Lelaki Ateis Mahu Bertaubat Seorang pengguna laman Facebook yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam Indonesia atas pendirian yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan berhasrat untuk bertaubat meskipun mungkin berhadapan dengan dakwaan memalsukan dokumen. Facebook Ateis Minang Alexander Aan, 31 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar dalam talian, Padang Ekspress yang memiliki akaun Ateis Minang dikatakan memalsukan dokumen mengakui beragama Islam semasa memohon jawatan sebagai penjawat awam. Menurut Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz, dakwaan baru dilakukan setelah memperoleh maklumat mengenai penipuan walaupun dia menegaskan [...]





