contohnya termasuk tindakan anggota polis beragama Islam di Britain yang keberatan memenuhi tugas mengawal kedutaan Israel, para pemandu teksi Muslim di beberapa tempat di Amerika yang enggan mengambil penumpang yang membawa anjing, dan khutbah seorang imam di Australia yang tidak peka dalam menyelar wanita yang mendedahkan aurat mereka.

Nyatalah, usaha untuk memahami atau meningkatkan kefahaman terhadap Islam sahaja, masih belum cukup dalam mewujudkan jalinan perhubungan yang lebih baik antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.

Sebaliknya, pencapaian matlamat itu turut memerlukan kehadiran tujuan yang betul dan murni untuk memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh dan kefahaman yang lebih kukuh bagi menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih baik.

Sebabnya, akibat tujuan yang salah, pengetahuan yang diperolehi dan kefahaman yang dipertingkat boleh pula dimanipulasikan bagi memenuhi kepentingan tersendiri. Kemungkinan ini berlaku kepada semua pihak. Contohnya, terdapat banyak juga para sarjana bukan Islam yang menjadi lebih berminat dan bersungguh-sungguh mendalami kajian mereka dalam beberapa bidang keislaman, kesan daripada pergolakan mutakhir yang menjadikan Islam sebagai fokus.

Dengan pengetahuan dan pengalaman kesarjanaan yang bertambah, mereka menjadi lebih selesa menyumbang kepada usaha global untuk lebih memahami Islam.

Karen Armstrong dan John L. Esposito adalah antara beberapa contoh sarjana demikian. Profesor Esposito sendiri menjadi antara pakar rujuk yang banyak menyampaikan kuliah, menjelaskan Islam kepada masyarakat Amerika, terutamanya selepas peristiwa 11 September.

Malah beliau telah menulis buku khas, What Everyone Needs to Know About Islam, kerana berasa terpanggil untuk membantu warga Amerika lebih memahami Islam dan membetulkan beberapa kesilapan persepsi mereka dalam perhubungan dengan masyarakat Islam.

Bagaimanapun, perlu diingat, di sebalik contoh tersebut, tidak pula dinafikan terdapat pihak yang sengaja memanipulasikan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang Islam demi kepentingan politik tersendiri.

Tindakan sengaja menimbulkan kemarahan masyarakat Islam seperti yang dilakukan dalam kes pertikaian kartun Nabi Muhammad s.a.w oleh media Eropah dan kenyataan menyelar Islam sebagai agama yang tidak bersifat toleran oleh Pope Benedict, bukanlah datang daripada mereka yang sedia jahil atau buta huruf.

Kerap kali tindakan demikian dilihat bermotifkan politik untuk mengukuhkan kesatuan hubungan golongan tersendiri sambil cuba memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Provokasi yang disengajakan ini kerap berhasil apabila masyarakat Islam sendiri, dengan membelakangkan pengetahuan sebenar yang harus mereka punyai terhadap Islam, memberikan tindak balas yang lebih berdasarkan sentimen dan emosi marah daripada pertimbangan rasional dan keilmuan.

Dari sisi yang lain, sebagai kuasa besar yang berpengaruh, Amerika sepatutnya boleh membantu mewujudkan kemantapan yang berpanjangan di dunia Islam. Ia boleh memanfaatkan pengetahuan dan kefahaman mendalam yang mereka punyai terhadap aspek kemajmukan dalam Islam.

Bukan itu pilihan White House. Sebaliknya, demi kepentingan politik sendiri, Amerika mengambil pendekatan memanipulasikan aspek kemajmukan Sunnah-Syiah itu bagi menghasut kebencian di antara pengikut dua mazhab itu, di Iraq, juga di kalangan negara-negara Islam Arab.

Dahulu ketika Saddam Hussein dibawa ke mahkamah, yang ditonjolkan hanyalah ´jenayah´nya ke atas sekumpulan masyarakat Syiah, padahal hakikatnya `mangsa` Saddam adalah semua golongan masyarakat Islam.

Di luar Iraq pula, dengan sokongan dakyah pihak medianya, Barack Obama dilihat masih tidak berupaya meredakan kebimbangan yang besar di kalangan negara-negara Muslim Sunnah (seperti Arab Saudi, Jordan, Mesir, dan Pakistan) yang Amerika isytiharkan sebagai negara-negara ‘Muslim moderat’.

Amerika menegaskan peluasan kuasa Muslim Syiah yang menurut kuasa besar itu diterajui Iran (dan sekutunya yang didakwa ´ganas dan militan´ seperti puak Hizbullah di Lubnan), kian tegar membangunkan kuasa nuklearnya.

Cabaran sebenar dunia Islam adalah bagaimana memberikan tindak balas yang betul dan tepat serta ‘berilmu’ terhadap keadaan dan provokasi yang berterusan seperti ini.

Oleh IZHAR SYAFAWI

Membentuk Imej “Islam Eropah”
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Mungkin itulah garapan Sheikh Adnan Ibrahim, seorang imam dan khatib di sebuah masjid di Vienna, ibu kota Austria. Beliau antara kalangan Muslim sederhana yang dicari-cari oleh pemerintah Barat untuk membentuk imej ‘Islam Eropah’ dalam menghadapi fahaman-fahaman radikal.

Dari mimbar masjidnya, pendakwah berusia awal 40-an, kelahiran Gaza, Palestin ini menggesa jemaah agar setia sebagai warga Eropah kerana benua itu merupakan tanah air mereka. Umat Islam di rantau itu, seru beliau, perlu menyesuaikan diri dengan tradisi dan hidup moden.

Bagaimanapun, beliau agak tidak selesa dengan saranan yang diulang-ulangi pihak Barat supaya Muslim perlu membentuk identiti Islam Eropah atau British, Belanda dan Itali. Dengan kata yang mudah, perlu ada revolusi ala Perancis atau Reformasi Protestan demi mewujudkan imej baru ini.

“Tentu ada corak hidup Islam dengan penyesuaian suasana Eropah kelak,” katanya.

“Ia tentu bukan bersifat Islam bersalut Eropah, tetapi amalan Islam yang sesuai di Eropah,” kata Syeikh Adnan.

Beliau antara pendakwah terkemuka di Vienna yang 10 peratus penduduknya adalah Muslim.

“Antara dua perkara tersebut, ada perbezaan besar,” hujahnya.

“Apakah Euro-Islam sebuah Islam bersalut Eropah?” tanya Zaidan, ketua Akademi Islam Vienna.

“Apa jua penyesuaian, kemaskini atau pembangunan nilai Islam di Eropah mestilah berteraskan lunas-lunas Islam… tanpa menjadi melampau, dilarutkan, dieropahkan atau diamerikakan,” katanya.

