Home » Global » Perang Saudara Bukan Sekadar Hancurkan Syria Bahkan Negara Arab

Perang Saudara Bukan Sekadar Hancurkan Syria Bahkan Negara Arab

Perang Saudara Hancurkan Syria

Askar Kerajaan Yang Terus Setia Kepada Bashar al-Assad


Dalam tempoh lapan bulan, sejumlah lebih 20,000 orang dikhuatiri terbunuh manakala ratusan ribu lagi cedera dalam pertempuran yang melibatkan tentera yang setia kepada Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak yang mahukan presiden berundur secara terhormat.
Desakan agar Bashar al-Assad bermula setelah beberapa buah negara Arab mengalami kebangkitan rakyat yang mula melanda Tunisia, Mesir, Yaman, Libya dan akhirnya Syria dengan desakan anak muda menjadi peneraju. Di Tunisia dalam tempoh sebulan kebangkitan anak muda telah mengakibatkan Zine el-Abidin Ben Ali melepaskan jawatan sebagai presiden yang dipeganginya selama hampir 24 tahun (7 November 1987 hingga 14 Januari 2011).
Selepas Tunisia, Mesir berhadapan dengan kemarahan anak muda yang mendesak agar Hosni Mubarak berundur sejak akhir tahun 2011. Bagaimanapun, pada peringkat awal, kedua-dua anak lelali Hosni berazam akan mempertahankan kepresidenan bapanya hingga ke titisan darah terakhir.
Kesan daripada itulah menyebabkan pihak tentera tidak memberikan taat setia kepada Hosni dan kebangkitan rakyat menjadi semakin meruncing sehingga membanjiri Dataran Tahrir. Pada 11 Februari 2011, Hosni akhirnya menyerahkan kuasa kepada Majlis Peralihan Tentera dan bersembunyi di seebuah kawasan peranginan mewah miliknya di Sham el-Sheikh, di pinggir Laut Merah.
Hosni telah dibicarakan atas kesalahan dan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Zine el-Abidin sebelum dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahannya menggunakan wang negara untuk membina kekayaan peribadi.
Kesalahan yang dihadapi oleh Hosni Mubarak lebih berbentuk kesalahan mengarahkan pasukan tentera menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perusuh manakala persoalan salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi masih belum dibicarakan. Hosni menjadi presiden Mesir selepas kematian Anwar Sadat pada tahun 1981.
Seorang lagi Presiden yang lama memerintah dan berhadapan dengan kebangkitan rakyat ialah Ali Abdullah Salleh yang memerintah Yaman dari tahun 1990. Bagaimanapun, dalam pemberontakan pada tahun 2011, Ali Abdullah Salleh terpaksa dirawat setelah tertusuk kayu di bahagian dadanya di Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
Kepulangannya pada akhir tahun 2011 terus membangkitkan kemarahan baharu sehinggalah pada 22 Januari 2012, parlimen meluluskan usul kekebalan kepada Ali Abdullah Salleh jika beliau sedia berundur. Ali Abdullah Salleh akur dengan tawaran tersebut dan menyerahkan jawatan presiden kepada Abdul Rabuh Mansur al-Hadi pada 27 Februari 2012.
Tidak sebarang dakwaan salah guna kuasa ke atas Ali Abdullah Salleh walaupun turut dikaitkan dengan pelbagai bentuk rasuah sepanjang menerajui kerajaan lebih tiga dekad, termasuk ketika memimpin Yaman Utara antara tahun 1978-1990.
Keadaan menjadi lebih tragik ialah kebangkitan rakyat Libya untuk mendesak pengunduran Muammar Gadafi yang memerintah sejak tahun 1969. Kedegilan Muammar Gadafi untuk tidak tunduk dan terus berhadapan dengan perusuh menyebabkan negara-negara yang mengganggotai NATO menggunakan ketumbukan tentera dengan melakukan serangan udara ke atas kubu tentera.
Campur tangan kuasa asing kelihatan begitu jelas di Libya di mana sebelum mendapat kelulusan resolusi Majlis Keselamatan PBB, Amerika Syarikat sudah memulakan langkah untuk menghantar bantuan berupa wang dan senjata kepada pihak pemberontak manakala setiap tindakan dan keputusan yang dilaksanakan oleh Washington berdasarkan maklumat risikan Israel.
Akhirnya pada 20 September 2011, Muammar Gadafi berjaya dibunuh oleh pihak pemberontak dengan sokongan NATO yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Keadaan yang sama bakal berlaku ke atas Bashar al-Assad kerana Israel sedia berperang dan hanya menunggu lampu hijau daripada Washington.
