Mantik

February 14, 2013 3:14 PM 0 comments

Share this Article

Author:

mantik

Salah satu ilmu klasik Yunani yang diadaptasi oleh ulama serta ilmuwan Muslim pada awal abad ke-2 Hijrah adalah ilmu mantik atau ilmu logik. Seperti halnya ilmu-ilmu klasik lain, ilmu mantik mengalami perkembangan di tangan ulama Muslim, bahkan memiliki bentuk dan karakter tersendiri yang berbeza daripada logik Aristotle.

 

Ilmu mantik sangat berkaitan erat dengan falsafah dan teologi, bahkan boleh dianggap menjadi bahagian yang tidak terpisahkan daripada dua disiplin ilmu teori tersebut. Di negeri asalnya (Yunani), logik lebih banyak digunakan oleh para ahli falsafah, sedangkan di dunia Islam banyak digunakan oleh para ahli teologi (ahli ilmu kalam), khususnya pada awal abad ke-6 ketika disiplin falsafah mulai mengalami kemunduran.

 

Ilmu mantik pertama kali diajarkan oleh Socrates, lalu dilanjutkan oleh Plato, kemudian dilengkapi oleh Aristoteles,yang menyusunnya dengan pembahasan yang lebih sistematik.

 

Mantik bererti “ucapan”. Para ulama Arab menterjemahkan kata ini daripada istilah “logic” yang bererti “pemikiran”. Dalam bahasa Arab, “ucapan” dan “pemikiran” adalah dua kata yang tidak dapat dipisahkan. Ucapan adalah rangkaian ungkapan yang lahir daripada pemikiran. Manusia sering digambarkan sebagai makhluk yang berbicara, ertinya  manusia adalah makhluk yang berfikir.

 

Salah satu tema utama yang dijumpai dalam seluruh buku mantik adalah pembahasaan tentang jenis ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dalam mantik terbahagi kepada dua, iaitu tasawur (konsep) dan tasdiq (pembenaran). Konsep adalah pemahaman tentang objek-objek sederhana, seperti buku, meja dan kerusi. Dalam pada itu, pembenaran adalah pemahaman terhadap beberapa konsep yang mengandungi nilai benar atau salah, seperti “hari ini hujan” atau “manusia adalah haiwan berfkir”. Jadi, tasawur dan tasdiq merupakan pintu gerbang untuk tema-tema mantik lainnya.

 

Ilmu mantik yang berkembang di dunia Islam berbeza daripada ilmu logik yang diajarkan di universiti-universiti moden. Dalam dunia Islam, ilmu mantik mencakupi pembahasan struktur kalimat atau logik matematik formal, fizik serta mentafizik. Hampir semua ahli falsafah Muslim, khususnya al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd, menyertakan mantik dalam setiap pembahasan falsafah mereka. Bahkan Ibnu Sina menulis beberapa buku yang menerangkan mantik secara terperinci. Beliau mengarang sebuah buku yang berjudul Asy-Syifa yang banyak membahas dan membicarakan ilmu mantik.

 

Ulama tradisional menolak keras penggunaan ilmu mantik. Mereka menganggap para ahli teologi yang menggunakan ilmu mantik dalam mengemukakan argumentasinya dapat menganggu keimanan umat Islam. Kerana itu, para ulama tradisional menentang penggunaan ilmu mantik dengan pelbagai cara, antara lain dengan menggunakan hadis-hadis lemah (daif) yang melarang penggunaan ilmu mantik atau mengulasnya dalam sebuah buku.

 

Berfikir secara kritis dan teliti merupakan tujuan mempelajari mantik. Seseorang yang mempelajari mantik akan memilih kata-kata yang sesuai dengan pemikiran yang hendak mereka kemukakan dan menyusun kalimah yang benar serta baik agar mudah difahami oleh orang lain, sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Secara lebih spesifik, tujuan mempelajari ilmu mantik adalah membahas hal ehwal suatu persoalan dengan syarat-syarat argumentasi; dan jika syarat-syarat itu dapat dipenuhi, maka manusia akan memperoleh apa yang telah dianggap benar.

 

Susunan NORAINI ABD MAJID

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Makalah Pilihan

    Merungkai Salah Faham GST

    RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015. Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya. Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut […]

    Read more →
  • Artikel Komentar Makalah Pilihan

    Mahkamah Sivil Jangan Campur Keputusan Mahkamah Syariah

    Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, perlu mengeluarkan pekeliling kepada semua hakim Mahkamah Sivil agar tidak mendengar atau memutuskan apa-apa perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Presidennya, Musa Awang, berkata isu hak penjagaan anak di antara Izwan Abdullah dan bekas isterinya S Deepa tidak akan berlaku sekiranya Mahkamah Sivil mengambil pendirian tidak masuk campur dengan perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah. “PGSM berpandangan masalah ini berlaku kerana Mahkamah Sivil tetap mendengar dan memutuskan perkara yang sama […]

    Read more →
  • Berita Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    “MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini…” Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid. Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama. […]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    KAHERAH 15 April – Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan. Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa, mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini. Menurut Mohammed Bahaa, Abdel […]

    Read more →
  • Berita Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran. Menterinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun yang ada sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat pada Selasa bagi mengekang […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan: Bekas Hakim

    KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata, syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →