Perpaduan, persamaan dan persaudaraan merupakan nilai-nilai fundamental yang menjadi pemangkin bagi perkembangan, kemajuan, dan kemakmuran sesebuah negara. Malahan semua aliran dalam Islam menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menuntut kita agar memelihara persaudaraan dan rasa saling hormat menghormati di antara sesama Muslim. Maknanya, persatuan atau perpaduan di antara sesama Muslim amat dititikberatkan oleh Nabi s.a.w. Demikian juga semangat al-Quran secara keseluruhan sebenarnya adalah semangat perpaduan atau persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat perpaduan lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal [...]