Dalam kes Syria, Israel mengemukakan pelbagai maklumat risikan kepada Washington bahawa tentera sedang berusaha memindahkan senjata kimia dan biologi manakala kemungkin pejuang Hebullah dari Lebanon menawan tempat simpanan tersebut. Hal ini merupakan fakta yang sengaja digunakan oleh Israel untuk mempercepatkan keputusan Washington memberikan kebenaran Tel Aviv agar melakukan serangan.
Bagaimanapun, dalam kes Syria Amerika Syarikat tidak menampakkan peranan yang jelas berbanding kes Libya. Hal ini boleh difahami kerana jika tersilap langkah, Barrack Obama akan berhadapan dengan situasi sukar dan peluangnya untuk menang bagi penggal kedua adalah tipis.
Masyarakat Amerika Syarikat mula mempersoalkan mengenai kebolehan Obama walaupun pada awal kemunculannya, ramai yang menyandarkan harapan bahawa presiden keturunan Afrika-Amerika itu mampu menerajui kehidupan yang lebih aman kerana pernah berjanji akan memperbaiki hubungan dengan Islam, menutupi penjara Guantanamo, berundur dari Iraq dan Afghanistan dalam tempoh setahun.
Obama terus dibenci oleh rakyatnya sendiri bahkan masyarakat Islam melihat wajah Obama lebih berbahaya berbanding apa yang ditinggalkan oleh Presiden Goerge Bush (Jr). Cuma yang berbeza ialah Bush bertindak menggunakan kecekapan pasukan perisikan manakala Obama lebih banyak menggunakan maklumat risikan Mossad.
Jika Bush menggunakan Iraq mempunyai senjata pemusnah massa dan memerangi keganasan sebagai doktrin dasar luar untuk campur tangan, Obama menggunakan doktrin dan sekatan ke atas negara-negara Islam yang tidak menyokong tekanannya terhadap Iran yang berusaha memperkayakan uranium untuk membina teknologi persenjataan.
Bagaimanapun, reality yang sedang diperhitungkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ialah menguasai punca minyak yang terdapat di negara Arab dan Afrika Utara. Dengan menguasai telaga minyak dan mengawal pengeskportannya, Amerika bukan sahaja boleh mencanangkan perspektif politik antarabangsa, bahkan boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi China dan Rusia.
Pertumbuhan ekonomi Rusia dan China telah menyebabkan produk keluaran Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah semakin tidak mampu bersaing manakala produk keluaran China dan Rusia bukan sahaja murah, bahkan lebih baik kualitinya.
Inilah yang menyebabkan resah ekonomi yang berpanjangan kerana jika dalam krisis ekonomi pada tahun 1986/1987, Amerika Syarikat boleh memaksa firma-firma Jepun mengambil alih firma-firma Amerika dan Eropah yang bermasalah dan menaikkan nilai matawang yen untuk menekan negara-negara yang meminjam dari bank-bank Jepun.
Krisis ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat pada penghujung tahun 2007 telah menyebabkan ratusan institusi kewangan terpaksa ditutup manakala beberapa firma pelaburan dan syarikat pemotoran berhadapan dengan tindakan muflis. Hal tersebut kemudiannya mula merebak ke Greek apabila negara tersebut terpaksa memohon pelan penyelamatan daripada Kesatuan Eropah kerana mempunyai hutang yang tinggi.
Bagaimanapun, bukan sahaja Greek terpaksa berhadapan dengan krisis ekonomi. Ia kini telah merebak hampir ke seluruh Kesatuan Eropah, dan hanya Jerman sahaja yang masih bertahan dengan pertumbuhan ekonomi yang positif walaupun perlahan. Pertumbuhan ekonomi Britain dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini telah merosot sebanyak 0.7 peratus berbanding dalam tiga bulan pertama tahun lalu dalam lingkungan o.3 peratus.
Itali juga berhadapan dengan masalah hutang yang besar. Lain-lain negara dalam kesatuan Eropah yang terpaksa memperketatkan langkah perbelanjaan dan mengawal ekonominya ialah Sepanyol, Perancis, Portugal (hampir muflis), Ireland dan Netherlands.
Kebanggaan mereka dengan penggunaan mata wang tunggal iaitu Euro telah menjadi semakin pudar kerana jangkitan dynamo ekonomi, bahkan Turki yang tidak diterima dalam Kesatuan Eropah menjadi lebih mampu bersaing dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi yang lebi baik.
Dalam kes Syria, Kesatuan Eropah telah membuat keputusan untuk memperketatkan embargo dan kesemuanya itu mempunyai campur tangan secara langsung Amerika Syarikat. Amerika Syarikat sebenarnya telah memanjangkan kuasa dan kegilaan itu kepada negara-negara Kesatua Eropah kerana memikirkan hubungan yang lebih akrab dengan Israeal.
Kapitalis yang menguasai ekonomi EU adalah terdiri daripada kelompok Yahudi. Mereka ini menjadi pelobi yang besar untuk mewajahkan Israel sebagai negara yang boleh menstabilkan politik di Timur Tengah dan menyusun semula geopolitik berasaskan rumusan perjuangan protocol zionis.
Dengan menaja kemunculan penentang-penentang di Libya dan Syria oleh Israel sebenarnya menjadi suatu pertukaran yang sengaja dilakukan agar masyarakat antarabangsa lupa terhadap apa yang telah berlaku di Palestin dan Gaza. Sebelum berlakunya kebangkitan rakyat, pemimpin Libya merupakan orang yang paling mengkritik dasar luar Amerika Syarikat dan mengecam hubungan dengan Israel.
Pendirian Muammad Gadafi mendapat dokongan kuat daripada Mahmud Ahmedinejad, Presiden Iran yang tidak sedikit pun berganjak dengan keputusannya walaupun ditekan dan dikenakan sekatan ekonomi. Bahkan, Iran menjadi semakin berani untuk berhadapan dengan politik Amerika Syarikat sehinggalah Mossad mencipta ketakutan baharu bahawa negara tersebut sedang membina loji nuklear dengan bantuan Rusia bagi membangunkan senjata nuklear.
Meskipun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iran, tetapi oleh kerana Israel begitu takut dengan kebangkitan kuasa Iran selepas berjaya menumbangkan kekuatan tentera Irak, dakwaan tersebut terus diperhebatkan dengan berita pemilikan senjata berat di mana beberapa ujian peluru berpandu dilakukan. Inilah propaganda yang paling dahsyat dilakukan oleh Mossad menerusi media bagi memberikan tekanan kepada Iran.
Setelah Gadafi ditewaskan, hanya Iran yang dilihat mampu bersaing dan melawan tindakan Israel. Bagaimanapu, setelah berakhirnya pemerintahan Hosni Mubarak, Israel sedang memberikan perhatian kepada Mesir dan mengumpul bahan risikan untuk memprojekkan Dr Mohamad Morsi yang masih belum dapat membentuk kabinetnya walaupun sudah mengangkat sumpah sebagai Presiden pada akhir bulan lalu.
Senario itu sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit tekanan kepada Tel Aviv dan dalam masa yang sama Mossad akan dapat memberikan perhatian yang besar kepada Syria dengan membawa masuk lebih banyak senjata kepada para perusuh. Itulah yang terjadi di Syria dan Libya, rusuhan bersenjata sehingga menyebabkan tembak menembak antara penentang dengan tentera kerajaan.
Inilah kebimbangan yang boleh menyebabkan perang saudara memuncak dan akhirnya memberikan keuntungan besar kepada Israel. Rakyat Syria terkorban dan terpaksa menjadi pelarian manakala Israel sedikit demi sedikit akan menguasai bumi Syria yang sebelum konflik tidak dapat ditembusinya secara mudah.
Media sedang memainkan isu bahawa kebangkitan kelompok Sunni sebenarnya sebagai reaksi marah dan bencikan kelompok pemerintah yang bermazhab Syiah. Ramai juga orang Islam yang termakan dengan momokan tersebut sehingga menganggap bahawa Bashar al-Assad perlu digulingkan walhal sebenarnya permusuhan tersebut dicipta oleh perancang propaganda zionis yang mahukan penduduk Syria bermusuh dan berpecah.
Perang Saudara yang semakin menampakkan bentuknya itu akan menyebabkan Syria musnah dan kemusnahan itu juga memperlihatkan betapa mudahnya negara-negara Islam diperdayakan oleh bukan Islam yang mempunyai kepentingan menguasai seluruh negara Arab yang bersimpati dengan masyarakat Palestin. Inilah sebenarnya natijah peperangan yang dicipta oleh Israel, sehingga pembentukan negara Israel secara menyeluruhnya akan diterima secara sah dan legal dalam kalangan semua negara-negara Islam.

Muhamad Khairul Haikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Lajukan Akses Internet!

Gunakan Google DNS

  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4
*Baca lanjut di sini. Cara setup di sini.

Arkib