Migrasi Awal Manusia Dari Afrika Hasil kajian selama enam tahun yang melibatkan kaedah proses pemetaan diketuai oleh Dr Spencer Wells, Pengarah Projek Genografik mendapati bahawa migrasi manusia terawal sebenarnya berasal dari Afrika dan kemudiannya tersebar ke seluruh dunia melalui Arab. Penemuan tersebut dengan sendirinya menolak pandangan sebelumnya bahawa migrasi manusia terawal dari Afrika adalah bermula dari Mesir. Menurut Dr Spencer, kira-kira 7,000 tahu lalu manusia telah tiba di Eropah, Asia dan Oceania setelah berjaya menyeberangi laut untuk tiba di negara-negara [...]





