Sejak menang empat buah negeri dan 81 kerusi Dewan Rakyat, pembangkang yang mendabik dada telah berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008 terus melakarkan imej sebagai berhati mulia walaupun tindakannya kadangkala lebih kejam daripada terkaman seekor serigala liar kerana takutkan kedudukannya segera terancam. Pembangkang terasa perit jika tempoh pemerintahannya hanya sekadar menang sorak kampong tergadai dan Menteri Besar sepenggal kerana sudah ada tanda-tanda akan kecundang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Kerana takutkan kecundang, Ketua [...]





