ISA menurut pandangan Islam

April 8, 2011 10:28 AM 1 comment

Share this Article

Author:

Orang bertanya: Apakah rahsia Malaysia sehingga berjaya mencapai tahap negara membangun yang paling maju. Rakyatnya gembira dan riang, negara aman makmur.

Tidak ada perbalahan besar berlaku di kalangan penduduk yang berbilang kaum, budaya dan agama. Semua rakyat sayangkan negaranya ini. Mereka mahu hidup di bumi ini dan kalau boleh, mati pun mahu di sini.

Tidak kedengaran rakyat Malaysia berhijrah ke Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh, India atau China kerana mencari sesuap nasi.

Sebaliknya, rakyat negara-negara itu pula berebut-rebut mahu berhijrah ke Malaysia. Sehingga hari ini, lebih dua juta rakyat Indonesia berada di Malaysia.

Malaysia negara kecil saja. Bumi dan udaranya sama dengan Indonesia, Thailand dan Filipina. Fizikal orangnya pun serupa. Bahkan dari segi hasil bumi, negara-negara tersebut lebih kaya dari Malaysia. Tetapi apa rahsianya Malaysia menjadi destinasi pilihan rakyat asing mencari rezeki?

Jawabnya pendek saja, iaitu kami di Malaysia mempunyai ISA. Akta inilah yang menyelamatkan negara daripada tersungkur ke lembah pergolakan yang ditimbulkan oleh anasir-anasir yang ingin mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat.

Dalam sejarah manusia memang ada sebilangan kecil daripada mereka yang kerjanya ingin menyulitkan orang ramai. Pada zaman Nabi misalnya, ada Abu Jahal dan Abu Lahab. Pada zaman Khalifah Abu Bakar lahir golongan yang enggan membayar zakat. Golongan begini jika dibiarkan, bercambah dan melata tanpa diambil tindakan hanya huru-hara dan porak peranda yang akan berlaku.

Hari ini ISA terus menerus dikecam oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan beberapa pemimpin badan-badan bukan kerajaan (NGO). Mereka mendakwa ISA tidak selaras dengan konsep keadilan, bercanggah dengan amalan demokrasi serta di luar kehendak rakyat ramai.

Kecaman daripada pihak parti pembangkang memang perkara biasa, kerana kerja pembangkang adalah membangkang. Mereka tidak pernah ikhlas dengan kerajaan dalam semua perkara dan pada semua keadaan. Matlamat mereka bukan untuk membela sesuatu, tetapi untuk menimbulkan fitnah kebencian dan kemarahan orang ramai kepada pimpinan kerajaan yang ada, di samping mencari populariti dengan memperalatkan isu tersebut.

NGO juga mempunyai agenda yang serupa jika suara dan tarian mereka senada dan seirama dengan pembangkang. Apa ertinya dakwaan tidak berkepentingan politik dan ingin menegak keadilan jika semua tingkah laku buruk pembangkang disembunyikan atau ditafsirnya baik-baik belaka.

Sebenarnya majoriti rakyat merasakan ISA masih penting. Walaupun diwartakan sejak tahun 1960 lagi, tetapi ia masih diperlukan bagi menjaga keselamatan negara. Keperluan ISA bukan menghukum, tetapi mencegah, iaitu pencegahan untuk menjaga keselamatan 22 juta rakyat yang ingin hidup aman dan damai. Mereka mahu hidup selesa dan gembira.

Apabila ada orang tertentu yang diketahui dan disahkan oleh pihak keselamatan melalui perhatian dan penyiasatan mereka sedang merancang untuk menimbulkan fitnah di kalangan orang ramai, bertindak dengan cara memudaratkan keselamatan negara, maka ketika inilah ISA berperanan untuk mencegahnya bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Islam pencegahan adalah lebih utama daripada pengubatan. Walaupun pencegahan itu berbentuk fitnah, tetapi diharuskan bagi tujuan untuk menyelesaikan fitnah yang lebih besar dan lebih bahaya.

Fitnah pencegahan hanya menangkap beberapa orang sahaja, tetapi fitnah yang hendak diselesaikan boleh membawa kepada keruntuhan negara dan kehancuran bangsa.

Keperluan ISA ini adalah kerana masih terdapat golongan tertentu berterusan menanam bibit-bibit benci dan marah sehingga sebilangan rakyat tidak lagi menghargai segala kebaikan dan budi yang ditabur oleh kerajaan.

Golongan ini juga melakukan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang.

Mereka mahu peralihan kuasa tidak melalui pilihan raya, tetapi melalui keganasan yang disebut kuasa rakyat seperti yang berlaku di Indonesia dan Filipina.

Mereka mempengaruhi rakyat supaya membudayakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram sebagai cara untuk menggulingkan kerajaan.

Mereka berusaha mewujudkan ketegangan kaum melalui isu agama dan perkauman.

Mereka menyebar berita-berita palsu yang menggemparkan.

Mereka melakukan tindakan-tindakan ganas seperti mengancam, mengugut dan menakutkan orang ramai.

Mereka mencipta cerita-cerita bohong berhubung dengan kepimpinan negara.

Sejak merdeka, ISA telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Akta ini telah berjaya menyelesaikan keganasan komunis, ancaman antinasional, gerakan anti-establishment, penyalahgunaan agama, penyebaran ajaran sesat, dan lain-lain.

Jika tidak kerana ISA, warna Malaysia tidak seperti apa yang kita lihat dan nikmati hari ini. Melalui ISA pihak polis dengan cekap dan penuh bijaksana pada peringkat awal lagi telah berjaya mencegah dan menghalang segala bencana yang diyakini akan berlaku terhadap rakyat dan negara.

Sesungguhnya majoriti rakyat berterima kasih kepada ISA kerana berjaya mengekalkan keamanan negara. Hanya minoriti yang berkepentingan saja yang menentangnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam kerajaan selama 16 tahun dahulu pun tidak pernah menyuarakan tentang penghapusan akta ISA ini. Begitu juga pemimpin-pemimpin Pas ketika dalam kerajaan BN dahulu.

Kerajaan akan dituduh zalim dan tidak bertanggungjawab sekiranya tindakan yang diambil selepas berlaku kacau-bilau dan huru-hara atau setelah terjadi pembunuhan dan sebagainya, seperti peristiwa Memali dan Ma’unah.

Isu penahanan aktivis reformasi yang dilakukan mulai 10 April baru-baru ini telah memberi kesan yang baik. Hari ini tidak banyak kedengaran seruan-seruan yang mengajak orang ramai berkumpul dan berdemonstrasi. Tidak ada lagi risalah-risalah yang ditabur bagi tujuan itu.

Oleh DATO’ DUSUKI HJ AHMAD

1 Comment

Leave a Reply


Topik Lain

  • Profil Menteri Wanita Pertama

    Menteri Wanita Pertama

    Tokoh ini dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Kampung Parit Keroma, Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Keroma dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu Perempuan Mersing. Allahyarhamah Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Haji Hashim, semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Murid Perempuan, Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, Ketua Murid Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan [...]

    Read more →
  • Berita

    Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Penahanan Anggota Pembangkang, Aktivis – Muhyiddin

    Kerajaan tidak campur dalam penahanan beberapa anggota pembangkang dan aktivis pada Khamis kerana ia di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata polis tentunya mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan berkenaan bersandarkan kepada bukti mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. “Kita tidak mahu campurinya kerana mereka (polis) dapati ada asas kukuh untuk reman penama berkenaan kerana dikatakan telah langgar peraturan. “Apabila sudah sahih dan cukup buktinya, terserah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan [...]

    Read more →
  • Hikmah Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Pada suatu Jumat, warga Madinah digemparkan dengan suara tangis yang amat pilu dan tak ujung henti. Suara yang seperti rengekan bayi itu berasal dari Masjid Nabawi. Para sahabat Rasul yang berada di masjid pun kebingungan, siapa gerangan yang menangis. Saat itu, mereka tengah berkumpul untuk menjalankan shalat Jumat. Tangisan terdengar sesaat ketika Rasulullah memberikan khutbah. Mendengarnya, Rasulullah pun turun dari mimbar menunda khutbahnya. Sang Nabiyullah kemudian mendekati sebuah pohon kurma. Beliau mengelusnya, kemudian memeluknya. Maka, berhentilah suara tangisan itu. Ternyata, [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    BERBEDA dengan masyarakat biasa, ia lahir langsung menjadi rakyat tanpa melewati sejumlah seleksi. Sedangkan menjadi seorang pemimpin, tidak mudah dan sederhana. Ia diakui menjadi pemimpin melalui proses yang panjang dan alami (natural). Terlebih dahulu ia diuji keunggulannya dalam sebuah komunitas yang ia berada di dalamnya. Amanah kepemimpinan ini telah ditawarkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada langit, bumi dan gunung, tetapi semuanya tidak menyanggupinya khawatir mengkhianatinya. Maka manusia siap memikulnya. Kemudian manusia berlaku zhalim karena miskin iman dan berbuat jahil karena [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Keutamaan asasi barisan kepemimpinan negara yang baru dilantik ialah menjayakan agenda penyatuan nasional. Keutamaan agenda itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan harus didukung semua pihak. Sesungguhnya, ia amat mustahak dijayakan dengan kadar segera memandangkan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelihatan masih belum reda walaupun sudah beberapa minggu ia berlalu. Ada tiga bentuk keutamaan yang harus diberi perhatian dalam menjayakan agenda penyatuan nasional ini. Pertama, kepentingan persoalan keretakan persefahaman dan kelunturan semangat muhibah antara kaum ditautkan kembali. [...]

    Read more →
  • Berita Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan yang dijalankan di negara dan rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara pelbagai pihak termasuk Unesco ke arah pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan mobiliti sosial selaras ke arah menggerakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. “Tujuan kerjasama adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada sistem pendidikan yang relevan, seimbang dan mampu dibiayai [...]

    Read more →
  • Berita Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi ‘rahsia’ dalam parti itu kepada umum. Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP. “Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak. “Sebagai seorang yang benar-benar [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati Atas kebimbangan aset milik Nelson Mendela jatuh ke tangan orang lain, dua orang puterinya mengemukakan tuntutan mahkamah meskipun tidak dibenarkan campur tangan dalam pengendalian harta tersebut. Makaziwe dan Zenani, menurut Bally Chuene, pemegang amanah Mandela berkata “Mandela tidak ingin kedua-dua puteri itu masuk campur dalam urusannya.” Chuene berkata demikian dalam satu laporan yang disiarkan oleh akhbar Star (17 Mei 2013) , yang kemudiannya dipetik oleh AFP, “Orang-orang yang dia inginkan terlibat hanyalah saya sendiri, [...]

    Read more →
  • Berita

    Raja Perlis Mahu Rakyat Mantapkan Kembali Perpaduan

    Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat memantapkan kembali ikatan perpaduan yang menjadi asas utama ke arah mengekalkan negara berdaulat. Baginda bertitah masa untuk bertelagah kerana perbezaan fahaman politik tidak perlu dipanjangkan kerana pilihan raya umum ke-13 telah berlalu. “Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama. “Pepatah Melalu yang menyebut ‘kuah sama dihirup, sambal sama dicolek’ adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini,” titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Pendidikan pemangkin perpaduan

    Pendidikan pemangkin perpaduan

    Hari ini adalah hari guru. Hari guru disambut sebagai satu pengiktirafan terhadap kerjaya pendidik yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Malaysia sebagai negara muda sebenarnya telah berjaya membebaskan rakyat daripada buta huruf menerusi pendidikan. Kalau sebelum mencapai kemerdekaan, lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak dapat membaca, tetapi selepas merdeka, kada literasi telah melonjak lebih 90 peratus. Persoalan pada masa ini ialah bukan membasmi masalah buta huruf, tetapi ia tertumpu kepada penyediaan modal insan yang serba lengkap bagi menzahirkan sebuah tamadun [...]

    Read more →