Antara Tuntutan Syariat & Tuntutan Nafsu

October 26, 2012 9:19 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Pandangan seorang lelaki terhadap wanita lanjut umur—35 tahun ke atas—rugi kerana tidak berpeluang hidup berumahtangga dan kupasan Fauziah Arof tidak salah dengan fenomena tersebut kerana setiap wanita memikirkan kebahagiaan daripada segala-galanya. (Syed Abdulllah Syed Othman Jamalullail, Longgarkan syarat berpoligami dan Fauziah Arof, Hanya Memudahkan Poligami, bukan misi penyelamat, Utusan Malaysia, 16 dan 17 Oktober, 2012).

Masing-masing mempunyai alasan meskipun kadangkala terasa ada perspektif tertentu yang melingkari kewajaran pendapat masing-masing sehingga membawa pandangan adalah satu dosa dan titik noda jika berlakunya poligami dalam masyarakat.

Bagi Fauziah, tidak salah seorang wanita yang bekerjaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangannya kerana tidak mahu kecundang akibat tersalah pilih. Atas sikap hati-hati dan berwaspada itulah ada  menyebabkan wanita sukar memperoleh pasangan lelaki yang baik kerana calon-calon semakin berkurangan ataupun tidak mahu terjerat dalam putaran berkongsi suami.

Bagi Syed Abdullah, seperti kebanyakan lelaki normal bercakap tentang keinginan dengan harapan dapat melihat fenomena andartu dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya secara mutlak.

Islam memberikan kebenaran untuk berpoligami adalah dengan syaratnya dan bukanlah sebagai terjahan naluri “ego” kerana wujud perspektif seseorang yang berkahwin lebih dari seorang pada suatu masa “hebat” kerana berjaya menakluki dan mencairkan hati lebih seorang wanita.

Persoalan yang ditetapkan oleh agama tidak menjadi pertimbangan utama kerana konsep keadilan itu juga telah dipersimpangkan sebagai “sama rata, sama rata.” Contoh yang jelas ialah bagaimana Fauziah Arof melihat keadilan itu antaranya, “pembahagian giliran, pembahagian nafkah dan sebagainya.”

Bagaimanapun Fauziah melihat perspektif selanjutnya iaitu perasaan perempuan bekerjaya takutkan lelaki mengambil kesempatan atas kedudukan itu kerana pada masa sekarang memang sukar untuk mencari lelaki jujur dan ikhlas dalam perkahwinan. Wanita menjadi sedikit gusar apabila kadar penceraian kian bertambah dan ini memeritkan ramai orang kerana perkahwinan itu mudah tetapi hidup bersama hingga ke akhir hayat teramat payah.

Sebelum Islam, konsep berpoligami banyak berkisar atas keinginan seseorang lelaki. Dunia seolah-olah diterajui sepenuhnya oleh lelaki dan dikenali sebagai patriarki. Apabila Islam diturunkan, poligami tidak diharamkan tetapi diletakkan syarat yang ketat, iaitu berlaku adil.

Islam bukanlah agama pertama yang membawa atau memperkenalkan poligami tetapi Islam adalah agama pertama yang menyusun undang-undang perkahwinan (secara sistematik) dan menggariskan batas-batas poligami dengan jalinan-jalinan yang ketat dan syarat-syarat yang tegas.

Islam mengadakan peraturan perkahwinan dan menggariskan batas tertentu untuk poligami dan menjadikan bilangan paling banyak (maksimum) wanita yang boleh dikahwini dalam satu-satu masa ialah empat orang dengan syarat individu itu mempunyai kemampuan yang cukup serta boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Maka kahwinlah wanita-wanita yang halal bagimu dua, tiga atau empat (surah an-Nisa ayat 3). Dengan menitikberatkan kepentingan manusia baik secara individu mahupun masyarakat, lslam membolehkan lelaki berkahwin lebih dari seorang.

Islam telah menentukan keperluan individu dan masyarakat dan menentukan ukuran kepentingan kemaslahatan manusia seluruhnya. Hak lelaki berpoligami dalam lslam bukan persoalan hak lelaki ke atas wanita. Tetapi, ia adalah hak Allah s.w.t. terhadap makhluk-Nya. Hak ini bukan dipaksakan Allah. Ia peruntukan yang diharuskan dengan bersyarat ke atas lelaki yang ingin berpoligami.