Perancis telah berkali-kali menggesa lima juta warga Islam minoritinya untuk membina imej Islam Perancis agar sepadan dengan masyarakat yang amat sekular. Para pegawai di negara-negara Eropah yang lain juga menyuarakan gagasan serupa. Bagaimanapun, setelah pemerintah Perancis melarang tudung di sekolah awam, umat Islam seolah-olah berasa mereka harus mengurangi ciri keislaman mereka – serupa amalan majoriti Katholik yang tidak hadir di gereja, mengetepikan paderi dan tradisi mereka.

Banyak pemimpin Eropah Barat tampak tidak dapat mendengar mesej Muslim Barat seperti daripada Sheikh Adnan, kata John Voll, Penolong Pengarah Pusat Persefahaman Muslim-Kristian di Universiti Georgetown, Washington.

“Mereka macam tuli,” katanya. Tambahnya lagi, pandangan sekular para ahli politik dan wartawan mewarnai tanggapan mereka terhadap kehidupan bersama.

Sheikh Adnan membesar di khemah pelarian di Gaza dan menuntut ilmu perubatan di Yugoslavia sebelum berpindah ke Vienna pada 1991. Beliau menjelaskan bahawa Islam sudah mapan dan tidak perlu lagi ‘dikemaskinikan’ dengan tanggapan sekular Barat.

“Tidak cukup sekadar punyai idea saja,” katanya sambil menyenaraikan nama para cendekiawan Islam di Eropah yang me nampilkan pembaharuan tetapi sebenarnya tidak bertunjangkan Islam.

“Jika anda tidak dapat membaca al-Quran dengan sempurna, tidak tahu Hadis sahih dan daif, sirah Islam, anda akhirnya berada di landasan goyah. Tiada Muslim yang dapat menerima anda,” terang beliau.

“Saya tahu ajaran asas Islam dan tahu menggunakan dalil-dalilnya sekali,” tambahnya.

Pandangan Sheikh Adnan sering bertentang dengan pandangan ulama lama. Misalnya, dalam kes murtad di Afghanistan yang menarik perhatian sejagat.

Beliau menolak pandangan bahawa riddah (berpaling daripada agama) hendaklah dihukum mati atau dikenakan hukuman.

“Dalam zaman Nabi Muhammad s.a.w, ada yang meninggalkan Islam tetapi mereka tidak dikenakan apa-apa,” katanya.

“Hukum bunuh dikenakan ke atas mereka yang melancarkan serangan bersenjata ke atas Islam,” jelas beliau.

Dalam salah satu khutbahnya, Sheikh Adnan menyeru jemaah agar mendampingi jiran bukan Islam mereka.

“Kita perlu menghormati jiran kita sebelum kita mahu mereka menghormati dan memahami siapa kita yang sebenarnya,” katanya.

Oleh IZHAR SYAFAWI

Di Sebalik Pemisahan Sosial
Beberapa siri rusuhan, terutama di beberapa negara Barat mengingatkan banyak pihak bahawa isu masyarakat majmuk (plural society) dan proses integrasi dalam sebuah negara bangsa (nation state) masih menghantui kehidupan moden masa kini.

Analisis sejauh ini nampaknya menyalahkannya pada kegagalan dasar integrasi pemerintah negara terbabit dan layanan buruk terhadap masyarakat kaum imigran walaupun mereka telah menjadi warganegara yang sah.

Sebahagian besar mereka tinggal di pinggir bandar dalam petempatan yang daif kemudahan perumahan dan prasarananya, dengan peluang pendidikan dan pekerjaan yang sempit, didiskriminasi pihak polis, serta terus tertekan oleh prejudis berterusan daripada warga kulit putih, termasuk elit politik, yang masih memandang rendah terhadap mereka sebagai bekas anak jajahan yang menumpang mewah di negara metropolitan.

Profesor Behzad Yaghmaian, yang berasal dari Iran dan kini tinggal di Amerika Syarikat dan selama dua tahun berkelana ke Timur Tengah dan Eropah mengikuti perkembangan imigran dari negara-negara Islam, mendapati diskriminasi etnik itu tidak terbatas hanya di Perancis. Menurut beliau, ia turut berlaku di Sepanyol, Jerman, Belgium, dan Itali.

Beliau, seperti juga pengamat politik lain, merumuskan jika langkah positif tidak segera diambil, terutama dalam aspek prejudis dan layanan buruk ke atas warga berasal kaum imigran, kemelut yang sama dapat berkembang ke negara-negara Eropah yang lain. Pembanjiran pendatang ke negara-negara Eropah, sejak tamat Perang Dunia Kedua, telah mengubah profil demografi benua tua itu.

Sebelum itu, masyarakat Eropah hanya kenal situasi bermasyarakat majmuk ketika sebahagian mereka menjadi kuasa penjajah di negara-negara jajahan masing-masing, di Asia dan Afrika.

Malah gagasan ´masyarakat majmuk´ itu sendiri mula dikenalkan oleh penulis dan pentadbir Inggeris, J.S. Furnivall, yang mentakrifkannya sebagai ´dua atau lebih unsur atau aturan sosial yang tinggal bersama, tetapi tidak bercampur gaul sebagai satu unit politik’.

Hal ini dirumuskan daripada pengalaman mengamati masyarakat di India Timur (kini Indonesia) dan Malaya (kini Malaysia), termasuk Singapura, ketika berada di era penjajahan Belanda dan Inggeris.

Dalam masyarakat demikian, menurut Furnivall, setiap kumpulan sosial memainkan peranan politik yang berlainan, dan akibat pemisahan sosial itu, masyarakat demikian tidak mempunyai ‘keinginan sosial yang sama’.

Beliau meramalkan bahawa setelah tamat era penjajahan kelak, kepimpinan tempatan akan sukar menyatukan masyarakat majmuk masing-masing, sehingga berkemungkinan besar berlakunya huru-hara atau situasi anarki. Analisis Furnivall hanya membincangkan kehadiran masyarakat majmuk di negara bekas jajahan, tetapi mengabaikan kemungkinan perkara serupa berlaku di Eropah, negara asal kuasa penjajah.

Itulah sebabnya Eropah kurang bersedia, ataupun kurang mengambil berat, bahaya pada kerukunan dan integrasi sosial dalam sebuah masyarakat majmuk (atau istilah lain yang dipakai serupa dengannya seperti multiculturalism, multiracialism dan sebagainya), yang hanya dialami secara mendadak sebagai fenomena pasca Perang Dunia Kedua.

Rusuhan di beberapa negara Barat nampaknya membenarkan amaran Furnivall, tetapi ia terkena ke batang hidung bekas kuasa penjajah itu sendiri. Isunya di sini bukanlah sangat mengenai bahaya semula jadi yang ada dalam masyarakat majmuk, kerana perpecahan sosial yang dikhuatiri itu masih boleh dikawal menerusi langkah dan dasar yang betul.

Isu yang lebih kritikal, tetapi nampaknya diabaikan di Eropah, adalah menerima secara jujur punca berlakunya ketegangan hubungan dalam masyarakat sehingga mencetuskan rusuhan, serta mengambil langkah-langkah serius dalam menanganinya.

Sebahagian pihak golongan kanan cuba menyalahkan agama Islam dalam rusuhan sekarang kerana pembabitan para belia Muslim. Tohmahan itu, bagaimanapun, segera ditangkis bukan sahaja oleh tokoh Islam seperti Profesor Yusuf Qardhawi dan Dr Tariq Ramadan, bahkan oleh tokoh bukan Islam seperti Patrick Seale, penulis Inggeris yang terkenal.

Seale malah merumuskan bahawa rusuhan di Perancis itu adalah ´hasil serta-merta kemelut sosial dan ekonomi yang tiada kena-mengena langsung dengan agama´. Beliau sebaliknya menyeru Eropah supaya melayan rakyat imigrannya sebagai ´warganegara yang dihormati dengan mendapat hak penuh’ agar keresahan di Perancis tidak merebak.

Robert Fisk, wartawan kanan akhbar The Independent, merujuk penghinaan Menteri Dalam Negeri Perancis, Nicolas Sarkozy, ke atas para perusuh dengan memanggil mereka ´sampah busuk´. Ini suatu tanda masih wujudnya mentaliti penjajah di kalangan elit politik di Eropah yang terus memandang rendah terhadap warga negara berketurunan imigran, atau etnik berkulit hitam.

Jelasnya, sikap prejudis sesama warga dan dasar pemerintah yang salah telah menjadi punca mengekalkan pemisahan sosial dalam masyarakat majmuk.

Sebahagian besar rakyat Perancis sendiri mengakui hakikat itu berdasarkan hasil satu tinjauan yang dijalankan sejurus selepas meletusnya rusuhan itu. Mereka (71 peratus) menganggap pemerintah telah salah dalam menjalankan dasar dan mendekati masalah di pinggiran bandar yang miskin, sambil melahirkan rasa tidak puas hati (59 peratus) dengan dasar menangani pengangguran yang ada sekarang, yang dilihat sebagai kunci berlakunya rusuhan.

Masalah juga timbul akibat kekeliruan dalam amalan multiculturalism (satu versi pluralisme) yang dipakai di kebanyakan negara Eropah, termasuk Perancis. Dasar ini membiarkan setiap masyarakat bebas mengamalkan kebiasaan sosial dan budaya masing-masing, kononnya demi menghormati kebebasan hak sendiri-sendiri, sehingga kepentingan berintegrasi diperlekehkan.

Akibatnya, amalan demikian itu telah menimbulkan kelompok-kelompok ghetto (kediaman sesak) tersendiri antara golongan berasa dengan golongan miskin.

Inilah fenomena yang dapat disaksikan di kebanyakan bandar besar di Eropah: sebuah ghetto yang dibentuk kelompok miskin, kebanyakannya kaum imigran Arab, kulit hitam dan Muslim, di satu pihak, dan di pihak yang satu lagi, sebuah ghetto lain yang dibentuk oleh kelompok kaya-raya di daerah-daerah kediaman mewah. Masing-masing ghetto bukan sahaja terasing dari segi petempatan, tetapi juga sosial dan ekonomi, yang tambah diburukkan menerusi diskriminasi dalam bentuk prejudis sosial dan dalam peluang pendidikan dan pekerjaan.

Inilah sebenarnya hakikat kehidupan masyarakat majmuk yang tidak patut dibiarkan, kerana pemisahan sosial yang membentuk ghetto tersendiri seperti ini hanya menunggu waktu dan rangsangan untuk meledak memusnahkan segalanya.

Walaupun globalisasi telah menjadikan kehidupan kian terbuka dan kehidupan majmuk satu realiti, yang sering menjadi masalah adalah sikap degil tidak mahu mengiktiraf kesamaan hak manusia.

Ini umumnya didorong sifat tamak enggan berkongsi kuasa dan kesamaan peluang di kalangan sesama warganegara.

Oleh MUHAMMAD NUR FARHAN

Nadi Islam Berdenyut di Sao Paulo
Kalimat “Allahu Akbar” membahana daripada pembesar suara. Bersamaan dengan seruan itu, ratusan orang memenuhi masjid untuk menunaikan solat. Sementara di luar masjid, di pinggir jalan berderetan kedai-kedai daging halal seperti suasana di kota Damsyik, Kaherah atau Baghdad.

Namun, suasana di  kota seperti itu dapat ditemui di kawasan Bras, Sao Paulo, ibu negara Brazil.

Bras adalah bandar yang didominasi para pekerja dan menjadi ‘jantung Islam’ di negara Amerika Latin itu. Seperti kecenderungan di negara-negara non-Muslim, komuniti Muslim di Brazil juga mengalami peningkatan yang cukup pesat. Selama satu dekad terakhir, jumlah penduduk Muslim meningkat dari ratusan ribu orang menjadi 1.5 juta orang daripada 190 juta jumlah penduduk di Negara Samba itu.

Selain itu, hampir di seluruh Brazil terdapat masjid-masjid yang sebahagiannya dibiayai oleh negara-negara Islam seperti Arab Saudi dan negara-negara Teluk lainnya. Dibandingkan Bandar-bandar lainnya di Brazil, denyut kehidupan komuniti Muslim dan kehadiran Islam paling terasa di bandar Bras.

Menurut Mohammed Al-Bukai, Muslim Brazil kelahiran Syria yang mengelola sebuah masjid di Bras, gelombang kedatangan imigran Arab tiba di bandar itu pada era tahun 1920-an. Oleh sebab lokasinya yang berada tepat di tengah-tenha wilayah Brazil, komuniti Muslim di Bras menawarkan berbagai-bagai kelas dan menyelenggarakan pelbagai seminar bagi mereka yang tertarik dengan Islam.

“Serangan 11 September menjadi kunci munculnya rasa ingin tahu banyak orang tentang Islam, sekarang 15 peratus komuniti Muslim kami bukan keturunan Arab tetapi orang Brazil asli,” ujar Al-Bukai.

Pakar Islam dari Universiti Sao Paulo, Paulo Daniel Farah mengatakan bahawa agama Islam tumbuh hampir di seluruh negara Amerika Latin, khususnya di Brazil sejak para hamba yang beragama Islam dari Afrika dibawa ke Brazil pada abad ke-19. Di Brazil, sejarah itu hanya dapat dipelajari di sekolah-sekolah dan pusat pengajian pada tahun 2003 berdasarkan peraturan yang dikeluarkan pemerintah Brazil.

Para hamba Muslim itu memimpin beberapa siri pemberontakan penting untuk melawan dasar perrhambaan. Salah satunya adalah Pemberontakan Male pada tahun 1835, sebuah pergerakan para hamba di kawasan bandar di Amerika yang sejak lama mengalami penindasan.

Mereka memperjuangkan kesetaraan dan keadilan sosial – yang juga diajarkan dalam Islam – suatu pesanan yang hingga kini masih disuarakan di kalangan warga kulit hitam miskin dan suku Indian Amerika yang tersisihkan.

