Editor

600 ribu Muslim berkumpul di Masjidil Haram (dan 4 berita lain)

Seramai 600,000 Muslim telah menunaikan sembahyang Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan pada tahun ini di Masjidil Haram, Mekah.  Menurut kenyataan dari pejabat Masjidil Haram, secara jelasnya lebih setengah juta umat Islam berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, manakala hampir setengah juta lagi ikut bersembahyang Jumaat di masjid-masjid di sekitarnya.  Sebagai jurucakap pihak berkuasa [...]

Kedinamikan umat islam dalam kesatuan falsafah dan tindakan

Oleh MUHAMMAD IQBAL Ramadan sudah melepasi minggu kedua, dan bermakna ketibaan Syawal mula menjadi sesuatu yang dinantikan penuh debar, kerana ia melambangkan kejayaan umat Islam mengharungi ibadat berpuasa selama sebulan. Apabila kita memahami falsafah puasa, sebagai nilai ketabahan menghadapi dugaan dalam beriabadat, memberikan kita bahawa puasa itu bukanlah semata-mata amalan ritual sebagaimana dilakukan oleh penganut [...]

Pentingkan politik, Nik Aziz makin keliru

Oleh MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR Ramai pihak boleh menduga mengenai apa yang akan diulas oleh Mursyidul Am PAS berhubung dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang dan Ahli Parlimen Selayang memasuki ruang solat masjid dan surau bagi menyampaikan tazkirah politik, kerana Menteri Besar Kelantan itu memang terkenal dengan sikapnya lebih berlembut dengan bukan Islam tetapi amat keras mengkritik [...]

Malaysia terus dihina

Oleh MONOSIN SOBRI Perusuh yang marahkan Malaysia berhubung penangkapan tiga orang kakitangan maritim Indonesia di kawasan perairan bertindih pada 13 Ogos lalu menjadi semakin biadab apabila bukan sahaja berdemontrasi di perkarangan kedutaan Malaysia, malah turut melumur najis dan membakar Jalur Gemilang. Penghinaan yang melampau oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagaimanapun bukanlah merupakan sesuatu yang [...]

Beriktikaf menghayati Lailatul Qadar

Jika kita berkeinginan untuk mendapatkan Lailatul Qadar kita harus melakukan qiam (menghayati) Ramadan siang malam dengan ta’lim (belajar) ,ibadah, zikir, solat sunat dan tadarus al-Quran. Kegiatan ini harus kita tingkatkan pada sepuluh hari akhir Ramadan melalui kegiatan tambahan, iaitu dengan melaksanakan iktikaf. Ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang amat bersungguh-sungguh dalam amalannya sehingga diriwayatkan [...]

Media penyambung profetik

Oleh  PENOLONG  EDITOR Media massa mempunyai peranan strategik dalam pembentukan masyarakat, kerana ia bukan sahaja mampu menembusi bilik-bilik rumah, malah dapat menusuk minda manusia. Media massa juga boleh diaplikasikan sebagai medium yang muncul membatasi masa seharian. Namun begitu, media massa yang berselerakan pada hari ini belum tentu menyebarkan informasi yang tepat, seringkali terjadi media digunakan [...]

Turki berhasrat bina masjid terbesar di Washington (dan 4 berita lain)

Belum pun reda dengan kontroversi pembinaan Cordoba House setinggi 13 tingkat yang turut mengandungi pusat aktiviti, masjid dan bilik persidangan berhampiran kawasan runtuhan World Trade Center sembilan tahun lalu, kerajaan Turki dengan kerjasama beberapa buah pertubuhan wakaf Islam sedang berusaha untuk membangunkan sebuah masjid terbesar di Washington DC. Sepuluh tahun lalu, kerajaan Republik Turki telah [...]

Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani

Tasawwuf ialah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Ia perlu dipelajari dengan teliti dan berhemah. Memahami ilmu tasawwuf sangat berguna untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. Pemahaman terhadapnya adalah penting untuk mengelak dari bersikap melampau mengenai sesuatu perkara. Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani, adalah seorang ulama yang sering kali menegur mereka yang mempelajari ilmu tasawwuf supaya [...]

Bersatu demi kelangsungan negara bangsa

Oleh KAMARUN KH Semangat cintakan negara, atau patriotik membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin kesejahteraan, mempertahankan insitusi negara termasuk menolak sebarang tekanan yang dilakukan oleh pihak tertentu. Dalam usaha kita untuk menghampiri ke angka 53 tahun ulangtahun kemerdekaan beberapa hari lagi, kita amat terkejut apabila semakin kuat kedengaran lagu sumbang didendangkan dalam [...]

Pelopor kajian sistem peredaran darah

Oleh IZHAR SYAFAWI Beberapa ilmu perubatan moden yang mencapai kecemerlangan hari ini diterokai oleh para sarjana dan ilmuwan Islam. Sebahagian daripada ilmu-ilmu itu diteruskan oleh generasi selanjutnya. Ada pula yang tinggal nostalgia dalam lipatan sejarah. Ramai para ilmuwan bukan Islam berjaya mengembangkan pelbagai ilmu perubatan dan sains yang mulanya dirintis oleh para ilmuwan Islam. Yang [...]