Ini bermakna, ada sebab yang munasabah Islam memberikan kelonggaran untuk lelaki berkahwin lebih seorang dan tidak boleh berlandaskan naluri seks semata-mata sebagaimana menjadi faktor lelaki masakini menambahkan bilangan isteri.

Apakah cadangan Syed Abdullah itu dibuat dengan alasan untuk “menyempurnakan kehidupan berumah tangga kepada setiap wanita” manakala Fauziah tidak bersetuju kelonggaran syarat kerana ramai lelaki suka mengambil kesempatan. Wanita semakin sedar, dirinya bukanlah objek yang mudah dipergunakan kerana kesedaran muncul dalam diri, tidak bererti hidup membujang itu sesuatu yang salah dan tidak bahagia.

Menurut Maulana Wahidudin Khan,“Perintah poligami, meskipun nampaknya lazim dipraktikkan, hanya diberikan sebagai solusi bgi mengatasi masalah social yang serius. Poligami memberi jalur bagi jumlah perempuan yang berlebih untuk dapat menyelamatkan diri dari anarki seksual, dan untuk dapat mempunyai kehidupan keluarga yang stabil dan layak. Artinya, di sini bukan masalah menerima poligami ketimbang monogami, melainkan memilih antara poligami dan anarki sosial.”(Antara Islam dan Barat: Perempuan di Tengah Pergumulan, 2001:240-241)

Nyatalah bahawa perspektif poligami yang dibenarkan oleh Islam secara teorinya seolah-olah memberikan kelebihan kepada lelaki, tetapi, jika dianalisis dalam perspektif struktur masyarakat, poligami lebih menguntungkan wanita, merupakan jalan keluar terbaik bagi menghindari masalah perempuan dan memenuhi keperluan sosial.

Bagaimanapun kerana ramai yang terpengaruh dengan keperluan luaran, maka poligami dilihat sebagai satu bentuk penyiksaan batin bagi sebahagian besar wanita yang tidak rela berkongsi suami. Lelaki pula melihat kebenaran berpoligami sebagai cabaran kepada isterinya yang semakin lama berkahwin semakin luntur kasih sayang kerana lebih mengutamakan ekposisi di luar rumah.

Poligami telah menimbulkan pelbagai prasangka apabila kelonggaran itu dilihat sebagai “kontra budaya” oleh gerakan feminism yang secara lantangnya diwujudkan oleh wanita professional dan terlibat dalam gerakan buruh pada tahun 1960-an. Mereka memperjuangkan “persamaan” gender sehingga merosakkan persekitaran moral dan kehidupan bermasyarakat kerana menilai institusi keluarga sebagai “bagasi kehidupan yang semakin berat dan sarat.”

Gerakan feminisme sentiasa berjuang secara bertentangan dengan kelaziman sehingga menganggap hidup keseorangan tanpa bekeluarga itu adalah perubahan yang mesti dihormati oleh semua orang. Ia adalah pilihan yang wajib dihormati. Bagi membangunkan keluarga memerlukan kesiapan mental, fizikal dan ilmu. Itulah sebabnya ada ketetapan bahawa sebelum berkahwin perlu menjalani kursus praperkahwinan, tetapi, setelah bekeluarga tidak disyaratkan pula menjalani kursus keibubapaan.

Itulah sebabnya, banyak keluarga berantakan manakala perkahwinan semakin bermasalah sehingga dari segi statistiknya amat mencemaskan. Rasa takutlah sebenarnya punca mengapa ramai mengambil keputusan untuk melewatkan perkahwinan dan kecenderungan ini semakin membesar dalam masyarakat.

Contohnya, hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010, 2.5 juta jumlah penduduk berusia lebih 25 tahun masih belum berkahwin, yakni 60.4 peratus adalah lelaki berbanding 39.6 peratus adalah wanita. Masyarakat masih melihat, fenomena lelaki lambat kahwin bukanlah masalah besar berbanding wanita.

Dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 (2004), hampir separuh lelaki memberikan jawapan faktor yang melambatkan mereka berkahwin ialah masalah kewangan (44.7%), kemudian diikuti tiada calon yang sesuai (19.3%), kerjaya (12.8%), komitmen keluarga (6.3%)dan sebab-sebab lain.

Wanita belum berkahwin kerana tiada calon yang sesuai (40%), masalah kewangan (14%), kerjaya (8.4%), selesa hidup membujang (8.4%), komitmen keluarga (7.4%) dan sebagainya.

Dapatan ini memberikan pemahaman faktor calon merupakan masalah yang kritikal bagi wanita manakala bagi lelaki ialah kewangan. Lelaki mula merasakan agak perit untuk berkahwin kerana belanja kahwin semakin meningkat hingga ada ketikanya keluarga perempuan meletakkan mas kahwin melebih RM 10,000 atas alasan, ia perlu dinaikkan kerana nilai wang semakin kecil dan kos sara hidup semakin tinggi. Inilah turut membantu kenapa lebih ramai lelaki kurang berminat untuk berkahwin apabila tiba waktu yang sesuai kerana faktor budaya dan sosial, sehingga menyebabkan wanita turut membuat pilihan, lebih baik terus hidup membujang, bebas menentukan haluan kerjaya dan peranan dalam rumahtangga.

Maka adalah lebih baik bagi seorang wanita memahami tujuan sebenar perkahwinan ialah memperoleh sokongan psikologi dan menzahirkan naluri secara sah, termasuk memenuhi fungsi jaminan keselamatan dan saling memerlukan pendamping selain mendapatkan zuriat.

Perkahwinan yang mahal dan besar, penuh gemilang bukanlah jaminan memperoleh bahagia. Oleh itu, perlu realistik dalam membuat pilihan pasangan, meletakkan maskahwin dan hantaran, majlis kenduri dan resepsi. Idealisme tidak dapat dipenuhi sepenuhnya bahkan idealism tidak pernah menghasilkan kejayaan secara total.

Perkongsian dalam keluarga mestilah bermula dengan keazaman kuat membina keluarga bahagia dengan menepis ego dan merapatkan jurang perbezaan psikologi. Tidak perlu terikut-ikut dengan gaya perkahwinan selebriti dan nilai-nilai budaya feminism, kerana pengaruh itulah banyak menjadikan pasangan mudah rapuh dan rawan penceraian.

Ketika menjalani hidup bekeluarga, terimalah nasihat dari bekas seorang pejuang feminism di Amerika Syarikat, Marabel Morgan akhirnya mengakui bahawa kebijaksanaan wanitalah yang boleh menjinakkan lelaki sehingga kehidupan bekeluarga berkekalan. Nasihatnya ialah: Bermanis-manislah dengan suami anda. Hentikanlah berleter kepadanya dan fahamilah keperluannya.” (Marabel Morgan, The Total Woman, 1973).

Apapun, sepatutnya kita perlu menyatakan pendirian yang sederhana (wasatiyyah) dalam menanggapi masalah poligami ini. Kita tidak perlu melenting kuat dan menolak serta merta sekiranya poligami menjadi pilihan terakhir bagi menyelesaikan masalah keluarga mahupun masalah sosial. Pasti ada hikmah yang terkandung di dalamnya. Poligami adalah produk hukum yang sudah diatur dalam ketentuan syariah. Manakala syariah sendiri digubal bertujuan untuk memudahkan perkara umat Islam dalam urusan kehidupan sehari-hari. Hakikat itu yang menyebabkan kita tidak ada kuasa untuk menolaknya.

Kita juga tidak boleh menerima secara total implementasi poligami yang mempunyai peluang besar untuk disalahguna dan disalah erti maksud sebenar tujuan poligami oleh kaum lelaki. Perlu ada sebab musabab yang kuat yang tidak boleh dicari jalan keluarnya bagi membolehkan poligami dilaksanakan. Kita juga bersetuju bahawa amalan poligami baru dapat dilaksanakan sekiranya semua syarat dan kondisi yang menyebabkan berlakunya poligami sudah wujud dan terpenuhi dari sudut pandang syar’i dan manusiawi. Gabungan perspektif ini lah yang perlu kita pegang sebagai jalan keluar yang paling sesuai dalam melihat persoalan ini.