Sejarah tersebut menjadi latar belakang mengapa banyak orang Brazil keturunan Afrika yang jumlahnya hampir setengah daripada seluruh penduduk Brazil, memilih memeluk Islam. Fenomena ini, kata Daniel Farah, terutamanya banyak ditemui di kawasan industri di pinggir bandar Sao Bernardo.

Di kota itu, tertegak dengan megahnya dua menara masjid di antara barisan rumah-rumah bertingkat dua. Di masjid yang seluruh dindingnya dicat berwarna putih, Honere al-Amin, 32, seorang artis muzik hip-hop berkulit hitam mengatur dan melaksanakan kegiatan sosial komuniti Muslim. “Saya memainkan muzik hip-hop untuk menyedarkan anak-anak muda kulit hitam di Brazil, kemudian saya menemui sejarah negara saya tentang gelombang kedatangan Muslim ke negara ini,” kata Al-Amin yang sudah sepuluh tahun memeluk Islam.

“Saya sangat terkesan dengan filem Malcolm X dan tokoh seperti Muhammad Ali, saya ingin jadi seperti mereka,” sambungnya.

Selain komuniti kulit hitam, komuniti kulit putih Brazil juga banyak yang memeluk Islam. Salah seorangnya ialah Thamara Fonseca, 24, yang sudah berjilbab. Thamara yang berkerjaya sebagai pereka fesyen (pakaian) itu mengatakan, para pelanggannya dan orang-orang Brazil pada umumnya menerima keislamannya.

“Mula-mulanya, saya selalu mendengar orang ramai di jalan berbisik-bisik ‘lihat itu isteri Osama bin Ladin dan Saddam Hussein, dia perempuan yang suka meletupkan bom’,” kata Thamara.

“Tapi sekarang, tidak ada lagi orang yang berbisik-bisik seperti itu. Malah banyak orang yang datang pada saya dan bertanya tentang Islam,” sambung Thamara.

Susunan NUR HIDAYAH ABDULLAH

Gaddafi, Dari Pejuang Berakhir Sebagai Petualang
Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga, Gadafi dari Pejuang Akhirnya Diisytihar sebagai petualang

Rusuhan selama lapan bulan di Libya mencapai ke kemuncaknya apabila Muammar Gaddafi yang memerintah lebih empat puluh tahun berjaya ditembak pada pagi 20 Oktober lalu setelah ditemui menyembunyikan diri  dalam saluran pembetungan di bawah sebuah lebuh raya dan mayatnya disimpan dalam sebuah peti sejuk di sebuah pasaraya sebelum dikebumikan secara rahsia di sebuah kawasan gurun pada 25 Oktober lalu.

Pengekbumian itu menamatkan beberapa polemik di mana ahli keluarga Gaddafi dikatakan berminat untuk menguruskannya dengan mendesak Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menyerahkannya kepada sanak saudara terdekat di kampong halamannya.

Pihak NTC mengarahkan satu siasatan dilakukan bagi mengenal pasti siapakah sebenarnya yang berjaya menembak mati Gaddafi meskipun ada dakwaan dari seorang pemuda apa yang dilakukannya kerana tidak sanggup melihat bekas pemimpin yang telah memusnahkan harapan rakyatnya sendiri.

Gaddafi didakwa menguruskan negara berdasarkan kehendak hatinya di mana tidak memberikan peluang kepada kebebasan bersuara, melantik anak-anaknya sebagai pemimpin utama, dan membolot kekayaan peribadi sehingga dianggarkan mencapai jumlah yang besar menerusi perlantikan proksi sama ada dalam negeri ataupun di luar negara.

Seorang wartawan Kanada menganggarkan sepanjang pemerintahannya Gaddafi telah berjaya mengumpul kekayaan sebanyak USD 20 bilion di mana sebahagian besarnya diperoleh menerusi komisyen kontrak penjualan minyak yang mencapai tahap pengeluaran 1.6 juta tong sehari.

Gaddafi tidak hanya menguasai sektor jual beli minyak yang banyak dilakukan secara rahsia bahkan meliputi sektor hiliran yang lain seperti pengedaran, penjualan runcit dan penyimpanan minyak. Pada tahun 1988, Gadafi menubuhkan sebuah syarikat pengeluaran dan penjualan minyak bernama Tamoil untuk bekerjasama dengan Oilinvest BV Group yang berpengkalan di Belanda.

Tamoil mempunyai kilang penapisan minyak di Cremona (Itali), Hamburg (Jerman), Collombey (Switzerland), Sepanyol, Cyprus dan Monaco dengan sebahagian besar sahamnya dimiliki oleh oleh Gadafi. Di Belanda, Tamoil mempunyai 160 stesen penjualan minyak secara runcit dan dianggarkan seluruh Eropah jumlahnya melebihi 2,800 buah stesen.

Itali mengeksport sejumlah 38 peratus minyak Libya dan urusan tersebut terpaksa dilakukan menerusi Tamoil di mana keuntungan bersih tahunannya dianggarkan melebihi USD 7.5 bilion. Hanya menerusi transaksi itu sahaja Gaddafi dan keluarganya dikatakan mampu menyimpan kekayaan berjumlah 60 bilion euro. Ada anggaran lain menjelaskan secara keseluruhannya Gadafi mempunyai kekayaan melebihi 70 bilion euro.

Anak lelaki Gaddafi, Saif, Muatassim dan Hanibal dipercayai mempunyai sejumlah saham dalam Libya Investment Authority (LIA) dan syarikat tersebut turut melabur dalam beberapa buah syarikat gergasi Itali seperti Eni (minyak), Fiat (kenderaan bermotor), Uni Credit Bank (kewangan) dan Finmeccanica (senjata).

Pada bulan Januari 2002, Gaddafi telah membeli 7.5 peratus saham dalam kelab bola sepak terkemuka Itali, iaitu Juventus dengan nilai USD 21 juta menerusi Lafico.  Aset Gadafi turut dilaporkan tersebar ke beberapa buah negara Afrika seperti Zimbabwe, Chad, Sudan dan Sierra Leone menerusi aktiviti pelaburan dalam beberapa bidang utama.

Tokoh pembangkang Libya, Muhamad Abdul Malek menganggarkan kekayaan Gaddafi mencapai angka USD 80 bilion dan seluruh kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Gadafi dianggarkan mencapai USD 150 bilion. Kekayaan itulah dikatakan digunakan oleh Gadafi untuk membayar askar-askar upahan daripada Afrika yang dibawa masuk ke Libya bagi mengekang kebangkitan penentang-penentangnya.

Sebelum rusuhan memuncak, WikiLeaks mendedahkan bahawa keluarga Gaddafi sentiasa hidup mewah di mana mereka mempunyai rumah agam di London manakala anak lelakinya, Saif al-Islam pernah membayar USD 1 juta bagi empat buah lagu dengan mengundang Mariah Carey di St Barts, Pulau Karibea semasa sambutan tahun baru 2009.

Laporan-laporan media dan pendedahan WikiLeaks sedikit sebanyak menyumbang kepada kebangkitan rakyat Libya untuk menentang Gaddafi, dengan mendapat suntikan motivasi dari revolusi kemarahan rakyat Mesir dan Tunisia di atas kegagalan negara itu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada generasi muda, meningkatnya kos sara hidup dan kekurangan tempat tinggal.

Lebih menarik lagi ialah kaitannya revolusi rakyat Libya dengan campur tangan asing berbanding dengan apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Mesir merupakan negara yang mendapat bantuan tahunan daripada Amerika Syarikat, termasuk bantuan ketenteraan atas sokongannya kepada Israel. Revolusi di Mesir dan Tunisia menjadi cepat berakhir kerana pihak tentera tidak mengambil tindakan berlawan dengan penunjuk perasaan, manakala di Libya, anak lelaki Gaddafi yang mengetuai angkatan bersejata mengarahkan agar tentera melakukan tindakan keras ke atas pemberontak.

Tunisia dan Mesir tidak sepenuhnya dikuasai oleh kelompok tentera berbanding Libya. Sejak Gaddafi memerintah, beliau amat bergantung kepada suku kaumnya sendiri, iaitu Qathathfa di mana suku kaum itu dilantik menduduki posisi strategik dalam ketenteraan manakala suku kaum Wafalla yang merupakan satu perenam dari keseluruhan penduduk Libya, banyak membantu memperkukuhkan pemerintahannya.

Proses revolusi yang dipanjang itu juga disebabkan oleh dua suku kaum terbesar itu tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang dilaksanakan oleh agen-agen Israel menerusi pelbagai strategi, kerana mereka lebih mempercayai Gaddafi yang anti-Israel. Meskipun dengan bantuan asing, dari segi kewangan dan kelengkapan senjata, para penentang Gaddafi tidak mudah mematahkan kesetian dua suku kaum itu untuk belot dan mengangkat senjata bagi menggulingkan pemerintah yang dilabelkan sebagai diktator oleh agensi Barat.

Barat begitu tidak senang dengan Gaddafi atas beberapa perkara. Pendirian Gaddafi yang pro-Israel sejak memimpin Libya telah menyebabkan Amerika Syarikat merasa marah apatah lagi ketika berucap di Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009, belia mendesak agar kuasa veto yang diberikan ke atas negara itu dilucutkan manakala perlembagaan pertubuhan dunia tersebut dipinda di mana tiada lagi kuasa veto diberikan kepada mana-mana kuasa besar.

Amerika Syarikat sekian lama berdendam dengan Gaddafi atas dakwaan mempunyai kaitan dengan penembakan pesawat Pan Am di udara oleh seorang pegawai perisiknya di Lockerbie, Scotland pada tahun 1988. Akibatnya seramai 259 orang penumpang terkorban manakala 11 orang penduduk awam terbunuh terkena serpihan bangkai pesawat itu yang gugur di kawasan perumahan mereka.

Setelah menerima pelbagai desakan, termasuk sekatan oleh PBB pada tahun 1999 Libya mengakui bertanggungjawab dan bersedia membayar pampasan sebanyak USD 2.7 bilion kepada keluarga mangsa pada tahun 2003. Atas pengakuan dan kesediaan membayar pampasan, Majlis Keselamatan PBB menarik balik sekatan ke atas Libya.

Permusuhan dengan Amerika Syarikat pertama kali berlaku pada tahun pada tahun 1980 apabila Libya meminta agar ruang udara sejauh dua ratus batu nautika dari Teluk Sidra hendaklah diisytiharkan sebagai kawasan antarabangsa, setelah tentera udara Libya menembak jatuh rudal di pesawat Boeing EC-135.

Konflik itu menyebabkan Jimmy Carter menutup kedutaan Amerika Syarikat di Tripoli pada bulan Februari 1980, dan diikuti dengan tindak balas Gaddafi, menutup kedutaan Libya di Washington.

Pada tahun 1986, Amerika Syarikat melakukan serangan ke atas Libya atas dakwaan ada “arahan Gaddafi” untuk mengebom sebuah bar Berlin Barat yang menyebabkan seramai dua askarnya terkorban ketika sedang berhibur. Dalam serangan balas itu, pesawat tempur Amerika Syarikat dilaporkan telah berjaya membunuh 15 orang rakyat Libya, termasuk anak angkat Gadafi, seorang kanak-kanak perempuan.

Sebelum itu, pada tahun 1979, kejayaan Revolusi Islam Iran telah mempengaruhi rakyat Libya di mana berlaku satu rusuhan pro-Iran di Tripoli pada bulan Disember. Dalam rusuhan tersebut, penunjuk perasaan mendapat sokongan Gaddafi telah membakar pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Tripoli. Ketika itu, Presiden Ronald Reagan mengambil tindakan susulan dengan melarang pengeksportan minyak Libya ke Amerika Utara dan Afrika.

Pada tahun 1989, enam orang rakyat di Libya telah didakwa telah menembak jatuh pesawat UTA di sempadan Chad dan Niger. Pada 25 Februari 2011, Presiden Barack Obama mengenakan sekatan ke atas Libya apabila Muammar Gadafi menggunakan kekerasan tentera untuk menghalang penunjuk perasaan.

Pembunuhan Gaddafi sebenarnya berjaya dilakukan dengan adanya bantuan daripasa pasukan tentera Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Pasukan NATO telah melakukan serangan udara ke atas Libya sejak bulan Mac lalu dan dalam serangan yang dilakukan ke atas kubu terakhir Gadafi pada minggu lalu,  anggota pemberontak yang bergabung dengan NTC telah berjaya menemui Gadafi yang sedang bersembunyi dalam sebuah saluran pembetungan di sebuah lebuh raya di Sirte.

Gadafi berjaya mengambil alih kepimpinan Libya dengan sokongan beberapa orang  askar muda yang bersimpati dengan rakyat Palestin yang diserang secara kejam oleh Israel dalam Perang 6 Hari pada tahun 1967, menuduh Raja Idris tidak melakukan sesuatu untuk mengutuk Tel Aviv, telah bersatu tekad untuk merampas kuasa. Pada 1 September 1969, Gadafi dan kumpulannya berjaya menguasai kem tentera di Libya, stesen radio dan melepaskan tembakan pistol sebanyak 48 das dan menahan ketua angkatan tentera sebagai tahanan rumah.

Ketika itu, Raja Idris menemani Putera Mahkota Hassan as-Senussi menerima rawatan di sebuah hospital di Turki. Setelah mendapat berita rampasan kuasa tersebut, Raja Idris pada keesokannya menandatangani satu dokumen untuk mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada Gadafi.

Gadafi merupakan seorang anak petani miskin Libya ketika itu bertugas dalam pasukan tentera udara dan berumur 27 tahun (lahir pada 7 Jun 1942). Ketika melancarkan rampasan kuasa, Gadafi hanyalah seorang tentera udara yang berpangkat kapten. Beliau yang pernah dilatih di Akademi Tentera di Benghazi pada tahun 1961 dan tamat pada tahun 1966. Beberapa bulan selepas itu, Gaddafi dihantar untuk dilatih di Royal Military Academy, Sandhurst, England.

