SINTOK, 19 Ogos – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencadangkan supaya Universiti Utara Malaysia (UUM) mewujudkan institut penyelidikan bagi pengembangan pengurusan masjid moden. Titah baginda ia amat penting untuk meningkatkan kedudukan masjid sebagai institusi utama dalam masyarakat Islam di negeri ini dan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Baginda juga menyeru pihak jawatankuasa [...]