Dengan mensesuaikan kehendak berkeluarga dan menyeimbangkan peranan rumah tangga dan kerjaya secara berkesan, hapuskan psikologi diri sendiri lebih baik dan berkedudukan, akan lahirnya persefahaman yang jelas. Persefahaman yang jelas membawa kerukunan keluarga, maka institusi itu akan kembali mendapat tempat teratas kerana ia mendorong minat untuk berkahwin.

Peranan setiap orang adalah melihat walaupun penceraian dibenarkan oleh agama, jangan jadikan alasan “tiada persefaham” sebagai faktor terbesar menyumbang penceraian. Tiada persefahaman berlaku kerana pasangan gagal menepis ego dan tidak jujur terhadap hak masing-masing.

Kalaulah persekitaran itu dapat dicemerlangkan semula, maka fenomena berkahwin di lewat tempoh kesuburan berjaya dikurangkan. Persoalan poligami bukanlah masalah besar kerana seorang suami akan merasakan dosa yang besar apabila gagal berlaku adil ke atas isteri-isterinya. Poligami mempunyai kemanisannya jika berjalan secara bijaksana, tetapi kebanyakannya menjadi “neraka” jika ianya diasaskan atas keinginan seksual dan berlangsung tanpa restu isteri pertama.

Kemampuan kewangan haruslah menjadi ukuran kerana sebagai seorang lelaki, adalah dayus jika mengharapkan si isteri menyara kehidupan berkeluarga, kecualilah dalam keadaan si suami berhadapan dengan penyakit dan kecacatan fizikal (atau mental). Lelaki mestilah kembali menjadi kelompok yang kuat, sihat dan perkasa (fizikal dan mental) bukan hanya bermain sandiwara memikat wanita cantik dan berkerjaya. Wanita pula mestilah berusaha mencantikkan psikologi diri dan bukan sekadar menjaga keayuan wajah dan kelangsingan badan, kerana itu hanyalah faktor sementara.

Faktor yang lebih kekal dan boleh bertahan sepanjang hayat ialah boleh membahagiakan suami ketika di rumah, menerusi tutur kata, layanan, pergaulan dan penampilan diri. Bukan seperti berlaku secara universalnya, wanita bekerjaya lebih banyak menghabiskan masa menghias diri bila keluar rumah. Bila berada di rumah bagaikan tidak bermaya dan semakin sehari semakin tinggi egonya.

Maka setiap orang yang berhasrat berpoligami, sama ada atas alasan lewat usia dan keinginan berkeluarga serta cabaran budaya atau masyarakat hendaklah menghormati apa sebenarnya institusi keluarga. Ia bukanlah suatu perhitungan berdasarkan idealism semata-mata, ia berupa amalan yang sangat memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan hakisan sempadan ego diri.

Nilai-nilai monopoli atau hasrat dominasi akan menyebabkan poligami bukanlah  jalan terbaik menyelesaikan masalah bilangan wanita melebihi lelaki ataupun kekentalan institusi, akhirnya berubah menjadi “sumber peperangan dan serangan” sehingga mengaibkan diri sendiri dan kemurnian tujuannya. Faktor keadilan dan sebab-sebab yang munasabah perlu dipertimbangkan. Kelonggaran syarat tidak menyumbang kepada kejernihan niat dan tujuan hakiki kenapa Islam membenarkan lelaki berpoligami.

Poligami dibenarkan kerana ia mengandung hikmah dan hikmah itu boleh dinikmati sekiranya kejituan niat dan prasyaratnya tidak dilanggar. Melanggar peraturan dan prasyarat itulah menyebabkan poligami bertukar sebagai “neraka rumah tangga” dan “peperangan dan serangan.”

* Artikel ihsan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    “MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini…” Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid. Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama. […]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    KAHERAH 15 April – Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan. Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa, mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini. Menurut Mohammed Bahaa, Abdel […]

    Read more →
  • Berita Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran. Menterinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun yang ada sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat pada Selasa bagi mengekang […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan: Bekas Hakim

    KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata, syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →