Home » Makalah Pilihan » Azmin dan Hasan Ali: Siapa Fitnah Siapa?

Azmin dan Hasan Ali: Siapa Fitnah Siapa?

Umi HafildaPernah Meminta Agar Abangnya Bertaubat dan Kembali ke Pangkal Jalan kerana sudah lama tersesat

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mencari jalan untuk mengelak daripada memberikan penjelasan mengenai apa yang dipohon oleh bekas EXCO Selangor agar membuktikan bahawa dirinya adalah seorang yang berintegriti sebelum menuduh orang lain.

Persoalannya jelas, Dr Hasan Ali mahukan Azmin Ali menjelaskan dari manakah sumber kewangan yang digunakan untuk membeli saham yang banyak sedangkan pada ketika itu pendapatan bulanannya dalam lingkungan RM 2,000 sebulan.

Dr Hasan Ali sebenarnya cuba mengingatkan Azmin Ali bahawa isu yang melibatkan pemilikan saham melebihi RM 8 juta bersama isterinya masih belum dibersihkan walaupun sudah lama berlegar dalam laman-laman social, termasuknya punca kewangan yang membolehkan beliau mendepositkan sejumlah besar wang pada tahun 1990-an atas namanya dan isteri di dalam akaun simpanan tetap sebuah bank di Israel.

Selagi Azmin tidak boleh memberikan butir lengkap mengenai punca kewangan atau menafikan berdasarkan fakta bahawa pemilikan saham dan simpana tetap itu bukanlah atas namannya dan keluarga, selagi itulah bagi Dr Hasan Ali beliau tidak boleh bercakap mengenai integrity.

Dengan cuba mengalihkan isu sebenar kepada tuduhan menyerang “pembawa maklumat” jelas sekali Azmin Ali sebenarnya cuba menyelongkarkan imejnya sebagai seorang pemimpin yang suka menimbulkan fitnah.

Dr Hasan Ali membuat cabaran itu kerana beliau mahukan kesahihan, dan ia tidak patut dianggap sebagai ejen fitnah, kerana berita itu sebenarnya bukalah ditimbulkan pertama kali oleh beliau.

Sekadar inginkan penjelasan, maka apabila seseorang yang meminta penjelasan dibelasah, ini memberikan simbol bahawa Azmin Ali sebenarnya tidak sukakan kepada reality, sebaliknya lebih banyak melancarkan auta bagi membolehkan dirinya sentiasa dilihat baik, bersih dan berintegriti.

Masalahnya timbul dalam diri Azmin yang kadangkala melupakan hakikat bahawa manusia di sisi Allah SWT adalah untuk melihat kebenaran dan menjauhkan diri daripada sebarang kemungkaran. Apabila Azmin mencipta helah baru agar cabaran menyatakan kebenaran berjaya ditenggelamkan, maknanya amat serius dari sudut pandangan Islam.

Orang seperti ini bukan sahaja munafik bahkan telah merosakkan Islam kerana tidak melihat sesuatu kemungkaran itu sebagai dosa, manakala sesuatu yang bersifat rekaan dan fantasi adalah jelmaan kebaikan yang seharusnya disanjung.

Azmin Ali berkata, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan dirinya berpengalaman luas dan berpendidikan tinggi, “adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohman yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji menyerangnya.

“sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini,” tegas Azmin Ali.

Soalnya, bagaimana Dr Hasan Ali boleh membantu untuk menyekat fitnah sedemikian terus tersebar sekiranya ia benar-benar bersifat fitnah dan tohamahan sedangkan Azmin Ali sendiri berdiam diri apabila beliau diserang oleh mereka yang mendakwa mempunyai bukti beliau telah memiliki saham dan simpanan tetap yang besar.

Seharusnya Azmin yang menganggap dirinya difitnah harus bangkit mempertahankan bahawa dirinya tidak terbabit manakala apa yang didedahkan itu sebagai sesuatu yang bohong ataupun rekaan. Hingga kini, Azmin Ali masih belum menjawab ataupun berani berhadapan dengan fakta bahawa beliau sebenarnya tidak memiliki saham dan simpanan yang dimaksudkan itu.

Atas kesilapan itulah maka sebahagian besar masyarakat mula mempersoalkan sebenarnya Azmin Ali tidak boleh dikategorikan sebagai seorang pemimpin yang berintegriti, dan seterusnya sentiasa mencari kaedah untuk merahsiakan pemilikan tersebut.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang menjadi “godfather” Azmin Ali kerana beliau turut mempunyai simpanan tetap yang besar dalam sebuah bank di Israel. Bukan hanya Anwar seorang, malah isteri, anak-anak dan keluarganya turut membuka akaun simpanan deposit yang amat besar, yang jika dilihat secara lojik tidak sepadan dengan pendapatan bulanan sebagai Menteri.

Dr Hasan Ali bukan mengutip fakta yang dilihat sebagai fitnah oleh Azmin, kerana apa yang menjadi perhatian umum dan juga bekas EXCO Selangor itu ialah keengganan pemimpin-pemimpin utama dalam PKR untuk membiarkan ianya terus berligar dalam pemikrian masyarakat.

Sama ada Azmin, Anwar mahupun keluarga mereka tidak pula membuat penafian dengan menunjukkan bukti nombor-nombor akauan yang didedahkan itu bukan milik mereka, termasuk nombor passport yang dijadikan nombor kawalan untuk membuka akaun.

Sebenarnya, Dr Hasan Ali membangkitkan persoalan itu kerana beliau ingin melihat sejauhmanakah pemimpin-pemimpin pembangkang tidak mengamalkan budaya “ketam” dengan menyindir orang lain melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama sebagai perbuatan tidak bermoral dan dalam masa yang sama mereka yang berkata demikian turut melakukan kesalahan yang sama.
Inilah mesej yang hendak dibawa oleh Dr Hasan Ali dan dalam masa yang sama, sebagai langkah untuk menguji sejauhmanakah Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan suku-sakatnya yang memimpin PKR boleh dinilai sebagai seorang pemimpin yang bebas daripada sebarang kemungkaran.

Tentunya rakyat Malaysia tidak boleh menerima seseorang pemimpin yang hanya tahu mengkritik dan mencela orang lain tetapi dalam masa yang sama turut melakukan pelbagai kemungkaran. Pemimpin sedemikian bukan sahaja akan menyusah rakyat apabila diberikan peluang memerintah, bahkan akan menghancurkan negara kerana sanggup melakukan dosa demi menagih kuasa.

Putera Syakir Mubarak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + eighteen =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Lajukan Akses Internet!

Gunakan Google DNS

  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4
*Baca lanjut di sini. Cara setup di sini.

Arkib