Ummatan Wasatan » Berita

PM Bakal Kunjungi Batu Caves, PKR Hilang Pertimbangan
Amalan Agama, bukan amalan politik kecoh PKR

Bantahan lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam yang akan berlangsung pada 7 Feberuari oleh Ketua Penerangan PKR Kepong menggambarkan sikap melampau walaupun diketahui bahawa lawatan tersebut merupakan acara tahunan yang telah lama dipraktikkan oleh pemimpin negara.

Kemarahan MS Arjunan dan ketua pemuda PKR Kepong itu ada kaitan dengan reaksi balas jawatankuasa kuil Sri Subramanian Swami Devastaham Sungai Petani yang enggan membenarkan Anwar Ibrahim mengunjungi kuil tersebut kerana bimbangkan berlakunya pelbagai insiden dan tersectusnya perbalahan politik.

Laporan polis yang dibuat oleh kedua orang pemimpin PKR itu menggambarkan bahawa “keraguan melampau” bahawa lawatan Perdana Menteri bermotifkan politik sebenarnya satu bayangan ketakutan meskipun masyarakat India lebih menghormati kehadiran pemimpun utama dalam perayaan keagamaan memandangkan bahawa tradisi kunjung mengunjung di hari perayaan merupakan amalan yang digalakkan dalam masyarakat berbilang kaum.

Kehadiran Perdana Menteri ke kuil itu benar-benar meresahkan PKR Kepong sehingga sanggup berusaha mengadakan bantahan dengan mengumpulkan hampir 100 orang penyokong mereka. Ugutan itu seharusnya tidak berlaku dalam parti PKR yang menghormati kebebasan dan hak orang lain, kerana undang tersebut dilakukan oleh Jawatankuasa Perayaan Thaipusam manakala bantahak kehadiran Anwar adalah oleh pihak yang menguruskan kuil Sri Subramanian Sungai Petani.

Mereka yang lebih berhak untuk menentukan siapakah yang boleh hadir ialah mereka yang bertanggungjawab menjaga kuil tersebut, maka kalau Anwar tidak diundang, seharusnya pihak Jawatankuasa Perayaan itulah yang patut dipersoalkan dan bukannya menghalang kehadiran tetamu kehormat yang diundang.

Tindakan untuk melakukan bantahan menggambarkan prejudis melampau penyokong PKR yang teramat taksub dengan Anwar Ibrahim walaupun mereka sedar bahawa Anwar hanyalah pemimpin de facto PKR dan tidak ada kena mengena dengan majlis sambutan perayaan Thaipusam. Kehadiran Anwar bukan untuk meraikan perayaan tersebut, tetapi untuk mempromosikan dirinya yang tidak lagi diterima oleh kaum India sebagai seorang pemimpin yang hebat dan berpengaruh.

Masyarakat India sedar bahawa kekuatan bangsa mereka hanya boleh dilaksanakan menerusi pemuafakatan dengan kaum-kaum lain kerana dari segi politiknya, setakat ini tidak ada satu pun kawasan pilihan raya yang merupakan majoriti pengundi India. Maka, mengharapkan Anwar melakukan sesuatu demi kepentingan masyarakat India ternyata amat payah kerana pemimpin itu sendiri sedang berusaha membersihkan dirinya dari sebarang “kekotoran moral”, yang hingga sekarang tidak boleh diterima dengan baik oleh masyarakat India.

Orang India sudah mengenali secara fitrahnya siapakah Anwar sebenarnya, kerana pemimpin itu hanyalah mementingkan kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan rakyat. Persoalannya ialah apakah sikap Anwar yang memimpin PKR sehingga menyebabkan semakin ramai masyarakat India meninggalkan parti itu? Bukankah telah berlaku “exodus” atau penghijrahan kaum India sama ada kembali ke pangkuan MIC ataupun bersama Datuk Nallakarupan yang pernah menjadi sahabat baik Anwar, tetapi akhirnya “menyerang kelibat buruk” ketua pembangkang itu.

Masyarakat India sudah menyaksikan bagaimana Gobalakrishnan telah membuat beberapa pengakuan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin yang boleh menentukan masa depan masyarakat India, kerana Ketua Pembangkang itu hanya pandai bercakap, apabila ditegur ia dianggap sebagai suatu malapetaka kepada PKR.

Sebagaimana yang berlaku kepada lebih ramai pemimpin-pemimpin awal yang turut menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1998, akhirnya sudah mengetahui dengan jelas niat sebenar Anwar setelah beliau dibebaskan, untuk membalas dendam dan membina empayar politik kaum keluarganya.

Kepimpinan PKR diterajui oleh isterinya sendiri, Wan Azizah manakala Naib Presidennya ialah anak perempuan sulongnya, Nurul Izzah dan seorang lagi anak perempuan akan dibawa masuk ke gelanggang politik bagi memperkemaskan penguasaan keluarga, dan kerana itulah pentadbiran PKR diuruskan berdasarkan ketentuan kepada keluarga, iaitu Anwar Ibrahim. Akibat Azmin Ali merupakan “hulubalang” terkuat PKR, maka apa yang hendak dilaksanakan mestilah sebulu dengan kemahuan Azmin, dan Azmin akan terus berusaha untuk memanjangkan keinginan pemimpin de facto itu.

Itulah sebenarnya berlaku dalam PKR, politik penguasaan dalaman dengan mengamalkan kaedah dinasti yang diberikan wajah baru bagi menggambarkan “setiap ahli mewakili satu undi” tetapi semakin ramai yang tersekat termasuk orang-orang yang pernah menaikkan Anwar sewaktu masih dalam kabinet sejak tahun 1982 hingga 1998, ketika disingkirkan oleh orang yang pernah memberikan beliau harapan dan membentuknya sebagai seorang pemimpin berkaliber serta mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Bantahan lawatan PM ke kompleks Batu Caves sempena perayaan Thaipusam itu adalah satu tindakan sia—sia dan boleh dilihat sebagai percubaan untuk menimbulkan kekacauan yang sememangnya strategi PKR sejak parti itu ditubuhkan. PKR tidak pernah melihat “ketenangan” itu sebagai suatu nikmat, kerana “kekacauan” itulah peluang untuk parti itu mempamerkan kehebatannya. PKR seakan-akan sasau apabila suasana tenang, kerana parti itu sebenarnya hidup dan subur dengan menimbulkan pelbagai bentuk kegelisahan, kerana semakin ramai rakyat berjaya digelisahkan, maka semakin kuatlah PKR merasakan kedudukannya.

Anwar sebenarnya seorang ahli strategis yang sentiasa menimbulkan kekacauan kerana terlalu yakin dengan teori kelam-kabut. Teori itulah dilihat oleh Muthurasan ketika membuat penilaian faktor-faktor kemenangan Anwar Ibrahim sepanjang penglibatan menentang BN, kerana beliau sebenarnya memahami apa yang pernah dirungkaikan oleh Sun Tzu, ketika aman rancanglah kekecohan, dan ketika kekecohan berlangsung, rancanglah situasi damai kerana kemenangan sebenar dalam peperangan ialah mengenali dan dapat mengesani musuh.

Falsafah itulah yang sentiasa ditekankan oleh Anwar apabila memperlihatkan keadaan politik negara stabil dan kepimpinan Perdana Menteri semakin diterima oleh rakyat, maka dicubanya menyesakkan nafas rakyat dengan mempertikaian kehadiran ke Kompleks Batu Caves walaupun semua rakyat Malaysia sedar, kehadiran pemimpin utama kerajaan sudah berlangsung sejak sekian lama, dan bukannya pada perayaan kali ini sahaja.

Ia sudah menjadi acara tahunan, maka ugutan oleh PKR Kepong itu adalah suatu tindakan melampau dan menyimpang daripada amalan berbaik sangka dan menyuburkan persefahaman antara agama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, keturunan, budaya dan agama. Strategi terdesak untuk menggilapkan semula pengaruh yang semakin merudum dan kusam.

Monosin Sobri

Beradablah Ketika Berpolitik, Kuasa Hanyalah Sementara, Bohong Kekal Berdosa
Orang Melayu Yang "Nganga" dan Ikut Telunjuk DAP

Ketika cuti panjang sempena Tahun Baru Cina awal minggu lalu, kesesakan Lebuh Raya Utara-Selatan atau lebih dikenali PLUS tidak sedikit pun merimaskan perjalanan kami menuju ke Pulau Pinang pada tengah malam Jumaat, 20 Januari 2012 berbanding cakap-cakap politik Pakatan Pembangkang bahawa sejak mengambil alih kuasa mentadbir negeri yang sedang dilakarkan hakisan “warisan orang Melayu” telah berjaya mengurangkan hutang kerajaan sebanyak RM 600 juta.

Walau pun saya tidak berpendidikan dalam bidang ekonomi, hanya berbekalkan sedikit lojik berfikir, tidak menampakkan bagaimana cara mujarab yang telah diambil oleh pimpinan Lim Guan Eng untuk membayar hutang tersebut dalam masa yang begitu singkat. Semasa mewarisi kepimpinan politik Pulau Pinang, negeri itu dilaporkan mempunyai hutang sebanyak RM 630 juta.

Ini bermakna, secara puratanya kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng telah berjaya membayar dengan baik sekitar RM 200 juta setahun. Dalam tempoh tiga tahun, jumlah hutang yang masih berbaki ialah RM 30 juta. Saya menjadi sedikit skeptik dengan perangkaan itu memandangkan negeri itu tidak mempunyai hasil yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan.

Hasil yang dikatakan itu bukanlah dijana oleh peningkatan pendapatan kerajaan negeri, tetapi ia adalah sumbangan kerajaan persekutuan berdasarkan beberapa projek yang hendak dilaksanakan, termasuk peruntukan membayar gaji dan elaun penjawat awam serta wakil rakyat negeri Pulau Pinang.

Kepada rakyat yang tidak pernah melihat penyata kewangan kerajaan negeri, mereka tentunya mudah percaya bahawa pendapatan sebenar kerajaan adalah banyak sehingga mampu membayar hutang sebanyak RM 200 juta setahun. Jumlah itu bukanlah sedikit dari perspektif kerajaan negeri apatah lagi kepada orang awam yang hanya menerima pendapatan bulanan pertengahan iaitu RM 5,000 sebulan.

Untuk memperolehi wang sebanyak itu, bermakna orang awam yang mempunyai pendapatan RM 5,000 sebulan terpaksa bekerja selama 40,000 bulan (atau 3,333 tahun) tanpa mengambil sesen pun wang itu. Ataupun dengan makna yang lain, semua mereka yang berpendapatan bulanan sebanyak RM 5,000 perlu dikumpulkan sehingga 40,000 orang dan semuanya wang itu diambil, maka terhasillah jumlah RM 200 juta bagi menampung bayaran balik hutang untuk tempoh setahun.

Itu adalah satu analogi bagi menggambarkan betapa cekapnya kerajaan pimpinan Lim Guan Eng mengurus dan melaksanakan tanggungjawabnya membayar hutang dari sekian banyak wang ada dalam akaun Bendahari Pulau Pinang.

Kalaupun benar Pulau Pinang mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 8.1 peratus dalam tahun 2010 dan mencapai “turnaround” berjumlah RM 112.55  juta, 2009 sebanyak RM 116.8 juta dan 2008 bernilai RM 123.68 juta bukan bermakna ia benar-benar hasil yang sumbangkan secara fizikal dari pertumbuhan itu ke kantong Bendahari Pulau Pinang.

Pelaburan yang meningkat sebanyak RM 12.2 bilion yang dibanggakan oleh Lim Guan Eng itu bukan bermakna menambahkan hasil kerajaan negeri, kerana nilai pelaburan itu adalah kepunyaan syarikat-syarikat yang melabur di sana. Tentunya, pelaburan itu mengharapkan keuntungan yang besar, dan keuntungannya bukanlah hak milik kerajaan negeri melainkan adalah sedikit yang diperoleh apabila menjual tanah-tanah itu untuk dijadikan tapak membina kilang.

Katakanlah bahawa harga sekaki persegi tanah di Pulau Pinang sekitar RM 500 maka ini bermakna jika semua jumlah itu diandaikan kepada tanah, negeri itu sebenarnya telah menjual sejumlah 24.4 juta kaki persegi. Ini hanya perkiraan untuk menggambarkan berapa besarnya nilai pelaburan yang diperoleh oleh Pulau Pinang, walaupun kita sedar bahawa nilai pelaburan itu tidak bermakna menjadi milik kerajaan negeri kesemuanya.

