Ensiklopedia

Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani

Tasawwuf ialah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Ia perlu dipelajari dengan teliti dan berhemah. Memahami ilmu tasawwuf sangat berguna untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. Pemahaman terhadapnya adalah penting untuk mengelak dari bersikap melampau mengenai sesuatu perkara. Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani, adalah seorang ulama yang sering kali menegur mereka yang mempelajari ilmu tasawwuf supaya [...]

Abu Marwan bin Zuhr

Abu Marwan bin Zuhr adalah seorang doktor tersohor di Andalusia dan terkemuka sepanjang masa di dunia. Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Abdul Mulk bin Abu Al-A’la Zuhr bin Muhammad bin Marwan bin Zuhr Al-Iyadi. Dia dipanggil dengan nama Al-Iyadi kerana nenek moyangnya berasal dari Kabilah Iyad, sebuah kabilah Arab Adnaniyah. DiEropah, dia dikenali [...]

Nabi Zakaria a.s

Nabi Zakaria a.s merupakan keturunan Nabi Sulaiman a.s. Nabi Zakaria a.s  diutus  sebagai Nabi dan Rasul di kalangan bani Israil. Kepada kaumnya, Nabi Zakaria mengajarkan isi kitab Taurat dan Zabur.  Zakaria sangat inginkan seorang anak untuk melanjutkan tugas dakwahnya. Namun hingga berusia 90 tahun, baginda dan isterinya, Isya, belum juga dikurniakan seorang anak yang diharapkan.  [...]

Abu al-Fida

Abu al-Fida

Nama lengkapnya adalah Ismail bin Afdal Ali bin Al-Muzaffar Mahmud bin al-Mansur Muhammad bin Taqi ad-Din Umar bin Syahansyah bin Ayyub al-Malik al-Mu’ayyad Imaduddin Abu al-Fida atau lebih dikenali sebagai Abu Fida.  Beliau telah dilahirkan pada tahun 672 M di Damsyik dan merupakan salah seorang seorang cucu keluarga Ayyub, ayah Saladin (Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi).  Ketika [...]

Al-Antarki

Al-Antarki atau nama lengkapnya adalah Daud bin Umar al-Darir al-Antarki. Beliau lahir di Antiokia sebagai putera Kais (ketua) dari Karyat Sidi Habib al-Najjar. Sebagai seorang ilmuan beliau dikenali sebagai tabib ahli fisioterapi, pakar ramuan ubat, dan ahli ilmu jiwa. Beliau diberi gelaran “Thabib Hazhiq al-Wahid.” Walaupun kedua matanya buta, namun itu semua tidak menjadi penghalang [...]

Hud a.s

Hud a.s

  Allah s.w.t mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum ‘Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. ‘Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan dari segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.  Kaum ‘Aad berkata: “Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami”. [...]

Muadzin ar-Rasul

Muadzin ar-Rasul

Bilal bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dikenali dengan dengan gelaran Muadzin Ar-Rasul.  Beliau memiliki tubuh yang tinggi, kurus, kulitnya berwarna coklat, pelipisnya tipis, dan rambutnya lebat. Ibunya pula adalah hamba kepada Ummayyah bin Khalaf dari Bani Jumuh.  Apabila beliau mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w, lalu beliau menemui Rasulullah [...]

Sheikh Muhammad Al-Ghazali

Sheikh Muhammad Al-Ghazali

Sheikh Muhammad Al-Ghazali lahir pada 22 September 1917 di perkampungan Naklal Inab, Itay Al-Barud, Buhairah, Mesir. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga agama yang juga terlibat dalam dunia perniagaan.  Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya. Sejak kecil lagi beliau sudah menunjukkan ciri-ciri keilmuan yang unggul dengan kemampuan menghafal al-Quran ketika berumur 10 tahun. Beliau mendapat pendidikan [...]

At-Tifasyi

At-Tifasyi merupakan seorang ilmuwan Arab yang sangat terkenal dalam bidang geologi. Beliau tergolong sebagai salah satu ilmuwan dan pengasas pertama ilmu geologi. Nama sebenar beliau ialah Syihabuddin Abu Abbas Ahmad bin Yusuf bin Ahmad bin Abu Bakr bin Hamdun. Beliau dikenal dengan nama At-Tifasyi kerana dilahirkan di sebuah desa yang bernama Tifasy, iaitu sebuah desa [...]

Aurat

Aurat

Sesuatu yang harus ditutupi oleh seseorang kerana merasa malu atau rendah diri jika dilihat atau diketahui oleh orang lain disebut aurat. Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘aurah. Secara harfiah ‘aurah bererti “terbuka, kemaluan, telanjang, aib, cela dan cacat”. Aurat yang terbuka biasa mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga mengundang perbuatan yang tercela. Ulama sepakat [...]