Dengan kejayaan tersebut, sistem monarki di Libya berakhir dan Gaddafi mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah baru dengan menukarkan negara menjadi Republik Arab Libya dengan menggelarkan dirinya sebagai “saudara pemimpin dan penduan revolusi.” Pada tahun 1977, Libya  secara rasmi dinamakan sebagai Republik Sosialis Libya Arab Jamahiriya, satu bentuk pemerintahan langsung dengan melantik dirinya sebagai Setiausaha Agung.

Gaddafi amat terpengaruh dengan ideologi penyatuan Arab yang dikemukakan oleh Gamal Abdul Nasser dari Mesir Pan Islamisme. Pada tahun 1970, setelah kematian Gamal Abdul Nasser, Gaddafi melancarkan gagasan  gagasan Republik Persekutuan Arab, bagi menentang kemaraan pengaruh Israel ke atas negara-negara Arab dan sikap Amerika Syarikat yang pro-Yahudi.

Semasa sepuluh tahun pertama pemerintahannya, Gaddafi telah melakarkan banyak perancangan untuk menukarkan bentuk muka bumi daripada kawasan padang pasir kepada sebuah negara yang tidak lagi bergantung dengan import makanan. Dengan menggunakan sumber pendapatan daripada jualan minyak, Gadafi telah membina empangan dan saliran bagi membolehkan rakyat bercucuk tanaman.

Period awal pemerintahannya Gaddafi telah menukarkan corak kehidupan rakyat dengan melakukan beberapa pendekatan kebajikan di mana setiap rakyat menerima imbuhan kewangan bulanan yang dimasukkan ke dalam akaun masing-masing sebagai wang saraan. Wang hasil keuntungan penjualan minyak itu menjadikan rakyat Libya tidak berhadapan dengan banyak masalah untuk menampung kos sara hidup mereka.

Bagi meringankan beban rakyat yang berurusan dengan bank, Gaddafi mengarahkan agar institusi kewangan tidak mengenakan sebarang faedah ke atas setiap transaksi yang berlangsung. Ini menjadikan Libya sebuah negara yang bebas beban faedah atau bebas riba.

Setiap rakyat yang ingin menceburi bidang pertanian dan penternakan akan diberikan tanah, benih dan haiwan ternakan. Lain-lain keperluan sokongan turut dibekalkan kepada para petani termasuk baja bagi membolehkan rakyatnya mengeluarkan hasil makanan yang mencukupi untuk keperluan setiap orang tanpa bergantung kepada bahan makanan import.

Rakyat turut diberikan kemudahan pendidikan secara percuma di samping penggunaan elektrik rumah dan kesehatan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Setiap rakyatnya yang bercadang melangsungkan perkahwinan akan diberikan bantuan sebanyak enam ribu dinar manakala pembelian kenderaan menerusi pinjaman kewangan tidak dikenakan sebarang faedah.

Sepanjang pemerintahannya, atas penyediaan kemudahan pendidikan percuma Gaddafi berjaya meningkatkan kadar celik huruf rakyatnya daripada 10 peratus pada tahun 1970 kepada 90 peratus dalam tempoh tiga puluh tahun. Kejayaan tersebut menjadikan Libya sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar celik huruf yang tertinggi di Afrika dan negara Arab.

Kemudahan kesehatan percuma telah berjaya menurunkan kadar kematian ibu bersalin, kadar kematian bayi dan meningkatkan kadar hayat penduduknya. Ia telah menjadikan Libya sebagai sebuah negara yang paling tinggi mutu kehidupan rakyat pada suatu ketika dan tertinggi di seluruh benua Afrika.

Apa yang lebih menggembirakan rakyat ialah Gaddafi terus bertekad tidak akan mempunyai rumah kediamanya sendiri selagi seluruh rakyat Libya tidak memiliki rumah. Sepanjang hayatnya, Gaddafi tinggal di khemah-khemah manakala bapanya terus tinggal di khemah sehingga akhir hayat.

Sistem politik sosialisme yang dijadikan ideologi politik Libya itu bagaimanapun akhirnya tumbang apabila semakin lama dilihat tidak lagi mampu memberikan ketenangan dan kebebasan kepada rakyatnya. Ekoran pendedahan media, hasil risikan beberapa agensi perisikan yang didalangi oleh Israel, banyak keburukan Gaddafi terbongkar termasuk kegemarannya menggunakan jururawat asing, pengawal peribadi wanita, perbelanjaan mewah ketika berada di luar negara, hobi peliknya bersama gadis-gadis cantik dan pernah menyediakan hadiah mahal untuk bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Condeleeza Rice menjadikan rakyat semakin muak.

Kejatuhan Gaddafi sebenarnya banyak disumbangkan oleh resapan masuk pengaruh asing, terutama propaganda Israel yang ingin melihat kekuatan Islam dapat dipecahbelahkan. Selagi negara-negara Islam mampu mentafsirkan strategi propaganda Israel, selagi itulah Tel Aviv tidak akan berpuas hati. Tel Aviv akan melakukan apa sahaja demi mencapai hasratnya, menguasai dunia, termasuk menyusun semula dasar pemilikan minyak Libya yang masih mempunyai simpanan 46.42 bilion tong dan menduduki tangga ke-12 pengeksport minyak dunia.

Seperti juga hasrat Amerika Syarikat untuk menguasai minyak Iraq, mereka akan menggunakan apa sahaja peluang dan ruang yang ada bagi menjatuhkan sesebuah kepimpinan yang dilihat kuat serta tidak mendokong penguasaan geopolitiknya. Ini dapat kita pelajari dengan dakwaan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran manakala Iran dituduh membangunkan nuklear untuk persenjataan sedangkan Israel terus dibenarkan bermaharajalela melakukan keganasan demi melangsungkan penguasaan hegemoni Yahudi ke atas penduduk dunia.

Hakikat ini perlu disedari oleh semua rakyat bahawa keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada kesungguhan rakyat mempertahankan kedaulatan. Jika rakyat sentiasa berkonflik dan saling tuding menuding ke atas kerajaan, maka pengaruh luar akan mudah membuat percaturan politik dengan menyokong pihak penentang dengan menggunakan pelbagai kewajaran, maka akhirnya, yang menang itu bukanlah perusuh, tetapi kuasa asing.

Pengajaran daripada kes Gaddafi juga membayangkan bahawa seseorang pemimpin itu meskipun jasanya adalah besar, jika tidak mendengar dan mengamati dengan baiknya petunjuk daripada rakyat, akhirnya akan tersungkur secara yang tidak terhormat. Gaddafi, bukan sahaja dibunuh malah seluruh keluarganya akan terus dilihat sebagai petualang sedangkan jasanya juga amat besar kepada rakyat Libya.

