Keputusan memansuhkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan perubahan yang lebih baik telah melegakan hampir semua kakitangan awam berbanding kelompok pembangkang yang dijangka akan menghadapi tekanan kerana Buku Jingga tidak memberikan perincian yang cukup kuat sebagai bukti menghargai penjawat awam. Pembangkang menjadi sedikit tergugat kerana resah dan rasa tidak puas hati penjawat awam terhadap skim baru yang banyak menguntungkan kumpulan premier tidak dapat dieksploitasikan dengan memberikan janji manis jika mereka berkuasa dan [...]





