Ummatan Wasatan » Berita Dunia Islam

4 Ribu Penyokong Gaddafi Diseksa (dan 4 berita lain)
4 ribu penyokong Gaddafi ditahan, diseksa dalam penjara rahsia

Permulaan Protes di Libya Setahun lalu

Ketua Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ian Martin mendedahak seramai 4,000 orang penyokong bekas presiden Libya, Muammar Gaddafi masih ditahan di pusat tahanan militia Libya secara rahsia dan diseksa.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, perkembangan baik ditunjukkan menjelang pilihan raya demokratik pertama negara itu tetapi penjara militia adalah satu daripada ‘halangan serius’ dalam mewujudkan kedaulatan undang-undang.

Semasa menjelaskan laporan itu kepada Majlis Keselamatan PBB, Martin berkata “Kes layanan buruk dan penganiayaan tahanan berterusan.”

PBB melahirkan rasa amat bimbang terhadap tiga kematian pada April di sebuah penjara di Misrata yang berada di bawah kuasa kerajaan.

Terdapat juga ‘maklumat yang boleh dipercayai’ bahawa kematian itu adalah disebabkan penderaan dan sekurang-kurangnya tujuh yang lain diseksa di penjara yang sama dan ada juga dakwaan penderaan di penjara Tripoli, Zawiya dan Zintan, kata ketua Misi Sokongan di Libya atau UNSMIL itu.

Oktober lalu, PBB melaporkan terdapat seramai 7,000 tahanan, terutama penyokong Muammar Gaddafi ditahan oleh briged kebangkitan yang mengetuai perjuangan menjatuhkan bekas diktator itu tahun lalu.

“Kira-kira 4,000 lagi dianggarkan masih lagi berada di penjara rasmi dan rahsia di seluruh negara di mana kerajaan peralihan secara perlahan-lahan mula berkuasa,” kata Martin.

Beliau berkata kementerian kehakiman kini mempunyai 31 kemudahan tahanan dengan 3,000 banduan, katanya. Tetapi kawalan terhadapnya dikongsi bersama dengan militia yang masih terus berkuasa.

“Menangani amalan ini sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dalam mengejar budaya baru hak asasi kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang,” kata Martin.

Kerajaan sementara meluluskan satu undang-undang yang mengarahkan militia merujuk semua kes terhadap penyokong Gaddafi kepada pendakwa pada 1 Julai.

Duta itu juga menyuarakan kebimbangan mengenai beberapa aspek undang-undang baru yang boleh memberikan pengampunan kepada pejuang yang terbabit menumbangkan Gaddafi dan melakukan jenayah terhadap diktator yang dibunuh pada Oktober itu.

Obama pertahan sokongan perkahwinan sejenis

Obama Sokong Kahwin Sejenis

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam sekali lagi mempertahankan sokongannya menghalalkan perkahwinan sejenis kerana ia merupakan langkah waras ke arah ‘Amerika yang lebih adil’.

Dalam satu majlis pengumpulan dana yang diadakan di Hollywood lewat malam tadi, Barrack Obama berkata, dalam satu majlis di Hollywood, lewat malam tadi “Semalam satu sejarah baru tercipta. Kebenarannya, ia merupakan satu langkah logik yang sepatutnya perlu ada pada sebuah negara seperti Amerika, bukankah kita negara untuk semua? Bukankah semua rakyat negara ini patut mendapat layanan yang sama.”

Majlis yang menghimpunkan beberapa selebriti ternama Hollywood dan pemimpin utama Washington itu disasarkan untuk mengutip dana bagi kempen Obama selama enam bulan bagi mempertahankan jawatan, sebelum pilihan raya Presiden AS berlangsung dan dianjurkan oleh actor George Clooney, di mana beliau merupakan penyokong kuat Parti Demokrat.

Kira-kira 150 tetamu hadir dengan membayar AS$40,000 (RM120,000) setiap seorang bagi menyertai acara tersebut.

Obama percaya tindakan tersebut membuatkan negara ini lebih kuat, sehingga mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir pada majlis yang diadakan di kediaman Clooney

Keputusan Obama menyokong perkahwinan sejenis secara umum membuktikan sikap terbukanya dan dilihat ingin meraih sokongan terhadap namanya yang tenggelam sejak kempen pilihan raya Presiden 2008.

Bagaimanapun, pencabar utama beliau daripada Parti Republikan dalam kempen pilihan raya Presiden kali ini, Mitt Romney pula tidak menyokong perkahwinan sejenis dengan menyatakan perkahwinan hanya melibatkan penyatuan antara lelaki dan perempuan.

Lebih 30,000 polis Britain sertai mogok

Lebih 30,000 anggota polis dan beratus ribu pekerja sektor awam Britain melancarkan mogok (10 Mei 2012) sebagai protes membantah pelaksanaan langkah berjimat cermat kerajaan.

Mogok sehari itu tersebut turut disertai oleh pekerja imigresen, awam, kesihatan, pensyarah dan warden penjara, sebagai bantahan terhadap pelaksanaan terbaharu memotong perbelanjaan kebajikan sejak kerajaan perpaduan memegang tampuk pemerintahan dua tahun lalu.

Anggota polis daripada 43 pasukan di England dan Wales memakai topi berwarna hitam yang bertulis ayat ‘Penjimatan adalah Jenayah’ ketika mereka membantah pelaksanaan langkah penjimatan dan pemotongan gaji serta pencen mereka.

Anggota polis Britain, yang dilarang mengadakan mogok, memberi amaran bahawa langkah kerajaan itu akan meletakkan keselamatan awam dalam bahaya.

Pengerusi Polis Persekutuan, Paul McKeever dalam ucapannya berkata, pihak polis sangat mengambil berat terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

“Kami dapat melihat apa yang bakal terjadi apabila mempunyai sebuah kerajaan yang melaksanakan polisi yang tidak mementingkan keutamaan.

“Jika anda (kerajaan) menyekat pekerjaan kami, ia bermakna anda turut menyekat perkhidmatan kami, sekali gus meletakkan keadaan keselamatan awam dalam bahaya,” katanya.

Ayman al-Zawahiri gesa umat Islam tuntut bela

Pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri kelmarin (10/5/2012) menggesa umat Islam supaya menuntut bela atas insiden pembakaran al-Qur’an di sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan awal tahun ini dan menyifatkanya sebagai perbuatan ‘tidak masuk akal’.

Dalam satu mesej audio yang disiarkan menerusi forum-forum Islam di Internet, Zawahiri turut menggesa umat Islam membunuh sesiapa sahaja yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Sekali lagi, tentera AS telah membakar kitab suci al-Qur’an di Kabul dan pentadbiran Presiden Barack Obama hanya berpura-pura meminta maaf selain berjanji untuk menyiasat insiden itu.

“Bunuh sahaja sesiapa yang dilihat mengancam negara anda, mereka yang mencuri harta negara, mencemarkan maruah dan menghina al-Qur’an termasuk Nabi Muhammad,” katanya.

Sebelum ini, Obama meminta maaf atas insiden pembakaran al-Qur’an itu pada bulan Februari lalu yang mencetuskan protes ganas di Afghanistan dan kejadian itu turut memberi kesan terhadap hubungan AS dengan negara itu.

Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden itu.

Dalam video rakaman Zawahri pada Februari lalu itu berkata, keputusan AS untuk mengurangkan bajet pertahanannya dan memerangi kumpulan Taliban merupakan satu petanda kuasa Washington semakin merosot.

5 kanak-kanak hangus terbakar di Derby, Britain

Seorang wanita disoalsiasat selepas ditangkap kerana disyaki membunuh lima daripada 17 kanak-kanak yang ditempatkan di sebuah rumah terbakar pada awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu ditangkap selepas kebakaran itu dan dipercayai menjadi punca kebakaran manakala mangsa yang berusia antara lima dan 10 tahun. Kesemua kanak-kanak tersebut dikatakan sedang tidur di tingkat atas ketika kebakaran itu berlaku.

Kanak-kanak keenam berusia 13 tahun kini dirawat di hospital manakala dua orang dewasa yang turut menghuni rumah tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

Rumah di Allenton, Derby itu dipercayai dihuni bersama oleh Mick Philpott, 54, isteri, Mairead, 31, dan lapan anak mereka.

Menurut jurucakap polis, Penolong Ketua Konstabel Steve Cotterill, Philpott, bekas pengurus kedai roti itu berusaha untuk menyelamat anaknya ketika kejadian.

Pada bulan Ogos 2007, Philpott dilaporkan mencari bahan berita akhbar The Sun kerana membantah penolakan permohonannya untuk mendapatkan sebuah rumah majlis perbandaran yang lebih besar untuk keluarganya.

Ketika itu, dia menceritakan bagaimana dia tinggal di rumah kecil itu bersama isteri, wanita simpanan, Lisa Willis, 27 dan lapan daripada 14 anaknya ketika itu. Dia kini mempunyai 17 anak. Mereka termasuk empat anaknya bersama Mairead, tiga bersama Lisa dan seorang hasil hubungannya dengan wanita lain.

Lisa dikatakan hamil dengan anak ke-15 Philpott.

Lelaki itu juga mengadu kepada The Sun kerana terpaksa tidur dalam khemah apabila enam anaknya hasil daripada hubungan dengan wanita lain sebelum ini datang untuk tinggal bersamanya.

Disunting dan disusun semula oleh Mahanor Saleha

Terry Jones dan Geert Wilders Terus Hina Islam (dan 2 berita lain)
Terry Jones dan Geert Wilders Terus Hinakan Islam

Paderi Melampau Dari Amerika Syarikat

Paderi Terry Jones dari Amerika Syarikat dan Geert Wilders, seorang ahli parlimen dari Belanda kembali menghina Islam dan memperbaharui kritikannya tehadap Nabi Muhammad SAW serta al-Qur’an.

Dalam kejadian terbaharu, Terry Jones yang pernah disabitkan kesalahan setahun lalu apabila menganjurkan pembakaran al-Qur’an menjelang ulangtahun ke-10 serangan ke atas World Trade Center dan sebagai protes cadangan membina sebuah kompleks kebudayaan Islam yang turut mengandungi masjid di Lower Manhattan, New York, suatu kawasan yang terletak beberapa meter dari kawasan tragedy yang menggemparkan seluruh dunia.

Peristiwa serangan ke atas WTC telah mengubah pelbagai perspektif hubungan antara Islam dan Barat sehingga menyebabkan penganut Islam semakin kuat dipersalahkan sebagai pengganas dan ajaran Islam menjadi punca memuncaknya keganasan.

Pandangan tersebut sebenarnya disemarakkan oleh sebuah teori yang mengaitkan Islam sebagai punca yang boleh menghalang Barat untuk terus menjadi kuasa dominan setelah tumbangnya kerajaan-kerajaan yang bersifat sosialis dan komunis, sejak Tembok Berlin berjaya diruntuhkan pada tahun 1989.

Kemarahan Barat terhadap Islam sebenarnya telah bermula sejak berlangsungnya Perang Salib, yakni satu serangan pihak Barat untuk meruntuhkan Dinasti Islam terakhir di Turki dengan mengumpankan Mustapha Kamal Atartuk, yang berfahaman sekular untuk melakukan tipu muslihat ke atas Sultan Abdul Hamid II dengan alasan tidak mampu membayar hutang, walhal situasi sebenar ialah kerana Yahudi kecewa usahanya tidak mendapat perhatian sultan.

Terry Jones dikatakan bertindak sekali lagi beberapa hari lalu dengan membakar al-Qur’an dan sekeping gambar yang didakwa sebagai Nabi Muhammad SAW sebagai protes peribadi apabila Iran menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang lelaki murtad, Youcef Nadarkhani.

Menurut akhbar  The Sun Gainesville yang dikeluarkan pada 30 April lalu, protes yang dihadiri hanya kira-kira 20 orang itu turut disiarkan secara langsung menerusi Internet dan rakaman videonya telah dimuat naik ke dalam laman video, YouTube.

Dalam satu kenyataan, seorang tenaga pengajar di universiti swasta di Kabul, Jamshed Hashimi mendesak agar pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan tegas terhadap Terry Jones kerana ia menyinggung perasaan orang Islam.

Jamshed Hashimi berkata, “Jika tidak, kumpulan militan pasti akan mengambil peluang untuk ‘menghukumnya’. Islam tidak membenarkan umatnya menghina agama lain, jadi penganut Kristian terutamanya dia sebagai seorang paderi juga perlu menunjukkan rasa hormat terhadap al-Quran,”

Dalam satu laporan lain, Youcef Nadarkhani, 34 didapati telah ditahan oleh pihak berkuasa pada bulan Oktober 2009 dan sebelumnya telah dijatuhkan hukuman mati kerana murtad ketika masih berumur 19 tahun (1997). Akhir September lalu beliau dibicarakan semula, bagaimanapun keputusan tidak didedahkan kepada umum.

Setelah dijatuhkan hukuman mati ketika berumur 19 tahun, difahamkan Nadarkhani telah mempelajari agama Islam sehingga berjaya dilantik sebagai paderi sebelum berjaya ditahan oleh pihak berkuasa pada bulan Oktober 2009.

Setahun yang lalu, ketika tindakan pembantu Jones membakar al-Quran di sebuah gereja yang tidak terkenal dan hanya dikunjungi oleh sekumpulan penyokongnya, telah mencetuskan keganasan di beberapa buah negara Islam dan yang paling besar ialah di Afghanistan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 12 terkorban.

Kesan penganjuran hari membakar al-Qur’an oleh Terry Jones itu menyebabkan seorang remaja di Britain kemudiannya dijatuhkan hukuman kerana kencing ke atas al-Qur’an manakala seorang guru dari Australia memaparkan video pembakaran al-Qur’an dan Bible di mana beliau membayangkan bahawa al-Qur’an akan cepat habis terbakar kerana mengandungi ajaran yang salah.

Bagaimanapun, klip video itu kemudiannya dikeluarkan dari internet setelah menerima pelbagai tekanan pelbagai pihak termasuk masyarakat Islam Australia.

Dalam kes yang sama, pemimpin Parti Pembebasan Belanda (PVV),  Geert Wilders menyeru semua wanita Islam supaya meninggalkan agama itu kerana Islam merupakan agama yang bersifat totalitarian.

Geert Wilders berkata demikian ketika mempromosikan bukunya yang bertajuk Marked of Death pada 2 Mei lalu di New York.

Menurut agensi berita, NIS News Bulletin, Wilders mendakwa buku yang dihasilkannya itu cuba membuktikan bahawa Islam adalah ideologi totalitarian dan sebagai manusia yang mencintai keamanan, umat Islam digalakkan meninggalkan pegangan tersebut.

“Saya menyokong semua pihak yang mahu bebas dari Islam. Rakyat Arab, Turki, Iran, Pakistan dan Indonesia mempunyai potensi besar. Jika mereka boleh membebaskan diri dari Islam dan tidak melihat Nabi Muhammad sebagai contoh dan tidak mengikut telunjuk Al-Quran, mereka boleh mencapai banyak perkara menakjubkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wilders menjelaskan bahawa penarikan dirinya dalam rundingan dengan parti konservatif dan Demokrat Kristian (CDA) menyebabkan runtuhnya kerajaan campuran di Belanda.

“Kami kini memberi fokus kepada pilihan raya pada 12 September ini. Kempen kami adalah keperluan untuk memulihkan kedaulatan negara kerana tanpanya kita tidak boleh mempertahankan identiti kita dan menentang Islamisasi,” jelas Wilders ketika menjawab pertanyaan daripada pihak media.

Bagaimanapun, menurut Wilders beliau tidak bercadang untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dan akan terus menetap di Belanda di mana “Saya akan tinggal di Belanda dan berkempen untuk pilihan raya,” katanya kepada Radio 1 semalam.

Selepas berjaya mempengaruhi Dewan Rendah, pihak media menduga bahawa Wilders berkemungkinan akan melancarkan kerjaya politiknya di peringkat antarabangsa, bagaimanapun ia dinafikan.

Pada tahun 2005, Ayaan Hirsi Ali, bekas Ahli Parlimen Belanda telah berhijrah ke Amerika Syarikat setelah menentang Islam. Ayaan merupakan ahli politik kiri dari parti konservatif, dan pernah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh oleh majalah Time pada tahun itu.

Meskipun dihina, Orang Islam bertambah ramai di Amerika Syarikat

Sejak sedekad lalu, bilangan penduduk Islam di Amerika Syarikat dilaporkan semakin ramai dan buat pertama kalinya berjaya mengatasi jumlah penduduk Yahudi di beberapa kawasan termasuk  Midwest dan Selatan. Bilangan pengunjung di beberapa gereja utama juga dilaporkan semaki berkurangan.

Menurut seorang penyelidik dari Perstauan Perangkaan Badan Agama Amerika Syarikat, Dale Jones, bilangan penduduk Islam telah meningkat kepada 2.6 juta pada 2010 daripada 1 juta pada 2000 disebabkan faktor penghijrahan dan  mereka yang memeluk Islam.

Ketika membentangkan keputusan penyelidikan itu dalam satu persidangan di Chicago, Dale menjelaskan “Kristian adalah kumpulan terbesar di setiap negeri tetapi kami dapati sesuatu menarik ialah peningkatan pengikut Mormon yang mencatat peningkatan terbesar di 26 negeri.”

Bilangan pengikut Mormon bertambah sebanyak 45 peratus kepada 6.1 juta pada 2010, berdasarkan bancian yang meminta 236 pemimpin agama mengira penganut mereka, termasuk ahli keluarga.

Nama rasmi gereja utama Mormon berasal di Utah ialah The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints.

Menurut keputusan kajian itu, secara puratanya 55 peratus rakyat Amerika menghadiri sesi di gereja dan 85 peratus rakyat mempercayai kepada agama meskipun tidak mengunjungi gereja.

Kajian itu turut berjaya mengelasifikasikan sejumlah 158 juta rakyat Amerika sebagai ‘tidak mengikuti mana-mana agama’ manakala penganut agama Katolik telah merosot sebanyak 5 peratus (dalam tempoh 10 tahun)  menjadikan jumlahnya seramai 58.9 juta orang. Ia merupakan sesuatu yang amat mengecewakan terutamanya di daerah Maine, di mana pernah menjadi lokasi skandal skandal seorang paderi yang mencetuskan kontroversi.

Di New England pula, menurut Jones,  bilangan majlis pengebumian penganut Katolik mengatasi jumlah anggota baru.

Antara agama besar lain di Amerika ialah pengikut Southern Baptist Convention dan kedudukannya adalah stabil dengan jumlah seramai 19.9 juta sepanjang dekad itu berbanding dengan penganut United Methodist Church yang merosot sebanyak empat peratus kepada 9.9 juta,  manakala pengikut Evangelical Lutheran Church kehilangan 18 peratus kepada 4.2 juta dan Episcopal Church kehilangan 15 peratus daripada pengikutnya kepada 1.95 juta.

Jemaah Protestan Evangelical pula terus berkembang walaupun secara perlahan kepada 50 juta penganut.

Menurut Jones lagi, apa yang mengejutkan ialah peningkatan penganut agama bertempat di kawasan bandar dan kebanyakannya membabitkan kumpulan kurang daripada 100 ahli serta tidak membabitkan kawasan yang menempatkan gereja besar.

Anak Muda Jepun Lebih Suka Bunuh Diri

Hasil sebuah penyelidikan terbaharu mendapati lebih satu per tiga golongan muda Jepun pernah berfikir untuk membunuh diri.

Menurut laporan kajian yang disedikan oleh Pejabat Kabinet Jepun itu, 28. 4 peratus responden berusia dalam lingkungan 20-an memikirkan idea itu, manakala 36.2 peratus pula mengaku mempertimbangkan untuk membunuh diri tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, menunjukkan golongan muda negara berkenaan teragak-agak untuk mengadu masalah mereka kepada orang lain, atau sukar mencari teman untuk berkongsi perasaan apabila mengalami keraguan atau kebimbangan yang disebabkan hubungan kemanusiaan yang semakin renggang. Golongan muda lebih cenderung untuk menanggung sebarang kesukaran dan mencari jalan penyelesaian secara bersendirian.

Menurut dapatan kajian itu lagi, secara keseluruhannya 23.4 peratus daripada lebih 2,000 responden dewasa berkata, mereka memikirkan untuk membunuh diri. Jumlah itu menunjukkan peningkatan 4.3 peratus berbanding kaji selidik yang sama pada tahun 2008.

Jepun mempunyai jumlah penduduk seramai 128 juta dan merupakan antara negara yang paling tinggi kes membunuh diri. Trauma kehilangan harta benda dan orang yang tersayang dalam tragedi berkembar tsunami dan kebocoran reaktor nuklear pada bulan Mac 2011 dijangka akan mempengaruhi kemurungan hidup masyakat negara itu di samping kesan kemelesetan ekonomi yang memaksa rakyatnya berubah dan berhati-hati untuk berbelanja.

Disusun dan disunting semula oleh Mahanor Saleha

Jururawat Belasah Warga Emas (dan 4 berita lain)
Rakaman Jururawat Belasah Warga Emas --Aqiuno Tampar Maria yang mengalami aristitis kronik

Jururawat Belasah Warga Emas

Aksi seorang jururawat membelasah seorang warga emas yang berjaya dirakamkan oleh seorang anak mangsa ketika berada di pusat penjagaan orang tua telah mengejutkan seluruh masyarakat Britain yang menyanjungi nilai-nilai kebajikan.

Jururawat terbabit, Jonathan Aquino, 30 dikatakan telah memukul enam kali Maria, 81 di bahagian muka, lengan dan perut berjaya dirakam oleh kamera yang dipasang secara rahsia dalam bilik tidur mangsa.

Maria mempunyai kesan lebam pada tangan dan lengan hanya  enam minggu selepas ditempatkan di pusat penjagaan itu, dan menngesyaki ada sesuatu yang tidak kena, anaknya, Jane Worroll memasang kamera di bilik tidur ibunya secara rahsia.

Imej penyeksaan yang dilakukan oleh jururawat itu berjaya dirakamkan. Maria yang mengalami artiritis serius telah dilayan secara kasar sehingga menyebabkan tangan, lengan dan perutnya lebam-lebam. Rakaman itu turut menunjukkan dua orang kakitangan pusat penjagaan telah menolak Maria secara kasar bahkan ada ketikanya dibiarkan berada di atas katil tanpa dipedulikan.

Kesan daripada kekasaran tersebut, Aquino akhirnya dihukum penjara 18 bulan manakala empat petugas di pusat penjagaan itu dipecat setelah rakaman tersebut dipertontonkan kepada pihak pengurusan.

Pusat Penjagaan itu terletak di Ash Court, Kentish Town, London Utara dan rakaman tersebut telah disiarkan menerusi slot panorama oleh BBC1 malam tadi (22.4.2012) manakala hukuman ke atas petugas yang terbabit telah diputuskan pada 12 April lalu.

Rakaman itu sebenarnya ditayangkan setahun selepas kejadian yang sama berlaku di rumah penjagaan  warga tua Winterbourne View dikasari, dibelasah dan dicurah air di Hambrook, Gloucestershire.

Jun tahun lalu, pusat penjagaan Winterbourne View terpaksa ditutup Jun lalu dan menyebabkan Jane memindahkan ibunya ke Ash Court setelah mendapati  pusat berkenaan telah diberikan penarafan “cemerlang” oleh Suruhanjaya Kualiti Penjagaan pada Julai 2010. Bagaimanapun, Jane ikut kesal kerana perkara yang sama turut berlaku di sebuah pusat penjagaan yang diberikan penarafan cemerlang.

Lebih 10,000 Wanita Bekhatan Secara Rahsia di Britain

Perkhidmatan secara rahsia yang disediakan oleh pengamal perubatan alternative, doktor gigi telah berjaya mengkhatankan lebih sepuluh ribu orang wanita di Britain yang membabitkan kanak-kanak perempuan seawal usia 10 tahun.

Sekumpulan wartawan dari Sunday Times berjaya merakamkan secara rahsia aktiviti seorang doktor, doktor gigi dan pengamal perubatan alternative telah menyebabkan kermahan ramai pejuang kebebasan wanita Britain kerana amalan tersebut sebenarnya telah diharamkan.

Amalan berkhatan dalam kalangan wanita telah lama menjadi aktiviti yang diharamkan atas sebab ia boleh mendatangkan kemudaratan di samping dakwaan akan menjadikan wanita mengalami masalah kurang puas dalam hubungan seks dengan pasangan mereka.

Secara tradisinya, amalan tersebut dilakukan dalam masyarakat yang menjadikan agama sebagai lingkungan sosial dan kawalan atas kepercayaan bahawa wanita adalah punca kepada keruntuhan institusi keluarga dan mangsa kerakusan lelaki.

Amalan berkenaan melibatkan pembedahan membuang alat kelamin dalaman dan dalam beberapa kes menjahit bukaan faraj adalah haram di Britain dan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Ia juga bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan pemotongan genitalia wanita (FMG).

Amalan yang dikenali sebagai ‘memotong’ secara tradisi dijalankan atas alasan budaya di Afrika dan dengan meningkatnya jumlah imigran dari negara seperti Sudan, Somalia dan Habsyah ia menjadi suatu amalan biasa di Britain.

Ia dipercayai bertujuan untuk membuktikan ‘kesucian’ seorang gadis apabila mereka berkahwin. Pesakit biasanya jarang diberikan ubat bius dan akan mengalami kesakitan.

Kajian mendapati bahawa setiap tahun lebih 22,000 gadis di Britain dan lebih 6,000 di London berisiko terhadap prosedur yang mungkin boleh membawa maut itu.

Menurut maklumat dari Polis Metropolitan,  sejak tahun 2008  mereka menerima sebanyak 166 laporan membabitkan kebimbangan berisiko terhadap FGM.

Bagaimanapun, menurut laporan Sunday Times, tiada ada mereka yang pernah disabitkan dengan kesalahan tersebut dii 43 wilayah di England dan Wales. Sejak tahun 1980, dua orang doktor telah digantung lesen mereka oleh Majlis Perubatan Umum.

Sebuah pertubuhan kebajikan yang berkempen menentang FGM, Forward menganggarkan bahawa sebanyak 100,000 wanita di United Kingdom melakukan khatan.

Model Waris Dirie, yang mendakwa pernah melakukan khatan ketika kanak-kanak adalah antara mereka yang bersuara lantang menentang amalan itu.

Beliau yang menggesa tindakan tegas terhadap FGM berkata: “Jika seorang gadis kulit putih didera, polis akan datang memecah pintu. Jika seorang gadis kulit hitam dikhatan, tiada siapa yang mengambil berat terhadapnya. Ini yang saya sifatkan sebagai perkauman.”

Mesir Putuskan Bekalan Gas ke Israel

Ketua Syarikat Natural Gas Holding Mesir, Mohamed Shoeb menamatkan kontrak penghantaran gas ke Israel dan  keputusan tersebut akan mengeruhkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara.

Menurut Mohamed Shoeb, pembatalan tersebut dilakukan kerana adanya pelanggaran kontrak dan ia bukanlah atas sebab politik.

“Ini tidak berkait dengan apa-apa di luar hubungan komersil,” kata Shoeb. Beliau berkata Israel tidak membayar bil gasnya untuk tempoh empat bulan.

Bagaimanapun, Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor manafikan dakwaan Israel gagal membayar harga gas yang dibekalkan untuk tempoh selama empat bulan lalu.

Khamis lalu (19/4/2012) ketika memberitahu stesen tv Mesir, Shoeb menyatakan  keputusan membatalkan kontrak tersebut kerana kedua-dua belah pihak mempunyai hak dan pihaknya mewakili hak mereka.

Ekoran keputusan tersebut, Menteri Kewangan Israel Yuval Steinitz, berkata pengumuman sebelah pihak oleh Mesir itu bakal menimbulkan  ‘kebimbangan besar’ membabitkan politik dan ekonomi.

“Ini adalah langkah berbahaya yang mengeruhkan perjanjian perdamaian dan suasana damai Mesir dan Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian gas asli 2005 menjadi simbol ketegangan antara Mesir dan Israel sejak kebangkitan Arab.

Bagi ramai rakyat Mesir, ia melambangkan hubungan rapat dengan presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak dengan Israel dan bagaimana orang yang berkait dengannya mendapat manfaat daripada perjanjian perniagaan sebesar itu.

Pengkritik mendakwa Israel mendapat gas pada harga di bawah pasaran dan kroni Mubarak meraih jutaan dolar daripada perniagaan itu yang menyebabkan Mesir mengalami kerugian jutaan dolar.

Sarkozy Akhirnya Terpaksa Menyerah Kepada Hollande

Tokoh politik berhaluan sosialis Francois Hollande hampir mencapai hasratnya apabila beliah telah layak dalam pemilihan merebut jawatan Presiden Perancis dalam pusingan pertama undian dan bakal bersaing dengan penyandang Nicolas Sarkozy pada 6 Mei depan.

Pelbagai sumber melaporkan, Hollande memenangi antara 28 hingga 30 peratus undian pada pusingan pertama manakala Sarkozy mendapat 24 hingga 27.5 peratus undi.

Ini menjadikan Sarkozy satu-satunya Presiden Perancis yang kalah pada pusingan pertama undian dalam sejarah Republik Kelima yang wujud pada 1958.

Bagaimanapun, sehingga tengah malam tadi (23/4/2012) keputusan rasmi masih tidak diperoleh meskipun undian telah ditutup di pusat utama di bandar pada jam 8 malam waktu tempatan, tetapi kecenderungan sudah jelas membuktikan kemuraman pusat kempen Sarkozy.

“Pusingan pertama sangat bagus. Harga diri sudah ditebus,” kata jurucakap Parti Sosialis Aurelie Filippetti yang mengalu-alukan keputusan dan suasana di ibu pejabat kempen Hollande semakin meriah.

Seramai 10 calon bertanding termasuk Hollande dan Sarkozy diikuti Presiden Parti Barisan Kebangsaan, Marine Le Pen; calon sayap kiri, Jean-Luc Melenchon; Presiden Pergerakan Demokratik, Francois Bayrou dan ramai lagi calon lain.

Le Pen mendapat tempat ketiga dengan 20 peratus undian mengalahkan musuh ketatnya, Melenchon yang mendapat 13 peratus undian. Bayrou pula meraih antara 8.7 dan 10 peratus undi.

Jumlah pengundi yang keluar adalah tinggi sekurang-kurang 80 peratus, lebih rendah berbanding pada 2007 dengan 84 peratus tetapi meningkat dengan ketara berbanding pada 2002 dengan 72 peratus.

Sayap kiri tidak memenangi pilihan raya presiden sejak satu pertiga kurun tetapi keadaan semakin berubah apabila Perancis terperangkap dengan masalah peningkatan pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Hollande berkata, Sarkozy memerangkap Perancis untuk mengamalkan kehidupan berjimat cermat dan ramai kehilangan pekerjaan sementara Sarkozy berkata musuhnya tidak berpengalaman dan bersemangat lemah.

Krisis hutang mata wang euro dan pertumbuhan lembap dan kadar pengangguran yang terus menyelubungi kempen, dengan Sarkozy berusaha untuk mempertahankan rekod dan Hollande tidak mampu untuk memenuhi perbelanjaan yang meningkat.

“Saya tidak pernah terlepas daripada mengundi tetapi kali ini saya berasa lebih bersemangat untuk mengundi,” kata pesara guru sekolah menengah, Isabelle Provost, 62, yang baru selesai menjalankan tanggungjawab membuang undi.

1,200 Askar Sudan Selatan Terkorban

Atas faktor berebut untuk menguasai kawasan telaga minyak di Heglig, sekurang-kurangnya 1,200 askar Sudan Selatan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan tentera Sudan.

Menurut komander angkatan bersenjata Sudan, Kamal Marouf ketika berucap di hadapan ribuan askar Sudan di kawasan tersebut,  “Bilangan anggota Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM) yang terbunuh ialah 1,200 orang.”

Askar Sudan Selatan menduduki Heglig pada 10 April lalu sebelum dipaksa berundur semalam.

Angka kematian sukar disahkan tetapi seorang wartawan AFP yang mengiringi Marouf berkata, mayat askar Sudan Selatan yang reput bergelimpangan di bawah pokok-pokok di kawasan pertempuran.

Katanya, mayat askar itu begitu banyak sehingga ‘tidak terkira’ dan bendera Sudan Selatan tertera pada uniform mereka.

Dari jalan utama, kelihatan kenderaan syarikat minyak yang musnah, tetapi tiada penduduk awam, hanya askar Sudan yang meronda.

Sudan belum menyatakan bilangan askarnya yang terbunuh dalam operasi untuk menguasai semula kawasan telaga minyak itu.

Semasa menduduki Heglig, tentera Sudan Selatan mendakwa 19 askarnya terkorban, manakala 240 askar Sudan maut dalam pertempuran.

Sudan bertindak balas terhadap pendudukan telaga minyaknya itu dengan melancarkan serangan demi serangan udara ke atas wilayah Sudan Selatan, termasuk serangan terbaru hari ini ke atas bandar Bentiu menyebabkan seorang kanak-kanak maut dan beberapa penduduk awam lain cedera.

Kedua-dua pihak menuduh satu sama lain merosakkan infrastruktur minyak di Heglig, yang menyumbangkan kira-kira separuh daripada pengeluaran minyak Sudan.

Disusun dan Disunting oleh Mahanor Saleha

Aceh Dilanda Gempa
Kedudkan Pusat Gempa

Keadaan Cemas Menyelamatkan Diri di Aceh

Satu gempa sekuat 8.6 pada skala Richter telah berlaku di dasar Lautan Hindi di kedalaman 10 kilometer telah menyebabkan ribuan penduduk di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat bergegas keluar rumah untuk menyelamatkan diri .

Bagaimanapun sehingga tengah malam tadi, beberapa amaran kemungkinan akan berlakunya tsunami telah ditarik balik termasuk di kawasan-kawasan pantai barat Malaysia, Thailand, Kepulauan Andaman dan Sumatera.

Gempa bumi tersebut dikesan mula berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan turut menyebabkan kesan gegarannya terasa di beberapa tempat di Malaysia manakala berita dilaporkan lalu-lintas di Jambatan Pulau Pinang berhenti seketika. Bagaimanapun, keadaan lalu-lintas di Jambatan Pulau Pinang berjalan seperti biasa.

Menurut maklumat dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG),  Indonesia mencatatkan telah berlaku beberapa gempa susulan selepas gempa kuat itu yang pada awalnya dianggarkan  berukuran 8.9 skala Richter pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu namun kekuatan gempa susulan semakin menurun.

Berdasarkan maklumat selanjutnya, kekuatan gempa yang mengejutkan itu ialah 8.6 pada skala Richter manakala gempa susulan yang berlaku selepasnya dilaporkan semakin lemah sehingga amaran tsunami ditarik balik beberapa jam kemudiannya.

Setelah mendapat maklumat mengenai gempa bumi kuat pertama yang berlaku pada kedalaman 1o kilometer di Simeulue, Aceh dan dikuti beberapa lagi gempa susulan berukuran 8.5 pada skala Richter beberapa saat kemudian.

Selain penduduk Aceh, sejumlah penduduk di Balige, daerah Toba Samosir, Sumatera Utara juga bertempiaran keluar rumah apabila merasai gegaran kuat pada kira-kira pukul 5 petang kerana khuatir kejadian itu akan menimbulkan bencana lebih besar kerana trauma tragedi tsunami pada tahun 2004 yang mengorbankan lebih 170,000 nyawa di Aceh masih tidak dapat dihapuskan.

Di Padang, Sumatera Barat, ribuan penduduk bandar itu berkumpul di kawasan Bypass zon hijau untuk berlindung daripada gelombang tsunami, setelah siren amaran tsunami berbunyi lantang di pusat bandar. Penduduk berlari ke pusat pemindahan tersebut dengan menggunakan pelbagai kenderaan selain berjalan kaki.

Kesesakan lalu lintas dari arah pusat bandar menuju kawasan jalan Bypass Padang, hingga pukul 6 petang masih berlaku kerana kepadatan kenderaan yang terus meningkat sehingga memaksa sebahagian pelajar untuk berjalan kaki ketika pulang dari sekolah.

Sementara itu, di Bengkulu, Ketua Stesen BMKG Kepahiang, Dadang Permana berkata peringatan tsunami yang dikeluarkan di Bengkulu akibat gempa susulan yang melanda wilayah Aceh pada pukul 5.43 petang, dilanjutkan hingga pukul 7.15 malam.

BMKG turut mencatat gempa susulan pada pukul 4.28 petang yang berukuran 6.5 pada skala Richter, kira-kira 510 km ke Barat Daya daerah Simeulue, Aceh dengan kedalaman 42 km.

Gempa susulan berukuran 6.1 skala Richter juga dicatat berlaku pada pukul 4.48 petang pada kedalaman 10 km di 630 km ke barat daya Simeulue, Aceh diikuti dengan dua lagi gempa iaitu pada 5.09 petang dengan kekuatan 6.1 dan dengan kekuatan 5.7 skala Richter pada pukul 5.21 petang.

Pada pukul 5.43 petang, BMKG telah sekali lagi mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah Bengkulu, Lampung, Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara setelah gempa bumi berkekuatan 8.8 skala Richter.

Di Jakarta, pakar tsunami Dr Subandono Diposaptono berkata penduduk yang tinggal di pesisir pantai di Aceh boleh kembali ke tempat tinggal masing-masing jika dua jam setelah berlaku gempa Aceh yang berkuatan 8.5 skala Richter itu tidak menyebabkan tsunami.

“Gempa ini berlaku di sekitar jarak 370 km dari pantai Aceh barat dengan kedalaman 10 km, jadi dianggarkan kelajuan tsunami 400-500 km sejam dan memerlukan masa paling lama satu jam dari tempat berlakunya gempa,” kata Dr Subandoro.

Sementara itu Ketua Pusat Data dan Maklumat  Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Sutopo bekata seperti yang dilaporkan kepada  BBC Indonesia pasang surut air laut yang berlaku di persekitaran laut masih dalam keadaan normal.

“Berdasarkan data pasang surut di wilayah Aceh dan Sumut hingga saat ini normal, seperti di Sinabang, Meulaboh, Sirombu Nias, Lahewa Nias Utara dan Singkil Aceh. Artinya petunjuk bahawa air surut yang terjadi sebelum tsunami belum ada petandanya. Walau bagaimanapun, masyarakat diharap sentiasa waspada, ” jelas beliau.

Gempa bumi pada kali ini tidak mengakibatkan banyak kerosakan manakala tida laporan kematian dan kecederaan serius berlaku.

Disusun dan disunting oleh Mahanor Saleha

Lelaki Korea Mengamuk Sebabkan Tujuh Maut (dan empat berita lain)
Lelaki Korea Mengamuk Sebabkan Tujuh Maut

Mayat Bergelimpang Selepas Tembakan Rambang Lelaki Keturunan Korea di Kolej Agama.

Seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Korea telah melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan tujuh terbunuh dan tiga lagi cedera di sebuah kolej agama berhampiran San Francisco pada 3 April lalu.

Suspek pada mulanya berdiri di sebuah kelas di Universiti Oikos, Oakland Timur sebelum menembak dada seorang mangsa dari jarak dekat.

Lelaki tersebut kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan rambang sehingga menyebabkan tujuh terbunuh  dan tiga cedera ke arah kelas berkenaan.

Pihak polis yang tiba selepas kejadian tersebut setelah mendapat panggilan kecemasan berjaya menemui mayat di beberapa lokasi di sekitar kolej dan menurut saksi, lelaki tersebut digambarkan sebagai “gila.”

Menurut polis ketika tembakan rambang itu berlaku terdapat sekitar 36 orang yang berada di dalam kelas ataupun berhampiran kolej berkenaan bagaimanapun maklumat mengenai jumlah dan jenis senjata yang digunakan tidak didedahkan kepada umum.

Menurut satu sumber yang menyaksikan kejadian itu, 10 orang terkena tembakan dan lima daripadanya mati di tempat kejadian, manakala dua lagi di hospital. Bagi menyelamatkan diri, orang ramai terpaksa mencari perlindungan dalam kelas atau pejabat universiti berkenaan.

Selepas insiden itu, Ketua Polis Oakland, Howard Jordan, berkata suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas insiden itu, tetapi berjaya ditahan berhampiran pasar raya Safeway di kawasan Alameda.

Suspek kemudiannya telah menyerah diri kepada pihak polis dan menurut Jordan, suspek pernah belajar di kolej berkenaan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Suspek dikenali sebagai One Goh dan berumur 43 tahun manakala agensi berita Korea Selatan, Yonhap nama sebenar lelaki terbabit ialah Ko Won-Il dan telah memiliki kerakyatan Amerika Syarikat.

Kolej keagamaan itu dikatakan menawarkan pendidikan tertinggi berdasarkan piawaian nilai Kristian dan menawarkan kajian dalam bidang keagamaan, muzik dan kejururawatan.

Perancis Usir 2 Iman Ekoran Kes Mohamed Merah

Dua orang imam yang didakwa menggesa agar umat Islam menolak nilai-nilai peradaban barat akhirnya telah diusir oleh pihak berkuasa Perancis manakala tiga orang lagi sedang dalam tindakan pengusiran sejak semalam (3 April 2012).

Menurut sumber Kementerian Luar Negeri, kedua imam tersebut masing-masing telah diusir keluar dari Perancis ke negara asalnya, iaitu Aljeria dan Mali.

Dalam kenyataannya, Kementerian Luar Negeri menyifatkan pengusiran itu adalah satu langkah untuk mengelakkan lebih banyak lagi serangan kumpulan pelampau terhadap peradaban barat yang telah menjadi sasaran kebencian ekoran beberapa tindakan kerajaan menggubal beberapa peraturan yang menyekat kebebasan mereka sama ada caa berpakaian dan bergaul.

Tindakan tersebut diambil kerana mendakwa kesemua imam itu telah menggesa orang Islam supaya menolak nilai-nilai diamalkan orang Barat dan turut meminta golongan wanita memakai purdah menerusi khutbah yang disampaikan oleh mereka.

Dalam satu operasi besar-besaran yang dilakukan, pihak polis turut menahan 19 individu lain yang didakwa terlibat dengan rangkaian kumpulan pelampau dan 16 daripada mereka dituduh merancang penculikan.

Minggu lalu, empat pendakwah Islam telah dilarang memasuki Perancis kerana dikhuatiri hadir dalam Persidangan Kesatuan Pertubuhan Islam Perancis (UOIF) yang diadakan sebagai reaksi balas terhadap presiden Nicolas Sarkozy yang melancarkan ‘perang’ ke atas kumpulan pelampau sebagai dasar utama untuk kempen pilihan rayanya.

Orang Islam terus dijadikan sasaran oleh pihak berkuasa Perancis susulan insiden yang membabitkan Mohamed Merah, 23, membunuh tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak di selatan Perancis sebelum dia ditembak mati oleh polis pada bulan lalu.

Al-Qaeda Terus Ancam Amerika Syarikat?

Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini sedang giat mencari kaitan untuk menuduh kumpulan al-AQaeda sebagai pihak yang beryanggungjawab dalam pelbagai bentuk keganasan sehingga menjadikan laman sesawang yang memaparkan mesej ancaman serangan di pantau dengan rapi.

Pihak berkuasa New York menyifatkan usaha membongkar kaitan antara kumpulan Al-Qaeda dengan beberapa laman sesawang yang memaparkan mesej berbaur ancaman serangan ke atas New York adalah sebagai langkah untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah akan berlaku terutama ketika Parti Republikan menggunakan sentimen melabelkan Islam sebagai punca keganasan dalam kempennya menumbangkan Barrack Obama dalam pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada bulan November nanti.

Pihak berkuasa dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas mendapati sekeping gambar menggunakan teknik pertindihan ala Hollywood memaparkan pemandangan¬ sekitar Manhattan yang turut disertakan kapsyen AL- QAEDA – akan kembali semula ke New York.

Gambar tersebut telah mencetuskan kontroversi apabila ianya dimuat naik ke dalam laman forum Ansar al Mujahiddin (Amaf), sebuah laman sesawang yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Taliban dan pemimpin utama militan di Jordan.

Menurut Evan Kohlmann, seorang pakar yang memantau aktiviti militant menerusi laman sesawang berkata, dua laman forum rasmi Al Qaeda telah dikenakan sekatan sejak dua minggu lalu.

“Pasukan Petugas Khas Bersama Antikeganasan kini sedang menyiasat ketulenan gambar dan motif sebenar ancaman¬ itu bagi memastikan sama ada ia perlu diambil serius atau sebaliknya,” kata jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

AS kini terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap mana-mana ancaman¬ serangan terutamanya daripada Al Qaeda kerana khuatir kononnya tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 akan berulang.

Amerika Syarikat Tawar RM36j Tangkap Pelampau

Amerika Syarikat menawarkan hadiah berjumlah RM 36 juta kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat sehingga berjaya menahan pengasas sebuah kumpulan militan yang dipersalahkan atas serangan terhadap Mumbai pada tahun 2008.

Menurut kenyataan tersebut, pemimpin  pergerakan itu didakwa mempunyai pengikut yang  ramai di Pakistan.

Menurut Penolong Setiausaha Negara Amerika, Wendy Sherman ketika berada di India beberapa hari lalu, Hafiz Mohammad Saeed merupakan pengasas Lashkar-e-Taiba (LeT) yang sering muncul di khalayak ramai di Pakistan manakala butiran tawaran itu boleh diakses menerusi laman sesawang kerajaannya, ‘Rewards for Justice’.

Nilai tawaran itu diberi untuk pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya Saeed adalah sama dengan yang membabitkan pemimpin tertinggi Taliban Afghanistan, Mullah Omar.

Nilai itu yang kedua tertinggi selepas pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri iaitu AS$25 (RM75 juta).

Washington turut menawarkan hadiah berjumlah AS$2 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan  maklumat yang dapat membantu penangkapan pemimpin kedua LeT, Hafiz Abdul Rahman Makki.

Saeed merupakan ketua badan kebajikan yang diharamkan, Jamaat-ud-Dawa yang dianggap mewakili LeT.

Pada 27 Mac lalu, Saeed dilaporkan telah berucap di hadapan ribuan penyokongnya di Islamabad dan menggesa kerajaan Pakistan tidak membuka pintu di sempadan Afghanistan kepada askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dipelopori oleh tentera Amerika Syarikat.

Berdasarkan laman sesawang berkenaan,  Saeed disyaki telah merancang beberapa serangan ganas termasuk di Mumbai pada 2008  yang menyebabkan 166 orang terkorban termasuk enam warga Amerika.

Menurut Setiausaha Penerangan LeT, Hafiz Muhammad Masood menerusi telefon: “Dia meneruskan aktiviti seperti biasa dan tawaran itu tidak akan menjejaskan aktiviti mereka.”

Selepas serangan Mumbai, Pakistan telah menahan Saeed di rumahnya tetapi dibebaskan pada 2009, manakala pada 2010 Mahkamah Agung membebaskannya atas alasan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Penganalisis Pakistan, Imtiaz Gul berkata sukar menahan Saeed kerana tindakan perundangan sebelum ini tidak pernah berjaya.

Makanan dan Minuman Berasaskan Soya Galak Pembesaran Tumor

Pengambilan makanan atau minuman yang berasaskan kacang soya telah dirumuskan bakal  menjejaskan proses rawatan kanser dan menggalakkan pembesaran tumor dalam  kalangan pesakit kanser payudara.

Menurut sekumpulan saintis dan penyelidik dari Universiti Georgetown yang membentangkan dapatan kajian mereka dalam satu persidangan perubatan pada 3 Mac lalu , terdapat kemungkinan berlakunya kaitan antara pengambilan kacang soya dan tindak balas ubat kanser payudara yang biasa diambil iaitu tamoxifen.

Menurut dapatan kajian itu, berasaskan ujian dimakmal yang melibatkan tikus  menunjukkan, tikus yang diberi makanan atau minuman berasaskan kacang soya dari kecil bertindak balas sempurna dengan tamoxifen manakala tikus yang mula diberi makanan berasaskan bahan tersebut ketika dewasa dan selepas diserang kanser payudara, didapati kebal dengan rawatan yang diberikan.

Menurut Profesor Onkologi Universiti Georgetown yang terlibat dalam kajian tersebut,  Leena Hilakivi-Clarke”Kajian ini mencadangkan agar wanita yang tidak biasa mengambil kacang soya, patut menghentikannya jika disahkan menghidap kanser payudara.”

Bagi Profesor Leena Hilakivi Clarke,  kacang soya mengandungi bahan isoflavone yang meniru penghasilan hormon estrogen yang oleh tubuh pada paras rendah dan ia dikategorikan sebagai sumber protein yang sihat.

Bagaimanapun, manfaat dalam menentang penyakit yang paling ditakuti wanita itu biasanya dikaitkan dengan kanser payudara jenis penerima positif hormon rendah bagi wanita Asia, yang biasa mengambil soya dalam diet harian mereka sejak kecil.

Disebabkan tamoxifen biasanya diberi kepada pesakit kanser dengan saraf penerima estrogen atau progesteron tumor jenis positif, kajian mencadangkan mereka yang mengambil soya pada usia dewasa boleh menyebabkan ubat tersebut tidak berkesan.

Disusun dan Disunting Oleh Mahanor Saleha

Askar Amerika Mengamuk Hadapi 23 Tuduhan (dan 4 berita lain)
Askar Amerika Hadapi 23 Tuduhan

Askar AS Yang Membunuh 17 Orang Awam di dua buah kampong di Selatan Afghanistan.

Staf Sarjan Robert Bales askar Amerika yang terbabit menembak mati orang awam di selatan Afghanistan telah didakwa dengan 17  pertuduhan membunuh dan enam dakwaan melakukan serangan dan cubaan membunuh.

Bales, 38 dipercayai meninggalkan pangkalannya, Kem Belamby di Kandahar pada 11 Mac lalu menuju ke dua buah kampung, Balandi dan Alkozai, menyerbu beberapa rumah dan melepaskan tembakan hingga mengorbankan 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak, sebelum membakar mayat mereka.

Sebelum meninggalkan kem tersebut, Bales didakwa telah mengambil alkohol. Sebelum menyertai perang di Irak dan kemudiannya dihantar ke Afghanistan, Bales dikatakan telah diperintahkan membayar ganti rugi kepada seorang pelabur saham.

Menurut satu laporan, Bales didapati bersalah menipu seorang pelanggan dalam satu skim pasaran saham dan menyertai tentera pada bulan November 2001, iaitu selepas 18 bulan selepas pelabur berkenaan memfailkan aduan di mahkamah Ohio.

Pelabur berkenaan memfailkan aduan bahawa wujudnya dagangan secara tidak sah, melanggar kontrak dan broker saham terbabit melakukan tindakan salah ke atas firma sekuriti dan pemiliknya sehingga menyebabkan Bales dan dua rakannya yang lain diarahkan membayar ganti rugi berjumlah USD 1.5 juta (RM 4.5 juta) oleh mahkamah pada tahun 2003.

Bales menyertai firma broker saham tersebut selama lima setengah tahun. Bales tidak pernah muncul ketika sesi panel perantara bersidang, malah tidak pernah mengambil peguam untuk mewakil dirinya.

Sejurus melakukan pembunuhan itu, Bales ditahan sebaik sahaja diarahkan menyerah diri dan pihak tentera kemudian memindahkannya ke sebuah pangkalan tentera di Kuwait sebelum diterbangkan ke Amerika. Kini beliau ditahan di penjara tentera Fort Leavenworth, New York.

Dalam pertuduhan yang diadakan pada 23 Mac, Bales tidak mengaku bersalah di atas semua dakwaan itu, manakala peguamnya John Henry Browne, berkata anak guamnya tidak ingat kejadian itu.

Bagaimanapun, pegawai Amerika memberi jaminan untuk melakukan siasatan segera dan terperinci manakala Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta, berkata Bales boleh dikenakan hukuman mati jika didapati sabit kesalahan.

Menurut penganalisis undang-undang, David Rivkin pihak pendakwa akan mendesak hukuman maksimum ke atas Bales memandangkan kes ini “mempunyai kesan besar dari sudut strategi dan politik. Hukuman mati adalah yang paling sesuai, walaupun saya ragu jika ia akan dilaksanakan. Saya berpendapat Bales mungkin dikenakan hukuman penjara antara 20 hingga 50 tahun.”

Sementara itu, ketika ditemuramah dalam rancangan This Morning, stesen televisyen Sistem Penyiaran Columbia (CBS), Browne berkata, sejak seminggu lalu, beliau telah menghabiskan masa kira-kira 11 jam bersama Bales di Fort Leavenworth.

Menurut Browne lagi, Bales sebelum pernah mengalami gegaran otak serius  akibat kemalangan jalan raya dan ia tidak dirawat atas beberapa sebab, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai perkara itu.

Bales dilaporkan telah berkhidmat sebanyak tiga kali di Iraq dan dihantar ke Afghanistan sejak Disember lalu sebaik sahaja Amerika membuat keputusan untuk menarik balik askarnya, kecederaan otak serius yang dialaminya itu masih belum mempunyai sebarang bukti klinikal boleh mendorong seseorang bertindak ganas.

Kata Browne, “Reaksi saya kepada dakwaan yang dikenakan ialah kerajaan perlu membuktikannya. Saya percaya kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan kes ke atas Bales. Tiada lokasi jenayah, manakala bukti fizikal penting amat kurang. Saya boleh meneruskan kes ini berdasarkan ketiadaan bukti kukuh dan masalah jiwa yang dialami Bales.”

Bagaimanapun seorang penduduk Afghanistan yang kehilangan cucu perempuan, adik dan sepupunya dalam serangan terbabit, Haji Noor Mohammad tidak berpuas hati dengan kenyataan Browne.

“Jika dia benar-benar gila dan hilang ingatan, mengapa dia dilantik sebagai askar Amerika? Mengapa dia tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan?” katanya.

Sementara itu di Kabul, seorang pegawai kanan Amerika berkata pihak sudah memutuskan untuk membicarakan Bales di Amerika, tetapi keluarga mangsa yang marah dengan keputusan itu, mendesak perbicaraan diadakan di Afghanistan.

Serang Iran Satu Kesilapan Buruk

Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro secara sinisnya menyifatkan  Amerika Syarikat bakal melakukan kesilapan paling buruk dalam sejarahnya jika ia meneruskan rancangan untuk menyerang Iran.

Fidel Castro berkata demikian dalam sebuah rencana yang berjudul ‘Jalan Menuju Bencana,’ yang disiarkan oleh akhbar Granma pada 23 Mac lalu dan beliau yakin Washington akan melakukan satu tindakan yang paling bodoh dalam sejarahnya sendiri jika langkah tersebut dilaksanakan semata-mata atas alasan untuk memusnahkan kemudahan nuklear Iran bagi melindungi Israel.

Dalam usaha rejim Zionis secara terbuka merancang menyerang Iran dan Amerika Syarikat menghabiskan beratus juta dolar untuk membuat bom bagi membantu rancangan berkenaan, Fidel Castro berkata “Saya bimbang dan sedikitpun tidak ragu bahawa Amerika akan melakukan kesalahan paling bodoh dalam sejarah negara itu.”

Menurut bekas pemimpin Cuba yang berusia 85 tahun itu, Washington sepatutnya berfikir dua kali sebelum menyerang Iran kerana “Iran memiliki pasukan bersenjata yang terkenal berpegang pada prinsip agama dan tradisi dan mereka sudah sekian lama bersiap sedia untuk berperang. Sudah pasti disiplin mereka mampu melumpuhkan hasrat Amerika Syarikat dan Israel.”

Menerusi artikel tersebut, Castro yang nama sebenarnya Fidel Alejandro Castro Ruz turut mempertahankan program nuklear Iran dan yakin bahawa Iran tidak memiliki atau merancang untuk memiliki senjata nuklear seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya.

Dasar bermuka-muka Amerika dan Barat turut mendapat kecaman Castro kerana berusaha menghalang negara lain menggunakan sepenuhnya teknologi nuklear tetapi pada masa sama, berdiam diri serta membantu Israel menghasilkan senjata atom.

Teheran Akan Musnahkan Israel Jika Diserang

Seorang anggota kanan Parlimen Iran, Alaeddin Boroujerdi mengingatkan bahawa Iran akan melakukan tindak balas yang serupa jika negaranya diserang dan ini akan menyebabkan Israel bakal mengalami kesan yang amat teruk.

Dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Press TV pada 23 Mac, Alaeddin Boroujerdi berkata, Teheran tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan balas hingga memusnahkan Israel jika ia diserang.

“Jika Barat menyerang Iran, walaupun sedikit saja, mereka akan menerima padah. Yang paling nyata, kewujudan Israel akan terancam. Penyerang akan berdepan depan tindak balas yang cepat, tegas dan serius.”

Amerika Syarikat dan Israel mengancam akan melancarkan serangan terhadap Iran selepas mendakwa Teheran berhasrat untuk menghasilkan bom atom menerusi program nuklearnya meskipunn berulang kali Iran menafikan tujuan pembangunan teknologi nuklearnya adalah untuk keamanan.

Selaku anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Iran turut menandatangani Perjanjian Mengehadkan Senjata Nuklear, bagaimanapun Iran berhak menggunakan teknologi nuklear sepenuhnya untuk keamanan.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov sebelum ini berkata, sebarang kemungkinan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran sudah pasti mencetuskan perlumbaan senjata di Asia Barat.

Syarikat Ternakan China Jual Bangkai Itik

Sebuah syarikat yang terbabit dalam penternakan dan penyembelihan itik, Huaying Group pada 20 Mac lalu mengaku menjual bangkai itik yang disembelih kepada para pelanggannya .

Huaying Group, yang terletak di wilayah Henan di tengah China dengan kapasiti pengeluaran tahunan berjumlah 8 juta ekor itik telah menggantung kerja dua pengurus dan memberhentikan dua penternak yang terbabit dalam skandal tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lembaga pengarah syarikat itu berkata sepasukan penyiasat terdiri dari pihak berkuasa daerah Huangchuan, polis, jabatan pengawalan ubat-ubatan, makanan dan ternakan dibentuk berikutan setelah satu laporan berita oleh China Economic Net pada 15 Mac lalu  yang menyebut pekerja Huaying Group menjual ratusan kilogram itik yang telah mati setiap hari kepada beberapa peniaga.

Menurut kenyataan itu, syarikat itu menjalankan siasatan dalaman dan berjaya mengesani perbuatan itu akhirnya telah menggantung dua orang pengurus dan memberhentikan dua penternak.

Selain memohon maaf, syarikat terbabit berjanji akan mengukuhkan pengurusan bagi melupuskan itik yang sakit dan mati, tidak akan membiarkan kejadian yang sama berulang .

Bayi Baru Lahir Ditikam Ibunya Sendiri

Seorang ibu muda, Siti Sundari yang berusia 18 tahun dengan kejamnya sanggup menikam anaknya sendiri yang baru berumur tiga hari dan kemudiannya meninggalkan bayi itu dalam semak.

Siti Sundari, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor pada 16 Mac lalu merasakan terlalu malu dengan bayi tidak sah taraf itu dan takut tidak mampu memberikan anaknya makan.

Menurut ketua penyiasat balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan, “Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya.”

Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu (19 Mac).

Dalam soal siasat itu, menurut polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam  kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya manakala dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.

Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.

Disusun dan disunting oleh Mahanor Saleha.

Irak Bayar Hutang Serang Kuwait USD 408 Juta (dan 5 berita lainnya)
Irak Bayar Hutang Serangan Kuwait USD 408 Juta

Sikap Degil Saddam Serang Kuwait Menyebabkan Irak Terpaksa Bayar Pampasan USD 500 Juta Kepada Mesir

Jumaat lalu (16/3/2012) dengan rasminya Irak telah membayar pampasan sebanyak USD 408 juta apabila menyerang Kuwait dalam Perang Teluk pada tahun 1991 yang mengakibatkan 637, orang rakyat Mesir terpaksa meninggalak asset mereka untuk menyelamatkan diri.

Menurut laporan agensi berita Mesir, MENA yang disiarkan pada 17/3/2012 pampasan tersebut merupakan sebahagian USD 500 juta yang dipersetujui bersana oleh Irak dan Mesir dalam pertemuan mereka di Kaherah yang ditandatangani sebulan lalu.

Menteri Luar Irak, Hoshiyar Zebari menandatangani persetujuan itu semasa berkunjung ke Kaherah dan Mesir diwakili oleh Menteri Luarnya, Muhamad Amr di mana persetujuan tersebut dikenali sebagai “pembayaran wang kuning” antara kedua belah pihak.

Semasa Irak menyerang Kuwait atas dakwaan pencerobohan menyedut minyak dari telaga minyal Irak yang berada dalam perut bumi, rakyat Mesir yang bekerja dan berniaga di Kuwait terpaksa meninggalkan negara itu demi menyelamatkan diri daripada sasaran serangan kedua belah pihak.

Sejak Saddam Hussein disingkirkan oleh serangan tentera Amerika Syarikat pada tahun 2003, kedua negara mula mencari jalan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan tuntutan rakyat Mesir yang mengalami kerugian kerana menyerang Kuwait.

Berdasarkan perkiraan yang dibuar, Irak sebenarnya telah berhutang dengan Mesir sebanyak USD 544 setelah ditambah dengan faedah daripada pampasan sebenar berjumlah USD 408 juta. Bagaimanapun, kedua negara telah bersetuju untuk menerima pampasan berjumlah USD 500 juta.

Masyarakat Islam dan Kristian Afrika Bantah Iklan Red Bull.

Masyarakat Islam dan Kristian di Afrika Selatan akhirnya berasa lega apabila pihak pengurusan dan pengedar minuman berherba yang berasal dari Thailad, Red Bull menarik balik iklan yang memaparkan Jesus berjalan di atas air.

Bantahan itu bagaimanapun berjaya diredakan apabila dengan rasminya iklan tersebut ditamatkan ditamatkan sebagaimana laporan The Telegraph pada 15 Mac lalu.

Semasa mengumumkan penamatan iklan tersebut, pihak pengedar Red Bull mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya “tidak mempunyai sebarang niat untuk menyakitkan hati sesiapa.”

Menerusi iklan terbabit, Jesus digambarkan sedang keletihan semasa berjalan di atas air tetapi akhirnya menjadi segar kembali setelah meminum minuman berherba Red Bull.

Iklan tersebut turut menggambarkan bahawa semua murid Jesus percaya bahawa Nabi Isa a.s seolah-olah mendapat mukjizat daripada minuman tersebut manakala yang lain mengatakan Jesus telah mendapat sayap bagi membolehkan baginda berjalan di atas air, iaitu Red Bull telah “menganugerahkan anda sayap.”

Ekoran iklan tersebut, masyarakat beragama di Afrika Selatan melancarkan pelbagai kritikan dan bantahan sehingga memaksa syarikat pengedaran minuman berherba itu menurunkan semua iklan sebagai menghormati sensitiviti agama.

Dalam surat bantahan, Majlis Keadilan Muslim Afrika Selatan turut menyokong tindakan pihak berkuasa agama Kristian yang menghantar surat bantahan kepada pihak yang mengedarkan minuman tersebut dengan mengeluas bahawa “ sebarang bentuk penghinaan dan sindiran yang menyasarkan imej Nabi Isa a.s juga sebagai pengjinaan kepada Islam.”

Dalam berita yang lain, pengasas bersama minuman Red Bull, Chaleo Yoovidhya, 89 tahun meninggal dunia akibat sakit tua (18.3.2012) dan beliau merupakan orang yang kedua terkaya di Thailand dengan memiliki aset berjumlah USD 5 bilion. Pada tahun 2009, beliau merupakan orang yang terkaya di Thailand.

Perogol Kahwin Mangsa Dibantah.

Ribuan wanita telah melancarkan tunjuk perasaan bagi membantah agar undang-undang yang membenarkan perogol berkahwin dengan mangsanya bagi mengelakkan sebarang tindakan jenayah dikenakan di luar bangunan parlimen.

Undang-undang keganasan seks yang terkandung dalam Kanun Kesesksaan itu membenarkan penjenayah kes rogol berkahwin dengan mangsa jika mangsa seorang bawah umur bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah.