Ia tetap menjadi milik pelaburnya, cuma boleh dibanggakan ialah dari segi keyakinan pemilik modal dan pengusaha untuk membina kilang-kilang mereka di Pulau Pinang, tentunya akan memberikan peluang sampingan kepada penduduk tempatan, termasuk membantu mencergaskan perniagaan runcit, penyediaan perkhidmatan dan memenuhi keperluan pekerjaan.

Besarnya nilai pelaburan yang diterima oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng tidak bermakna pekerja yang bekerja di syarikat tersebut boleh mencapai tahap pendapat yang boleh memberikan mereka membeli rumah-rumah yang berharga lebih RM 300,000 seunit. Rumah-rumah yang didirikan oleh pemaju swasta dan sayap perniagaan kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut diberikan pelaporan bahawa tidak ada rumah-rumah kos rendah yang dibangunkan dalam tempoh tiga tahun.

Kerajaan negeri memberikan penjelasan bahawa mereka sebenarnya tidak melaksanakan tanggungjawab itu, ianya adalah di bawah PDC. Maka di situlah nampaknya kerajaan Pulau Pinang tidak prihatin dengan kelaparan rumah-rumah mampu miliki yang dihadapi oleh kerajaan negeri kerana hingga kini belum terjawab sepenuhnya. Bagaimanapun, dalam  masa yang sama untuk memperlihatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran, terselit sedikit persoalan bagaimanakah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman boleh memiliki sebuah rumah murah.

Dr Mansor bukanlah golongan yang berpendapatan rendah, kerana sebelum memasuki arena politik beliau adalah seorang pensyarah di USM. Kategori jawatannya ialah dalam Kumpulan A, di mana pendapatannya melebihi syarat yang ditetapkan bagi membeli rumah murah. Di sinilah nampaknya, Dr Mansor Othman sejak awal-awal lagi tidak menunjukkan kejujuran dalam mengumpul asset. Bilakah beliau membeli rumah tersebut, apakah semasa masih menjadi pelajar ataupun setelah berjawatan pensyarah? Atau, beliau telah membelinya dari pihak lain yang ingin mendapatkan keuntungan sebik sahaja ditawarkan rumah tersebut?

Apa yang berlaku mengenai pembayaran hutang itu? Dengan meneliti sedikit fakta yang dibincangkan dalam persidangan DUN Pulau Pinang menjelang akhir tahun lalu ada butiran mengejutkan bahawa keadaan itu berlaku menerusi penjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun 2011 di mana Pengurusan Aset Air Sdn Bhd telah mengambil alih hutang secara kontra daripada kerajaan negeri.

Dalam perbahasan mengenai perkara itu, ketua pembangkang iaitu Datuk Azhar Ibrahim menyelar beberapa kekeliruan yang sengaja dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menggambarkan bahawa kepimpinan Lim Guan Eng bebitu hebat sehingga mampu menjelaskan hutang secara purata sebanyak RM 14.3 juta. Hutang itu dibayar secara teratur dalam tempoh tiga setengah tahun.

Mat Rempit Pun Tahu, Lim Guan Eng Rasis

Bagaimanapun sepanjang perbahasan itu, Lim Guan Eng turut mencelah dan tidak setuju dengan sudut pandangan yang dibahaskan oleh Datuk Azhar Ibrahim. Dala pada itu, Lim Guan Eng memberikan pengakuan bahawa pengurangan hutang adalah disebabkan berlakunya perpindahan asset, dalam terma rujukan pengambilalihan sesuatu syarikat, syarikat baru yang mengambilalih ikut menanggung libaliti yang ada.

Penjelasan tersebut memberikan saya sedikit pengetahuan bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri tidak mampu membayar hutang, tetapi menjual syarikat yang bermasalah itu kepada orang lain bagi menyelesaikan masalah hutang, kerana orang yang membelinya akan menguruskan segala hutang dan asset yang dipindahkan itu.

Ia mungkin boleh saya analogikan seperti seorang anak lelaki yang bertanggungjawab dalam keluarga. Apabila ayahnya mengalami sakit tenat, si anak yang bertanggungjawab itu secara automatiknya mengambilalih untuk membayar semua hutang-hutang yang pernah dilakukan oleh ayahnya.

Bagi membolehkan si anak yang bertanggungjawab itu membayar hutang, ia melihat kepada beberapa harta yang ada dan menjadi kepunyaan ayahnya. Harta-harta itu kemudiannya dinilai berdasarkan harga pasaran semasa, dan jika jumlahnya masih lagi kecil berbanding dengan jumlah hutang, si anak yang bertanggungjawab itu akan mencari jalan bagaimana untuk menyusun semula bayaran hutang-hutangnya dengan persetujuan pihak pemberi hutang.

Dalam kes yang melibatkan perpindahan asset pengurusan air, ada sedikit kelainan. Atas kegagalan si anak yang diberikan pinjaman mudah oleh ayahnya (kalau boleh dikatakan kerajaan persekutuan sebagai bapa), maka si bapa membuat perjanjian bersetuju mengambilnya dengan memberikan peluang kedua memandangkan tanggungjawab memastikan setiap penduduk Pulau Pinang terus mendapat bekalan air bersih.

Kalau bapak yang bersifat “kejam”, si bapa akan terus menagihkan hutang-hutang itu supaya dilangsaikan mengikut jadual walaupun si anak telah gagal dan dilihat tidak lagi berkemampuan. Tetapi oleh kerana nilai kebapaan itu masih kuat, si bapa membuat beberapa perundingan atau menerima cadangan anaknya bagi membolehkan pembayarannya dilakukan dengan cara yang lebih baik, termasuk menstrukturkan semula hutang, atau memindahkan asset yang ada untuk diuruskan oleh sebuah syarikat lain yang melihat ada potensi.

Maknanya, bukan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang berjaya membayar hutang, tetapi kerajaan persekutuan menanggung bebanan itu dengan mengharapkan kesemua hutang-hutang itu dapat diselesaikan menerusi pindah milikan secara pajakan asset kerajaan negeri bernilai RM 655. 2 juta kepada sebuah syarikat lain yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan, iaitu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dari Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang.

Tentunya Mat Sabu boleh mempebetulkan perspektif ini jika beliau benar-benar jujur dalam perjuangannya, kerana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah PBA, dan pernah menjadi kontroversi apabila mendapat bayaran balik bil rawatan hospital apabila tercedera dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

PAAB ialah syarikat yang ditubuhkan dibawah Kementerian Kewangan. PAAB akan memajakkan semula asset air itu kepada PBA dengan kadar sewaan tahunan  yang dipersetujui bersama selama 45 tahun. Ini bermakna, hutang sebanyak RM 630 juta itu distruktur pembayaran dalam kaedah baharu yang dipersetujui bersama dalam tempoh yang lebih panjang. Dalam perkiraan saya, bagi tempoh tersebut, PBA perlu membayar sewaan pajakan itu sebanyak RM 14 juta setahun.

Maknanya, pembayaran hutang yang diuar-uarkan sebagai kejayaan terbesar Pakatan Rakyat bukanlah dalam bentuk bayaran sebenarnya, ia adalah dalam bentuk perpindahan asset. Dalam pengertian mudah ialah menyerahkan asset itu sebagai cagaran untuk distrukturkan semula kaedah pembayaran untuk satu tempoh yang lebih lama. Ini bermakna, sesiapa pun tidak akan berbuat demikian sekiranya sesebuah syarikat itu tidak mempunyai sebarang asset yang boleh dijadikan cagaran.

Tetapi, atas dasar kebertanggungjawaban, Kerajaan Persekutuan memberikan peluang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyusun semula operasi PBA agar ia  boleh membayar hutangnya semula menerusi dasar sewaan tahunan untuk tempoh 45 tahun. Maka, di situlah pembohongan politik yang sedang dipamerkan oleh Pakatan Rakyat, kerana rakyat Pulau Pinang semakin sehari semakin meluat dengan tindak-tanduk DAP yang hanya berselindung di sebalik laporan-laporan yang dikeluarkan oleh agensi pusat, yang kemudiannya dipusingkan seolah-olah hanya kecekapan itu milik mereka.

Itulah bentuk propaganda politik yang sedang mereka perbesar-besarkan meskipun terpaksa berbohong dan memperbodoh-bodohkan rakyat Pulau Pinang. Itulah juga menjadi kegusaran saya sepanjang percutian musim perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Keresahan itu sebenarnya lebih besar berbanding rasa mual dan bosan ketika memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang terpaksa diharungi dalam tempoh tujuh jam berbanding lazimnya tiga jam setengah walaupun kami bertolak lewat malam.

Setelah tiba pada jam 4.30 pagi Sabtu, kami segera membuat keputusan tidak mahu terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya. Kami mencari kata sepakat, iaitu bertolak balik ke Kuala Lumpur pada hari Isnin, iaitu selepas jam 12 tengah malam. Perhitungan kami pada malam itu tidak meleset, kerana setelah mengharungi perjalanan selama hampir empat jam, jam 3.45 pagi Selasa selamat tiba di Kuala Lumpur dan terus meluru ke kedai mamak untuk menikmati teh tarik dan roti canai sebelum menantikan waktu Subuh.

Selepas Subuh kami tidur dan petang Selesa ramalan kami akan berlaku kesesakan melampau benar-benar berlaku kerana semakin ramai warganya mula kembali bagi meneruskan tanggungjawab, hari Rabu pejabat sudah mula beroperasi. Sebelum itu, kami saling mengingatkan bahawa jangan percaya kepada maklumat yang berbentuk terlalu membanggakan diri, kerana maklumat sebegitu sebenarnya adalah satu percubaan untuk menutup kelemahan diri dan mempamerkan kesombongan tanpa memikirkan bahawa adalah satu bentuk politik yang tidak beradab.

Berbohong akan tetap menjadi dosa, dan dosa itulah akan menenggelamkan kesemuanya, termasuk kebaikan atau apa sahaja yang boleh dilihat sebagai baik. Rakyat sudah tidak percaya lagi, DAP memang gemar melakukan pinkwashing ataupun membina “langsir maklumat –curtain information” dalam “virtual wall” tertentu, bagi memperlihatkan kekebalan dasar CAT yang sebenarnya semakin takutkan tikus.

Muhamad Irfan Iskandar.

Rasionalisme Berfikir Lahirkan Kerjasama dan Pemuafakatan
Perbezaan Asas Kekuatan....Rasionalisme Pemikiran Politik Tunjang Kerjasama dan Pemuafakatan

Timbalan Perdana Menteri menegaskan rasionalisme pemikiran telah berjaya membantu mewujudkan kerjasama politik antara kaum secara berkesan dan kekal sehingga menjadikan Malaysia sebagai bangsa yang maju, moden dan akomodatif.

Menurut Tan SriMuhyiddun Yassin, pengaruh pemikiran rasional yang disumbangkan oleh Islam kepada bangsa Melayu berjaya melahirkan pendekatan rasional para pemimpin terdahulu bagi mendapatkan kemerdekaan negara dan mewujudkan kerjasama politik antara kaum dalam konsep perkongsian kuasa yang akomodatif.

“Melalui pendekatan yang rasional jugalah kita berjaya mengharungi beberapa episode hitam dalam sejarah hubungan kaum di negara kita dan kemudiannya bersama-sama bangkit untuk membina kekuatan sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu.

“Lebih penting lagi, pemikiran yang rasional membolehkan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di negara kita menerima perbezaan sebagai sebahagian daripada fitrah kehidupan dalam sebuah masyarakat majmuk yang rencam budaya, agama dan tradisi,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Asal-Usul Melayu Induknya di Alam Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 Januari 2012 yang dianjurkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Turut hadir dalam konvensyen itu ialah Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Yang Di Pertua Ikatan Arkeologi Malaysia; Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr Sharifah Hapshah Syed Hasan Shahabudin; dan tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, “pemikiran yang rasional membolehkan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di negara kita menerima perbezaan sebagai sebahagian daripada fitrah kehidupan dalam sebuah masyarakat majmuk yang rencam budaya, agama dan tradisi.

“Dengan mengetengahkan unsur-unsur positif, kita pastinya akan dapat menyuntik semangat baru kepada bangsa Melayu untuk terus mara melangkah ke hadapan dengan semangat yang kental dan jitu demi mencipta kegemilangan masa kini dan masa hadapan, “ tambah beliau.

Malaysia wujud sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan menurut beliau lagi, ia hanya dapat direalisasikan apabila semua kaum di negara ini bersedia memupuk persefahaman antara satu sama lain, menjalin hubungan yang harmonis dan menerima perbezaan sebagai sumber kekuatan bersama.

Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, “Jika direnungkan, pengaruh pemikiran rasional antara anugerah terbesar yang dikurniakan agama Islam untuk bangsa Melayu. Jika dilihat di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang mengajak umat manusia berfikiran secara rasional.

“Kita tidak menjadikan perbezaan dan kepelbagaian sebagai penghalang kepada tekad dan iltizam kita untuk hidup secara bersama dalam suasana yang aman dan harmoni. Sebaliknya dengan semangat perpaduan dan penerimaan antara kaum, kita jadikan kepelbagaian Malaysia sebagai aset utama untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu,” katanya.

Menurut beliau, kesediaan untuk saling mengenali dan menjalinkan hubungan yang harmoni, maka tentunya kepelbagaian budaya, bahasa dan tradisi dimiliki setiap bangsa dan keturunan tidak menjadi penghalang kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk.

“Malah kepelbagaian yang ada dapat dimanfaatkan sebagai sumber kekuatan, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, menerima kepelbagaian adalah paksi utama keharmonian, keamanan dan kestabilan negara kita.

Sehubungan itu katanya, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran agama, bangsa Melayu seharusnya menerima dan meraikan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat kita sebagai sebahagian daripada tuntutan agama.

“Apatah lagi bangsa Melayu adalah bangsa teras di Malaysia sememangnya sudah wujud dalam rumpun Melayu yang sejak dari awal lagi rencam dan majmuk dari segi etnik, budaya, bahasa dan tradisi.

“Dalam rumpun Melayu ini terdapat orang Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Acheh dan lain-lain yang diterima sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu. Bangsa Melayu bukan saja bangsa yang ‘inklusif’ dan akomodatif, malah rasional dan berilmu,” katanya.

Mahanor  Saleha

Projek 901 Gagal?
Pembebasan Anwar, Gagalnya Usaha Mengheret Suasana Kelam Kabut Yang Diingini Pembangkang

Untuk sekian kalinya, usaha Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugat tampuk pemerintahan dan kestabilan negara gagal mencapai matlamatnya. Selepas tidak berjaya merealisasikan impian 16 September, baru-baru ini beliau mencuba lagi dengan Projek 901 – tarikh keputusan penghakiman terhadap salah laku seksualnya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Projek 901 ini gagal secara total apabila keputusan mahkamah membebas dan melepaskan beliau dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ia memberi kejutan dan renjatan kepada usaha pembangkang untuk memalit sistem kehakiman dengan campur tangan eksekutif.

Melalui Projek 901 ini, Anwar menjelajah ke seluruh negara untuk mengajak penyokongnya berhimpun di mahkamah pada tarikh 9 Januari 2012. Beliau begitu pasti akan didapati bersalah dan dihukum penjara sehingga orang kuatnya sanggup memecah pintu penjara.

Keputusan yang memihak kepadanya menyebabkan beliau terkedu dan terkejut lalu mati langkah. Segala momokan bahawa ada campur tangan politik dalam sistem kehakiman terbatal dengan sendirinya. Luluh hati Anwar dengan keputusan itu kerana ia memusnahkan harapan pakatan pembangkang untuk meraih undi simpati jika beliau dipenjarakan.

Pastinya, pakar strategi pakatan pembangkang terpaksa melakar semula pelan tindakan mereka bermula dari sifar. Segala yang direncana dan strategi sedia ada musnah berkecai.

Kini, Anwar dan sekutunya tidak boleh menyalahkan mahkamah sekiranya didapati bersalah atas kes-kes yang lain. Bila menang bersorak sakan tetapi bila kalah tuduh badan kehakiman pincang. Adilkah begitu?

Apa pembangkang peduli dengan  keadilan walaupun salah satu parti komponen mereka bernama Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada mereka, kuasa politik puncak matlamat yang perlu dicapai dengan apa cara sekalipun waima melalui demonstrasi jalanan.

Bukan menjadi rahsia, sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998, Anwar telah menggunakan jalan raya untuk mengumpul massa bagi menunjukkan kekuatan sokongan atau pengaruhnya.

Sikap beliau  yang mahu pengadilan ditentukan melalui jalan raya kerana kononnya sistem kehakiman tidak adil kini memakan diri. Beliau menang kes di mahkamah tetapi tewas di gelanggang politik.

Gerakan untuk mengumpulkan 100,000 orang dalam Projek 901 ternyata gagal. Walaupun ada ribuan yang hadir namun ia jauh daripada sasaran awal. Ia satu petanda awal bahawa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap ucapan Anwar yang berdegar-degar tetapi tin kosong. Habuk pun tarak!

Jumlah kehadiran yang kecil ini juga merencatkan usaha untuk mewujudkan keadaan huru-hara dan kucar-kacir. Walaupun ada tiga letupan kecil direkodkan tetapi pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan.

Malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga berjaya mematahkan perangkap Projek 901 apabila membenarkan perhimpunan diadakan dengan syarat-syarat tertentu. Kebenaran PDRM merupakan permulaan kepada kegagalan Projek 901 sehingga memaksa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berbohong bahawa perhimpunan dibenarkan tanpa sebarang syarat.

Sebagai kelompok yang suka menentang, kebenaran mengadakan perhimpunan oleh PDRM menjadi ’pembunuh’ nafsu pemberontakan yang sedang meluap-luap. Ia umpama mencurah air ke dalam api yang marak. Potong stim, kata generasi sekarang.

Tanpa ada tentangan dan sekatan malah diberi kebenaran menjadikan usaha untuk menunjukkan bahawa pihak berkuasa mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu juga menemui jalan buntu. Sebelum ini, dalam siri demonstrasi jalanan anjuran pembangkang tidak pernah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Pembangkang mendakwa ada campur tangan ahli politik yang tidak membenarkan perhimpunan diadakan kerana bimbang kehilangan pengaruh atau sokongan.

Walhal PDRM bertindak mengikut undang-undang bagi memastikan ketenteraman awam terjamin dan keselamatan negara terkawal. Itu pun mahu dipolitikkan oleh pembangkang untuk mendapat sokongan dan undi pada pilihan raya.

Selain itu, Projek 901 juga gagal memberi persepsi buruk tentang PDRM kepada rakyat seperti yang pernah pembangkang lakukan dalam beberapa siri demonstrasi jalanan sebelum ini khususnya ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Semasa Beresih 2.0, pelbagai tohmahan, cacian dan fitnah dilemparkan kepada PDRM melalui media sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter. Sehingga kini, inkuiri awam masih belum selesai dan beberapa kes termasuk kes Mat Sabu mendakwa dilanggar polis sedang dibicarakan. Jangan nanti, bila kalah menuduh hakim macam-macam.

AZMY MOHAMED

Episod Melompat Keriangan “Bebaskan Anwar”, budaya anarkis dan wira antagonis
Kenapa Kali Ini Anwar Terlalu Pengecut Heret Rakyat Ke kancah Peribadi?

Pada tahun 2004, ketika Anwar Ibrahim dibebaskan oleh perintah Mahkamah Persekutuan, Ezam Mohd Noor, Anwar Shaari, Zulkifli Nordin melompat keriangan kerana orang yang diperjuangkan itu menemui jalan pulang bagi meneruskan perjuangan. Pembebasan itu bagaimanapun tidak mampu menjawab misteri yang masih kekal hingga kini, apakah Anwar benar-benar tidak melakukan homoseksual dengan bekas pemandu, adik angkat dan penulis ucapannya, kerana dalam keputusan juri, ia tidak berlaku keputusan sebulat suara. Ada juri yang merasakan kemungkin berlaku tetap ada.

Meskipun peristiwa itu sudah berlalu lebih tujuh tahun, pada 9 Januari 2012 Anwar akan berhadapan dengan satu lagi situasi yang lebih parah yang bakal menentukan hidup matinya sebagai seorang ahli politik yang menonjol. Salah lakunya kali ini berbeza dengan kaedah pembuktian sebelumnya, kerana bukti nyata sedia berhadapan dengan kemungkinan dan cercaan yang jenuh serta perit manakala sebelumnya, ia bergantung kepada bukti-bukti yang ditemui oleh siasatan polis.

Kes semburit terhadap Saiful Bukhari Azlan yang terbongkar daripada pengakuan bekas pegawai peribadinya mencetuskan kegerunan yang besar, sehingga para pendokong yang pernah melompat keriangan pada tahun 2004 merungkai sifat “derhaka” dan sedia berlawan apa sahaja untuk menolak sokongan. Ezam sudah isytiharkan perang, Anwar Shaari bertindak sebagai panglima perangsaraf manakala Zulkifli Nordin melontarkan semua kebohongan yang terpaksa dilakukannya demi menyelamatkan tokoh yang diberikan jolokan “anugerah tuhan” oleh Wan Azizah.

Koleksi pemujaan Dr Badrul Amin terhadap Anwar sampai ke peringkat yang paling parah apabila secara sedar mengaitkan dengan kehadiran Imam Mahadi untuk membebaskan Masjidil Aqsa. Dengan hanya berbekalkan panglima perang yang sanggup bermatian demi kerana mempertahankan Anwar, Azmin Ali mencetuskan resah kebangkitan palsu untuk “bebaskan Anwar” pada tanggal 9 Januari nanti. Resah Azmin sebelum ini terpapar dengan angkuh, akan dirobohkan tembok penjara jika “anugerah tuhan” itu dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah atas kesalahan meliwat.

Azmin Ali sebenarnya menggunakan politik ugutan bagi mengubah sebarang keputusan mahkamah dengan membayangkan “Anwar bersalah.” Azmin Ali juga telah melakukan kesilapan yang besar dengan membuat spekulasi itu kerana proses menjatuhkan hukuman ataupun sebaliknya masih belum terlaksana, tetapi disebabkan resah akan kehilangan “godfather” ia dikembangkan kepada satu perjuangan yang lebih besar.

Masyarakat umum melihat penganjuran protes jalanan yang bakal berlaku itu sebagai satu politik hara-kiri beberapa kerat penyokong Anwar yang masih setia, sedangkan panglima yang mula-mula memberikan komitmen membebaskan Anwar sejak tahun 1999 sudah tidak mahu bersekutu lagi. Mereka semakin sedar bahawa perjuangan PKR adalah perjuangan balas dendam Anwar dengan bertopengkan slogan “ketuanan rakyat” dan menegakkan keadilan untuk semua. PKR hanya ingin menegakkan keadilan berdasarkan perspektif Anwar dan bukannya berasaskan keadilan yang ditakrifkan oleh undang-undang yang berkuatkuasa. Semua undang-undang sudah diberikan sosok negatif oleh Anwar, kerana undang-undang semasa dibincangkan banyak menyentuh persoalan buruk yang telah dilakukan, yang memungkinkan ada dakwaan pelanggaran berlaku.

Setelah membayangkan ada harapan untuk dipenjarakan, suatu perhimpunan untuk mengubah keputusan yang dijangka itu disusun. Mereka yang benar-benar memahami konteks keadilan mula memberikan sanggahan dan reaksi balas dengan membuat laporan agar perhimpunan yang dirancang itu disekat manakala mereka yang berada di belakangnya disiasat. Setiap hari jumlah laporan polis yang dibuat semakin bertambah manakala perangai bermusuh penyokong tegar Anwar terus bertelagah.

Kedegilan segelintir penyokong tegar perhimpunan “bebaskan Anwar” kali ini tidak mendapat sokongan yang jelas daripada Majlis Peguam Malaysia. Kalau sebelumnya, pertubuhan bukan kerajaan itulah yang paling lantang dan ada ketikanya menjalin kerjasama yang erat atas nama kebebasan menganjurkan aktiviti yang bersifat protes, demonstrasi jalanan dan persoalan silang agama dan etnik yang suatu ketika dinilai sebagai sensitive dan tidak boleh dibahaskan secara terbuka.

Kali ini Majlis Peguam Malaysia masih membisu kerana para pendokongnya sedar bahawa keputusan “memenjarakan Anwar” masih belum berlaku. Jika Majlis Peguam Malaysia memberikan komen dan menetapkan pendirian menyokong “pembebasan Anwar” bererti mereka sendiri sudah menyalahkan kedudukan undang-undang, sedangkan tanggungjawab Majlis Peguam Malaysia ialah memberikan tafsiran berdasarkan perspektif undang-undang berupa nasihat dan pandangan.

Memberikan pendirian lebih awal akan menyebabkan lebih ramai rakyat tidak lagi akan percaya mengenai kewibawaan Majlis Peguam Malaysia di mana kedudukannya kini semakin lemah dan tercalar. Prinsip menghormati keputusan mahkamah perlu diberikan perhatian serius oleh Majlis Peguam Malaysia kerana tugas mereka bukanlah merangka undang-undang baru. Undang-undang hanya boleh diputuskan oleh kuasa wakil rakyat menerusi perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis Peguam Malaysia tidak mempunyai kuasa menggubal, meminda ataupun memansuhkan sesuatu undang-undang. Ini bermakna jika Majlis Peguam Malaysia melakukan tindakan tersebut, sampai bila pun akan dinilai mempunyai konflik kepentingan peribadi dan tuntutan profesionalisme. Sebagai pengamal undang-undang yang professional, mereka tidak boleh mencipta undang-undang baru kerana perjalanan sistem perundangan moden bukanlah seperti yang dipaparkan dalam siri drama yang pernah disiarkan oleh tv suatu ketika dahulu, iaitu siri Justice Bao. Justice Bao bukan sahaja melaksanakan undang-undang, dia juga bertindak sebagai penggubal undang-undang. Oleh kerana adanya kepentingan tertentu, dalam sesetengah keadaan ada percanggahan yang jelas sehingga menyebabkan tidak lagi ada keadilan.

Ia mungkin boleh disamakan dengan sikap Anwar. Kerana adanya percanggahan kepentingan balas dendam maka beliau memberikan tafsiran bahawa sistem kehakiman negara berada pada tahap buruk manakala sebahagian undang-undang adalah zalim. Premis ini bagaimanapun tidak terpakai apabila keputusan mahkamah cenderung memberikan kemenangan kepadanya. Sikap dwistandard inilah yang sedang dipertikaikan oleh banyak pihak, kerana Anwar sebenarnya sedang bersandiwara dengan nalurinya yang besar, untuk berkuasa. Apabila berkuasa, dia akan mencaturkan semula sistem yang ada. Hal yang sama pernah dilakukan semasa beliau berada dalam pucuk pimpinan politik UMNO dan kerajaan.

Beliau telah membuat penyusunan yang rapi untuk membolehkan sahabat handainya berada di mana-mana peringkat membuat keputusan hinggalah pengaruh ABIM dalam kerajaan membesar dan sesetengah pemimpin veteran yang berjuang sejak UMNO ditubuhkan tersinggung. Tidak kurang juga sesetengah pemimpin UMNO mula berubah sokongan kepada Anwar apabila melihat dirinya semakin berkuasa dan “ganas” melakarkan perancangan untuk melonjak naik dalam waktu yang relatif  singkat.

Pemimpin UMNO veteran menggunakan isyarat, jika memberikan tentangan kepada proses kenaikan Anwar, yakni kekal menyokong Tun Ghafar Baba kedudukan yang dinikmati bakal terancam kerana budaya politik “menjolok ke dalam mulut” sedang berlaku ketika itu. Bahkan, seorang ahli politik veteran yang pernah bertungkus lumus menghidupkan semula UMNO setelah diharamkan pada tahun 1988, menggunakan bahasa isyarat yang membawa maksud “mis-sorrow” bagi mewajarkan tindakan “swing” yang dilakukannya.

Menurut Ezam, “Selepas Anwar bebas 2004, ada satu benda penting yang diputuskan oleh mahkamah”, maka atas sebab itulah dia mula mengkaji kebenaran keputusan mahkamah tersebut. Dalam kajian itu, secara jujurnya dengan merisik kepada sahabat-sahabat lama Anwar, Ezam temui jawapan yang jelas, dan akhirnya tidak percaya lagi kepada Anwar. Ezam pernah pada peringkat awalnya merupakan seorang yang membawa berita “menyimpan banyak bukti” berkotak-kotak mengenai penyelewengan yang berlaku, akhirnya menyesal dan kembali ke pangkuan UMNO kerana tidak lagi mahu diperalatkan oleh Anwar.

Anwar Shaari juga mengambil sikap yang serupa apabila tidak tahan lagi dengan percubaan berbohong yang dipaksakan bagi menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa politik dan konspirasi. Kini Anwar Shaari banyak mendedahkan keburukan bekas ketuanya, dan sampai kini banyak maklumat yang didedahkan itu tidak pun dijawab dengan jelas oleh Anwar Ibrahim. Dalam analisis mudah, kenyataan Anwar Shaari dibiarkan tanpa reaksi oleh Anwar Ibrahim kerana beliau sebenarnya sedar, jika dijawab maka makin banyak lagi kelemahannya terbuka, topeng politiknya tercalar.

Mengimbas kembali apa yang pernah berlaku pada tahun 2004, seorang pemimpin tertinggi PAS ketika itu, Ustaz Hassan Shukri berpendapat, “Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS.” Pandangan itu dikeluarkan pada 26 September 2004 semasa ditanya oleh para perwakilan dalam satu majlis hi-tea yang diadakan di Kepala Batas.

Bagaimana pun, setelah berlalu lebih tujuh tahun lama, pada pertengahan tahun lalu, Haji Hadi memberikan komen yang tetap menyebelahi Anwar kerana takutkan kebingkasan politik yang menerpa persahabatannya dalam Pakatan Rakyat. Haji Hadi dengan sinis menolak sebarang bentuk bukti yang  boleh dijadikan bahan lengkap dalam perbicaraan kes liwat II, dengan mengatakan bukti-bukti itu tidak berperasaan dan kaku. Gambar, video, profil DNA tidak boleh dijadikan sandaran, kerana pendirian Haji Hadi tetap mahukan saksi, meskipun beliau sedar untuk mendapatkan saksi dalam kes tersebut memangnya sulit. Meskipun mangsa yang diliwat sanggup dijadikan saksi, kerana terdapatnya kontroversi sumpah yang dilakukan dan pemesongan pendapat ulamak tersohor, Yusuf Qardawi, Haji Hadi akan terus mempertahankan Anwar dengan alasan menceritakan aib orang adalah sesuatu yang amat dilarang oleh Islam.

Hujah Haji Hadi itu sebenarnya menjerat dirinya sendiri sehingga darjah kepercayaan praktis Islam dalam pemimpin PAS dinilai semakin merudum. PAS dilihat semakin berusaha menjadi liberal bagi menyesuaikan mauduk perjuangan PKR dan DAP, dan ini diakui pula oleh salah seorang pemimpinnya. Setelah PAS mendapat sokongan DAP, imej parti yang dilihat sebagai ektremis dan melampau telah berjaya diperlembutkan, dan bukan Islam mula menyokong perjuangan PAS.

Itu merupakan natijah terpaksa dilakukan oleh PAS demi mengekalkan persahabatanya. Begitu juga dengan komen tetap memerlukan saksi kerana selain Saiful, tidak ada lagi saksi yang benar-benar boleh membuktikan berlakunya peliwatan Anwar dan Saiful. Ia boleh disamakan dengan video seks “lelaki serupa Anwar” yang menggemparkan apabila tiga orang datuk mengambil inisiatif membuat pendedahan kepada sekumpulan wartawan, dan kemudiannya tersebar meluas dalam laman sosial dan youtube.Semuanya dinafikan termasuk lelaki tersebut kerana Anwar tidak “boyot”, “sakit belakang”, dan misteri jam belum terjawab sepenuhnya.

Apa yang menjadi persoalan besar dalam gerakan membebaskan Anwar pada 9 Januari ini bukanlah merupakan satu perjuangan berasaskan kepentingan rakyat, ia hanyalah sebagai satu percubaan untuk menghalalkan sesuatu tidak sepatutnya berlaku. Masyarakat telah diheret ke ruangan perjuangan antagonis dan menerima seseorang yang ingin melepaskan kesalahan peribadi atas nama rakyat. Sebagaimana diulas oleh salah seorang bekas penyokong kuatnya, Raja Petra Kamarudin, gerakan membebaskan Anwar itu bukanlah sebuah perjuangan kebebasan, ia hanyalah satu tindakan peribadi. Anwar bukanlah menjadi pesalah politik, beliau sedang berhadapan dengan keputusan mahkamah berdasarkan kesalahan jenayah.

Raja Petra memberikan contoh menarik, Anwar tidak boleh disamakan dengan Nelson Mandela ataupun Syuu Kyi. Kedua mereka berhadapan dengan kekerasan pemerintah atas kepentingan politik. Syuu Kyi ditahan kerana bertentangan ideologi dengan junta, manakala Mandela yang merengkok dalam penjara selama 27 tahun kerana menentang dasar apartheid. Anwar bukan menentang ideologi, tidak disekat kebebasan bersuara, bergerak dan mendapatkan keadilan undang-undang, tetapi kerana dibayangi kemungkinan bersalah atas moralnya sendiri. Rakyat tidak seharusnya diseret dalam kancah peribadi. Rakyat perlu bijak menilai, perjuangan peribadi Anwar itu akan merosakkan sitem nilai dan moral masyarakat yang seharusnya kita pertahankan, yang bersalah tetap menerima hukuman atas kesalahannya, jangan benar tetap benar, dan kerana kita mempunyai sistem untuk menentukan kebenaran, maka patuhilah kepada sistem itu.

Untuk meminda sistem, ia bukan boleh dibuat di pinggir jalan. Untuk meminda undang-undang, kita mempunyai institusi yang perlu dihormati, maka kalaulah undang-undang yang ada tidak sesuai, maka lakukan terhormat dengan membuat semakan, usuld dan cadangan di Dewan Rakyat. Untuk apa kita memilih mereka sebagai wakil rakyat kalau hanya tahu berdemontrasi dan menunjukkan kemarahan di tepi jalan kerana tindakan sedemikian bukanlah sesuatu yang boleh dilihat bermaruah, integriti dan matang. Kenapa mengundang petaka sedangkan saluran yang ada tidak mahu digunakan. Itulah Anwar yang terkenal sejak zaman belianya lagi, suka buat kecoh dan memeningkan kepada sebahagian besar masyarakat kerana terlalu kuat nafsu peribadi sehingga lupa kepada susila, budaya dan ajaran agama.

Imej buruk Anwar tidak akan terpadam selama-lamanya, bahkan kesnya di Tivoli Villa lebih 13 tahun lalu masih belum terhapus, pembohongan kerajaan 16 September 2008 menjadi trauma dan apa pun keputusan yang bakal berlaku pada 9 Januari nanti tetap menukilkan sejarah hitam politik negara, kerana belum pun keputusan dibuat, sudah ada tanda memberontak bagi mempengaruhi sebarang ketentuan. Itulah sebenarnya bayangan sebuah perjuangan orang yang penakut, bacul dan hanya tahu bercakap bahawa dirinya sahaja betul, berusaha melindungi debu-debu di bawah telapak “kaki rakyat.” Rakyat jangan diperalatkan oleh pemimpin sedemikian, kerana apabila berkuasa, pemimpin sedemikian itu akan menjadi lebih tidak pedulikan rakyat lagi, yang diutamakan memuaskan kepentingan politik peribadinya sendiri.

Mahanor Saleha

Surat Terbuka Kepada Melayu, Haji Hadi Ngaku dan Perlukan Sokongan Melayu
Negara Berkebajikan Hanyalah Idealisme , PAS Memang Tak Mampu Laksanakan kerana tabung yang dipungutnya tidak pernah diisytiharkan kepada penyokong ke mana perginya? Tabung Memali adalah contoh bagaimana PAS memanupulasikannya demi kepentingan politiknya yang tidak pernah ada integriti

Membaca surat terbuka yang disiarkan melalui blog dan kemudiannya disiarkan kembali oleh MerdekaReview pada 8 Disember 2011, jelas membuktikan bahawa Haji Hadi amat memerlukan bangsa Melayu bagi membolehkan parti yang dipimpinnya terus melakarkan pengaruh berdasarkan retorik Islam.

Bagaimana untuk mendahulukan Islam seandainya bangsa Melayu kehidupannya terumbang-ambing dilamun oleh ombak perpecahan dan bencana politik jumud sehingga orang sekampung hilang pedoman kemuafakatan, tidak mengiktiraf hak sesama manusia yang berlainan kefahaman politik dan sengketa berpanjangan kerana menuju ke syurga itu tidak ada dalam kamus politik orang lain, kecualilah PAS yang mengatakan bahawa partinya sahajalah yang memperjuangkan Islam?

Islam bagaimanakah yang telah berjaya dibentuk oleh PAS sejak lahirnya parti itu sejak tahun 1951, enam puluh tahun kalau bukan menghebohkan tuduhan mengkafir sesama manusia. Bahkan, kalau Haji Hadi benar-benar jujur dengan perjuangan Islam, beliau seharus memohon maaf secara terbuka dengan bertaubat dan mengakui bahawa dari amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1980-an adalah satu kesilapan besar yang telah menodai Islam.

Kebijaksanaan Haji Hadi juga memperokperandakan PAS dengan mengundur gear yang salah bagi memperoleh sokongan sekutu politiknya apabila mengorbankan beberapa prinsip dari sebuah perjuangan membentuk negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Apakah kebajikan yang telah dilaksanakan oleh PAS apabila tidak pernah berlaku jujur dengan kutipan wang derma, dana pembinaan masjid tapi yang berjaya dilaksanakan ialah mendirikan tiangnya sahaja (kes di Terengganu memang banyak), mengkhianati perjanjian dengan Tuhan dalam hal melaksanakan Hukum Hudud tetapi dalam buku yang baru dilancarkan mengenai negara berkebajikan tidak ada satu pun ayat yang memperkatakan hukum tersebut.

Haji Hadi dengan menggunakan platform akan terus berbohong kepada masyarakat bahawa dengan tidak menafikan bahawa “kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam” sebenarnya bukanlah digalakkan, Islam mewajibkannya sebagai usaha untuk memantapkan saliturrahim kerana manusia tidak boleh hidup secara bersendirian dan mengurung diri sebagaimana kehidupan seorang rahib.

Nampaknya dalam perspektif itu Haji Hadi semakin keliru dan tebal retoriknya dengan mengatakan bahawa “Rasullullah SAW bukan dilantik menerusi pilihan raya” jadi jika ingin dipertahankan oleh Haji Hadi maka tidak perlulah beliau bersungguh-sungguh mempromosikan partinya agar menang pilihan raya nanti. Teruslah Haji Hadi bersama PAS mengharapkan akan adanya durian runtuh atau mutiara bergolek dari gunung, kerana menganggap bahawa sistem pilihan raya itu sesuatu yang bukan bersifat Islam.

Itu juga merupakan suatu penjelasan Haji Hadi bagi menutup keterlaluan salah seorang pendakwah PAS yang telah menyifatkan Nik Aziz sebagai “nabi” dan sokongannya yang terdahulu apabila pernah bersetuju dengan Wan Azizah mengangkat suaminya sebagai “anugerah Tuhan” kerana takutkan akan kehilangan dokongan daripada DAP, yang pernah dituduhnya sebagai menghampiri “orang kafir” tetapi kini sudah terbalik, menanggap orang Islam yang menentang PAS sebagai menghampiri “orang kafir.”

Bagaimanapun Haji Hadi sebenarnya sudah terlalu berlembut sehingga menodai prinsip asas Islam yakni melihat konteks kepimpinan Melayu sebagai sesuatu yang buruk dan mendatangkan petaka walhal PAS telah lama membinasakan Islam dengan mempermain-mainkan ajaran tersebut demi kepentingan politik sempitnya. Bagaimana beliau menjelaskan menerusi frasa “ucapan pertama Rasullullah SAW ketika pertama kali menerima wahyu dari Allah SWT” dengan menyamakan “hanya bangsa Arab yang boleh menegakkan Islam,macam slogan UMNO: Hidup Melayu.”

Beliau sebenarnya cuba beranalogi secara keterlaluan tanpa mendefinisikan konsep Melayu itu amat kuat berakarumbikan Islam, kerana beliau bimbang dengan kebangkitan semula UMNO yang telah berjaya membangunkan budaya hidup moderat dan selaras dengan kehendak persekitaran semasa, dan bukannya bedasarkan idealism yang tidak berpijak di alam nyata.  Sejak UMNO memerintah, Islam tidak dipinggirkan malah terus berkembang sebagaimana diakui oleh banyak negara Arab, dan ini cuba dinafikan oleh PAS yang sudah terdesak atau tersedak setelah 60 tahun gagal membawa Islam ke persada nyata.

Dengan turut mengutip sebuah ayat al-Qur’an yang diturunkan Allah SWT sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW (Surah Muhammad ayat ke-38), Haji Hadi sebenarnya sudah termasuk dalam kategori mereka yang “berpaling (daripada menegakkan Islam)” dan kerana itulah DAP amat berhasrat besar untuk menggantikan kemunculan PAS apabila berusaha untuk meletakkan banyak calon keturunan Melayu terutama di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi oleh PAS tetapi kalah.

Prose situ sebenarnya menunjukkan bahawa kegelinciran keyakinan DAP terhadap PAS adalah besar kerana PAS semakin hancur dan hanyut dengan angan-angannya sendiri yang terlalu idealistic, tanpa mengukur baju di badan sendiri. Akhirnya, PAS telah dicabar dari dalam parti itu sendiri, oleh segelintir pemimpinnya apabila Saari Sungip mengeluarkan kenyataan Dr Hassan Ali akan digugurkan tanpa terlebih dahulu mendapat restu parti.

Khalid Samad telah melakukan bai’ah akan menceraikan isterinya apabila tidak lagi setia kepada PAS. Dr Badrul Amin membuat gesaan agar si isteri atau suami yang mempunyai pasangan berlainan fahaman politik wajib memohon pembubaran perkahwinan sedangkan dalam Islam yang diharamkan ialah perkahwinan berlainan agama kerana ia bakal menghancurkan institusi keluarga, dua nakhoda dalam satu kapal.

Jika Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin umat Islam dan seterusnya menentang mereka yang murtad, apakah PAS telah mengambil langkah yang sama apabila menuduh tindakan JAIS mengumpul bukti dengan menghadirkan diri ke sebuah gereja pada awal Ogos lalu sebagai langkah yang salah dan silap? Kalau JAIS telah melakukan kesilapan sehingga diistilah sebagai “menyerbu”, kenapa PAS tidak berusaha membendung arus pengkristianan orang Islam yang sedang dilaksanakan menerusi pelbagai cara dan kaedah.

PAS sebenarnya tidak pernah menyelamatkan akidah umat Islam sebaliknya sentiasa memesongkan umat Islam apabila menilai “Tuhan Mencarut”, “Tuhan Samseng” dan halal membunuh orang UMNO. Bukankah termaktub secara jelas bahawa Melayu itu adalah Islam, sebuah bangsa yang terlalu kuat diikat dengan agamanya kerana bangsa Arab tidak semuanya diikatkan dengan Islam.

PAS hanya menempelkan perkataan Islam menerusi nama partinya, tetapi hakikatnya tidak pernah bergerak menurut landasan Islam yang pragmatik, tetapi dalam konteks Islam retorik. Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah sebuah doktrin untuk mengongkong setiap pemikiran penyokong sehingga menjadi jumud, sempit dan hanya berkisar kepada persoalan ibadat semata-mata sedangkan kehidupan secara bermuamalat itulah sebenarnya telah dilaksanakan oleh Rasullullah SAW sehingga Islam diterima sebagai tata kehidupan terbaik dan paling cepat berkembang.

Penggunaan sejarah bagi menggambarkan kebenaran perjuangan PAS sebenarnya suatu pendekatan yang tiada kaitan rapat, ketika Khalifah Umar al-Khattab berusaha “menjatuhkan dua kuasa besar dunia “ kerana yang nak dijatuhkan oleh PAS ialah UMNO. UMNO bukanlah sebuah kuasa besar yang memerintah dunia, hanya kekal berkuasa sejak lebih 50 tahun kerana kesungguhan memelihara Melayu dan Islam. Atas kemahuan politiknya itulah Haji Hadi terlupa bahawa untuk menundukkan UMNO bukan dengan “menjual Islam” kerana orang UMNO memang kental dengan jiwa keislamannya berbanding dengan PAS yang hanya melihat ke permukaannya sahaja sedangkan di dalamnya penuh kesumat dendam.

Beliau juga bercelaru apabila menjelaskan bahawa amanat Khalifah Umar al-Khattab bahawa “Kita adalah bangsa yang diberikan kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurniakan Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman menjadi bangsa lain.”

PAS sebenarnya sedang bermetamorphosis untuk menukarkan dirinya daripada ulat hijau kepada kupu-kupu agar lebih menarik dan mendapat sokongan DAP. Kerana itulah PAS telah membinasakan dirinya sendiri dengan mengorbankan konsep negara Islam kepada negara berkebajikan, yang mana kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS ialah  mengutip derma orang ramai, tetapi tidak memulangkan hasilnya kepada penyokongnya sendiri sedangkan UMNO melakukan kutipan dana untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS mengumpul dana untuk Tabung Memali, tetapi keluarga mangsa tidak mendapat perhatian sebaliknya wang tersebut digunakan oleh parti untuk memaki hamun orang-orang Islam yang menentang ketaksuban. Itulah PAS sekarang, kedudukannya semakin terhina dan senang dilenturkan oleh keinginan politik DAP dan PKR.

PAS telah melekakan penyokong dengan pelbagai seruan perjuangan keislaman tetapi setiap tindakannya tidak berbau nilai-nilai keislaman apabila menganggap bahawa seterusnya adalah UMNO yang sama-sama beragama Islam: mengucap syahadah yang sama, menggunakan kitab yang sama, bersembahyang dengan kiblat yang sama, dan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai insan mulia serta teladan sempurna.

Sejauhmanakah PAS berjaya melahirkan ilmuan Islam untuk menerajui kepimpinannya sedangkan PAS Terengganu semasa pemerintahan Haji Hadi mengusir anak-anak tadika daripada belajar apabila menutup premis-premis yang didirikan oleh Jabatan Perpaduan dan Kemajuan Masyarakat. Kenapa PAS begitu zalim dan tidak menghormati hak belajar yang diwajibkan oleh Islam? Pernahkah PAS memberikan penjelasan bahawa penutupan itu sebenarnya berdasarkan motif politik?

Haji Hadi terperangkap lagi apabila menyedari bahawa bangsa Melayu Asia Tenggara adalah suatu bangsa yang perkasa kerana berpegang kepada Islam, tetapi lupa bahawa bangsa Melayu Malaysia sekarang diiktiraf mempunyai kekuatannya kerana UMNO telah memperjuangkan nasibnya dengan membangunkan bidang pendidikan dan setiap tahun lebih 20 peratus belanjawan digunakan untuk tujuan tersebut. Bolehkah Haji Hadi menafikan kenyataan itu? Bolehkah Haji Hadi memberikan penjelasan berapakah jumlah peruntukan tahunan PAS yang digunakan untuk membangunkan bidang pendidikan sehingga mampu melahirkan ilmuan Islam sedangkan sebahagian besar pemimpin PAS sekarang berjaya kerana mendapat perhatian UMNO.

Contoh yang ketara ialah siapakah Dr Hassan Ali, Dr Syed Azman, Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad dari manakah mereka memperoleh sumber kewangan untuk melanjutkan pendidikan tinggi mereka. Bukankah mereka telah memperoleh kemudahan daripada kerajaan yang diasaskan oleh UMNO sehingga menjadikan mereka akhirnya menentang UMNO? Itukah stigma yang harus ada kepada ahli PAS, lupakan kepada asal-usulnya sendiri demi mahukan keuntungan politik. Haji Hadi harus memberikan huraian yang jelas, tidak perlu memaksakan dirinya dalam konteks idealism yang keterlaluan kerana itu adalah kesimpulan retorik yang cuba berselindung di sebalik gejala negatif yang mula disuburkan oleh fatwanya sendiri.

Beliau sebenarnya semakin terbakar dengan semangat untuk berkuasa kerana masih belum puas setelah jadi Menteri Besar sepenggal di Terengganu. Maka, pengaruhnya semakin lemah sehingga Nik Aziz menganggap dirinya sebagai “nakhoda” manakala Haji Hadi hanyalah juragan simpanan sahaja.

Surat terbuka Haji Hadi sebenarnya lebih banyak menikam kalbu PAS secara psikologi kerana pemerangkapan minda yang dibawanya telah menghancurkan PAS manakala UMNO semakin kuat dan bersemangat untuk membaiki kelemahannya agar terus dilihat relevan dan mantap dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kamarun KH

Menuju Kejumudan: Politik “Nabi, Anugerah Tuhan dan Umar Abdul Aziz” Pembangkang
Anugerah Tuhan Yang Semakin Takut Dengan Bayang-Bayangnya Sendiri

Sejak menang empat buah negeri dan 81 kerusi Dewan Rakyat, pembangkang yang mendabik dada telah berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008 terus melakarkan imej sebagai berhati mulia walaupun tindakannya kadangkala lebih kejam daripada terkaman seekor serigala liar kerana takutkan kedudukannya segera terancam. Pembangkang terasa perit jika tempoh pemerintahannya hanya sekadar menang sorak kampong tergadai dan Menteri Besar sepenggal kerana sudah ada tanda-tanda akan kecundang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kerana takutkan kecundang, Ketua Menteri Pulau Pinang mempopularkan dirinya dengan mengambil konsep pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, seorang khalifah Islam yang memerintah dengan penuh keadilan pada zamannya, iaitu salah satu period teragung Dinasti Umayyah. Khalifah Umar Abdul Aziz hanya sempat memerintah selama 852 hari, iaitu antara tahun 717M hingga 720M dan meninggal ketika berumur 39 tahun.

Wataknya tidak sama dengan Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah beragama Islam dan mempelajari al-Qur’an sejak kecil. Bahkan, ramai yang tahu bahawa Lim Guan Eng tidak pun mampu menghafaz al-Qur’an dan kerana itulah beliau tidak layak untuk menggelarkan dirinya sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Kekukuhan asas Islam Khalifah Umar Abdul Aziz begitu kental berbanding dengan Lim Guan Eng yang berjuang atas paksi politik memperhebatkan kedudukan orang Cina secara halus dengan berselindung dalam konsep sosialisme demokratik.

Bayangkan sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak berlaku adil dengan apa yang pernah diucapkan sebelum beliau mempunyai kuasa. Sewaktu hanya menjadi seorang wakil rakyat biasa, beliau sentiasa menekankan prinsip kebebasan akhbar tetapi apabila berkuasa di Pulau Pinang mengamalkan politik pilih kasih dengan tidak membenarkan akhbar dan media arus perdana membuat liputan peristiwa penting yang melibatkan dirinya, termasuk liputan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, perkembangan keilmuan Islam sentiasa berada dalam keadaan terbaik manakala semasa pemerintahan Lim Guan Eng, masjid-masjid sudah tidak lagi dibenarkan menggunakan pembesar suara di awal pagi sebelum azan subuh kerana mengganggu mereka yang masih tidur. Sedangkan bacaan-bacaan ayat suci menerusi pembesar suara itu sudah diamalkan sekian lama sebagai usaha mengejutkan umat Islam bahawa waktu Subuh hampir tiba, maka bersiap sedialah untuk menunaikan fadhu yang diwajibkan kepada setiap orang yang mengamalkan Islam.

Sebelum ini tidak pernah ada tentangan masyarakat bukan Islam walaupun kediaman mereka berada di sebelah pagar masjid. Bahkan di Kelantan, masyarakat Cina yang tinggal berhampiran kawasan masjid berterima kasih dengan budaya tersebut kerana mengejutkan mereka bahawa hari hampir siang. Mereka perlu cepat bangun kerana percaya rezeki yang baik bermula pada awal pagi hingga senja. Tetapi DAP percaya mereka boleh meraih pendapatan yang banyak pada waktu malam, kerana kehidupan malam penuh dengan kebobrokan dan kekotoran sebagaimana terjelma dalam sindiket pelacuran, rumah urut, kelab-kelab hiburan yang memang banyak di Pulau Pinang dan Selangor. Oleh kerana kegiatan tersebut bermula pada waktu malam hingga ke awal pagi, maka bunyi pembesar suara di awal pagi itu akan mengganggu mereka yang baru pulang keletihan dan baru mula hendak tidur.

Apabila ada pendakwah PAS menyifatkan Menteri Besar sebagai “nabi” maka ramailah orang Islam mula curiga kerana nabi merupakan lantikan Allah SWT untuk memperbetulkan akidah manusia sedangkan Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik yang mewakili PAS dan dipilih oleh pengundi yang mewakili kawasan yang ditandinginya. Nabi adalah kekasih Allah SWT tetapi Nik Aziz bukanlah kekasih Allah. Nik Aziz hanyalah seorang manusia biasa yang tidak pun mendapat wahyu Allah SWT sebagaimana diterima oleh nabi-nabi. Nik Aziz tidak pernah menerima wahyu, tetapi bagaimana seorang pendakwah PAS boleh memberikan taraf itu kepada Mursyidul Am PAS yang terlalu memikirkan untuk menjadikan PAS sebagai parti yang besar dan berpengaruh kerana beliau sedar, semakin besar sokongan akan mudahlah beliau berkuasa.

Dengan hanya menguasai Kelantan sejak tahun 1990, Nik Aziz mula membuktikan bahawa dirinya sahajalah yang betul walaupun pada dasarnya apa yang diperkatakan oleh beliau suatu kesalahan fatal dalam Islam. Misalnya apabila menuduh Tuhan Samseng, Tuhan Mencarut telah membuktikan bahawa dirinya amat kemaruk kuasa dan sanggup mempersendakan Tuhan. Sikap seperti ini hampir menyamai segelintir penganut Kristian yang menganggap Nabi Isa a.s. sebagai juruselamat tetapi dalam masa yang sama tidak sanggup mempertahankan seorang nabi yang menjadi kesayangan mereka yang dipersendakan oleh Yahudi atas dakwaan penyaliban itu sebagai tindakan membersihkan dosa yang ditinggalkan oleh Adam a.s.

Secara akidahnya, Nik Aziz membawa pandangan yang terpesong apabila mengatakan bahawa bukan Islam boleh menghafal al-Qur’an dan menggunakannya walaupun tidak memahami bahawa petikan tersebut keluar daripada konteksnya (asbabun nuzul). Bahkan, ada ketikanya PAS turut melakukan perkara yang sama apabila mempersendakan maksud ayat-ayat al-Qur’an bagi membenarkan setiap tindakannya, walaupu dari segi lojiknya ia adalah satu penipuan yang besar.

Contoh yang ketara ialah apabila mengatakan bahawa PAS sahajalah parti yang memperjuangkan Islam, maka parti itu sahajalan yang membawa manusia ke syurga. Ini bermakna bagi mereka yang tidak menjadi ahli PAS peluang untuk ke syurga adalah tiada, walhal Allah menjanjikan bahawa mereka yang akan diterima memasuki syurga ialah beramal soleh, melakukan kebajikan dan tidak mempersendakan Allah SWT. Itu bermakna, PAS bukanlah Islam. PAS adalah parti yang menggunakan Islam. Islam akan terus berkembang walaupun tiada PAS. Ini bererti, kalaupun PAS hilang di persada politik tanah air, Islam akan tetap menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat Malaysia selagi kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia tidak dihapuskan.

Tetapi, ini berlainan dengan perjuangan kelompok pembangkang yang turut disertai oleh PAS. Bukan memperkuatkan Islam, tetapi menggunakan Islam demi kepentingan politik untuk menjadikan pemimpin mereka sebagai orang yang tidak boleh ditegur, kuku besi dan penuh kekeramatan. Bahkan Nik Aziz sendiri pernah mengakui ada orang yang sanggup mengambil seliparnya kerana Tok Guru banyak berkat. Ada orang sanggup makan bekas makanan Tok Guru kerana dirinya mempunyai kekeramatan. Ini juga suatu bentuk keterpesungan akidah kerana ketundukan manusia kepada manusia adalah lambang kezaliman, sedangkan manusia adalah hamba Allah, Tidak memperhambakan dirinya kepada sesama manusia.

Tok Guru sedar perkara itu, tetapi Tok Guru kata kerana dirinyalah nakhoda maka semua orang mesti patuh kepada nasihatnya. Tok Guru tidak sedar bahawa antara nasihat dan arahan dua perkara yang berbeza. Mungkin kerana Tok Guru terlalu mabukkan kuasa, kuasa buat-buat tak faham makna nasihat dan sentiasa disamakan dengan arahan. Tok Guru nampaknya kena masuk semula sekolah orang tua-tua kerana sudah semakin kelam-kabut dan menggunakan istilah yang kurang tepat apabila mengulas pendapat yang berbeza.

Tok Guru walaupun tidak mengakui nyanyok, tapi ciri-ciri ke arah itu sudah ada. Tok Guru tidak Nampak dan kadangkala lupa apa yang pernah Tok Guru katakana. Tetapi ramai rakyat yang boleh ingat, kerana Tok Guru tidak boleh berbohong kepada semua orang dalam semua masa. Rakyat sudah faham Tok Guru pernah janji akan selesaikan masalah air pada tahun 2007, iaitu sepuluh tahun selepas buat pinjaman RM 300 juta dengan kerajaan persekutusn pada tahun 1997. Kini dah lebih tujuh tahun, ,masalah air masih belum selesai.

Air bersih tidak ada, bahkan baru-baru ini Tok Guru janji akan tukar paip-paip tersebut bagi membolehkan rakyat Kelantan menikmati air bersih. Tentunya janji itu akan berlarutan hingga 20 tahun lagi. Jika inilah yang berlaku bermakna rakyat yang lahir pada tahun 1997, ketika mencapai tahap persaraannya, masih belum dapat menikmati air bersih. Besar dosanya apabila menipu rakyat, kerana Allah SWT akan mempersoalkan apa sahaja yang manusia laksanakan sepanjang kehidupannya, apatah lagi oleh seorang pemimpin yang berkuasa dan menjadi sandaran harapan rakyat.

Cuba Tok Guru semak semula, siapakah yang telah mengaut pendapatan yang besar menerusi cadangan menukarkan paip air? Bukankah salah seorang EXCO PAS berkenaan juga mempunyai kepentingan dalam projek tersebut sehingga beliau diketahui semakin kaya? Soalnya sekarang, pemimpin PAS bukan sahaja menjual agama untuk kepentingan politik, bahkan menjual PAS untuk mendapatkan keuntungan material, yakni membolot kekayaan.

Itu cerita Tok Guru yang dianggap sebagai nabi. Ada seorang lagi pemimpin pembangkang yang diberikan jolokan sebagai”anugerah Tuhan” oleh isterinya sendiri yang baru nak faham sepak terajang politik setelah suaminya kecundang dan jadi lebai malang. Ketika Wan Azizah memberikan tafsiran tersebut setelah tersedar bahawa ramai penyokong PKR mula mempersoalkan suaminya yang juga merupakan Penasihat PKR, tetapi peribadinya sudah jatuh tersungkur oleh tindakan di luat tabie, termasuk dengan keyakinan melampau untuk jadi Perdana Menteri, sedangkan perjalanannya masih jauh. Orang ramai sudah mempersoalkan bahawa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri, kerana beliau adalah seorang yang sanggup menggadaikan maruah Melayu, menghalalkan apa sahaja demi mencapai matlamatnya. Orang semua tahu bahawa Wan Azizah pernah digelar sebagai “ikan pelata kering” oleh suaminya kerana badannya yang sekeping dan pernah membuat permohonan cerai kerana tidak tahan lagi dengan perangai suaminya. Orang melihat itulah akibatnya permulaan perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga akan berombak sehingga hampir menyebabkan tsunami rumah tangga.

Orang ramai tahu Wan Azizah dan Anwar sebenarnya berlakon sebagai pasangan yang bahagia dan saling memerlukan. Walhal realitinya, Anwar tidak memerlukan Wan Azizah tetapi kerana politik, keduanya sanggup menunjukkan kasih sayang tanpa keikhlasan, hanya yang mengikat perhubungan mereka ialah anak-anak. Kini anak-anak sudah besar, dan Anwar mahu binakan empayar politik menerusi keanggotaan anak-anaknya. Untuk mengharapkan orang lain, SAnwar yakin ianya tidak akan lama kecualilah Azmin Ali seorang. Itupun tidak boleh jamin meskipun Azmin sanggup merobohkan penjara jika sekali lagi Anwar disabitkan dengan kesalahan.

Azmin sudah membuat dugaan lebih awal daripada keputusan mahkamah kerana Azmin tahu pemimpin yang dipuja itu memangnya melakukan benda yang salah. Azmin faham jika beliau terus memperjuangkan Anwar walaupun perjuangan itu adalah atas landasan yang salah, dia akan mendapat persepsi yang besar, bakal meraih popularity sebagai Robin Hood politik Malaysia. Inilah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Azmin ketika memberikan jaminan akan tetap menentukan Anwar jadi Perdana Menteri.

Paling aneh ialah kesemua pemimpin parti pembangkang pada suatu ketika menyelar projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai membazir, projek mewah dan patut dihentikan demi kepentingan rakyat kebanyakan. Wang itu digunakan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat. Nampaknya, nada yang sama turut dilakukan oleh pembangkang apabila mempertikaikan projek MRT tidak sesuai, menara Warisan membazir dan seterusnya mahukan ianya dibatalkan atas alasan takutkan tuan punya bangunan besar di Kuala Lumpur terpaksa bersaing dengan syarikat Bumiputera.

Pembinaan MRT bakal menyebabkan sebahagian pembangunan kawasan baru dan membuka ruang perniagaan kepada Bumiputera. Walhal Bumiputera tidak pernah memberontak marahkan bukan Melayu laksanakan projek mega, tetapi apabila syarikat Bumiputera mahu laksanakan mereka mencari alasan tertentu untuk menggagalkannya. Inilah politik yang mengundang musibah sehingga orang Melayu sendiri terasa asing dalam negaranya sendiri. Orang Melayu sudah tidak boleh bercakap dengan bebasnya mengenai diri mereka, kerana setiap kali melontarkan pandangan kemelayuannya dianggap rasis, walhal bukan Melayu terus membuat desakan untuk menagih perubahan bagi menjamin kedudukan mereka secara lebih luas.

Ini berlaku kerana orang Melayu tidak bersatu. Orang Melayu tidak kuat. Orang Melayu sudah hilang kekuatan politiknya. Orang Melayu sanggup menggadaikan bangsa dan agamanya demi nak jadikan dirinya sebagai Perdana Menteri dan apabila UMNO terus memperjuangkan Melayu, maka parti itu terus dilihat sebagai rasis. Di situlah puncanya, kerana PKR berkata parti mereka bukan membawa kepada rasisme, PKR memperjuangkan ketuanan rakyat. Tetapi, siapakah sebenarnya rakyat yang menyokong PKR? Bukankah sebahagian besar penyokong PKR itu Melayu? Bukankah kalau tidak semuanya ahli PAS itu Melayu, maka sebahagian besarnya adalah Melayu-Islam? Maka usaha untuk mempersatukan Melayu perlulah dilaksanakan secara berkesan demi kelangsungan Melayu sendiri, kerana bukan Melayu tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan orang Melayu. Sejarah sudah membuktikan hubungan itu.

Islam hanya akan berdaulat menerusi perpaduan Melayu di Malaysia, kerana bukan Islam sudah mula mempersoalkan setiap langkah yang dilaksanakan untuk memperkukuhkan Islam sebagai tindakan yang tidak adil, atas prinsip perjuangan sosialisme, sama rata sama rasa. Maka, pemimpin Melayu perlu menyusun langkah lebih berkesan bagi mengetepikan sepenuhnya dakwaan bahawa Nik Aziz itu nabi, Anwar itu anugerah Tuhan dan Lim Guan Eng itu mengamalkan prinsip Khalifah Umar Abdul Aziz. Kesemuanya adalah strategi labeling dalam konteks propaganda demi menjerat pemikiran orang Melayu dan Islam agar menumbangkan BN yang sudah membuktikan memperjuang dan mempertahankan Islam menerusi pelbagai bidang dan kaedah sehingga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam moderat.

PAS bukan Islam, parti itu hanya mempergunakan Islam. PKR hanya ingin mempastikan Anwar jadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya rakyat menderita dengan sikapnya yang “boleh memuntahkan apa yang ada dalam mulut seseorang” manakala Guan Eng akan terus menghidupkan perjuangan kecinaannya, kerana idolanya ialah Lee Kuan Yew. Pulau Pinang akan dijadikan Singapura kedua, maju dari segi ekonomi tetapi orang Melayu semakin tersepit dan terhimpit. Bahkan, semakin galak pemimpin Singapura mengistilahkan Islam sebagai agama yang kejam dan memeras, manakala orang Islam anti kemajuan. Itulah prasangka yang sedang dan akan terus berlaku, selagi Melayu tidak berusaha memperkukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan yang kuat dan tangkas berhadapan dengan cabaran semasa.

Politik pembangkang sedang menuju kepada kejumudan pemikiran, dan kejumudan itulah akhirnya merugikan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Kamarun KH

Bantuan Pelajar RM 100 Kecutkan Pembangkang
Lahir dan dibesarkan di Singapura. Hijrah ke Malaysia tahun 1980. Kini hayat politiknya makin pendek. Anwar dah tak "berkenan lagi"

Nampaknya gempar Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin mengenai peristiwa penyampaian wang bantuan RM 100 kepada 100 pelajar dilaksanakan di Bangunan UMNO Bahagian Ampang benar-benar mengukir marah dan pada 18 November lalu beliau membuat kenyataan sehingga dilaporkan oleh Malaysiakini, “MP dakwa wang bantuan disalur ketua bahagian UMNO.”Laporan itu kemudiannya dipetik oleh pelbagai media termasuk Harakahdialy yang tersangat tidak mengamalkan prinsip kewartawanan yang betul.

Ketua Wanita PKR turut mendedahkan bahawa “ibu bapa rasa marah kerana disuruh ke pejabat UMNO” sedangkan sepatutnya beliau membuat sedikit kerja rumah yang baik dengan menyemak apakah ia benar-benar dirancang sedemikian? Jawabnya ia tidak seburuk yang dijelmakan dalam prasangka  diri seorang wakil rakyat yang sedang berhempas pulas untuk menentukan peluang dicalon kembali dalam pilihan raya umum ke-13 nanti kerana Anwar Ibrahim sudah pun membuat promosi bahawa bagi parlimen Ampang, sudah ada calon pilihan, iaitu Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas tentera yang pernah dikaitkan dengan kehilangan enjin pesawat TUDM, jet F-5E tidak lama dahulu.

Zuraida yang rasa tercabar terpaksa bekerja kuat untuk menunjukkan ketokohannya sedangkan ramai pengundi Ampang sudah meluat dengan cara kerjanya yang  tahu bercakap dan keriau ke sana ke mari heboh teruk daripada seekor ibu ayam. Ibu ayam kalau bertelur akan riuh sekampung, tetapi Zuraidah tidak juga bertelur sejak dipilih jadi ahli parlimen, tetap mahukan riuh sekampung sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “mak lampir.”

Ahli Parlimen Ampang itu sebenarnya sedang berhadapan dengan situasi resah dan lemas kerana tidak lama lagi dia akan direbus seperti “katak dalam periuk berisi air mendidih” dengan mengatakan bahawa “petanda jelas UMNO begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi” setelah mendapat tahu Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyampaikan wang tersebut kepada pelajar cemerlang 2011 yang diraikan di Bangunan UMNO Ampang.

Minda terbelah Zuraidah itu menjadi semakin berprasangka dan sudah tidak boleh memikirkan secara rasional bahawa pihak sekolah menggunakan kemudahan yang terdapat di situ disebabkan dewan sekolah tidaklah begitu sesuai disebabkan keuzurannya. Tidak menjadi apa-apa kesalahan apabila pihak sekolah menyewa premis UMNO untuk meraikan pelajar cemerlang kerana kosnya adalah lebih murah iaitu sekitar RM 400 manakala beliau menjadi resah kerana tidak diberikan peluang sebagaimana banyak pihak faham mengenai sebuah surat makluman tambahan yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 11 November 2011.

Untuk mendapat penjelasan yang lebih baik, eloklah dipetik kandungan surat makluman itu yang tidak pun menamakan mana-mana pemimpin parti politik. Apa yang dijelaskan menerusi perenggan 3 ialah:

“Mesyuarat Sususlan Jemaah Menteri Bil. 11/2011 pada 28 Oktober 2011 telah memutuskan supaya pemimpin wakil-wakil rakyat, termasuk Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil pemimpin yang terpilih dari Kerajaan Persekutuan untuk turut hadir membantu menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu bapa murid. Ini kerana bantuan kewangan ini adalah sebagai satu “touch point” Kerajaan kepada rakyat. Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat Kerajaan. Kaedah penyaluran bantuan ini hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 Kepada Murid …”

Apa yang dikesalkan oleh Ahli Parlimen itu ialah kerana tidak merujuk kepadanya. Atas rasa dialah wakil rakyat kawasan tersebut maka dialah yang sepatutnya menyampaikan bantuan itu. Inilah sifat pemimpin pembangkang yang akan menggunakan apa sahaja peluang bagi menaikkan imejnya seperti “lembu punya susu, sapi dapat nama.” Beliau sebenarnya berlagak seperti sapi, tetapi sapi yang diharapkan itu tidaklah segagah lembu, susunya pun tidak mampu dihasilkan. Atas jerih payah kerajaan Persekutuan pembangkang terus mahu mengukir nama, kerana itulah konsep keadilan yang ditakrifkan.

Beliau lupa bahawa ada frasa lain yang mengikat dalam surat makluman itu, iaitu “wakil pemimpin yang terpilih dari Kerajaan Persekutuan” dan “dianjurkan oleh pihak sekolah”. Dalam frasa ini tidak pun mengatakan bahawa tidak boleh dibuat di Bangunan UMNO atau Bangunan PAS, maknanya pihak sekolah yang meraikan kecemerlangan sekolah boleh menggunakan budi bicaranya untuk berbuat demikian. Maka, kegelisahan itulah menyebabkan Zuraida menuduh bahawa “ada motif politik” sedangkan yang lebih bersifat politik ialah beliau sendiri kerana mahukan “bayangan imej” yang baik dalam persepsi pengundi Ampang yang sudah bencikan wajah berkedutnya.

Kerajaan Persekutuan tidaklah segedik pemimpin pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa kerana semakin sedar hayat politiknya semakin menurun. Kemerosotan pengaruh pembangkang tercermin dari tindak-tanduk sebahagain pemimpinnya sendiri yang merasakan pembangkang tidak akan mampu menjadi “kerajaan” setelah gerakan 16 September 2008 gagal secara total manakala pengasasnya sedang bergelut dengan “hakisan moral” oleh tangan dan tingkahnya sendiri. Tidak ada sesiapa yang mengkhianatinya, tetapi seperti kepercayaan ramai bahawa apa sahaja keburukan yang kita lakukan, suatu hari Allah SWT akan membalasnya. Ada yang yakin bahawa Allah SWT akan “membayarnya secara tunai.” Ketika ini, Anwar sedang “dibayar tunai secara ansuran oleh Allah SWT” kerana beliau amat pandai berpura-pura dan bermuka-muka.

Sikap bermuka-muka ini akhirnya menjadikan “situasi bermukah” yang amat memalukan. Sebagaimana sifatnya orang yang membuat kesilapan, amat susah nak membuat pengakuan kerana sedar dengan pengakuan itu kerjaya politiknya akan berakhir. Itu hanya satu kepercayaan yang kurang tepat kerana ada ahli politik yang mengakui kesalahan atau kesilapannya boleh diterima oleh orang ramai. Kejujurannya membantu untuk melonjakkan semula imejnya, meskipun ada segelintir yang menentang. Hakikat itu dalam Islam amat dituntut, apabila seseorang itu menyedari kesilapannya, maka dia dituntut untuk bertaubat.

Bahkan, beberapa tahun lalu, Karpal Singh pernah mencabar Anwar Ibrahim bertaubat kerana “banyak menimbulkan masalah”, tapi masih sanggup mengetuai pasukan untuk membela Anwar yang sedang bertarung dengan kes liwat dalam episod kedua setelah episod pertama beliau hanya menang dari segi teknikal. Pusingan kedua ini Anwar sedang mencari kelemahan teknikal bagi membolehkan beliau melonjakkan karier politiknya untuk jadi Perdana Menteri.

Zuraida terpaksa membuat perhitungan dan mentafsirkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan sebagai “peluru perang politiknya” kerana itulah dia lupa bahawa Kerajaan Selangor lebih kejam lagi dengan menghalau Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) berpindah dari premis kepunyaan kerajaan negeri sebaik sahaja memerintah.

Zuraida tidak pernah membuat kajian kenapa PAS sewaktu zaman edannya pernah menghalau dan mengunci premis kerajaan negeri dari diteruskan sebagai pusat tadika dan taska. Zuraida juga mungkin ingin menutup sebelah matanya dengan gelagat DAP di Pulau Pinang telah “menghalau orang Melayu” secara halus apabila tidak lagi membina rumah-rumah mampu milik tetapi menumpukan pemberian kelulusan premis kediaman melebihi setengah juta ringgit.

Sebenarnya yang lebih zalim kepada rakyat ialah pembangkang. Pembangkang hanya tahu mengatakan apa yang kerajaan pusat laksanakan sebagai “bermotif politik” tetapi tidak nampak siapakah sebenarnya yang memulakan “politik balas dendam”. Bukankah kerana terdesak, PAS mengisytiharkan “jihad” kepada sesama Islam yang berlainan pandangan atau prinsip kepartian (kaji fatwa Haji Hadi pada tahun 1985).

Bukankah zalim apabila ada pemimpin PAS sanggup menyeru penyokongnya agar memohon cerai daripada suami atau isteri yang kelainan parti politik? (Terbaru apabila Dr Badrul Amin membuat seruan sedemikian ketika berkempen di Bagan Pinang). Bukankah tindakan itu sesuatu yang dipandang hina dalam Islam walaupun penceraian tetap dibenarkan? Perceraian bukan kerana perbezaan politik, kerana perbezaan pendapat merupakan fitrah manusia.

