Home » Ensiklopedia » Surah al-Fil

Surah al-Fil

Tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dikenal dengan nama Tahun Gajah. Dinamakan demikain kerana pada tahun tersebut terjadi peristiwa besar, iaitu penyerangan pasukan  tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman ke kota Mekah dengan tujuan menghancurkan Kaabah.

Abrahah berharap dengan hancurnya Kaabah, maka orang Arab akan beribadat di gereja yang telah dibinanya di Yaman. Penduduk Mekah sendiri, apabila mengetahui rancangan Abrahah tersebut, mereka tidak memberikan tentangan kerana merka sedar bahawa pasukan musuh terlalu kuat untuk dikalahkan. Namun sebelum semua itu terjadi, Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menghancurkan pasukan tentera bergajah melalui kawanan burung Ababil. Peristiwa ini dijelaskan di dalam al- Quran, yang terdapat dalam surah al-Fil.

BURUNG ABABIL

Dalam surah al-Fil diterangkan bahawa Allah s.w.t menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil. Burung-burung itu melempar pasukan bergajah dengan batu panas dan beracun sehingga mereka diserang penyakit dan menemui maut. Pasukan bergajah Abrahah itu pun hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal masing- masing. Abrahah sendiri, menurut salah satu riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa, di Yaman.

PASUKAN TENTERA BERGAJAH

Kata ashbab al-fil dalam surah al-Fil ayat pertama merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari Habsyah. Abrahah dan pasukannya yang menunggang gajah berhasrat untuk menghancurkan Kaabah agar orang Arab tidak lagi menunaikan ibadah haji di sana, tetapi di gereja yang telah dibinanya di Yaman.

Sepanjang menuju ke Mekah, Abrahah dan pasukannya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalangi usaha mereka. Sebelum tiba di Mekah, Abrahah bersama pasukan bergajahnya menghantar utusan memberitahu penduduk Mekah bahawa penyerangan dilakukan itu bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, bukan untuk memerangi masyarakat kota itu.

KEKUASAAN ALLAH S.W.T

Surah al-Fil mengajar kepada kita akan kebesaran kekuasaan s.w.t. Allah s.w.t dapat melakukan apa saja yang Dia kehendaki, baik melalui hukum sebab-akibat yang sudah lumrah mahupun di luar hukum tersebut untuk menghalangi setiap langkah dan tindakan yang menentang aturan-Nya. Hal ini terbukti ketika Allah s.w.t menghancurkan pasukan bergajah hanya dengan menghantar kawanan burung Ababil.

SURAH MAKKIYAH

Surah al-Fil merupakan surah ke-18 yang diterima oleh Rasullulah s.a.w daripada Allah s.w.t. Di dalam mushaf al-Quran, surah ini ditempatkan pada urutan ke-105. Surah al-Fil  adalah salah satu surah pendek yang terdapat pada bahagian akhir al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekahh, sebelum Nabi s.a.w dan pengikut baginda  berhijrah ke Madinah. Oleh sebab itu, surah ini dikategorikan sebagai surah Makkiyah. Nama al-Fil  sendiri diambil daripada ayat pertama surah ini yang bererti “gajah”.

MAKSUD SURAH AL-FIL

Maksudnya:

  1. Tidakkah enkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera (yang dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?
  3. Dan Dia menghantarkan / mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.
  4. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar.
  5. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Susunan RUQAIYAH ABU HASSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + one =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Lajukan Akses Internet!

Gunakan Google DNS

  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4
*Baca lanjut di sini. Cara setup di sini.

Arkib