Minggu lalu, eorang mangsa, Amina Filali, 16 telah  membunuh diri selepas dipukul dengan teruk ketika dipaksa berkahwin dengan lelaki yang merogolnya.

Dalam tunjuk perasaan itu para wanita membawa sepanduk yang bertulis “undang-undang telah membunuh Amina” manakala ibu bapa gadis malang itu turut menyertainya.

Menurut laporan BBC, ibu bapa Amina  mendakwa anak perempuan mereka telah dipaksa oleh pihak mahkamah tempatan agar berkahwin dengan perogol, yang kemudian menganiaya dia dan kerana tertekan itulah akhirnya Amina membunuh diri dengan mengambil racun tikus pada 10 Mac lalu.

Dalam laporan itu juga BBC menegaskan ia adalah sesuatu yang mengejutkan manakala kumpulan hak asasi wanita telah memulakan kempen atas talian menggesa Seksyen 475 Kanun Keseksaan dimansuhkan termasuk membuka akaun facebook atas nama “Kami semua Amina Filali.”

Bom gegar Damsyik

Dua serangan bom ke atas bangunan keselamatan di tengah Damsyik membunuh beberapa orang dan berdasarkan maklumat awal risikan, serangan tersebut mungkin membabitkan bom yang diletakkan dalam kenderaan.

Sasaran pengeboman itu dipercayai ditujukan ke atas Ibu Pejabat Polis dan sebuah pejabat menempatkan perkhidmatan perisikan tentera udara.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, bom pertama meletup di Baghdad Boulevard di daerah al-Qasaa, manakala yang kedua di Duwar al-Jamarek.

Rakaman serangan bom itu sehingga petang semalam hanya berjaya menemukan satu mayat manusia rentung dalam sebuah kereta di Duwar al-Jamarek dan mengiringi berita tersebut, ialah dakwaan bahawa mayat itu adalah pengebom yang bertanggungjawab melakukan serangan terbabit.

Sejumlah serangan bom yang berlaku di bandar utara Syria sejak beberapa bulan lalu kini menimbulkan kembimbangan jika anggota al-Qaeda mengambil kesempatan atas kemelut di Syria.

Pada 3 Mac lalu, seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta di Daraa, di selatan Damsyik, menyebabkan dua orang dan 20 yang lain cedera.

AskarPembunuh 16 Warga Afghanistan Seorang Pemabuk

Staf Sarjan Robert Bales, 38 yang dikenalpasti sebagai anggota tentera Amerika Syarikat yang menembak mati 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak setelah menyerbu masuk sebuah rumah berhampiran kem tentera pada jam 3 pagi seminggu lalu dipengaruhi oleh alkohol.

Suspek itu berjalan menuju ke dua buah kampung berhampiran sebelum menyerbu masuk ke sebuah rumah dan melepaskan tembakan yang membunuh 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak.

Awal minggu ini, seorang pegawai pertahanan kanan mengumumkan bahawa pihaknya telah menemui arak di pangkalan tentera, Kem Belambai di daerah Panjwai di mana pengambilan alkohol adalah diharamkan dalam kalangan anggota tentera di Afghanistan. Bagaimanapun, mereka tidak menghalang sesetengah anggota daripada minum sebotol dua bagi menghilangkan ketagih mereka.

Sebelum meninggalkan kem tersebut, Robert Bales dikatakan telah mengambil alkohol dan menurut John Henry Browne dari Seattle wujud laporan bercanggah mengenai isu terbabit bagaimana punca suspek bertindak sedemikian termasuk minum arak, tekanan dan isu domestik kerana keluarga suspek tidak mengetahui beliau mengalami masalah ketagihan arak.

Katanya, sehari sebelum Bales mengamuk, anggota yang berkhidmat untuk kali keempat di negara bergolak termasuk di Iraq, menyaksikan kaki rakan sepasukannya hancur akibat terkena bom dan menurut Browne telah menghubungi anak guamnya kelmarin yang kelihatan keliru dalam sesetengah fakta dalam kes.

Selepas dipindahkan dari Afghanistan, suspek ditahan di Kuwait dan ia dilihat sebagau satu langkah yang bakal mencetuskan kemarahan pegawai Afghanistan yang inginkan perbicaraan terbuka dilaksanakan.

Seperti banyak peraturan dalam zon perang, larangan minum arak termaktub dalam Arahan Am Nombor Satu tentera Amerika, tetapi ia jarang dipatuhi. Di Afghanistan, tentera dari negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dibenarkan minum minuman keras. Ini bermakna ada ‘limpahan arak’ di kalangan tentera Amerika di pangkalan mereka.

Tentera Jerman yang berpangkalan di utara Afghanistan dibenarkan minum dua tin bir sehari di pangkalan utama di utara Afghanistan tetapi tidak di kem kecil manakala di Kabul, sebuah pangkalan tentera yang kebanyakannya menempatkan tentera Eropah mempunyai dua gudang minuman keras.

Di Lapangan Terbang Kandahar, pangkalan udara utama di selatan Afghanistan, pasukan Kanada sering mengadakan malam minum bir sebelum mereka pulang pada musim panas ini. Setiap orang dihadkan kepada dua bir dan setengah botol wain.

Selain itu, tentera Amerika kadang kala turut menerima bungkusan minuman keras yang dihantar ahli keluarga dan rakan, sering disorokkan bersama beberapa jenis botol lain.

‘Lebuh raya elektrik’ Mula Beroperasi di Amerika Syarikat

Buat pertama kalinya pada hari Jumaat lalu (16.3.2012) dengan rasminya lebuh raya Kanada-Mexico memberikan kelegaan kepada ramai penggunanya, terutama mereka yang menggunakan kereta elektrik.

Lebuh raya yang dikenali sebagai 1-5 itu telah menyediakan kemudahan mengecas elektrik secara percuma dalam jarak setiap 40 kilometer perjalanan di laluan sepanjang 26 kilometer itu.

Menurut seorang pengguna, pada musim panas tahun lalu, Justin Denley terpaksa bermalam di sebuah motel kerana mahu mengecas kereta elektriknya yang mengambil masa semalaman ketika melalui lebuh raya rentas negeri Interstate 5 (I-5) dekat sini, negeri Oregon.

Kini, dia dan pemilik kereta elektrik lain tidak lagi perlu membazir masa atau gusar kenderaan mereka kehabisan tenaga sewaktu melakukan perjalanan jauh di lebuh raya berkenaan kerana mereka boleh mengecas kenderaan masing-masing dalam masa kurang setengah jam selepas lapan stesen pengecas pantas beroperasi di laluan berkenaan sejak Jumaat lalu.

Laluan berkenaan kini dikenali sebagai ‘lebuh raya elektrik’ pertama di AS dan stesen pengecas dibina selang 40 kilometer di mana kemudahan mengecas tersebut ditempatkan di beberapa stesen minyak yang turut mempunyai restoran, kawasan rehat dan rawat serta motel bagi keselesaan pengguna.

Susunan itu juga dapat memastikan pemandu sampai ke stesen berikutnya walaupun terlepas sebuah stesen pengecas berkenaan.

Di Amerika Syarikat, sesebuah kereta elektrik seperti Nissan Leaf memiliki jarak perjalanan sekitar 110 kilometer dan menurut Denley, “Kereta kehabisan tenaga atau masa mengecas yang lama bukan lagi isu buat saya. Lagipun, kemudahan ini diberikan percuma.”

Lebuh raya I-5 yang dibina di Pantai Barat AS, menghubungkan Kanada dengan Mexico dan menjelang hujung tahun ini, lebih banyak stesen pengecas akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya I-5 dari Kanada ke California yang melibatkan jarak sejauh 885 kilometer.

Bagio seorang lagi pemilik Nissan Leaf, Steve Smith, “Saya gembira mendengar berita ini. Saya lebih rela menghabiskan masa 20 minit untuk mengecas kereta elektrik saya daripada membayar sekitar AS$5 (RM15.30) untuk setiap 3.78 liter atau segelen petrol.”

Disusun dan disunting oleh Mahanor Saleha

Lima Lelaki Dirotan Kerana Berjudi (dan 4 berita lainnya)
Lima lelaki dirotan kerana berjudi

Antara 5 Lelaki Yang Dirotan Kerana Berjudi di Aceh Timur Jumaat Lalu

Wilayah Aceh merupakan satu-satu wilayah yang dibenarkan oleh kerajaan sekular Indonesia untuk melaksanakan hukum syariah setelah sekian lama menuntut sebuah autonomi dan pada hari Jumaat lalu (9 Mac 2012), lima orang lelaki yang didapati bersalah berjudi telah dirotan di hadapan khalayak ramai.

Wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam itu telah merotan enam kali setiap seorang di hadapan beratus-ratus orang yang menyaksikannya di sebuah padang di Aceh Timur.

Hukuman tersebut dilaksanakan setiap Jumaat dan menurut Putra Masduri, Ketua Bahagian Jenayah di pejabat pendakwa raya, kelima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar  melanggar undang-undang syariah sejak bulan Januari lalu.

Khalayak yang menyaksikan pelaksanaan hukuman tersebut menyokong kaedah pelaksanaan hukuman merotan kerana ia dilihat mampu mengekang kegiatan judi dan maksiat dalam kalangan penduduk tempatan dan beberapa orang lain turut mempersoalkan kenapakah pesalah itu hanya dirotan sebanyak enam kali sedangkan kesalahan berjudi itu adalah dosa besar.

Bekas Ketua Perisik Israel Tidak Setuju Serang Iran

Bekas ketua agensi perisik Mosad, Meir Dagan menyifatkan serangan ke atas  Iran yang bakal diambil oleh Israel sebelum menggunakan semua pendekatan yang ada merupakan satu kesilapan besar yang boleh mendorong Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama campur tangan.

Ketika ini, Barrack Obama telah memujuk Israel supaya tidak melakukan serangan ke atas Iran sebelum selesai pilihan raya presiden yang dijangka akan diadakan pada bulan November 2012 kerana ia boleh menyekat peluang beliau untuk menguasai Rumah Putih bagi penggal kedua.

Bagi menjinakkan Israel buat sementara waktu, Washington telah menawarkan beberapa bantuan tambahan kepada Tel Aviv menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih akan menyalurkan beberapa jenis senjata moden dan terkini.

Dalam satu temuramah menerusi program 60 Minutes CBS yang disiarkan Ahad lalu, Meir Dagan berkata, beliau percaya rejim Iran sangat rasional termasuk pemimpinnya Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

“Serangan terhadap Iran sebelum anda meneroka semua pendekatan bukanlah cara yang betul, dan (Presiden Obama) secara terbuka menyatakan pilihan tindakan ketenteraan masih dalam rundingan dan beliau tidak akan membiarkan Iran menjadi negara nuklear dan daripada pengalaman saya selalu mempercayai presiden Amerika,” katanya.

Pentadbiran Obama mengekalkan sekatan ketat terhadap Iran dan usaha diplomatik perlu diberi lebih masa sebelum melancarkan sebarang serangan ke atas Iran.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata sekatan terhadap Iran tidak berhasil dan tiada seorang pun daripada mereka yang mampu menunggu lebih lama.

Dagan yang bersara pada Januari 2011 selepas lapan tahun berkhidmat sebagai pengarah perisikan Israel, berulang kali memberi amaran bahawa serangan itu boleh menggagalkan usaha menghalang cita-cita atomik Iran serta meletakkan rantau itu dalam konflik.

Dalam temuramah itu, Dogan tidak percaya Iran malam segera menghasilkan bom atom kerana mereka tahu akan menerima padah.

“Tidak syak lagi, mereka menimbang kesan keseluruhannya. Mereka akan hadapi akibat buruk dan saya yakin Iran pada ketika ini sangat berhati-hati dengan projek ini,” katanya.

Dalam laporan yang lain, Timbalan Ketua Staf operasi tentera udara Amerika Syarikat, Leftenan Jeneral Herbert Carlisle semalam berkata, sebutir bom seberat 13.6 tan yang direka untuk menembusi konkrit setebal 65 meter sebelum meletup ialah ‘senjata hebat’ yang boleh digunakan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) jika pertempuran meletus dengan Iran berhubung program nuklearnya

Leftenan Jeneral Herbert Carlisle berkata, bom raksasa tersebut yang baru diterima oleh tentera AS tahun lepas adalah sebahagian senjata yang boleh digunakan oleh tentera ke atas negara-negara seperti Iran yang mempunyai beberapa loji nuklear bawah tanah.

“Bom penembus raksasa itu ialah senjata hebat yang terus kita pertingkatkan bagi menjadikannya lebih hebat. Ia sebahagian daripada senjata kita dan berpotensi kita gunakan dalam senario seperti itu,” kata Carlisle pada satu persidangan mengenai program pertahanan AS.

Fethullah Gulen Nafi Berikan Tekanan Kepada Erdogan

Seorang cendekiawan Turki, Fethullah Gulen menafikan sebuah laporan dari sebuah frima analisis keselamatan yang mendakwa bahawa anggota pertubuhan yang dipimpinnya telah memberikan tekanan kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP)  yang memerintah agar lebih keras mengawal parti.

Gulen mengeluarkan kenyataan itu menerusi jurucakapnya,  Orhan Erdemli pada  7 Mac  lalu bahwa dakwaan itu sama sekali tidak berasas, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Turki, Taraf berasaskan kebocoran e-mail Stratfor, sebuah firma analisis keselamatan.

Dalam salah satu e-mail yang diperoleh akbar Taraf dari e-mail Stratfor yang bocor iti, penganalisis firma terbabit, Emre Doğru mendakwa bahawa berlakunya konflik antara parti AKP dan organisasi yang dipimpin oleh  Gulen.

E-mail tersebut menuduh bahawa organisasi yang dipimpin oleh Gulen berada di sebalik penangkapan wartawan Ahmet Sik dan Nedim Sener, di mana organisasi Gulen menjadi penyebabnya.

“Dakwan itu menjelaskan Gulen sedang berusaha mengambilalih parti AK dan menginginkan perlantikan lebih 150 orang pembantu. Mereka yang membuat dakwaan itu sepatunya segera memberikan bukti, atau menarik balik dakwaan. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai fitnah,”  jelas Erdemli.

Erdemli turut membantah laporan akhbar Taraf dengan menyifatkan sebagai khabar angin perisikan dan tidak benar  Fethullah Gulen telah terlibat dalam kegiatan intelektual berdasarkan nilai-nilai universal undang-undang, hak asasi manusia, demokrasi dan dialog sepanjang hayatnya.

“Penglibatan dan kajian yang dilakukan oleh Gulen tidak mempunyai asas politik. Semuanya merupakan kegiatan yang dibenarkan oleh undang-undang,” jelas Erdemli.

Penganut Kristian Lebih Ramai Berhijrah

Pendatang Kristian merupakan kumpulan penghijrah yang paling banyak berhijrah memasuki negara-negara Kesatuan Eropah berbanding dengan dakwaan bahawa ketibaan baru orang Islam sebagaimana disebarkan menerusi pelbagai media bagi menimbulkan kegelisahan politik.

Menurut kajian terbaru oleh Forum Pew Mengenai Agama dan Kehidupan Umum yang dikeluarkan pada 9 Mac 2012, daripada 214 juta orang yang meninggalkan negara asal masing-masing untuk hidup di negara lain (penghijrah), kira-kira 106 juta (49 peratus) adalah penganut agama Kristian berbanding hanya 60 juta (27 peratus) penganut Islam dan 3.6 juta Yahudi.

Penghijrah Yahudi merupakan 25 peratus daripada populasi Yahudi di seluruh dunia, menjadikannya kumpulan agama tertinggi berpindah.

“Ramai pakar berpendapat, secara keseluruhannya, peluang ekonomi, pekerjaan lebih baik, pendapatan lebih tinggi, menjadi satu-satunya pendorong kepada migrasi antarabangsa.

“Pada masa sama, agama kekal menjadi faktor dalam membuat keputusan untuk meninggalkan negara kelahiran mereka dan negara pilihan yang mereka hendak tuju,” menurut kajian itu.

Kajian berkenaan mendefinisikan migran sebagai orang yang tinggal di negara lain pada 2010 untuk selama lebih setahun, termasuk pendatang haram dan pendatang jangka panjang, termasuk rakyat Palestin dan keturunan mereka.

Daripada 47 juta pendatang di Kesatuan Eropah, 26 juta (56 peratus) adalah Kristian, dua kali ganda berbanding 13 juta penganut Islam (27 peratus).

Sementara itu, Amerika Syarikat menjadi destinasi utama pendatang Kristian yang mewakili 32 juta (74 peratus) daripada 43 juta populasi yang dilahirkan di luar negara di negara itu. Dua per tiga daripada mereka berasal dari Amerika Latin.

Bill Clinton Dakwa Askar PBB Sebar Taun  ke Haiti

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton  mendakwa misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mungkin bertanggungjawab menyebarkan taun di Haiti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 7 Mac lalu, menurut Bill Clinton, hasil kajian mendapati pasukan pengaman dari Nepal dipercayai menjadi penyebar pertama wabak itu, beberapa bulan selepas Haiti dilanda gempa bumi pada Januari 2010, menyebabkan lebih 7,000 orang terkorban dan 526,000 orang laih dijangkiti kuman taun.

Clinton turut menyatakan antara faktor lain wabak tersebut cepat merebak kerana tiada kelengkapan sanitasi yang sempurna.

Disusun dan disunting oleh Mahanor Saleha

20,000 rakyat Syria terperangkap (dan 3 berita lain)
Damsyik turut dilanda salji

20,000 rakyat Syria terperangkap

Persiapan sedang dilakukan oleh konvoi bantuan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk memasuki kawasan penduduk Baba Amr di bandar Homs mulai semalam (1 Mac 2012) selepas sehari tentera Presiden Bashar Al-Assad menyerang bandar berkenaan dan sekali gus menamatkan kepungan selama empat minggu.

Ekoran serangan berterusan yang dilakukan oleh anggota tentera sejak sebulan lalu lebih 20,000 orang awam dipercayai terperangkap di daerah berkenaan.

Menurut seorang jurucakap ICRC, Sebastien Carliez di Geneva, pihaknya dan pertubuhan Bulan Sabit Merah Syria sedang bersiap sedia memasuki Baba Amr dengan membawa tujuh buah trak sarat dengan bekalan bantuan kemanusiaan.

Perkembangan tersebut berlaku selepas pihak pemberontak menyatakan mereka berundur dari Baba Amr kelmarin, hari kedua serangan darat yang dilancarkan Divisyen Perisai Keempat yang diketuai oleh adik Presiden Bashar, Maher.

Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy membidas serangan ke atas Baba Amr yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan di mana lebih 8,000 orang terbunuh di mana bandar Homs berdepan risiko luput dari peta dunia.

Kebencian terhadap Obama meluap

Sijil Kelahiran Obama Palsu?

Presiden Barrack Obama telah mengemukakan sijil kelahiran palsu apabila beliau terdesak untuk membuktikan dirinya telah lahir di Amerika Syarikat sebagai syarat wajib untuk menjadi calon presiden dalam usahanya untuk berada di Rumah Putih bagi tempoh sepenggal lagi.

Menurut seorang Joe Arpaio, 80 seorang Syerif Maricopa County, Arizona, “hasil daripada siasatan terperinci yang dijalankan kakitangan saya selama enam bulan, saya percaya bahawa sijil kelahiran Obama dicetak menggunakan komputer.”

Arpaio merupakan seorang anggota parti Republikan dan disifatkan sebagai seorang syerif paling lantang bersuara telah menggesa Kongres menyiasat penemuan tersebut.

Berdasarkan undang-undang Amerika Syarikat, mereka yang memalsukan dokumen akan disabitkan dengan dua kesalahan jenayah, iaitu menghasilkan dokumen palsu dan mengemukakannya kepada umum.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menuduh presiden Amerika sekarang melakukan jenayah, tetapi ada banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Kami berhasrat meneruskan siasatan bagi mendapatkan jawapan itu,” katanya.

Bulan April 2011, Obama telah mengemukakan butiran terperinci sijil kelahirannya bagi meredakan spekulasi dalam kalangan anggota Republikan yang mendakwa  bahawa beliau sebenarnya tidak dilahirkan di Amerika Syarikat.

Menurut perlembagaan Amerika Syarikat, seseorang yang ingin menjawat presiden mestilah boleh membuktikan bahawa beliau dilahirkan di negara itu.

Dalam siasatan tersebut, menurut Arpiao seramai lima orang sukarelawan telah mengambil bahagian setelah menerima permintaan daripada kumpulan pelobi politik di kawasan Pheonix yang menggelarkan diri mereka sebagai Tea Party.

Bagaimanapun,  Rumah Putih telah berulang kali menafikan dakwaan bahawa Obama tidak dilahirkan di Amerika Syarikat.

Manakala  di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Dupont Circle Metro (DC Metro Station) Washington, terdapat sebuah papan iklan yang mengkritik program pembaharuan penjagaan kesihatan yang dicadangkan oleh Obama. Papan iklan tersebut ditulis dengan kata-kata ‘pergi jahanam Barack!’

Sebelum menggunakan seruan tersebut, papan iklan turut memaparkan maklumat bahawa “Barack Obama mahu ahli politik dan birokrat menguasai keseluruhan sistem perubatan di Amerika. Pergi jahanam Barack.”

Seorang anggota Kongres Demokrat dari Virginia, Jim Moran, menulis surat kepada Pengarah Urusan Metro, menggesa beliau menurunkan iklan terbabit dengan alasan ia adalah “sikap biadab terhadap presiden Amerika dan tidak dimiliki pihak berkuasa Pengangkutan Metropolitan Washington (WMATA).”

Menurut seorang jurucakap WMATA bahasa yang digunakan di dalam iklan terbabit boleh digunakan dan dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika yang menjamin kebebasan bersuara.

Kenyataan WMATA menyebut, “Iklan WMATA tertakluk di bawah undang-undang forum umum dan dilindungi perlembagaan.”

Bilangan Masjid di Amerika Syarikat bertambah 74 peratus

Semakin Islam dikhianati dan dikambinghitamkan menerusi doktrin pertembungan agama yang diperkenalkan oleh seorang sarjana politik berketerunan Yahudai, Samuel P Huntington sehingga tiba ke kemuncaknya menerusi dakwaan kumpulan al-Qaeda bertanggungjawab merempuh menara berkembar WTC di New York dan bangunan Pentagon pada tahun 2011, tidak juga mampu menghapuskan jumlah penganut Islam sepenuhnya.

Menurut satu kajian terbaharu yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu (1Mac 2012), kini terdapat lebih  2,100 buah masjid dan ia merupakan satu pertambahan yang begitu besar sejak tahun 2000.

Seorang Profesor Madya bagi kajian Islam di Univerisiti Kentucky, Ihsan Bagby yang mengetuai pasukan kajian The American Mosque 2011: Basic Characteristics of the American Mosque and  Attitudes of Mosque Leaders, “Dan itu merupakan perkembangan yang begitu menarik sejak (tahun) 2000.

Sebelum berlakunya serangan tersebut, pada 9 September 2001 pasukan kajian itu mencatatkan terdapat sejumlah 1,206 buah masjid di seluruh Amerika Syarikat dan dalam tempoh sepuluh tahun, jumlahnya telah meningkat kepada 2,106 buah, iaitu peningkatan sebanyak 74 peratus.

New York memiliki sejumlah  257 buah,  California dengan 246, Texas 166 dan Florida 118 buah masjid.

Menurut kajian itu lagi, 25% imam masjid yang menjadi responden menyatakan bahawa secara drastiknya masyarakat Amerika Serikat mempunyai sikap menentang bencikan kepada Islam iaitu pada tahap 54 % berbanding sebelum serangan WTC.

Kajian tersebut mendapati bahawa sebanyak 76 peratus masjid yang terdapat  di Amerika Serikat dibina selepas tahun 1980.

Kajian tersebut dibiayai oleh pelbagai pihak, antaranya Institut Kajian Agama Hartford (Harftford Seminary), Persatuan Perangkawan Pertubuhan-Pertubuhan Agama Amerika Syarikat (ASARB), Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR), Kesatuan Islam Amerika Utara (ISNA), Islamic Circle of North America (ICNA) dan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT).

Jawatankuasa kajian tersebut pula dianggotai oleh Ihsan Bagby (Profesor Madya Kajian Islam  Universiti Kentucky), David Roozen (Pengarah, Institut Kajian Agama Hartford), Richard Houseal (ASARB) , Nihad Awad (Pengarah Eksekutif CAIR), Zahid Bukhari (Presiden ICNA), Ingrid Matson (Professor Kajian Islam  Hartford Seminary), Iqbal Unus (Pengarah Institut Fairfax) dan  Safaa Zarzour (Setiausaha Agong ISNA).

Ihsan Bagby diberi tanggungjawab sebagai ketua penyelidik kajian tersebut.

Sejak Julai 2010, terdapat sejumlah 2,016 buah masjid dan sejumlah 727 buah masjid dipilih sebagai rawak yang melibatkan temubual melebihi 524 kali. Temubual dengan para iman yang terbabit dijalankan pada bulan Ogos 2010 sehingga November 2011 (15 bulan).

Dalam kajian tersebut, sejumlah 7 peratus masjid telah dikenalpasti secara jelas sebagai masjid Syiah dan selepas membuat penilaian semula, jumlah 6 peratus sebagai masjid Syiah dianggap sebagai keputusan yang realistik. Sebahagian besar masjid Syiah berada di bahagian barat Amerika Syarikat.

Gedung Seks dibuka di Moroko

Kedai Peralatan Seks di Casablanca

Penyebaran berita bahawa sebuah gudang penjualan alat-alat seks di bandar raya Casablanca dengan jelas bertujuan untuk menimbulkan aib kepada barisan kepimpinan Islam Maghribi yang berjaya ditegakkan pada akhir tahun lalu.

Berdasarkan komen yang diletakkan di wall laman sosial facebook dan twitter membayangkan bahawa kumpulan liberal dan sekular berusaha melakukan apa sahaja bagi mengkritik dan menyindir kerajaan pimpinan Abdeillah Benkirane.

Abdeillah Benkirane dipilih sebagai Perdana Menteri apabila parti pimpinannya, Parti Keadilan dan Pembangunan Islam menang dalam pilihan raya umum pada tahun tahun lalu. Kerajaan pimpinan Benkirane dibentuk pada bulan November lalu.

Menurut laporan akhbar al-Arabiya (1/3), semua tapak laman web dan sosial tidak sehaluan dengan Benkirane memulakan tulisan mereka dengan berkata “Dibawah pemerintahan Islam, sebuah gedung menjual peralatan seks telah dirasmikan.”

Berdasarkan pengamatan seorang aktivis, “tidak mungkin penduduk dari kelompok pekerja akan membenarkan pembukaan gedung seks” kerana persekitaran konservatif dan bangga dengan identity Islam mereka.

Berdasarkan pengamatan seorang aktivis, setelah meninjau kawasan yang dimaksudkan berasaskan alamat yang tertera, didapati bahawa ia adalah sebuah unit rumah teres sederhana milik sebuah keluarga dan mereka sebenarnya tidak tahu mengenai dakwaan tersebut.

Berasaskan penemuan itu, kata aktivis terbabit “seperti kumpulan atheis, pada setiap tarikh 20 Februari mereka hanya mengingati tentang seks.”

Kumpulan sekular turut memberikan pendapat dengan menyoal “Apakah Benkirane mewakili seluruh rakyat Moroko? Benkirane hanya simbol kepada kemunafikan dan tidak terkejut dengan pembukaan gedung seks atau seumpamanya dengan kebenaran kerajaan.”

Seorang lagi aktivitis yang ingin dinamakan sebagai al-Aati Allah berkata, kerajaan Benkirane telah “mengambil wang rakyat miskin Moroko sebagai alasan rasuah, dan bukannya menjual alatan seks, arak dan dadah.”

Menurut seorang wanita, kemungkinan gedung tersebut beroperasi sebelumnya memang ada, tetapi ketika ini ia sudah ditutup disebabkan timbulnya kontroversi. Bagaimanapun, kemungkinan boleh berlaku, orang menulis mengenai perkara itu sebenarnya tidak pernah mengunjungi gedung terbabit dan kerana itulah tidak dapat dipastikan kesahihan alamatnya.

Menurut al-Arabiya, ia berdasarkan portal berita Febrayer.com, alat-alatan seks itu kebiasaannya dijual secara rahsia atau di sebalik jenama kosmetik. Ia menjadi semakin popular dan pihak penjualnya semakin berani disebabkan lebih ramai yang berminat.

Situasi itulah berkemungkinan menyebabkan gedung penjualannya secara lebih terbuka dilancarkan.

Sebuah gudang berkenaan dikatakan telah berada di kawasan Jamila, sebuah daerah yang padat dan menjadi nasi kewangan di Casablanca. Barang-barang lain yang turut dijual ialah gel pelincir, pelbagai jenis pil dan pelbagai barangan yang didakwa boleh meningkatkan ghairah dan prestasi seks seseorang yang menggunakannya.

Disusun dan disunting oleh Mahanor Saleha.

Iran Ajar Kembali Eropah dan Amerika Syarikat “Kartel Minyak”
Perdana Menteri Iran yang dituduh komunis apabila memiliknegarakan British Petroleum pada tahun 1951

Iran dengan rasminya membuat keputusan menarik balik penjualan minyaknya kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis sebagai tindak balas kesepakatan negara-negara tersebut untuk mengetatkan sekatan ekonomi berhubung dengan dakwaan membangunkan teknologi pensenjataan nuklear.

Bulan lalu, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan yang lebih keras ke atas Iran apabila membekukan semua aset penjualan minyaknya menerusi Bank Pusat Iran dengan harapan negara tersebut akan kembali ke meja rundingan berhubungan dengan pembangunan teknologi nuklear.

Ancaman tersebut yang dimulakan oleh Amerika Syarikat akhirnya cuba disambut oleh Israel dengan mengugut akan melakukan perang seandainya pemimpin-pemimpin Iran tidak berganjak dengan keputusan setelah Amerika Syarikat membuat sedikit perubahan dalam dasar luarnya untuk menggunakan rundingan diplomatik apabila Barrack Obama mula khuatir bakal kecundang dalam pemilihan presiden bagi tempoh kedua pada bulan November nanti.

Barrack Obama sebenarnya terpaksa menggunakan pertimbangan itu bagi mengelakkan pengundi Islam tidak memberikan sokongan setelah kemenangannya pada tahun 2008 turut disumbangkan oleh keyakinan pengundi-pengundi dengan janjinya akan menamatkan segera penglibatan tentera negara itu di Afghanistan dan Irak di samping menutup pusat tahanan Guantanamo dalam tempoh setahun selepas mengangkat sumpah sebagai presiden.

Janji itu terus menjadikan Obama serbasalah kerana hanya pada akhir tahun lalu tentera Amerika Syarikat ditarik keluar daripada Irak manakala pada awal tahun ini terus menambahkan jumlah tentera di Afghanistan apabila beberapa negara di bawah NATO tidak sanggup berada lebih lama untuk mempertahankan keinginan itu. Dengan jumlah anggota lebih 300,000 orang diAfghanistan, Amerika Syarikat berhadapan dengan perbelanjaan keselamatan yang besar sehingga menjerumuskan negara itu kepada kemelesetan ekonomi yang serius.

Tindakan Iran itu walaupun belum dianggap menyeluruh berbanding dengan apa yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri pada tahun 1951 dengan memiliknegarakan semua telaga minyak daripada Britain (British Petroleum), Britain memohon pertolongan Washington mencari jalan bagaimana ingin menyingkirkan kepimpinan Mossadegh dengan menaja pelbagai protes dan membangkitkan ketakutan terhadap komunis. Mossadegh dilabelkan sebagai komunis kerana memiliknegarakan perusahaan minyak, walaupun pada asalnya untuk mengembalik keuntungan penjualan minyak bagi membangunkan negara serta mengatasi kemiskinan.

Menurut John Perkins, Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia, “Perdana Menteri Mohamed Mossadegh pada tahun 1951, yang memaksa Shah Iran mencari perlindungan di luar negara…ia telah bekerja dengan CIA yang melabelkan Mossadegh sebagai komunis dan seterusnya mengusahakan pengembalian takhta Shah..Cerita tentang tindak-tanduk bijak Kermit Roosevelt dan hakikat yang peristiwa itu adalah permulaan era baru imperialism.”(hal.88).

Kermit Roosevelt ialah ketua CIA dan cucu kepada Theodore Rosevelt, Presiden Amerika Syarikat ke -26 yang berada di Rumah Putih pada tahun 1901-1909. Theodore Rosevelt adalah sepupu kepada Franklin Delenor Rosevelt yang turut dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (ke-32) selama tiga penggal iaitu dari tahun 1933-1945. Pada tahun 1951, Mossdegh mengambil tindakan memiliknegarakan semua asset petroleum Iran.

Menurut John Perkins lagi , “England yang berang dengan tindakan itu cuba mendapatkan pertolongan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kedua-dua negara itu bimbang sekiranya berlaku pertentangan ketenteraan, akan melibatkan Soviet Union.

“Daripada menghantar askar-askar marin, Washington sebaliknya menyusupkan ejen CIA, Kermit Roosevelt (cucu Theodore). Dia melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, menawan hati orang tertentu melalui rasuah dan ancaman, Kemudian dia mengarahkan mereka supaya mengaturkan beberapa siri demonstari jalanan dan rusuhan berdarah, yang menimbulkan tanggapan bahawa Mossadegh tidak lagi popular dan tidak cekap.

“Akhirnya, Mossadegh digulingkan dan menghabiskan baki hidupnya di dalam tahan rumah. Mohamad Reza Shah yang berpendirian pro-Amerika Syarikat menjadi diktator yang tidak dicabar.” (hal. 23).

Pada tahun 1970-an sekali lagi Amerika Syarikat dan sekutunya terpaksa menanggung beban besar apabila Iran memainkan peranan penting dalam memaksa negara-negara pengeluar minyak untuk menaikkan harga.

Kesannya menyebabkan Amerika Syarikat menanggung beban perbelanjaan yang besar dan hampir menjerumus kepada kemelesetan. Kerana tidak boleh bertahan dengan tindakan OPEC, Amerika Syarikat seterusnya menggunakan pelbagai rancangan mempengaruhi Arab Saudi kerana negara itu adalah pengeluar minyak terbesar. Dengan mengarahkan pakar-pakar ekonomi kejuruteraan yang ada, mereka melobi putera-putera raja Arab agar bersetuju dengan perancangan pembangunan dan mengeluarkan negara itu dari kemelut tradisi.

Duit yang banyak menyebabkan keputusan itu begitu mudah berlangsung, termasuk gerak kerja Para Pembunuh Ekonomi (Economy Hit Man), melobi dan membuat unjuran kesan daripada pelan pembangunan janakuasa, menukarkan kawasan padang pasir menjadi bandar raya dan sebagainya. Para pembuat keputusan disodorkan dengan pelbagai umpan dan akhirnya semakin banyak syarikat Amerika diberikan tanggungjawab merencanakan pembangunan, termasuk kontrak pembersihan, membina infrastruktur dan sebagainya.

Akhirnya, Arab Saudi berada dalam pengaruh dan cengkaman Amerika Syarikat. Setelah berjaya memujuk Arab Saudi menerusi hubungan rapat antara keluarga Bush dan Saud (Baca, Craig Ugher, House of Bush, House of Saud, ) yang sekian lama memudahkan penglibatan firma-firma Amerika Syarikat. Mesir pula terus diberikan bantuan kewangan dan ketenteraan sehingga menjadikan negara itu sebagai boneka.

Menjelang  akhir tahun 1990-an, peranan OPEC tidak lagi kuat untuk menggunakan “kartel minyak” dan kemunculan Iran kali ini menggunakan strategi yang sama menyebabkan Eropah mula bimbang proses pemulihan ekonominya akan menjadi semakin sukar, kerana terpaksa membeli minyak dengan harga yang mahal. Iran mengeluarkan sejumlah 2,000 tong sehari dan sejumlah 18 peratus ekport minyak Iran adalah ke 27 buah negara-negara Kesatuan Eropah.

Perancis dan Britain akan merasakan tekanan dengan sekatan tersebut manakala sejak berita itu dilaporkan, harga minyak dunia telah melonjak kepada USD $105 (RM 318) setong di Asia. Keadaan ini akan menyebabkan lebih banyak negara terpaksa memikirkan semula kesannya, dan tentunya Amerika Syarikat akan terus mencari jalan untuk membolehkan syarikat-syarikat minyak mengaut keuntungan yang besar.

Cara itulah juga Amerika Syarikat untuk mengajar China dan Rusia untuk tidak menggunakan sebarang kuasa veto yang ada untuk membantah cadangan yang diambil Washington bagi menekan negara-negara Timur Tengah. Sebenarnya, minyak telah menjadi punca perebutan dan perbalahan, kerana firma minyak Eropah, Amerika Syarikat amat memerlukan bahan tersebut dikawal oleh mereka bagi menyekat kerancakan pertumbuhan ekonomi China.

Bagaimanapun, ekonomi China akan terus berkembang disebabkan negara-negara pengeluar minyak yang bukan sekutu Amerika Syarikat telah memberikan kebenaran bagi syarikat minyak China beroperasi di negara mereka. Dan ketika ini, Amerika Syarikat tidak lagi boleh menggunakan ideologi komunis sebagai helah untuk menyerang negara-negara yang mempunyai hubungan ekonomi dengan Rusia dan China, tetapi dengan helah membangunkan senjata nuklear.

Pembangunannya mestilah mendapat kebenaran PBB, di mana Amerika Syarikat akan menapis terlebih dahulu sebagaimana tidak mengenakan apa-apa sekatan ke atas pembangunan teknologi nuklear dan pensenjataan oleh Israel. Ia berlawanan dengan tekanan yang dikenakan ke atas Iran. Bahkan, dengan Korea Utara pada mula kedengaran Washington mengeluarkan pelbagai ugutan, tetapi kini keadaannya semakin reda kerana Korea Utara tidak mengendahkannya.

Bahkan, Korea Utara sedia untuk berperang dengan Korea Selatan yang dikawal dari segi ketenteraan oleh Amerika Syarikat. Atas keberanian Iran untuk kembali menghidupkan “kartel minyak” menyebabkan negara-negara Kesatuan Eropah semakin tersintak, kerana mereka sedang berusaha untuk menyelamatkan Greece daripada muflis.Kenaika harga minyak menyebabkan semakin banyak kilang terpaksa ditutup kerana kos pengeluaran menjadi tinggi manakala China terus merendahkan kosnya. Inilah kelebihan yang ada pada China, mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan sanggup menerima bayaran upah yang lebih rendah berbanding pekerja dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Mahanor Saleha