Tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah

August 29, 2012 2:25 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Tokoh ini, jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan kepentingan diri demi kepentingan masyarakat.

Lelaki alim kelahiran Harar, Habsyah  pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menentang gerakan Wahabbi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.

Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong daripada landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertakwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’.

Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al-Quran ketika berumur 7 tahun.

Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadis dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayatkan hadis nabi pada usia yang begitu muda.

Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun.

Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.

Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelosok bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata “walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”.

Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka.

Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.

Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan salah faham umat tentang Islam.

Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut

Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka.

Susunan ABUL HANZALAH

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita Dunia Islam

    Berebut jadi Presiden Iran

    Persaingan menggantikan Mahmoud Ahamadinejad (gambar kecil) sebagai Presiden semakin panas di Iran, ini berikutan sokongan sebuah kumpulan berpengaruh kepada Ali Akbar Velayati, seorang daripada lapan calon untuk jawatan itu. Seorang lagi calon, Hasan Rowhani menjanjikan hubungan lebih baik dengan masyarakat antarabangsa. Kita tidak akan benarkan dasar lapan tahun lalu diteruskan” Rowhani Agensi berita Mehr melaporkan, majoriti ahli Persatuan Cendekiawan Islam Qom memberi sokongan kepada Velayati selepas mengadakan mesyuarat semalam. Ia dimaklumkan oleh ketua anggota persatuan itu, Ayatollah Mohammad Yazdi, bekas [...]

    Read more →
  • Berita

    Tiada Laporan Elektrik Terputus – SPR

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu. Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini. Tambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan. Beliau membidas Ketua [...]

    Read more →
  • Artikel Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56, menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di negara itu selama lebih 30 tahun. Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat resam terutamanya dalam soal institusi beraja. Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih [...]

    Read more →
  • Berita Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda. Pendakwaan dilakukan [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Saya tidak kenal siapakah wanita keturunan Cina bernama Melissa Gooi, tapi namanya menjadi sebutan ramai ekoran komen yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong dalam akaun facebooknya. Ekoran komen itu, Melissa terpaksa bersembunyi beberapa hari ketakutan sehingga beliau ditangkap dan kemudiannya dilepaskan oleh pihak polis setelah kenyataannya direkodkan. Beberapa orang lagi sedang dicari polis untuk direkodkan kenyataannya. Sebenarnya bukan Melissa seorang yang dikatakan menghina Agong, bahkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2013 mendedahkan menurut pengendali blog Kedah Ke KL (http://kedahkl.blogspot.com) [...]

    Read more →
  • Global Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    BARANGKALI di era al-Rabei al-Arabi (Arab Spring) ini, Israel tidak perlu bersusah-payah melakukan provokasi untuk menyulut perang sektarian di kawasan, pasalanya krisis Suriah yang berlarut-larut semakin membuka lebar meletusnya perang sektarian. Betapa tidak, masker gerakan perlawanan seperti Hizbullah benar-benar telah terkuak di mata publik Arab sebagai gerakan yang ternyata mengusung kepentingan aliran tertentu di kawasan. Sebelum lebih jauh menyelami peran gerakan yang konon paling ditakuti Israel itu, mari kita mengilasbalik terlebih dahulu perang musim panas tahun 2006 antara Hizbullah dan [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Masa depan BM, BI?

    Masa depan BM, BI?

    Terlintas juga dalam hati kecil saya kemungkinan satu hari negara tunggal Melayu ini juga batu nisan Bahasa Melayu! Ada orang British juga Amerika berpendapat United Kingdom dan Amerika Syarikat satu ketika kemuka akan jadi pusara Bahasa Inggeris! Mereka yang terganggu memikirkan masa depan kedua bahasa (BM, BI) berasa tidak mustahil itu berlaku. Sebabnya: bagi kita walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tunggal nampaknya ia terus terpinggir. Orang British dan Amerika pula nampak bahasa mereka akan menjadi bahasa pasar bukan [...]

    Read more →
  • Berita Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Dalam menyentuh perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik. “Saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya dalam potensi Asia. Saya percaya dalam keupayaan Asia untuk [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi Pendedahan sebuah media tempatan Hong Kong mengenai salah sebuah cawangan francais Starbucks di kepulauan bekas tanah jajahan British telah menggunakan air kumbahan untuk membancuh kopi yang dipesan oleh pelanggannya. Akhbar Apple Daily turut menyiarkan sekeping gambar yang dirakamkan di sebuah cawangan Strabucks di Menara Bank China di mana seorang kakitangan telah mengambil air dari sebuah paip yang tertera “Starbucks Only”, yang terletak berhampiran tandas lelaki. Menurut laporan UPI, wakil Jabatan Makanan Higenik [...]

    Read more →
  • Ensiklopedia Kiai

    Kiai

    Gelaran kehormat yang diberikan masyarakat terutama di Indonesia kepada seorang ahli agama Islam disebut kiai. Dahulu, seseorang dipanggil kiai jika beliau memimpin sesebuah pondok pengajian dan mengajarkan agama Islam kepada muridnya, tetapi sekarang banyak ulama berpengaruh disebut kiai, meskipun tidak memimpin pondok pengajian. Di beberapa daerah di Indonesia, masyarakat menyebut kiai dengan istilah mereka sendiri. Di Jawa Barat, misalnya, kiai disebut Ajeungan, di Lombok disebut Tuan Guru sementara di Aceh disebut Teungku. Di Malaysia golongan ini dipanggil sebagai Tuan Guru. [...]

    Read more →