Semakin lama seseorang pemimpin berkuasa, maka ada munasabahnya dengan sebuah rumusan, semakin lama mempertahankan kuasa, maka semakin besarlah potensi dan kecenderungan menyalahgunakan kuasa. Gaddafi, Hosni dan Zine al-Abidin sudah memberikan pengajaran besar, mereka telah menggunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan peribadi, maka benarlah sebuah kata-kata, berhenti makan sebelum kenyang. Jangan terus makan sehingga kenyang, kerana ia akan menimbulkan banyak kemudaratan.

Oleh MAHANOR SALEHA

Palestin, Obama dan Pengaruh Zionis
Obama Semakin Takut Dengan Bayangan Kezalimannya Terhadap Masyarakat Dunia Yang Bencikan Yahudi

Permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB dua hari lalu tetapi ia terus dibelenggu dengan kegetiran untuk memperoleh sembilan undi tambahan dari 15 anggota bagi membolehkan Amerika Syarikat diaibkan apabila terus mahu menggunakan kuasa pembatalnya.

Sejak lebih dua bulan lalu, Amerika Syarikat terus bertegas untuk menggunakan kuasa pembatalnya dengan membuat helah bahawa penyelesaian konflik Israel-Palestin hanya boleh diselesaikan menerusi rundingan secara langsung. Barrack Obama dan Benjamin Neetanyahu terus mahu menekankan deraan terhadap Palestin agar kembali ke meja rundingan dan nampaknya keputusan Majlis Keselamatan PBB terus dibayangi oleh dua entity yang saling berpengaruh itu, mengeluarkan kenyataan memujuk kedua negara yang bergolak itu kembali ke meja rundingan.

Rundingan antara kedua buah negara, yang ditaja oleh Washington sebenarnya hampir setahun terhenti setelah disambung semula pada bulan Ogos tahun lalu. Penangguhan tersebut adalah disebabkan keengganan Israel untuk menangguhkan sementara cadangan pembinaan penempatan Yahudi di Baitul Maqdis Timur yang menjadi milik Palestin di samping perluasan sempadan yang tidak berhenti oleh Rejim Tel Aviv. Meskipun penduduk Tebing Barat telah menyambut gembira kepulangan Mahmud Abas yang telah dengan rasminya mengemukakan permohonan agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan diterima sebagai anggota penuh PBB yang ke-194 pada hari Isnin lalu (26 September 2011).

Tanpa undi minimum tersebut , Amerika Syarikat akan lebih mudah menggunakan kuasa pembatalnya bagi menyekat permohonan Palestin.  Ketika perbincangan formal bermula, para diplomat hanya memberikan tumpuan kepada keupayaan sedia ada  Palestin, iaitu memperoleh enam undi daripada anggota Majlis Keselamatan. Enam undi itu adalah dari daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan. Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum menyatakan pendirian untuk menyokong keanggotaan Palestin. Dan, kerana itulah jika pengundian dilaksanakan juga, Palestin tidak akan mendapat sokongan yang mencukupi, maka Amerika Syarikat tidak perlu menggunakan kuasa vetonya.

Dalam situasi tersebut, maruah Amerika Syarikat tidak banyak tercalar kerana tidak perlu menggunakan kuasa pembatalnya. Ramai pemerhati antarabangsa mengharapkan Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa pembatal tersebut dan jika digunakan Washington sebenarnya akan berhadapan dengan lebih banyak permusuhan dan hubungan yang tidak selesa, terutamanya dalam kalangan negara Arab yang boleh dikatakan memberikan sokongan besar kepada penubuhan sebuah negara Palestin. Negara-negara Arab sedang dilanda ketakutan akan kebangkitan kuas rakyat yang mahukan pemerintah mereka lebih positif dan menyatakan pendirian yang jelas mengenai Palestin berbanding sebelumnya.

Majlis Keselamatan tidak perlu mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB. Dan, ini sudah berlaku pada bulan Julai lalu, apabila permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan.

Sehari sebelum permohonan rasmi Palestin disampaikan, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah dikecam kerana terus mengeluarkan helah kepada Palestin supaya meneruskan rundingan langsung pelan damai dengan Israel, tetapi Pihak Bekuasa Palestin tidak akan melakukannya selagi Israel tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menerima keputusan pembahagian wilayah berdasarkan perjanjian 1967.

Rundingan damai yang ditaja oleh Amerika Syarikat telah dirintis pada bulan Ogos tahun lalu di New York dan kemudiannya diikuti pertemuan kedua pemimpin dengan disaksikan Setiausaha Negara, Hillary Clinton di kawasan peranginan Laut Merah tidak mencapai sebarang kemajuan. Israel terus mencipta helah dan menjadi semakin tersepit apabila kumpulan Hamas yang menguasai Gaza dan Fatah yang menguasai Tebing Barat telah bersatu kembali setelah lebih lima tahun menunjukkan sengketa. Penyatuan dua kumpulan itu menjadikan Israel semakin bimbang, kerana nekad mereka terus kuat untuk memaksa Israel menghormati hak dan kepentingan penduduk Palestin.

Semasa merintis rundingan langsung, Barrack Obama telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam tempoh setahun sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat akan dapat dibentuk, maka perbincangan yang bakal berlangsung pada hari Rabu (28 September 2011) ini akan memberikan aib yang besar kepada Washington jika kuasa veto digunakan untuk membatalkan permohonan Pihak Berkuasa Palestin. Beberapa bulan terdahulu, ketika Amerika Syarikat memberikan sedikit ulasan mengenai sikap Israel ekoran beberapa perubahan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara, Perdana Menteri rejim Tel Aviv terasa ada sesuatu yang tidak kena. Benjamin Neetanyahu terus ke Washington bertemu Barrack Obama bagi mengetahui sikap sebenar Washington mengenai penyatuan dua kelompok Palestin dan kejayaan mendapatkan pengiktirafan daripada beberapa buah negara mengenai niat itu. Dalam pertemuan tersebut, Obama mengeluarkan kenyataan akan menggunakan apa sahaja saluran untuk menggagalkan permohonan Palestin

Semasa mengemukakan permohonan tersebut, Pihak Berkuasa Palestin telah mendapat sokongan lebih 140 buah negara dan ini menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa lebih bijak bermain dengan sentiment masyarakat antarabangsa. Jaminannya akan menggunakan kuasa veto dan memaksa Palestin meneruskan rundingan langsung akan menjadikan Barrack Obama berhadapan dengan “bom diplomatik” yang ada, atas alasan dolak-dalik Amerika Syarikat sebenarnya telah menggagalkan proses damai sejak Israel merampas tanah-tanah rakyat Palestin bermula tahun 1947.

Dalam perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1967, Israel diberikan kawasan seluas 43 peratus manakala selebihnya adalah hak kaum Yahudi. Garis sempadan yang dipersetujui itu jugalah yang terus dituntut oleh Palestin, dan ini bermakna jika Obama inginkan Israel dan Palestin kembali ke meja rundingan, beliau wajib memaksa Tel Aviv mengembalikan tanah-tanah yang dirampas dari penduduk Palestin. Hal itu tidak sanggup dilaksanakan oleh Israel, maka itulah juga yang bakal menjadi “letusan” besar yang bakal menggagalkan sebarang proses damai.

Palestin yang terpaksa berlawan dengan anak emas sebuah negara adi kuasa, terpaksa menemupuh jalan teramat sukar dan sering dipersalahkan dalam sebarang usaha menuntut hak dan mengecam pencerobohan Zionis Yahudi. Amerika Syarikat tidak pernah mengeluarkan sebarang kecaman kepada Israel, malah terus memberikan pelbagai bantuan dan melindungi kepentingan Israel. Israel sejak selepas Perang Dunia II diberikan “soft loan” oleh Amerika Syarikat, di samping menjadikan negara itu sebagai pusat strategic ketenteraan terpenting di rantau Timur Tengah.

Penderitaan panjang penduduk Palestin dalam perang tahun 1948, tahun 1967, kepungan ke atas Gaza sejak kemenangan parti Hamas pada tahun 2006 hingga kini, dan perang selama 22 hari dari 27 Desember 2008 – 17 Januari 2009, penggunaan senjata kimia posforus tidak sedikit pun membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat sebagai polis dunia. Serangan komando laut Israel membunuh 9 sukarelawan, termasuk 7 orang rakyat Turki pada 31 Mei 2010 hanya dipandang sebagai sesuatu yang wajar oleh Amerika Syarikat kerana mempertahankan wilayahnya, walhal serangan itu berlaku dalam kawasan sempadan antarabangsa, dala misi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Meskipun Palestin akan melakukan sekali lagi dalam PBB, kedudukan badan dunia itu juga tidak sekuat keputusan Majlis Keselamatan. Sekiranya persetujuan Majlis Keselamatan menemui kegagalan atau Amerika Syarikat menggunakan kuasa pembatalnya, sejumlah 125 yang telah menyatakan sokongan kepada Palestin, akan mengemukakannya semula dalam siding umum nanti, yang dijangka akan berlangsung pada bulan November. Walau bagaimanapun, PBB tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan keputusan yang boleh diterima selagi seluruh perjalanan organisasi badan dunia itu terus dikongkong oleh Amerika Syarikat manakala kepimpinan Washington dicengkam oleh pengaruh Zionis.

Barrack Obama dijangka tidak akan melakukan banyak perubahan memandangkan sandaran besarnya adalah ke atas pelobi Yahudi bagi menentukan kemenangannya untuk penggal kedua yang akan bermula pada tahun 2012. Jika Barrack Obama menyebelahi Palestin, bererti beliau sedang menempah jalan kekecewaan, pelobi Yahudi bukan sahaja akan menggagalkan kempen pemilihan presiden yang sedang dipersiapkan dan lebih utama lagi ialah ketiadaan dana untuk menaja kempen tersebut. Pelobi Yahudi merupakan mereka yang menguasai ekonomi dan media di Amerika Syarikat dan hampir seluruh dunia.

Secara kontrasnya, hasil tinjauan yang dilakukan oleh YouGov dengan menggunakan nama  Avaaz, sebuah organisasi kempen global mendapati bahawa 59 peratus  rakyat Britain, 69 peratus rakyat Perancis dan 71 peratus  rakyat Jerman mengharapkan pemimpin mereka memberikan sokongan kepada usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat menerusi pengesahan Majlis Keselamatan PBB. Tinjaun tersebut turut memberikan pemahaman bahawa hak Palestin untuk menjadi sebuah negara bebas dan berdaulat telah memacukan lonjakan sokongan yang besar, yakni 71 peratus di Britain, 82 peratus di Pernacis dan 86 perratus di Jerman.

Masalah paling besar yang perlu dihadapi oleh Palestin ialah ancaman kuasa pembatal Amerika Syarikat. Tetapi, dalam situasi yang serba salah itu, Barrack Obama perlu juga memikirkan semula bahawa perubahan politik di Timur Tengah pasca enam bulan terakhir ini belum boleh menjaminkan perubahan kepimpinan condong kepada Washington. Apa yang jelas ialah pada permulaan protes, para pejuang itu amat memerlukan sokongan daripada mana-mana kuasa besar, tetapi setelah negara itu stabil, mereka akan terus menerkam Washington sebagai musuhnya yang abadi. Ini dapat dilihat daripada beberapa kes di Iraq. Saddam Hussein mendapat dokongan Amerika Syarikat pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa menyerang Iraq semula bagi membunuh Saddam Hussein pada tahun 2003.

Pengaruh Amerika Syarikat di Mesir juga menjadi semakin lemah setelah tersingkirnya Husni Mubarak, begitu juga dengan Tunisia.Kedudukan hubungan Mesir Isreal menjadi semakin tidak selesa manakala Turki sudah pun mengehadkan sebarang bentuk diplomatic selagi Tel Aviv tidak sanggup memohon maaf atas serangan komando lautnya pada 31 Mei 2010 yang lalu. Mesir berubah seiring tumbangnya Husni. Kerajaan sementara baru, tetap mengutamakan pendirian dan mendokong  desakan masyarakat menyokong kemerdekaan penuh Palestin.

Keadaan dalam negeri Amerika Syarikat juga tidak banyak memberikan laluan mudah kepada Barrack Obama. Parti Republikan yang menjadi pencabar utama Demokrat, menerusi Gabenor Texas, Rick Perry mengatakan: ”Dasar Obama mengenai  persamaan moral, dengan kesetaraan bagi Israel dan Palestina termasuk pelaku orkestra terorisme, ini adalah penghinaan berbahaya.” Serangan tersebut bakal memburukkan lagi kedudukan Obama dalam pelbagai masalah, sedangkan meskipun hampir empat tahun berkuasa, pelan pemulian ekonominya masih belum menunjukkan tanda akan pulih, bahkan semakin terdesak apabila taraf bayaran balik hutangnya telah diturunkan dari AAA kepada AA+.

Ini memberikan gambaran bahawa Amerika Syarikat semakin tenat dan sedang berhadapan dengan kemungkinan tidak mampu membayar hutang pada masa depan. Ia akan menyebabkan banyak firma Amerika Syarikat akan keluar melabur ke negara-negara lain, dan ini akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi domestiknya akan semakin lemah dan tidak bermaya. Kata sesetengah orang, iu mungkin juga balasan Tuhan ke atas sikap sebenar Amerika Syarikat, dilanda krisis ekonomi dan sosial yang semakin bertambah, manakala malapetaka hampir setiap hari berlaku dalam tempoh tiga tahun terakhir ini. Selagi Washington terus mengutamakan pelobi Yahudi, selagi itulah Tuhan akan mengujinya, kerana balasan di atas ketidakadilan yang dilakukan ke atas lebih banyak masyarakat.Amerika Syarikat sebenarnya terlalu zalim kerana telah banyak mengsengsarakan penduduk dunia hanya kerana mahu menjayakan pelan pemerintahan Zionis sebagai adikuasa baru yang kuat dan gagah, menerusi rancangan “new world order” dalam protocol yang ditasbihkan sejak tahun 1930-an lagi oleh Theodore Herzl.

Kamarun KH