Seluruh masyarakat dunia menyambut kematian Muammar Gadafi dengan perasaan berbelah bahagi apabila mengenangkan apa akan terjadi dengan Libya dalam tempoh peralihan sehingga demokrasi benar-benar dapat ditegakkan sebagaimana diperjuangkan oleh kumpulan pemberontak yang tidak mahukannya lagi setelah pelbagai masalah timbul sepanjang pemerintahannya selama 42 tahun. Kalangan pemberontak meraikannya sebagai satu kemenangan kepada sebuah perjuangan yang terpaksa dilakukan selama lebih lapan bulan setelah pelbagai tawaran diberikan kepada Muammar Gadafi agar berundur tidak diendahkan. Muammar Gadafi terus melakukan penentangan kepada kumpulan pemberontak yang [...]





