Mazhab Jaafariyah

January 31, 2012 12:17 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Mazhab fiqh dalam aliran Syiah yang dirintis oleh Jaafar al-Sadiq (669-765; imam Syiah keenam) dikenali sebaga Jaafariyah. Mazhab ini disebut pula Mazhab Imamiyah atau Mazhab Isna Asyariyah (Syiah Dua Belas) kerana penganut aliran ini yakin akan adanya dua belas imam yang maksum (terpelihara daripada dosa).

Para imam itu ialah Ali bin Abu Talib, Hasan bin Ali bin Abu Talib, Hussain bin Ali bin Abu Talib, Ali bin Hussain Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Jaafar al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Rida,Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Hasan al-Askari dan Muhammad al-Muntazar (Imam Mahadi).

Menurut mazhab ini, imam ke-12 masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman. Selain di Iran, mazhab ini dianut juga oleh kaum Syiah Iraq. Penganut Jaafariyah di India, Pakistan, Yaman dan Nigeria juga besar jumlahnya.

PERKEMBANGAN FIQH

Ada dua pendapat tentang era pekembangan fiqh Jaafariyah. Pendapat pertama mengatakan bahawa fiqh mazhab ini bermula ketika penetapan hukum mula dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Pendapat kedua mengatakan bahawa perkembangannya bermula sejak “keghaiban kecil” Imam Mahadi. Kebanyakan ulama Syiah cenderung kepada pendapat pertama.

Perkembangan fiqh mazhab ini mencapai kemuncaknya zaman Jaafar al-Sadiq. Ahmad Kazemi Moussavi (ahli fiqh Iran) mengatakan bahawa himpunan fatwa Jaafar oleh para muridnya (750-1017) merupakan usaha yang mempunyai pengaruh yang sangat besar.

IMAM

Jaafariyah menggunakan al-Quran sebagai sumber utama hukum Islam, kemudian diikuti sunnah, ijmak dan akal. Dalam mencari hokum daripada al-Quran, mereka tidak harus berpegang pada makna lahiriah. Sebaliknya harus juga memerhatikan makna batiniahnya, iaitu mereka harus mempunyai marja’ (tempat meminta fatwa), iaitu para imam.

Mereka memandang para imam sebagai al-Quran an-natiq (al-Quran yang berbicara), sementara al- Quran yang berupa mushaf sebagai al-Quran al-samit (al-Quran yang diam). Sunnah, menurut mereka, ialah ucapan, tindakan dan pengakuan melalui diamnya Nabi Muhammad s.a.w dan para imam maksum.

Segala yang berasal daripada imam sama kedudukannya dengan yang berasal daripada hadis, yang riwayatnya tidak ditemui padahal sebenarnya ada.

Walau bagaimanapun, akal dinilai sebagai sumber hokum selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

IMAM JAAFAR AL- SADIQ

Nama penuhnya ialah Muhammad Abu Jaafar bin Muhammad bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abu Talib. Beliau ahli dalam pelbagai bidang ilmu: tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, fiqh, kimia, fizik, botani, farmasi, perubatan dan astronomi.

Bapanya berketurunan Nabi Muhammad s.a.w melaluia nakperempuan baginda, Fatimah al- Zahra. Ibunya pula berketurunan Abu Bakar al-Siddiq. Sejak kecil beliau belajar daripada bapanya Muhammad al-Baqir (imam keempat). Disebabkan Jaafar al-Sadiq berpengetahuan luas, banyak ulama yang menjadi muridnya, antara lain Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi), Malik bin Anas (pengasas Mazhab Maliki), dan Sufyan al-Sauri (715- 778).

SYEIKH MUFID

Sekitar awal abad ke-5 Hijrah, muncul kaum usuli (orang yang melakukan menyelidikan / pengamalan dalam fekah ). Salah seorang tokohnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Nu’man, yang terkenal dengan panggilan Syeikh Mufid.

Beliau menulis buku usul fiqh Al-Muqni’ah fi al-Usulwa al-Furu’, dengan menerapkan hujah usuli (ijtihad) rasional. Usaha Syeikh Mufid diteruskan oleh muridnya, Syed al-Murtada (355- 436H). Beliau menulis buku usul fiqh al-Zari’ahilaUsul al-Syi’ah. Dalam bukunya itu, beliau memisahkan kajian fekahdaripada usul fiqh.S yed Mufid juga ada menulis buku usul fiqh di mana kemudiannya menjadi asas doktrin Mazhab Jaafariyah.

KITAB

Ada beberapa kitab yang dianggap berwibawa dalam mazhab ini, iaitu Al-Kafi ( Kitab Yang Sempurna ) karya Abu Jaafar Muhammad bin Ya’qub al-Kilyani (m. 940), An-Nihayah (Penghabisan), kitab Al-Mabsut (Yang Terhampar) karya Muhammad bin Hasan bin Ali Abu Jaafar al-Tusi ( m. 1067) dan Tazkirah al-Fuqaha’ (Peringatan Para Ahli Fiqh) karya al-Allamah bin Mutahhar al-Hilli (m. 1325).

Selain itu,,ada juga beberapa kitab hadis yang ditulis oleh para ulama menurut susunan pembahasan fekah. Para pengikut Mazhab Jaafariyah hingga kini masih mempelajari kitab mazhab ini, terutama kitab al-Kafi.

Susunan SITI ASMA SAMAD

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →
  • Berita Makalah Pilihan

    PAC Akan Panggil Lima Kementerian Beri Penjelasan

    KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima buah kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1. yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin. Pengerusi PAC Dato’ Nur Jazlan Mohamed berkata kelima-lima kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan. “Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut sementara Kementerian Pendidikan perlu […]

    Read more →