Ummatan Wasatan » Fikrah

Syaitan Musuh Yang Lemah
“… Kecuali (syaitan) yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (daripada malaikat) lalu dikejar oleh semburan api yang terang.” (al-Hijr: 18)

Musuh manusia terbesar semenjak Nabi Adam a.s adalah syaitan / iblis. Syaitan bersumpah kepada dirinya sendiri untuk menyesatkan manusia pada saat Nabi Adam a.s diciptakan dan syaitan melaksanakan sumpahnya itu dengan menyusun tipu daya agar dunia ini tampak memikat dan mempesona di mata manusia.

Al-Quran juga memberitahu kita bahawa tipu daya syaitan itu; ia lemah dan tidak memiliki kekuasaan ke atas manusia.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan sungguh, iblis telah dapat meyakinkan terhadap mereka kebenaran sangkaan mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian daripada orang-orang mukmin. Dan tidak ada kekuasaaan (iblis) terhadap mereka, melainkan hanya agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya akhirat daripada siapa yang masih ragu-ragu tentang (akhirat) itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.” (Saba’: 20-21)

Sesungguhnya, bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan bahawa ia tidak memiliki kekuasaan ke atas manusia adalah agar Allah menjadikan segala sesuatu itu mudah bagi manusia.

Syaitan hanyalah kekuatan negatif bagi agama. Kelemahan syaitan ini bermakna bahawa orang-orang yang beriman tidak akan mengalami kesulitan apa pun dalam hidupnya jika mereka mengamalkan agama.

Namun, hal ini terjadi jika manusia memilik iiman yang ikhlas. Di dalam al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa orang-orang yang memiliki iman yang ikhlas tidak akan terpengaruh oleh tipu daya syaitan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Ia (iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka.” (al-Hijr: 39-40)

Sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang menyekutukannya dengan Allah.

Susunan MUHAMMAD HATIM

Amar Makruf Nahi Munkar
Pada asasnya setiap insan Muslim wajib mematuhi semua tuntutan syarak dan meninggalkan segala tegahannya untuk hidup dengan selamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Demi diriku di bawah kekuasaan Allah, hendaklah kamu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran atau ditakuti bahawa Allah akan menurunkan ‘azab dan bala’. Kemudian kamu berdoa kepada Allah dan Allah tidak akan menerima (permohonan) kamu lagi.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan maksud hadis tersebut amatlah nyata betapa pentingnya seruan amar ma’ruf dan nahi mungkar dilakukan oleh setiap individu Muslim. Tingkat atau tahap individu Muslim yang bertanggungjawab melaksanakan tugas ini adalah sebenarnya terdiri daripada semua peringkat termasuk para pemimpin dan rakyat biasa, bukan hanya kepada golongan para ulama dan ustaz-ustaz semata-mata.

Sesungguhnya tugas ini amat mulia kerana ia adalah tugas asas yang kerananya Allah s.w.t telah mengutuskan para rasul. Kesemua rasul telah menjalankan tugas mereka dengan tabah, sabar dan berterusan disepanjang kehidupan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan tentangan daripada kaum mereka sendiri.

Inilah sunnah dan realiti yang telah dan bakal dihadapi oleh paran penyampai risalah Allah s.w.t ketika menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, maka tugas ini mestilah diteruskan oleh umat Islam seluruhnya. Sekalipun tugas ini berat, namun ia wajib dilaksanakan.

Setiap insan Muslim, tidak boleh lagi berdalih atau memberi pelbagai alasan jika tidak mahu melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dengan segala upaya dan kemampuan yang ada, kita hendaklah sentiasa mengajak manusia melakukan pelbagai jenis kebaikan. Pada masa yang sama mereka juga diingatkan supaya menjauhi pelbagai kemungkaran yang bercanggah dengan syarak sekalipun ianya disukai oleh nafsu. Tambahan pula pada hari media sering menyalurkan pelbagai unsur kemungkaran. Seruan ini hendaklah dilakukan secara berterusan, istiqamah, ikhlas dan bijaksana.

Allah memperingatkan kepada mereka yang tidak melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar dengan melaknat dan menurunkan azab serta tidak memakbulkan doa mereka sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Maidah, ayat 78-79 yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melaui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan munkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.”

Susunan RAMLI SAAT

Ilmu Adalah Dana Dunia dan Akhirat
Apabila kita berusaha mencari dana di dunia ini sebelum ke akhirat, terlintas di fikiran kita untuk mencari segala keperluan yang berupa wang, harta dan kemewahan di dunia sebelum ajal menemui kita.

Inilah perkara yang selalu difikirkan oleh sebahagian masyarakat kita sehinggalah kita lupa bahawa kehidupan ini sebenarnya hanya sementara untuk mencari bekalan menuju kehidupan yang hakiki di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum berlakunya lima perkara; masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa kayamu sebelum tiba masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba kematianmu.” (Riwayat Al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa sementara kita hidup di dunia, sewajarnya kita penuhkan diri kita dengan mencari dana berupa ilmu dan amal, bukannya mencari kemewahan dan kesenangan hidup semata-mata.

Malah dengan ilmu ia menjadi pedoman hidup dan mendasari segala tindak tanduk dan amalan kita.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Ilmu dalam ertinya memahami sesuatu dengan hakikatnya. Dengan pengetahuan inilah manusia melakukan perbuatan amalnya. Jika manusia tidak memiliki ilmu dan amal, maka tiadalah dana baginya di dunia dan sia-sialah hidupnya serta mendapat kerugian di akhirat.

Telah disebut dalam Matan Zubad:

“Dan bagi mereka yang beramal tanpa ilmu, amalannya akan ditolak, tidak diterima.”

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata, “Ilmu adalah pemimpin amal dan amal adalah pengikutnya.”

Demikian juga dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang beramal tanpa ilmu maka adalah lebih banyak membawa kerosakan daripada kebaikan.” (Riwayat Abi Said)

Berdasarkan hujah-hujah tersebut jelaslah bahawa usaha menambah ilmu pengetahuan dan diiringi dengan amal adalah harta yang amat bernilai untuk memperoleh keredaan Allah di dunia dan akhirat.

Setiap amalan akan mempunyai nilai jika berlandaskan ilmu pengetahuan, begitu juga dengan ilmu akan mempunyai nilai yang tinggi jika diiringi dengan amal. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.

Pengertian amal dalam pandangan Islam adalah setiap amal soleh atau setiap perbuatan kebajikan yang diredai oleh Allah s.w.t.

Dengan demikian, amal menurut Islam tidak hanya terbatas pada ibadah, sebagaimana ilmu dalam Islam tidak hanya terbatas pada ilmu fikh dan hukum-hukum agama sahaja.

Ilmu ini mencakupi semua yang bermanfaat bagi manusia seperti meliputi ilmu agama, ilmu alam, ilmu sosial dan lain-lain.

Ilmu-ilmu ini jika difahami dan dikembangkan dengan sebaiknya akan memberikan impak yang besar kepada peradaban dan kemajuan tamadun manusia. Misalnya, perkembangan sains dan teknologi akan memberikan kemajuan dan daya saing dalam kehidupan manusia.

Demikian juga perkembangan ilmu-ilmu sosial akan memberikan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam masyarakat. Justeru, penghayatan ilmu dengan amalan merupakan satu perkara yang dituntut oleh Islam.

Susunan HASHIM ISMAIL

Bangsa Berakhlak Mulia
Akhlak yang mulia sebenarnya tercermin pada adab. Bangsa yang beradab adalah bangsa yang berakhlak mulia. Kerana itu akhlak dan adab tidak dapat dipisahkan. Lawan adab ialah biadab, yang bererti tidak beradab, tidak tahu sopan-santun dan kurang ajar. Tentu saja orang yang biadab adalah orang yang berakhlak buruk.

Adab yang baik adalah bukti kesempurnaan jiwa dan kebaikan, sebagaimana adab yang buruk adalah bukti kekotoran jiwa. Demikian Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adab yang baik adalah sebahagian daripada iman.”

Sebaliknya, akhlak yang buruk atau tercela pada dasarnya timbul disebabkan oleh penggunaan dan potensi rohaniah yang tidak adil. Akal yang digunakan secara berlebihan akan melahirkan sikap licik atau penipu, dan akal yang digunakan terlalu lemah akan menimbulkan sikap dungu. Inilah pangkal timbulnya akhlak yang tercela.

Walaupun dalam al-Quran tidak ditemukan kata adab, tetapi terdapat banyak bentuk pujian mengenai akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.” (al-Qalam: 4)

Justeru baginda dijadikan Allah s.w.t sebagai teladan bagi umat manusia (al-Azab: 21) bukan sahaja dalam soal ibadah ritual, tetapi juga dalam soal tingkah laku dan sikap beliau. Nabi s.a.w sentiasa tersenyum dan bermuka manis.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan dapat memuaskan manusia dengan harta kamu, tetapi kamu dapat memuaskan mereka dengan adab yang luhur.”

Ibnu Sina, ahli falsafah Muslim yang di dunia Barat dikenali dengan nama Avicienna berkata, “Seorang yang arif akan selalu senyum gembira, kenapa dia tidak gembira kerana yang dilihatnya hanya keindahan dan keagungan Allah. Dia akan menjadi pemaaf kerana tidak ada lagi tempat bagi ingatannya kecuali Allah. Tidak cepat marah atau tersinggung walau melihat perkara mungkar sekali pun. Kenapa tidak demikian, kerana bukankah dia memandang dengan nur Ilahi sehingga dia melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.”

Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa? Selain daripada memaparkan akhlak Islamiah yang baik, mereka juga dapat menahan marah dan mudah memaafkan manusia. Tetapi bukan dalam erti kata menyuruh kita menunjukkan sikap lembik dan lemah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang mendermakan harta pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran: 133-134)

Kita boleh memberi wang atau makanan kalau kita mempunyainya. Demikianlah juga kalau kita sanggup memberi maaf, bererti kita mempunyai kekayaan jiwa yang sanggup memberi maaf kepada sesiapa saja. Ini bukan bermakna memberi maaf itu suatu tindakan kekalahan melainkan suatu kemenangan.

Contohilah bagaimana akhlak dan tatacara pergaulan Nabi s.a.w yang sangat luhur itu. Dihulurkan tangannya untuk berjabat tangan dan tidak dilepaskannya sebelum tangan yang dijabat itu melepaskannya. Baginda tidak pernah menghulurkan / melunjurkan kaki di hadapan para sahabat baginda yang sedang duduk. Demikian juga dalam percakapannya yang sangat sederhana, perlahan dan penuh tumpuan.

Adab agama memberi catatan bahawa sifat tidak melontarkan celaan semula ke atas orang yang mencela adalah suatu sikap yang terpuji. Terhadap makanan pun Nabi s.a.w tidak pernah mencela, jika tidak sesuai dengan seleranya. Melampaui batas dalam pujian adalah kemunafikan yang lahir daripada kerendahan diri dan melampaui batas dalam celaan adalah balas dendam yang lahir dari hati yang busuk. Kedua-duanya amat buruk dan tidak layak dilakukan oleh orang yang beradab dalam pandangan agama.

Adab pembicaraan yang baik ialah yang dihiasi dengan kiasan, kerana ia amat sedap didengar. Janganlah sampai lidah anda ternoda oleh kotornya kata.

Dan yang paling tidak disukai oleh agama ialah tidak mempraktikkan atau mengamalkan apa yang diucapkan. Justeru al-Quran mengecam golongan seumpama ini dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (al-Saff: 2-3)

Oleh MUHAMMAD HATIM

Asyura Kukuhkan Perpaduan
Salah satu antara hari-hari yang bersejarah dalam Islam ialah hari ke-10 bulan Muharam. Sepuluh Muharam dalam bahasa Arab disebut Asyura. Ia menjadi penting antara lain diundangkannya untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Lebih penting lagi, di bulan dan hari yang mulia ini kesempatan juga harus dimanfaat oleh umat Islam di seluruh dunia agar bersatu menentang keganasan Israel yang kini sedang bermaharajalela di bumi Palestin.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 oleh zionisme Yahudi mengingatkan kita betapa kuatnya kebencian mereka ke atas umat Muhammad s.a.w yang dianggap musuh abadi.

Toleransi di kalangan umat Islam ada hadnya dan wajib pada saat ini umat Islam seluruh dunia bangkit menyahut seruan jihad menentang kezaliman, pembunuhan Yahudi dan Nasrani yang angkuh ini.

Kita perlu mengambil mesej bulan yang mulia ini dengan mengingati pelbagai peristiwa dan perjuangan yang dialami oleh para Nabi dan Rasul. Perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan puak kuffar.

Peristiwa 10 Muharam juga dikatakan sebagai hari berkabung mengingati peristiwa Karbala di mana Hussin, cucu Nabi Muhammad SAW dibunuh oleh puak khawarij. Bubur merah dikatakan simbol darah Hussin, sedangkan bubur putih simbol ketulusan Hasan untuk berdamai.

Selain daripada itu, asyura seperti mana yang difahami sesetengah orang sebagai lambang yang mengancam pemerintah. Tokoh panglima perang Bani Umaiyah, Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi melambangkan asyura sebagai hari sukacita, hari bersyukur.

Hakikatnya Asyura hanya layak dirayakan oleh ummah yang mementingkan perpaduan dan ia tidak layak diraikan oleh puak yang suka memecahbelahkan perpaduan.

Kerana ‘kekuasaan itulah yang benar’, yang salah tentu sahaja yang kalah. Inilah keamanan dan keharmonian yang dicapai oleh masyarakat Islam negara ini hasil daripada perpaduan dan permuafakatan.

Pada 10 Muharam ini banyak terjadi peristiwa penting, yang kemudian dipahatkan dalam sejarah. Imam Ghazali dalam bukunya Mukasyayafultul Qulub mencatat bahawa tidak kurang 13 peristiwa penting yang terjadi pada 10 Muharam walaupun berbeza-beza tahun dan kurunnya.

Antaranya ialah hari diciptakan Nabi Adam, diciptakan langit, bumi, bulan dan bintang, hari lahir Nabi Ibrahim dan hari terlepasnya beliau daripada bahaya unggun api Raja Namrud, hari kemenangan Nabi Musa dan tenggelamnya rejim Firaun, hari kelahiran Nabi Isa dan diangkat beliau ke langit, Nabi Idris diangkat ke tempat yang mulia, Nabi Nuh selamat daripada taufan, Nabi Sulaiman mendapat kekuasaan luar biasa, Nabi Yunus keluar dengan selamat dari dalam perut ikan, Nabi Yakkub yang buta dapat melihat, Nabi Yusuf bebas dari penjara, Nabi Ayub sembuh daripada penyakit yang mengancam jiwa dan hari pertama diturunkan hujan.

Peristiwa-peristiwa penting pada 10 Muharam itu mengandungi aspek-aspek perjuangan yang menaikkan semangat kepimpinan dan kepahlawanan. Ia mengandungi nilai-nilai pendidikan dan pengaruh kejiwaan dalam kehidupan seseorang atau sesuatu bangsa.

Mengingati persamaan motif dan tujuan perjuangan Rasulullah dengan Nabi-Nabi yang terdahulu, tidak lain adalah untuk sama-sama menegakkan tauhid, maka Nabi Muhammad telah menetapkan tanggal 10 Muharam menjadi salah satu rangkaian Sunah Nabi. Ia dilakukan dengan tatacara yang sesuai dengan ajaran Islam.

Umat Islam digalakkan banyak beribadah, menilai diri dan memohon keampunan di samping memperbaharui tekad melaksanakan keadilan di atas muka bumi ini. Dan berusaha untuk terus menegakkan risalah Ilahi walau apa pun rintangan yang terpaksa dihadapi.

Justeru semua itu adalah satu tanggungjawab yang tidak mungkin diingkari. Jangan kita jadi seperti kaum Saba yang diberi berkat yang banyak, namun kerana ingkar (tidak bertakwa – bererti melakukan kezaliman) maka Allah memberi musibah (maksud Surah Saba: 15-16).

Kezaliman bukan setakat kepada Allah atau manusia lain tetapi kepada diri sendiri. Kezaliman itulah yang menghancurkan kebahagiaan kita sebagai mana pesan Allah dalam Surah al-Hijr (78-79) bahawa kehancuran penduduk ‘Aikah’ kerana kezaliman sendiri.

Antara cara menghayati Asyura ialah dengan melahirkan sikap atau jiwa dan kehidupan yang tidak dapat memisahkan aspek hubungan manusia dengan Allah; kedua, aspek hubungan sesama manusia.

Pelaksanaan ibadah kerohanian boleh dilakukan dengan mengerjakan puasa pada hari asyura. Puasa pada hari itu termasuk salah satu puasa sunat yang utama (afdal), seperti dijelaskan dalam hadis yang riwayat Muslim: “Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam.”

Nilai puasa Asyura pada sisi Ilahi digambarkan dalam hadis lain, yang diriwayatkan Muslim: “Puasa pada hari asyura menghapuskan dosa satu tahun lampau.”

Manakala tatacara yang kedua ialah melakukan amal soleh pada hari Asyura, iaitu perbuatan kebaikan, seperti membantu mereka yang ditimpa musibah atau malapetaka alam seperti banjir yang melanda negara sekarang, membantu fakir miskin, golongan yang sengsara dan pekerjaan yang bersifat sosial dan perikemanusiaan.

Nabi menegaskan dalam satu sabdanya yang bermaksud:

Barang siapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan. (Riwayat Baihaki).

Jadi cara membesarkan hari Asyura itu ialah dengan melakukan ibadah (puasa) dan melahirkan kesyukuran atau amaliah. Bukan dengan cara bersedih atau menangisi kematian sesiapa terutama dengan perbuatan yang menyeksa dan menyakitkan diri sendiri atau pendekatan kemeriahan yang melalaikan dan melampaui batasan agama dengan pelbagai pesta hiburan yang merugikan kerana Islam tidak pernah melarang hiburan yang terurus dan boleh membawa kebaikan dan pembangunan serta kemajuan.

Jika kita perhatikan perkembangan tatacara memperingati atau membesarkan hari Asyura itu sesudah zaman Rasulullah dan sahabat, kita dapati banyak telah mengalami perubahan bahkan menyimpang, dan tidak sesuai dengan ketentuan-ketentuan Sunnah Nabi.

Perkembangan-perkembangan itu ada kalanya dicelup dengan kepentingan-kepentingan satu golongan atau unsur-unsur lainnya yang bersifat tradisional.

Sebagai contoh, perayaan Asyura di kalangan kaum Syiah- mereka menghubungkan 10 Muharam dengan peristiwa terbunuhnya tokoh kaum Syiah, Hussin, putera Ali bin Abi Thalib. Dalam peperangan yang terjadi antara dua dinasti, iaitu Muawiyah dengan sokongan Khawarij di satu pihak, di medan pertempuran di padang Karbala (Iraq), Hussin terkorban dan jenazahnya diperlakukan dengan cara yang sangat kejam. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharam, 61 Hijrah (10 Oktober 680 Masihi).

Jelas di sini bahawa cara yang ditetapkan oleh Sunah ialah merayakan atau membesarkan hari asyura dengan berpuasa dan melakukan perkara-perkara kebaikan atau amalan bersifat sosial yang diredai Allah.

Namun, ibadat puasa pada hari besar tersebut juga merupakan perayaan kaum Yahudi untuk mengingati peristiwa bersejarah kemenangan Nabi mereka (Musa as.) daripada kepungan dan serangan Firaun. Dalam hal ini Nabi Muhammad bersabda: “kami lebih berhak dengan Musa dari kamu, oleh itu kami juga ingin merayakan hari bersejarah tersebut dengan melakukan ibadat puasa pada hari itu,” lalu diperintahkan umat Islam berpuasa sebagaimana diriwayatkan dalam sahih Bukhari.

Amalan ini (berpuasa) dianjurkan untuk diteruskan, di samping merayakan hari bersejarah ini dengan mengadakan jamuan sejenis makanan (bubur) yang terdiri daripada bahan yang mudah diperolehi dan disediakan yang dilakukan secara bergotong-royong dalam usaha merapatkan lagi hubungan kemesraan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Kerja gotong royong seperti ini patut diteruskan sekalipun ada tuduhan yang mengatakannya bidaah. Walhal usaha begini boleh dinilai sebagai budaya makruf (bidaah hasanah), yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w seperti dalam sahih Muslim bermaksud: “Jangan kamu mempersendakan perkara makruf sedikit pun.” (Riwayat Muslim)

Daripada peristiwa sejarah Rasulullah s.a.w jelas menunjukkan simpati dan mensyukuri kemenangan Musa as. Ini kerana umat Islam dengan umat Islam yang lain itu adalah seperti sebatang tubuh, di mana jika salah satu anggota mengalami kesakitan maka seluruh anggota lain ikut mengalami kesakitan yang sama.

Demikianlah juga nasib penderitaan yang dialami umat Palestin hari ini. Seluruh dunia Islam dan saudaranya yang beragama Islam akan mengadu kesakitan dan penderitaan yang sama. Mereka akan mengadu dan berdoa kepada Tuhannya mudah-mudahan segera diselamatkan umat Islam di Palestin daripada keganasan dan kepungan ‘Firaun’ dari (rejim) zionis yang sedang bermaharajalela sekarang.

Dari perasaan simpati tersebut yang ditiupkan hari ini melalui pelbagai ibadat yang dianjurkan itu, akan lahirlah kesedaran dan kerjasama untuk membina ikatan ukhuwah di kalangan umat Islam sejagat dengan perasaan kasih mesra, sebagaimana yang dianjurkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Bertolong-tolonglah atas kerja kebajikan dan ketakwaan dan jangan sekali-kali bertolongan atas usaha dosa dan perseteruan (dan perpecahan).” (al-Maidah: 2)

Oleh MUHAMMAD QASIM

Bekerja Untuk Kecemerlangan
Bertugas dan bekerja mencari rezeki dari limpah kurnia Allah adalah sifat mulia yang disanjung tinggi oleh Islam.

Dengan bekerja, kita bukan sahaja membangunkan diri sendiri, tatapi juga membantu ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.

Dengan adanya rezeki yang mencukupi, setiap individu atau keluarga Muslim terselamat dari belenggu kemiskinan dan bergantung hidup kepada orang lain.

Islam sebagai agama yang suci sentiasa menyeru manusia membebaskan diri dari belenggu kefakiran dan kemalasan diri.

Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, tidak kira sama ada bekerja sendiri atau makan gaji.

Tanggungjawab bekerja tidak boleh dipandang ringan, atau dibuat sebagai acuh tak acuh, atau sambil lewa sahaja. kita perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas kerana ianya dikira sebagai ibadah bagi setiap kita orang beriman.

Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran, yang bermaksud:

“Dan katakanlah (Wahai Muhammad): beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,  kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (at-Taubah: 105)

Maka kepuasan bekerja adalah nikmat yang sukar dinilai dan disebut. Ia hanya dapat dirasai oleh individu itu sendiri.

Sesungguhnya  nikmat yang diberikan kepada manusia amat banyak, sehingga menjadikan kehidupan ini serba lengkap dan sempurna.

Tidak ada yang lebih besar nilainya dari nikmat yang diberikan Allah kepada manusia sesudah iman, melainkan kesihatan.

Apabila badan dan akal fikiran seorang mukmin sehat, maka hidupnya akan terasa nikmat, bahagia dan damai. Ia akan bekerja dengan penuh ghairah dan hasilnya akan semakin bertambah, serta ia lebih optimis untuk menghadapi masa depannya.

Semua ini termasuk dalam Sunnatullah bahawa kehidupan itu diberikan kepada orang yang sehat dan kuat. Mereka inilah yang akan mampu membangun dunia ini dengan baik .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kami telah tulis didalam kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh mahfuz: bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. Sesungguhnya al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang cita-citanya mengerjakan ibadah (kepada Allah dengan berilmu).” (al-Anbiya: 105-106)

Sesuatu bangsa menjadi kuat apabila rakyatnya kuat, dan rakyat yang kuat terdiri dari individu yang kuat pula, baik tubuh badannya, akalnya, mahupun kemahuannya. Jka bangsa telah menjadi kuat, maka ia akan hidup dihormati serta disegani oleh kawan dan lawan.

Sebaliknya mereka yang lemah akan berada tepian kehidupan, mereka akan menjadi mangsa kepada orang yang rakus dan kuat, itulah tradisi kehidupan.

Pembinaan sahsiah, pengukuhan kualiti insan dan kerohanian perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah s.w.t. Keimanan ini boleh menjadi benteng paling ampuh menangani gejala negatif.

Keimanan dan akidah yang mantap hanya akan terhasil melalui hati dan rohani yang suci serta asas keiamanan yang kukuh, ketaqwaan dan kepatuhan kepada agama, diikuti penjanaan ilmu yang diperkukuh dengan tarbiah efektif, mampu melahirkan insan yang mempunyai kekuatan dalaman, untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w yang mengungguli nilai sejagat.

Maka, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, adalah amat penting setiap individu memiliki sifat amanah, bersih, cekap, bersopan santun, berdisiplin, suka bekerjasama, suka mengajar ilmu, berlapang dada, toleransi dan sentiasa ikhlas melaksanakannya kerana Allah s.w.t.

Susunan RAZALI YUNUS

Memupuk Akhlak Murni
Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai pentingnya memelihara akhlak  dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan seharian kita dan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t, sama sekali kita tidak dibenarkan melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan seumpamanya kerana ia merupakan satu tegahan yang nyata.

Semua umat Islam diseluruh dunia mengakui dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah s.w.t yang diutuskan untuk membawa kerahmatan kepada seluruh umat di dunia sehingga akhir zaman.

Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, surah al-Anbiya’ ayat 107, yang bermaksud:

“Dan tidaklah kami mengutuskan engkau( wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam .”

Bahkan keimanan kepada Rasulu adalah termasuk dalam kesempurnaan rukun iman.

Mengapa Rasulullah s.a.w dipilih oleh Allah s.w.t untuk membawa misi  kesejahteraan ini kepada semua umat manusia di dunia? Dan bagaimana baginda berjaya di dalam misi ini?

Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan baginda seperti hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan kaum kafir juga baginda sering menunjukkan akhlak mulia ini.

Para ulama menyatakan bahawa baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiah Ilahaiyat.  Dan ini adalah anugerah Allah s.w.t ke atas kekasih-Nya Rasul utusan terakhir junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Keistimewaan yang tiada taranya menjadikan baginda dipilh dan dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Dan kita umat Islam turut menumpang keistimewaan baginda, kerana Allah menjadikan umat Muhammad  sebagai umat terbaik diantara umat Nabi dan Rasul terdahulu.

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w  adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa,  Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmah dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Quran.

Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat.

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w  adalah model utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam. Contohnya, kisah tauladan seorang Badwi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ,  naik berang dan hendak memukul Badwi tersebut.

Bagaimanapun,  tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya baginda membiarkan Badwi itu selesai membuang air kecil. Kemudian baginda meminta sebekas air lalu disiramkan di tempat kencing tersebut.

Rasulullah s.a.w  bertanya kepada para sahabat, apakah  yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badwi itu semasa sedang membuang air kecil. maka Jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya.

Kisah ini menjadikan Badwi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam.

Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai,  begitu banyak budaya luar dan fahaman atau ideologi yang tidak sehat, telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dahsyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam .

Anasir-anasir yang tidak sehat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat.

Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang berbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya.

Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam.

Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat  Islam dijajah oleh kuasa penjajah.

Susunan RAMLI SALEH

Membudayakan Ilmu
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah membawa kepada kita satu sahaja agama, iaitu Islam.  Namun hakikatnya, hari ini kita didedahkan dengan ‘beratus-ratus agama Islam’. Keadaan ini berlaku kerana umat Islam tidak menghayati ilmu Islam secara sempurna dan betul.

Manusia menurut al-Quran memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah.

Agenda ilmu dan pembudayaannya adalah perkara besar yang wajar diberi tumpuan oleh umat Islam.  Kerana dengan ilmu ini sahaja syarat  utama bagi membolehkan manusia menjadi khalifah serta memikul amanahnya.

Dalam dunia pendidikan Islam kita biasa mendengar istilah adab al-dunya dan adab al-din. Yang pertama melahirkan ‘taskhir’ (teknologi) yang membawa kepada kesenangan hidup duniawi, sedangkan yang kedua menghasilkan ‘tazkiyah’ (penyucian jiwa) dan ‘maghrifah’ yang membawa kepada kebahagiaan ukhrawi.  Dan kedua-dua ini harus terpadu sebagaimana dicerminkan menerusi doa yang diajarkan oleh al-Quran.

Kalau kita lihat kejayaan pembinaan tamadun dan peradaban Islam silam, jelas bahawa kekuatan ilmu memainkan peranan penting. Tercatat dalam buku sejarah akan kewujudan kota-kota besar sebagai pusat pengembangan ilmu dunia seperti Baghdad, Kufah, Basra, Damsyik, Seville, dan Cardova.

Di kota-kota ini juga lahir tokoh-tokoh ilmuwan yang tersohor dalam pelbagai bidang, bukan sahaja mahir dalam bidang agama tetapi sains, falsafah, astronomi, matematik, dan ilmu kedoktoran.

Kita sering mendengar nama, misalnya seperti Al-Khawarizmi, tokoh matematik, dan Jabir bin Hayan, tokoh ilmu kedoktoran.  Malah ribuan lagi tokoh dalam pelbagai bidang lahir pada waktu itu kerana ‘ilmu’ yang dijadikan asas pendekatan pembinaan ummah.

Ini bertepatan dengan apa yang difirmankan Allah s.w.t yang bermaksud:  “Dan demikian Kami jadikan kamu umat pilihan lagi adil untuk menjadi teladan dan saksi kepada manusia lain.” (al-Baqarah: 143)

Dan apa kita fahami daripada maksud firman Allah ini ialah sesungguhnya dengan membiarkan umat Islam mundur dan ketinggalan adalah bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Kejayaan tamadun dahulu adalah praktik daripada ajaran yang penuh perseimbangan antara dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis telah memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada umat baginda dalam urusan kehidupan dunia.

Sabda baginda yang bermaksud: “Kamu lebih tahu urusan kehidupan dunia kamu.”  (Riwayat Muslim)

Maksudnya, kebebasan yang diberi kepada umatnya untuk bergerak, berfikir, merancang dan melakukan tindakan asalkan tidak melanggar batas-batas keadilan.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, ilmu adalah kuasa.  Membudayakan ilmu di kalangan umat Islam bererti membudayakan kuasa.  Bangsa yang berjiwa besar adalah bangsa yang menghargai ilmu.  Inilah yang ditekan oleh pucuk kepimpinan negara kita dalam perjuangan untuk memartabatkan bangsa kita agar dihormati dan disegani oleh bangsa lain dunia.

Maruah dan kewibawaan bangsa terletak pada kekayaan ilmu anak bangsa.  Khazanah intelek bangsa dalam serba bidang inilah yang merangsang kemajuan, pembangunan dan dinamisme bangsa untuk mencapai kegemilangan.

Kita harus faham bahawa dalam mengendalikan sebuah negara tidaklah sama atau semudah semangat yang dikobarkan dengan kata-kata, slogan dan retorik semata-mata.

Orang lain tidak akan menghormati kita sekiranya kita miskin ilmu, percaya kepada tahayul, hidup merempat di negara sendiri, dan mengemis simpati dan bantuan orang lain.

Dengan ilmu, keyakinan diri menjadi teguh dan bersemangat untuk menghadapi cabaran. Melalui ilmu kita hari ini berjaya membina tamaddun kita sendiri dan menikmatinya penuh keamanan dan kesejahteraan.

Kemajuan yang kita capai inilah yang harus dipelihara dan dikembangkan serta dipertangungjawabkan.

Umat Islam sepatutnya berubah seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:  “Sesungguhnya allah tidak mengubah keadaaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Raad: 11)

Yang menyedihkan, apa yang berlaku sekarang, umat Islam masih menjadi umat yang miskin, umat yang meminta-minta dan umat yang meminta-minta dan umat yang sering merendahkan kebolehan mereka sendiri.

Dalam mengharungi dan memakmurkan duniawi ini, jika seseorang itu hanya mempunyai iman dengan keyakinan yang kukuh sedangkan ilmunya tidak berkembang, maka ia akan hidup sebagai orang yang tidak mampu berbuat sesuatu, maka jadilah ia manusia jumud, sempit akal, bahkan sempit dada, kurang toleransi terhadap pemikiran orang lain, sehingga besar kemungkinan ia akan berwatak merasa benar sendiri (self righteous).

Boleh jadi pula ia akan mampu hidup hanya sebaga  parasit masyarakat disebabkan oleh kekurangan kemampuannya menghasilkan sesuatu untuk kepentingan hidupnya.  Keyakinan yang kukuh itu bersifat dogmatik, sehingga jika berhadapan dengan hujah-hujah yang ilmiah ia akan mudah tersinggung, over sensitive dan tidak dapat diajak berbicara atau berbincang secara terbuka.

Oleh hal yang demikian itu, amatlah perlu diperjuangkan oleh setiap orang agar iman dan ilmunya berinteraksi secara seimbang (in dynamic equilibrium), sehingga ia mempunyai peribadi yang mantap ke depan.  Jadi, keseimbangan antara iman dan ilmu ini mestilah dimiliki setiap orang yang betul-betul ingin hidup berbahagia di dunia ini.

Apabila kedua-dua nikmat ini dimiliki oleh seseorang secara seimbang dan dinamik, maka jadilah ia manusia yang mampu memadukan kedua-duanya menjadi ‘Al-Hikmah’.  Orang inilah yang dikatakan oleh al-Quran sebagai manusia ‘Al-Hakim’ dan inilah orang yang telah mendapat angerah terbesar daripada Allah s.w.t.

Manusia diciptakan Allah s.w.t. Justeru untuk memakmurkan dunia ini demi kepentingan manusia sendiri.  Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  “Dia telah menjadikan kamu daripada bumi agar kamu memakmurkannya…” (Hud: 61)

Ayat ini tegas menyatakan bahawa tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini ialah agar manusia memakmurkan kehidupan ini.

Kemakmuran ini tiada lain demi kepentingan manusia sendiri.  Sedang ayat berikut ini menegaskan lagi, bahawa Allah s.w.t menciptakan segala sesuatu di alam ini untuk memenuhi kepentingan manusia, kerana perkataan ‘sakhara’ itu bererti memenuhi atau memudahkan atau untuk diperalat atau diperhambakan.

Oleh hal demikian itu, manusia diharamkan Allah merendahkan diri terhadap alam raya ini, sebab dengan demikian itu manusia telah memperlekehkan rencana dan ketentuan Allah yang telah memuliakan dan melebihkan manusia terhadap semua makhluk-Nya yang lain.

Oleh MUHAMMAD IQBAL

Seni Ke Arah Ketakwaan
Seni adalah keindahan. Ia merupakan ekspresi roh dan budaya manusia yang mengandungi serta mengungkapkan keindahan. Ia lahir dalam diri manusia, didorong oleh kecenderungan seniman kepada yang indah biar apa pun jenis keindahan itu.

Dorongan tersebut memaparkan naluri manusia atau fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kesenian adalah unsur dan alat yang ampuh dalam pertumbuhan pendidikan dan kebudayaan bangsa yang sedang membangun.

Seni sentiasa menjadi perbincangan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan ketamadunan manusia. Ia merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi dan inovasi setiap individu.

Tetapi muzik pula adalah hasil seni berbentuk bunyi-bunyian yang juga terhasil daripada kreativiti seseorang. Islam sebagai sistem hidup yang sempurna mengharuskan hiburan dengan maksud tertentu yang boleh membawa kebaikan.

Seni lagu yang diharuskan oleh syarak boleh menjadi alat mendidik sambil berhibur. Muzik dan tari antara ciri-ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama membawa manusia ke alam luas, jauh dan syahdu.

Suara azan membangkitkan ghairah manusia mentakbirkan nama Maha Pencipta. Rentak dan gendang menyemarakkan semangat kepahlawanan para pejuang yang sedang berjuang, pekerja yang sedang bertugas. Lagu dodoi seorang ibu dengan penuh pengharapan mempercepatkan pertumbuhan bayi dalam ayunan.

Berbicara mengenai muzik dalam Islam sebenarnya membawa kita membicarakan satu unsur penting dalam tradisi kerohanian Islam, bahkan muzik merupakan satu disiplin ilmu dalam pembaharuan falsafah Islam.

Di kalangan ahli sufi Islam, muzik merupakan wahana penting dalam meningkatkan tahap kerohanian di samping membentuk jiwa yang lembut, membangkitkan kedamaian rasa dan ketenangan hati.

Bidang kebudayaan dan kesenian merupakan alat untuk menentukan perwatakan bangsa. Bidang seni dan kebudayaan dianggap sebagai alat pembangunan. Oleh itu, meninggalkan cabang ini bererti menyisihkan jalan yang boleh membantu mencapai pembangunan bangsa.

Masyarakat Islam sendiri terutama mereka yang terdiri daripada lingkungan alim ulama, perlu mencapai kata sepakat dalam memandang serta menilai masalah seni dan kebudayaan keseluruhannya.

Jika ini adalah pandangan Islam tentang kesenian, mengapa kesenian Islam tidak terdapat dengan jelas pada masa Nabi s.a.w dan zaman para sahabat? Malahan, mengapa sering terdengar ada seperti wujud batasan yang menghalang perkembangan kesenian?

Mungkin kerana pada masa itu proses penghayatan Islam baru bermula, bahkan sebahagian mereka baru dalam tahap membersihkan gagasan-gagasan jahiliah yang telah meresap ke dalam jiwa masyarakat sehingga mereka perlu berhati-hati, khususnya oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai pembimbing.

Sesungguhnya, dunia seni amat indah dan sensitif, disukai dan dicemburui tidak kurang dieksploitasi sehingga menjerumuskan seniman ke lembah maksiat. Hakikat awalnya, seni itu sendiri bersifat murni dan amat bermanfaat untuk membangun hati nurani manusia dan kehidupan orang Islam.

Dewasa ini seni muzik dilihat dari perspektif negatif kerana berdasarkan situasi semasa yang berlaku dalam dunia muzik dan hiburan. Perkembangan seni muzik dan hiburan sama ada di Barat atau negara Islam pada masa ini dilihat banyak memesongkan akhlak dan pemikiran masyarakat.

Realitinya, masyarakat Islam kini dihujani dengan pelbagai ancaman budaya dari Barat yang berbentuk hiburan. Kesenian `sumbang’ disalurkan melalui pelbagai sumber dan wahana yang kini menjadi pilihan untuk berhibur menurut selera masing-masing.

Seni muzik telah dilihat sebagai sesuatu yang melalaikan, melekakan, membuang masa dan mendorong manusia melakukan kemungkaran. Dengan kata lain, unsur-unsur harmoni yang positif sudah tidak wujud lagi dan jauh sekali dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian, zikir, ketakwaan dan keimanan.

Batas-batas yang tidak wajar dan membawa ke alam maksiat inilah yang dilarang oleh hukum-hukum agama.

Sesungguhnya kehidupan Rasulullah membuktikan bahawa baginda tidak melarang nyanyian yang bukan membawa kepada kemaksiatan.

Nyanyian yang sangat popular di kalangan umat Islam seperti berzanji dan marhaban yang memuji Rasulullah, nyanyian yang sarat dengan nilai-nilai agama.

Lagu-lagu seperti inilah yang dinyanyikan oleh kaum Ansar di Madinah ketika menyambut kedatangan Nabi Muhammad. Sementara itu, Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang para pahlawan yang gugur dalam peperangan Badar sambil memukul gendang.

Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum muzik dalam Islam sama ada ia dibolehkan atau dilarang. Sebahagian ulama mengharamkan mendengar muzik atau memainkannya secara umum.

Sebahagian lagi membolehkannya, selagi muzik dan nyanyian itu mengandungi nasihat yang tidak bertentangan dengan Islam. Beberapa ulama seperti Imam Az-Zahiri, Imam Syafie, Imam Malik dan Al-Ghazali membolehkan penggunaan alat muzik dan nyanyian selagi liriknya tidak terdapat ungkapan yang tidak baik dan boleh menimbulkan fitnah.

Di samping itu, terdapat beberapa hadis tentang hal ini dan diperkuatkan lagi dengan dalil dalam surah Luqman, ayat 19. Mengulas tentang ayat itu, Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa Allah memuji suara yang baik sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

Muzik yang harus adalah muzik yang berilmu, membawa kepada kemurnian hati sanubari insan. Muzik yang bersifat kejahilan, merangsang kegelisahan hati nurani insan yang boleh membawa kepada kekaburan kemuliaan insan adalah dilarang.

Seni kata lagu juga harus mengandungi mesej ke arah akhlak mulia dan tidak melanggar batasan akidah Islam. Lagu-lagu cinta yang memuja perasaan terhadap wanita secara berlebih-lebihan misalnya dan terkandung kesesatan nafsu seksual adalah haram.

Sebaliknya, lagu-lagu sedemikian boleh menjadi kebaikan sekiranya seni kata lagu menjurus ke arah pujian terhadap wanita yang baik akhlaknya dan beragama serta mulia.

Namun begitu, pujian atau sanjungan itu bukan ditujukan kepada wanita, tetapi kepada nilai-nilai agama yang mulia dan terpapar pada golongan tersebut.

Program-program hiburan berbentuk realiti televisyen semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat hari ini. Persoalannya, adakah program-program seperti Mentor, Akademi Fantasia, Audition dan Malaysian Idol dapat mendekatkan masyarakat terhadap semangat kecintaan kepada negara atau mendekatkan jiwa ke arah ketakwaan dan ketaatan kepada Ilahi?

Oleh MUHAMMAD HATIM

Perihal Bidaah
Islam tidak pernah menolak amalan turun-temurun yang telah menjadi `uruf‘ (budaya yang baik dalam masyarakat) bagi sesuatu bangsa. Justeru, di atas dasar apakah sesetengah fahaman atau mazhab yang cuba menggugat amalan-amalan baik yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat itu? Sedangkan, amalan-amalan baik yang diamalkan seperti membaca Yasin (secara beramai-ramai pada malam Jumaat) dan juga menyambut Maulidur Rasul (Maulud Nabi s.a.w) itu sebenarnya menyeru ke arah perpaduan dan mengeratkan hubungan sesama umat.

Sekalipun amalan-amalan tersebut dianggap sebagai bidaah, harus difahami bahawa tidak semua bidaah itu sesat. Amalan-amalan yang dinyatakan itu sebenarnya adalah termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah yang baik). Oleh yang demikian, kita harus menerima adanya bidaah yang baik dan menolak bidaah yang buruk.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Syafie, bidaah itu ada dua, iaitu terpuji dan tercela. Apa yang sesuai dengan sunah itu, terpuji, dan apa yang tidak sesuai dengannya dianggap tercela. Demikian juga menurut Jalaluddin As-Syayuti, bahawa bidaah itu ada lima kategori iaitu, bidaah wajib, bidaah sunat, bidaah halal, bidaah haram, dan bidaah makruh.

Demikian juga dengan penegasan Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan kitab Tanbihul Ghafilin, halaman 13).

Dapat difahami daripada hadis tersebut, perkara-perkara bidaah ini bukan semata-mata hanya keburukan atau dhalalah (sesat). Sebagai contoh, masyarakat hari ini membina sekolah, membangunkan pelbagai prasarana untuk kebaikan umat seluruhnya, sedangkan semuanya tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Sedangkan, pembangunan yang dilakukan itu adalah satu bidaah yang baik kerana umat Islam mendapat manfaat di atas kemudahan-kemudahan yang dilaksanakan itu.

Adakah Saidina Umar melakukan bidaah dhalalah (solat tarawih 20 rakaat)? Tentulah tidak, kerana Umar ada mengatakan sebaik-baik bidaah adalah sembahyang tarawih 20 rakaat (bidaah hasanah). Malahan di Arab Saudi pun sembahyang sunat tersebut dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Hadis di atas juga menggambarkan betapa luasnya agama Islam ini dan janganlah kita sendiri yang menyempitkan perkara yang terbuka luas itu.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Engkau cuba menyempitkan benda yang luas?”

Hari lain dan malam lain, masyarakat susah untuk mendekati al-Quran apatah lagi untuk sekadar membaca Yasin kerana sibuk bekerja. Jika pada malam Jumaat dianggap bidaah untuk membaca Yaasin, apakah alternatif atau program agama yang lain yang boleh dicadangkan oleh mereka (Wahhabi) untuk merapatkan hubungan di kalangan masyarakat kita pada hari ini?

Apa yang kita lakukan ini semua merupakan satu alternatif mengerjakan amalan baik dan beroleh pahala (bidaah hasanah). Sikap keterbukaan Rasulullah s.a.w sendiri yang begitu berlapang dada bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan musuhnya orang Yahudi ketika baginda berhijrah ke Madinah merupakan sikap paling berharga untuk kita teladani.

Baginda menerima amalan baik yang dilakukan oleh orang Yahudi. Baginda ikut berpuasa pada hari 10 Muharam, malah baginda bersabda yang bermaksud: “Aku lebih berhak dari kamu. Oleh hal yang demikian itu, aku akan berpuasa bukan sahaja pada 10 Muharam malah pada hari 9 Muharam.” Oleh sebab itu ia disunatkan sehingga hari ini dan banyak diamalkan oleh masyarakat kita.

Kesemua amalan yang dilakukan pada hari ini mempunyai asas yang kukuh sama ada secara umum atau khusus mahupun menerusi lafaz atau isyarat secara `harfi’ atau `mafhum‘.

Diharuskan bertawassul dengan Nabi dan orang-orang soleh kecuali amalan tawassul itu menggunakan patung berhala, kubur atau bomoh yang sudah pasti tidak diterima oleh Allah. Sebenarnya, kepercayaan yang tidak membenarkan syafaat dan tawassul ini sesuai dengan umat yang baru menemui cahaya tauhid, takut-takut mereka kembali mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain sedangkan kita tahu dan yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memberi dan menegah, menyakiti dan menyembuhkan. Inilah ketetapan Allah dan tiada bagi ketetapan Allah itu berlakunya perubahan dan pertukaran. Ini adalah hukum alam, sama juga halnya dengan hubungan peraturan dalam agama. Inilah ajaran yang kita anuti sejak turun-temurun.

Kalau semuanya ini adalah bidaah, maka tidak perlulah kita pergi berjumpa doktor, tidak perlu berkereta dan tidak perlu ke sekolah atau ke pusat pengajian tinggi kerana semuanya adalah bidaah.

Apa yang kita amalkan itu bertujuan merapatkan hubungan kemesraan dan tali silaturrahim serta mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat. Jangan kita menyempitkan kefahaman dalam ruang yang jumud dan sempit mengenai Islam. Tidakkah kita selalu mendengar pada setiap hari Jumaat, khatib membacakan firman Allah yang bermaksud: “Allah menyuruh kita berlaku adil dan cemerlang dalam semua keadaan.” (An-Nahl: 90).

Dalam sebuah kisah, diceritakan seorang ulama dari Mesir telah pergi ke Eropah. Apabila ditanya oleh seorang paderi; “Adakah dalam al-Quran mengandungi ilmu membuat roti atau tidak?” Maka, ulama itu menjawab, “Ada”. Lalu, dibacanya ayat Quran yang bermaksud: “Tanyalah ahli ilmu pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl: 43)

Demikian halnya, Allah mengarahkan kita berlaku adil, cemerlang dalam segala keadaan. Maka, semua kebaikan sama ada dalam rumah tangga, masyarakat dan negara perlu kita pertahankan. Kalau kita mencari hadis yang menyuruh umat menyambut Maulidur Rasul, maka kita tidak akan terjumpa secara terang dan khusus tetapi dapat ditemui secara mafhum dan umum.

Jika pahala amalan orang lain tidak boleh diniat hadiah pahalanya kepada orang lain, maka semua amalan tidak terpakai dengan niat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Segala amalan dikira mengikut niat dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.” Sedangkan fahaman Wahhabi menegakkan bahawa pahala doa hanya akan sampai kepada ahli keluarga sahaja.

Fahaman seperti ini memang tidak sesuai di Nusantara. Oleh sebab itu, kita menjemput para jemaah untuk meramaikan sembahyang jenazah tanpa mengira siapa, keluarga ataupun tidak. Itu pun semuanya dengan izin Allah jua akan kemakbulan doa dan pahala yang diperoleh si mati.

Oleh yang demikian, Islam menganjurkan amalan menolong keluarga yang dalam kesedihan akibat kematian. Amalan tersebut berupaya merapatkan lagi silaturahim dan kasih sayang di kalangan masyarakat selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kita percaya semua amalan itu ada asas dan hujah agamanya, bukan sesuatu yang direka-reka sesuka hati atau mengikut hawa nafsu sahaja.

Kita sebenarnya tidak ada masa untuk berkelahi kerana agenda kita belum selesai, iaitu perpaduan umat Islam seluruhnya dan keamanan sejagat. Penulis percaya apabila kita bersatu, tenteram dan aman makmur, musuh-musuh kita akan merana dan berasa tidak senang hati.

Allah berfirman yang bermaksud: “Jangan berkelahi (berselisih), kamu akan kecewa dan hilang kehebatan kamu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

Susunan YUSUF HASSAN