Bekerja dan bercuti: Antara maslahah umum dan keperluan peribadi

April 30, 2011 1:15 AM 1 comment

Share this Article

Author:

Rasanya tidak ada sebuah negara dan sebuah kerajaan yang berkuasa, yang sejak puluhan tahun dahulu, hingga sekarang, begitu mengambil berat akan kepentingan para pekerjanya sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Ini semua bertolak dari sikap peka atau cakna pemerintah dalam menjamin masadepan golongan pekerja, baik di sektor awam mahu pun di sektor swasta, baik yang yang digolongkan sebagai pekerja kolar putih atau juga yang dilabelkan sebagai pekerja kolar biru.

Kepekaan pemerintah itu terbokti apabila kita telusuri  satu aspek sahaja, yakni aspek CUTI:

Bertanyalah dan jawablah juga dengan ikhlas: negara mana lagi di dunia ini  di mana para pekerjanya beroleh cuti yang begitu banyak seperti pekerja Malaysia? Cuti wajib (Persekutuan) satu hal, cuti wajib (Negeri-Negeri) pula satu hal lagi. Cuti agama lain, cuti budaya lain. Menang pilihanraya boleh cuti umum. Dapat pingat terbanyak dalam pesta sukan antarabangsa diberi cuti umum. Menang piala dalam perlawanan badminton pun ada cuti umum. Dapat bawa balik piala bola sepak juga diberi cuti umum. Belum lagi cuti kerana kematian atau kemangkatan.

Cuti-cuti peristiwa berselang seli dengan cuti-cuti yang disatukan. Andaikata semua hari cuti, termasuk cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad dikumpulkan dengan semua hari cuti lain, agak-agaknya berapa hari sahaja dalam setahun para pekerja Malaysia “bekerja”? Dalam keadaan demikian itupun, bonus dapat juga. Pelarasan gaji berterusan juga. Elaun-elaun baru diperke-nalkan juga, satu demi satu! Bantuan-bantuan tak teramal masuk juga ke saku rakyat.

Manja sangatkah pekerja Malaysia? Atau sebenarnya sekadar satu keuntungan yang bertolak daripada sistem pentadbiran yang mengutamakan pekerja? Ataukah semuanya sebagai hadiah daripada sebuah sistem demokrasi yang membuatkan kerajaan menjadi kuat dan hak dan peranan pekerja begitu “menentukan”?

Tak kisahlah justeru kerana apa semua kestabilan ini dinikmati. Yang pokok, cuti tetap cuti! Asal pekerja jangan malas bekerja kerana terlalu banyak cuti, sudahlah. Nanti ekonomi negara juga yang terjejas. Nanti kepentingan rakyat juga yang terabai. Terabai kepentingan rakyat, kelak akan terabai pula kepentingan para pekerja. Apa tidaknya? Bukankah pekerja A itu bekerja untuk pekerja B, dan pekerja B pula bekerja untuk pekerja C, lalu akan bersilang-balik berulang-alik begitu seterusnya? Cikgu mengajar anak Polis. Polis menjaga keselamatan awam. Keselamatan Cikgu antara yang dijaga. Jururawat membantu pesakit. Antara pesakit itu barangkali pegawai bank. Pegawai bank bekerja menentukan aliran wang dapat keluar-masuk dengan baik. Nanti jururawat ambil gaji melalui mesin ATM bank. Buruh menyapu sampah bandaran. Juruteknik komputer buka  pejabat di bandar. Kalau bandar tak bersih, kerja tak akan selesa. Begitulah seterusnya, macam aliran air. Matahari sedut air, lalu menjadi awan. Awan dicairkan, lalu menjadi hujan. Hujan turun ke bumi, suburkan pohon-pohonanan. Dan matahari sedut lagi! Berputar-putar!

Tinggal lagi, yang wajar kita tanyakan adalah, misalnya: “Sejauh mana hari-hari cuti itu dimanfaatkan oleh para pekerja?”

Dalam keadaan ekonomi negara begitu menanjak, tetapi pada saat yang sama pendapatan para pekerja (walau pun sering diberi pelbagai imbohan) senantiasa saja berada pada tahap “cukup makan”, kita tahu, tidak sedikit para pekerja di sektor awam dan sektor swasta yang menggunakan hari-hari cuti untuk mencari rezeki tambahan. Sama ada mereka berniaga di mana sahaja, atau mereka membuat kerja-kerja sambilan sesuai dengan kebolehan mereka, pokoknya kerja-kerja sambilan atau sampingan itu memang memungkinkan mereka mendapat upah yang lumayan. Dan ini tentu saja merengankan beban mereka. Secara tak langsung pula, dengan adanya cuti begitu ekonomi keluarga boleh berkembang.

Memang pada umumnya, bagi keluarga yang super-mampu, hari-hari cuti atau minggu-minggu cuti yang panjang akan digunakan untuk melancong, di dalam negeri atau ke luar negara. Dari aspek menambah atau mengembangkan pengalaman dan literasi keluarga, aktiviti begitu pasti sangat memberangsangkan.

Sebaliknya, bagi keluarga-keluarga yang kurang mampu untuk berbuat demikian, kita kenalah bermahasabah. Kita bertanya dengan jujur, apakah apabila datangnya hari cuti, maka segala urusan pekerjaan jadi “stop”? Apakah kehadiran hari cuti harus disambut dengan menguap, menggeliat, makan, tonton TV atau “ziarah” ke pawagam, atau tidur semata-mata? Begitu pula kita ingin bertanya, berapa bayak antara ibu bapa, pada hari-hari cuti, yang membawa anak ke perpustakaan ngara, perpustakaan negeri, perpustakaan daerah atau ke lain-lain pusat sumber yang bersangkut paut dengan literasi dan ilmu pengetahuani; berbanding dengan janji ibu bapa kepada anak-anak (dan janji itu memang ditunaikan): “cuti esok kita pergi McD, kita pergi KFC, kita pergi Sunway Lagon, kita pergi PD….. Kita pergi Langkawi….”

Masa cuti itu sangat bernilai, baik cuti dari bersekolah mahupun cuti dari bekerja, tetapi kita jarang menghisab atau menghitung sampai ke mana kita telah memanfaat hari cuti kita, padahal sebagai pekerja, majikan kita telah begitu bermurah hati memberikan kita cuti. Maka alangkah baiknya jika kita tidak menjadi lalai atau jadi “pemeluk tubuh” pada setiap hari cuti.

Yang mesti kita semak adalah hakikat bahawa:

Pertama, hari cuti bukan bermakna waktu di mana segala kerja terhenti.

Kedua, yang cuti cuma pekerja, sedangkan sistem tidak pernah bercuti.

Pekerja mungkin diberikan luang untuk cuti. Kadarnya berbeza-beza antara pekerja di sektor awam dengan pekerja di sektor swasta. Tetapi dengan diberi cuti sedemikian, bukan bermakna pekerja digalakkan untuk “tidak berbuat apa-apa”. Tidak bermakna bila tibanya hari cuti, katakanlah Jumaat dan Sabtu di sebahagian  negeri, dan Sabtu serta Ahad di sebahagian negeri lain, maka para pekerja yang bercuti itu hanya tinggal mengisi tembolok, seperti ayam atau itik yang tak henti-henti mematuk dan menyudu makanan.

Diberikan cuti kepada pekerja, tujuannya supaya pekerja beroleh istirah yang cukup, untuk nantinya bila kembali bekerja, semangat dan tenaga jadi lebih energik. Pun pada masa yang sama, masa-masa itu pula boleh digunakan untuk kerja-kerja amal, untuk menambah ilmu pengetahuan, untuk menambah zat kepada hati, untuk bersilaturrahim.

Dengan kata lain, bukanlah bila datang hari cuti, seorang pekerja harus memerap di dalam rumah, atau harus menghilang dari rumah (kerana piknik misalnya), atau harus tidur dua puluh empat jam; atau harus terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak memberi faedah kepada keluarga.

Pada sisi yang lain pula, setiap pekerja (tentu saja ini melibatkan pihak penggubal dasar) mesti faham bahawa adanya dua hari cuti dalam seminggu, atau adanya hari-hari cuti lain “sempena” sesuatu peristiwa, bukanlah untuk menghentikan sama sekali sistem kerja. Sebahagian pekerja mungkin bercuti, tetapi sistem kerja tetap bekerja.

Di sinilah dan kerana inilah diwujudkan sistem kerja secara giliran (shif). Walau pun adanya hari minggu, atau walau pun datangnya hari cuti besar sempena peristiwa besar, pengguna masih tetap ingin makan, ingin bergerak, ingin mendapat rawatan, ingin berkomunikasi, ingin menyelesaikan masalah dan ingin melakukan apa sahaja.

Hospital, Jabatan Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, lapangan terbang dengan segala cirinya, tentera (di laut, didarat, di udara), pekerja telekom, pekerja letrik, pekerja pelabuhan laut dan pelabuhan udara, penguat kuasa di semua lapangan, pasar raya, kedai runcit, penoreh getah, nelayan, petani, buruh binaan, pemungut sampah, penyelenggara kolam takungan dan kumbahan…. Semuanya tetap jalan terus, biar sebesar mana pun hakikat hari cuti.

Terus dan terus menyongsong waktu. Kereta api, bas, lori, pesawat terbang, kapal laut, feri, bot, teksi, beca, hatta sampan kecil yang menyeberangkan penumpang antara dua tebing sungai, tidak boleh berhenti. Jika semuanya berhenti, berhenti pulalah sistem. Maka akan terhentilah jentera kehidupan negara, jentera pentadbiran dan jentera rakyat.

Demikian cuti diberikan kepada pekerja, namun pekerja tetap perlu bekerja di hari cuti. Pekerja-pekerja tertentu tidak boleh meninggalkan lapangan.

Oleh yang demikian, apabila kita melihat aspek cuti ini secara positif, kita hendaklah merubah apa yang sedia kita laksanakan. Inilah waktu untuk melaksanakan tranformasi yang sebenarnya. Pengguna tidak pernah ingin cuti. Pengguna selalu menuntut agar khidmat-khidmat kaunter senantiasa bekerja, tanpa tertakluk oleh hari cuti. Kaunter pos, kaunter pelunas saman, kaunter untuk membayar cukai tanah atau cukai-cukai lain, kaunter farmasi di hospital atau di luar hosptal, kaunter-kaunter untuk memgayar pelbagai bil, sepatutnya dibuka walau pun pada hari cuti. Di Amerika, mahkamah pun dibuka pada hari cuti, malahan pada malam hari. Ini kerana hal-hal yang melibatkan rakyat, yang tidak dapat ditangguhkan hingga ke hari esok.

Soalnya bukanlah hendak merampas hak bercuti dari kalangan pekerja. Mereka tetap beroleh cuti, tetapi sistem kerja tidak boleh dihentikan. Bahkan sesungguhnya masih banyak pekerja yang ingin bekerja pada hari cuti, kerana dari aspek menambah pendapatan, lebih senang mereka bekerja pada hari cuti berbanding jika mereka harus membuat kerja sambilan lain, misalnya dengan harus mnenjadi penjaja kuih dari rumah ke rumah.

Dari sisi Islam, tidak pernah ada larangan apa pun, bahkan terdapat banyak galakan agar para pekerja senantiasa bekerja, hatta pada hari Jumaat (kecuali  satu jam ketika wajib melaksanakan solat Jumaat). Sesudah solat Jumaat, setiap manusia digalakkan bertebaran ke mana sahaja untuk mencari rezeki yang halal.

Oleh SYAM AKHYAR

1 Comment

  • Usually I do not learn article on blogs, however I would like to say that this write-up very forced me to check out and do so! Your writing taste has been amazed me. Thanks, quite nice article.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita

    Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Penahanan Anggota Pembangkang, Aktivis – Muhyiddin

    Kerajaan tidak campur dalam penahanan beberapa anggota pembangkang dan aktivis pada Khamis kerana ia di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata polis tentunya mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan berkenaan bersandarkan kepada bukti mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. “Kita tidak mahu campurinya kerana mereka (polis) dapati ada asas kukuh untuk reman penama berkenaan kerana dikatakan telah langgar peraturan. “Apabila sudah sahih dan cukup buktinya, terserah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan [...]

    Read more →
  • Hikmah Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Pada suatu Jumat, warga Madinah digemparkan dengan suara tangis yang amat pilu dan tak ujung henti. Suara yang seperti rengekan bayi itu berasal dari Masjid Nabawi. Para sahabat Rasul yang berada di masjid pun kebingungan, siapa gerangan yang menangis. Saat itu, mereka tengah berkumpul untuk menjalankan shalat Jumat. Tangisan terdengar sesaat ketika Rasulullah memberikan khutbah. Mendengarnya, Rasulullah pun turun dari mimbar menunda khutbahnya. Sang Nabiyullah kemudian mendekati sebuah pohon kurma. Beliau mengelusnya, kemudian memeluknya. Maka, berhentilah suara tangisan itu. Ternyata, [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    BERBEDA dengan masyarakat biasa, ia lahir langsung menjadi rakyat tanpa melewati sejumlah seleksi. Sedangkan menjadi seorang pemimpin, tidak mudah dan sederhana. Ia diakui menjadi pemimpin melalui proses yang panjang dan alami (natural). Terlebih dahulu ia diuji keunggulannya dalam sebuah komunitas yang ia berada di dalamnya. Amanah kepemimpinan ini telah ditawarkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada langit, bumi dan gunung, tetapi semuanya tidak menyanggupinya khawatir mengkhianatinya. Maka manusia siap memikulnya. Kemudian manusia berlaku zhalim karena miskin iman dan berbuat jahil karena [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Keutamaan asasi barisan kepemimpinan negara yang baru dilantik ialah menjayakan agenda penyatuan nasional. Keutamaan agenda itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan harus didukung semua pihak. Sesungguhnya, ia amat mustahak dijayakan dengan kadar segera memandangkan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelihatan masih belum reda walaupun sudah beberapa minggu ia berlalu. Ada tiga bentuk keutamaan yang harus diberi perhatian dalam menjayakan agenda penyatuan nasional ini. Pertama, kepentingan persoalan keretakan persefahaman dan kelunturan semangat muhibah antara kaum ditautkan kembali. [...]

    Read more →
  • Berita Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan yang dijalankan di negara dan rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara pelbagai pihak termasuk Unesco ke arah pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan mobiliti sosial selaras ke arah menggerakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. “Tujuan kerjasama adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada sistem pendidikan yang relevan, seimbang dan mampu dibiayai [...]

    Read more →
  • Berita Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi ‘rahsia’ dalam parti itu kepada umum. Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP. “Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak. “Sebagai seorang yang benar-benar [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati Atas kebimbangan aset milik Nelson Mendela jatuh ke tangan orang lain, dua orang puterinya mengemukakan tuntutan mahkamah meskipun tidak dibenarkan campur tangan dalam pengendalian harta tersebut. Makaziwe dan Zenani, menurut Bally Chuene, pemegang amanah Mandela berkata “Mandela tidak ingin kedua-dua puteri itu masuk campur dalam urusannya.” Chuene berkata demikian dalam satu laporan yang disiarkan oleh akhbar Star (17 Mei 2013) , yang kemudiannya dipetik oleh AFP, “Orang-orang yang dia inginkan terlibat hanyalah saya sendiri, [...]

    Read more →
  • Berita

    Raja Perlis Mahu Rakyat Mantapkan Kembali Perpaduan

    Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat memantapkan kembali ikatan perpaduan yang menjadi asas utama ke arah mengekalkan negara berdaulat. Baginda bertitah masa untuk bertelagah kerana perbezaan fahaman politik tidak perlu dipanjangkan kerana pilihan raya umum ke-13 telah berlalu. “Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama. “Pepatah Melalu yang menyebut ‘kuah sama dihirup, sambal sama dicolek’ adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini,” titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Pendidikan pemangkin perpaduan

    Pendidikan pemangkin perpaduan

    Hari ini adalah hari guru. Hari guru disambut sebagai satu pengiktirafan terhadap kerjaya pendidik yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Malaysia sebagai negara muda sebenarnya telah berjaya membebaskan rakyat daripada buta huruf menerusi pendidikan. Kalau sebelum mencapai kemerdekaan, lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak dapat membaca, tetapi selepas merdeka, kada literasi telah melonjak lebih 90 peratus. Persoalan pada masa ini ialah bukan membasmi masalah buta huruf, tetapi ia tertumpu kepada penyediaan modal insan yang serba lengkap bagi menzahirkan sebuah tamadun [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Anwar sukar terima takdir Tuhan

    Anwar sukar terima takdir Tuhan

    Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4. Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara. Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi [...]

    Read more →