Bantahan lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam yang akan berlangsung pada 7 Feberuari oleh Ketua Penerangan PKR Kepong menggambarkan sikap melampau walaupun diketahui bahawa lawatan tersebut merupakan acara tahunan yang telah lama dipraktikkan oleh pemimpin negara. Kemarahan MS Arjunan dan ketua pemuda PKR Kepong itu ada kaitan dengan reaksi balas jawatankuasa kuil Sri Subramanian Swami Devastaham Sungai Petani yang enggan membenarkan Anwar Ibrahim mengunjungi kuil tersebut kerana bimbangkan berlakunya pelbagai insiden dan tersectusnya perbalahan politik. Laporan polis [...]