Sebagai seorang yang memiliki sarjana dalam bidang kejian sosial, ramai  pihak mengesyorkan agar Zuraida melihat pemberian wang bantuan itu dalam konteks yang lebih rasional dan bukannya mengikut sudut pandangan “drakula”, gemarkan “darah orang lain” manakala “darah sendiri semakin tidak mampu untuk berdiri.” Kalau mahukan sangat publisiti, janganlah pakai hentam keromo. Buatlah sedikit “kerja rumah” dan fahamlah dengan cara orang bijaksana dan bukannya “orang berprasangka buruk”.

Nampaknya, semakin lama beliau menjadi wakil rakyat, semakin ketandusan idea dan isu,. Dari wajahnya sudah kelihatan tenaganya sudah tidak bermaya (meskipun usia baru 54 tahun). Maka, tepatlah apa yang dilihat oleh pemimpin utama PKR, perlu ada pelapis yang akan ditonjolkan pada musim akan datang, dan ini telahpun dilakukan oleh Anwar semasa merasmikan Bilik Gerakan Ampang Jaya baru-baru ini.

Hadi diperkenalkan, Zuraida kecut perut dan keningnya semakin pantas bergerak kerana kalau pilihan raya diadakan pada tahun hadapan, hayat politiknya berada dalam persimpangan, beliau sebenarnya bukanlah kroni terbaik Anwar. Pemilihannya pada tahun 2008 hanya sekadar tangkap muat, kerana Zuraida pandai bercakap tapi akhirnya ramai yang tahu, beliau sebenarnya tidak tahu berkhidmat untuk rakyat. Ramai yang menunjukkan kegelisahan, dan protes senyap semakin merebak. Setiap kali beliau turun padang, hanya segelintir sahaja yang hadir, selebihnya adalah kemuncup dan rumput yang jelas kelihatan walaupun dari jarak lebih 400 meter. Itulah watak dan  kelebihan wakil rakyat Ampang yang tidak lagi gampang, tapi semakin mengharukan orang ramai.

Monosin Sobri

Kerja Sembilan Jam, Guru Bantah.
Secara Jelasnya, Guru Lebih Banyak Masa Rehat berbanding lain-lain penjawat awam

Setelah dihangatkan dengan pemansuhan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, satu lagi isu hangat yang melibatkan profesion keguruan ialah kajian percubaan ke atas 5,000 orang guru di empat negeri untuk melihat kesan pelaksanaan tugas selama sembilan jam sehari sebagaimana dilakukan oleh lain-lain penjawat awam.

Bagaimanapun, usaha melakukan ujian perintis itu telah disambut dengan kegusaran dan rasa tidak senang oleh guru, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dengan alasan ia tidak boleh diterima kerana tanggungjawab guru tidak tamat selepas waktu persekolahan.

Secara rasionalnya kita boleh berfikir, berapakah jumlah hari bekerja bagi seseorang guru dalam persekitaran normal. Dalam setahun ada 365 hari manakala hari persekolahan ialah selama 210 hari dan tempoh di antaranya terdapat sejumlah 78 hari cuti penggal. Selebihnya adalah cuti kelepasan umum, hari minggu dan hari kebesaran negeri iaitu 87 hari.

Bagi seorang guru, mereka juga diberikan kelonggaran untuk menggunakan cuti rehat tahunannya selama 10 hari berbanding dengan lain-lain penjawat awam antara 25 hingga 35 hari setahun. Jika ditolak dengan kemudahan tersebut, seorang guru hanya mempunyai masa kerja selama 200 hari setahun, atau 6 bulan 20 hari sedangkan kerajaan membayar gaji penuh selama 12 bulan.

Kalau diikutkan dengan prestasi, yakni hari bekerja memang tidak berbaloi dengan hanya kerja selama tidak sampai tujuh bulan dapat upah setahun. Maka, apabila dilaksanakan kerja sembilan jam, bermakna guru sebenarnya mencapai tahap masa kerja yang boleh menyamai lain-lain penjawat awam, iaitu selama 243 hari (365 – 87 (hari minggu dan cuti kelepasan umum). Jika penjawat awam menggunakan keseluruhan cuti tahunannya, maka ini bererti mereka bekerja antara  218 hari hingga 208 hari.

Benarkah penjawat awam lebih banyak masa berbanding dengan guru yang terpaksa membawa balik ke rumah termasuk memeriksa buku latihan pelajar? Jawapan ini memang senang  boleh ditepis kerana guru hanya mengajar setengah hari, maka setengah hari lagi mereka terpaksa membawa pulang beban itu untuk diperiksa. Berbanding dengan penjawat awam yang lain, mereka hanya sesekali membawa kerja ke rumah pada waktu malam.

Guru juga mendakwa, oleh kerana hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari tidak bekerja bagi seluruh penjawat awam, tetapi di sekolah ia digunakan sebagai hari kokurikulum ataupun lain-lain aktiviti sekolah, masa hari terbabit terpaksa dikorbankan. Penjawat awam yang lain turut membuat perhitungan, mereka juga terpaksa mengorbankan hari Sabtu demi tanggungjawab, tetapi tidak sebagai alasan mengurangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Penjawat awam banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja luar yang kadangkala memaksa mereka mengorbankan masa rehat termasuk cuti hujung minggu. Penjawat awam tidak diberikan kemudahan cuti penggal yang lama, cuma diberikan cuti tahunan yang lebih pendek, tidak pula menentang tempoh masa bekerja selama sembilan hingga sepuluh jam sehari.

Sebenarnya banyak guru yang menentang projek rintis itu termasuk dalam golongan guru-guru yang banyak menghabiskan masa rehat dengan kerja sampingan, termasuk melibatkan diri dalam jualan langsung, agen insuran, guru kelas tiusyen swasta dan mengusahakan lain-lain kegiatan ekonomi sampingan. Kalau dilihat dari perspektif tersebut, tepatlah penolakan yang dilakukan, kerana akan mengurangkan pendapatan bulanan mereka.

Bagi seorang penjawat awam, meskipun ada segelintirnya terlibat dalam kerja-kerja sampingan mereka lakukan ketika di luar waktu pejabat, Kerana seorang guru melihat selepas masa mengajar sebagai luar waktu pejabat, maka mereka melakukan kerja-kerja terbabit sama ada waktu petang, malam ataupun hari minggu. Jawabnya amat jelas, penolakan itu ada kaitannya dengan kerja-kerja sampingan dan bukannya sebagai tuntutan profesion keguruan itu sendiri.

Guru pada masa sekarang kurang berada dalam kelompok masyarakat dan mereka banyak berada dalam kelompoknya sendiri. Atas sebab itulah para guru tidak mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat, kerana guru telah menyisihkan dirinya dari aktif dalam kerja-keraja kemasyarakatan tetapi mengutamakan kerja-kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan disebabkan tuntutan kos sara hidup yang meningkat ataupun mencari peluang untuk hidup mewah.

Penolakan cadangan itu ada kaitan dengan persoalan mengimbangi kerja-kerja sampingan yang dilakukan oleh guru, maka mereka perlulah jujur dengan profesionnya sendiri. Seorang guru akan mendapat kedudukan yang baik seandainya tidak menggunakan peluang mencari kekayaan, kerana apabila seorang guru berniaga dan mengajar di kelas-kelas tiusyen akan cuba mempamerkan kehebatannya, kerana ia dibayar manakala di sekolah banyak yang sambil lewa.

Para guru mestilah mengutamakan  kerja wajib mereka (mengajar, memeriksa dan menyemak, mengurus para pelajar dan membimbing akademik) dan tidak melaksanakan kerja-kerja makruh secara lebih banyak. Kalau nak tambahkan pendapatan, memadailah dengan menggunakan cuti hujung minggu dan bukannya laksanakan pada hari-hari persekolahan yang lain, yakni waktu petang atau ketika tidak mengajar..

Seharusnya Kementerian Pelajaran membuat kajian menyeluruh dan mensyaratkan setiap guru yang bekeinginan mengajar kelas-kelas tiusyen perlu mendapatkan kebenaran bertulis agar tidak berlaku “conflict of interest” sebagaimana disyaratkan kepada lain-lain penjawat awam termasuk mengisytiharkan anggaran pendapatan tambahan. Inilah yang seharusnya dikuatkuasakan secara mandatori manakala guru yang enggan mematuhi syarat itu perlu dikenakan tindakan tata tertib, jika NUTP benar-benar ingin mempertahankan profesion keguruan agar lebih dihormati oleh masyarakat.

Untun dihormati oleh masyarakat bukan diukur dengan nilai wang, ia diukur berdasarkan sejauhmanakah seseorang guru mampu membentuk kemenjadian anak didiknya. Bahkan, ada ungkapan jika seseorang guru itu pada kedudukan terakhir lebih pandai dari anak didiknya, ada sesuatu yang tidak kena. Jika seseorang pelajar lebih pandai dari seorang guru, ia adalah natijah sebuah kaedah pendidikan yang berkesan dan terbaik.

Orang awam melihat cadangan melaksanakan kajian rintis mengenai tempoh bekerja selama sembilan jam sehari adalah sesuatu yang positif memandangkan bidang kerjaya pada masa sekarang sudah jauh berubah daripada masa-masa lalu, termasuk rigid dengan masa, business not as usual. Setiap masa perlu bersiap sedia, kerana jika tidak ada orang lain yang sanggup melakukannya dan mengambil alih peranan guru.

Lebih ramai mereka yang berminat menjadi guru dan memilihnya sebagai profesion. Mereka sanggup melakukan tugas tersebut dalam tempoh yang lebih panjang, kerana mereka akur dengan tuntutan perubahan dan cuba mengimbangi kehidupan peribadi dan bukannya sekadar mengatakan terlalu banyak beban. Berapa banyakkah beban terpaksa ditanggung oleh guru. Bukankah menguruskan hal ehwal pelajar juga menjadi tanggungjawan guru? Membentuk peribadi pelajar? Bertemu keluarga pelajar?

Tugas guru melebihi persekitaran sekolah, maka guru perlulah memahami bahawa dalam membangunkan profesionnya kembali ke penghormatan sebagaimana pernah diterima pada masa silam memerlukan kefahaman dan apreasasi guru itu sendiri. Kalau guru hanya mengatakan banyak kerja, dan dalam masa yang sama dilihat mengendalikan kerja-kerja sampingan, ia akan tetap bercanggah dengan kewajipannya secara hakiki.

Monosin Sobri

PPSMI Diteruskan Sehingga 2021, MBMMBI Dilaksanakan Secara “Soft Landing”
Jadual soft landing MBMMBI

Kebimbangan ibu bapa mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik berjaya dirungkaikan apabila Jemaah Menteri sebulat suara telah bersetuju dengan “soft landing” yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuarat mingguannya pada 4 Novembr 2011.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa sesuatu perubahan dasar yang hendak dilaksanakan turut mengambil kira kepentingan rakyat dan dengan itu ia bukanlah satu perubahan yang tergesa-gesa sebagaimana dilihat oleh sesetengah pihak yang menilai perubahan dasar pendidikan sebagai percubaan tikus makmal.

Semasa menjawab soalan pihak media, Tan Sri Muhyidin Yassin setiap pelajar yang berada dalam kohort PPSMI, yang kini berada di Tahun Dua sekolah rendah hingga ke Tingkatan  Lima sekolah menengah dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran mereka sebagaimana telah ditentukan oleh pihak sekolah.

Keputusan tersebut dnegan sendirinya boleh menjawab polemik yang berlaku dalam masyarakat yang bimbang bahawa anak-anak mereka yang akan memasuki Tingkatan Satu pada tahun 2012 diwajibkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sebagaimana dikehendaki oleh surat pekeliling yang dikeluarkan sebelumnya.

Bagi menentukan pelaksanaannya tidak menimbulkan sebarang masalah, menurut Timbalan Pedana Menteri satu pekeliling baru akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dalam tempoh terdekat.

Berikut ialah kenyataan akhbar yang telah diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya dan dihadiri oleh lebih 50 pertubuhan media dan sebelum itu seramai 400 orang warga Kementerian Pelajaran seluruh negara hadir dalam pertemuan khas untuk menjelaskan pelaksanaan “soft landing” itu.

Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajabaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matemartik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan “soft landing”.

Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan bahasa secara mendadak.

Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ssehingga tamat Tingkatan 5.

Perlu diperjelaskan di sini, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pada tahun 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matermatik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa  Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009.

Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan “soft landing” ini, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurnag 5 peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah  menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Berdasarkan dapatan ini, kabanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid, mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti Program Oracy Skill (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.

Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Oleh KAMARUN KH